Showing posts with label BengOng. Show all posts
Showing posts with label BengOng. Show all posts

Friday, 26 November 2010

Blogspot ada problem atau Laptop papa ada problem?

lamanya tak mengupdate blog.
rindu-rinduan jadi kenangan gitu.
dah berapa hari nak update, bile kat rumah jek. asal malam sakit kepala, kalo tak sakit kepala, tenet lak slow cam siput.
banyak tul halangan nak update.
banyak nauu citer nak share.
pasal bb DZ, pasal jalan-jalan cari makan, pasal kenduri kawen.
semua entry dah draft, tunggu nak upload gambar jek.
PC mama buat hal lagi, memang nak kena reformat la tu.mujur dah back up isi kandungan pc tu.
dari semalam online guna laptop papa, tapi langsung tak bleh nak upload gambar.
tatau apa pasal, blogspot ada problem atau laptop papa yang bermasalah?? ntah.
remuk-redam hati ni, punyalah semangat nak upload gambar.pastu hampeh jek.
asek lah loading..... tak abes-abes.tapi nak sukses, mmg janganlah diharap.
nyampah tul.membantutkan semangat nak update jek.
jeles tengok kengkawan update tau!!!geram geram geram!!!
hari ni pun, mama try upload gambar lagi guna laptop papa. tetap tak boleh.
so, nampak gayanya kena tunggu PC mama OK la neh.huhuhuhu
malam tadi, gigih ajak papa gi hantar cpu kat kedai cina tu.tp, pas baca yassin mlm tadi papa cancel. malas nak keluar katanya, geram sungguh mama.
tapi nak buat cemana, mmg kena tunggu papa gak. mama mana lah larat nak angkut cpu yang besar gabak tu.
nak bawak perut seniri pun cam payah.
haa, nak bagitau. mama punye penyakit 'morning sickness' yg tak bertempat ni dah mula lagi.
asal malam jek, pening. asal pening jek, malam.
belakang badan pun aseklah sakit. especially, tang pinggang ramping mama.
papa semestinya jadik tukang urut mama setiap malam.hehehe
plan nak berurut, tapi mama ada TERbaca kekerapan berurut time peknen bleh menyebabkan uri lekang. betul ke???seram lak baca artikel neh. mama baca dari pamplet yg mama amik kat klinik kalo tak silap. ke dalam buku "40minggu nan indah".ntah. tak ingat pulak mama. nanti mama update.
betul ke berurut leh lekangkan uri???
mama tengah sakit badan ni, tak puas lah papa urut. mana nak puas, baru papa urut mama sikit, papa lak mintak mama urut. letih. ngengada papa zahra tu. cam dia pulak yg berbadan dua.hehe
dan lagi satu, aktiviti masak-memasak pun mama dah tak bleh nak buat. macam early stage peknen aritu gak.mama tak leh bau masakan yg mama masak, terus tak lalu nak jamah.
so, papa lah amik alih tugas masak-memasak.ekeke


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 7 September 2010

Mood Keje = 0%

wahh!kalo boss baca ni boleh pengsan namploh kali.hikhik
mama bukan pe, mama lebih suka berterus-terang dari sorok-sorok simpan dalam hati.ngeh3
sekarang ni, sebenarnya dari pagi tadi pukul 8 pagi, mama dah takde mood nak kerja.
rasa cam nak cabut balik rumah sebab memikirkan raya yang tinggal lagi 2 hari.

bukan tak sabar nak raya, tapi memikirkan(banyak betul pikir) banyak lagi tak buat kat rumah tu.huhu
dapur & ruang menonton TV belum kemas.
halaman rumah jugak belum kemas.
baju raya belum basuh kecuali baju kurung & baju melayu yang dah basuh hari ahad lepas tapi masih belum kering akibat kena hujan semalam dan tak sempat angkat.huwwaaa!!! *nanges*
ruang tamu belum mop.walaupun itu keje papa tapi mama tetap fikirkan tuk papa.hahaha
biskut makmur belum buat. *pengsan*
bunga hiasan jugak belum beli. sedih tengok keadaan rupa-paras bunga hiasan yang dibeli 2tahun lepas, sangat uzur.
kacang pedas kesukaan satu family jugak belum buat, sebab belum beli kacang tanah lagi.
duit raya tuk anak-anak sedara, cucu-cucu sedara & anak-cucu jiran tetangga belum tukar lagi.uuwwwaaa!!! *nanges lagik*

makaiihhh, banyak nye belum buat.sempat ker nak siapkan dalam masa 2 hari ni.
kalaulah ada doreamon, kan best.request jek kat dia suruh keluarkan robot dari poket dia yang boleh menghias rumah mama dalam sekelip mata. dan tak keluarkan bajet.hahaha

mama jugak pening memikirkan bajet raya dah melebihi tahap piawaian yang ditetapkan.
bajet tuk simpanan hari tua jugak dah terpakai.
bajet tuk menghidupkan roadtax dan insurans cik persona jugak dah terluak.
padahal, dah set dari awal dalam otak taknak membazir. tapi, macane boleh lari bajet jugak. *menangis dan meraung*

so, ini menyebabkan mood kerja adalah 0%.

love: mamazahra ^__^

Saturday, 7 August 2010

Pukul Tiga Pagi

aduh, boleh la pulak terjaga sikit punya awal.
kul 3 pagi.
selalunya, sikit punya susah nak bangun.
kadang tu, papa kejut kul 6.30pg pun liat nak bangun.
boleh pulak lah, terjaga pastu tak leh tidur balik.
ni semua gara-gara dok terlalu pikirkan appointment dgn Doktor Pakar dan takut nak amik darah hari Selasa nanti.huhuhu
puas dah golek-golek atas katil, tetap takmo lelap mata ni.
sudahnya, ngadap PC lah.
nasiblah cik selkom ni sikit punya laju.
kalo tak, ada yg kejut papa bangun suruh teman berjaga sekali.hahaha
ekceli, ada banyak gambar nak share.tapi, malas lah pulak nak gi ambik henpon kat atas meja mekap pastu nak ambik cable pulak kat dalam beg keje.hukhuk
time line tenet cam siput, ada hati nak upload.pastu maki-hamun cik selkom tuh.ngeh3
tapi, bile line tenet sikit punya laju, mood tak mari pulak.gatai lah mama neh,kan??
sejak dua menjak kena buat BSP test ni, jiwa mama kacau lah.
selalu sgt dok pikir bukan-bukan.
tak tenteram langsung.
mana taknya, nak makan pun dah takut-takut. sikit punya control lah, takut sugar level tinggi.
dok pikir risiko-risiko yg bakal berlaku gara-gara diabetis semasa hamil neh.
macam-macam dugaan.redha jek lah, nak buat camna, ye dak??
mama cuma harap, yang buruk-buruk tu tak berlaku.like baby besar sangat, bersalin secara pembedahan & risiko bersalin awal.
harap, diabetis neh, hanya kesilapan masa minum air gula hari tu.
tu lah, tak dengar cakap papa.
papa dah cakap, kalo boleh tak payah pergi besday Dato' tu.
tapi, mama pergi jugak.kan dah jadik cenggini.huhuhu
skang sapa yg susah??hati sendiri gak yang susah.
hope dapat harungi setiap ujian dan dugaan sepanjang mengandung kali ni.
mana tahu, baby BOY yang ada dlm kantung rahim mama ni??ngeh3



love: mamazahra ^__^

Wednesday, 17 March 2010

Entry Tanpa Tajuk

di ketika ini...disaat ini...papa dan zahra dah lena diulit intan.
tinggal mama je masih mengadap PC. [naseblah cik berukben selkom ni baguih malam ni.kalau tak, mahu meroyan mama.hikhik]
niat hati nak join mereka tidur, tapi mata belum mengantuk pulak walaupun badan penat,letih cam nak tercabut semua sendi neh. [kalau dapat gi AROKAYA wiken ni, syok gak.ada sesapa nak teman???]
kalau mama baring sekalipun, otak ni tak letih2 berpikir, macam mana nak tidur.aduh!! [mulalah, pikir duitlah, pikir hal keje lah, pikir masa depan lah..yg part masa depan tu, berangan je lebih.huhuhu]
baik mama wat blogjogging.bagus gak exercise malam2 ni.bleh kuar peluh sikit.hikhik [bleh gak klik2 nuff kawan2..tambah rezeki kawan, manatau sok2 rezeki mama pulak bertambah.heee :D]
okeh, mau sambung blogjogging, sambil tinggal komen sikit2.
tak pun, gi ushar blogshop, manatau ada yg buat sales, leh lah sambar.hehe [bile poket penuh, otak tu ligat je nak kasi perabih.bukan nak menyimpan.hukhuk]


Okeh, selamat malam semua :)
love: mamazahra

Friday, 12 March 2010

Niat hatiku taknak berpisah, apakan daya jodoh tiada...

alamak, ampun bukk!!!
tajuk tiada kena-mengena ngan apa yang mama nak tulis ni.hehehe
mama nak update, tapi sejak-dua menjak-tiga menjak, internet dah ditapis dengan orang2 buta IT neh, hilang semangat nak mengupdate entry cuti2 Pantai Timur.
apa kena-mengena nya??
sebab tiap kali nak upload gambar je, ayat keramat ni akan keluar "Internet Explorer cannot be displayed" tak pun "Website not allowed in dot dot dot"..
geram je, putus harapan nak berblogging di siang hari.
nak harapkan mama upload di malam hari lagi lah payah.
tak menang tangan nak layan Zahra dan papa.
paham2 jek la kan..hikhikhik
so, mama janji tuk habiskan entry pantai timur ni malam ni jugak.paling lewat pun, this weekend.
so, mana yang tertunggu gambar2 kat Pantai Timur tu.bawak bersabar ye!!!
Anda akan dilayan sebentar lagi.ahaks :)
love: mamazahra

Tuesday, 15 December 2009

nak, tapi malas la pulak

mama nak update.
niat tu ada.
masa pun ada.
idea pun ada.
tapi, punya la malas nak mampus.
bukan malas nak menaip.
mama neh menaip laju jek.
tapi, malas nak upload gambar.
rasa cam kusam la pulak belog neh tanpa gambar mama kan.
kowang sure windu nak tengok muka mama yang makin bam-bam neh.wakakaka
tapi, tetap menten kiut eyh.
itu tak dapat dinafikan.betul tak??
sila angguk, cepat. kalo tak, mama sekeh.hikhik
lately, kowang kan dipaksa rela tuk baca entry jiwang 18karat bersempena 3rd anniversary mama dan papa.
gambar pun, gambar kusam cam gambar zaman pakai kodak filem.wakakaka
ok, mama dah mula merepek cam kerepek dan merapu cam ikan kerapu.
baik mama stop jek.
malam nanti.
kalo ada mood.
kalo ada masa.
mama update.
itu pun, bergantung pada tahap kelajuan berukben.
juga bergantung pada papa.
mana tahu, dia ada aktiviti lain nak ajak mama buat kan.hikhik.
jangan pikir lain ye!!!kalo itu yg berlaku pun, ada korang kesah?kitorg dah halal maaa....
juga bergantung pada si tecik zahra tuh.
kadang-kadang, kalo angin zahra sampai.
dengan selamber nye dia akan tekan punat on/off CPU tuh.
dan dengan selamba blah dari meja PC mama tuh.
mahu tak hangin mama.
mahu tak hilang mood nak mengupdate.
ok, mama ekceli tengah pening memikirkan ayat terbaik nak draft report neh.
tu yang gi blog dan create entry merapu neh.hehe
chow!!
love: mamazahra =)

Friday, 6 November 2009

Akhirnya, kembali ke pangkal jalan...

tajuk seram tak hengat.hikhik
saje -saje bagi gempak sikit.
setelah 4 hari bertraining,akhirnya...
mama kembali ke opis.
selamat dari meredah jam di Federal Highway.Alhamdulillah.
selamat dari bangun seawal 5.30 pagi.Bahagianya rasa.
selamat dari menambah dosa kering, memaki hamun pemandu yg suke mencilok tanpa bagi sebarang signal.Syukur.
selamat dari menambahkan lemak tepu, makan segala makanan yg disediakan di Park Royal.hikhik
pagi neh, penuh semangat nak masuk opis.
bukan semangat nak buat kerja.
sbb tahu mmg seminggu tinggalkan kerja sure banyak nak catch up.
tapi, semangat nak submit CLAIM form.hikhik
melihat angka mileage claim bulan Oct plus Nov,sgt membuatkan sy gumbira.
dan semasa isi claim form neh, hati berbunga riang sambil berangan nak beli hape ngan duit claim neh.lalalala
beli henpon baru okeh tak???
henpon mama dah kritikal gila.
dah..dah..toksah nak berangan.
duit claim tuh, mama nak servis kereta la.
aci tak kalo mintak tlg papa jek serviskan kereta???
dan mama beli henpon baru gak dgn duit neh.
apa alasan nak bagi eyh???
mama nak story sikit insiden yg berlaku pagi neh masa mama nak gi opis.
punyalah semangat nak gi opis.
sungguh membara-bara neh.
sekali tgk minyak kete dah nyala.
padahal semalam masa otw balik dari training mmg dah nyala.
tapi, mama sgt malas nak singgah petrol station sbb gigih nak balik umah.
windu seh, ngan suami dan anak dara kesayanganku ituh.
so, pagi neh terus jek drive ke stesen minyak.
sekali masa nak amik wallet dlm beg.
cari-cari,tak jumpa.
cari lagi, takde jugak.
hangin satu badan.
terpaksalah patah balik umah,amik wallet.
bolehnya lah tertinggal wallet.
geram ngan diri seniri.
pas amik wallet, kena gi stesen minyak semula.
dan sampai opis kul 8.30.
semangat terus kendur.huhuhu.
hari pertama selepas 4 hari training, lambat 1/2 jam.
patut ke??


love: mamazahra =)

Friday, 14 August 2009

~ Bile serabut, apa mama buat??? ~

ni cerita hampir lapuk.
kisah hari rabu lepas, 12/08/09.
pale hotak mama neh serabut 2 3 macam.
cam nk pecah pale jek rasa.
baru pikir zahra demam n hal opis, da serabut.
tu lom pikir masalah negara lagik, sure mengong jadiknye.heeee :D

so, bile mama serabut, apa mama buat???


ni ha....


"

"

"

balek keje jek Rabu tuh, mama terus jek masuk dapur...
amik bahan2 n buat kapkek..hahaha ~
terapi terbaru bg ilang tensen n serabut.hehehe :)

hasilnya....


ni kapkek yg mama da kerat bahagian atas...

n yg neh da bubuh cokelat putih yg ntahape2ntah...jenama NONA
makin hodoh kapkek mama... cokelat tuh xkaler putih pon..jernih semacam jek :(


ni mama tapau gi keje tuk bekfes semalam..hehe :)


p/s: bagus gakkan??? kalo serabut, pewot kenyang.kalo dulu, serabut jek gi soping.pale en. suami yg tambah serabut.hehehe :P


love: mamazahra =)

Saturday, 8 August 2009

~ Puteri Raja ngn sepatu baru ~

ni kisah hari Rabu lepas, 050809
hahaha...
tajuk n3 punyalah poyo :P
ekceli tajuk xde kena mengena pon...
saje wat suspen..hehe
ni bkn kisah benar pasal anak raja ye puan2..
ni kisah anak org jawa yg pasan nak jadik anak raja...
hari Selasa tuh, mama pakai tudung kaler kuning diraja...

[mesti org kat kiri kanan kete mama dok ngutuk mama, bdk neh x padan ngn itam nak gak pakai kuning..haha :D]
ekceli mama mmg xsuka kaler kuning...siyes x suka
especially, kuning diraja..

tp, mama terpaksa beli tudung neh sempena tema pertunangan anak sedara mama.. .ntah pe kejadahnye, bdk tu suka benar kaler kuning
nak tak nak, terpaksalah...

dan mama pakai baju n tudung neh, sekali jek..time majlis tu lah...

pastu tudung n baju neh, terperuk dalam lemari....

so, selasa tu tetiba rasa nak pakai lak...hehe :D
inilah rupa mama u ol..lawak kan??? da la kulit HITAM LEGAM...pakai lak kaler kuning... da cam sami kaf-lam-ya-nga ....hahaha :D
tp, yg best nye.... mama pakai sepatu baru...jgn jeles!!!
kakiku yg tecik cam cinderella =)

dari side tepi


p/s: sites wedges neh sgt selesa dipakai...mama plan nk order lg kt kin... pasneh bg diskaun eyh, kin..egegege :D


love: mamazahra =)

Monday, 8 June 2009

~ mama yang kompius ~



mama kompius ah...
kowang perasan tak?
hit counter no yg ada kt blog mama neh...
semalam mama tgk no tuh da 1070++ [ ke mama silap nengok???]
ntah ah...
tapi aineh mama perasan no tuh da jadik 50++...
pelik bin ajaib ah mama...
apesal jadi cenggitu eh?
buta IT tul mama neh...
buat malu kat owang kampung jek...ekeke :D
kowang perasan tak???
ke mama sowang jek yg perasan....
ke sebab mama tgh emo tahap gaban...
mama nampak mende pelik2...
lantak lah...
kowang mane kesah ye dak???
no tuh nak jadik sejuta ke sebillion pun...hehehe :)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!