Showing posts with label Jemputan Kawen. Show all posts
Showing posts with label Jemputan Kawen. Show all posts

Monday, 13 December 2010

Sendat dan Padat

apa yang sendat tu??apa yg padat??
wow!!bunyi cam sexy jek kan.hikhik
sendat + padat = puas
dah..dah...jangan pikir ke lain...
sebenarnya..

^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


aktiviti hujung minggu kami yang sendat dan padat lah.
letih+mengantuk+sakit badan.hukhuk
but, sangat puas hati sebab dapat apa yang dihajati.hehe


ye, menonton...
The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
setelah pelbagai halangan melanda.ececeh

ekceli, Jumaat malam Sabtu dah plan ngan papa nak tgk movie.
mama nak tengok The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader, tapi papa beriya-iya
nak tgk Harry Potter 7..

kul 8 lebih kami sampai kat TGV bukit raja, Q sikit punya panjang sbb TGV buat renovation, so hanya 2 kaunter bukak.1 kaunter tuk booking online, dah 1 kaunter tuk walk in.
bile tengok Q panjang, takut penat je Q pastu sold out plak. ye lah, screen tunjuk status seat pun takde.derang tampal A4 paper jek tuk tunjuk show time & status.
takut penat Q sampai berpeluh ketiak, tapi frust akhirnya...so, kami buat keputusan cancel jek movie.huhuhu
pas makan prosperity burger kat McD & cari bahan bacaan kat MPH.terus blah. tu pun sebab Zahra dah start mengaruk.terjerit terlolong kat MPH.huhu
so, niat tuk nonton movie disambung ke malam minggu.

Sabtu, kami cuma bermalas-malasan kat rumah. bangun kul 10 pagi. bekfes pun papa yang buat, maggie kari spesel. lunch plak masak sepesel sikit sebab anak sedara mama datang. so, mak request masak ketam masak cili & telur.
sangat selera makan tengahari tu sbb makan secara jemaah dengan kakak & anak-anak sedara sekali.
petang pulak, percubaan pertama buat kuih kasuwi. warna kurang memberangsangkan sbb guna gula melaka. tapi, lembut jek kuih tu. mak dan kawan-kawan pun cakap, rahsia tuk dapat kaler yg cantik tuk kuih kasuwi adalah KICAP. next time, mama try lagi lah.hehe
mama buat seloyang kuih kasuwi tu, makan tuk minum petang plus bekfes pagi Ahad. 2 in 1 :P

okeh, malam minggu tu plan nak nonton movie diteruskan.
kebetulan, anak sedara mama, Ain nak join sekaki. Lepas gi wedding kawan sekampung papa, Kamal mama gi TGV bukit raja tuk beli tiket movie dengan Ain. Papa lak gi rewang umah sepupu papa dengan Zahra.
Lepas beli tiket Narnia, terus balik umah. lepak-lepak tengok TV ngan Ain, sementara tunggu papa & Zahra balik.
kul 11.30mlm baru keluar gi midnite movie.sangat PUAS HATI.
terimbau balik kenangan tengok Narnia few years ago. time tu, papa dan mama belum kawen. kami tengok midnite movie secara jemaah beramai-ramai dengan kawan-kawan papa. time tu, status mama & papa..HANYA KAWAN.ececeh...

lepas tgk movie, terus balik umah & tidur sampai tak ingat dunia.hahaha
mujur pagi boleh bangun subuh, kalau tak ada yang subuh gajah gamaknya.hikhik
6.45pagi, dah dapat sms dari Andak. mintak khidmat mekap dari mama. layankan aje.
niat hati nak sambung tidur lepas subuh terbatal. mekap kan Andak sebab dia nak gi wedding anak mak angkat dia.
mama ni bukanlah pakar, tapi memang suka mekapkan orang.hehehe
gambar memang nan ado. so, tak dapek nak bubuh kat sini. esok-esok kalo dah ada camera mama tepek gambar hasil air tangan mama eyh...

kul 9pagi tadi sampai ke pukul 1.30tghari, rewang umah bibik papa. sepupu papa kawen, Eila & Tapa. moga kekal ke akhir hayat lah jodoh derang ni.
dan, sepatutnya hari ni mama kena attend wedding coursemate mama masa zaman buat degree kat UiTM shah alam dulu, Ashraf Tawadzo tapi mama tak dapek nak gi sbb rewang umah bibik papa dan kena attend wedding umah mak angkat Andak.
bukan takmo attend wedding Ashraf, tapi sebab Ashraf pun jemput tru FB dan mama cuma sempat jengah pagi tadi dan dah plan lain, so tak dapek lah. sowi Ashraf eyh.. "moga awak kekal bahagia dengan pasangan awak lah eyh..."
rasa bersalah gak lah tak attend wedding Ashraf sebab teringat zaman UiTM dulu. mama keraplah "keluar" dengan Ashraf ni,kire rapat lah.kami rajin gi nonton movie lah, kuar shopping lah, kuar jogging lah dan banyak lagi lah.
bak kata Sarah, masa mama call tanya dia, samada dia attend tak wedding Ashraf hari ni.. "ko patut pergi norly oii, dia kan "EX" teman tapi mesra ko!!!aku tak bape rapat ngan dia, tak pergi pun tak pe...". pandai ko sarah eyh...statement ko sangat tak bleh blah tau. kalo bini dia baca, kompom terbeliak bijik mata dia.hahaha

sekali lagi, "Sorry Ashraf eyh...Selamat Pengantin Baru tuk Awak!!!"

balik dari attend wedding mak angkat Andak, terus singgah umah Andak tengok abang ipar mama yang jatuh motor Jumaat lepas. sian Andak Awie, luka-luka. mujur tak teruk.

balik dari umah Andak jek, layan tidur 3 beranak sampai mama tak dapat temankan papa gi reunion futsal ngan schoolmate dia. padahal dah janji nak teman papa, tapi sebab keletihan plus kepenatan, yang kononnya rewang padahal dok layan Zahra jek sbb tak larat nak buat keje dengan peyut terboyot neh,  sampai tak larat nak bangun kul 4lebih tu, papa gi sorang jek reunion futsal tu. mama ngan Zahra sambung tidur sampai kul 5.heeee :D

kebetulan pulak, kul 5 tu Atam mama singgah umah lepas balik attend wedding kat umah mak angkat Andak. pe lagi, kalo dah kumpul adik-beradik kan. aktiviti wajib adalah makan-makan & borak-borak. kami makan mempelam muda petik depan umah makan cicah dengan kuah rojak. beli jek kuah rojak buah tu, RM2.90 jek.sedap hingga menjilat jari. sampai pedih perut mama sebab bedal banyak sangat mempelam muda. masam-masam pun, sedap!!!pehhhh... telan liur lagi.hehe.sok lusa leh sambung makan mempelam lagi, selagi tak habis atas pokok tu.hikhik

Aktiviti wiken yang sendat dan padat ni, buat mama letih & sakit badan.
papa dan Zahra dah lama hanyut, lena duilit mimpi.
walopon letih, tetap semangat berkobar nak update belog yang tak berupdate berkurun lama ni.ekeke

OK, babai.mau titun dulu.sok update lagi kalo rajin  :)








love: mamazahra ^__^

Saturday, 4 December 2010

Kenduri Situ Sana Sini

musim cuti sekolah, adalah musim kenduri-kendara.
sedara-mara, jiran-tetangga, kawan-kawan memasing berlumba-lumba buat kenduri.
kenduri berkhatan, kenduri aqiqah dan cukur jambul dan kenduri kawen mmg sinonim dgn cuti sekolah kan. tu belum undang hari jadi lah...house warming lah..hehehe
tiap kali wiken, paling sikit mama dapat undangan 2 atau 3 undangan. ada tu, sampai 7 atau 8 undangan.
sampai tak terlarat nak penuhi. dari yang dekat sampai yang jauh. macam-macam ada.hikhik
ye lah, masa yg ada tu sikit sangat. so, mama memang pilih-pilih lah mana nak pergi. dengan keadaan diri yang tak berapa nak mengizinkan ni.mana yang mama tak dapat gi tu, janganlah berkecik ati ye. dan jangan pulak serik nak jemput lagi.
kalo ikutkan hati, memang nak pergi semua sekali.tapi...tak dapat nak elak. nak tak nak, ada yang terpaksa tak penuhi.
pape hal, jom kite layan gambar-gambar mama gi kenduri kawen.tapi cambiasa lah, gambar dalam kereta jek yg ada. gambar kat umah kenduri, memang tak sempat nak ambik.terkejar-kejar.
ni gambar mama+zahra masa gi kenduri BFF papa, Babang..
dan..kenduri kawen adik opismet mama...
kami lagi..

kalo gi kenduri, orang paling eksaited nak pergi adalah cik Zahra...
sbb dia eksaited nak dapat goodie bag.
kalo tuan rumah bagi goodie bag, dia mesti nak jinjing goodie bag tu, berat pun berat lah.tapi dia nak gak jinjing. kalo tak, MERAUNG...nyampah..

okeh..ni goodie bag wedding Babang..

bunga telur dan goodies..

apa isi dalam???
mineral water, gelas comel kiut-miut dan cekelat.
uish, Zahra excited anget. lagi-lagi ada cekelat kan..hehe

dan..ini plak goodie bag dari umah Anis..wedding adik dia..
tema..kuning keemasan :)

isi dalam??

kuih bahulu, jelly & gula-gula dan face towel.
sampai rumah jek, kuih bahulu tu Zahra langsaikan. makan cicah ngan air. hehe

kalo tak silap, kenduri Babang dan adik Anis ni 2 minggu lepas lah.
ada 2 lagi undangan mama tak dapt penuhi. kenduri aqiqah baby kawan mama.. sowi sgt2 wani eyh!!

last week plak, Sabtu kenduri kawen abang opismet papa, Hajar kat Meru.

ni dia, muka orang tak larat nak gi kenduri.hehe

Ahad lepas plak, sepupu mama buat kenduri khatan anak dia kat Kg Delek. kami gi beramai-ramai. gambar nan ado sbb mama kocoh-kocoh bersiap sampai tertinggal henpon.haha

minggu ni pun banyak undangan mama terima.
start dari malam ni, majlis hari jadi anak sedara mama, Suzi Erra Irdania, anak bongsu kak ngah mama. hadiah besday tak cari lagi neh.alahai...
esok plak, kenduri khatan jiran selang berapa rumah. kawan sekampung kawen, Ipin. sepupu belah mak pun ada yg buat kenduri gak. anak sepupu mak pun buat kenduri kawen anak dia kat Seremban & banyak lagi lah. ada lebih 4 undangan minggu ni. mebi, ada yang tak dapat nak penuhi.huhuhu
ada gak, kawan-kawan yang jemput thru FB. maaf kalo mama tak dapat penuhi undangan ye!!!

p/s: tujuan buat entry ni bukan apa, dah alang-alang amik gambar kan.tepek jek la..hikhik



love: mamazahra ^__^

Thursday, 10 June 2010

My Boyfriend's Wedding

Ni cerita Sabtu lepas, 05-06-2010.
mama attend wedding kawan seUiTM dulu.
memula ke Batu caves tuk attend wedding Raie & hubby dia.
sowi, gambaw x amik pun sbb mama tak bape rapat ngn raie masa study dulu.
just kawan sekelas jek, tak rapat sgt.
sbb raei dah jemputlah, wajiblah penuhi jemputan dia kan.

ekceli, dah plan nak konvoi ngn kawan2 lain tuk ke wedding my bff, Elias Shahril a.k.a Kasem bin Elias Zaar dan pasangannya, jugak kawan sekelas mama, Hazwani Zainal Abidin.
Ekceli, kasem ni antara kawan lelaki yg mama rapat masa study kat UiTM, Shah Alam dulu.
masa 1st semester sampailah semester 6, kasem ni bercinta dgn roomate mama, ni cerita lama.
dan, masa kami praktikal.Kasem ni putus dgn roomate mama, time tu pun mama baru jek putus dgn Mr.Ex.
bila masuk final semester, kami jadik rapat mungkin sbb kami senasib.wakaka

tapi, pendek kata sbb kami ni boleh "geng"lah, sbb tu bleh rapat. mama panggil kasem ni TAPER dan kasem pun panggil mama cenggitu.hahahaha
lekat ko sampai skang.hampehh!

setelah lebih 4tahun berkapel, akhirnya kawen gak Taper & Catcibo (panggilan tuk wani).
mama harap mereka akan kekal bahagia hingga hujung nyawa.

alamak!!blurr ah plak...
sekali lagi...
baru cun!!!
[berdiri dari kanan: Liza&baby, Edy,Waheeda&family]
[[duduk dari kanan: Yani sayang, Taper & Catcibo, Sarah]
gambar mama kat kamera derang.huhuhu

"Taper!!!aku harap sangat ko akan bahagia dgn catcibo!!!cepat2 lahirkan Taper Jr."

sonok sangat dapat attend wedding kengkawan neh, dapatlah berjumpa semula budak sekelas.
windu sgt dgn derang semua.
Sabtu tu dapat jumpa, Sarah my bff, Farah&hubby, Waheeda&family [waheed pun tgh peknen 2nd baby.Tahniah dear!!!], Eddy&family, Sherry & family [jugak tgh peknen 2nd baby.congrate!!!], Sazz yg dtg solo tanpa hubby & raiq [dengarnya, Sazz pun tgh preggy.tahniah!!] , Qimy, Loqman, Kamil & wife yg bakal lahirkan kamil jr. dan Yani sayang(my best sis ever!!!]

pasneh, wedding sapa pulak eyh???
hope dpt jumpa kawan2 yg lain!!!

love: mamazahra ^__^

Monday, 15 March 2010

Hancur hatiku...

Ni cerita hari ahad 14-03-2010.
nak sangat apdet ahad gak, tapi almaklumlah seluruh kampung skang pakai wifi, so internet tersangatlah lembabsnya.paham2 sudaaaa....
berukben sangat tidak membantu.huhuhu
Ahad tu, syokk woo... bangun lambat.Lepas solat subuh membongkang lagi.papa sorang je yg jaga, tu pun sebab nak main facebook zynga poker.papa sekarang sedang ketagih main game tu.lantaklah..janji papa bahagiaaa....hehe
mama dengn zahra bergolek atas tilam sampai matahari tegak.hahaha
sangat tak senonoh kan??
sekali-sekala...bukan selalu dapat peluang camni...
kalau papa tak kejutkan ajak keluar gi "brunch", memang masih lena diulit intanlah mama agaknya.hehe
oleh kerana skip breakfast, teruslah lunch kat Solero Bistro.
menu sarapan pun dah langsai, menu tengahari yang ada.belasah lah..
brunch pun brunchlah, janji tak payah masak.muahaha
inilah keadaannya di Solero Bistro Jln Kapar dalam kul 10.30pg..
ramai gak yang brunch, bukan kami je tau.hikhik
budak kecik ni dah merengek2.. "nak nasik..nak nasik.."
dia ni memang kompom "anak jawa", tekak dia nak makan nasi je, tak kira waktu.huhuhu
roti canai ke roti bakar ke, memang tak dipandangnya walau sebelah mata.
Selepas enak mentekadarah.sampai bibir mama jadi bibir Angelina Jolie gara2 makan gulai cili api yang memang power, kami ke carwash tuk memanjakan cik Persona.
dah naik berdaki dah badan cik Persona.so, kami kasi cik Persona bermanja2 dengan mamat2 dari India tuh.hikhik
kami menunggu dengan setianya cik Persona dimanja2..hehe
Balik dari carwash, sempat layan TV dulu.kul 1, gerak gi wedding Adlee& pasangannya kat Taman Cempakasari, Bt 4 Jln Kapar.
dengarnya siap masuk paper lagi.Wedding 1Malaysia.Pak Najib yg rasmikan.Kalau nak baca lanjut pasal wedding Adlee klik SINI. Adlee ni bkn sape2 pun, anak Ketua UMNO bahagian Kapar je.Persandingan Adlee dengan 3pasangan lain.Pengantin terdiri daripada dua pasang pengantin Melayu, sepasang pengantin Cina dan sepasang pengantin India.
Gambar sepanjang kat kenduri tak amik pun sebab Adlee tengah bersiap masa kami datang tu.
So, lepas makan terus kami balik.
Balik dari wedding Adlee tu, papa ajak gi nonton Alice in Wonderland kat GSC, Summit.
Papa dpt tiket free dr HSBC.
so, mama dah siap2 bawak jeans & t-shirt.malaslah nak berbaju kurung masuk panggung.
hati berbunga riang nak gi nonton movie...
lagi2, dengan cinta hati saya..hehe
sampai tertidur anak dara saya..sian dia
tetapi...hancur hatiku...
full house dah cerita Alice in Wonderland kat Summit.mama ajak papa gi OU or MV sbb ada gak GSC kt sana.
tapi, papa takmo.takut jalan jammed dan takde parking.
so, kami balik je lah.
lagipun belum solat zuhur lagi.
Hancur hati sebab tak dapat nonton..huhuhu.tapi, papa janji nak gi Isnin.yeay!!!
pssst: Serius kecewa....dahlah Summit sangat tak terurus.dah 5tahun mama tak pergi The Summit.langsung tak bagus meintenance kat sana.teruk gila.betul tak?

love: mamazahra

Tuesday, 29 December 2009

Percutian Keluarga

ececeh, tajuk bikin gempak jek.
bukan bercuti-cuti mesia pun.
tapi, percutian bersama keluarga.
bunyi cam bercuti ke luar negara or negeri,padahal nun ke hulu langat saje.hehe
ini adalah destinasi wajib bagi kami sekeluarga, Keluarga Pn. Hjh Siti Fatimah Al-Mansor.
tetiap tahun, memang Hutan Rekreasi Sg. Congkak ni mesti kami jejak.
at least camping 1 malam kat sana.
dan, tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas gak.
kami stay kat challet Sg Congkak neh jugak.
ekceli, plan asal kami nak bercuti di PD.
tapi, malangnya.
banyak halangan.
menantu kak lang terpaksa kerja hari Sabtu tu lah dan yang paling malang, mama tak dapat booking apartment tuk kami.
maklumlah, cuti sekolah + cuti xmas kan.
so, Sg Congkak lah destinasi yang kami pilih.
dekat dan murah.haha
cuma kali ni, kami tak dapat book challet yang proper.
mama booked tru phone jek.
bile sampai sana pagi Jumaat nan indah tu, challet semua dah fully-booked.
derang bagi pada yang walk-in.hukhuk
geramnya pada Pak Yob Challet tuh.
Jumaat, 25-12-2009 kami bertolak seawal 7pg ke Sg Congkak.
kul 8pg dah sampai.
olehkerana challet yg kami booked telah diberi pada orang lain.
maka, kami redah cari challet yang kosong.
Alhamdulillah.ada gak rezeki kami.
walopon challet tuh tidak sebaik challet Pak Yob.
Tapi cukuplah tuk kami tukar baju dan solat.
sebab kami prefer tidur kat khemah jek.
dah namanya camping kan..
lepas check-in jek.
wah!dah cam hotel pulak.wakaka
kami keluarkan segala bekal yang dibawak.
mama bawak nugget & fries jek.simple dan sedap.
my sis,Eja bawak nasi putih & ayam masak kicap.
Andak Nora bawak nasi goreng & hati ayam masak pedas.
Kak Ngah bawak nasi himpit, ayam rendang, sambal jawa & ulam.
mabeles!
Kak Lang sampai lewat sikit, kul 9.
Kak Lang adalah sponsor terbesar bekalan makanan.
lagipun, set BBQ Kak Lang marinate.
kami bagi sumbangan duit jek.hehe
pas makan, terus terjun.hehe
itulah masa yang dinanti-nanti kanak-kanan rebina semua.
termasuk mak-mak rebina ye.hehe


dari kiri: fiya,cucu sulungku,Auni & anak sedara Abg Ngah,Mirul


papa,Zahra & nenek Mah..my mak tersayang


mereka lagi...


dan lagi...


tuan punya belog yang perasan cantik
kat belakang tu..Auni

2 oarang penting dalam hidupku...


mak...papa & zahra ..auni


anak-anak buah mama....erra irdania, haziQ & haikal


yg botak tu,Abg Ngah..dan anaknya,Nenny.cucu Abg Ngah, Aaron Danish..yg baju putih, anak sedara bang ngah, mirul


Lepas semua lelaki-lelaki gi solat Jumaat kat masjid berhampiran,
kami semua bersiap sedia tuk acara BBQ malam tu.
dan ada perkara sadis tau terjadi.
apa dia???
nak tahu???
kami kekurangan space tuk tidur.huhu
khemah yang ada tak cukup nak tampung kuantiti oarang yang ada sebab semua badan kus mangat.hikhik
maka, papa terpaksa gi beli 2 bijik khemah lagi kat Econsave dekat Masterskill tuh.
jauh gak dari tapak perkemahan kami.
tak pelah, yang penting semua leh tidur nyenyak selepas acara memenuhkan pewot.hikhik

sowi ah terpaksa bubuh gambar neh.
kalo lah Endek Eja @ ibuzahra tahu mama masukkan gambar ni, sure mama kene sekeh ngan dia.hikhik
sebab dia kata, dia malu pakai anak tudng jek.haha

macam raya pulak kan???
siap ada pelita..
pelita tuh papa beli kat econsave.
nak harapkan lampu gasoline yg tauke challet tu provide memang bergelaplah kami malam tu..
menu acara BBQ..satay ayam, kepak & ayam black pepper & sosej panggang.
pastu, kul 9 lebih, anak sedara mama, Nenny masak maggie lak.
makan lagi.
pastu kul 10 pulak, Abg Ngah wat cekodok bawang.
peh!sedap gile.cicah plak ngan sambal jawa yang kak ngah masak.
pastu, kul 11 lebih memaseng dah masuk khemah.hehe
mengantuk sebab kekenyangan.
kul 3 lebih memaseng dah bangun, masak maggie dan makan lagi.
mama, papa & Zahra lena sampai pagi.haha
sejuk weyh, tidur kat hutan.
lagi-lagi dengar bunyi air terjun, memang lena lah.
tapi, kul 5 lebih papa dah bangun, gi bilik air.kesejukan.hehe
mama bangun tuk solat subuh.
pastu terus gigih wat bekfes.
kak lang masak bihun goreng, abg ngah masak cekodok ikan bilis dan mama wat roti bakar.hehe
yang senang jek keje mama.
ops, mama gak yang bancuh air tau.nak jugak rasa diri tu rajin!!!hehe
setelah mencekik, tukar baju mandi..sambung asek makan, mandi,pastu makan lagi, mandi lagi.hehe
kul 10 mama dah bersiap nak balik Klang sbb nak gi wedding pak sedara papa.
family yang lain stay sampai kul 12.
rasa tak puas mandi.hehe
nak buek camno!!terpaksa gak gi..hehe
[kalo sedara papa jek, mulalah rasa terpaksa, cuba sedara seniri, rela hati nak pegi.hehe
kejam sungguh!]
Pak Sedara papa yang kawen neh, Paman Izam.
Paman Izam neh, anak Atuk Talib, bapak sedara FIL.
Paman Izam kawen ngn Bik Intan, org Sijangkang.
kami dari Sg Congkak terus ke rumah pengantin perempuan...
sedang menunggu pengantin bersiap tuk bersanding....

3 of us...hope akan terus kekal bahagia .amin :)


kul 12.30, Pengantin Bersanding.

tema pengantin putih & hijau.
simple but nice :)

pintu gerbang yang simple


inilah pengantin.
semoga Paman Izam berbahagia bersama pasangannya.
walopon Paman Izam lambat bertemu jodohnya, harap ia akan kekal hingga hujung nyawa.amin.

kami balik awal sikit.
tak sempat nak bergambar ngan pengantin pun.
sebabnya...
budak tecik kat tengah tuh, dah buat hal.
dia berlari & terjatuh bergolek-golek atas tanah.
menangis cam dah tercabut gigi.
geram jek.
langsung tak reti dok diam.

3 of us...
sebelah malam, gi wedding sepupu mama pulak, Izam & Nurul.
ni dekat jek.
sowi lah, tak dapat rewang umah kowang sebab kami bercuti-cuti mesia.hehe
agaknya, memang musim orang nama Izam kawenlah.hehe
mereka yang nama Izam pakat kawen sekali.muahaha
moga Izam & Nurul bahagia gak...

Ahad pulak, mama takde aktiviti sangat.
papa pagi-pagi dah kuar gi main futsal.
papa ada tournament.
papa masak maggie sup tuk sarapan before gi main futsal.
papa kejut mama bangun tidur tuk bekfes sesama.
kali ni mama tak ikut papa.
badan sakit-sakit sebab swimming beriye sangat.haha

kul 11pg, mama kuar gi K4 ngan ibuzahra.
carik ketam.
papa request nak makan kari ketam.
maka, sebagai isteri yang mithali,mama turutkan je.hehe
papa balik lunch & pegi lagi main futsal.
gigih sungguh laki haku neh..hehe

kul 2lebih baru papa balik.
siap dah kendong basikal baru tuk cik Zahra.
sukalah budak tuh.
tersengih-sengih naik beskal baru.kaler pink lagi.
papa memang dah janji,kalo bonus masuk jek nak belikan beskal tuk cik Zahra sbb beskal lama dah patah dua.huhu
kiranya, hadiah anniversary tuk buah cinta kami la..
apa hadiah mama tuk Zahra???
tungguuuu!!!!
mama lom beli lagi.haha

lawa tak beskal Zahra???
murah jek..RM85.
papa beli kat kedai beskal kat pekan Rantau Panjang.



p/s: wiken yang sangat hectic.papa jadik mangsa jadik tukang urut.haha

love: mamazahra =)

Monday, 7 December 2009

Shukri's Wedding at Sg. Besar

Ahad,6-Dec-2009
kul 10 pagi kami dah kuar umah.
tuk gi attend wedding ex-housemate papa, Shukri.
derang dok serumah masa zaman study kt IPB dulu.
sebelum gerak ke Sg. Besar, kami singgah carwash dulu.
kasi Cik Persona cun sikit.
comot sangat.hehehe
then, gi brunch kt Pekan Kapar.
terus drive straight ke Sg. Besar.
kul 1.30 baru sampai umah pengantin.
itu pun tersesat-barat bagai.
peta yg kami save blurr.
lagipun, address pengantin tak berapa complete.
takde nama jalan.huhu
gambar otw ke Sg. Besar
cik Zahra as usual tak boleh dok diam dlm kete

mama as usual, self-snap.hikhik
menggedik sungguh!
papa pun tak larat nak layan.wakaka


sudahnya, cik Zahra dah tertidur.
jauh perjalanan kan.
org lain dah biasa balik kampung.
we ol kampung sekangkang kera jek kan.ngeh3


sampai jek, terus makan


mama tak leh amkan, ada ulser mulut.huhuhu

umah Pengantin..



kenangan bersama pengantin :)
moga kasih Shukri & pasangannya kekal hingga ke akhir hayat
otw balik klang, kami yang jakun nampak sawah padi.
berhenti tepi bendang tuk buat video clip.wakakak
jakun sungguh!

papa & zahra


mama & zahra




mama ni mmg jakun pada pemandangan sawah padi.
1st time tgk sawah padi, kat Muzium padi Langkawi tahun 2007.
ni 2nd time tau :)
tu yg jakun semacam.ngeh3


cantekk kan??


damai jek :)



sampai mama suarakan kat papa cadangan gila
mama:"pa, cantek,kan???"
papa:"a'ah..tenang jek"
mama: "kan best kalo kampung kita kt sini kan??"
papa: "kehkehkeh" [gelak jek]
mama:"pa, suh ar family papa pindah sini, beli tanah kt sini.br best balik kampung"
gila sungguh!
wakakaka..
boleh pulak idea bengong tu terkeluar dari pale hotak mama yg geliga neh.hikhik



sapa ada kampung kat area tanjung karang????angkat tangan!!
kami nak tumpang balik kampung kowang, boleh???

love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!