Showing posts with label Raya Qorban 2010. Show all posts
Showing posts with label Raya Qorban 2010. Show all posts

Thursday, 18 November 2010

Raya Qorban 2010 adalah yang paling menyedihkan :(

korang dah baca kan entry NI. kalo kowang baca, nampak cam OK jek kan... nampak takde menda pun yg menyedihkan kan. kan?

tapi, korang baca tak plan baeekk punyee mama tuk raya korban tu??

 satu apa dari plan tu tak berlaku pun.
kami tak balik umah mertua...
kami tak pergi makan juadah raya kat umah kak ngah...
dan kami tak join pun BBQ raya yang kak lang buat....
huwwaaaaaa!!!!!
sepanjang hari kami dok kat umah jek, pakai baju raya beriya-iya tapi dok depan TV layan apa jek cerita yang ada. dan part yang paling menyedihkan.....
kami tak makan juadah raya pun.
mujurlah Andak hantar nasi himpit, rendang ayam pencen dan kuah kacang dipagi raya tu. hilanglah rasa pilu hati ni.
lunch pulak, kami makan maggie kari yang papa masak sbb mama mogok taknak masak.sedih tak sedih tak?
dinner lak papa masak nasi putih, goreng ayam dan masak cendawan.mama memang mogok takmo masak sbb mama punyalah beriya-iya nak makan ayam panggang kat umah kak lang.huhuhu
yang paling menyedihkan, Zahra dari pagi beriya-iya berbaju kurung dan ajak gi beraya. tapi papa dia buat dono jek.geram sgt2!!!!
udahnya, mama dan zahra layan TV dengan berbaju raya.hukhuk :(
gambar raya adalah takde walau sekeping pun.uuwwwaaaa!!!
kenapa jadik cenggini?
sebab.....


^


^


^


^


^


^


^




^




^





^




^




^
biarlah RAHSIA. masalah rumahtangga mana bleh citer kat orang...hikhik
dalam belog kena citer yang best2 jek, yang bahagia2 jek, yang gaduh-gaduh simpan dalam hati.hahaha
takde lah...
papa malas nak keluar katanya...nak rehat puas-puas. so, kami layankan aje.... walopon dalam hati, pilu sepilu pilunya...
mujurlah pagi ni mak bawak balik juadah raya dari umah Atam. hilang dah rasa sedih pilu..huhuhu




love: mamazahra ^__^

Tuesday, 16 November 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam...

..terutama sekali kepada Emak kesayangan mama, Puan Hajah Siti Fatimah Mansor...
tuk keluarga mama, adik-beradik, anak2 sedara, menantu sedara, cucu-cucu mama...
dan....tuk korang semua, kawan2 mama samada blogger ataupun bukan.
asalkan korang anggap mama kawan korang, ucapan ni tuk korang lah.hehe

ada ke ahli keluarga korang pergi tunaikan haji tahun ni? mak-bapak korang ke? adik-beradik? nenek?
keluarga mama takde yang pergi tahun ni.
tapi, parents kawan2 mama, suami Nor Azrifah my BFF...
harap mereka mendapat Haji yg mabrur...

teringat 10 tahun lepas, masa mak mama gi tunaikan Haji. itulah kali pertama mak jauh dari mama.
maksud mama mak yang pergi jauh, bukan mama. kalau mama tinggalkan mak dah banyak kali sebab mama mmg study kat arau masa matrik dulu. tapi, masa musim haji tu, itu lah kali pertama mak mama pergi jauh.
sedih sangat time tu...
dengan dapat berita mak ditahan kat Hospital sbb cuaca sejuk kat Minna, mak mama kan ada asthma, cuaca sejuk mmg buat mak lelah.
time tu, hanya Allah yg tahu betapa risaunya mama. mak tunaikan Haji dgn sepupu mak, Wak Leman dan isterinya, Wak Anah. yelah, ofkos Wak Leman tak dpt jaga mak kan kat sana.mmg risau.
bila mak call bagitau dia dah sehat, baru lega rasa hati kami kat Malaysia.

korang buat ke korban tahun ni?
mama tak buat lagi, insyaAllah ada rezeki tahun depan nak buat.
niat nak buat tu dah ada, cuma rezeki belum cukup lagi.
apa pengorbanan korang tuk tahun ni/sebelum ni?
samada berkorban masa, tenaga, wang ringgit atau nyawa?
berkorban tuk keluarga, agama atau bangsa?

mama setakat ni, belum pernah lagi. pengorbanan yang kecik-kecik ada lah.hehehe

apa menu raya korang?
mama tak masak pape pun.
tahun ni beraya kat umah mertua. malam kang baru nak ke sana. umah mertua mama bukan jauh mana pun, sekangkang kera jek dari umah mama ni. hehe
mak mama kat umah kak lang sekarang ni, since semalam lagi. esok plan nak ke umah kak lang jenguk mak. malam esok kak lang buat BBQ.bestnya!!!
pas maghrib kang, nak gi umah kak ngah makan ketupat kat sana.hehehe





love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!