Showing posts with label Sibuk. Show all posts
Showing posts with label Sibuk. Show all posts

Thursday, 24 February 2011

Busy Bee

Korang sehat?
lamakan mama tak update blog.
busy sesangat sekarang ni.

busykan apa?

mama busy buat persediaan tuk Majlis Bercukur Jambul & Aqiqah Dayyan Zharif.
banyak benda nak pikir...haih!

mama busy pikir pasal kambing

pasal kambing golek

pasal kad jemputan


pasal buaian berendoi

pasal door gift



pasal kumpulan marhaban

pasal alatan cukur jambul

pasal bunga telur

pasal photographer

pasal khemah

pasal goodie bag

pasal menu makanan -selain kambing golek


Alhamdulillah, setakat hari ni ada yang mama dah setelkan,dan masih ada yang belum setel.huwwwaaaa :(

yang dah SETEL:-
khemah - kakak mama dah gi booking
kambing - dah call Pak Yahya [tenkiu ayu!!!n TQ niza gak sbb gtau bapak Ayu jual kambing]
so, kambing & kambing golek setel,Alhamdulillah
kad jemputan,bunting & paper bag - TQ kak Yan!!!love u very strong lah!!!
kumpulan marhaban- dah booking, kumpulan Hj Salleh [bapak peserta AQ5]
Buaian berendoi-masih dalam dilema, samada nak deco sendiri, atau sewa je.huhuhu.feninggg!!!!

benda yang BELUM setel:-
isi goodie bag-tatau nak bg kek atau chocolate atau lolli choc.peningggg!!!!
bunga telur- lom pikir nak beli design apa.hadoilah.
photographer -wahai semua photographer, awatlah kowang busy time majlis mama eyh????sedih sbb regular OP mama tak bleh nak amik gambar kami.huhuhu
menu makanan - tak discuss lagi ngan kakak2 and abang2.huhuhu

hope mama dapat setelkan secepat mungkin.ada kengkawan nak tolong kasi contact ka???





love: mamazahra ^__^

Tuesday, 23 November 2010

Sibuk sangat ker?sampai perlu kerja lebih masa...

ekceli tatau nak bubuh tajuk apa.
kepala dah tak boleh nak pikir, badan letih, mata mengantuk.
dalam otak dah terbayang bantal & 2 buah hati yang dah lena tu.
hari ni letih sangat. dah lama sangat tak stayback kat opis sebenarnya.
rasanya, dalam tahun 2010 ni hari ni lah pertama kali mama balik lewat.
tak plan pun nak balik lewat. kiranya cam TERPAKSA balik lewat lah.bukan mama sengaja nak stayback kat opis tu pun.
kalo tak kerana, boss dah sound walopon kena gi training atau EL atau MC sepanjang assignment berjalan, jadual assignment tak berubah, deadline tetap sama.
so, oleh kerana team leader mama kena gi training selama 2 hari, esok dan lusa makanya, mama TERPAKSA stayback tuk siapkan kerja.sbb takut tak dapat nak kejar deadline.
tak cukup ke masa 8am smp 5pm tu?? bukan tak cukup, tapi takkan dpt kejar masa yg terpaksa mama abeskan tuk 2hari ni buat keje sorang-sorang. lagi pun, siang tadi bz dgn stock-count. dengan berpeluh-peluh dok kat store room.tak sempat nak buat keje-keje lain dah.tu pasal kena stayback tuk baca dan reply email, buat draft report dll.
kesian sangat-sangat kat buah hati pengarang jantung mama tu.
masa papa ambik mama tadi, kul 9.30mlm zahra dah nak hampir terlelap.
masa singgah kat KFC tuk tapau dinner, zahra dah lena diulit intan.
mujur, sampai rumah masa nak makan tu zahra terjaga. sempat dia makan 2bekas kecik whipped potato tu, terus sambung tidur lagi.
langsung tak sempat nak main-main ngan mama.huhuhu
sementara tunggu face mask kat muka ni selama 15-20minit, sempat type entry ni laju-laju.
pastu nak tidur dah.ngantuk sgt!!!
dah lama tak pakai masker atau pakai face mask sekalipun, muka pun dah naik kusam dan tak berseri.
oleh kerana nak kasi muka ni rehat sikit, pakailah face mask malam ni.pasneh, bleh tidur lena.

entry tuk cerita wiken dan tentang shopping brg lil DZ coming soon, K :)

nite all~


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 26 October 2010

Cuti-Cuti Cinta



selamat malam :)
mama tengah membizikan diri jaga anak dara nan seorang ni.
jgn harap dapat ngadap PC dgn tenang.dapat blogwalking sikit-sikit jek.hukhuk
tu pun baca ala kadar, takde nak tinggal komen segala.
mmg tak tenanglah nak berblog sekarang ni.
sementara papa sedang tekun mengulangkaji tuk final exam. ** Alhamdulillah, satu paper dah lepas. **
mama ambil-alih tugas melayan budak kecik sorang neh.hehe
sekejap-sekejap nak makan honey star, sekejap-sekejap suruh mama kunyahkan maruku.
sekejap-sekejap kang nak susu pulak.
mana tak bizi.
ni pun, baru jek berkaraoke melayan nursery rhymes dgn Zahra.terpekik terlolong dua-beranak.hikhik
now, proses mem'back up' data masih in progress.
so, mama belum boleh upload gambar lagi, nak edit bubuh watermark lagi lah tak boleh kan.
so, dengan ini mama nak umumkan bahawasanya, belog ~Our Lil Sweet Home~ sedang cuti-cuti cinta mesia dari sebarang entry terkini lagi sensasi.
gambar-gambar akan dikepam jadik pekasam.
bile dah cukup time, baru mama update entry.OK??

selamat malam semua. tidur lena-lena ye!!! ** mama sorang jek tak dapat tidur lena sbb adik baby zahra ni makin aktif diwaktu malam.mama takleh nak tidur, dok kaleh kanan-kaleh kiri.letih.mata pun dah jadik mata panda neh.hukhuk**

nite,all~~

p/s: dah nonton movie cuti-cuti cinta??kami dah...boleh tahan lah.cuma kurang khusyuk sbb besday girl buat hal,takmo dok diam.hikhik

love: mamazahra ^__^

Wednesday, 6 October 2010

banyak entry tertangguh.tak cukup masa nak update atau memang malas tahap gaban???akan update secara laju2 esok

tak payah elaborate panjang lebar.
tajuk entry dah cerita penuh.hahaha
banyak entry tertangguh...
cyberview,teater muzikal, kisah baby dlm tummy, tentang cik zahra dan banyak lagi.
akan update laju-laju esok.
cuba pulun semua cerita sekali...
belog kawan-kawan pun tak dapat jenguk, apatah lagi tinggalkan komen.
so, tunggguuuuuuuu!!!!

love: mamazahra ^__^

Wednesday, 31 March 2010

Pullman Putrajaya Lakeside Resort : Part 3

Salam semua :))
kamu semua sehat tak??
mama tengah sakit tekak plus semput sikit, sebab batuk berkahak.
ni pun, badan rasa dedau.
kalau ikutkan hati, nak je MC.huhuhu
tapi, ada pulak kerja yg nak kena siapkan hari ni gak.
sorry, lambat update cerita kat Pullman.
2 hari yg sibuk ngan Company's AGM.
so, nak update pun tak larat.
tambah pulak dengan cik Selkom yang semakin menjadi-jadi tahap kelembapan nya.huhuhu

okeh..
meh, kita cerita pasal Staff Retreat kami di Pullman Putrajaya Lakeside Resort.
kami gi Pullman Jumaat malam 26-03-2010.
kul 8 mlm dah keluar rumah.
mama tumpangkan Anis sekali, sian pulak nak biarkan dia menyempit merempit ke Putrajaya.heee :D
apa lah punya malang, jalan jammed teruk sepanjang KESAS Highway.
nasiblah memang berjanji dengan Kak Sti & En.Iman kat Petronas HICOM, kalau tak.papa dah pecut ikut federal.hukhuk
maka, redahlah jugak traffic jam tu.huhu
kami sampai kat Pullman kul 10mlm.
Inilah suasana Pullman waktu malam
di hadapan menara jam kt Lotus Wing.
Lepas check in je, terus rushing letak barang dalam bilik dan berlari ke B's tuk dinner.
Buffet dinner sampai kul 10.30mlm je.heee :D
kami makan mana yang sempat je.hehe
plan malam tu nak ke Alamanda terbatal.sudahnya, memasing balik beradu dlm bilik.hikhik
self-snap itu wajib!!
Sepanjang 2H2M kat Pullman, kami stay kat Jasmine Wing.Room 2240.
dan...
inilah bilik kami.sangat cantik dan selesa.
Memang kreatif lah arkitek dari Jepun yg design Pullman neh.
mama suka setiap inci rekaan bilik dan bangunan kat sana.
katil yang gebu dan selesa.cuma...tinggi sikit je.hehehe
maklumlah, mama kan rendang tak berbuah.so, agak payah sikitlah.hikhik
Cik Zahra siap kena dukungkan kalau nak naik katil.hahaha
corner tuk berehat.
TV ..yg paling best, ada astro RIA.so, bleh la layan AF8

bilik air pun bersih dan selesa.
toilettries cukup.sabun, shampoo, shower gel, shower cao, conditioner,lotion & santary.
cuma...takde berus gigi disediakan.
hair dryer pun ada.senang :)
budak kecik ni tolong check apa je yg ada.hehehe
bath robe ada sepasang.
alat tuk exercise pun ada tau!!!dumbbell set & yoga mat.
tapi, langsung tak guna pun, tak sempat.hikhik

as usual, iron dan iron board.tak lupa, peti besi.hehe
Lepas makan tu, kami lepak je dalam bilik.
baring-baring sambil tengok TV.
sudahnya, TV yg tgk kami.hikhik
Pagi Sabtu, 27-03-2010 mama ada Talk kat Seri Bakti Room, Lotus Wing.
dari kul 9 sampai 5ptg.
aduh, bernanah telinga.hikhik
so, kami turun bekfes kul 8pg kat B's jugak.
elok je bila kami masuk kat B's dan lalu depan meja secretary dato', dia panggil dan sound mama.
"CHILDREN ARE NOT ALLOWED"
memang dah agak, dia akan sound.so, mama "iye"kan je.lalala
buat bangang sudaaa...
tapi, serius membunuh selera.nasib mama ni jenis yg kalau nampak makanan stress semua hilang.muahaha
so, gi amik makanan dan makan.buat macam takde pape.hahaha
masa mama gi "Talk" yg disampaikan Dato' MD dan spreaker jemputan, papa dan Zahra gi tasik.
kebetulan ada waterski tournament.
wife2 staff yang lain, ada yg gi Alamanda dan ada yg lepak tasik gak.
amik gambar dulu, baru semangat nak dengar "talk".
Warga NCB yang "semangat" nak dengar talk.hikhik
Kami pilih meja yang dekat dengan pintu.
Kak Fatimah(finance), mama, Kak CT(tukang amik gambar), Shahril(Finance),Anis(Mgt Trainee)dan En.Iman(Audit)
Golongan VVIP dok meja lain.hikhik
seharian dengar talk, kompom berat mama naik 2kg lah.
asek talk, eat,talk,eat,talk...
Sesi pertama (9-10.30pg), Dato' MD sampaikan talk mengenai sejarah NCB dihatiku.
Break tuk tea time, makan lagi.Mee hoon & Pandan Chicken.sangat yummeh!!!
amik gambar tuk menaikkan semangat nak dengar talk.ye lah tu!!!semangat lah sgt.tp, xdelah smp nak tersengguk2 dlm dewan tu kan.hehe

Dato' MD yang penuh semangat memberi "talk"
Lepas habis sesi 2 dengan Dato' MD gak, kami lunch di B's.
aduh, cane mama tak gemuk.Hotel ni sediakan macam2.
tak mampu mama nak tolak.hehe.semuanya yummehh!!
dari lauk-pauk sampailah desert, semuanya sedap hingga menjilat bibir.
Lepas lunch, speaker jemputan.Mr Palan.
walaupon kamu semua tak nampak muka Mr Palan ni.cuma nampak baju je, tapi kan, Mr Palan ni memang best.
cara penyampaian "talk" dia, best sgt.langsung tak mengantuk.
Lepas habis sesi 3, tea time.kali ni ada popia basah, karamel puding dan sandwic.
makan lagi, mau gemuks kalau hari2 camneh.hehe.tapi, i laikkk~
Petang tu plan nak bawak Zahra swimming.tapi, dah Dato' bercakap non-stop sampai kul 6.
tak dapeklah.papa gi swimming berdua je dengan Zahra.
Sementara nak tunggu dinner kul 8, kami lepak2 dalam bilik.
papa siap bawak PS2 dia, so papa layan PS2.mama dan Zahra golek2 atas katil.memang syok.

Formal dinner malam tu, papa tak join sebab "Children are not allowed".so, papa dan Zahra gi jalan2 sekitar Pullman je.
Dinner di The Village
kononnya, "formal" dinner.so, mama beriye lah bergaya sakan.bergaya ke???lu pikir lah sendiri!!!.hikhik
dinner malam tu buffet dinner.
Dato' booking The Village ni tuk kami je.
so, segala macam makanan yg ada, kami yg bedal.muahaha
siap ada live band lagi.kalau tak silap, penyanyi dia Ayang, anak Dilla Hussien.
ala, yang dulu gemuks tapi skang dah jadi krempeng tu.
Apa lah yg mama gebang neh???sampai khusyuk semua dengar.hikhik
kul 8.30-9.30mlm, sempena Earth Hour kami makan dalam gelap.
ala2 candle light dinner gitu.
Anis dan Kak Siti, candle light dinner.romantika di Tampoi gitu!!!muahaha
Plannya, after dinner nak keluar main bowling kat Alamanda.
sekali, menunggu Dato' habis dinner, dekat kul 10mlm baru habis.
mama rushing balik bilik, nak tukar baju.sekali tengok, 2 beranak tu dah terbongkang atas katil.
papa cakap, malas dah nak keluar.sudahnya, papa dan Zahra tak makan malam tu.siannnn!!!
so, pagi2 tu kami keluar awal tuk breakfast kat B's.
Lepas breakfast, jalan2 dan gi swimming.
jommm terjahhh Pullman!!!

Kat Pullman ni, ada Jasmine Wing, Lotus Wing(Utama), Rafflesia, Meeting Rooms dan Lakeside.
Kami tak dapat terjah habis pun sbb Zahra dah gigih nak swimming.
Inilah The Village (Tempat kami dinner mlm tu)
ni pulak bridge dari B's nak ke Lotus Wing
Pintu masuk Dewan Utama.
Kebetulan, mlm tu ada Persidangan Umno.

Menara Jam dan B's
[pemandangan dari Jasmine Wing]

Serabai tul anak dara ni.nampak sangat tak mandi.hikhik
otw nak gi B's tuk breakfast
makan time :))
[kuwuskan Zahra???nampak cengkung.huhu]

mama yang semakin tembam gebu saban hari :))

Habis breakfast, terus gi swimming kat Lotus wing.

Selain ada tasik, swimming pool, kat Pullman ni ada kids room(in door playground) dan wii.
Sementara mama layan Zahra swimming, papa lepak sambil baca paper.
Budak Zahra ni paling happy.
sampai hitam legam dia mandi.
siap nangis2 masa mama suh stop mandi.aduhaii!!!
Kemain happy lagi :))

Zahra ni kalo bagi 24jam berendam pun tak puas lagi.heee :D
habis berendam, balik bilik dan sambung berendam dalam bath tub pulak.hikhik
kul 11, bila papa dah menjerit ajak balik.barulah mama berkemas.rasa tak puas bercuti :((
Kul 11.30 kami dah check out.
my alwiz "supergirl" ever :))
pose dulu before balik...

sebenarnya, ada banyak tempat menarik kat Pullman ni.
tapi, mama tak sempat snap.
Sheila dan Alia sempat berphotoshoot dengan kamera company.
nanti mama suruh derang update eyh.
serius memang cantik pemandangan dan rekabentuk Pullman tu...
babai Pullman :))
nanti, kami datang lagi ye!!!manatau bleh spend masa kat sana tuk photoshoot.heee :D

 

love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!