Showing posts with label Lain yang dirancang tapi lain yang jadik. Show all posts
Showing posts with label Lain yang dirancang tapi lain yang jadik. Show all posts

Sunday, 29 May 2011

Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya

Since malam semalam, kami sekeluarga berkampung di himpunan sejuta belia, Putrajaya.
semata-mata kerana papa join tournament futsal Kosmo tuk Himpunan Sejuta Belia 2011 ni lah.
tak pasal-pasal anak-beranak berkampung kat Putrajaya.haih!

malam semalam, kami gerak ke Putrajaya kul 8.30malam sebab papa punya game dijangka start kul 9malam.
punyalah bersemangat waja papa nak ke sana, angkut sekali bini ngan anak-anak.
sepanjang jalan, anak-anak dah tidur.
mama memang dah dapat agak, futsal tu akan berlangsung lama sebab papa ada cakap, lebih 100 team join tournament tu. dan, tournament tu ekceli dah mula since khamis lagi.
oleh kerana team papa, team ke 83, derang bajet dapat main Jumaat kul 9malam.
sampai kat gelanggang futsal sejuta belia tu, kat Presint 18.kiri-kanan jalan dah penuh dengan kereta, bas, motor dan ntah macam-macam kenderaan lagi lah.
parking toksah cakap lah, penuh manjang.puas papa pusing-pusing cari parking tapi takde pun.sudahnya, park kat tepi jalan dekat ngan petronas presint 18 nun.
sikit punya jauhlah kalo nak menapak ke gelanggang futsal tu. dengan anak-anak dah tidur, memang seksa.
sudahnya, papa cakap biar dia sorang jek jalan gi gelanggang futsal tu dan amma ngan anak-anak dok dalam kereta sampai papa dapat tau mana gelanggang dia akan main dan ada port tuk kami lepak.
tunggu punya tunggu, papa sendiri tak tahu bila turn dia sampai nak main.tempat nak lepak pun takde, orang macam semut kat area gelanggang tu.
akhirnya, mama pakat ngan anak sedara mama Eiqa yang dok kat Presint 11 tu tuk keluar lepak sama-sama memandangkan anak-anak dah bangun dan perut mama dah lapar. Eiqa abes keje kul 9lebih.tapi last minit ada pulak patient yang pengsan time nak balik tu.ops, Eiqa bukanlah Doctor eyh, nurse jek.hehe
so, terpaksalah berkorban masa. mama tunggulah sampai Eiqa abes keje. kul 10baru Eiqa datang amik amma & anak-anak.
oleh kerana dia pun baru balik keje siap beruniform, terpaksalah kami anak-beranak ikut Eiqa balik umah dulu mandi & siap-siap baru keluar.
Kul 12 malam, baru keluar.Eiqa ajak jalan-jalan ke downtown Cheras memandangkan Putrajaya tu takde tempat happening nak lepak dan ...

bazar himpunan sejuta belia tu pun dah tutup.
khemah belia-belia dari Puteri Umno melambak-lambak lah kat area tapak himpunan tu.
happening gila babas lah.
masa otw nak ke Cheras tu, papa sms bagitau yg turn dia punya team maybe kul 5pagi so dia nak join.
tak pasal-pasal patah balik ke Presint 18 tuk ambik papa.
maka, kami ke downtown lah memalam buta & anak-anak tak tidur pun. nak patah bahu mendukung si bulat Zharif tu. mujur Zahra masih mampu berjalan. elok jek jalan kat downtown tu dan selamat mengepau papa dia baju spongebob.lantaklah situ, janji tak merengek.
elok tengah shopping, member papa gitau yang lagi sejam maybe turn papa.masa tu baru kul 3pagi.punyalah papa gelabah katak disitu. sudahnya cepat-cepat makan steamboat terus berdesup hantar papa gi gelanggang balik.
otw balik tu, anak-anak dah separuh sedar,pengsan memasing. memula tu nak join papa kat gelanggang, tapi bila melihat keadaan anak-anak yang dah kepenatan sudahnya decide balik umah Eiqa jek.
punyalah seksa nak mendukung budak berdua tu naik tingkat 10 pangsapuri Eiqa. mujur Eiqa nak dukung Zahra dan mama dukung si bulat tu. nak patah tangan lah walopon ada lift.haih.
sampai atas, bukan anak-anak jek pengsan. tapi dengan mama & Eiqa sekali.haha
letihnya lah..
lepas subuh papa call, bagitau yang team dia tak main lagi. kul 7 baru sampai turn.subhanallah!!cian sungguh kat papa. tapi, dah itu minat dia kan...sendiri tanggung lah...
abes jek game, papa berdesup balik umah Eiqa nak hantar baju anak-anak. team papa berjaya mara ke peringkat seterusnya tapi tak sure lagi kul bape baru bleh main.
so, lepak kat umah Eiqa sementara kengkawan papa tuinggu giliran. lepak punya lepak, sampai kul 10.dasattt sungguhlah!dan lebih12jam tu berkampung kat putrajaya.kerja gila betul lah!semuanya kerana futsal.
pastu, member papa gitau yang maybe game derang kul 11malam. dari menunggu lagi 12jam kat Putrajaya, better balik umah jek. lagipun, keperluan anak-anak dah takde.
selamat balik Klang kul 11pagi tadi.umakkaihhh, badan sikit punya letih. mama & nak-anak selamat tidur sepanjang perjalanan.
sampai umah, papa punya turn pulak tidur.hehe
mama ngan anak-anak bleh lagi gerak gi Sementa, umah kak ngah mama sebab nak tolong kakak-kakak mama buat cookies tuk sponsor makcik mama yang nak buat kenduri kawen anak dara dia next week.
walopon penat, kena gak lah tolong kan.walopon mama curik-curik tidur sementara tunggu cookies siap.haha
dan waktu dan saat ini, anak-anak dah lena diulit intan dan papa dah selamat sampai kat Putrajaya semula.
kali ni, mama & anak-anak dah tak sanggup nak join papa buat kerja gila dia ni.tak sanggup nak berkampung kat himpunan sejuta belia tu. mintak mahap banyak-banyak.lotih!!
mama doakan dari jauh jek...hope papa & teamnya akan maju ke pusingan seterusnya dan berjaya bawak balik RM20000.mak ko!!!sikit punya tinggi harapan.hahaha
ye lah, takkan nak doakan papa lingkup pulak dah kan.walopon kalo bleh nak papa ada kat rumah kan.hehe

okeh, itu jek laporan mama tentang himpunan sejuta belia.hikhik
korang ada jugak ke yang berkampung kat sana?atau korang sempat jalan-jalan melawat segala booth yg ada kat situ?
mama tak sempat pun, kalo rajin sok nak kesana jemput papa. itu pun kalo rajinlah nak drive gi sana ngan budak berdua neh.ekeke
kalo tak rajin, papa tumpang geng dia lah.heeee :D

OK, selamat berhimpun di Himpunan Sejuta Belia 2011!!!gi lah beramai-ramaikan himpunan tu. kang tak cukup lah nak himpunkan 1,000,000 belia yang ada.hikhik

p/s: kerja gila betul!!!!kepala sudah weng...mahu berehat sebab kurang tidur.haih.

love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Saturday, 2 April 2011

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Muhammad Dayyan Zharif

Selamat malam korang :)
lamanya mama tak update kan.
busy yang amat dengan majlis cukur jambul & aqiqah Zharif ni hah...
banyak betul aral yang melintang... takpe, mungkin ada hikmah disebaliknya...
pape hal pun, mama nak jemput korang semua ke Majlis kami yang tak seberapa neh...

[kad designed by yandarwisy.maaf guna design akak tanpa bayaran.dah suntuk sgt,xsempat nak design sendirik.]

okeh, kalo korang sungguh nak datang dan tatau umah mama, sila email mama, nanti mama attach map eyh...



ENTRY neh digam sampai Majlis tamat!!!



love: mamazahra ^__^

Tuesday, 4 January 2011

Hari Pertama Persekolahan Nur Dhia Zahra

Salam.
dah lama tak bersiaran kan, siaran tergendala sementara lah.puan punya belog busy melayan anak daranya yang baru masuk sekolah hari ni.hehehe
mama amik cuti since Isnin [punyalah excited wehh.hikhik], tuk buat persediaan sekolah Zahra.
Hari ni, hari pendaftaran sekolah Zahra kat PASTI Al-Mawaddah.
actually, dari malam semalam lagi mama dah agak akan berlaku drama air mata kat sekolah sbb Zahra taknak try pakai tudung.
nangis-nangis taknak cuba tudung yang baru beli tu.
kalo korang perasan, zahra memang dari kecik tak berapa suka pakai topi or tudung.
bukan mama tak cuba, tapi zahra boleh bertahan 5minit jek,pastu topi/tudung dah campak ntah kemana.
so, awal pagi tadi. masa bangunkan Zahra cam senang sikit.
mebi sbb Isnin tu dah praktis bangun pagi.
pagi tadi, bangun siap bleh gelak-gelak sebab mama sakat dia.hehehe [tektik neh.ekeke]
tapi drama airmata bermula bila mama suruh pakai tudung.
sampai kat sekolah kul 8pg, ramai parents dah Q nak daftar.
time tu airmata dah berjurai-jurai sbb Zahra takmo pakai tudung gak.
sampai mama dah naik fed-up nak pujuk.sudahnya pasrah.ajak papa balik jek.
otw balik umah, sempat singgah gi beli bekfes.
masa tengah bekfes, ibu zahra suruh pergi sekolah semula. Ibu pujuk Zahra pakai tudung, baru Zahra nak.
so, pas bekfes pergi sekolah zahra semula.
pujuk Zahra masuk, tetap nanges.
mama slowtalk ngan cikgu pengetua.
then, Cikgu Laili cakap try seminggu as trial period. if zahra OK, dan nak sekolah.baru bayar yuran since budak 4 tahun cuma 3 orang jek. so, Cikgu terpaksa combine kelas 4tahun dgn kelas 5tahun since kekurangan cikgu buat masa ni.
kalo Zahra still meragam after a weeks, tahun depan jek sekolah.hehehe
mujur cikgu paham.
so, pas cikgu suruh masuk kelas, zahra dah start menangis meraung.
buat leceh betul, malu kat parents lain.walopon ada gak budak lain yg nangis.
since sepupu Zahra, Harith Fitri ada dalam kelas 5tahun tu, ingat senang lah nak pujuk Zahra.
tapi, takde maknanya. tak makan saman. nangis non-stop.
sudahnya, mama surrender. call ibuzahra mintak dia datang pujuk.
Alhamdulillah, pas ibu pujuk Zahra nak masuk kelas dan duduk belajar.dengan syarat ibu ada depan mata.
mama dan papa dah nyorok dalam kereta time tu.
sebab cikgu cakap, kalo zahra namoak mama dan papa lagi dia meraung nanti.so,kami nyorok.hehe
kul 10.50pg, ibu terpaksa balik sbb nak jemput Angah Irfan balik sekolah agama.
so, mama amik alih tugas jenguk Zahra.
bila Zahra nampak mama, terus berlaku drama airmata lagi.
langsung berlari keluar kelas dan dok peluk mama.aduhai.time tu jenuh pujuk Zahra masuk kelas semula sbb kelas abes kul 11.30pg.
tapi... tak makan saman. taknak masuk kelas langsung.
so, selama 1/2jam tu Zahra dok kat luar kelas ngan mama.huhuhu
harapnya., sok zahra dah OK. khamis mama dah start keje, jangan dia meraung kat kelas lagi udah ler.
terpaksalah ibu masuk kelas sekali gamaknya.hehehe
tapi, Zahra dah nak pakai tudung tau.
hari ni, masa teman mama check up 36weeks kt UMRA pas abes sekolah, Zahra dah nak pakai tudung.itu pun selepas diugut, if tak pakai tudung, takleh ikut.hahaha
so, sampai petang tadi nak ke playground dan malam ni kuar gi dinner pun, zahra nak pakai tudung. Alhamdulillah... harap berterusanlah...pasneh, gigih carik stok tudung tuk cik zahra plak.ekeke

gambar zahra kat sekolah tadi, sok jek lah mama update eyh!!!!
mlm ni cam tak larat dah nak menunggu upload. itupun kalo bleh upload lah kan.hehehe




love: mamazahra ^__^

Saturday, 4 December 2010

JJCM : Cendol Klang

cerita hari sabtu lepas gak.
memang ada hikmah batalnya Maternity PS tu.
sebab papa dapat jumpa dentist dan mama dapat menikmati cendol klang.
cendol klang ni pebret mama dari zaman sekolah dulu.
masa tu, derang jual naik basikal, pastu upgrade naik lori dan sekarang ada kedai sendiri.
sejak dia ada kedai sendiri ni, masuk Sabtu tu baru 2 kali mama jejak.hehe

muka eksaited nak gi photoshoot yg tak jadi.haha

ini plak muka hepi dapat gi makan cendol klang.hahaha

budak tecit ni masyam jek sbb tak dapat kebenaran nak makan sendiri cendol.hukhuk

wawww!!! sedap...cendol klang ni dah upgrade skit.siap ada eskem.memang terbaeeekkk arr cendol klang ni.hehe

papa makan cendol pulut.penuh ha pulut dia bagi, sampai tak terabis.
kalo tempat lain, sesudu jek pulut dia kasi kan???
yang ni, sampai melimpah-limpah.kenyang.ekeke

mama yang gebu tembam bambam gemuk gedempol.hahaha


love: mamazahra ^__^

Sunday, 31 October 2010

Tragedi Oktober

malang memang tak berbau.
kalo khamis, cik Persona nyaris-nyaris kena hentam dgn lori dari belakang masa otw balik rumah dari opis gara-gara ada seorang pembonceng motor yang tak reti nak ikat topi keledar dia baik-baik sampai terpelanting betul-betul depan cik Persona.mama nak elak pun tak boleh, sebab lori treler sikit punya laju, yang mama sempat buat,brek jek.mujur treler kat belakang tak hentam cik Persona. Allah masih sayangkan mama & baby dlm tummy.Alhamdulillah.

dan..sekali lagi, malang tak berbau..
Jumaat pas abes kerja terus menghala ke GM tuk bertemu nett.byk kali plan nak jupe, baru dpt jumpa.
pas jumpa nett, terus nak balik umah sebab tak solat Asar lagi.
masa keluar dari GM Klang tu, ada pulak kereta yang buat short cut tuk across ke bangunan sebelah kiri.
tak pasal-pasal mama langgar kereta dia.
mama memang tak sempat nak elak, hanya mampu brek sekuat hati sampai perut boleh cecah stereng.
mujur baby dlm tummy masih aktif bergerak.masyaAllah.punyalah takut...
inilah kereta yang tetiba melintang depan mama...


pemilik adalah chinese couple.
derang marah-marah salahkan mama, cakap mama bawak sikit punya laju.
masyaAllah, apalah kudrat seorang ibu mengandung nak bawak laju.
mama rasa, mama dah cukup berhati-hati. mama memang takut drive laju-laju ni. dan bukan tabiat mama, tuk drive laju-laju.
mama kan amatur lagi.lesen P pun baru jek abes March lepas.
mentang-mentanglah mereka berdua & naik pulak kereta besar, senang jek nak salahkan mama.
tapi, mama tetap cakap, derang tak sepatutnya across jalan tu.derang sepatutnya ikut jln yg betul, masuk depan GM buat u-turn kat roundabout kecik tu baru masuk kiri, bukan main ikut suka mana nak u-turn.

inilah keadaan kereta kami.ni mama dah undur sikit.
mama punyalah panik masa ni.
mama takut apa-apa yg buruk jadi pada cik Persona Non Grata kesayangan mama neh.

mujur luka-luka pada cik Persona sikit jek.



meh,. fokus sikit...

Alhamdulillah, cik Persona,mama & baby dlm tummy tak pape.
cuma Toyota cina tu kemek.
tp, memang bukan salah mama.huhuhu
memula cina tu mintak ganti-rugi sbb dia cakap mama salah.
so, mama call papa, papa cakap jangan bayar sbb dia yang salah.
so, amma cakap kat cina tu mama taknak bayar sbb amma tak salah.
so, dia cakap.kalo camtu dia nak report.so, mama ikut jek.
mama amik detail cina tu, nama,no phone, plat kereta.
papa suruh mama balik umah dulu, then baru gi report dgn papa.
masa mama sampai rumah. cina tu sms,
"Puan, minta maaf atas kemalangan tadi, saya akan repair kereta puan sekira ada celak atau rosak. sy tidak membuat report.ada apa2 pls call me.yang penting sekali, kita semua selamat.tq"
so, kami tak jadi report.
mama call dia, if mama dah repair cik Persona sok, mama akan call dia tuk claim.setel.
tapi, masa drive balik rumah dari GM tu, serius menggeletar kepala lutut. macam fobia pun ada.

malam tu, papa bawak gi makan.kononnya nak hilangkan gelabah ayam mama la.
makan kat Topoi Western, Restoren Wahieda.
serius memang tragedi oktober lah.
makanan hampeh sungguh.
mama rasa, kuah black pepper mama masak lagi sedap tau.

carrot susu tuk papa & tembikai tuk mama. air OK.
menu yg papa order pun, papa kata OK.tapi, knowing papa lah kan.dia mmg tak penah cakap makanan tak sedap.ekeke

grilled chicken paling hampeh mama pernah makan.
mama cuit 2,3 hiris terus tolak tepi. bagi papa rasa pulak.
pertama kali lah, papa cakap, makanan tak sedap.so, mmg betul-betul punya tak sedap lah ni.
tapi, mama peliklah...sikit punya ramai yg mkn kat situ order western.tekak derang dah kebal ke hape ntah.
yackks!!


love: mamazahra ^__^

Monday, 31 May 2010

Forever After...The Final Chapter

Rabu lepas, 26-5-2010 kan papa belanja nonton movie sbb mama dah tensen berkampung 2 hari kt Grand Dorsett Subang. tgk n3 ni, kalo dah lupa.hikhik
Memula plan nak nonton Robin Hood,so lunch time tuh papa gi beli lah tiket kt TGV, BR.

sekali Robin Hood cuma available kul 10.20pm jek, papa taknak sbb dah lewat sangat. khamis kan nak keje, so papa beli lah tiket Nightmare on elm street(NOES) kul 9.20pm.

so,mlm tu baik punya 8.30pm kitorg dah kuar umah.bajet nak gi nonton NOES lah.
mama pun Q tuk beli hotdog sbb lom dinner lagi, belikan papa & zahra jajan & air.
time tu dah dekat kul 9.20pm.
so, kami pun eksited lah nak masuk panggung.
papa seperti biasa akan singgah toilet, so mama & zahra terus nak masuk panggung.
sekali...kena tahan dengan budak TGV tu.

budak TGV: "kak, citer ni 18PL, budak tecik takleh masuk"
mama: "ye ke?" (time ni dah bengang ngn papa dah, apesal tak bagitau citer ni 18PL.kalo tahu, tggl zahra kat ibu jek)
budak TGV: "ye kak...kami tak boleh nak benarkan akak masuk"
mama: "alaaa...dia tatau amende pon, takpe lah kasi dia masuk.jap lagik tidurlah dia" (mama cuba merayu)
budak TGV: "tak boleh kak, td sy br tak kasi satu family tu masuk, kalo sy bagi akak masuk, tak baik lah kan.."
mama: " alaa...boleh lahhhhhh"
budak TGV: "tak boleh kak, akak kena paham peraturan kami" (sekali dia panggil supervisor dia)
supervisor: "tak boleh kak, ni peraturan kami"
mama: "OK, kalo camtu, cemana?takkan nak burnt jek tiket kami neh?"
supervisor: "OK, akak gi kaunter, akak mintak tukaw citer lain"
mama:"OK.tenkiu"

so, mama pun call papa.terbantut papa nak kencing.ekekeke
mama cambiasa akan marah-marah papa lah.
apesal tak tengok betul-betul kod citer tu, apesal tak cakap citer ni 18PL lah.bla bla bla...
pas mama bagitau, yg boleh tukaw tiket.
papa pun kompidennya gi kaunter mintak tukaw citer lain.
selepas pung-pamg-pung-pang dgn manager, akhirnya dapat gak tukaw.Alhamdulillah.
kul 9.20pm, ada citer Andartu Terlampau 21 hari mencari suami jek. tapi, takde maknanya lah kan papa nak tgk citer neh..ekekeke

papa bajet nak tengok Robin Hood lah kan.sekali dah sold out.hahahah [gelakkan papa]
konon nak sangat tengok citer yg awal, sudahnya tengok gak kul 10.20pm.
oleh kerana Robin Hood dah sold out, makanya papa beli tiket Shrek Forever After.yeyyy!!!! i loiikkeee~
sangat puas ati dgn the Final Chater Shrek neh.sedih sgt2, smp nak menitis air mata masa shrek sanggup nak tinggalkan isteri & anak2 demi nak kembali kepada keadaan asal dia, gergasi yg digeruni.huhuhu
nasiblah happy ending.tu yg sgt puas hati.rasa cam nak gi nonton lagik jek..ekeke


panjang lebar kan???kisah rabu kami...hehehe

p/s: lenkali, kalo nak eli tiket movie, pastikan "Filem tuk Tayangan UMUM (U) ye!!!pls take note,pa!!


love: mamazahra ^__^

Monday, 12 April 2010

Perhatian!!! Perhatian!!!

Belog mama sedang dalam proses pengubah-suaian sekarang neh.
mama gatal2 saje2 nak tukar angin.
katanya, dah setahun berblogging, maka nak lah tunjuk skill mengubahsuai belog.
kononnya, nak makin cantekk, sekali hambik kau!!!
nam jahanam jadiknya.

mama sedang berusaha keras tuk membaik pulih keadaan.
so, nak mintak tolong kat kawan2 semua...
mana yg perasan selama ni nama anak korang ada dlm bloglist mama.
tetiba takde, mintak tolong tinggalkan link kat entry neh.plizz!!!
dan pada penganjur contest yg mama sertai, mintak maaf byk2.mama cuba masukkan semula link belog kamu semua dlm bloglist mama.
kalau ada yg masih tertinggal, tlg bagitau.
maklumlah, mama ni pelupa sikit.manatau tercicir.harap maap yek!!!
so, mintak tolong sgt2!!!

p/s: so, kalo korang ada idea bernas tuk bantu mama masukkan bloglist semula.harap maklumkan di sini.Terima Kasih


love: mamazahra

Saturday, 3 April 2010

Baju Renang Muslimah

selamat berhujung minggu semua :))
apa kamu semua buat time wiken ni eyh??
kuar shopping??jogging??masak??tidur?? ni papa lah ni, kalo wiken jek, membuta.huhu

kami tak keluar ke mana pun sepanjang hari ni.
cuma keluar beli groceries, dan hantar cik Persona ke spa dan makan tengahari kat Solero Bistro.
mama ni wiken ke weekdays ke, tetap tak masak.
dapur tu, dah lama tak berasap.kihkihkih

niat nak masak ada, tapi bila angin malas dah dtg,Ya Allah tak boleh nak lawan dah.ekeke
satu hari dok ngadap tenet, walopon cik selkom laju2 lembab jek.hehe
mama dari pagi dok surf bendalah ni...
baju renang muslimah..
ekceli, dah lama mama dok usha baju renang baru.
yang ada tu, kakak mama belikan masa mama umur 16.
bukan dah tak muat, tapi agak menjolok mata.hukhuk.
dulu, mama tak matang lagi, kakak mama belikan.mama main sarung jek.janji kakak bawak gi wetworld or sunway lagoon.hikhik
sekarang ni, macam tak patut lak nak pakai.hehe
lagipun, lemak dah semakin terkumpul.ekeke
sejak dah kawen, kalau gi swimming or mandi2, mama pakai shirt dgn legging je.
cam tak seronok pulak.
tu yg gigih dari pagi dok surfing.heee :))
so, mama terjumpa satu website, kedai kat klang je.dekat sgt nohh!!
islamic baju renang milik matus.nak tgk klik sini.

mama memang berkenan sangat design cam ni...
dia ada byk kaler
grey
pink
hijau
biru

dan..mama berkenan sgt yg pink tu.
tapi, malangnya, design camneh dah TAK ADA.
dah sold out.sedihnyeee!!!huuuwaaaaa!!!

yang ada design sporty floral neh..
biru
cokelat
hitam putih
biru
hitam polka dot putih

mama tak berapa berkenanlah.corak fabrik dia cam pelik sikit.
so, kalau korang semua ada nampak design yg kat atas tadi tu, yang plain tu, tolong bagitau mama.
mama nak sgt beli.
kalau boleh, esok nak beli, boleh gitu!!!hikhik
dah tak sabaw nak ada sendiri!!!
mama bajet, RM150 sahaja. mama ni bukan isteri toke balak.so, paham2 jek la ye!!!

mintak tolong ye kawan2 :))

love: mamazahra

Monday, 22 March 2010

Personal Computer DELL Murah



huuuwwwaaaaa!!!
pagi2 dah nak menangis.
masuk jek opis pagi ni, dengan penuh semangat waja.serius punya semangat ni.lebih hangat daripada biasa tau!!ahaks~
nak mulakan kerja, nak siapkan audit assignment yang terbengkalai sekian lama.
tetiba!!!!


ON jek PC, kaler biru jek screen tu.huhuhu.apehal pulak ni!!


try 3,4 kali.OFF dan kendian ON semula PC tu, masih lagi biru.
apehal pulak neh??sapa pulak sabotaj mama ni???
adui, musnah harapan nak buat kerja. [yeyy!!!makan gaji buta lah hari ni sbb takleh buat keje.hoye!!hoye!!]
hallo, takkan tak nak buat keje???ingat ini kompeni, bapak hang yg punya???
sudahnya, mama menumpang PC orang lain.
nasiblah ada 2 PC kosong yang masih belum berpunya.hikhik
tapi, cam kurang bersemangat sikitlah sebab tak ngadap muka wajah2 kesayangan hamba yang ada kat wallpaper PC.


kalau tak ngadap muka pembangkit semangat, macam mana nak bersemangat buat keje???cuba jawap sikit.hadui!!!tension betul pagi2 dah diuji camni.


lepas try 3,4 kali masih jugak biru.putus asa dah.terpaksa gak call mamat IT tuk betulkan.


"biarlah yang pakar buat perkara yg sepatutnya"..hikhikhik


nak harapkan mama baca coding2 system tu, memang jangan haraplah.dah namanya rabun IT kan.hikhik


sekali, mamat IT datang, terus dihangkutnya CPU mama.huhuhu
rasa nak menangis je.huwwwaaaa!!!!


"wei, mamat IT.cepat sikit pulang CPU saya ye!!!saya dah sangap neh.nak update belog pun takde semangat sbb semua gambar dalam itu CPU tau!!!"



ini lah akibat beli PC murahan.hikhik :)
psst: mau sambung buat keje kat PC en.bakar.nasiblah en.bakar dah pencen.huhuhu.mood langsung takde neh!!



love: mamazahra

Monday, 15 March 2010

Hancur hatiku...

Ni cerita hari ahad 14-03-2010.
nak sangat apdet ahad gak, tapi almaklumlah seluruh kampung skang pakai wifi, so internet tersangatlah lembabsnya.paham2 sudaaaa....
berukben sangat tidak membantu.huhuhu
Ahad tu, syokk woo... bangun lambat.Lepas solat subuh membongkang lagi.papa sorang je yg jaga, tu pun sebab nak main facebook zynga poker.papa sekarang sedang ketagih main game tu.lantaklah..janji papa bahagiaaa....hehe
mama dengn zahra bergolek atas tilam sampai matahari tegak.hahaha
sangat tak senonoh kan??
sekali-sekala...bukan selalu dapat peluang camni...
kalau papa tak kejutkan ajak keluar gi "brunch", memang masih lena diulit intanlah mama agaknya.hehe
oleh kerana skip breakfast, teruslah lunch kat Solero Bistro.
menu sarapan pun dah langsai, menu tengahari yang ada.belasah lah..
brunch pun brunchlah, janji tak payah masak.muahaha
inilah keadaannya di Solero Bistro Jln Kapar dalam kul 10.30pg..
ramai gak yang brunch, bukan kami je tau.hikhik
budak kecik ni dah merengek2.. "nak nasik..nak nasik.."
dia ni memang kompom "anak jawa", tekak dia nak makan nasi je, tak kira waktu.huhuhu
roti canai ke roti bakar ke, memang tak dipandangnya walau sebelah mata.
Selepas enak mentekadarah.sampai bibir mama jadi bibir Angelina Jolie gara2 makan gulai cili api yang memang power, kami ke carwash tuk memanjakan cik Persona.
dah naik berdaki dah badan cik Persona.so, kami kasi cik Persona bermanja2 dengan mamat2 dari India tuh.hikhik
kami menunggu dengan setianya cik Persona dimanja2..hehe
Balik dari carwash, sempat layan TV dulu.kul 1, gerak gi wedding Adlee& pasangannya kat Taman Cempakasari, Bt 4 Jln Kapar.
dengarnya siap masuk paper lagi.Wedding 1Malaysia.Pak Najib yg rasmikan.Kalau nak baca lanjut pasal wedding Adlee klik SINI. Adlee ni bkn sape2 pun, anak Ketua UMNO bahagian Kapar je.Persandingan Adlee dengan 3pasangan lain.Pengantin terdiri daripada dua pasang pengantin Melayu, sepasang pengantin Cina dan sepasang pengantin India.
Gambar sepanjang kat kenduri tak amik pun sebab Adlee tengah bersiap masa kami datang tu.
So, lepas makan terus kami balik.
Balik dari wedding Adlee tu, papa ajak gi nonton Alice in Wonderland kat GSC, Summit.
Papa dpt tiket free dr HSBC.
so, mama dah siap2 bawak jeans & t-shirt.malaslah nak berbaju kurung masuk panggung.
hati berbunga riang nak gi nonton movie...
lagi2, dengan cinta hati saya..hehe
sampai tertidur anak dara saya..sian dia
tetapi...hancur hatiku...
full house dah cerita Alice in Wonderland kat Summit.mama ajak papa gi OU or MV sbb ada gak GSC kt sana.
tapi, papa takmo.takut jalan jammed dan takde parking.
so, kami balik je lah.
lagipun belum solat zuhur lagi.
Hancur hati sebab tak dapat nonton..huhuhu.tapi, papa janji nak gi Isnin.yeay!!!
pssst: Serius kecewa....dahlah Summit sangat tak terurus.dah 5tahun mama tak pergi The Summit.langsung tak bagus meintenance kat sana.teruk gila.betul tak?

love: mamazahra

Thursday, 4 February 2010

Tipah Tertipu

"Tipah tertipu, bang..."

"Bukan salah tipah, Ali tipu tipahh...huwaaa!!!!"

hikhik...poyo!!!

mama yang tertipu sebenarnya..huhu

tu lah, bila orang buat, sibuk jugak nak buat.

tak pikir panjang langsung, ikut je kata hati tu.

Padan muka!!!

nasib RM10 je yang terbang, bukan RM1000.hahaha

itu pun, nak kecoh ke kakak?? apadaa!!

mama bukan kena tipu nagn Ah Long ye, bukan jugak ceti haram.hehehe

cerita nya cenggini..

sila perhatikan betul-betul..gambar ni...
wall sticker ye, kawan-kawan, jangan tengok warna cat.
cat tu, dah 3 tahun tak ganti.hehehe
nampak lawo kan???sticker tu??
ye, cerita pasal wall deco neh.
punyalah gigih, tengok orang lain deco rumah ngan wall sticker, mama pun sibuk nak deco.
sekarang, tanggung sendirik!!
membazir duit je. nasib RM10 je, kalau RM1000, gigit jarilah jawabnya.hehehe
ok, kita zoom sikit!!!

wall sticker ni mama beli kat Pasar Stadium a.k.a Pasar Karat.
5sets wall sticker =RM10 sahaja.
so, 1set=RM2 sahaja.
kenapa mama cakap, mama tertipu???
sebab..
kat sticker tu, dia tunjuk sticker ni bleh tampal kat wall, sliding glass door, cermin muka, almari & kepala katil.
dah namanya, wall sticker, maka WAJIBlah boleh ditampal di dinding kan???
maka, mama dengan rasa terujanya menampallah wall sticker neh kat dinding hall.
tak sampai pun 1 jam, segalanya dah hampir tercabut.
dah terbukak-bukak sticker tu.
haduh!!hancur harapan.
rasa membazir je duit tu.huhuhu
nyesal tak dengar cakap papa.
degil sangat!!
inilah bahana nya..

p/s: kalo korang ada idea cane nk bagi sticker ni tak tercabut or korang nak bgtau mama mana nak dapatkan sticker yang bagus tapi murah, korang tinggallah komen eyh...mama nak sgt wall sticker yang murah&bagus.hehehe.ada ke masalahnya???




love: mamazahra

Wednesday, 23 December 2009

T.E.N.S.I.O.N

mama tengah tensen tahap gaban neh.
tensen amat sangat.
sampai tahap nak hempas barang.
nasib baik kt opis neh.
kalo tak, mahu dah mama hempas segala barang yang ada depan mata.
satu malam mama tak tidur dok pikir benda neh.
punyalah mama plan baik punye.
sekali jadi cenggini pulak.
last week, mama gigih carik baker tuk wat kapkek tuk bufday papa & anniversary kami.
semua belog kapkek,mama jenguk.
semua baker, mama tanya mana yang sanggup buat tuk amma.
mama memang prefer baker area klang or shah alam.
sebab aineh kan keje.
so, dptlah mama pick up pas opis hour.
dan dapatlah surprisekan papa tengah malam ni.
banyak kengkawan bagi suggestion.
majoriti baker area KL.
so, mama kena pick up kat KL.
jauh tuh, mama pulak FAIL area KL.
kalo ada baker area shah alam pun, tak reti nak design cam yang amma nak.
sekali, mama search kat yahoo.
jumpa satu baker dari klang neh.
boleh tahan gak lah hasil kerja dia.
tapi, dia tak bagi contact no.
hanya email.
so, mama start email dia.
alhamdulillah, dia setuju wat tuk mama.
dia confirmed nak buat,then janji akan email map tuk pick up kapkek.
then, sampai Isnin takde reply email dari dia.
mama cam tak sedap hati.
so, mama email dia Isnin tuh, 21-12-09.
tahu apa dia reply?dan bila dia reply?
dia baru reply email mama semalam, dia cakap:
"dia tak dpt email map tu sebab dia takde kat rumah,nenek dia sakit."
so, mama terus reply, boleh tak dia buat.
so, dia reply:"sorry, i can't make it."
kalo mama tak email, sure dia wat senyap jek kan.
mama tahu, nenek dia sakit.
at least notify la mama awal sikit.
bleh mama carik baker lain.
last minit camni, sape nak buat.
takde satu baker pun sanggup.
sedih sangat.
mama baru nak surprisekan papa tgh malam nanti.
sudahnya, lain yang jadi.
so, kena pikir alternatif lain la nampaknya...hukhuk :(
love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!