Sunday, 11 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Rasanya masih belum terlambat kan mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga blogger...

Tahun ni mood raya macam kurang sikit. Mama dan anak2 sambut raya serba sederhana. Alhamdulillah,  keperluan raya tuk anak2 mama dapat siapkan walaupun tidak semeriah selalu.

Ye lah, dalam pada kita bergembira sambut Syawal setelah sebulan berpuasa janganlah kita lupakan keluarga yang dah tiada dan mereka yg serba kekurangan. Betul tak??

Tahun ni tak semeriah selalu sebab keluarga mama di uji oleh Allah. Mak kehilangan kakak sepupunya yg paling rapat sbb mak sebatang kara dalam dunia ni. Mak dh kehilangan mak bapak, kakak dan abang. Jadi sepupunya lah tempat mak berkongsi kasih. Selama ni, Mak Onteng lah yg paling rapat dgn mak selain Wak Totor, Wak Leman dan Arwah Wak Kassim, Wak Wahid dan Wak Usop. Mak dah takde sesiapa lagi selain kami adik-beradik. Sekarang ni sepupu mak tinggal Wak Totor dan Wak Leman. Mak mama terasa sangat kehilangan Mak Onteng. Selepas dapat berita pemergian Mak Onteng kul 150am, mak tak berhenti bacakan surah Yassin dan tahlil tuk Arwah.

Pagi Syawal, saat org solat sunat Hari Raya kami ke Masjid tuk solat jenazah dan pengebumian Arwah. Semoga Mak Onteng Hjh Ramlah di tempatkan dikalangan hamba-Nya yg beriman.  Amin.

Syawal ini juga tak semeriah selalu sebab 2minggu sebelum tu kakak ipar mama, Ateh Eila dimasukkn ke Hospital Klang selama seminggu sebab masalah jantung dan di transfer ke IJN seminggu sebelum raya. Abg Ateh mama sangatlah bersedih. Hope Ateh Eila akan sembuh selepas jalani pembedahan jantung lepas raya nanti. Doakan Kak Teh Eila mama sihat sepenuhnya eh. Sian kat ank2nya yg masih kecil, Siti Nurul Syuhada baru 8thn dan Muhammad Alif Al Haiqal baru 3thn. Ujian Allah tanda Dia sayang pada kami.

Raya kali ni juga, tahun pertama mama sambut bertiga bersama anak-anak. Mama redha dengan ketentuan Allah dan keputusan papa. Ini yg terbaik tuk kami sekeluarga.

Cemana dengan Raya korang?? Meriah tak??? Tema raya korang color apa?? Mama dan anak2 Teal/turquoise green dan pink. Tp ada gak beli color lain tuk pakai gi openhouses. Hijau epal, cream, maroon dll. Ni kira tak meriah tau. Kalo meriah, mahunya 10pasang baju raya kami tau. Haha

Haa... sebelum tu. Amacam puasa korang??? Penuh tak?? Tahun ni banyak gila mama tinggal, red alert tu kemain bersungguh keluar. Mama kena ganti 8hari taw. Lepas habis puasa 6 nanti, mama nak terus ganti puasa lah. Tahun ni, Zahra dapat puasa penuh 24hari je. 5hari lagi tinggal. Mama nak ajak Zahra puasa ganti sekali lah. Biar dia belajar.  Bila dah cuti puasa kena ganti balik. Tahun lepas,  Zahra dapat puasa 10hari je penuh. In shaa Allah,  tahun depan nak suruh Zahra puasa penuh sebulan. Cemana dengan ank2 korang???

Anyway, Kalau korang gi area Klang beraya or gi open house,  calling lah mama. Jemput datang ke Teratak Bonda Hjh Siti Fatimah. In shaa Allah,  tahun depan mama akan beraya di rumah sendiri. Doakan perjalanan hidup mama di permudah kan Allah.

Di kesempatan ini, mama nak minta maaf andai selama mama kenal korang di alam blog ni mama ada mengecilkan hati korang. Maafkan kekhilafan mama yg mama sengajakan atau pun tak sengaja. Mama hanya manusia akhir zaman yg tak pernah sunyi dari melakukan silap.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!

p/s: anak2 beraya dgn papa derang hari ni setelah 3hari beraya dgn mama. Harap ank2 happy walaupun keluarga kami tidak lagi sempurna.

Thursday, 18 July 2013

Pergi tanpa alasan

Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang Aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi
Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang Aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi
Cinta yang dulu bersemi kini menjadi masa laluku Hatiku hancur tiada berkeping bagaikan segelintir debu

Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Semakin hancur hatiku ini tanpamu Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah.
Masih diberi kesempatan tuk kita berpuasa lagi dalam bulan Ramadhan tahun ni.

Mama nak ucapkan selamat berpuasa dan happy fasting kepada semua kawan-kawan mama kt blog ni. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas dan semoga amal kebaikan dan puasa kita di terima oleh Allah swt.

Sama-sama kita berazam tuk tambahkn amalan kita ya!!! Dan sama-sama kita tahan nafsu kita dari berbuat perkara sia-sia dan membazir ya!! Jom kita!!!

Mama sehari sebelum puasa dh tak terkawal nafsu. Membeli barang keperluan puasa sampai tak ingat apa dah. Semua yang anak-anak nak, mama campak masuk troli. Yang tekak sendiri nak makan pun mama campak masuk jugak. Sudahnya terbang rm200. Balik umah masa nak unpacking barang baru sedar kekhilafan diri sebab membazir. Kononnya nak bagi anak semangat puasa sebab tu belikan je apa yg anak nak makan. Tapi macam berlebihan pulak.

Takpe, mulai 1 Ramadhan ni mama nak cuba kawal nafsu membeli especially online shopping. Chaiyok!! Gambatte kudasai saliana-san!!!

Sekali lagi... Selamat menjalani ibadah puasa semua readers!!! Mari tambahkan amal ibadah kita sepanjang fasting month ni... in shaa Allah. .

P/s: tahun ni nak latih zahra puasa sebulan. Tahun lepas dapat 10hari je penuh, yg lain separuh hari. Cabaran lebih sikit tahun ni. Nanti mama story apa cabaran Ramadhan 1434h eh...

Salam Ramadhan al Mubarak semua!!!!

Monday, 24 June 2013

Happy 31st Birthday Mama!!

Assalamualaikum.

Happy Monday kesayangans!!!

Hari ni, Isnin 24hb jun 2013 kul 5.45pagi maka genaplah umur mama 31tahun. Bertambah lagi usia mama. Diharapkan dengan bertambahnya umur maka kematangan mama pun bertambah. Hehe

Doa mama, moga mama kuat dalam menempuh setiap ujian yg Allah berikn dalam membesar dan mendidik anak-anak. Moga keimanan dan ketaqwaan mama bertambah.  Moga iman dan islam mama terpelihara. Moga mama jadi hamba-Nya yang lebih bersyukur atas setiap nikmat kurniaan.

Mama akan terus berusaha perbaiki kelemahan diri demi mencapai cita-cita mama tuk jadi wanita solehah dambaan suami.

Semoga Allah pelihara mama dari melakukan dosa dan maksiat. Sesungguhnya, mama hanyalah hamba-Nya yang lemah dan sering lalai dalam mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan.

Semoga mama perolehi cinta sejati hingga ke Jannah...

Amin.

P/s: Lunch treat sempena birthday kt Fullhouse Sunway Pyramid dengan kecintaan. Hehe. Abaikan senyum meleret mama tu eh...

Friday, 21 June 2013

Buah Hati Mama

Salam Jumaat Kesayangans!!!

Hari ni report card's day kt school zahra, Pasti Al-Mawaddah. Ekceli zahra baru je pindah ke sekolah ni since last week. Sebelum tu zshra sekolah kt Pasti Al Mahmudah, Kg Sementa. Mama terpaksa tukarkan Zahra sekolah sebab Zahra dh bertukar baby sitter. Oleh kerana, baby sitter baru Zahra dan Zharif a.k.a Andak mama stay kt Rantau Panjang makanya mama terpaksa tukarkan sekolah kt Rantau Panjang jugak. Itu lah alkisahnya. Hehe

Pencapaian Zahra?
Alhamdulillah. Sederhana je. Mama tak expect tinggi pun since mama kenal siapa Zahra. Alhamdulillah,  zahra dpat 1A, 5B dan 2C. Paling terkejut bila  Zahra dapat A for Bahasa Inggeris. Haha. Zahra... zahra..  selalu buat mama rasa nak menangis tau. Mungkin anak2 kawan2 blogger semua straight As kan. Oleh kerana this year adalah tahun UJIAN bg kami sekeluarga but my lil princess still boleh buat ujian dgn baik walaupun mungkin tidak cemerlang. proud of u anak! Mama bangga. ALHAMDULILLAH.

Semoga ujian penggal kedua nanti lebih baik. Kita akan kerja lebih keras after this. Ok anak!  Kita usaha sama2 eh...

Tuk reward sebab zahra dapat A for bahasa inggeris dan Zharif sangat behave dok ngan Andak maka mama plan nak bawak anak2 happy2 kt Cameron Highland weekend ni. Yippyyyy!!!

Happy weekend kesayangans!!!

Tuesday, 18 June 2013

Rejab.. Syaaban.. Ramadhan dan Syawal.... Kisah Baju Raya 2013

Assalamualaikum semua :)
 
Lamanya blog ni senyap sunyi kan.
sekarang ni dah bulan Syaaban kan, maknanya next month dah Ramadhan.
Cepat betul masa berlalu kan.
Sampai mama sempat puasa sehari je dalam bulan Rejab dan Syaaban ni langsung belum lagi.
Harap dapat puasa sehari dua sebelum Ramadhan menjelma. KOnonnya sebagai latihan kan. tak lah nanti perut terkejut tiba-tiba makan sahur kan. hehe
In shaa Allah, puasa ganti dah habis.
cuma mama cuba nak tampal mana yang rongak-rongak lah kan.
Harap diberi kesihatan tuk berpuasa di bulan Ramadhan.
 
Okeh. bila dah cerita Ramadhan, tentu lah tak lengkap kalau tak cerita Syawal kan.. hehe
motif??
sebenarnya memang lah niat hati nak cerita pasal baju raya.. kan??? hahaha
intro punya lah panjang..
 
Selalunya, dalam bulan April mama dah start busy pasal baju raya. sebab takut tailor dah taknak amik tempahan. selalunya color apa nak pakai dah fikir sejak tahun baru lagi. hahaha
Malangnya, tahun ni mama terpaksa dahulu kan perkara yang lagi penting sampai lupa langsung pasal baju raya.
kesian kat anak-anak kan.
Alhamdulillah, perkara penting tu dah pun selesai.
Sekarang ni, tiba masa tuk gembirakan anak-anak dengan mama sekali dengan baju raya. hehe
 
Color apa memang tak decide lagi neh.
Kain jenis apa pun tak fikir lagi.
tapi, dah tanya tailor. memang nasib tak baik, derang dah taknak amik tempahan. huhuhu
#nangespelukbantal
 
so, sebagai alternatif...
kita shopping raya online saje...
baju ready to wear kan melambak di pasaran...
tinggal sediakan ongkosnya aja...
 
tapi, memandangkan mama ni bersaiz pear...
atas kecik bawah besar, dan pendek pulak...
memang mencabar nak beli baju RTW ni...
 
takut belah atas bleh pakai, tapi kain ketat.
masa dok mencari-cari baju raya RTW..
nampak pulak top designer buat Raya Collections yang harga patut gitu kan.
dapat lah mama yg bergaji rendah ni pakai kan..
teruja giler!!!
 
cuba korang tengok... memeleh tak meleleh air liur korang.. haha
 
1. Jovian Mandagie Collection at Zalora
 


 
Dalam banyak-banyak koleksi Jovian ni, mama berkenan yg ni...
 
Fedila
Harga RM450.00
Design cun... harga berbaloi.. color pun cun
Fedila ni ada 2 color.. green and maroon
tapi, takut labuh sangat dan tak sesuai dengan tahap kependekan mama. haha
hancur lebur harapan..
 
 
Felila
Harga RM400.00
Ada 2 color, Mint Green ni dan Kuning
Mama of coz berkenan yg mint green ni, tapi pelik sikit sebab color dia macam fade kan??
tak ceria tuk raya. boleh gitu?
tau lah tengah bersedih kan, tak yah lah nak berkabung sangat. haha
 
 
Fiora Mint
Harga RM380.00
ada satu color je.
 dan mama memang berkenan color dan design dia
 
masih berkira-kira nak order yg mana satu...
 
Collections designer lain pun mantop...
jom tengok Rizalman pulak...
 
2. Rizalman at Zalora




Dan koleksi Rizalman yang memukau mata mama...
 
Ingrid Peplum Kurung.. yang ni ada 3 color, Hitam, Merah & Pink Cair
tapi mama berkenan color hitam ni, boleh lah mama nampak langsing sikit kan... hehe
Harga RM460.00

Marilyn Kaftan ni pun cun sangat... Design dia lebih kurang Susan Dress...
Harga RM460.00 jugak
 
Senang nak breastfeed Zharif ni kan.. hehe
 

Lana Dress... ada 2 color.. Fuschia Pink ni dan Coklat
suka design bahagian dada dia...
Harga RM380.00

Fay Dress ni harga dia RM350.00
Ada 2 color.. purple Berry ni dan Orange...
 
kalau banyak duit dah sambar semua dah..
 
Tapi mama tak order lagi, sebab berkenan gak design Jovian dan Melinda Looi.. fening!!!
 
3. Emel by Melinda Looi
 
Malangnya pre-order #emelbymelinda ni dah habis.
#nangesgigitjari
 
antara design emel yg buat mama tak tidur malam...




 
Mama masih lagi dok fikir nak beli yang mana, antara koleksi Jovian dan Rizalman.
korang agak-agak amna sesuai tuk mama?
 
ke nak tunggu koleksi RizmanRuzaini or Hatta Dolmat dulu. haha
ada hati tu! ko ingat ko retisss!
 
ikutkan, kat FB atau blog melambak orang jual baju RTW tuk Raya 2013 ni kan.
tapi harga lebih kurang ni, range RM100-RM300.
tapi kebanyakannya dari material Lycra dan ada lace, which is cam tak rare langsung kan.
macam lah kalo pakai Jovian, Rizalman ni ko yang pakai sorang kan.. hahaha
 
cepat... tolong mama pilih!!!!
 
p/s: baju raya anak-anak, last minit lah beli sebab senang sikit nak matchkn dengan baju mama kan.. hehehe
 





love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Tuesday, 11 June 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Hanya itu yg mampu mama ungkapkan...
Takde lagi airmata tuk di tangiskan...
Jiwa mama dah kosong...
Tak tahu samada nak happy atau bersedih...

Yg pasti... mama percaya dengan aturan Allah tuk mama...

Moga Allah beri mama kekuatan tuk hadapi hari esok...

Alhamdulillah... syukur

Thursday, 23 May 2013

:: Pesanan buat Suami ::


 

Sebelum kamu menikahi isterimu, kamu lafazkan janji setia padanya bahawa kamu akan mencintainya selama mana kamu hidup.. Kamu janji kepada walinya bahawa kamu akan melindungi diri dan perasaan isteri kamu.. Mengapa skrg kamu bawa penceroboh rumahtangga utk menghancurkan ikatan yg diredhai ALLAH ini? Apakah kamu tidak lagi takut kepada ALLAH? Tidakkah kamu gerun dgn do'a isteri yg teraniaya? - Tuan Shahrul Irfan


Tersentap bila baca statement ni. Patutnya semua suami baca statement ni supaya mereka tidak lupa akan janji-janji dia pada isterinya & juga wali isterinya dan dengan sewenangnya meruntuhkan mahligai yang dibina kan...

Saje nak kongsi dengan semua pasal statement ni. nak share kat wall FB takut ada yang salah tafsir pulak. nanti ramai pulak yang sms/ inbox/ whatsapp/ wechat bertanya kot lah mama ada masalah kan. hahaha. kelakar!

If ada sesapa nak bagi para suami baca, silakan. sama-samalah kita saling mengingatkan. hehe

Melayu kan mudah lupa. so, kalau suami korang tu Melayu better ingatkan tapi kalo suami korang ni bukan Melayu, selamat sikit lah. hahaha

ok. bye!

p/s: kemana korang time school holiday ni??? mama nak bawak anak2 bercuti tapi tak decide lagi nak ke mana... any idea???


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Thursday, 16 May 2013

Bahagiamu Deritaku


Bahagiamu Deritaku- Hafiz

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

 
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Lately.. suka sangat dengar lagu-lagu macam ni. ntah, lantaklah orang nak cakap, mamaDZ ni jiwang karat ke apa kan.
Mama ni jenis, suka lagu & lirik dia sekali. tak kisah lah lirik dia jiwang karat ke, tp kalau lagu dia sedap, memang mama layan je. hehe

korang suka lagu apa? jangan cakap, korang layan GWIYOMI pulak eh.. ke K-POP. hehe. mama dah tua bangka, tak reti nak layan lagu-lagu k-pop. kalau lagu korea lama2 tu, memang layan gak lah kan... especially, OST korean drama yg selalu jadi febret mama. hehe

sekarang ni, anak-anak sedara mama yang tengah meningkat naik termasuk anak dara mama memang layan gwiyomi video kt youtube je. tak paham mama, apa ntah yang best dgn gwiyomi video tu. kalo yang buat tu comel, ok lah nak layan. tapi kalo yang buat video tu macam 'kak tun', aduhai yang suka "comel tak kak tunnn?????", memang tak lalu lah nak layan. hahaha. ampun kak tun yee!!!! hehe


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

04.05.2013 Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Izz Syazwi & Amanda Delisha

Assalamualaikum semua :)
 
Ini gambar sekitar Majlis Cukur Jambul cucu-cucu mama.
Majlis buat kat rumah kak ngah mama kat Kg Sementa, Klang.
Terimbau kembali Majlis Cukur Jambul Zahra, March 2008.
Setiap kali buat cukur Jambul kat rumah kak ngah mesti time PRU.
March 2008 hari yang sama. kali ni sehari seblum PRU. nasib lah kan.
 
Tema Majlis kali ni, warna pilihan mama. dah orang bagi peluang pilihy color tema haruslah mama munafaatkan dengan color febret mama kan. of coz PINK color, cuma kali ni combine dengan hijau.
 
comel tak kak tun???? hahaha
 
Jom, kita tengok gambar!
 
makcik-makcik Marhaban dah siap sedia. yang baju biru tu bukan ketua marhaban tau, itu mak mama. hehe
 
Makcik2 marhaban kali ni bagus, bertindak mengikut arahan. bila kitorang suh start kul 9.30pagi, dia start sharp. tak amcam masa Majlis Cukur Jambul Zahra 2008 dulu, photographer tak datang lagi sebab plan start kul 10pagi tapi makcik marhaban terus start kul 9.30pagi. alasan mereka, semua dah ada buat pe tunggu lagi. hahaha. ikut suka lah makcik oitt!

Pelamin anganku musnah!
opss.. silap.. buaian berendoi paling sempoi jimat-cermat.
buaian berendoi hasil tangan kakak mama, Endek dan dibantu oleh mama.
 
comel tak???
 
Dan...
 
memperkenalkan....
pelakon utama tuk Majlis Cukur Jambul & Aqiqah...
 

Muhammad Izz Syazwi bin Shahlin Arsy
 
dan...

Nur Amanda Delisha binti Md Rudi
dan...
 
inu-ibu pengantin.. hikhik

Ieqa Zalika & Suzie Ernie
 
Ieqa ni, anak abang long mama & Suzie ni anak Kak Ngah mama...
 
Izz & Amanda ni lahir selang 2 minggu je.. lahir Feb 2013

Izz & Mummy

Amanda & Ibu
 
dan...
 
memperkenalkan... flower girl tuk Majlis
hahaha...

mama yg dah gemuk, tembam & debab...

dan... bersama anak dara yang kuat merajuk, meragam sepanjang majlis... Nur Dhia Zahra
dan...

mama bersama kakak2 & anak2 sedara... dan anak dara yg kuat merajuk.. hehe
 
Sekian. TAMAT.



love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Wednesday, 15 May 2013

Lepaskan


Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu
Makan minum ku dh tak terjga
Asyik memikirkan tentang kamu

Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya
Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu


Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepasknlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Monday, 13 May 2013

Suami & Isteri

Terdidiknya seorang ISTERI itu apabila BAIKnya seorang SUAMI, maka apabila BAIKnya seorang SUAMI itu BAIKlah juga ISTERInya, apabila SOLEHnya SUAMI itu maka SOLEHAHlah juga ISTERInya, suami itu sebagai ACUAN buat ISTERInya..
 


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Thursday, 9 May 2013

Home Sweet Home

Alhamdulillah...
 
25.03.2013 officially Home Sweet Home meanjadi hak mutlak kami. Pihak Glomac serahkan kunci pada kami. Syukur pada Allah.
setelah menunggu hampir 2 tahun.
masih segar dalam ingatan, habis pantang Zharif mama terus ke Pejabat Jualan Glomac, Saujana Utama tuk bayar booking sebanyak RM500.00
Proses pembelian yang sangat mudah.
Urusan dengan HSBC bank, lawyer kedua-dua pihak & KWSP juga mudah.
 
Secara berperingkat, mama dan anak-anak selalu tinjau perkembangan progress rumah kami ni.
 
Alhamdulillah.... ia dah sedia didiami.
 
Memperkenalkan.... Our Lil Sweet Home.. Saujana Sinar, Sg Buloh...
Rumah Phase 5A3 Sinar Saujana Utama dah sah jadi milik kami...
 
 

 

 
Rumah teres dua tingkat, lot tengah ni cukup bermakna buat kami anak-beranak.
walaupun tak besar mana, dan tak semewah mana kami tetap bangga memilikinya. hasil titik peluh kami sendiri.
 

 
Rumah ni masih lagi dalam proses ubah-suai. bukanlah major ubah suai kot, cuma minor je.
mama tak cukup duit nak buat major renovation pun, cukup sekadar mana yang termampu.
 
Proses pasang grill & kipas lampu juga dalam proses.
 
nanti mama update checklist masuk umah baru eh.
mama tak plan nak masuk umah dalam waktu terdekat ni pun.
 
paling awal hujung tahun ni or palaing lewat awal tahun depan, in shaa Allah.
 
sekarang ni, ada perkara yg lebih penting mama kena uruskan. apa dia??? nanti mama share eh. sesuatu yang takde siapa sangka dan duga....
 
Salam Sayang dari Mama, Zahra & Zharif
 










love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Aku Yang Tersakiti

Aku Yang Tersakiti – Judika

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


p/s: ni pun lagu febret mama gak... layanzzz


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Kehilangan

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi.


Lagu Firman ni memang jadi lagu favourite mama.. suka sangat melody dan bait lirik dia...
lagu ni boleh kategori lagu jiwang gak la kan... tp sedap sangat kot. haha. walaupun.... Firman ni tak berapa nak handsome sangat, tapi terbaik kot suara dia... hehe

oleh kerana mama ni mmg peminat muzik indon, so lagu2 ni memang sesuai sangat dengan halwa telinga mama. hehehe

korang suka tak???? cuba korang cari kt youtube... memang korang akan jatuh cinta gak lah dengan lagu ni... hahaha.. mama bajet, mama-mama yg lain ni jiwang karat cam mama??? hehehe

p/s: ada banyak sangat benda nak share.. tp x sempat... kisah 'home sweet home' dll. nanti mama update pelan2 eh...




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Thursday, 4 April 2013

Doa Untukmu Sayang

Doa buat anak-anakku yg tersayang... Nur Dhia Zahra & Muhammad Dayyan Zharif

Ya Allah,
Kurniakanlah anakku ingatan yg kuat,
agar dia mampu menghafal Qalammu...

Lembutkanlah Lidahnya,
Untuk membaca Qalammu & Zikir kepadaMu...

Takut dan Tundukkanlah hatinya,
Agar takut denganMu...

Terangkanlah hatinya,
Agar mudah menerima IlmuMu...

Cantikkanlah dirinya,
Sepertimana kau mencatikkan dunia ini...

Ampunilah dosanya,
Sejak dia sebelum,sesudah kehidupannya...

Berikanlah jodoh yg terbaik untuknya,
Jadikanlah telinganya,
Agar menyukai sebutan dan bacaan yg memujiMu...

Jadikanlah matanya,
Mata yg mampu melihat kebenaran dan keesaanMu...
Jadikanlah tangannya untuk berbakti
dan berjuang kepadaMu...

Jadikanlah kakinya,
Kaki yg sentiasa menuju jalan yg diredaiMu...

Jadikan juga hatinya,
Hati yg mencintai Muhammad Rasulmu...

Juga hati yg dekat dengan hatiku,
serta Jadikanlah dia anak yg Soleh&Solehah.
Amin..
 
Mereka adalah anugerah terindah yang Kau kurniakan kepadaku, kuatkanlah aku tuk membesarkan & mendidik mereka... menjadi hamba-Mu yg soleh & solehah. Amin....
p/s: mama sayang kakak & adik. miss u anak2


--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Sunday, 10 March 2013

Assalamualaikum wbt.

Salam Ahad :)

Masih bermalasan di atas katil dgn anak-anak sebab keletihan semalam seharian buat cookies tuk Majlis kenduri kakak mama kt Sijangkang.

Hari ni nk ke kedai printing tuk print kad jemputan kenduri, kakak mama amanahkan mama tuk design n print 1000keping. Hope berjalan lancar.

In sha Allah lepas zohor nak bertolak ke Kerteh, Kemaman tuk audit assignment kt sana. Hope selamat pergi dan balik.

Sekadar nak berkongsi ungkapan indah tuk renungan kita bersama...


Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu...

Walau berapa banyak pun dugaan datang dalam hidup kita, berat atau ringan dugaan itu.. Percaya Allah sentiasa ada bersama kita.

Wassalam.

Sent from mama's SweetBerry®

Thursday, 14 February 2013

Allah Maha Melihat

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat 


Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

p/s: Hanya ALLAH tempat ku bergantung, hanya pada ALLAH ku berserah... segala yang berlaku hanya dengan izin-Nya...

--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Wednesday, 13 February 2013

Bila orang dah benci

Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi

Biarpun ku masih sayang
Kasihku tak pernah padam
Tetapi apakan daya
Terpaksa ku lepaskan

Sampai hatimu melihat diriku dihukum begini
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi

Mengapa sayang engkau hancurkan
Niat suciku mencintai dirimu
Sedangkan dulu engkau berjanji
Kau hanya milikku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

p/s: rasa sayu dengar lagu ni :(

--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Tuesday, 12 February 2013

Anak-anak adalah penyejuk mata dan hati

Assalamualaikum semua :)

Sikit punya lama belog ni tak berupdate kan. Korang rindu mama tak? Rindu zahra n zharif tak? Tak? Kalau tak, lepas ni berbulan-bulan lah mama malas update. Hehe

Takde apa yang menarik mama nak share la. Nak share gambar pun tak best sebab zharif tak ensem sekarang ni. Muka dia berparut. Tatau lah sebab apa. Berebut mainan dengan anak baby sitter atau dia main mainan yang berbahaya. Last week hari khamis mama jemput zharif, nampak pipi dia cam ada calar. Mama fikir maybe kena cakar dengan budak2 lain. So, mama diamkan je.

Tapi, jumaat pagi bangun tidur calar tu dah merah dan berair. Luka tu tak dalam sangat tapi agak mengerikan jugaklah. So, mama ada lah bubuh krim luka tuk bagi kering. Tapi budak kecik ni bukan reti dok diam, dia gi garu tempat luka tu maka berdarah lagi. Tu yang muka dah macam samseng taik minyak. Segan tau, semua orang nampak dok tnya kenapa. Nampak macam mama dera dia tau. Mama tak pernah tau pukul anak samai gitu. Paling garang pun, mama pulas telinga atau cubit je. Kira garang gak tau mama ni, mama kecik dulu tak pernah kena pun. Hehehe

Nak buat cemana, mama ni takleh nak tengok anak nakal sikit. Memang tangan ni laju je pulas telinga atau cubit. Hehe. Tapi, mama paling kuat membebel lah. Mama suka membebel kat zahra dan zharif. Pastu mama suka nangis tau, kira macam mintak simpati supaya derang tak buat lagi. Huhu

Mama ni boleh dikategorikan sebagai ciwek lah. Sikit-sikit nangis. Sekarang ni makin menjadi-jadi lah kan. Marah sikit kat budak-budak tu, nangis. Penat sikit, nangis. Budak2 tu buat sepah, nangis. Zharif ni lembut hati sket, bila mama nangis terus datang dekat peluk mam dan kiss mama. Nak harap zahra? Dia tu keras kemain tau, jangan harap nak nangis sesama ngan mama. Cuma, dia akan nangis ngan mama bila mama nangis time baca doa lepas solat.

Anak-anaklah penyejuk mata dan hati mama. Bila mama sedih, anak2 lah penawarnya. Bila mama letih, anak2lah pengubatnya...

Anak-anaklah sumber kekuatan mama... Harap, Allah pinjamkan anak-anak lebih lama tuk mama... Sehingga mama menutup mata.. In shaa Allah

P/s: gambar lama sbb takde gambar baru.huhu

Sent from mama's SweetBerry®

Tuesday, 29 January 2013

Kita merancang, Allah tentukan segalanya

kita tidak tahu bagaimana jalan hidup kita ini diatur...kita tidak tahu apa yang Allah rancang untuk kita. Kita merancang, namun Allah jualah yang Maha Perancang dan Penentu segalanya....
Kita hanya mampu merancang, tapi Allah tentukan segalanya...

Hakikatnya, harus kita yakini bahawa Allah Maha Mengetahui dan asbab itulah , apa jua perancanganNya, ia pasti lebih baik, malah yang terbaik untuk kita.

Kadang apa yang kita mahu, bukanlah yg terbaik Allah tentukan tuk kita. Jadi, walau beribu kali kita meminta kita tidak akan perolehinya...

Tenanglah wahai hati dan redhalah dengan segalanya... Hikmah itu akan tiba jua bila sampai masanya. Hanya perlu untuk kita berusaha mencarinya...

Doakan mama dan anak2 kuat hadapi dugaan Allah ini ya! Mama yakin, pasti ada bahagia menanti kami di kemudian hari. In shaa Allah...


Sent from mama's SweetBerry®

Monday, 21 January 2013

Rindunya

Salam semua :)

Saat dan waktu ni, mama sedang merindui semua kenangan manis dan pahit yg pernah mama lalui bersama papa dan anak-anak.

Rindunya bukan kepalang...

Rindu nak lalui semua itu, walau mustahil..
Rindu nak rasai semua itu, walau sebentar...
Rindu nak ulangi semua itu, walau dalam mimpi...

Moga mama kuat melawan rasa rindu itu...
Moga mama tabah hadapi dugaan itu...
Moga mama cekal lalu semua itu...

Semoga ada sinar kebahagiaan buat mama dan ank-anak, itu lebih penting...

Rasa rindu ini tak kan pernah padam...
Rasa rindu ini tak kan pernah hilang...
Rasa rindu ini tak kan pernah pudar... In shaa Allah

Allah merancang sesuatu yang lebih baik, mungkin...

Sent from mama's SweetBerry®

Friday, 18 January 2013

Happy 2nd Birthday My Hero!

Salam Jumaat Semua :)

Hari ni hari jadi hero kecik mama, Muhammad Dayyan Zharif yg ke-2. Sekejapan betul masa berlalu kan, dah 2tahun hero mama ni.

Zharif sayang,
Mama loves u so much. Maaf sebab dalam usia kamu 2tahun, kamu dah sama-sama harungi susah dengan mama. Maaf sebab libatkan kamu dalam masalah mama.

Zharif sayang,
Walaupun kamu belum faham apa-apa, tapi mama terharu kamu lah yang menyapu air mata mama saat mama bersedih. Dengan jemari halus kamu itu, kamu kesat air mata mama dan kamu peluk erat mama tuk meredakan kesedihan mama. Bertuahnya mama memiliki kamu sayang...

Zharif sayang,
Mama berjanji akan berikan yang terbaik buat kamu walaupun agak payah dalam keadaan mama sekarang, tapi mama janji sayang yg mama akan cuba sebaiknya berikan yg terbaik tuk kamu..

Zharif sayang,
Membesarlah sayang dengan sempurna. Ketepikan kekurangan yg kita ada, itu semua bukan penghalang tuk kamu menjadi anak yg soleh dan insan yang taat pada agama...

Zharif sayang,
Mama mengharapkan kamu tuk menjaga dan membimbing kakak kamu suatu hari nanti. Kerna, kamulah satu-satunya hero mama... Mama juga mengharapkan kamu tuk menjaga mama bila mama tua nanti dan kamulah yg akan mendoakan mama bila mama dah takde nanti...

Zharif sayang,
Kasih mama tuk kamu dan kakak tiada tandingan. Mama sayangkan kamu dan kakak lebih dari segalanya. Kebahagiaan kamu dan kakak adalah keutamaan mama. Biar mama hilang apa saja, tapi tidak kamu berdua...

Happy 2nd birthday my lil hero! Kamu lah hero harapan mama! Mmuuuaaahhhh....


Sent from mama's SweetBerry®

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!