Showing posts with label Mama vs Papa. Show all posts
Showing posts with label Mama vs Papa. Show all posts

Monday, 19 December 2011

Pesanan untuk suami

PERJUMPAAN YANG MANIS

- Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

 

UCAPKAN PERKATAAN YANG BAIK

- Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik. Jangan lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

 

BERSAHABAT DAN SANTAI

- Jangan melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja, sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah bersamanya.

 

GURAUAN DAN SELINGAN

- Senda gurau  menceriakan suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan, selain beriadah di luar bersama.

 

BANTU DALAM TUGAS

- Lakukan apa saja yang anda berupaya dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa yang sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

 

MUSYAWARAH

- Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

 

BIJAK MERANCANG KEWANGAN KELUARGA

- Sebagai suami, kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan kitaa.

 

TEGUR PERBUATAN ISTERI TETAPI MAAFKAN DIRINYA

-  Setiap insan melakukan kesalahan, justeru, jangan menjadi pendendam. Jangan mengungkit kesalahannya yang kecil, dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.

 



--
Norly Saliana a.k.a mamazahra

h/p: 019-2575901
email: norly.mamazahra@gmail.com
blog: http://mama-zahra.blogspot.com

Thursday, 8 December 2011

Demi anak-anak

Ye... Demi anak-anak mama, mama telan semua pahit-getir... Jerih-perih
Hanya kerana cinta & sayangnya mama pada anak-anak...
Demi masa depan Nur Dhia Zahra & Muhammad Dayyan Zharif, mama berjanji mama takkan mengaku kalah dan akan cuba kuat tuk hadapi apa pun yg mendatang... InsyaAllah :)

Anak2lah sumber kekuatan mama... Penyebab mama kuat tuk telan semua kepahitan, keperihan hidup ... Demi masa depan kamu, wahai anak2 mama!!!

Mama sayang kakak & adik sangat-sangat!!! Mama akan cuba berikan yg terbaik selagi terdaya ...

Love ya!!!

P/s:maaf kawan2, emo lak pagi2 buta neh. Hehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 20 April 2010

rasa loya la pulak...

hai kawan2 :))
sehat?
mama rasa dah OK sikit.
ketumbit dah makin susut.
selepas bubuh ubat titik & eye ointment yg Dr Shima bekalkan, mata dah tak berdenyut.
tapi, kerana ubat tahan sakit yg Dr bagi tuh, mama asek rasa loya dari malam tadi.
rasa pahit dan payau jek tekak neh.
korang jangan pikir lain pulak ye!!!!
ni semua gara2 ubat tahan sakit tuh.
so, hari ni mama dah takmo makan ubat tuh.
tak tahan asek nak termuntah jek.huhuhuhu

mama jeles dengan papa. sebab....
papa on leave hari ni.hukhuk
sbb papa nak melepak kat rumah mak dia.
papa mmg selalu amik cuti purposely tuk melepak kat rumah mak dia.
tatau apa motip.
mmg sejak kawen, papa akan amik cuti 2 or 3 bulan sekali tuk balik rumah mak dia.
mama tak kesah sangat.
ye lah, papa mesti rindu nak makan sarapan & tengahari kat umah dia kan...
lagipun, mesti papa windu nak sembang ngn mak dia.hehehe
jangan papa sembang ngn mak dia tuk cari calon is3 yg lain, udah ler..hikhik

p/s: alhamdulillah, dah hampir beres memasukkan segala bloglist.

love: mamazahra

Friday, 9 April 2010

Mimpi Basah

Selamat Pagi Cinta :))
sehat ke korang?mama physically sehat walafiat, tp emotionally tak bape nak sehat.
almaklumlah, masih "hangin" ngn papa.

update terbaru: mama dan papa masih perang dingin.masih tak bercakap dlm erti kata "percakapan" suami-isteri.tapi, dah bercakap tuk perkara2 penting.hikhikhik [ni kire belom bercakap ke??ngeh3].pagi td pun, papa belikan bihun goreng tuk mama tapau gi keje.heeee :D

okeh, berbalik kepada tajuk entry.eh, mama bukan saje2 bubuh tajuk tu eyh.ada sebabnya.bukan saje2 nak bagi orang klik.
bukan sebab malam tadi, malam jumaat, maka mama nak cerita "mimpi basah" kat korang tau.jgn pikir ke lain ye!!.haish~
dah katanya, "perang dingin", manalah wujud mimpi basah.hikhik

sebenarnya camni, malam tadi mama mimpi tau.
mimpi yang agak pelik.bagi mama lah.
dalam mimpi tu, mama ada 2 orang anak pompuan yang comel.Zahra dan seorang adik pompuan yg berumur dlm lingkungan setahun lebih lah.punyalah kelam-kabut mama dalam mimpi tu, nak menyiapkan 2 org anak.kelakar.hikhikhik
tapi kan, papa takde dlm mimpi tu.huhuhuhu [kenapa papa takde eyh??]
dalam mimpi tu, mama dan 2 org anak pompuan mama tuh, tgh bersiap nak tuk pergi ke suatu tempat.punyalah kelam-kabut mama time tuh.semua benda serba tak kena.heeee :D [agaknya, camnalah kalo mama betul2 ada 2org anak eyh???kelam-kabut gak ke??]
punyalah mama kelam-kabut, sampai menangis mama.sbb cam payah tul nak menyiapkan 2 org anak tanpa bantuan papa.hukhukhuk [kalaulah betul terjadi, papa tinggalkan mama.camnalah agaknya ye???haishh!!mulut takde insurance langsung.dok cakap benda bukan2.hukhuk]

so, apa makna mimpi mama ni eyh??makna baik ke tak baik??harap, itu hanyalah mainan tidur dan takde makna tersirat.amin :))




love: mamazahra

Thursday, 8 April 2010

Merajuk?Bagaimana nak pujuk?


hai korang :))
sehat??
apa pasal mama buh tajuk cenggitu?
mama tengah merajuk skang ni tau.merajuk ngn papa la of coz.
takkan mama merajuk ngan zahra kot.tak feel langsung..hehe
korang pernah tak merajuk dengan suami/tunang/bofren korang?bohonglah kalo takde!!boleh percaya ke??
merajuk2 manja pun takde ke?hukhuk
mama ada gak sekali-sekala.tapi, merajuk bersebablah.tak kesahlah samada sebab yg munasabah atau tak.janji bersebab.hikhik
Mama rasa setiap pasangan mesti hadapi masalah cenggini.betul tak?"lidah tak boleh bohong" tau!!
ke kawan2 neh mmg tak suka majuk2 neh??rasa menyampah jek kalo merajuk2 neh.
mama ni suka jek merajuk, padahal nak harap papa pujuk, mmg takde lah.
papa bkn jenis manusia yang suka memujuk.
kalau mama merajuk ngn papa, mama malas nak tegur papa.papa boleh buat bodoh je tau!!
jgn harap nak mujuk.gerrammm!!!
Tak kiralah,  bila dah kahwin neh ataupun masa masih bertunang dulu atau masa berkapel
suka sgt merajuk.gedik! hikhik
Pada pendapatan mama yg tak berape byk neh, kalau tak merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tapikan, kalau pasangan korang merajuk. Apa yang korang buat?[buruknya lelaki merajuk!!!auuwww!!]
dan..kalau korang sendiri yg merajuk, apa suami/pasangan korang buat? [sharelah ngan mama.kasi api makin marak.muahaha]

Kenapa merajuk??
meh, mama kongsi apa sebab2 yg salu buat mama merajuk...antarannya...


1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa mama selalu merajuk.[cheh!bkn ensem mana pon laki hang tu.tu pon nk jeles!!].Mama rasa papa dah tak prihatin cam dolu2.[macamlah dolu papa prihatin sgttt!!haih] .Mama rasa papa lebihkan benda lain dari mama.mebi perasaan mama jek kot.hukhuk. Mama rasa cam papa lebihkan  kawan-kawan, kerja, keluarga dia dan sebagainya dr mama&zahra.haish~



2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Benda ni cam kurang logik sket.kdg2 mama leh merajuk kalau apa yg mama nak dari papa, tetapi papa tak tunaikan.alah, bkn benda besar pun, benda kecik2 jek. Sebagai contoh, mama nak sgt mkn western [kenapa pasal makanan pulak ni?nasiblah bukan pasal belacan.kihkihkih], tetapi papa ni tekak melayu jawa,nak gak mkn nasik. Jadi,mama pun merajuklah. Payah jugak ni.hehe


3. Orang lain lebih hebat dari mama
Ada masa tu, mama akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari papa.kalau bkn papa, siapa lagi??takkan ex-bofren pulak.haih!ni dah lari topik neh.hehe. Dan kadang2 tu, mama merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan mama rasa marah dan tidak selesa. pasal hal keje or whatever lah kan.konon2nya, tuk mengubat perasaan tu, mama perlukan papa tuk mendengar or sejukkan sikit hati mama, tapi...apa yg jadi???papa buat tak layan jek.hukhuk


Bagaimana nak pujuk??
kalaulah papa baca belog mama ni, mama nak sgt papa pujuk mama.huhuhu [tp, usah berharaplah.takde maknanya, appa nk pujuk.kalo mama tak pujuk diri sendiri, mmg xde lah apa nak berbaik ngn mama.macam papa pulak yg merajuk.huh!!]
mama bukan nak papa pujuk dengan bagi pezen or bunga [tp, kalo nak bagi, apa salahnya kan??dah dekat 4tahun tau xdpt bunya.huhu]
apa papa perlu buat??senang..mudah & menjimatkan...

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan  apa yang berlaku pada papa,apa yg appa rasa sebenarnya supaya mama paham. dan tanya pada mama kenapa mama merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan.At least, kalo papa bagitau hal sebenar, mama akn paham dan benti majuk. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini [cheh!ayat tak boleh blah!!], dapat mengeratkan perhubungan kerana dgn itu, papa tunjuk yg papa mengambil berat psl mama. Ini juga bermaksud papa menunjukkan bahawa papa menyayangi mama.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, papa haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya mama merajuk dan papa tak berjaya memujuk, gunakan gaya yang tersendiri dalam memujuk hati mama. bukan susah pun.mama bkn bangsa yg mengada terlebih,manja sikit2 jek.heee :D .Dengan ini, papa kelihatan bijak dalam membuat keputusan. [boleh papa???]


3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? kalo mama tengah merajuk tu, cuba papa bergurau senda dengan mama, dengan menggelarkan panggilan2 manja yg salu papa guna time kapel dulu,"gegel", “bucuk”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power papa dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang mama sebutkan tadi. tak ke kelakar??dan sehinggakan mama pun boleh tersengih time tulis neh.hehe ;)) [ececeh,gediks~]


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi mama tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak .[Sebenarnya, mama pun tak sanggup nak dengar.ngeh3].takde lah.at least, papa smskan bait lagu yg memberi makna ke.[tak perlulah sampai papa berkaraoke dalam phone.auwww!!].cthnya, lagu yg jd febret papa, "wahai kau cinta". Tak ke boleh buat mama senyum dan ketawa?.Dah pasti senyuman terukir di bibir.heee...mengada!!


okeh, dah!!ini cuma cadangan.kalolah papa buat cenggini.sumpah mama takmo merajuk dah!!!hikhik

jap..jap...
korang tahu tak, apa psebenarnya yg berlaku neh??
sebenarnya cenggini, meh mama story.
apa punca sampai mama buat entry merepek cenggini.
Isnin dan selasa lepas, papa ada training kat PD.
so, mama cakap kat papa, 
mama: "mama ikut sekali eyh??"
papa: "okeh.book lah bilik.papa stay kt Bayu Beach Resort"
makanya, mama gigihlah book bilik.dan dapat.
pagi Isnin tu, papa gi PD nek bas yg company sediakan.dan petang tu, mama drive dgn cik Zahra gi PD.
punyalah susah payah,k.. [patutnya papa beretrima kasih tau pd mama, sbb sanggup susah-payah demi nak berada disamping papa.tak terharu ke???]
sebelum pegi tu, papa call suh bawakkan joran.okeh, lah.sbg seorang isteri yg taat.mama gigih cari joran & kelengkapan memancing papa kt setor.[tak terharu ke,papa???kalo mama, dah nangis dah kalo papa sanggup buat smp cenggitu sekali]
sekali, masa OTW nak gi PD tu, mama sms papa bagitau yg mama dah otw.tp, NO reply.
bila dah sampai, mama call.NO aswer.
so, mama check in jek la. sbb dah lewat sgt.dekat kul 5 lebih.mama lom solat.
then, mama sms pulak nombor bilik mama.NO reply.
lepas mandi & solat.mama call lagi.NO answer.
mama sms, bagitau mama & zahra lapaw, so mintak izin nak keluar.NO reply.
so, ptg tu, zahra dah nangis2 ajak keluar.mama sms lagi.NO reply.call.NO answer.
aduh!!darah dah menggelegak neh.apesal training smp xbleh nak reply sms or answer call kan.
mama ajaklah zahra keluar gi the store,PD.nasib baek ada cik GARMIN tau.hukhuk
kul 7lebih blek bilik.mama terserempak opismet papa.
sbb geram ngan papa.mama tak layan pun kawan papa masa dlm lif tu.
blek bilik, solat dan terus ajak zahra keluar gi dinner.
masa nak keluar tu, terserempak dgn papa.
papa:"mama nak gi mana??"
mama: SENYAP.malas nak layan.
papa:"bkn papa takmo reply sms.henpon papa kena tahan ngn trainer"
mama: "ikut sukalah!!!" [masa ni, darah mencanak naik.dah tak tahan]
papa:" betul.x caya sudah!!" [padahal, opismet papa mmg dah explain td masa dlm lif]
mama terus tarik zahra dan keluar jek, tinggalkan papa.
yang buat mama marah.papa langsung tak explain.pendek kata, tak pujuklah. or at least,  ckplah sesuatu yg menyedapkan hati mama.
bile mama blah jek, papa pun terus blah.
mama harapkan, papa pujuk mama.tapi, LANGSUNG takde,bengangnya!!!
mulai saat itulah, mama tak tegur papa.Salah mama ke?korang sila jawap!!!
malam tu, papa balik bilik kami kul 2pagi.[ade ke patut???]
walaupon mama lom tidur, tp mama pura2 dah tidur.
papa cakap yg dia punya aktiviti smp kul 2 br abes.
mama pura2 tidur smp tertidur ke pagi.
bangun pagi tu, mama masih tegur lagi.[punyalah baik isteri kamu,wahai Md Zahari.merajuk pun masih tegur tau!!].siapkan baju dan keperluan papa lagi tau.
kami keluar gi breakfast sama2.
tapi, pas masuk training jek.benda ni berlaku lg.papa langsung tak peduli dah dgn kami.
langsung tak tanya, apa kami nak buat,kami nak mkn kat ne.nak mkn ape
bila mama dah merajuk.dah marah.
setan pun mulalah kaco mama.
mama sms papa, biasalah kalo tgh marah.mcm2 sms mama bagi.bagitau, papa tak pedulikan mama&zahra lah.
mcm2lah.
yg buat mama angin, hotel kena check out kul 12.30ptg.training papa abes kul 5ptg.
apa mama nak buat? mana mama nak pegi??aduh!!!boleh buat jiwa kacau kalo camtuh.
kul 2pm, baru papa sms.."ADA PAPA PAKSA MAMA IKUT????"
mak kau!!!macam kena sambar petir okeh.
air mata terus merembes.mama kan ciwek.nangis jek yg mama tahu.
bukan papa nak pujuk,malah makin sakitkan hati.
sudahnya, mama & zahra lepak tepi laut.nasiblah ada taman kt tepi laut tu.
sementara mama layan perasaan yg tgh amarah tu, Zahra leh main buaian & slide.hukhuk
kul 5, papa sms.bagitau dia da abes training.
mulai Selasa 06-04-2010 kul 2pm tu, mama TAKMO bercakap dgn papa lagi, sampai ke saat ini.
itulah al-kisahnya..huhuhu



love: mamazahra


Wednesday, 25 November 2009

Cemburu Buta atau Queen Control??

2 perumpamaan kat atas tuh adalah ditujukan khas tuk mama.

siapa yg tuju???

papa zahra lah, sape lagik.

patut ke papa cakap mama neh cemburu buta???

patut ke papa gelar mama queen control???

kalo QUEEN of da nite takpe lah jugakkan.hikhikhik


hanya kerana mama, isteri kepada papa cemburu marah papa gelarkan diri papa "abang" kepada 'rakan sekerja'nya.


mama tahu lah yg 'rakan sekerja'nya itu lebih muda dari papa.

dan mama pun tahu panggilan 'abang' itu sebagai tanda hormat.

tapi, mama pun lebih muda dari papa what???

kenape sejak berkawan lagi, papa tak gelar diri papa sbg 'abang' bile bercakap dengan mama??

kenapa perlu ber'saya' dan ber'awak' dengan mama???


alasan lagi.

memang dari mula 'rakan sekerja'nya masuk, terus panggil 'abang'?

jadi, kenape dari mula kenal mama, papa tak suruh mama panggil 'abang'??

jawablahh!!


dan kenapa, kawan sekerja yang lain, tak panggil papa 'abang'?

hanya panggil nama sahaja.


kenapa 'rakan sekerja' yang itu, panggil papa 'abang' dan papa gelarkan diri papa 'abang' bile bercakap dgn dia???


serius mama tak paham.

adakah mama memang cemburu buta???

atau adakah mama memang queen control???

sampai gelaran/panggilan papa kat tempat kerja pun mama nak amik tahu.


mama tak kisah, kalo gelaran 'abang' itu disambung terus dengan nama papa.

cthnya, abang zahari.

dan bukannya 'abang' sahaja.


tak tahu lah.

adakah mama yang cemburu buta atau 'rakan sekerja' itu yang terlebih menggatal.

ops.. terlebih "hormat"kan papa.


sakit lah telinga mama neh dengar.

bile papa bercakap camtuh bile dlm telefon.

bile mama ada depan mata, takde pulak 'rakan sekerja' tuh nak bercakap ngan papa.

langsung x keluar sepatah haram pun.

gerammmnya!!!!










love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!