Showing posts with label Hari Rajin. Show all posts
Showing posts with label Hari Rajin. Show all posts

Saturday, 15 January 2011

Chef at Home

Salam Sabtu semua :)
korang sehat? mama masih batuk. ubat batuk dah makan, antibiotik dah abis, fisherman's friend lozenges dah sepaket habis tapi masih lagi batuk.seksa sesangat.
tak larat dah rasanya nak berlari gi bilik air buang kahak setiap kali batuk. tp hari ni batuk dah tak berkahak, tapi tekak terasa gatal. kalo boleh nak garu-garu jek kerongkong tu.ekeke
kadang tu, batuk punyalah dasyat sampai boleh terkencing lah. dasyat tak dasyat lah kan.hikhik

hari ni mama dah masuk 38weeks peknenkan lil DZ.masih belum ada tanda-tanda yang lil DZ nak lahir. dia masih syok dok dalam tummy mama kot. masih nak ikut mama ke hulur ke hilir.hehe
takpe lah, asal kamu sihat dalam perut mama ni, cukuplah. sampai waktu nanti, keluarlah dengan selamat ye!!!!
mama tak sabar nak ketemu kamu, wahai anak!!!
keperluan mama & kamu dah mama siapkan dan elok jek dok dalam kereta. sampai waktu nanti, senang.takde lah mama menggagau carik barang nak ke hospital kan.

sabtu macam ni, korang ada ke yang keje?mujurlah company mama&papa memang tak keje sabtu & ahad. cuma, kadang-kadang papa terpaksa kerja kalau ada barang urgent nak naik kapal sabtu atau ahad.redha jek la. kalau tak pun, papa ada kelas hari ahad cam last sunday,9/1/2011. tu pun kami kena redha jugak la...hehe

apa menu breakfast korang hari ni? mama breakfast nasi lemak kat kedai jek, manalah tahu next week dah bersalin. tak dapat lah makan nasi lemak cempaka sari tu. 2bulan tu, lama wohhh!!!hehehe

lunch plak korang masak apa? mama masak sup ikan merah dan bendi goreng cili. plan asal nak masak ketam cili, tapi takde pulak ketam kat kedai. so, bantai masak ikan merah. pastu mama ada beli sotong, kononnya nak buat sotong goreng tepung tapi cancel lah. banyak sangat lauk nanti, tak terhabis pulak kan.membazir jek.
so, mama gantikan sotong goreng tepung dengan puding jagung. boleh dijadikan dessert ye tak??

tajuk tu cam poyo jek kan???hehehe
sebenarnya, mama tak tahu nak letak tajuk apa. oleh kerana mama nak cerita menu lunch kami hari ni, makanya mama bubuh tajuk tu. bajet mama hari ni masak cam Chef at Home tu lah...hahahah
okeh, mempersembahkan...
menu lunch kami anak-beranak....

sup ikan merah....
ikan merah tu tinggal sekeping jek kat kedai sayur tu, tu yg bantai tambah tomato, carrot & cendawan, kasi semak sikit mama punya sup.hehe :D
 mama tak guna lada putih, mama ganti dengan lada hitam. bajet nak praktis makan lauk pantang lah ni.hehehe

bendi goreng cili yg sempoi :)
dan...

puding jagung yg extra lembik.ekeke


puding jagung ni maybe terlebih air kot.tu yg lembut jek. walaupun boleh dipotong but tak cun sangat lah. tapi, mujur masih boleh dimakan.hehehe

malam pulak, makan lauk balance lunch jek. malas nak masak. dengan batuk yg masih ada. dengan perut asek menegang, dengan zahra yang batuk selsema. tak larat lah wehh, bukan malas tau.hehehe

k, nerukben sangat slow. so, mama malas nak bayaw bil. lantak situ. kalo bayar pun dia lembab sama macam tak bayar, baik tapayah bayar.betul tak??hehehe

k, nak tidur awal lah malam ni. tata!!!

love: mamazahra ^__^

Tuesday, 16 November 2010

Cheesy Wedges style Sweetmama

wedges yang melimpah dengan cheese.yummehh!!!

inilah cheest wedges style sweetmama.
wedges buat seniri.
mama sendiri boleh makan abes sebiji kentang tau.hehehe
mudah jek nak buat neh.
tapi, tak dapek lah nak buat pejam mata kan.kang terpercik lak minyak panas.hehe
ayam tu lak, ayam drummet segera jek.
ni menu minum petang semalam dan hari ni.
2 hari berturut-turut makan cheesy wedges.
tapi, masih belum jemu lagi. dah kata, ch33sy lov3r kan.ekeke

mana nak dapat cheesy sauce tu?
mama mintak tolong kawan baik mama, Nadhra beli kat kedai frozen kat Banting.
mak mertua kesayangan dia yang recommend cheesy sauce neh.
memang terbaekkk!!!! tiada tandingan.hehehe
kiranya, cheesy wedges buatan sendiri ni lebih hebat dari keefsi la..
sos ni kena bancuh sendiri tau.bukan beli siap dah jadi sos.
beli dalam bentuk serbuk. pastu bancuh dengan air hangat. kacau sampai sebati.
dan dah boleh makan ngan fries atau wedges.
boleh dijadikan dipped sauce atau curah atas wedges jek.
mama lagi suka curah atas wedges, baru lah nampak cam kat keefsi.

selagi stok serbuk cheese ni ada, mmg takde lah nak ke keefsi, baik buat sendiri tuk anak dan suami. lagi sedap.
sajian kebahagiaan gitu!!



ok, gambar ni saje jek tepek. gambar PS tu masih lom mama terima lagik dari photog.
bak kata papa, benda free kan, janganlah ditagih. kalo orang tu nak bagi, dia akan bagi. kalo tak, tak payah. amik jek gambar sendiri, senang!!hehe


mama plan nak buat maternity PS. masih mencari tarikh sesuai. dah call my febret photog, tapi dia cam bz jek.
hope dpt buat before deliver lil DZ....


love: mamazahra ^__^

Monday, 8 November 2010

Oreo Mini Cheesecake ala sweetmama

Jumaat time Deepavali tu.kan mama ada ckp kat entry INI nak wat oreo mini ciskek kan.tu pon kalo rajin kan.
so, mama wat gak la Jumaat tu.
papa kan takde, dari tak buat apa-apa aktiviti yg berfaedah.mama buatlah ciskek ni.
resepi ambil diSINI, "sorry kak seri...norly cilok resepi akak..."
rupa ciskek mama, tak seAYU ciskek kak seri, sebab tu mama bubuh ala sweetmama.kirenya, ala mama lah tu.
rasanya dah ikut sebijik-bijik instruction kak seri, tapi still tak menjadi gak.
walopon rupanya tak berapa nak cantik berseri, tapi rasanya memang sedap.
lepas ni, nak buat lagi sekali.prektis mek pefek kan..hehe


inilah rupa ciskek sebelum dihiasi biskut oreo...


bubuh oreo kasi cun sikit :)


dah setel bab bakar.
skang masa tuk sejukkan dlm fridge.


sebenarnya, dlm resepi kak seri adunan tu tuk 12bijik je.
tp mama buat dpt 17bjik sbb papercup mama saiz dia kontot jek.hikhik
agaknya, sebab tu lah tak menjadi kan??pepandai alter ikut suka-suki mama.egege



love: mamazahra ^__^

Wednesday, 3 November 2010

Kisah si Ahad pulak

Alahai, dah hari Rabu baru dapat update cerita Ahad.
kat rumah, tenet signal manjang poor bila malam.
kat opis, blogspot dah kena banned.
so, no blogwalking di siang hari. which is bagus lah kan, dapat concentrate wat keje. ye lah sgt kan.
padahal banyak jek lagi surfing tenet.ekeke
asal malam jek, niat bergelora nak update blog.tapi cik selkom sgt lah menyakitkan hati.
asal nak upload gambar jek, "internet explorer cannot be displayed".
mahu tak hangin satu badan?
langsung hilang terus mood, baik tidur bersama yang terchenta.ye tak??
okeh, Ahad tu papa cancel study group sbb dah buat Sabtu.melampaulah kalo setiap wiken ada study group kan. sampai terabai anak bini.not good not good.
so, Ahad ni santai jek kat rumah.
kul 9 layan citer indon. Lost in Love.layan gak.hikhik
kul 10lebih, pas papa bangun tidur terus bersiap gi K4.
gi shopping groceries. tak beli banyak pun, beli mana yang dah takde jek.
dah alang2, papa suruh beli sekali lauk tuk masak lunch.
pas shopping, makan time.kebulur dah wehh..kul 11 lebih dah time tu..

K3K Benta Kaya Kopitiam.
satu-satunya kopitiam yang terdekat. ada gak OTWC kat area bangunan Naza jln kapar, tapi dah alang-alang ada kat K4 kan, bedal jek la.
papa tak berapa suke makan kat kopitiam, mahal katanya.tak berbaloi.abes berbelas ringgit tuk bekfes jek.hehe
sekali-sekala, tak pe kan..

budak kecik ni, sesampai dah menangis.
sibuk nak bukak honeystar yg dia beli kat K4. pastu sibuk nak baca buku yg baru beli gak.
geram jek.
mama dah lah tgh lapar, dia menangis pulak. papa lah kena pujuk.

kopi ais tuk amma, dah teh panas tuk papa.
hitam pekat kan kopi tu??? sedap.kaww banget!!!

roti bakar.makan berebut 3 beranak, mmg lazat.ekeke :P

half boiled Omega egg.yummehh!!

mood budak ni dah makin baik. tabik springggg!!!

nak pujuk budak sorang ni senang jek, sumbat jek botol.senyap lah!!

papa menikmati sebiji telur setengah masak.sebiji lg, mama dah bedal.heee :D

muka orang gembira sebab dah kenyang.
balik umah. lintang-pukang masak sorang kat dapur sbb papa & zahra gi opis papa jap hantar kunci opis.pastu merayau carik cendol & hantar gi umah PIL.

mama masak sowang-sowang, tak aci kan??
apa menu mama masak??
mama masak siakap stim, papa yg request sbb papa nak hantar barang sekor ke umah PIL.

bahan2 tuk siakap stim. mama gantikan nenas ngan tomato.kasi masam-manis sket.
bahan takde dlm gambar, siakap 3 ekor, halia hiris panjang2 & pati ayam knorr dan bahan perasa

inilah menu kami lunch Ahad tu... siakap stim, sawi goreng cendawan, wedges & ayam drummet Ayamas.
kasi fokus sikit...

siakap stim ala mamazahra

sawi & cndawan tumis

ayam drummet & wedges buat seniri.
pas makan, melepak.

kul 4lebih, kami gerak ke Jusco bukit raja tuk beli hadiah tuk baby aleesya, dah plan ngan schoolmates nak jenguk baby aleesya.
schoolmates yang join, zura lias, ana farhana, hasiah & mama sefamily.

sementara menunggu geng bas sekolah kat Petronas, Tmn Rashna.

peace yo!! dari Zahra

peace lagi :)

yo!yo!!

mama muka dah masam, menunggu hampir 40minit.sempat solat Asar kat petronas tu.hehe
dan...


inilah baby aleesya, anak kepada classmate mama, Siti Aisah Zainuddin & Firdaus...
comel kan???

tu jek kisah si Ahad..hehe




love: mamazahra ^__^

Thursday, 28 October 2010

Simple Birthday Party tuk Nur Dhia Zahra

dah berkepam gambar besday party zahra yg simple neh mama perap.
sampai sebati semua rasa dan bau.hikhik
gambar semua takde watermark sbb gambar ni straight amik dari phone.
memula mama tak plan pun nak buat besday party tuk zahra.
tapi, sebab insiden yg berlaku dihari jadi zahra tu.
maka, mama buat lah jugak party yg simple tuk meraikan besday girl ni.
mama buat Sabtu 23.10.2010 lepas solat maghrib.
memula cuma nak ajak family ibuzahra, andak,kak hendon dan kak ngah mama jek.sebab derang jek lah yg duduk dekat-dekat rumah mak.
lagipun, mama tak larat nak masak banyak sangat.
tapi, papa suruh jek jemput adik-beradik mama yang lain.so, last minit tu mama jemput jugak.
makanan yang mama sediakan pun simple jek.
dah kata, simple party kan...

ni lah menu tuk hari tu..

wedges buatan sendiri & nugget ayam, cicah ngan sos cili & mayonis

bihun seafood yg mama masak sendiri jugak


satay yang mama beli jek kat DIY satay

chicken spagetty masak sendiri

big apple donut 12pcs

lengkung agar-agar sirap dan tembikai [dah abes dikerjakan zahra dan abg2 sepupunya ptg tu jugak.hikhik]
gambar besday girl.happy 3rd birthday sayang!!!mama love u so much.mmuuaahhh
[gambar gelap sbb amik guna henpon chokia.gambar yg terang sket ada dlm kamera abg ipar mama.ntah bile dia nak bagi ntah.hehehe]

pecan butterscotch,secret recipe tuk besday girl.yummehh!!!

mama,adik baby,BIRTHDAY GIRL dan papa :)

Zahra dan nenek

antara tetamu yg datang...kak hendon dan anak2,aminin&aula, family ateh dll

ibu zahra, andak nora & andak awi...

gambar lain, lenkali mama update lagi.
tgk gambar gelap gelita jek, dah hilang mood nak tepek.hukhuk

 



love: mamazahra ^__^

Monday, 6 September 2010

Ramadhan 25&26

wiken semalam, sangat busy.
penuh dengan aktiviti.
sabtu, pagi-pagi lagi mama dah start buat cookies raya.
mula dengan semprit.

sowi, gambar ikhsan dari, pakcik yahoo.
mamanya semprit kaler pink kesukaanku.dan bubuh manik-manik urai kalerful.
mama buat sebalang kecik jek semprit ni, tak larat nak menekan adunan tu dlm acuan.
then, mama buat hazelnut ball.
ni 1st time mama buat dan tidak mengecewakan.
mama bubuh extra hazelnut.so, memang terasa.

then, celup dalam coklat compund milk chocolate.
mama tak guna coklat masakan, lagi suka coklat compound sbb dia guna lemak sayuran.
perasan tak separuh guna choc rice yg kalerful, separuh lagi guna manik2 kalerful??
manik2 tu lebihan mama buat semprit & cornflakes coklat, mama suruh papa beli lagi kat kedai.
sekali, papa beli choc rice kalerful tu gara2 takde kat kedai yg papa gi tu dan papa malas nak gi kat kedai lain.so, belasah jek lah..

lepas zuhur lak, kami keluar ke shah alam tuk shopping baju raya pulak.
memula, gi Jakel shah alam.jumpa baju papa & mama jek.tapi, tak jumpa yg sedondon pun.mama amik yang sipi-sipi nak sama, belasah jek la.hehe
then, gi SACC mall tuk cari zahra punya baju kurung.pun tak samapa ngan mama, cuma sipi-sipi jek.huhuhu
pastu, papa ajak pulak ke alam sentral.cari tudung raya.
macam nak patah kaki rasanya.
mama sempat beli sehelai tudung kat booth kakak sedara mama, untung sebab dia bagi diskaun.hehe
petang tu, jalan jem gila.
plan asal nak berbuka kat Afnan tomyam, tapi dah fullybooked.takde kosong langsung.huhu
nak balik umah memang tak sempat, so terus gerak ke rumah kak ngah berbuka kat sana.
kebetulan, endek ngn mak pun buka kat sana.
mama sempat beli lemang jek.tu pun, tinggal sebatang jek, rendang pun dah licin.huhu

dan, Ahad lepas solat subuh kami bantai tidur lagi sebab hujan turun.
kul 9, papa kejutkan ajak gi jalan-jalan kt pasar stadium sek.13.
so, bangun mandi dan bersiap laju-laju.
sampai kat pasar kul 10 pagi, parking pun dah fulled.
nasib ada gak space tuk kami.
tak round abes pun pasar tani tu, sebab dah tak larat.
tu pun, sempat sambar jeans tuk papa jek.
tahun ni, kami shopping ala kadar jek.
selalunya, papa beli jeans & baju kasual 2 atau 3 pasang.tapi, tahun ni beli sehelai jek.
zahra ngn mama pun sama, beli sikit-sikit jek.tak beriye cam selalu.
sesampai rumah jek,terus gigih grooming hall & bilik tidur kami.
pasang langsir, lap kerusi meja, basuh cermin tingkap,lap perhiasan & mop lantai.
sapu, vacuum & mop lantai sememangnya keje papa.
pastu, terus pengsan.hehe
lepas zuhur, mama start buat choc badam&cornflakes cookies.
sebenarnya, ni kes nak menghabiskan stok bahan cookies yg ada.
mama campur badam, hazelnut&cornflakes.
maka jadilah cookies ni..
belum pun sempat bakar cookies ni, papa ajak gi rumah along mama.berbuka kat sana.
so, lepas masukkan dlm cup, simpan dulu dan terus gerak gi umah along.
tengok, muka mama sememeh jek sbb keletihan.
budak baju merah tu ceria jek, sbb dia tak puasa.hehe
tengok, betapa seksinya budak tak puasa neh...bersungguh nak pakai short walopon dah dipujuk suh pakai seluar panjang.
sekarang ni, zahra dah memilih baju sendiri.so, mama & papa kena ikutkan jek.kalo tak, mengamuk.
balik dari umah along kul 10, beriya along pujuk suruh tidur sana tuk sahur sama-sama.
tp, memandangkan isnin keje.maka lupakan jek la.
balik rumah, terus terbongkang.
pagi tadi bangun sahur, terus panaskan oven & bakar cookies sambil panaskan lauk tuk sahur.
mujurlah dapat "monjong" dari kak watie & ateh.tak payah susah-susah masak sahur.hikhik
dan inilah hasil cookies mama...
setakat ni, inilah stok kuih raya mama...
perkenalkan..dari kiri, semprit pink, choc chips rangup, cornflakes chocolate, rempeyek & choc badam cookies.
hazelnut ball mama susun tempat lain.

kalo rajin, nak buat makmur lak esok atau lusa.doakanlah mama rajin yee!!!
korang buat gak cookies ke??ke beli jek??kuih tart jem.ini kes malas nak buat jem.tu yg bantai beli jek.hikhik

love: mamazahra ^__^

Menu Berbuka Ramadhan 23

Khamis lepas, mama dok jerit-jerit kat FB bagitau nak masak ayam merah requested by papa.
so, petang tu pas gigih buat biskut raya, mama rajinkan diri gak masak ayam merah & nasi himpit walopon macam nak pengsan sebab kepenatan buat cookies conrflakes chocolate.
lately, nasi yg masak seniri kat rumah, susah betul nak masuk kat tekak ni.
kalo makan kat luar or kat umah sesapa, sedap pulak nasik tu masuk kat tekak.ngengada tul lah tekak mama ni.tu pasal mama buat nasi himpit.
tp, punyalah malas nak ke kedai beli sayur tuk masak sayur campur.
so, amma masak ape jek yg ada dalam peti ais.
so, mama bedal goreng buncis+cendawan.belasah jek la.
walopon kureng kena lauk aritu.ekeke

pastu, dlm penat2 tu rajin gak mama wat dessert tuk berbuka.
honeydew sago.
ni semua gara-gara ternampak menu berbuka ni kat belog filla mama kasihs.
kebetulan, ada plak honeydew dlm peti.
maka, jadiklah dessert ni.
sedap dan mudah nak sediakan.


love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!