Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Wednesday, 5 January 2011

Cerita Anniversary.... impian menjadi realiti

ececeh!!tajuk tak hengat kan...
macam nak show off jek..no..no..no..
tiada niat langsung nak menunjuk-nunjuk.
nak riak apetah lagi kan...
tapi, cam motto rancangan TV realiti pun ada gak kan.hehe
tapi, mama sedang berada dalam mood "happy+bersyukur" sbb apa yang mama impikan tuk tahun 2010, semuanya menjadi realiti..
walaupun, tidak seindah mana bagi sesetengah orang.hehe :P

walaupun semuanya sederhana je, tapi mama bahagia sgt-sgt.
apa yang mama nak buat, menjadi.heeee :D

jom kita layan cerita anibeseri mama dan papa, 24-12-2010 hari tu.layyyaaannnn!!!!

(i) Bonus akhir tahun
1st of all, nak panjatkan syukur pada-Nya, atas limpahan rezeki hujung-hujung tahun.
Alhamdulillah syukur...Company mama bagi setiap seorang bonus tuk 2010 ni.
yang paling bestnya...
mama terima Bonus akhir tahun aritu bersempena hari ulangtahun perkahwinan mama & papa 24-12-2010.
jumlah yg diterima adalah lebih sikit jek dari tahun lepas, tapi bagi orang yang bergaji kecik cam mama ni, bila dapat duit selonggok cenggitu opkos lah happy kan. pada orang lain, 4-1 bulan bonus yg mama terima ni sama dgn derang punya sebulan gaji jek, orang kata, "celah gigi jek".hehehe. nape 4-1?? sbb 1bln tu dah terima masa nak sambut raya puasa as festival advance. so, total mama terima lebih kurang 3bulan jek.
tapi, mama bersyukur sesangat dah.ini lah rezeki anak-anak. rezeki zahra dan lil DZ. at least, dengan bonus yang mama dapat ni boleh lah kurangkan sikit beban papa tuk sediakan keperluan sekolah zahra tuk next year dan keperluan tuk menyambut kehadiran lil DZ dalam keluarga kecil kami ni.
setakat ni, persiapan adalah 90% siap tuk lil DZ dan persediaan sekolah zahra by this week kami cuba setelkan.
24-12-2010 tu, bukan mama jek yang terima bonus. papa pun dapat jugak. Alhamdulillah lagi sekali.walopon cuma 1bulan bonus, itu pun dah mencukupi tuk meringankan perbelanjaan kami.
ye lah, tahun baru tanggungjawab baru. anak semakin bertambah, zahra pulak dah nak masuk sekolah. yuran tadika sekarang bukan cam dolu-dolu, mahal setanding sekolah rendah jugak tau. lagi pasneh, si kecik dalam perut ni pun nak kena hantar nursery. harap-harap, tahun 2010 nanti gaji naik lebih sikit lah.amin :)

okeh, cerita pasal anibeseri eyh..
mama plan nak buat surprise tuk papa kan???
jadi ke tak??

ofkos lah..

^

^

^

^

^

TAK MENJADI!!!hehehe
malam tu, mama pening kepala. tatau nape ntah. ye-ye jek plan nak potong kek tengah-tengah malam buta.bajet nak beromantika d amor lah.hehe
sekali, kul 11mlm mama dah terlelap.ekeke
mama pulak yang surprise, bila mama terjaga jek, dah pukul 3pagi.wakaka
padahal dah pasang alarm nak bangun kul 12.sekali tak tersedar lah.sedar jek, pukul tiga pagi.muahaha
so, cancel lah surprise sbb papa pun dah lena kat sebelah.kesian plak nak kejutkan dia.
mama bangun tuk tulis kad besday & buat entry tuk anibeseri kami... susah tu nak buat kata-kata jiwang cenggitu..bukan selalu.hehehe

so, mama hanya wish happy anniversary plus besday wishes lepas subuh jek.hehe
kek anniversary pun kami potong sebelum gi keje... tak best langsung kan??hehe


(ii) Anniversary cake
Red Velvet kek tuk 4th anniversary mama & papa jadi kenyataan.Alhamdulillah.
TQ aunty nani rostam. Sedap sgt kek tu!!!
mama sms aunty nani pun dah lambat, kalo tak silap hari selasa lepas. then mintak nak amik kek khamis petang. sure aunty nani tungkus lumus siapkan kek mama.Terima kassih banyak-banyak.
semua yang makan kek tu, suka sgt sbb kek tu tak berapa manis tapi sgt2 sedap.
inilah rupa red velvet cake with mascaphorne cheese [eh, betul ke mama eja mendalah ni.hantam sajalah.hehe]
hasil tangan Aunty Nani, mama Hanis Zalikha.
terbaeeekkkk!!!!

kami dah 4tahun bersama.amin :)

mama dah cam hape ntah kan??buwok benor rupa mama.ekeke
dan....

inilah red velvet cake...siap ada stoberi fresh tau.

maaf, warna dlm gambar tak sama kat luaran.maklumlah, guna kamera henpon papa jek.
syukurlah dari takde.hehehe :P


p/s: n3 ni dah berkali2 dok edit, tp xdpt nk publish coz tenet sgt slow cam siput sedut.gerrammm!!!tunggulah n3 basi dari mama.hikhik

update: 2-1-2011, masih lagi takleh nak upload gambar anibeseri ni.gerraaammmmm!!!!!blogspot punye masalah, atau berukben ni yg lembabs?????hadoi la!!!

p/s: Alhamdulillah, dapat gak update n3 ni :D [gaya bahasa entry ni cam sedang berlaku jek kan??padahal dah berlalu almost 2weeks.hantam sajalah.anggap jek ini entry fresh dari oven.ekeke]

love: mamazahra ^__^

Friday, 24 December 2010

Empat tahun la!!!

apa yang EMPAT tahun tu?
umur sapa plak??
Zahra kan baru 3tahun 2bln...
usia IKATAN SUCI kami lah...
ye!!mama tahu...baru empat tahun, belum empat ploh tahun kan...
tapi, syukur Alhamdulillah...syukur kepada Allah...
masih lagi suci ikatan pernikahan kami ni..walopon ada yang cuba mengotorkan cinta suci kami ni
masih lagi kami bersama...walopon dugaan datang melanda
masih lagi utuh cinta dan kasih sayang kami...
syukur Ya Allah...
malah makin bertambah dari hari ke hari cinta dan kasih sayang tu...malah makin bertambah BUAH CINTA kami...
dengan kehadiran Nur Dhia Zahra
dan Lil DZ yang ada dalam tummy mama ni adalah hadiah yang tidak ternilai...



"A poem for my husband on Our Anniversary...

for telling me how good i look... [walopon sy dah semakin kembang.ngeh3]
and keeping down the food i cook... [walopon kadang dapur kita tak berasap]
for sometimes putting down your hobby,those times I need to bend your ear... [walopon futsal cam bini kedua awak.ekeke]
for when you make me "satisfied" ... [walopon kadang2 ada rungutan.hikhik]
and also take the bins outside... [walopon awk kadang merungut sy tak penah tolong pun.heee.sy mmg pemalas!!]
for letting me inside your heart... [walopon sy tahu, sy bukan yg pertama.tp, sy YANG SATU.heee <3 <3 <3]
and cracking windows when you fart... [walopon sy salu cubit bile berlaku.ekeke]
for all the things you always do..... [terlalu byk, takleh nak listkan..love u B!!!!]

I'm awfully glad my husband is YOU, Md Zahari Mazlan!!" [serius tak tipu!!! sy sgt3 bersyukur menjadi isterimu!!!]

Love You
Happy 4th Anniversary, hubby...

"B, terima kasih kerana sentiasa sabar dengan kerenah sy selama EMPAT tahun ni.terima kasih kerana menjadi suami yg penyayang dan penyabar, kekasih yg tak pernah jemu mencintai sy, sahabat yang tak jemu mendengar setiap luahan hati sy, pelawak yang sentiasa buat sy ketawa, imam dlm sujudku kpd-Nya, ustaz yang selalu membimbing & memberi nasihat, papa kpd buah cinta kita, dan menjadi segalanya dalam hidup sy...sy sayang awak,B..cinta sy hanya untuk awak...walopon awak bukan yg pertama hadir saat sy kenal erti cinta, tapi percayalah hanya awak dihati sy sbb awak lelaki pertama yg ikhlas mencintai sy...

dan...
sy berjanji, akan sentisa ada disisi awak tuk selamanya sehingga ke akhir hayat kita,B!!!!"

Semoga kita dapat membentuk KELUARGA yang sakinah mawaddah wa rahmah dan moga CINTA ini terakhir buat kita,InsyaAllah...


Selamat ulangtahun pernikahan yang ke-4,B!!!!
24.12.2006-24.12.2010 segala pahit manis yang kita tempuhi moga diberkati Illahi....
hari ni 24.12.2010 tepat jam 10pagi, genaplah EMPAT tahun usia pernikahan kita...



terimbas balik detik tu...
mama dan papa dinikahkan Along Sani kat Masjid Ahmadi Rantau Panjang...
semoga ingatan ini terus segar bak cinta mama dan papa.ececeh, jiwang lah plak.hehe




love, mamazahra ^__^

Tuesday, 29 December 2009

Happy 3rd Anniversary to us

oleh kerana 24-12-2009 neh kami ada sambutan berganda.
Papa's 29th birthday dan 3rd anniversary kami.
maka, kami sambut start dari 23-12-2009, iaitu sehari sebelum dan hari-hari selepas tu.
poyo jek kan???wakaka
bukan grand sangat pun.
pada mama, sambutan tu dah cukup istimewa andainya kami ber3 ada bersama.
complete dah.
tak payah nak sambut sampai gi obersi or gi tempat mewah.
bersederhana sudah..
okeh, malam 23-12-2009 kami mulakan dengan nonton movie.
"The Princess and The Frog".
sangat best citer tuh. puas hati sangat-sangat.
so, kowang harus wajib nonton tau!!






buah hati kami...Nur Dhia Zahra, dia lah pengikat kasih kami...




kami kuar awal even movie start kul 11pm.
kul 9pm dah janji ngan ngan nurul nak amik cuppies kt Sec.7 s.alam.
lepas tu, terus gerak gi JJ, Bkt Raja.
dinner kat McD jek.
pastu, ronda carik pezen tuk anniversary kami.
kami memang amalkan begitu.
hadiah pilih sendiri. sebabnya, lagi puas hati kan.
win-win.
yang bagi suka, yang terima lagilah suka,kan.


apa hadiahnya???? tunggu...



tunggu time nak masuk panggung.
Zahra dah tertidur.


tapi, bile cerita start jek, Zahra dah jaga.
khusyuk tengok movie.
tepat jam 12, kami wish gitu-gitu jek.
takkan nak cam selalu kan. siap peluk-peluk bagai.
behave la sikit kan..
kang orang seat belakang cakap apa pulak.hikhik




kul 12.30am, citer abes.
memaseng dah letih.
Zahra dah tidur.

bukti mama dah letih.hehe :P
oleh kerana memaseng dah letih.
takde acara potong kek tengah-tengah malam ye.
kami postpone ke belah pagi.




ekceli, mama tak plan pun nak cuti.
papa kasi surprise pulak pagi tu, bagitau yang papa dah amik cuti dan dah plan something tuk kami.
padahal, siang tu papa cakap acara sambutan terpaksa dipostpone hingga hujung minggu.
saje lah tu kasi saspen.nyampah aii tau..[padahal, hati berbunga riang]
terus, laju-laju sms bos cakap mama EL.wakaka



HAPPY 3rd ANNIVERSARY to NORLy & ZAHARI...24-Dec-2009

acara cake cutting...
cuppies yang ditempah khas dari kak syu, teluk pulai.
sangat sedap okeh kapkek yg kak syu buat neh.
pasneh leh rekomen kat orang lain pulak.




Happy 3rd Anniversary to us.


...semoga ikatan kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa kami...
dan semoga cinta anatar kami tidak melebihi cinta kami pada-Nya...
dan semoga rasa cinta, kasih dan sayang ini terus mekar mewangi...




chewah!!jiwang 18 karat la pulak..
sila jangan menyampah ye..
doa dari kalian amatlah kami harapkan...



apa hadiah dari papa tuk mama???
selain ..........tettt!!! wakaka


inilah dia....
"
"
"
"
"
sehelai jeans Levi's453




walopon dah torai banyak kali, jeans neh terlonggar sikit la pulak.huhuhu
adakah ini menunjukkan mama semakin mengecut???
takde maknanya..
toksah perasan!!!



dan apa pulak hadiah dari mama tuk papa???
oleh kerana mama lom dapat "durian runtuh" ujung tahun dari kompeni,
maka hanya ini saje lah yang mampu diberikan buat suami tercinta....
selain kasih-sayang & cinta...




apa isi dalam nya???


rahsia...wakaka





ini jek...murah.
poket tengah kering kan..
yang penting isterimu ini sangat ikhlas nak bagi hubby dia nampak encem.hahaha
kul 12pm, kami gerak gi KLCC.
papa suh amma ajak ibu zahra, irfan & iqbal sekali.
punya lah crowded klcc, sampai parking pun takde.
puas tawaf 2,3 kali.
sudahnya parking kat luar jek.huhu
ok ar tuh, dari tak dapat langsung.
maka, menapak lah kami beramai-ramai..

papa & zahra
dan..
yang diarai...
mama dan papa...


dan...
ibu, Irfan & Iqbal...



ekceli, papa plan nak bawak kami semua ke Petrosains.
oleh kerana kami sampai pun dah lewat.
siap boleh solat & lunch dulu..
maka, tiket pun dah SOLD OUT.
dan..hancurlah harapan semua nak masuk Petrosains.hukhuk



kami lunch di Signature Food Court.
crowded sungguh.
tak larat...

oleh kerana, tak dapat masuk Petrosains.
maka, kami hanya window shopping jek la.
okeh ar tuh...




kul 3.30pm, papa ajak gi taman klcc.
nasib mama tergerak hati nak bawakkan swimming suit tuk bebudak tuh.
dapatlah mereka bersuka-ria main air dan menghilangkan rasa sedih sebab tak dapat masuk Petrosains.
lenkali jek la eyh...

mandi time :)




lihatlah, betapa eksitednya budak tecik tuh mandi....




ceria sungguh...








kul 4.30 kami dah gerak balik.
singgah jap kat Giant Sec.13, gi amik kek tuk dibawa ke percutian keluarga kami...
ke mana???
tunggu lah entry seterusnya....

oleh kerana dah kepenatan,
mama drive balik klang.
papa ngan zahra & semua penumpang seat belakang dah tidur.huhu
malam, keluar gi K4 dan makan malam yang menyedihkan.huhu
semua kedai tom yam sepanjang highway shapadu tu full house.
so, papa ajak singgah kat Ahmad Tom Yam.
punyalah eksited order apple juice & kue teow ladna.
sekali, bleh minah waitress tuh cakap, apple dah habis...
so, amma tukar tembikai..
sekali dia datang semula, mama bajet dia nak cakap tembikai habis..
sekali, "kak, kue teow dah habis"
aduh, potong stim sungguh.
hilang selera nak makan.
sudahnya, amma minum jek.
papa ngan zahra jek makan.huhu



muka riang sebab kenyang perot, suka hati..


p/s: apa aktiviti kami sepanjang cuti krismas??tungguuu!!!





love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!