Showing posts with label Yummy. Show all posts
Showing posts with label Yummy. Show all posts

Friday, 3 December 2010

JJCM : Manhattan Fish Market, Jusco Bukit Tinggi

ni cerita last 2 weeks kalo tak silap.punyalah lama tak update belog, sampai lupa.hahaha
kalo tak silap mama, 22-11-2010 hari kejadian.hehe
sejak dua menjak mama peknen ni, geng makan opis mama aseklah tanya apa yang mama nak makan tiap kali lunch break.
mama ni mmg pantanglah kan, asal orang tanya jek.manjang nak makan sedap jek.hikhik
tekak ni rasa nak makan Manhattan Fish Market lak.
so mama suarakan rasa hati ni kat kak Siti... makanya, kak siti pun laju jek setuju,yeyyyy!!!!suka suka suka...
sebab tu mama sayang kat kak siti, tak pernah hampakan kehendak tekak mama ni.ekeke

 The Manhattan Fish Market..idamanku selalu..
peace yawww!!

hepinye mak buyung ni kan??ekeke


pagi tu, tak bekfes. so perut memang tengah lapar gila.
bile perut lapar gila, nafsu pun bermaharajalela lah kan.
tak pasal-pasal sampai 3 dishes kami order.hahaha
tembolok basi tul kan???hikhik

tuna wrap roll... sgt terasa tuna dia.nyum-nyum :)

prawn flamming platter... mabeles!!!!cap jempol gitu!!!ahaks~

and.... mediterranian baked fish with garlic rice.i likeee~

yummeh!!!

sedap hingga menjilat jari taww!!
air plak, kami amik ice lemon tea + ice peach tea sbb bleh refill.hehehe
sampai kekenyangan kami hari tu.... sampai ke malam tak lapar dah.hehee


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 13 July 2010

Ke Full House lagi...

Ni cerita jumaat lepas.
bile buat keje luar, especially area sunway ni.
mmg ini lah keje kitorg.
makan besar tetiap hari.
abes kopak poket.hehe
lately, mama mmg tak leh nak masuk nasi putih kecuali nasi putih ayam penyet AP.
Padahal selalunya, kalu gi buat keje kt sunway.mmg destinasi lunch adalah Restoran Jaring.
tapi, lately nasi putih & lauk-pauk kat jaring tu langsung tak masuk kat tekak ni.
kembang semacam jek.
tekak ni asek dok nak makan western jek, tak pun fastfood.
so, Jumaat tu mama ajak Kak Pah ke Full House.
sehari sebelum tu, kami makan kat Kenny Rogers,Sunway Pyramid.
yang ni siap licin-licau mama bedal.mmg selera abes.
Hari Rabu sebelum tu, kami makan kat Laksa Shack.mama cuma dapat telan 3,4 suap jek Asam Laksa tuh.
yg lain tinggalkan camtu jek.
Terasa sedap pulak Laksa Johor yang Kak Pah pesan.hikhik
hari-hari sebelum tuh, mmg mama bedal KFC la, Pizza lah.pendek kata, mmg western sajok.no makanan melayu.hahaha
gile perasan omputih tekak mama kebelakangan ni.huhu

so, pilihan tuk Jumaat nan indah tu adalah...

ni kali kedua mama ke Fullhouse.
aituh gi ngan my BFF, Ejan.dan kali ni dgn Kak Pah pulak.
"TQ kak pah sudi layankan tekak saya..hehe"

tuk kali kedua, mama tetap pesan Set Lunch 2: Carbonara Spagetty,Ice Lemon Tea, Mushroom soup & Choc Tart.
ni lah rhupa mak buyung yang makin berkembang pesat pipi & badan.hikhik
ntah lah sejak pertama kali ke FullHouse, dah jatuh cinta dgn dekorasi restoran ni.
rasa tenang walopon kiri-kanan-depan-belakang semua amoi-amoi & apek-apek yang cakap sikit punya kuat. walopon bingit sikit telinga ni tapi still suka tgk keliling putih berseri jek.ekeke
rasa sgt suka carbonara spagetty ni, tak muak cam mkn kt PH.hehe
kuah dia cair sikit, kalo kat PH punyalah likat.muak.

Jumaat tu adalah hari terakhir mama kerja kat Sunway.dah abes fieldwork.
so, bermulalah kerja kat ceruk pelabuhan ni.hehe
nak makan sedap2 kena tggu Jumaat lah..huhuhu


love: mamazahra ^__^

Thursday, 24 June 2010

Makan Besar

belog ni tak sah kalo takde entry makan-makan.
nampak sgt puan punya belog kuat melantak kan.hikhik
aineh, kat opis mama ada audit committee meeting.
ekceli skang ni mama tgh audit kt PJ.
tapi, masuk opis dulu pagi.
plan nak photocopy documents tuk bawak gi PJ.
sekali, boss plak announce kul 3ptg ada meeting.
so, cancel lah plan nak gi PJ.
setelkan apa yg patut kat opis.
mama bagitau hasrat nak ke JJBT kat kak siti.
sekali, elok jek kak siti offer ajak kuar lunch ke JJBT.bagai pucuk dicikta, ulam mendatang lah kan.
laju jek mama setuju.
makanya, mama & geng makan mama (kak siti & kak pah) kuar lah ke JJBT kul 12.30pm.
sampai kat JJBT dekat kul 1pm.
mama pun Q kat maybank atm.
elok jek mama nak kuarkan duit, network poblem plak, kad selain maybank takleh kuar duit.
buang masa tul Q pjg2.
trus jek gi 1st floor, Q kat ambank atm.naseblah boleh kuarkan duit yg tinggal seciput tuh.
gaji baru 4 hari masuk, baki tggl seciput jek.
bilalah agaknya, tgk kat screen tuk, berjuta-juta duit baki kan??? berangan tak ingatlah mama ni.
simpan duit pun malas, tp nak cepat kaya. mana nak dapat ye tak??
pas kuar duit, terus serbu VIVO.
vivo ni baru jek bukak kat JJBT, kononnya nak menerai lah kan.
VIVO ni american pizza & panini.

kiranya aineh adalah hari makan besar kami. [padahal, tetiap minggu makan besar.hikhik]
tuk appetizer...mango cheese cake.yummeh!!!
rasanya seperti makan gula-gula lot100 perisa mango gitu.
dia tak terasa sangat cheese.tapi, ok lah rasa dia.tak muak dimakan.

selain mango cheese cake ni, kami order mushroom soup, garlic bread & beef lasagna.
mama bedal sorang sopu & garlic bread tuh.langsung tak pandang kiri kanan sbb sedap sgt.
rasanya, garlic bread kat vivo lagi sedap dr tempat lain, tp mushroom soup tetap PH yg terbaeekkk!!!
lasagna OK.ada plak coleslow.mmg mantap.
siyes lama gile tak makan beef lasagna sejak kat PH dah takde ni.
tu yg memaseng laju jek order.hikhik
menu utama kami, oriental pizza thick crust.
rasa cam homemade pizza.cuma cheese dia kereng.nasiblah dia kasi parmesan cheese dlm botol tuk tabur seniri.
tapi, abes licin kami bedal.ngeh3
dan...tuk penutup, mama order choc devil icecream.
pekat melekat rasa eskem coklat dia.
mama yang banyak makan.hikhik

lupa palk, tuk air...
mama order cappucino charm, kak pah order choc brownies ice blended & kak siti order california lemonade.
pehhh!mantap.
total semua RM82++

p/s: maseh lom berkesempatan nak makan ice cream founde kat haagen dasz.wiken ni lorr!!!

love: mamazahra ^__^

Friday, 18 June 2010

Mee Maggi, cepat di masak, sedap di makan

ye, ini lah menu mama malam tadi.
petang semalam, mak mama masak pisang goreng. [pisang goreng kire masak ke??ngeh3]
so, memaseng dah bedal pisang gorenglah sampai kenyang.
langsung takde hati nak gi kuar dinner.

sekali, dalam kul 10 camtu, mama da start lapar.
time tu, papa n zahra dah membuta.
sudahnya, mama masak air panas dan rendam maggi kari.
pehh!sedap hingga ketitisan terakhir mama hirup kuah maggi tuh.

dah lama tak makan maggi time malam.
last monday, masak maggi tuk lunch dgn anak-anak sedara.hehe
so, maknanya minggu ni jek, dah 2 kali mama makan maggi.
ye, mama tahu.tak baik tuk kesihatan mama & baby dlm tummy.
tapi, itu jek yg boleh buat tekak tak kembang walopon makan maggi kembang.hikhik

pas makan maggi malam tadi, layan tenet.
sekali, ternampak ice cream fondue neh.
selain dekat haagen dazs, kat baskin robbins ada ke?
kat BR outlet mana?
tingin benar nak makan ni.jakun sungguh kan??hikhik
kowang tak cian kat mak buyung neh ke??
tolonglah usha kan tuk mama...
kalo bleh, nak gi wiken neh...plzz!!

yg ni mama cilok dr flickr ni.
nampak mmg cam kat BR.tp, ntah outlet mana lah.
kalo korang penah try, samada kt haagen dasz atau BR, juz let me know,k...


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 8 June 2010

Malam Akhir

yeyeyy!
esok nak balik Klang dah. tak sabaw nyaaa!!!
dah windu banget kat Zahra dan papa.

skang ni mama tengah kekenyangan tahap gaban.
baru abes dinner kat triple S, Selera Senibong Seafood(SSS).
pehhhh!best gila.sedap hingga menjilat jari.
makan besar kami malam ni tuk meraikan abesnya keje kat Pasir Gudang ni.hehehe
taklah, ekceli dah lama benar mama nak try makan kat SSS neh.
dah 3,4 kali datang JB tapi langsung takde peluang nak makan kat situ.
so, aineh kak Siti bawaklah mak buyung yg kuat makan neh.hehehe
tapi, memang puas hati lah.makanan sedap, layanan tip top.
kami order ketam masak lemak cili api, butter prawn, ikan jenahak bakar sambal dan baby kailan ikan masin.
semuanya mmg sedap!!!
mama order air tembikai gelas besar.punya lah tamak.sudahnya, tapau separuh bawak balik.hikhik
udang pun tapau gak sbb tak abes makan. dia hidang lebih 10 ekor tuk 2 orang makan.mana nak abes kan??
yg bestnya kat SSS ni, sebelum makan derang hidang jelly kelapa dan kacang rebus.sedap sangat.
jelly tu manis buah & kacang rebus tu lembut.pendek kata, semuanya sedap.


[inilah menu dinner kami.yummehh! ]

memang highly recommended lah SSS neh.
ada sesapa penah try tak??setuju tak ngn statement mama?ke mama ni mmg pantang nampak makanan, semua bedal abes.hikhik

p/s: happy sgt sbb nak balik sok smp rasa takmo tido mlm neh.hehehe


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 27 April 2010

aktiviti kami di malam hari

jeng..jeng..jeng...
saspenn jek!!!
inilah aktiviti kami dimalam hari....
pergi memuaskan nafsu selera memasing.hikhik
ni cerita berapa malam lepas.
punyalah malas nak menaip entry, baru hari ni dpt taip.hikhik
buat pertama kalinya, setelah hampir bersama papa lebih kurang 4tahun, barulah papa request nak makan western food.
selalunya, papa yang berselera jawa melayu asli neh, akan mintak nak makan nasi sepanjang masa.
sekali, last week papa request nak makan western.
mama mmg suka sgtlah.
kalo boleh, tetiap hari nak makan western.mama kan bajet omputih.hikhik ^__^
seperti biasa, kalo nak makan western food yang cepat & murah, Yok Mampir lah jawabnya.
hanya 5minit jek dari Our lil sweet home umah mak.

mama order jus nenas & papa, jus kiwi.
lately, mama suka betul minum air nenas.tatau nape.tp, siyes, kalo bleh tiap kali gi makn mesti nak order air nenas, tp jarang2lah kedai ada jual air nenas neh.
tapi, kat Yok Mampir mmg selalu ada.i laikkk~

tuk menu dinner, mama order sizzling chicken.yummehhh!!!
inilah rupa sizzling chicken tuh...ayam grilled+coleslow+potato wedges.
papa pulak, order cheezy chicken.sedap jugakk!!!lemak & berkrim disukai ramai.hehe ^__^
gambar blurr sikit sbb papa gerak tgn dia, tak reti nak stop bile mama snap pic.nak gak potong ayam tuh.hehehe

p/s: tetiba rasa nak makan western pulak mlm neh.mlm semalam dah makan selera jawa.hikhik

p/s: kalo asek pikir makan sedap jek, bila nak mulakan diet neh.hehehe


love: mamazahra

Tuesday, 16 February 2010

Johor Bharu City Square dan Danga Bay Festive Street Mall

Jumaat tu, mama keje 1/2 day je.
lepas gi lunch ngan auditees kt Kedai Makan Rahmat tuk pekena siakap goreng,
mama terus drive balik hotel.
singgah jap kat Kedai mamak tepi jalan kt kg bakar batu tu, tuk tapau nasi campur tuk papa.
lepas solat, kami gerak ke Johor Bharu City Square.
ni kali pertama mama singgah JBCS, walaupun dah banyak kali turun JB.heee :D
tujuan utama ke JBCS adalah tuk cari Singapore Map dan usha Kompleks Imigresen Woodlands.
ye lah, ni 1st time kami nak ke S'pore, so cam jakun sikit lah.
takut lah tersesat barat kan..
adalah lebih molek tuk kami usha tempat parking, kat mana nak beli tiket bas dan etc.
sambil jalan-jalan kat JBCS, sempat gak makan J.Co donut. hikhik

mama kan terror bab "sambil menyelam, sambil minum air".hehehe
kul 6 kami gerak keluar dari JBCS.
sebab, lepas maghrib kami plan nak kuar jalan-jalan lagi...

mlm tu papa & zahra ada kt JB, papa request tuk jalan-jalan kt Danga Bay
bile papa ajak, mama lagi lah suka hati kan.heeee :

ini adalah tempat wajib jejak setiap kali turun JB :)


nasiblah budak kecik neh nak duk dalam stroller, takdelah seksa mama & papa nak window shopping.heee :D

Zahra setia melayan kerenah mama & papa berwindow shopping :P

papa yang masih setia temankan mama window shopping.hehe
tenkiu, B...muuahhh



masa jalan-jalan kat festive street mall, kami terserempak kembar Ekin & Ain yang sedang shopping ngan mak derang.
siyes, kiut gila Ekin tuh.
untung Mawi dapat dia.
senyuman manis je.
tapi, mama taklah cekup derang tuk amik gambar, malas nak ganggu ketenteraman dia bershopping.
sempat lemparkan senyum je pada Ekin, dan dia balas dengan senyuman manis.
tak lah sombong cam sesetengah artis tu.
masa ada kakak tu nak amik gambar ngan dia pun, dia ok je.senyum manis je.
walaupun dalam hati mama tak tahu apa yang dia tengah pikir.
tak baik buruk sangka kan??
macam ada setengah artis yang mama jumpa, tapi mama taknak sebut nama lah.
bile ada peminat nak amik gambar dengan dia, dia boleh cakap " ni last ye!!!dah penat lah..."
siapa artis tu? biarlah rahsia....mama tak akan sebut.
mama cuma cakap kt artis yg spesis poyo camtuh, "tanpa peminat, kau tak akan kemana la wehhh!!!"
tapi, tabik spring kat Ekin, dia bagi senyum manis pada siapa pun yang senyum kat dia.
itu yang mama nampaklah..heee :D

okeh, dinner malam tu setelah bergaduh bertekak berbincang ngan papa, kami decide tuk makan kat Rumah Pontian pulak kali ni..
Actually, Rumah Pontian ni salah satu Rumah Limas gak..selain Rumah Pontian, ada Rumah Batu Pahat dan Rumah Muar ..
Rumah Limas is the gem of Danga Bay.
selain restoren/cafe..ada macam-macam lagi..

Rumah Mersing tuk wedding planner, Rumah Kota Tinggi tuk Arts and Craft, Rumah Spa tuk malay massage & fish spa, Rumah Kluang tuk traditional games, Rumah Segamat tuk Hi-Tea Garden, Rumah Johor Bharu tuk gifts dan akhir sekali, Rumah Utama tuk functions, events dan cultural shows.

Last time, dah makan kat Rumah Limas, kali ni Rumah Pontian lak.
Next time, boleh lepak kat Rumah Muar dan Batu Pahat pulak, ye tak??



[papa tengah tunggu waiter tuk order]

suasana agak suram sikit.almaklumlah,guna kamera cikai je.hikhik
Restoren memang penuh malam tu.
semua pondok & ruang dalam Rumah Pontian dan Rumah Limas penuh.
kami dapat kat area beranda.
kira OK lah, nyaman sikit.banyak angin.heee :D



[memaseng tengah pening pilih menu]

[budak tecik neh dah boring menunggu hidangan]


[mama yang makin tembam bile dok kat JB neh, asyik makan sedap je.hehehe]


nampak tak signage tu??tulisan jawi... pa-wau-nun-ta-ya-alif-nun, apa bunyi nya??


si kecik dah mula buat hal..

lime juice tuk mama, dan lychee tuk papa... zahra???botol susu sudahhh!!!ngeh3

muka hepi dapat makan.heee :D


Nasi Goreng Istimewa Limas tuk mama


nasi putih + ayam masak pedas.yummeeehhh!!

kangkung belacan

ikan pari bakar.sedappp!!!
Total = RM36 sahaja

masa tengah syok makan, tetiba tram Danga Bay lalu kat depan Rumah Pontian tu.
elok je, tram lalu, Zahra nangis sekuat hati...
"nak naik..nak naik..nak naik.."
terpekik terlolong...
puas dah mama dan papa pujuk, masih lagi terpekik terlolong..
sudahnya, mama stop makan tuk bawak zahra pusing-pusing Rumah Pontian.
masih jugak tak dapat pujuk dia.
sudahnya...
papa:"okeh2, pasneh papa bawak nek tram ye!!!"
ayat keramat siut, terus senyap budak kecik tu.
dan-dan, papa terus cuci tangan.huhuhu
memang membunuh selera betullah budak kecik ni...

sudahnya, berjalan kaki kami ke station tram tu kat area pusat permainan Danga Bay tuh.kt Danga Bay Convention Centre.


jalan kaki...jauh tu, nak patah kaki la rasanya..budak kecik tu hepi jek.
takde pulak, nak mintak dukung ke ape..bertuah betul lah!!

atas tram... tengok, betapa excited nya budak kecik tu...

nasib baik lah tiket tram tu RM5/adult. budak bawah 3y, FREE..heee :D
tram tu bawak pusing seluruh Danga Bay, sampai kat depan festive street mall..
then, turun kat station.
maka, menapaklah kami ke kereta yg nun jauh kat area Rumah Limas.
sambil jalan kaki, bawa Zahra jalan-jalan kat tepi laut tu tengok cruise.
bila nampak Danga Cruise, dia menangis nak naik cruise tu pulak.
aduii!!!pening kepala melayan...
nasib baik, cruise tu tutup.
selamat duit papa kamu, Zahra oii!!!

mama dengan buah hati pengarang jantung mama yang selalu menguji tahap kesabaran mama :)

papa dengan buah hati nya :)

apa motif ambil gambar pokok neh???
ni keje papa ye, dia kata lawo pulak nengok lampu-lampu kat atas pokok tu..
lawo ke???








love: mamazahra

Wednesday, 10 February 2010

Jalan-jalan cari makan di Chamek Kopitiam,Pasir Gudang

"Jalan-jalan cari makan..jaaaa...lan-jalan cari makan"
lama gila seh, tak tengok cerita jjcm neh.best.feberet mama neh.
mama memang suka part jjcm neh.
lagi-lagi kalau gi tempat orang.
haruslah wajib terjah tempat makan paling femes kan.
rugi kalau gi tempat orang, dan tak merasa makanan paling popular kat situ.hee :D
[padahal memang suka sangat melantak.kihkihkih]

kalau kat Pasir Gudang ni, tempat makan wajib kunjung mama adalah Chamek Kopitiam dan Kedai Makan Rahmat.

so, lunch semalam kami terjah chamek kopitiam.
kami keluar lewat sikit, kul 2 lebih semata-mata tak nak bersesak.
kalau kat Chamek ni, time lunch pasti penuh tau.


tempat makan sangat selesa.
ada ruang tuk makan kat luar dan dalam kedai.
dekorasi pun menarik :) dan makanan pun sedap.yummeehh!!

mama order kopi susu & kak siti order bancau a.k.a bandung cincau.jangan salah sebut ye!!!hehe

kopi sangat sedap!!!kaww!!

pipiku yang semakin tembam walaupun baru 3 hari kat JB.hahaha

tuk pembuka selera a.k.a appertizer dalam bahasa omputihnya, kami pilih ubi rebus dengan ikan masin & sambal.sedap hingga menjilat jari tau!!!
dan..
tuk makanan lunch pulak, mama order chamek horfan.
yang ni not recommended ye!!kuah terlalu likat menyebabkan mual dan muak.

kak siti order nasi goreng ayam kunyit.Kak Siti kata, boleh tahan.hehehe

kalo kat sini memang feberet mama ubi rebus dan kopi susu je.
yang lelain, tak pernah cuba pulak.

Hari ni pulak, kami ke Kedai Makan Rahmat(KMR) tuk menikmati ikan sikap goreng, sambal tempe, kacang tanah & kentang yang mabeles.sambal orang jawa.heee :D
tapi, KMR ni penuh sesak dengan orang kalau time lunch. bukan je melayu, jawa tapi ada gak cina, india & omputih tau..
kalau korang tuwun Pasir Gudang, singgah lah kat Chamek Kopitiam dan KMR ni tau!!!pasti puas hati :)

love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!