Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts

Sunday, 11 September 2011

Our BLACK raya :)

Selamat Hari Raya Semua :)
Tak menyempat nak update,bz teramat sangat.
Kat opis bz,kat umah apetah lagi.. Bz melayan anak2 smp nak ngadap blog pun xsempat.hukhuk

Okeh,selamat beraya n selamat beropen house,rayakan sebulan.makan tu beringatlah sikit,kang bulan puasa beriya2 turun 2-3kg,kang gara2 openhouse naik pulak 4-5kg.tak ke naya tuh.hehe

Mana yg rasa cam nak dtg beraya ke umah mama,calling jek la eyh.setakat nak hidang air n kuih raya,no hal lah.tahun ni cam tak dapek lah nak buat open house,zharif ni luar biasa sikit.doplohpatjam nak melekat kat mama.hikhik

Okeh,ni jek gambar raya yg bleh mama tepek.masa tak cukup.ekekeke.so,ini lah kaler tema 2011,hitam.cun tak??? :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 20 September 2009

~ Checklist Raya ~

tiada mood tuk keje dah.
padahal ada 1 hari lagi.
jasad jek ada kat opis, jiwa raga sume ada kt umah.hehe

gile gelabah neh.

persiapan raya banyak lom setel.
tinggal bape hari jek lagi.hadoii.
tak senang duduk rasanya.

meh check list persiapan tuk raya:-

baju raya sedondon --------> setel
baju raya mama------------> setel
baju raya zahra-------------> setel
baju raya papa--------------> setel
kasut raya mama-----------> setel [beli dari kin mummysya]
kasut raya zahra------------> setel [ adidas & sandal princess]
kasut raya papa-------------> setel [polo]
duit raya ---------> setel
basuh baju raya ------> setel 19/09
kemas umah ------> setel 19/09
gantung langsir ------> setel 19/09
lap tingkap ------> setel 19/09
pasang karpet ------> setel 19/09
pasang sarung kusyen ------> setel 19/09
gubah bunga ------> setel mlm raya
basuh bekas kuih & gelas ------> setel mlm raya
kuih raya -------------------> baru 3 jenis.kalo rajin tambah lagi.hehe :)


yg kaler2 merah tu lom setel.
so, mama harus setelkan b4 raya.hukhuk.

tak menang tgn nak buat sowang2.
nak harapkan papa, cuma mop lantai jek dia sanggup.hikhik
kalo nak mintak tlg zahra, tlg kacau boleh lah.
nk mintak tlg mak, sian lak, dah le x sehat.
nmpknye, mama kena setelkan seniri la.

p/s: ade sesapa nak tolong??? sila angkat tgn dan kaki ye..heeee :D


ini n3 sticky mode tau.
selagi x setel, selagi tuh ada.hehehe
new n3 scroll bawah yeah!!!

love: mamazahra =)

Thursday, 17 September 2009

~ Beraya di mana??? ~

kowang beraya kat ne tahun neh?

umah mak seniri or umah mak mertua?

mesti kowang tgh bz packing brg or kowang senanrnya, dah ada kat kampung???

org kata, kalo kawen ngan org sekampung senang cerita.
takkan ade aksi gadoh2 nak balik kampung.
tapi, tidak bagi kami.hahaha
gaduh tetap gaduh.
memaseng nak beraya ngan mak seniri di pagi syawal.

tahun ni tahun ke3 kami beraya sebagai en. suami dan pn. isteri
dan tahun kedua sbg mama dan papa.
mase 1st time beraya as a wife, waktu tuh zahra dlm tummy mama,
kami beraya umah mak mama sbb mama tgh sarat, tunggu hari bersalin.
beraya pon takot2 jek, brg baby buh dlm kete siap2.

last year lak, 1st time beraya ngan Zahra.
kami beraya kat umah mak sbb baju raya tak siap.
petang pas zohor baru blek umah PIL.

this year, cam xde kompromi jek.
perlu beraya umah mertua gak.

tp, mama sian kat mak mama.
kalo mama x beraya ngan dia, sure mak beraya sorg2.
di pagi syawal, mak akn sambut di masjid dgn jemaah yg lain.
sayu nye hati.

bknlah mak xde anak lain.
abang2 dan kakak2 dah berkeluarga.
maksud mama, anak2 derang pon da kawen.
sure la anak cucu derang balik umah derang.
petang baru dpt beraya ngan mak.

sebagai anak yg paling kecik dan dapat lak suami yg sekampung,
dah tentulah mama yg bertanggungjawab tuk beraya ngan mak.
lagipon, mama kan dok ngan mak.
umah tu cam dah tanggungjawab mama lak.

walopon, mak salu cakap.. "takpelah kalo nak beraya disana, mak leh beraya ngan kawan2 kat masjid".
sayu hati dengar camtuh.

lain lah kalo arwah bapak ada, xde lah sayu nak tinggalkan mak.

hope keluarga mertua mama faham.
bukan mama tak mahu beraya ngan derang, cuma..
mak dah tua, ntah bape lama lagi la dpt beraya ngan mak..[tp, mama harap, biarlah lmbt lg....]
apepon, mama cuba sedaya upaya bahgia kan keduanya, mak mama n mertua....
cuma, org x nmpk ape yg ada dlm hati kita.



p/s: kan sonok kalo sume paham ape yg mama rasa n tanggung. dan x cakap2 belakang, bahwa mama bkn menantu yg baik, mama x sayang mentua dll.


love: mamazahra =)

Wednesday, 16 September 2009

~ Kad raya yg mama terima dari kawan2 ~

Terima kasih ye pd yg sudi bg kad raya pd mama.
walopon hanya dari belog memaseng, mama tetap hargai.
sama2 lah kita saling bermaafan di aidilfitri ini.
0-0 tau
walopon x penah bersua muka ngan derang, tp persahabtan yang terjalin dlm belog, tetap mama kenang smp bila2...
mama sgt menghargai ikatan persahabatan neh.
kad neh dari adda a.k.a mama syafi =)



yg ni plak dari lily a.k.a mama zara
mama mohon ampun dan maaf andai...

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERbising menyakitkan telinga
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kene mengena

mama neh hanya insan biasa yang belum cukup sempurna untuk mengembirakan semua..

Dan mama jugak tidak terlepas dari melakukan kesilapan....

Sekali lagi mama menyusun sepuluh jari yg kecik-molek neh [sungguh perasan,okeh], memohon kemaafan dari semua sempena AIDILFITRI yang akan menjelang tiba ini......


love: mamazahra =)

Tuesday, 15 September 2009

~ Kad Raya 2009 ~





mama, papa dan zahra nak ucapkan,
"Salam AidilFitri"
kepada semua kawan blogger dan sesapa jek yg singgah belog mama neh.

Maafkan segala salah dan silap mama sepanjang persahabatan kita.
jika ada terkasar bahasa, terlajak kata dan tersilap bicara samada sengaja ataupun tidak disengajakan.

Mintak halal bagi yg hantar pressie kat mama[lily aka mamazara].
mintak maaf pada yg pernah bersms dan bercalling2 ngan mama, manatau bahasa mama agak kasar sampai tersinggung perasaan kowang.
maaf sekali lagi.

nak hantar kad tradisional, cam dah x sempat.

so, harap sudi terima kad raya yg mama buat xsampai 10 minit pon neh..hehe

"Selamat Hari Raya
Maaf atas segala salah dan silap "


p/s: Raya nnt, jemputlah dtg "Our Lil Sweet Home"



love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!