Showing posts with label Besday Celebration. Show all posts
Showing posts with label Besday Celebration. Show all posts

Tuesday, 22 October 2013

Happy 6th Birthday Nur Dhia Zahra

Assalamualaikum semua; )

Hari ni , 22hb Oktober 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran puteri kesayangan mama, Nur Dhia Zahra binti Md Zahari.

She is turning 6 today. Yeayyyy!!! 22102007- 22102013. 6 tahun kamu dah bersama mama.  Sekejapan masa berlalu. Rasanya baru je mama lahirkan zahra, saksikan senyum pertama Zahra bila mama panggil nama kamu, gigi pertama kamu tumbuh, lihat Zahra menapak dan berjalan, menyebut nama mama buat pertama kalinya. Berlari. Dan hari ni, Zahra dah membesar dengan jayanya. Dah pandai uruskan diri sendiri. Mandi dan pakai baju. Bersiap cantik bila nak keluar. Dah pandai nak melawa dengan bedak dan make up. Cepat betul masa berjalan.

Rasanya belum puas mama peluk cium kamu. Hari ni, kamu dah segan bila mama peluk cium kamu, gomol-gomol kamu. Hehe. Dan kamu pulak yang request nak peluk cium mama. Hehe. Betapa mama dah mula tua Zahra. Walaupun kamu selalu bagitahu mama, kawan2 sekolah kamu kata mama ni kakak kamu. Hehe. Mama sedar yang mama mulai tua, bila kamu dah mula membesar.

Dulu, mama yang kesat air mata kamu setiap kali kamu menangis. Tapi hari ni, kamu yang sapu air mata mama bila mama menangis. Huhuhu. Sungguh Zahra membesar menjadi anak yang sangat baik, kuat dan tabah.

Tahun depan, kamu dah mula masuk Tahun 1. Mama macam bermimpi sayang, sangat tak sangka. Dulu mama sekolah kat situ, dan tahun depan kamu pulak ganti tempat mana belajar kat sekolah mama. Hehehe. Terus lah membesar jadi anak yang bijak sayang. Nikmati lah zaman tadika kamu ini. Mama tak pernah memaksa kamu tuk cepat membesar. Mama mahu kamu terus menjadi princess mama. Puteri mama yang manja dan kuat merajuk. hehe

Zahra sayang, walau seluruh dunia mengatakan yang kurang enak tentang kamu, tapi dalam hati mama kamulah anak yang terhebat tuk mama. Walau ada yang lebih bijak dari kamu di dunia ini, kamu tetap yang terbaik yg mama punyai. Walau ada yang lebih sempurna berbanding kamu, tapi kamu tetap anak mama dunia dan akhirat. Kamu lah harta dan ciptaan terindah dari Allah tuk mama.

Zahra sayang, semoga Allah pinjamkan kamu tuk mama lebih lama lagi. Mama mahu bahagiakan kamu. Mama mahu sayangi kamu. Mama mahu besarkan kamu dengan titik peluh mama. Biar lah kamu membesar dengan sempurna. Biar lah kamu menyambung keturunan mama. Biar lah kamu terus menjadi anak kebanggaan mama.

Doa mama selalu ada tuk kamu. Kamu sentiasa dibawah redha mama. Doa mama tidak pernah putus tuk kamu supaya kamu di beri oleh Allah kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Nur Dhia Zahra,  mama sangat sayangkan kamu. Biar mama hilang segalanya tapi tak sanggup kehilangan kamu dan adik kamu. Zahra, jadi lah anak yg mendengar kata, yang taat akan perintah Allah, jangan sesekali kamu tinggalkan solat dan melanggar perintah Allah, jangan kamu dekati dan lakukan larangan Allah. Jadi lah kakak yg baik tuk adik kamu. Kamu lah harapan mama tuk jaga adik kamu bila mama takde nanti. Walau keluarga kita tak lagi sempurna seperti dulu, mama mahu kamu tahu yang mama tak punya kuasa tuk menghalang ia berlaku. Ia berlaku atas izin Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Mama sayang kamu sangat-sangat anak!

Happy 6th Birthday Nur Dhia Zahra!!!


Wednesday, 5 October 2011

Berapa hari je lagi sebelum...

...Hari jadi Zahra yg ke-4..22 oct 2011.
Mama baru hegeh2 nak plan.bukan tak excited,duit simpanan yang tak berapa nak excited sebenarnya..hikhik
Tapi yang mama pasti,mama nak celebrate secara bersederhana jek.tanak membazir...insyaAllah.tp kalo ikutkan plan yg berlegar-legar dalam kepala otak mama ni,agak membazir gak.hehe.tapi,oleh kerana bajet agak-agak ciput,makanya mama sedar diri.buat majlis kecik jek,yg penting zahra happy dan semua jemputan have fun!
Mama plan nak buat majlis yg kecik jek,tema ala-ala fairytale gitu.tema tanak kalah tu!!!hikhik.tapi simple jek.malas nak membazir.yang penting,sedara-mara (adik beradik lebih tepat) dan kawan-kawan hadir,ada sebijik cake,ada dessert table,ada makanan,ada belon,ada games tuk anak2.cukup kot...apa yang pentingggg???? Zahra HAPPY :)
Korang yang bijak-pandai,tolonglah mama pikir eyh...mama mintak tolong sangat2 ni..
1. Mana mama nak tempah kek fairytale yg sedap dan murah???fairytale tu cemana?ala-ala princess gitu lah.tak pun barbie....yang sedap tau!!!yang penting murah.alaaa,nanti korang gak yg nak makan sbb mama nak jemput korg yg baca entry mama ni.kalo korang baca jek,otomatik korang dijemput hadir. *jimat duit,tapayah buat kad jemputan segala.haha*
2.Apa yg patut mama hidang kat dessert table?....cupcakes?tartlets?cookies?ice cream?mama berangan nak buat eskem homemade,tp ntah larat ke nak buat.heheh.dah,mama malas nak pikir.korang tolong pikirkan bleh???apa nak hidang?mana nak beli atau tempah???yang penting....sedap n murah.hahahah *gila annoying*
3.Apa nak hidang as main course?bukan training course tau.makanan utama... Bihun?mee?nasi beriyani?nasi putih+lauk kampung???western food like pasta,macaroni cheese bakar,lasagna?kata fairytale theme,tak gempaklah makan makanan kampung kan???kalo tema bwg merah,bwg putih OK la kot kalo hidang kampung style.hahahha.sila cadangkan...mama blurr ni...
4.Nak suruh semua tetamu ikut tema ke tak?ke menyusahkan tetamu?adoiiiii!!!!pening.apa awok bajet anak dara awok tu selebriti???yang awok nak pening tu apehal???takde maknanya nya derr..org nak kesah tema segala.paling hot pun buat kt laman umah.hahaha *makyggileglamer*
Ok.otak dah tepu.takleh nak pikir dah.itu jek..nanti sambung lagi.korang sila pikir tuk mama!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 28 October 2010

Simple Birthday Party tuk Nur Dhia Zahra

dah berkepam gambar besday party zahra yg simple neh mama perap.
sampai sebati semua rasa dan bau.hikhik
gambar semua takde watermark sbb gambar ni straight amik dari phone.
memula mama tak plan pun nak buat besday party tuk zahra.
tapi, sebab insiden yg berlaku dihari jadi zahra tu.
maka, mama buat lah jugak party yg simple tuk meraikan besday girl ni.
mama buat Sabtu 23.10.2010 lepas solat maghrib.
memula cuma nak ajak family ibuzahra, andak,kak hendon dan kak ngah mama jek.sebab derang jek lah yg duduk dekat-dekat rumah mak.
lagipun, mama tak larat nak masak banyak sangat.
tapi, papa suruh jek jemput adik-beradik mama yang lain.so, last minit tu mama jemput jugak.
makanan yang mama sediakan pun simple jek.
dah kata, simple party kan...

ni lah menu tuk hari tu..

wedges buatan sendiri & nugget ayam, cicah ngan sos cili & mayonis

bihun seafood yg mama masak sendiri jugak


satay yang mama beli jek kat DIY satay

chicken spagetty masak sendiri

big apple donut 12pcs

lengkung agar-agar sirap dan tembikai [dah abes dikerjakan zahra dan abg2 sepupunya ptg tu jugak.hikhik]
gambar besday girl.happy 3rd birthday sayang!!!mama love u so much.mmuuaahhh
[gambar gelap sbb amik guna henpon chokia.gambar yg terang sket ada dlm kamera abg ipar mama.ntah bile dia nak bagi ntah.hehehe]

pecan butterscotch,secret recipe tuk besday girl.yummehh!!!

mama,adik baby,BIRTHDAY GIRL dan papa :)

Zahra dan nenek

antara tetamu yg datang...kak hendon dan anak2,aminin&aula, family ateh dll

ibu zahra, andak nora & andak awi...

gambar lain, lenkali mama update lagi.
tgk gambar gelap gelita jek, dah hilang mood nak tepek.hukhuk

 



love: mamazahra ^__^

Tuesday, 19 October 2010

3 hari lagi

lagi 3 hari, anak dara kesayangan mama ni nak masuk 3tahun.
papa plan nak bawak dia gi jalan-jalan cari makan, makanya papa suruh mama apply cuti.
tetapi memandangkan cuti tahun mama dah nak pupus, maka tak dapatlah mama nak cuti on friday tu.
so, mama plan nak celebrate simple-simple jek besday cik kak tu. hanya 3 of us.
wiken nanti baru bawak besday girl jalan-jalan beli hadiah besday.
ada byk sgt plan dalam pale hotak mama yg geliga ni, sampai tatau nak buat pilihan.
skang mintak tlg korang, kalo ada idea bernas.plzz!!!!

Plan A
celebrate kat secret recipe
beli 1 slice jek kek kesukaan mama zahra
** acara WAJIB **
makan-makan & amik gambar
pastu bawak zahra gi MPH, kasi chance dia pilih buku kesukaan dia sebagai hadiah
hadiah sebenar,tunggu wiken.surprise!!
setel!!

Plan B
celebrate kat McD/KFC/Pizza
beli kek baskin robbin/secret recipe
** acara WAJIB **
setel!!

Plan C
celebrate kat Afnan Tomyam ** besday girl & papanya tekak melayu.manjang nak nasik**
beli kek baskin robbin/secret recipe
** acara WAJIB **
setel!!

tatau nak pilih!!!tolongggg!!!!


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 13 April 2010

Happy 1st Birthday :))

Last wiken, aktiviti kami padat dengan menghadiri jemputan hari jadi.
Sabtu, kami ke Jalan Kebun tuk memeriahkan Majlis Hari Jadi cucu mama, Nur Arissya Shahmimi.
dan ahad pulak, ke KFC, Setia Alam tuk attend Birthday Party, Emir (anak kazen mama).

jom kita layan gambar :))

vanilla cuppies ni mama buat atas request mummy arissya.
actually, dia order.tp, mama sponsor jek.
mama lom layak lagi nak jual.hehehe
mama buat cuppies with choc ganache+stoberi dan buttercream topping.
mama buat 25pcs jek medium size.

actually, Majlis Hari Jadi Arissya start kul 4.30pm.tp, mama dtg awal, kul 12 tuk tolong apa2 yg patut.
yelah, ni 1st time, mummy & papa Arissya buat Majlis.so, kelam-kabut sket.hehehe
sbg yg berpengalaman, mama bantu lah apa2 yg patut.

acara mula agak lewat dari jadual.hehe [ayat skema.heee :D ]
lewat sbb menunggu Abg Long mama tuk baca doa selamat.
nasiblah Along sampai sama ngn OP on that day, cyberphotog.
sian K.Moon & Abg Sutan tersesat barat mencari lokasi Majlis.hehe
ape pun, Terima kasih byk K.moon sudi cover Majlis Arissya.

Happy 1st Birthday, Nur Arissya Shahmimi :))
cake for the day.yummy!!!blueberry cake
acara cake cutting.Arissya dan mummy
semoga cucu Nenda membesar jd anak yg bijak, berbudi bahasa & menyayangi mummy & papa ye!!!
Arissya with papa pulak
inilah beday girl..Nur Arissya Shshmimi yg putih gebu.
merasmikan basikal hadiah dari Mak Ngah Rini & Pak Ngah Shamsul.hehe

Lepas acara cake cutting dan makan2, ada acara sukaneka.
mama jadi pengacara, tu yg takde sebiji pun gambar.hahaha
tunggu gambar dari ka.moon la eyh...
happening sangat game aituh.
1. musical chair tuk kanak2, dewasa lelaki & dewasa pompuan
2. lari berpasangan
3. makan epal yg berikat
4. acara makan paling cepat (dewasa & kanak2)
5. acara tiup belon sampai pecah
6. acara spontan
dan..yg paling spesel, ada hadiah tuk pakaian tercantik dan mengikut tema "Black & White" tuk dewasa & kanak2. [tp, tuan umah, awal2 dah bagitau mama & zahra tak bleh join.hukhuk]

Ahad, kami ke KFC, Setia Alam tuk menyibukkan menghadirkan diri ke Birthday Party Emir.
Emir ni anak kepada kazen mama, Kak Enny & Abg Shahril.
Tenkiu ye, jemput kami :))

kami sampai agak lewat sbb mama nak singgah ATM.
poket dah kosong lorr...tangan nak pergi tangan kosong je lorr..haha
masa kami sampai, KFC tengah buat game.
mama sempat join 2 game sahaja.
1. dapatkan pampers kanak2.mama angkut cik Zahra dan tunjuk pampers jek.senang.hehe
2. dapatkan kesan lipstik kaler merah kat pipi.so, amma kiss cik zahra dan lari tunjuk kat staff KFC.
yeyyy!!!menang toys tuk Zahra.
dan..seterusnya, makan2 dan acara cake cutting


Emir with mummy & daddy
Birthday boy with Mummy & Chicky.
time neh, cik Zahra dah menangis gelabah takutkan si Chicky.hehe


Emir, mummy, Chicky & daddy
semua bebudak suka Chicky kecuali cik Zahra yg tgh menangis peluk papa.hikhik


3 of us :))


Zahra yg menangis takutkan Chicky.hahaha
[so, nampaknya mmg takde chance lah nak buat Birthday party kat KFC sbb Zahra takut Chicky.heee :D jimat duit papa, zahra.hoho ]

kami..nak balik dah..
TQ mummy & daddy Emir :))
my sista, Andak Nora wif Shafie Harith Fitri.peace yo!!!

Sebelum balik, haruslah bawak cik Zahra gi main playground.
dia kan pantang jumpa slide neh.hukhuk

Abg Irfan


Zahra mucuk :P


Zahra wif Along Iqbal

malam tu pulak, kami ke I-city.yeyy!!akhirnya dapat gak jejak i-city.tunggu next entry ya!!!

p/s: mana2 yg tertinggal dlm bloglist mama, bagitau!!! OK tak layout baru???cun tak??

love: mamazahra

Saturday, 20 March 2010

Mikael Rizqi 1st Birthday Bash

Semalam, kami telah dijemput oleh mama & ayah mikael rizqi tuk sama2 menyibukkan diri memeriahkan majlis hari jadi Mikael Rizqi yg pertama.
sangat happy dpt jemputan dari eita, ye lah kan mama ni bukanlah kawan sama sekolah ngan eita, mahupun sama tempat kerja tapi kami tetap boleh berkawan.hiks~
the best part is, ini kali pertama mama bercakap dgn eita bertemu muka sbb selama ni kami borak kt mukabuku atau kat belog je.
bile jumpa 1st time dulu, masa besday HY memasing malu2 kucing.cuma tukar2 senyum je.hehe

Majlis: Mikael Rizqi 1st Birthday Bash [happy besday ensem boy!!!]
Venue: KFC, Jln Taiping, Klang [jenuh pusing cari parking, tp mmg rezeki dpt lak.hehe]
Time: 2-4pm [sampai lewat sket sbb papa keje smp kul 1.30pm]
Theme: Superhero [kami jd superman on that day demi mikael.hikhik :) ]
ni lah, SUPERmama & SUPERayah mikael rizqi :)
tenkiu Eita & hubby sudi jemput kami :)

sampai2 je, kami terus dijemput makan.Zahra lena diulit intan time ni.sian papa, makan sambil riba Zahra.

habis je makan, Zahra da bangun.



Lepas acara cake cutting & nyanyi lagu besday tuk besday boy, ada games yg diatur KFC.
happening banget.
mama join game, sbb hadiah dpt kt anak.
so, demi Zahra mama main game tu.hehehe
senang je game tu, ala2 treasure hunt gitu!
1st, kena cari sepasang kasut size 9 [yey!!!kami menang game ni.tenkiu kat sorang lelaki tu sbb kasi pinjam dia punya kasut.hikhik]
2nd: parent yg punya anak sulung berumur 1tahun [dah sah2 kami kalah, Zahra dah 2thn 5bln dah.huhu]
3rd: cari duit 1sen [ni pun kompom x menang sbb mama dah simpan sume duit 1sen dlm tabung.huhuhu]


selain treasure hunt, mama & ayah mikael ada sediakan hadiah tuk superboy dan supergirl.
yeyy!!!!anak mama menang supergirl!!!

supergirl amik hadiah.heee :D [u're alwiz my supergirl,babe!!]


tenkiu auntie eita!!!
sebelum balik, amik gambar dulu!!!
OP on that day, Huda(mama's primary schoolmate) yg snap dis pic..

kami dah ready, tp tuan rumah lom ready!!
alamak, ayah mikael pulak lom ready.ahaks~

semua ready!!!oh no, Zahra pulak sepetkan mata.hikhik
Tenkiu, mama dan ayah mikael sebab jemput kami.kami sgt enjoy ur party!!!
harap sudi terima hadiah yg tak seberapa dari Zahra eyh..hehe
dan terima kasih tuk hadiah supergirl tu, Zahra love it so much..tenkiu auntie eita!!

inilah hadiah supergirl tu..bertambahlah koleksi barbie doll Zahra...

ini pulak goodie bag yg Zahra dpt.jam tgn, games & chicky toys...

psst: kek besday mikael tu sgt sedap :) choc cake.yummeehh!!
psst: dah 3 kali edit dis entry, baru dpt publish.cik selkom mogok ke hape??slow nak mam***

love: mamazahra

Saturday, 13 March 2010

Happy 1st Birthday

Salam Sabtu Semua :)

Ada yang keje ke?sian dia..hehe

mama cuti aineh...tapi, papa pulak keje.huhuhu

makanya, mama tinggal berdua je dengan cik Zahra.

apa nak buat ye?

nak masak, malas...haish!!dasar pemalas.hiks~

nak lepak kat rumah je, boring pulak...

so, mama plan nak bawa cik Zahra keluar jalan2 lah..tapi, kemana ye???

apa tujuan mama bubuh pic besday kat atas tu pulak?buang tabiat ke?hehe

takde lah, hari ni 13-03-2010...adalah hari ulang tahun belog mama yang tercinta ni.

dah setahun mama merepek, merapu,meraban dalam belog ni.

ada cerita happy, sedih dan macam2 lg la.

selama setahun berblogging, ramai gak mama dapat kawan.rasa happy pulak.tak sangka, dengan berblogging je, mama dpt tambah kawan.

Terima kasih yang memberi sokongan :)

harapnya, belog ni akan terus meriah dengan aktiviti our lil sweet family, dengan komen kawan2...dan dengan nuffies nye.hehehe

HAPPY 1ST BIRTHDAY ~ Our Lil Sweet Home ~






love: mamazahra

Friday, 19 February 2010

Triple Celebrations on 14 Feb 2010

Sorry la, entry 14-Feb-2010 neh dah terperam lama.
ni semua gara-gara nak menghabiskan entry Uniknya Singapura.
Tapi, tetap belum habis.hikhik
banyak sangat nak kongsi dengan kalian semua. [ececeh, sorry ye ayat terlebih skema.tuk pengetahuan semua, mulai saat ini perkataan "kowang" atau "korang" atau "u ols" akan di tukar kpd ayat yang lebih sopan santun iaitu "kalian".walaupun agak kolot or skema, tapi lebih manis kan???hehehe]

okeh!berhenti merepek.

rasanya, semua dah tahu yang kita semua warga Malaysia khususnya menyambut 2 celebrations on 14-02-2010 kan? CNY dan Valentine's Day..
tipu lah kalau tak tahu!!!sah!katak bawah tempurung.wakakaka
ye, mama tahu.kita orang islam & amnya orang melayu, tak sambut valentine's day.itu budaya org bukan islam, pendek katanya orang kafir.
memang mama tak sambut pun.Valentine's Day tu tak termasuk dalam 3 celebrations yang kami celebrate pun.hehehe

nak tahu apa triple celebrations tu??


1. Chinese New Year

kita kan 1Malaysia, mesti lah sama-sama menyambutnya bersama-sama.betul tak?
bersempena CNY tahun ni, walaupun sudah agak terlambat sedikitnya. [baca ikut gaya johan ckp cina dlm raja lawak 4]
mama nak wish Happy CNY kepada kawan-kawan cina mama, especially:
  • Li Feang & Green, ex-officemate di MPH;
  • Ms Chi, sifu mama kat Century; and
  • Anne Maria, my ex-boss kt warehouse division, Century.

Bersempena CNY ni, meriah semua pasaraya dan hotel kan.so, kami tak lepaskan peluang tuk memeriahkan suasana kat K4 klang.hehehe

sambil membeli-belah, sambil bergambar.kalau kat pasaraya lain, confirm lagi meriah ye tak?cam KLCC, MidValley, OU & etc. mama dah lama tak jejak.hehe

jom layan gambar degiks kami :)

[alamak!jauhnya...Zahra & Irfan]


[Irfan dan Iqbal]


[mereka lagi]

[dan..lagi]

[mama :)... sila abaikan kebuncitan perut mama tu ye!!buat-buat tak nampak je.hehe]
2. Hafisza a.k.a pija 19th Birthday

tarikh 14-02-2010 neh adalah birthday anak sedara mama,Pija.
hepi besday dek, yg ke-19.
moga adek jadi budak baik.
belajar rajin-rajin.
banggakan ayah.walaupun ibu dah lama pergi, ibu pasti bangga dgn kejayaan adik..


[ Pija yg paling kanan sekali.sorry, gambar terbaru takde la pulak.yg ada, gambar mase mama bertunang.hehehe]


3. Majlis Pertunangan Paman Sani a.k.a pakcik papa

14-02-2010 tu, adik bongsu mak mertua mama bertunang.
sebab tu kami tergesa-gesa balik dari S'pore.
kononnya, nak attend Majlis tunang Paman Sani la, tapi oleh kerana dah terpengsan sebab letih berjalan & memandu.kami terbongkak sampai siang.hehehe
takde maknanya nak ikut rombongan meminang.
so, lepas Asar kami gi umah nenek papa je.
tunggu rombongan balik.hikhik

[ni la sebahagian barang hantaran dari pihak pompuan, peace kaler uu!!!]

[Paman Sani adalah yg pakai baju kemeja petak-petak]

[Selamat Bertunang Sani & Ima]
Semoga ikatan pertunangan antara Paman Sani & pasangannya ini berkekalan hingga ke hari pernikahan dan seterusnya ke akhir hayat.
walaupun agak lambat Paman Sani bertemu jodoh, dalam usia lewat 30-an tapi dapat juga dia jumpa pasangan yang serasi.
Paman Sani penghidap Talasemia, so memang agak sukar dia nak cari pasangan hidup.Tapi, Alhamdulillah ada jodoh untuk dia yg Allah tetapkan.
okeh, itu je aktiviti kami 14-02-2010.
tiada yang istimewa.
Rumah Terbuka CNY pun tiada.hukhuk
psst: entry uniknya singapura, akan bersambung lagi nanti.tungguuu!!!!



love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!