Showing posts with label Cik Persona Non Grata. Show all posts
Showing posts with label Cik Persona Non Grata. Show all posts

Sunday, 31 October 2010

Tragedi Oktober

malang memang tak berbau.
kalo khamis, cik Persona nyaris-nyaris kena hentam dgn lori dari belakang masa otw balik rumah dari opis gara-gara ada seorang pembonceng motor yang tak reti nak ikat topi keledar dia baik-baik sampai terpelanting betul-betul depan cik Persona.mama nak elak pun tak boleh, sebab lori treler sikit punya laju, yang mama sempat buat,brek jek.mujur treler kat belakang tak hentam cik Persona. Allah masih sayangkan mama & baby dlm tummy.Alhamdulillah.

dan..sekali lagi, malang tak berbau..
Jumaat pas abes kerja terus menghala ke GM tuk bertemu nett.byk kali plan nak jupe, baru dpt jumpa.
pas jumpa nett, terus nak balik umah sebab tak solat Asar lagi.
masa keluar dari GM Klang tu, ada pulak kereta yang buat short cut tuk across ke bangunan sebelah kiri.
tak pasal-pasal mama langgar kereta dia.
mama memang tak sempat nak elak, hanya mampu brek sekuat hati sampai perut boleh cecah stereng.
mujur baby dlm tummy masih aktif bergerak.masyaAllah.punyalah takut...
inilah kereta yang tetiba melintang depan mama...


pemilik adalah chinese couple.
derang marah-marah salahkan mama, cakap mama bawak sikit punya laju.
masyaAllah, apalah kudrat seorang ibu mengandung nak bawak laju.
mama rasa, mama dah cukup berhati-hati. mama memang takut drive laju-laju ni. dan bukan tabiat mama, tuk drive laju-laju.
mama kan amatur lagi.lesen P pun baru jek abes March lepas.
mentang-mentanglah mereka berdua & naik pulak kereta besar, senang jek nak salahkan mama.
tapi, mama tetap cakap, derang tak sepatutnya across jalan tu.derang sepatutnya ikut jln yg betul, masuk depan GM buat u-turn kat roundabout kecik tu baru masuk kiri, bukan main ikut suka mana nak u-turn.

inilah keadaan kereta kami.ni mama dah undur sikit.
mama punyalah panik masa ni.
mama takut apa-apa yg buruk jadi pada cik Persona Non Grata kesayangan mama neh.

mujur luka-luka pada cik Persona sikit jek.



meh,. fokus sikit...

Alhamdulillah, cik Persona,mama & baby dlm tummy tak pape.
cuma Toyota cina tu kemek.
tp, memang bukan salah mama.huhuhu
memula cina tu mintak ganti-rugi sbb dia cakap mama salah.
so, mama call papa, papa cakap jangan bayar sbb dia yang salah.
so, amma cakap kat cina tu mama taknak bayar sbb amma tak salah.
so, dia cakap.kalo camtu dia nak report.so, mama ikut jek.
mama amik detail cina tu, nama,no phone, plat kereta.
papa suruh mama balik umah dulu, then baru gi report dgn papa.
masa mama sampai rumah. cina tu sms,
"Puan, minta maaf atas kemalangan tadi, saya akan repair kereta puan sekira ada celak atau rosak. sy tidak membuat report.ada apa2 pls call me.yang penting sekali, kita semua selamat.tq"
so, kami tak jadi report.
mama call dia, if mama dah repair cik Persona sok, mama akan call dia tuk claim.setel.
tapi, masa drive balik rumah dari GM tu, serius menggeletar kepala lutut. macam fobia pun ada.

malam tu, papa bawak gi makan.kononnya nak hilangkan gelabah ayam mama la.
makan kat Topoi Western, Restoren Wahieda.
serius memang tragedi oktober lah.
makanan hampeh sungguh.
mama rasa, kuah black pepper mama masak lagi sedap tau.

carrot susu tuk papa & tembikai tuk mama. air OK.
menu yg papa order pun, papa kata OK.tapi, knowing papa lah kan.dia mmg tak penah cakap makanan tak sedap.ekeke

grilled chicken paling hampeh mama pernah makan.
mama cuit 2,3 hiris terus tolak tepi. bagi papa rasa pulak.
pertama kali lah, papa cakap, makanan tak sedap.so, mmg betul-betul punya tak sedap lah ni.
tapi, mama peliklah...sikit punya ramai yg mkn kat situ order western.tekak derang dah kebal ke hape ntah.
yackks!!


love: mamazahra ^__^

Monday, 17 May 2010

mama accident :((


[gambar sekadar hiasan.cik Persona cedera sikit jek, tak teruk camni pun.Alhamdulillah]

...mama eksiden balik keje petang tadi.
ni semua gara-gara, memandu masa mata mengantuk.huhuhu
nasib baiklah tak teruk, kalau tak....
hanya Allah yg tahu.
mama rasa mama terlelap sesaat jek, tahu-tahu dah berdentum dengan bontot lori treler yg tgh tersadai kat tengah jalan akibat eksiden jugak.
ekceli, masa mama otw balik umah tadi, jalan mmg jem teruk.
slow jek.mama tatau pon ada eksiden kat lorong kiri tuh.
so, mama mmg follow slow jek.
ntah bile mama terlelap mama mmg tak perasan langsung.
mama sedar, bile kereta dah berdentum dgn lori tu.
masyaAllah, nasib lah mama sempat brek & tak laju.
ada lah kemek sikit pipi kiri cik Persona.huhuhu
sian cik Persona....
nasiblah takde pape yang siyes.
yang penting, mama tak alamai apa-apa kecederaan.
cuma bahagian ari-ari tuh sakit sikit.
abes laptop & beg keje berterabur kat seat belakang.
punyalah gabra pas eksiden tuh, mama langsung tak kuar kete.
reverse kete dan blah.tatau dah apa jadik kt cik Persona time tu.huhuhu
mama terus call papa dan bagitau kat papa.
papa suh benti tepi jalan & tgk keadaan cik Persona.
time tu mama dah nangis dah.huhuhu
so, mama benti gak kat tepi jalan & tengok.
sedihnya, cik Persona dah tak cun, dah berparut.hukhuk
takpe lah, yang penting tak kritikal keadaannya.
dan...mama bersyukur sgt, mama tak pape....

lepas ni, mama kena extra berhati2 dan jangan memandu ketika mengantuk.hukhuk


love: mamazahra ^__^

Monday, 15 March 2010

Hancur hatiku...

Ni cerita hari ahad 14-03-2010.
nak sangat apdet ahad gak, tapi almaklumlah seluruh kampung skang pakai wifi, so internet tersangatlah lembabsnya.paham2 sudaaaa....
berukben sangat tidak membantu.huhuhu
Ahad tu, syokk woo... bangun lambat.Lepas solat subuh membongkang lagi.papa sorang je yg jaga, tu pun sebab nak main facebook zynga poker.papa sekarang sedang ketagih main game tu.lantaklah..janji papa bahagiaaa....hehe
mama dengn zahra bergolek atas tilam sampai matahari tegak.hahaha
sangat tak senonoh kan??
sekali-sekala...bukan selalu dapat peluang camni...
kalau papa tak kejutkan ajak keluar gi "brunch", memang masih lena diulit intanlah mama agaknya.hehe
oleh kerana skip breakfast, teruslah lunch kat Solero Bistro.
menu sarapan pun dah langsai, menu tengahari yang ada.belasah lah..
brunch pun brunchlah, janji tak payah masak.muahaha
inilah keadaannya di Solero Bistro Jln Kapar dalam kul 10.30pg..
ramai gak yang brunch, bukan kami je tau.hikhik
budak kecik ni dah merengek2.. "nak nasik..nak nasik.."
dia ni memang kompom "anak jawa", tekak dia nak makan nasi je, tak kira waktu.huhuhu
roti canai ke roti bakar ke, memang tak dipandangnya walau sebelah mata.
Selepas enak mentekadarah.sampai bibir mama jadi bibir Angelina Jolie gara2 makan gulai cili api yang memang power, kami ke carwash tuk memanjakan cik Persona.
dah naik berdaki dah badan cik Persona.so, kami kasi cik Persona bermanja2 dengan mamat2 dari India tuh.hikhik
kami menunggu dengan setianya cik Persona dimanja2..hehe
Balik dari carwash, sempat layan TV dulu.kul 1, gerak gi wedding Adlee& pasangannya kat Taman Cempakasari, Bt 4 Jln Kapar.
dengarnya siap masuk paper lagi.Wedding 1Malaysia.Pak Najib yg rasmikan.Kalau nak baca lanjut pasal wedding Adlee klik SINI. Adlee ni bkn sape2 pun, anak Ketua UMNO bahagian Kapar je.Persandingan Adlee dengan 3pasangan lain.Pengantin terdiri daripada dua pasang pengantin Melayu, sepasang pengantin Cina dan sepasang pengantin India.
Gambar sepanjang kat kenduri tak amik pun sebab Adlee tengah bersiap masa kami datang tu.
So, lepas makan terus kami balik.
Balik dari wedding Adlee tu, papa ajak gi nonton Alice in Wonderland kat GSC, Summit.
Papa dpt tiket free dr HSBC.
so, mama dah siap2 bawak jeans & t-shirt.malaslah nak berbaju kurung masuk panggung.
hati berbunga riang nak gi nonton movie...
lagi2, dengan cinta hati saya..hehe
sampai tertidur anak dara saya..sian dia
tetapi...hancur hatiku...
full house dah cerita Alice in Wonderland kat Summit.mama ajak papa gi OU or MV sbb ada gak GSC kt sana.
tapi, papa takmo.takut jalan jammed dan takde parking.
so, kami balik je lah.
lagipun belum solat zuhur lagi.
Hancur hati sebab tak dapat nonton..huhuhu.tapi, papa janji nak gi Isnin.yeay!!!
pssst: Serius kecewa....dahlah Summit sangat tak terurus.dah 5tahun mama tak pergi The Summit.langsung tak bagus meintenance kat sana.teruk gila.betul tak?

love: mamazahra

Monday, 30 November 2009

Cik Persona ke Klinik

Sabtu, kami takde aktiviti pape.
so, melepak saje kt umah.
nak kuar gi bekfes pun malas.
so, bekfes ape jek yg ada.
pastuh, gigih tlg papa kemas umah.
mama cuma cuci pinggan, basuh baju & susun barang.
bab sapu & mop lantai, sidai baju & buang sampah adalah rutin papa.
zahra???tolong buat sepah.huhuhu
bile lah anak dara mama neh nak tlg mama kan???
[sungguh kejam mama zahra, anak dara masih kecik pun nak suh buat kerja rumah.huhu]

[sangat sonok buat sepah :P ]

pas zohor, kami kuar bawak Cik Persona Non Grata gi klinik.
patutnya, bulan lepas lagik dah kena bawak.
tapi, sebab kedaan poket yg kurang mengizinkan.
maka, baru Sabtu lepas dpt bawak.huhu
sian Cik Persona.



..Aku bukannya SUPERMAN..aku bukan jugak SUPARMAN..hikhik
papa yg pasan seperti superman memerhati Cik Persona kena rawat.hahaha
[jangan marah papa eyh???..tapikan, mama suka sgt papa pakai baju neh.sbb papa nmpk spt seorang HERO tuk mama & Zahra..hikhik.chit!!!jiwang 18 karat tul! ]

siyes suka sgt appa baju neh.sbb mama yg beli baju neh mase 2nd Anniversary kami last year.
baju murah jek.
beli kt kedai Superhero kt Pyramid.



mama dan zahra...


mama & zahra lagik.
kali neh, papa yg snap.

[keadaan Klinik Cik Persona...Bluepoint -Proton Service Centre ]

tuk menu dinner kami malam minggu minggu tuh, sup lembu korban.

agak kureng sbb xde sambal kicap.
takde stok cili padi dlm peti ais.
nak gi petik kt laman, sgt malas.


pas mentekedarah, haruslah tidur kan.
tak habes pun tgk cerekarama mlm tuh sbb appa dah ajak masuk tidur.
apa kesudahan nya eyh???


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!