Showing posts with label New Year. Show all posts
Showing posts with label New Year. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Hari terakhir 2013

hari ni, 31.12.13, hari terakhir pada tahun 2013 . Tinggal beberapa jam je da nak habis kan?..

Buat Keluarga : korang lah yg terpenting dalam hidup aku..

Buat anak-anak : kamu lah penguat semangat mama, kamu lah kebahagiaan mama

Buat Sahabat : Jangan lupa kan aku ya, bila suatu masa nanti kita terpisah.

Buat kawan2 : Maaf ya kalo aku ada silap dan salah, yg disengaja mahupun tak disengajakan.

Buat yg sayang pada aku : Aku juga sayang pada kamu.

Buat org yg pernah menyakiti aku : Terima kasih ya kerana sudah mngajar aku bgaimana utk trus bersabar.

Buat yg tak kenal dgn aku : Terima kasih sbb setia save aku dkt contact korg, walau pun kekadang aku buat korang marah, suka update yg bukan-bukan.

Terima kasih korang sbb dah ada dlm hidup aku, yg menjadikan tahun 2013 aku jadi ceria.

Thanks Semua!
SELAMAT TAHUN BARU 2014 . Barakallahu fikum bikhoir....

Apa wishlist 2014 korang? Mama punya, nanti mama share kt entry tahun baru. Happy new year semua!! Barakallahu. ...

Sunday, 2 January 2011

Goodbye 2010 and Happy New Year 2011 u ols!!!!

makaiih, dah 2nd day of new year baru mama hegeh-hegeh nak wish.
takpe lah kan, orang kata 'jangan tidak', ye tak???ekeke
sorry lah, biarkan belog ni berkepam tak berupdate.
bukan azam tahun baru mama eyh, nak tutup belog.hahaha
1st of all, nak say bye bye kat 2010 yang dah kita tinggalkan 2 hari lepas.
banyak woh kenangan sepanjang 2010. pahit manis masam masin, semua ada.
tapi, tu semua lah yang mematangkan kita.betul tak?
diharap 2011, akan lebih baik dari 2010. dan 2011 akan menjanjikan kebahagiaan, kejayaan, kegembiraan dan kekayaan kepada kita semua.amin.
lately, banyak sebenarnya cerita nak dikongsi. cerita anibeseri mama & papa, cerita Maternity Photoshoot yang berjaya mama buat.Alhamdulillah...
cerita 'rombongan cik kiah pekasam' ke Zoo Negara dan cerita shopping barang sekolah Dhia Zahra dan kelengkapan menyambut lil DZ.dan macam-macam lagi lah.
mama dah draft, tapi gambar takleh nak upload. tatau apesal ntah. so, tangguh lah dulu segala entry tu eyh..
at least, bleh gak nanti kita imbau apa yang kita buat sepanjang 2010.ye tak??
apa-apa jek lah, mama.belog mama, ikut suka mama lah nak cerita apa.
entry ni pun, kosong je. tak bergambar. jenuh lah dok google gambar Happy New Year 2011, siap ada bunga api segala, sekali takleh gak nak upload. simpan tuk tahun depan jek la.hehe
agaknya sebab berukben mama (cik selkom) dan berukben papa(cik massiss) lembabs cam siput sedut, tu yang mama tak dan nak update. dah capai max capacity katanya. saje lah tu, nak suruh mama upgrade. boleh jalan daaaa!!! nak terminate ada. namun nak upgrade, mmg tak de lah. susah-payah jek bayar bil tenet, tapi sekali-sekala jek boleh online. kalo boleh connect pun, slow lembab bab bab.buat sakit hati jek...


apa pun, nak wish sekali lagi HAPPY NEW YEAR 2011!!!! moga kamu,pembaca belog mama terutamanya akan bertambah bahagia tahun ni...amin.

love: mamazahra ^__^

Saturday, 2 January 2010

Kisah Tahun Baru 2010

Salam.
apa aktiviti korang cuti new year?
mama,papa ngan zahra kat umah jek.
the whole day, kami dok berumah-tangga kat kebun tinggalan arwah bapak mama.
kami plan nak bersihkan tanah kebun ni dan buat something yang berfaedah tuk tahun 2010 neh.
ini lah azam kami.hikhik
dari tanah ni terbiar jek, baik kami kerjakan.tul tak?
so, 01-01-2010 kami mulakan azam kami ni.
permulaan yang baik.
tuk bermula, kami panggil orang tuk bersihkan tanah ni gunakan pembajak.
so, seharian lah kami berkampung kat tanah kebun ni tuk pastikan 'orang' tu wat keje dia.
start kul 8pg sampai lah 5ptg.
orang tu stop tuk solat jumaat jek.

operasi bermula...

bajak tu sedang menumbangkan semua pokok yang ada.
sementara tunggu orang tu buat keje dia.
kami berkelah kat depan laman umah Andak mama.
makan-makan sambil sembang-sembang.
i like :)
mama memang suka part neh.hikhik
tuk itu, mama dah order bluberry cheese cake dari mama elin.
ni second time mama order.
1st time, time krismas aituh.
memang sedap cheesecake mama elin neh.
puas hati :)
inilah ghupanya..blueberry cheesecake mama elin


dari side tepi lak..


semua anak-anak sedara mama suka kek neh.

kakak-kakak mama pun suka.
mama dah pun rekomenkan cheesecake mama elin neh pada opismet mama.
pasneh, makin maju lah mama elin.

so, pada kengkawan blogger yang suka makan cheesecake cam mama neh,
dan "sangat rajin" nak buat.hikhik
memang mama recommend tuk order Blueberry cheesecake neh dari mama elin.
sedap hingga menjilat jari tau!!!

okeh, berbalik kepada aktiviti kami.
before solat jumaat tuh, kami gerak ke Jalan Kebun, umah Abang Tam mama.
papa nak pinjam denso tuk potong kayu pokok yang bajak tu dah tumbangkan..



lepas solat jumaat, papa mulakan tugas potong kayu.
mama???
apa lagi, layan cik Zahra lah.
tidurkan dia sampai mama tertidur sekali.ahaks :)


pas maghrib pulak, kami gi kenduri tahlil jiran belakang rumah.





love: mamazahra <3

Friday, 1 January 2010

Detik Menjelang 2010

Selamat Tahun Baru semua :)
kat ne kowang sambut tahun baru?
mama dan papa plan baik punya tuk sambut tahun baru,
tapi semua yang dirancang tak berjalan seperti yang kami harapkan.hehe
tapi, tetap bersyukur.
semalam, hari terakhir di tahun 2009.
apa aktiviti kami??
ekceli, memula plan nak tuwun midvalley.
nak gi salon rambut,shopping sikit,then nonton movie.
sekali, semua dah jadi carca-marba.
but, still OK la.
mama kan sentiasa bersyukur.hukhuk
after keje jek, mama balik umah dan bersiap.
gi amik zahra dan terus drive ke ATM dan amik papa kat opis.
then, terus menuju ke SACC Mall.
ekceli, mama dah janji ngan opismet nak pass cheesecake yang dia tempah dari mama elin.
kek tu mama dah amik time lunch hour.
so, terpaksa pass after office sebab kek tu mama simpan kat umah.
jupe Kak CT kt SACC Mall around 7.
then, terus menuju ke Thomas & Guys Hairstyling Team.
New year, new hairstyle katanya.hikhik
sangat gigih okeh.
ekceli, dari bulan bape aitu mama nak potong rambut.
sampai ke sudah tak potong gak.
tu yang gigih potong gak before masuk tahun baru.haha
masa sampai kt Thomas & Guys tu, punya lah ramai yang Q menunggu turn.
turn mama sampai setelah almost 1/2hour menunggu.
memula rasa cam nak batalkan niat jek,
terus sms papa yang sedang berkejaran ngan zahra.
sekali, bile papa cakap, Ok jek.
hairstylist tu dah panggil mama.hehe
so, teruskan gak la niat tu.
gambar terakhir berambut panjang.huhu



ekceli sangat sayang ngan rambut panjang neh.
tapi, mama dah tak berupaya nak jaga rambut ni dengan baik.
mane nak jaga zahra lagik, papa lagik, mana nak wat treatment rambut.
memang tak sempat.
tu anak baru sorang, kalo 2,3 orang agaknya mama tak sempat nak sikat rambut.hehe
alhamdulillah, mama dah potong seperti yang dirancang.
dan mama sangat suka hasil tangan Nicholete.
good job,dear :)
gaya apa mama potong?
lebih kurang cam awek Nabil RL ni la...

mama tak sempat snap pas potong tu sbb rushing nak solat maghrib.
so, next tiem bile mama dah mekap lawo-lawo, mam tunjuk rambut baru mama,okeh.
pas solat maghrib, terus makan kat Pizza Hut sebab papa dah kebulur.
masa tu dah around 8.30pm.
so, papa batalkan jek niat nak ke midvalley sbb takut stuck kat traffic.
sudahnya, papa pujuk tuk gi shopping kat Jusco,Bkt Raja jek.
sebagai isteri yang sentiasa bersyukur, mama setuju.
janji papa bawak shopping,hahaha.

dua beranak yang sentiasa menyejukkan hati :)

mahap.mama tengah mengunyah time papa snap.hukhuk

habis licin-licau pinggan ha..nampak sgt tgh kebulur.huhu



papa yang takde selera sbb apa yang diorder, dah abes pulak.
sian kat papa, kempunan nak makan nasi kt pizza.hehe

anak dara yang tak reti penat berlari.
mama dan papa dia yang nak patah kaki kejar dia.hukhuk
lepas makan, terus gerak ke JJ.
papa belanja mama 'secret inner'.tenkiu,pa!!! love u so much.muuuaaahhh
mama pulak belanja papa 'secret inner' gak.RENOMA jek, complete dari atas sampai bawah tau.hikhik .sowi, bie..ini jek, mampu belanja..huhu
sian kat dak tecik tu, mama dan papa tak sempat nak beli pape pun tuk Zahra.
next time, sayang eyh...

tetengah soping tuh, terserempak pulak mak mertua tak jadi mama.hikhik.
sempat sembang jap jek sbb mama nak Q tuk bayar.
lenkali kite sembang ye, acik ani...
tak semestinya, mama & 'dia' takde jodoh, hubungan baik mama ngn family dia kena putus gak,kan??
sebelum balik tu berlaku satu insiden yang tak diingini di malam menjelang tahun baru.
apa dia???
mama harap kejadian kedua ni, adalah kejadian terakhir.
mama tak sanggup ulangi lagi.
what happen??
kami hampir kehilangan Zahra.
ye, masa mama Q tuk bayar kat kaunter.
Zahra ngan papa.
berlari-larian dalam keadaan JJ yang penuh sesak tu.
sekali, Zahra hilang dari pandangan papa dalam sekelip mata jek.
nasib ada "abang" yang sangat baik hati, hantar balik Zahra pada papa.
syukur, Alhamdulillah.
mama tak dapat bayangkan kalau orang tu bawak lari anak dara mama tu.hukhuk
pasti denyutan jantung mama bakal terhenti...
maka, niat nak tengok bunga api di malam tahun baru, TERKUBUR.
maka, kami countdown dirumah jek lah.
ini adalah kejadian kedua berlaku.
menandakan papa zahra tak leh nak jaga zahra tanpa mama.
papa langsung tak leh kawal zahra.
1st time jadi dulu, kat pasar malam.
zahra terlepas dari pegangan papa
zahra terus berlari ke tempat mainan.
at that time, ada motor lalu.
nasib budak tu sempat tekan brek.
kalau tak...wallahua'lam
papa tu, degil sangat.
mama dah cakap banyak kali, Zahra kena duduk dalam stroller bile gi tempat yang crowded.
at least, dia takkan terlepas dari kita.
tapi, papa zahra sangat degil.
nak gak pimpin tangan anak dara dia yang sedang lasak tuh.
masyaAllah, nasib tak jadik perkara yang tak diingini.


p/s: moral of the story, Zahra MESTI duduk dalam stroller dia bile gi tempat sesak.
kalo tak, sendiri mau ingat lah!!!







love: mamazahra <3

Thursday, 31 December 2009

Good Bye 2009, and Welcome 2010

Salam semua.


Happy New Year 2010 :)



bile new year, semua dok tanya apa azam korang kan?
cam boring pulak.
bukan sebab mama takde azam ke hape.
hello, mama pun ada cita-cita.okeh...

tapi, mostly azam mama 2009 banyak yang hanya angan-angan.hikhik
tak tercapai pun.ngeh3
mustahil lah dapat capai dalam beberapa jam ni kan.
so, semua tinggal angan-angan jek.
kalo dapat capai tu, kira bonus lah.hehe
sekejap jek masa berlalu.
2009 pun dah nak melabuhkan tirainya.
dan 2010 bakal menejelma. [ayat skema.hikhik ]




apa angan-angan korang tuk 2010?
kereta baru? rumah baru?anak baru?
jangan bini baru sudah lah ye...hehe




apa mama punya angan-angan ye???
ok, angan-angan tahun 2009 pon masih lom jadi kenyataan.
so, mama akan carry forward ke tahun 2010.
kire orait lah tu.hehe
hopefully, akan tercapailah segala angan-angan tu pada 2010 nanti.




Sepanjang 2009, banyak perkara berlaku.
ada sedih dan ada suka.
apa yang sedih dan apa yang best??
meh, imbas kenangan 2009...
  1. mama masuk keje kat NCB Holdings Bhd
  2. mama mengubah haluan dari seorang Accounts Executive kepada Internal Auditor
  3. 24-06-2009, mama sambut hari jadi yang ke-27
  4. berlaku sedikit salah faham antara mama dan papa,dan Alhamdulillah dah OK
  5. 20-10-2009, Arwah abang mama kembali ke rahmatullah.Al-Fatihah
  6. 22-10-2009, buah hati mama dan papa turns 2
  7. 24-12-2009, papa turns 29yrs old & kami rai ulangtahun perkahwinan yang ke-3. Alhamdulillah
  8. 28-12-2009, bonus akhir tahun.yehhaa!!!!

dah, itu jek...

apa angan-angan mama tuk 2010?

  • kalau ada rezeki, nak ada rumah sendiri

  • kalau ada rezeki jugak, nak bukak bisnes sendiri

  • kalau ada masa, nak masuk kelas membuat cake & cupcakes

  • kalau ada rezeki & masa, nak tuwunkan berat badan yang semakin memberat.hehe

  • nak jadik isteri dan mama yang terbaaaaikkkk!!!!
mama harap, keluarga kecik kami akan terus berbahagia hendak-Nya di tahun 2010.
biarlah kasih-sayang kami kekal.
semoga rezeki kami anak-beranak melimpah-ruah
semoga kami diberi kesihatan yang baik & terus dapat bernafas di bumi Allah ini.
Amin.Ya Rabbal Al Amin.


p/s: apa plan kowang tuk new year eve?mama ngan papa plan nak kuar nonton wayang,gi saloon & shopping sikit.hehe :P



love: mamazahra <3

Wednesday, 30 December 2009

Tortilla with spicy tuna & chicken loaf

holla.
selamat pagi semua.
yok-yo-o jek.hehe
tortilla neh adalah menu breakfast kami pagi tadi.
malam tadi, mama dah wrap tortilla ni dan simpan dalam peti sejuk.
so, pagi tadi cuma masukkan dalam microwave.
senang dan sedap menu neh.
ececeh, puji diri sendiri la pulak.
takde eyh.
pagi tadi, papa pun cakap sedap.
cukup rasa!!!hikhik
bahan-bahan yang diperlukan:
  1. tortilla bread
  2. lettuce salad
  3. tomato slices
  4. mayonis & sauce (ikut suka)
  5. spicy tuna (apa-apa brand)
  6. chicken loaf slices/sosej slice
  7. mozarella cheese (bubuh banyak lagi sedap,tapi AWAS..bisa menggemukkan.hihi)
  8. slices cheddar cheese (carik-carik)

cara-cara nak buat:

  1. amik sekeping tortilla bread
  2. sapukan moyonis & sos cili
  3. buh salad
  4. buh 2 silces tomato
  5. sapu tuna
  6. buh sekeping chicken loaf
  7. tabur mozarella & cheddar cheese
  8. masuk dalam microwave 3minit jek
  9. siap tuk dimakan.nyum-nyum

tabur semua bahan

gulung tortilla & bakar dalam microwave
okeh, itu jek nak kongsi.hehe
gambar-gambar kat bawah ni tiada kaitan ngan cerita.
gambar dalam kereta malam semalam mase temankan papa gi ATM.hehe

si tembam...


mamazahra


senyum simpul :)
rasa tak meriah la pulak belog neh tanpa wajah-wajah ceria comel kami kan???
hehe..jangan marah eyh....
p/s: dimana korang countdown new year eyh???leh lah kite berjumpa-jumpaan.hikhik







love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!