Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah.
Masih diberi kesempatan tuk kita berpuasa lagi dalam bulan Ramadhan tahun ni.

Mama nak ucapkan selamat berpuasa dan happy fasting kepada semua kawan-kawan mama kt blog ni. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas dan semoga amal kebaikan dan puasa kita di terima oleh Allah swt.

Sama-sama kita berazam tuk tambahkn amalan kita ya!!! Dan sama-sama kita tahan nafsu kita dari berbuat perkara sia-sia dan membazir ya!! Jom kita!!!

Mama sehari sebelum puasa dh tak terkawal nafsu. Membeli barang keperluan puasa sampai tak ingat apa dah. Semua yang anak-anak nak, mama campak masuk troli. Yang tekak sendiri nak makan pun mama campak masuk jugak. Sudahnya terbang rm200. Balik umah masa nak unpacking barang baru sedar kekhilafan diri sebab membazir. Kononnya nak bagi anak semangat puasa sebab tu belikan je apa yg anak nak makan. Tapi macam berlebihan pulak.

Takpe, mulai 1 Ramadhan ni mama nak cuba kawal nafsu membeli especially online shopping. Chaiyok!! Gambatte kudasai saliana-san!!!

Sekali lagi... Selamat menjalani ibadah puasa semua readers!!! Mari tambahkan amal ibadah kita sepanjang fasting month ni... in shaa Allah. .

P/s: tahun ni nak latih zahra puasa sebulan. Tahun lepas dapat 10hari je penuh, yg lain separuh hari. Cabaran lebih sikit tahun ni. Nanti mama story apa cabaran Ramadhan 1434h eh...

Salam Ramadhan al Mubarak semua!!!!

Thursday, 18 August 2011

Cabaran Shopping di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan 18 semua :)
Amacam puasa?ok x?dah ponteng puasa lom?mama,papa lom lagi.tapi zahra dan zharif langsung tak puasa.hehe
Semalam korang keje ke?mama ngan papa cuti semalam.so,mengambil kesempatanlah tuk setelkan checklist persiapan raya kami 4beranak.
Mencabar sungguhlah shopping di bulan Ramadhan ni...antara cabarannya bagi mama adalah..
1. Cabaran menangani nafsu membeli
Yg ni,serius payah.walopon badan letih,nafsu membeli punyalah dahsyat.tak pasal-pasal abes lebih dari rm500,dekat rm1k gak kot.tp,Alhamdulillah persiapan raya tuk zahra n zharif dah setel.tapi kan,semalam tak pasal-pasal mama rembat kasut clarks tuk zahra.walopon mama tak berapa berkenan dgn design kasut tu,oleh kerana letih mama rembat gak even kasut tu almost cecah RM200sepasang.giler kan???ni lah dia,puasa penat jek namanya.nafsu tetap tak dapat kawal.huuuu
2.Cabaran kedua,cabaran menahan api kemarahan dari merebak akibat perangai anak-anak yg mencabar kewibawaan mama dan papa.serius tak tahan derr...anak-anak buat perangai sungguh.tak pasal-pasal anak-anak kena cubit ngan mama dan papa.especially kakak zahra lah,mmg menguji kesabaran sungguh.kejap-kejap dia nak duduk dlm stroller zharif,kejap nak turun,kejap nak air,kejap nak beli itu-ini pantang nampak.kalo dah berjalan,kejap lari sana-kejap lari sini.bile mama dan papa dah jadi tarzan pun dia boleh buat tak dengar,walopon suara mama dan papa slow sikit jek dari halilintar,memang tangan mama dan papa laju jek la piat telinga atau cubit lengan kakak.tapi,kakak mmg menguji sungguh.dah cubit dan marah pun,dia boleh buat perangai lagi.siap merajuk,menangis,bergulinglah...dasat kan???si adik lain pulak kesahnya,pantang nampak batang hidung mama,nenen jek tahu.sempatlah mama breastfeed budak bertuah tu kat celah kain-baju kat Padini Concept Store.mengada kan,sampai takleh tunggu mama bawa gi baby's room.haih.macam-macam perangai anak-anak ni....rasa tercabar kewibawaan mama sbg mama mithali.wakakaka
3.Cabaran nak bukak puasa kat luar.ni 1st time sepanjang ramadhan kami berbuka kat luar.kul 7baru sedar tak cari tempat berbuka.gi satu-satu restaurant,semuanya full house.dari sebesar-besar restoren sampailah restoren kecik-kecik.fast food toksah cakaplah, Q panjang berjela.kalo mama dan papa join sekaki,belum tentu bleh makan time azan maghrib.ntah-ntah,time isyak baru dpt mkn.hikhik.sudahnya,jejak kaki kt kedai yg tak pernah terpikir nak jejak pun.tak termasuk dlm wishlist tempat wajib lawat tuk jjcm pun,Nyonya Delights.serius sgt tak puas ati,cendol RM3 cuma ada ais+cendol+santan+gula melaka yg extra manis. Kacang ke apa,nan ado.hampesss!!!mencabar tak???dgn perut lapor,kedai makan semua full house.ada rasa cam nak telan orang tak???haha
4. Cabaran nak memilih saiz yg sesuai.maybe sebab dah masuk minggu ke-3 puasa,so pilihan saiz dah tak byk.kompomlah sbb korang dh borong abes kan.hikhik.kalo mama berkenan design,saiz takde.yang saiz ada,design plak hampeh.memang mencabar!!!
5. Cabaran nak berebut-rebut dgn mak-mak yg lain.xkiralah brand apa sekalipun,memang ramai org shopping.dari brand yg mahal,sampailah yg jusmate sekalipun.sampai niat nak belikan zahra dan zharif sepender jusmate terpaksa dibatalkan.cari lah brand yg mahal sikit.kopak mama kamu wahai anak-anak.sepender korang nak sama harga ngan sepender mama dah.haih.sungguh mencabar kan?kalo korang,mesti sanggup masuk baby GAP atau GUESS kid kan!??janji tak rebut-rebut.ekekke
6. Cabaran nak melayan kerenah papa anak-anak.papa pun sebok nak shopping raya gak,tak sabar nak tunggu next week dah.nak gak shopping sekali ngan anak-anak.ampunnnn!!!jap-jap nak gi fitting seluar,pastu baju plak,pastu kasut.dah pilih design ni,letak balik lepas tengok rege.pastu belek lain pulak.rege OK,tp design plak kaput.papa ni jenis nak murah tapi nak barang yg baeeekkkk punya.mana nak dapat ye tak???mama lah yg tercabar.terpaksa cari size n design n rege yg menepati citarasa papa.huhuhulayankan aje :P
Itu lah antara cabaran-cabarannya....macam tak sanggup jek nak hadapi.lenkali,nak shopping sebulan sebelum puasa lah..puas hati!!!!tapayah rebut-rebut.hikhik
Ok,yg penting checklist dah setel.tinggal mama,mak dan mertua punya jek belum.minggu terakhir sebelum raya lah....
Ok,babai!!!sambung next entry.entry makan-makan :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan Kareem kepada semua kawan-kawan,ahli keluarga yg sgt2 mama kasihi,sedara-mara,sahabat2 yg mama kenal dialam maya...especially kengkawan blogger yg mama kenal di ~Our Lil Sweet Home~

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa yg telah diwajibkan kpd kita semua...

Semoga kita diberi kesenangan,kemudahan dah kesihatan yg cukup tuk menjalaninya selama sebulan...

Inilah masanya kita,sbg muslim cuba tuk melipat-gandakan amal soleh kita n tingkatkan iman...

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Maaf...andai ada baris ayat mama dlm setiap entry mengguris hati kwn2 eyh...tiada niat tuk menyakiti apatah lagi sengaja menyakitkan hati semua...

Sama-sama kita menikmati kemanisan ramadhan kareem....selamat berpuasa!!!!bkn takat tahan lapar dahaga jek,harap dpt menahan diri dari melakukan dosa dan maksiat.tak kira dosa melihat,mendengar atau berkata2...juga menahan hawa nafsu.nafsu membeli di bazaar ramadhan atau secara online,nafsu nak sediakan makanan enak2 hgga membazir [gara2 khatam resepi kt blog2 n web2 memasak.hikhik]

Ini ingatan tuk mama sebenarnya,yg banyak leka mencari harta dunia hgga kekadang lupa akan harta akhirat...

Selamat berpuasa semua!!! Moga kita semua sentiasa dirahmati Allah,Insya Allah....ikhlas dari kami sekeluarga...Papa Zahari,Mama Norly,Dhia Zahra n Dayyan Zharif

P/s:gambar hanya selingan!!!zahra bg 'thumb up'...sebab kawan2 blogger sbb sgt behave sepanjang Ramadhan.heee :D

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 6 September 2010

The Manhattan Fish Market

ni cerita Jumaat lepas tau, nak basi dah citer neh.
sowi lah, mama busy bebenor kat umah.
busy grooming rumah, shopping raya & buat cookies raya.
Jumaat lepas, bos belanja buka puasa kat Manhattan Fish Market, bukit tinggi.
lepas abes keje, mama gerak ngan kak siti gi klinik dulu.
kak siti nak beli ubat tuk abah dia.
so, mama tunggu kat siti dalam kereta je.
masa tunggu kak siti depan kedai tepi klinik keluarga Aishah tu, mama nampak ni...

abaikan budak jual burger tu.
bukan nak cerita pasal dia pun.
fokus pada pakcik uh duduk dlm kedai makan de warong tuh.(yg mama bulat kaler merah)
pakcik tu muka memang macam cina, mama tak nafikan.dan sorang lagi tu mmg muka melayu(duduk menhadap pakcik tu).
tapi, selamba badak dua-dua pakcik tu minum teh ais kat kedai.
mama sangat berharap pakcik tu bukanlah islam, sbb sungguh tak senonoh di usia senja macam tu org beragama islam tak puasa kan...
lepas amik ubat abah kak siti, terus gerak ke Jusco bukit tinggi.
window shopping jek.
takde menda nak beli pun.
dah penat jalan, terus ke Manhattan fish market.
Anis dah buat reservation, so kitorg lepak tunggu waktu berbuka dlm tu.
sesuai tak mama pakai tudung camni???
papa cakap, mama macam "orang tua" jek pakai tudung ni.memang last lah, mama pakai tudung ni.huhuhu
lepas ni, takmo pakai dah walopon papa berulang-kali papa cakap, dia gurau-gurau jek.
tp, apa yg keluar pertama dari mulut, salunya itu yg ada dlm hati kan???betul tak??
dah lama gile mama tak makan manhattan fish neh.
mama ni cepat muak makan ikan byk2.tapi, dah bos belanja kan, belasah jek la.
lagipun, manhattan ni kan mahal sikit, itu bagi mama lah, bagi kowang mestilah celah gigi jek makan tempat cemni kan???tapi kan, kalo nak harap gi makan sendiri kat situ, mmg jgn haraplah.mama takkan makan benda yg mama tak bape suka.hehehe
menu kami dah pilih siap-siap, anis dah order pun.
mama order flaming platter for one+orange juice+mushroom soup.
giler banyak satu plate tuh.tak terhabis mama makan.
nasi tu, mama makan 2,3 suap jek.fries ngan ikan pun tak habis, cuma udang jek mama bedal abes.
then, tuk appertizer, kak siti order white bait neh.
sedap dan rangup.
mama tak tahu, dia guna ikan apa.rangup.tolong jangan cakap, white bait ni, ikan belut eyh..gelinyee!!!
tuk dessert lak, kongsi ramai-ramai.
chocolate mud pie + tiramisu.
mud pie tu sedap, tapi manis sangat.mama makan 2 suap jek.
kalo tak kerana GDM ni, sure mama bedal abes.tapi, sian kat adik baby dlm tummy mama ni.so, mama beringatlah.hehe
tiramisu tu serius tak sedap, lagi sedap di secret recipe.
makan pun terkocoh-kocoh sebab nak kejar sembahyang maghrib.
lepas solat, terus gerak balik.
sampai jek rumah, papa dan zahra dah balik dr umah MIL.memasing dok dalam bilik.
sian kat papa, tiap kali mama ada makan-makan, dia kena menumpang kasih gi makan umah MIL.hikhik

love: mamazahra ^__^

Menu Berbuka Ramadhan 23

Khamis lepas, mama dok jerit-jerit kat FB bagitau nak masak ayam merah requested by papa.
so, petang tu pas gigih buat biskut raya, mama rajinkan diri gak masak ayam merah & nasi himpit walopon macam nak pengsan sebab kepenatan buat cookies conrflakes chocolate.
lately, nasi yg masak seniri kat rumah, susah betul nak masuk kat tekak ni.
kalo makan kat luar or kat umah sesapa, sedap pulak nasik tu masuk kat tekak.ngengada tul lah tekak mama ni.tu pasal mama buat nasi himpit.
tp, punyalah malas nak ke kedai beli sayur tuk masak sayur campur.
so, amma masak ape jek yg ada dalam peti ais.
so, mama bedal goreng buncis+cendawan.belasah jek la.
walopon kureng kena lauk aritu.ekeke

pastu, dlm penat2 tu rajin gak mama wat dessert tuk berbuka.
honeydew sago.
ni semua gara-gara ternampak menu berbuka ni kat belog filla mama kasihs.
kebetulan, ada plak honeydew dlm peti.
maka, jadiklah dessert ni.
sedap dan mudah nak sediakan.


love: mamazahra ^__^

Friday, 3 September 2010

setelah 3 hari bercuti...

aineh mama dah mula keje semula.
setelah cuti merdeka + MC 2 hari, rasa mood nak keje pun takde.
malas tul, dengan asthma yang masih bersisa ni.
asek terbatuk-batuk jek, sbb nafas dah pendek.
Dr Shima ada bekalkan inhaler, tapi mama kan degil sikit.
mana nak guna inhaler tu.
yang da kat umah pun, dah expired langsung tak penah guna.hehe
ni Dr bagi yang baru, masih dalam kotak lagi.punyelah malas nak guna.huuu

Mujurlah aineh hari Jumaat, rehat 2 jam.so, masa bekerja tu taklah terasa sangat.hehe. rehat nanti, best gak kalo gi jalan-jalan window shopping kan???
petang ni plak, boss plan nak bukak puasa kat luar, so standby jek la pewot kosong.hahaha
Boss nak belanja kat Manhattan Fish, reservation pun dah buat.
mujurlah buat aineh, sbb kalo boss buat next tuesday, tak dapek lah mama join.takut oh bsp test result tinggi cam masa gi dinner besday Dato' ED kat Hilton aituh.mampus.ada yang beraya kat wad spital pulak.
mintak jauhhh....
so, mama kenalah sms papa tuk pandai-pandai bawak diri gi berbuka umah MIL.huhuhu. 
"sowi, B eyh!!!!.sok syg masak sepesel eyh".hehe

kowang buka pe aineh??





love: mamazahra ^__^

Thursday, 2 September 2010

MC dua hari, apa mama buat??

Semalam dan hari ni, mama MC.
asthma menyerang lagi.
oleh kerana, skang ni mama tengah peknen so Dr suruh mama rest 2 hari kat rumah.
risaukan kandungan mama, risaukan mama sebab Dr cakap, pregnancy bleh exaggerate asthma.
lepas neb semalam, rasa kurang sikit bunyi time bernafas.
oleh kerana Dr dah bagi MC, maka mama amiklah kesempatan tuk buat biskut raya.

Biskut pertama : Choc Chip Rangup

bahan2nya mudah jek.
korang tak perlukan mixer pun, kacau pakai tangan jek.
yang penting, ada bahan2 tu kat rumah.
Bahan A
  1. Planta 250gm
  2. gula halus/icing[gula biasa korang blend sampai halus] 130gm
  3. kuning telur 1biji
  4. esen vanilla 1sudu kecil
planta & gula kacau rata, pastu masukkan kuning telur&esen vanila

Bahan B
  1. tepung gandum 230gm
  2. milo/serbuk koko van houten 50gm
  3. nestum 50gm
  4. badam 50gm(sangai/goreng tanpa minyak 5minit)
  5. choc chips 100gm
  6. white choc chip 50gm
gaulkan rata semua bahan B

then, masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A, kacau rata.
kemudian, sudukan kecil-kecil adunan dlm loyang.
macam kat bawah ni...

[abaikan loyang turun-temurun mak mama ni ekk]
dan bakar dalam oven[xkesah oven apa pun, oven butterfly kaler hitam tu pon boleh], amma guna oven yg bulat tu, sebenarnya oven elektrik, tp dah rosak, so amma tenggek atas dapur gas jek.hehehe
bakar suhu 180c selama 20minit.
berhati-hati sikit sbb adunan kan kaler cokelat, kang hangus pulak.ngeh3
maka, jadiklah biskut choc chips yang rangup cam kat bawah ni.

kalo korang guna dark chocolate, kompom rasa dia cam biskut double choc kat famous amos tuh.hehe
serius rangup tau!!!
tak caya??? try buatlah!!! kalo malas, meh datang umah mama!!!

then, hari ni mama buat cornflakes chocolate.
ni 1st time mama buat cornflakes coklat neh, setiap tahun mama buat cornflakes madu.tahun ni, ubah sikit.
nak resepi gak ke??
tak payah arr...

mama pun x sure, orang suka ke tak cornflakes coklat mama ni.hehe


love: mamazahra ^__^

Nasi Pelangi & Ketam masak Kari

Menu berbuka semalam.
nasi beriyani berkaler.
kalerful lagik nasi beriyani neh.ekeke
tapi, nasik ni terlebih air, so nampak cam lembik sket.
takpe, percubaan pertama. boleh cuba lagi lenkali.hehe :)

tapi, lauk cam tak berapa kena.
mama masak kari ketam.
walopon tak berapa sesuai, tapi, masyuk gak. mama teringin nak makan kari ketam, tu yang gigih masak walopon tak berapa sesuai makan ngan nasi beriyani.hehe
sedap oh, cuma ketam tu kecik-kecik sgt, tak puas.hehe

pastu, sayur pun tak kena.
patutnya, mak cakap kalo ada acar buah lagi syok.
tapi, sape pulak nak buat acar buah time bulan pose neh kan.
tempe pun, tempe lah.
kata orang jawa sejati, tempe haruslah jadik kesukaan kan.
tp, serius dah lama sgt tak masak tempe.
bile nampak tempe jek semalam, terus terliur.hahaha
nape mama rajin noh masak macam-macam?selalunya nak masak kemain liat, tunggu mood datang baru masak.
bukan pe, semalam kan mama ada BSP test.
so, mama gi klinik kebetulan dari merdeka day tu nafas mama dah start berbunyi-bunyi.
lepas Dr Shima bagi nebulizer, Dr bagi MC 2 hari.hoyyehhh!punya ar suka. tu yang masak extra sepesel daripada biasa.hehe
ok, orang yang berpuasa tak sabar nak makan nasi pelangi&ketam masak kari.sedap ohh!!

p/s: semalam gak, mama extra rajin.bukan jek masak sepesel, tp mama sempat buat air koktail & buat bikut choc ships rangup.
nanti mama share gambar n resepi ek.
skang masa tuk masak lauk berbuka.papa request nak makan ayam masak merah, so mama nak gi rebus nasi himpit, baru syok.mood raya dah dtg, walopon lom beli baju raya, tp bile tengok kuih raya dah berbalang, mood raya haruslah mari kan.ngeh3

love: mamazahra ^__^

Tuesday, 31 August 2010

Homemade Burger & Roti John

Ekceli, ni menu berbuka semalam.
mama memula malas nak masak, sekali sesampai jek umah mak cakap kak ngah nak berbuka sesama.
mama memang takde mood nak masak, so mama buat burger jek.
kebetulan, semua bahan ada kat peti ais.
so, keluarkan & buatlah burger sepesel ni.hehe

mama bubuh salad, tomato, cheese & daging ayam Ayamas.
dah siap, bubuh extra mayonis & cili sos.yummehh!!!

pastu, bila bagitau papa yang kak ngah nak datang.
papa pulak, gigih nak buat roti john.
ekceli, masa cuti Nuzul Quran tu papa dah buat roti john.
sebab ada balance ayam rempah tuk roti john tu, maka gigihlah papa buat gak.
dan...
inilah hasilnya...air tangan papa

sedap okeh!!!
memang sepesel, takde jual kat memana.
siap ada salad, timun, tomato, ayam yang papa dah marinate dengan rempah rahsia.poyo jek.
tapi, serius sedap.
lagi-lagi, mama yang bubuh sayur, sos & mayonis tu kan.tu yang tambah sedap tu.hehe
kalo kowang nak rasa, lenkali kowang nak datang umah amma, mama suruh papa buat tuk kowang eyh.hehe
kowang sure makan banyak punye.egege
semalam, dari berbuka sampai ke sahur pagi tadi, amma makan burger & roti john jek.
nasi? langsung tak pandang. semalam, tekak omputih. no nasik-nasik eyh..hehe


love: mamazahra ^__^

Restoran Ayam Bakar Wong Solo

Ni cerita nak basi sebenarnya, hehe
cerita Ahad lepas.
Ahad, papa ada kelas.then, mama memang dah plan nak ke pasar stadium shah alam dan nak ke SUnway Pyramid tuk shopping raya sikit.
so, pagi Ahad tu, mama hantar papa gi kelas.
kul 7 lebih dah gerak hantar papa sbb papa nak singgah opis dulu.
then, baru hantar papa ke UiTM, Seksyen 17.
lama giler mama dah tinggalkan kampus S.17 tu.
last masa mama part 3, tahun 2003. lama betul. serius dah lain benar.
makin lawa pulak. dulu, sikit punya hodoh kampus tu.skang dah maju, dah ada pusat islam & library cantik tuk budak-budak INTEC.
so, budak-budak UiTM tumpang sekaki lah.hehe
oleh kerana dah kepenatan berjalan shopping raya dengan cik Zahra.
mama memang sengaja ajak papa buka kat luar.
setelah 19hari berpuasa, baru berpeluang buka kat luar.
balik-balik, kat umah, umah mertua or umah kakak-kakak mama jek.
so, amma decide nak makan kat Wong Solo. so, kul 2ptg camtuh, mama buat reservation.takut full pulak kan.
kul 5.30ptg, mama& zahra gi jemput papa kat kampus then terus singgah solat kat Petronas.
barulah ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo.
lepas pesan makanan, papa gi pusing-pusing area situ, mama & zahra tunggu sampai buka.

tembikai, kurma& air mineral dia bagi free kot.

air tembikai tuk papa, jus alpukat (jus avacado coklat) tuk mama & air sirap limau tuk Zahra.
cik Zahra dah bedal abes tembikai tu sorang-sorang.

puan punya belog harus ada :)

set ayam penyet tuk mama.yummy.sambal yang sangat power!!! sampai panas bibir.
tapi, serius lain sungguh ayam penyet kat wong solo ni dari ayam penyet AP.
selama ni, mama makan ayam penyet kat AP jek.mmg sedap.
tapi, kat wong solo ni pun sedap, cuma ayam tu takde kriuk-kriuk rangup ayam cam kat AP.hehehe

set ayam bakar tuk papa.
bagi amma, mama tak berapa suka ayam bakar ni sbb terasa sangat madu dia.manis.
tapi, rempah dia sampai ke tulang ayam tau.
terasa sangat.
papa memang suka :)

kami ambik side dish : cah kangkung(kangkung belacan)

pendek kata, memang puas hati lah berbuka di Wong Solo ni :)


love: mamazahra ^__^

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53

Salam Merdeka semua!!!
aineh, mama bukan nak bercerita panjang pasal merdeka.
mama tak layak nak memperkatakannya.
cuma mama bersyukur mama dilahirkan di bumi Malaysia.
mama tak merasai peritnya hidup di zaman penjajah, mama tak melalui hidup di dalam peperangan, dan tidak hidup dalam belenggu kemiskinan yang melampau.cuma just nice jek.Alhamdulillah :)
Bersyukur amat membesar di bumi Malaysia ni, mama boleh bersekolah hingga ke peringkat ijazah, mama boleh bekerja dgn semua bangsa di Malaysia, tak perlu hidup dalam ketakutan akibat peperangan.
Syukur Ya Allah...
setiap orang punya erti berbeza tentang kebebasan, tentang kemerdekaan.
kalau kita rasa, bila kita tak dijajah, kita dah merdeka.terpulang...
kalau kita rasa, kita tidak berperang, kita dah merdeka, itu pemikiran masing-masing...
bagi mama, bila kita hidup aman damai dalam satu negara, tak kira apa pun bangsa kita, agama kita, warna kulit kita, kepercayaan kita...itu dah cukup membahagiakan. betul tak??
mama harap Malaysia akan terus aman dan damai, tanpa peperangan.
sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersama-sama menyemai rasa cinta pada negara dan bersama-sama mengekalkan keamanannya.InsyaAllah...
Selamat Hari Merdeka semua!
1Malaysia menjana transformasi!

okeh, panjang sudah mama bebel.
aineh, rasanya semua rakyat Malaysia bercuti kan? tapi, ada gak yang TERPAKSA bekerja, kalau dia bekerja dgn company luar negara yang kena cuti ikut negara asal mereka walaupun dia berstatus warga negara Malaysia kan???tapi takpe, asalkan dalam hati tetap rasa merdeka.hehehe

hari ni, misi mama nak buat rempeyek cam tahun lepas, BERJAYA. kali ni, mama dapat 2 balang besar+2balang kecil.Alhamdulillah.
mula buat jam 8.30pagi, siap jam 12.30tghari.setel.
lepas tu, terus terbongkang dgn cik Zahra.
mood nak masak pun dah hilang,ngeh3
so, plan nak buka kat luar lah.malas nak masak.aci x?
kalo gi Afnan ok x?kena tanya papa dulu lah...papa tak bape suka buka puasa kat luar. dia lebih rela bukak puasa kat umah mak dia.nak buat cane kan..

love: mamazahra ^__^

Monday, 30 August 2010

Bengang!!!

 pagi-pagi masuk opis jek, dah bengang.
semalam, dah lah sehari suntuk tak on pc kat rumah.
agenda punyalah banyak.pagi, hantar papa gi kelas, pastu terus ke pasar stadium.petang lak, ambik papa.
so, ingat nak login lah yahoo pepagi sampai opis tadi.
sekali!!!hambek.sama cam khamis lepas.
langsung takleh nak login.
pelik, jumaat bleh plak login kat rumah.takde masalah pun.
tapi, pagi ni langsung tak boleh login.
hangin satu badan.
dahlah, mama ada order baju online.
kang kalo tak reply, orang ingat tak serius nak beli pulak.
bengang sesangat!!!!
mama try gak login yahoo kat PC orang lain, boleh pulak.
ke orang IT ni, jaki ngan mama.dengki kat mama, sbb tu dia blocked yahoo kat PC mama.
yang mama bengang, website lain (selain facebook) boleh lah pulak nak bukak.
adoii, tolonglah.mama ni bleh hangin satu badan kalo takleh nak login yahoo tau.
banyak benda ada kat yahoo tu.
blehlah chat ngn kengkawan, dan check FB status dikala YM & Facebook dah di blocked.huhuhu
mama bengang sesangat neh!!!
kalo ikutkan hati, nak jek cucuh berukben.biar padan muka derang.
tapi, takut lak ada virus nanti.
tak pasal-pasal, rosak lagi hard disk PC neh.
takkan nak biar mama tunggu sampai balik rumah baru bleh check email.kejam tu!!!
langsung hilang mood nak keje aineh.
dengan mood masak berbuka pun hilang sekali.hehehe.ni ada kena-mengena ke?


dah lah, malas nak pikir.
baek kita borak hal lain.
kowang berbuka kat mana sepanjang cuti 3 hari ni?
ke kowang masak sepesel kat rumah?
mama, 3 hari tak berbuka kat rumah.pecah rekod wehh...
jumaat berbuka kat rumah andak.lantaklah, bulan puasa ni, dah bape kali ntah buka kat sana.hehehe.mama buat crumble apple with custard sauce, nanti jek mama tepek gambar eyh...
sabtu lak berbuka kat rumah kak ngah.saje malas masak.so, mama tapau KFC family feast.dan semalam lak, gi berbuka kat Restoran ayam bakar Wong Solo.
gambar akan di update nanti-nanti, tunggu balik umah lorr.kat opis malas nak cucuk cable bagai nak upload gambar.leceh.
hari ni???buka rumah mertua lah.hehehe.sebab takde mood nak masak.muahaha


love: mamazahra ^__^

Thursday, 26 August 2010

Yahoo!!!dapat duit raya

Alhamdulillah, syukur.
semalam, 15 Ramadhan 1431H, mama dapat duit raya dari kompeni.
ekceli, tetiap tahun mmg dapat duit raya ni, bagi yang dah kompom jek la.
yang lom kompom, gigit jari je lorr..hehe
semalam pun, yang keje gomen pun dapat kan??RM500.banyak tu!!! tahun lepas RM250jek kan?? aduh, dah lupa arr.mama bukannya keje gomen pun, tapi tumpang happy gak.
kompeni mama bagi maximum sebulan gaji tuk 'festival advance' ni. bukan jek pekerja muslim yg dapat tau.
'festival advance' ni tuk Deepavali & Chinese New Year gak.
cam tahun lepas gak, mama dapat sebulan gaji.
syukur, sbb leh la top up duit tuk bayaw insurance ngan roadtax cik Persona yg expired 21/09/2010 neh.
nape lah dia mati time raya kan, kalau tak leh lah kami beraya sakan.hehe

ok, nak buat checklist persiapan raya lah, aci tak??
ala, raya kan lebih kurang 14hari jek lagi, kowang tak excited ke?
mama?biasa-biasa jek.takde excited sangat. cuma dok pikirkan persiapan Zahra jek.
dialah manusia paling happy bila nak raya ni.hehe

ok, jom check it out!!!
Zahra
  1. baju kurung sedondon tuk zahra -LOM BELI
  2. kasut raya - DAH, beli di cotton on kids
  3. Sandal raya - LOM BELI
  4. Jeans - DAH! 2helai MIKI kids
  5. T-shirt - DAH! sehelai MIKI kids
  6. Blouse - DAH! 5 helai (3 MIKI kids, 1beli online & 1lg xde jenama)
  7. Accessori - tak perlu kot.Zahra bukan nak bersepit ke hape :(
Mama
  1. Baju kurung/jubah sedondon - LOM BELI
  2. Kasut Raya - LOM BELI
  3. Jeans - LOM BELI
  4. Shirt - DAH!MIKI maternity
  5. cuti raya - DAH apply
Papa
  1. Baju Melayu - LOM BELI
  2. kasut raya - LOM BELI
  3. Jeans - LOM BELI
  4. Shirt - DAH!sehelai PADINI
  5. Kemeja - LOM BELI
Rumah
  1. Langsir - TAK PERLU.pakai last 2years punye.cuma nak beli day curtain
  2. sarung kusyen - LOM BELI
  3. Karpet - LOM BELI
  4. Bunga hiasan - LOM BELI
  5. Kuih Raya -LOM BUAT (cuma dah order tart jem)
  6. bekas kuih raya - TAK PERLU.guna last yr punyee
  7. Cat - TAK PERLU.masih elok
  8. kemas rumah - LOM lagi!!!
  9. Duit raya - LOM tukar
so, kowang nampak tak?lagi banyak yg LOM dari DAH kan?
nampak no mama tak excited kan??
yelah, mak mama kan lom sehat, so kureng excited la nak raya.
selalunya, mak yang gigih buat persiapan.selagi mama tak buat kuih, selagi tu mak asek tanya.hehe
tapi, tahun ni, mak tak amik kesah pun.yelah, mak lom sehat sepenuhnya.
lagipun, dengan keadaan mama yang asek lemah gemalai longlai ni, cam tak larat nak buat semua sendiri.
tapi, insyaAllah mama cuba buat sikit-sikit demi Zahra lah. sebab dialah yg paling excited. asek nak try baju raya yg dah beli tu jek.kasut raya tu pun, dia gigih nak pakai dah.ekeke

bukan mama tak nak buat persiapan, mama kan terikat dgn medical check up every two weeks tu.nak amik cuti tuk buat persiapan pun susah.cuti nak abes dah.huhu
lagipun, papa tengah sibuk nak test.so, memang payahlah nak kuar shopping kan.
tunggu papa abes test, baru nak kuar shopping beli baju raya sedondon.
kuih raya, insyaAllah nak buat time cuti merdeka ni.tak buat banyak kot, 2 atau 3 jenis jek.

korang punye persiapan raya cane??mesti gempak kan??



love: mamazahra ^__^

Monday, 16 August 2010

Ramadhan 4

Salam isnin semua :)
cane pagi neh?ok x?puasa tak? mama , Alhamdulillah, masih berpuasa.
tp, nampaknya, rabu ni mama TERpaksa off dari berpuasa sbb mama ada BSP test.
terpaksalah mengganti kendian hari.huhuhu.sedih tau!!! 
hari ni, mama pagi-pagi lagi dah ngantuk.
lepas subuh, bantai tidur lagi.
sudahnya, kul 7 baru bangun bersiap gi office.
hari ni, mama keje luar lagi.kat Seri Setia, PJ.
jalan jammed gile dari bkt raja smp lah kat seri setia.
nasiblah cik persona tu auto, kalo tak, mahunya tercabut lutut mama.
okeh, jom cerita pasal puasa time wiken semalam.
mama kan, cam bebudak lah.
kalo time wiken, dah macam kain buruk.
asek baring jek sepanjang hari.
cik Zahra pepandailah bawak diri.
mama cuma buatkan susu dan suap nasi jek.
selebihnya, pandai-pandai zahra lah nak main.hehe
teruk kan?
Sabtu lepas, kami buka puasa lagi kat umah kak ngah.
kali ni, pakat ramai-ramai ngan kakak-kakak.
kami buat potluck.
mama masak carbonara mushroom spagetty jek.
ini kes malas sebenarnya.egege
syok gile bile dpt berbuka ramai-ramai.
andak buat laksa, kak ngah masak ayam kampung masak berlada, anjang masak ayam ungkep, endek buat agar-agar.
sampai papa pun missed tarawih akibat kekenyangan.ekeke
lepas solat maghrib, boleh sambung makan round kedua.mana tak kemlakaren.hehe

gambar menu berbuka mmg mama tak snap.memaseng dah gigih nak makan.ekeke

so, mama tepek gambaw anak dara terlampau..yang tak puasa.hehe
bulan-bulan pose pon, nak seksi kew??hehe

love: mamazahra ^__^

Saturday, 14 August 2010

Ramadhan 3

Semalam, kami berbuka kat rumah kak ngah.berbuka dgn mak.
memula tu, plan nak masak.
tp, oleh kerana ada ni..

viva kecik depan mama ni, manusia yang tak reti nak bersopan-santun bile memandu.
die bleh Q kat touch n' go punye line, pastu bleh plak dia baik punya cilok dpn kereta mama tuk potong line bayaw tol.
hampeh punye orang!!!
harap jek bini kt sebelah pakai tudung besar, langsung takde kesabaran nak Q tuk bayaw tol.
dia ingat, dia sorang jek nak balik masak bukak puasa.
hish!!!geram tul ngn manusia cenggini!!!
ni yg mama tak suka buat keje luaw time bulan puasa.kurang pahala puasa, sbb bengang ngn pemandu2 yg xde sivik kt federal highway tu...

dah abes mamat mengong ni, bile dah masuk kat shapadu highway...
ade pulak 
ni

kedek2 jek dia jalan.
nak potong jalan 2 hala.
kang berdentum ngn kereta depan, tak pasal-pasal.

inilah faktor-faktor menyebabkan mama lambat sampai rumah, dan kepala dah pening dan akhirnya tak larat nak masak.ngeh3
bagus tak alasan???
mama terus call papa bagitau yg amma mmg tak larat nak masak, cam nak pitam bile sampai rumah.
then, papa suggest tuk buka ngan mak kt umah kak ngah.hoyyaayyy!!!!

papa sampai rumah kul 6ptg.pas mandi n bersiap, kami gerak gi rumah kak ngah kt sementa.
kul 7 baru kami sampai rumah kak ngah.padahal, perjalanan dr umah kak ngah tu 15minit dah bleh sampai.
tapi, oleh kerana ada pasar malam kat sepanjang jalan depan rumah mama.dan ada makhluk Allah yg parking kiri & kanan jalan, menyebabkan kami stuck.yelah, dpn umah mama ni jln 2 hala.kecik jek pun jln.
bile ada kereta parking kt tepi jalan kiri&kanan.jalan tu jd sempit & hanya 1 kereta boleh lalu.
so, stuck bile ada kereta nak masuk & keluar dlm satu masa.
udahnya, papa reverse dan amik jln alternatif lain walopon agak jauh.

bile sampai rumah k.ngah, terus keluar ke PaRam cari juadah berbuka.
mama tak beli byk pun sbb k.ngah dah masak nasi & lauk.
mama beli nasi dagang, roti john black pepper&kuih tepung pelita.itu jek.
takmo membazir.

p/s: hari ni plan nak berbuka ramai-ramai kat rumah kak ngah lagi.kali ni berkumpul dgn adik-beradik yg lain.sure meriah.tak sabawnyaaa!!!


love: mamazahra ^__^

Wednesday, 11 August 2010

Ramadhan 1

Alhamdulillah, selesai sudah puasa tuk hari ni.
dugaan betul tau hari ni.
lepas sahur pagi tadi, bantai tidur semula.
padahal plan asal takmo tidur, tapi sudahnya 3 beranak tu terbongkang atas katil.hikhik
bagun tuk subuh,pastu sambung tidur lagi. bangun tuk sahurnya cuma sejam, tapi mengantuknya cam berjaga sepanjang malam.
teruk betul.
olehkerana itu, maka terlambatlah mama.huhuhu.dah lah, hari ni audit kat sunway.
minyak kete plak empty, tak pasal-pasal, terjah petronas dulu before gerak masuk highway.huhu
ingatkan, bila bulan puasa ni, orang yg keje kt KL akan bertolak awal, so tak jam area kul 8 tu.
sekali, jammed cam biasa.takde beza pun.hahaha.
padan muka!!
sampai kat opis auditee kul 8 lebih. kepala terus berdenyut-denyut.
sepanjang hari tak concentrate wat keje.
cuma berapa output jek yg OK, yang lain KO.hehe
tapi, yang best nya... hari ni dari sahur sampai berbuka, mama masak sendiri.
harap dapat kekalkan sampai 30 ramadhan.gambatte!!
sahur pagi tadi, mama masak udang&sotong goreng kunyit dan telur dadar mayonis.


[gambar sekadar hiasan.ihsan  en.yahooimage]

as usual, nasi tak bape nak masuk kat tekak ni.
padahal Dr nasihat mkn 1 1/2cawan nasi, yg masuk kt tekak, cuma 5 suap jek kot. sadis sungguh.
so, mama top up tenaga, dgn mkn kurma 2biji, air suam dan air susu HL secawan.
tuk buka lak, balik jek keje [mujurlah tak bape jem] lepas solat asar, terus bersilat kat dapur.
mama buat sup sayur, bubuh carrot, brokoli,kentang, tofu telur& cendawan dan goreng ayam jek.
tu pun, macam nak pitam bersilat sorang2 kt dapur.mana tak nya, tengah syok masak, zahra ber** pulak.

mama xbuat kuih atau dessert pun.sbb dah tak larat.
nasiblah endek bg karipap dan andak bg donat coklat.rezeki ramadhan.

hope dapat berpuasa esok dan hari-hari seterusnya.
at least, bb dlm tummy leh berlatih puasa.hehe

p/s: cik zahra, kul 7 lebih dah kantoi, mintak susu.cuba lagi sok hari :)





love: mamazahra ^__^

Tuesday, 10 August 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi....
Selamat Datang Ya Ramadhan 1431H :)
bersyukur kerana kami sekeluarga diberi kesempatan berhimpun dan mengerjakan ibadah puasa dibulan mulia ini. Syukur Allah masih beri kami peluang ini, moga kami tidak mensiakan bulan penuh keberkatan ni...

Marilah kita sama-sama...
setting NIAT, upgrade IMAN, download SABAR, upload USAHA, delete DOSA, update DOA & top up ILMU, supaya dpt redeem PAHALA byk2!
 Jgn lupa renew lesen MULUT, serviskan HATI, kawal kadar pencemaran MATA & TELINGA, peliharalah enjin PERUT, cukai MINDA & KESABARAN.
Ayuh perbanyakkan IBADAH & BERJARIAH pada RAMADHAN ini.
SELAMAT BERPUASA!



Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya, dan semoga kita dapat menambahkan amal ibadat kita di bulan penuh barakah ini, InsyaAllah...

Dan, ini tahun pertama mama nak latih zahra berpuasa, at least smp kul 10 atau 12. supaya dia tahu erti puasa. baru jek tadi, ajarkan Zahra niat berpuasa.bersungguh-sungguh dia mengikut mama baca.hehe

p/s: sedih, tak dapat bersahur pagi nanti dgn mak.hanya berdua ngan papa nampak gayanya.


love: mamazahra ^__^

Sunday, 20 September 2009

~ Dugaan Ramadhan ~

Salam Lebaran sume.
bukan nak cerita pasal syawal ye.
n3 syawal nanti2 lah ye.
ni mama still nak cerita pasal ramadhan yg baru jek berlalu.
kami sekeluarga diduga ramadhan tahun neh.
ape dugaannya???
jap ye, bg mama story intro dulu.
harap bersabar.hehehe :D
jumaat aituh, 18/09/09 kami sekeluarga diduga.
patutlah sehari sebelom tuh rasa serba tak kena.
mama ada gitau asyanie yg mama nak amik leave jumaat tuh.
tp, mama dah set appointment ngan auditee nk dptkn sikit info.
cadangnya nak jupe khamis, tp auditee ada medical check up khamis, so x dptlah.
maka kami set appointment pagi jumaat.
dtg keje pg tuh, masih rasa tak sedap hati.
mama gi gak la jupe auditee.
mase tgh interview tuh, dekat kul 11pg tetiba mama dpt sms dari ibu zahra gtau yg zahra kena ekzos motor.
tp, x gtau serius mane luka tuh.
mama rasa x sedap lak nak interrupt auditee mase dia tgh khusyuk bg info.
so, mase dia gi toilet mama call ibuzahra.
rasa x keruan bile ibu ckp luka tu agak besar.
so, mama sms manager gtau keadaan zahra n mintak balik.
manager kata, OK.
so, mama rushing balik umah.
ni la keadaan anak dara mama yg kena ekzos

[fokus pada lutut zahra sahaja.abaikan bilik mama yg berkepau cam kapal pecah]
meh Zoom sikit..

bg org lain,mgkin luka ni x seberapa.
tp bg mama, luka ni serius dah.
mama bawak zahra gi klinik pas solat jumaat.
papa pun siap amik 1/2 day leave.
kami risau ada infection kt luka tu jek sbb badan zahra terus dedau.

p/s: syawal kami kurang meriah sbb keadaan zahra.doakan zahra cepat sembuh ye!




love: mamazahra =)

Tuesday, 15 September 2009

~ Ramadhan Buffet d 1 World Hotel ~

Semalam, Isnin 14/09/2009.
patutnya, mama nak amik cuti nak continue wat kuih raya.
tapi, Datuk ED nak belanja buka puasa d 1 World Hotel Damansara.

[ni ler Datuk ED...terima kasih daun keladi, Datuk.tawon depan banje lg ye...]
maka mama cancel cuti tuh semata2 nak mkn buffet ramadhan d 1 world Hotel.hehe :)
kul 5, pas abes keje mama balik umah sbb opismet mama, asyanie, anis n ayie nak tumpang kete mama gi sana.
so, derang park kete kt umah mama la. balik kang, pandai2 depa la.hikhik :P
kami konvoi 2 kete, cik Persona Non Grata n cik myVi kak CT.
anis n asyanie nek cik Persona ngan mama n ayie nek cik myVi ngn k.CT..
jln agak jam kt batu belah..
biasalah, memaseng nak cepat balik masak tuk buka..
yg amoi2 pon sebok nak sesakkan jalan, cam la depa nak bukak puasa gak.
geram jek tau!!
kena plak isi minyak cik Persona kt Petronas batu belah batu bertangkup.hikhik

[ni bkn mamat bangla ye!!! ni mamat jawa yg mama buli suh isi minyak.hikhik...aniso castello]
so, teruskan perjalanan.
mama ikut highway jek, sbb takot federal highway jam.
kul 6.40 gak la br smp kt JJ, 1utama.
tu pon mama cilok ikut sekolah damansara tuh, ikut dlm.
kalo ikut luar, mahu lg lewat sampai.
mama park kt JJ jek sbb takut parking kt 1world hotel tu cekik darah.hehehe [nk raya kan, haruslah jimat-cermat,kan]
so, terus je gerak gi 1world hotel.
time tuh, en burn n en yazir da sampai, geng finance n risk pon da sampai.

[meja yg da di reserved tuk kami warga NCB]


[geng finance yg dah sampai lebih awal dari kami]

sebelom tu amik gamba dulu.hehe

[gamba neh buat mama nmpk ketot, ni gara-gara jurugambar yg x pro lgsg, asyanie]

then, terus masuk Cinnamon Coffeehouse. ronda2 menu buffet yg ada.
macam-macam ada.


[hanya gamba desert jek ada, ni pon songlap dari kamera ayie..maaf, gamba agak kabur, tp makanan mmg mebeles]

dari muka pintu coffeehouse tuh, gerai teh tarik, ABC & cendol, desert, ice cream, pelbagai jenis kerabu.
kat tgh2 lak, nasi minyak dan pelbagai lauk. ada udang masak lemak cili padi, ayam percik kelantan, daging, ayam, kari kepala ikan & etc.
ada macam2 salad.
ada gak western food yg dia masak ikut suka ati kite, spagetty, fettucini, pasta & etc.
ada sushi & segala benda mentah yg mama lgsg x heran nak makan cam oyster dll.
ada gak satay , kebab dan ayam tandoori.
ada gak nasi ayam.
ada stall kawah special. kt ctu, ada daging kawah dll.
ada dim sum, udang oyster dan tempura sotong dan udang.
ada gak stall air pelbagai rasa, soya bandung, jus dll.
dan ada byk kuih -muih yg mama lgsg x sempat nk mkn...

menu pertama mama tuk berbuka.
ABC yg mama amik seniri[kuwang manis rupanya.xde bakat nak jual ABC la.hehe] dan kurma yg anis amik.mama cilok sebiji.heee :D

menu kedua, ni mama share ngan asyanie, satay ayam, lamb n beef, kebab dan tandoori chicken

nasi beriyani kambing tuh, ayie yg punyee..bkn mama tau :P

ni plak anis n en. R yg takmo nama dan gamba nye disiarkan dlm belog mama.[takot bini marah la tuh.hehe]

tuan punye belog HARUS ada ye..bg memeriahkan belogku yg terchenta neh

di sebelah tu, kak CT ye... belakang tuh ntah mamat mane ntah

ni plak mama ngan asyanie.ni b4 bukak puasa ye..tu yg memaseng menten jek tuh.heee :D

sekali lagi, d tampilkan tuan punye belog yg makin comel d bulan puasa neh.haha

dah, itu jek...

** gamba yg agak blurr tuh dari kamera henpon ayie a.k.a abuya-ashaari.hikhik :)



love: mamazahra =)

Monday, 14 September 2009

~ Cerita Puasa dan Raya ~

mama bukanlah nak cerita pasal persiapan raya.
or baju raya ataupon kuih raya.
tapi, mama nak cerita pasal puasa dan raya mase mama kecik-kecik dulu.
bile ujung2 puasa neh, mama teringat mase mama sekolah rendah.
time neh, mama byk dpt undangan buka puasa, samada umah persendirian, masjid ataupon mane2 dewan.
mereka nak meraikan anak2 yatim n fakir miskin cam mama.
bile ingat balik, rasa sayu jek hati.
mama x pernah merasa berpuasa dan beraya dengan bapak mama.
yelah, bapak mama kan pergi mase umor mama 4 tawon.
sebelom tuh, mama x ingat camne mama sambut raya dgn bapak.
langsung x ingat.
yg mama ingat, mama start puasa masa umo 5 tawon. time tuh, bapak mmg dah xde.
kalo teringin nak mkn pape tuk buka puasa, pendam jek.
xleh nk mintak2 ngan mak sbb sian kat mak.
kalo time puasa mak xkeje, sbb mak keje kt kantin sekolah.
time bln puasa kantin tutup. maka mak xde pendapatan sepanjang bulan Ramadhan.
maka, tuk meminta-minta ngan mak, amat dilarang sama sekali.
dlm bulan puasa, mak jual "kuih sepit" tuk cari duit raya tuk kami.
mak guna sabut kelapa tuk masak " kuih sepit". sian kat mak, berasap2 masak "kuih sepit".
memaseng berebut2 nak tolong mak, sbb nak duit raya.
time tuh, mama, andak, endek akak ibuzahra n ateh yg maseh sekolah.
kakak2 n abang2 yg lain da kerja n dah kawen.
so, derang dah sebok ngan hal seniri.
maka, kami berempat yg tolong mak.
bile hujung ramadhan neh, jemputan tuk majlis berbuka puasa lah yg kami tunggu2.
sbb di majlis tu nanti, org2 kaya akan bg makan sedap2 dan duit raya sekali.
dgn duit tu la, kami beli kasut raya dan baju raya.
tu pon, kami beli kat "Lorong Jepun" jek.
"Lorong Jepun" tuh cam kedai2 barang murah.
kami akan naik bas atau naik basikal gi Bandar Klang.
mase kecik dulu, jgn harap lah dpt pegi mall tuk soping raya.
bile ingat balik, sedih sgt2.
tp waktu tuh, kalo mak belikan kasut murah tuk raya pon, mama dah bersyukur sgt2, sbb dari xde lgsg, murah pun dah syukur.
janji dpt pakai kasut raya time 1 syawal.

itu cerita puasa.
kalo cerita raya lak, mama ingat lagi..

masa kecik2 dulu, mak akan masak ketupat n juadah raya seniri.
ateh akan jaga ketupat yg mak masak pakai dapur kayu.
nak masak pakai dapur gas kan makan masa, takot membazir gas.
tu yg mak masak guna dapur kayu.
smp tgh mlm raya ateh jaga ketupat, da masak baru leh tido.
mama, endek, andak n anjang akan tolong mak buat kuih raya.
berbalang2 kami buat. mana nak mampu beli seniri.
tp, time tuh, mama rasa kuih raya mak paling sedap.
sebab tuh, smp sekarang mama terbawak2.
mama akan buat kuih seniri, xkan sekali-kali beli.
teringat mak cakap, "membazir beli, kalo buat seniri kite rasa puas ati n dapat jimat duit".

selama 23 tahun , mama raya tanpa arwah bapak mama.
tiap kali pg raya, hanya tgn mak yg mama kucup.
sbb tuh, kami walopon dah besar gajah, tetap akan cium pipi mak n peluk mak tiap pagi raya.
x kire lah, anak pompuan atau abang2 mama.
derang x segan-silu cium pipi n peluk mak.
sebab, kami sgt2 menghargai mak.
kalo xde mak, dah tentu kami adik-beradik duduk kat umah Anak Yatim.

bile raya nak dekat neh, teringat balek kisah puasa n raya dulu2.
sayu hati.

ok, tu jek nak kongsi ngan kowang.

"Selamat menjalani puasa yg tinggal bape hari jek lagi n Selamat Hari Raya , Maaf segala salah dan silap "


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!