Showing posts with label Cuti2 Pantai Timur. Show all posts
Showing posts with label Cuti2 Pantai Timur. Show all posts

Friday, 20 May 2011

Berita Gembira :)


Yeyyyy!!!!last day keje kat Kuantan.
smile kat atas tu menggambarkan perasaan mama. walopon hakikatnya lebih dari tu. senyum tu tak berapa nak real lah...hikhik
perasaan mama sekarang ni berbunga-bunga cinta riang gitu.
best sangat!!!!
rindu dah tak tertahan....
mulut ni dah asek dok sebut jek tentang papa & anak-anak. sampai rasanya naik bosanlah opismet mama mendengarnya. hahaha
punyalah excited.
abes jek keje tadi, terus packing barang.
dah letak siap-siap tepi katil.hahaha
see, punyalah excited.heeee :D

kalo ikutkan hati nak balik malam ni gak, tapi tumpang opismet kan.so, kenalah ikut time dia.huhuhu
ini pun, dah baik punya nego ngan dia. dapat gak nak balik pagi-pagi.yesss!!!lebiu lah Kak Siti.mmuuuahhhhhh!!!!nanti yana buatkan tiramisu kek tuk akak eyh.hehe

rasa macam dah tak boleh tidur jek.
kangen sangat dah...

kalau nak tahu...
macam ni lah sekarang muka mama...


^



^



^



^



^


happy kan???heheheheh
semoga perjalanan esok dilindungi Allah, dan mama dapat memeluk erat semula anak2, papa dan mak mama.
rindu sangat-sangat!!!!
sampai rasa nak menitik airmata lah...hukhuk


mintak kowang doakan mama selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta dengan sihat dan selamat eyh!!!!


p/s: baru lepas dinner kat "the best murtabak in Pekan town", Murtabak Mengkasar cawangan Kuantan. but, unfortunately rasanya dah tak sesedap 2 tahun lepas.but, Thanks Firdaus a.k.a our auditee belanja makan :)




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Monday, 16 May 2011

Makanan Pantai Timur

Sepanjang seminggu lebih dok kat Kuantan neh, ada makanan yang jadik febret mama...
mama tatau lah, bagi orang lain kan.tapi bagi mama, makanan ni bagi hari-hari pun takpe. sedap!!!hehe
[ni kalo Asyrani baca neh, dia mesti cakap.."kak yana ni takde benda yg xsedap.sumenya sedap.kalo namanya makanan, sume sedap jek kat tekaka dia".ekekeke]
antaranya yang mama suka time kat Kuantan ni...

1. Sata atau satar


mama tatau mana yang betul.
ada setengah tempat kat Kuantan ni, derang tulis SATA. tapi, kalo kat kemaman derang tulis SATAR.
tak kesah lah, yang penting sedap.
tapi kan, ada satu tempat mama beli kat Sg Karang, Kuantan ni. TAK SEDAP langsung. bile gigit sata tu, rasa kelapa jek.langsung tak rasa ikan.
pehhh!!!sedap..lagi-lagi kalo makan panas-panas...

fuhhh!terbaik lah... sata paling sedap, mama rasa kat Kemaman.kat area Masjid Geliga kalo tak silap mama.hehehe
ye lah, setahun sekali jek kan gi Kemaman.hehehe

cer tengok isi dalam dia...terbaekkk!!!

bila gigit jek, ada rasa kelapa, rasa ikan dia.bila tergigit cili tuh, pehhh...terbaikkk...best!!!!

2. Keropok Ikan Segera

ni memang mama suka wat kudapan. sambil buat keje kat opis, sambil kudap keropok ikan ni.memang terbaekkk!!!
tapi kan, mama suka yang tebal-tebal.tak suka yang nipis. kalo makan yg tebal tu, baru thrill.sampai sakit langit-langit mama.tapi, tetap suka nak kudap.hehe

3. Keropok Lekor
kalo gi Pantai Timur ni, tak sah lah kan kalo tak makan keropok lekor. tapi kan, keropok lekor yang paling sedap kan, kat Pantai Cherating. makan panas-panas tepi pantai, memang sedap.makan banyak pun tak perasan.hehehe

rangup jek keropok dia, lembut lak isi dia.pastu cicah lak sambal yang pedas manis.pehhhh!!!hingga menjilat jari...

4. Nasi Dagang
kalo kat Kuantan ni, febret mama Nasi Dagang warung B12. memang terbaik!!!
dia punya nasik tu lembut jek, ikan gulai dia lak tak hanyir pun. acar dia pulak, tak masam sangat.sedap lah pendek kata.
kalo nak carik warung ni, cat dia kaler hijau. bawah pokok besar kat area Pantai Balok gak. kalo dari Kuantan, warung ni belah kanan.


5. Ikan Bakar & Seafood
kalo gi Pantai Timur ni, rugi lah kalo tak bedal seafood or ikan bakar kan..sebabnya, seafood dia memang besar n fresh.
kalo gi Kuantan, tempat febret mama...

Ana Ikan bakar Petai


walopon mama tak makan petai, tapi mama makan ikan or seafood bakar dia...pelik kan??

mama alihkan ketepi petai dia, bedal jek ikan & seafood dia. memang sedap. cicah lak ngan cili dia. memang sedap.
kalo korang gi Kuantan, try lah!!!

6. Nasi Ayam
sepanjang seminggu lebih ni, dah 2 kali mama makan Nasi Ayam Ain.kat area Balok gak.sebelah jek ngan KFC.
sedap nasi ayam dia tau. nasi dia lembut, ayam dia pun lembut, sambal dia pedas-pedas-manis, tapi sup dia kureng skit. banyak sangat aras stok ayam.

sepanjang kat Kuantan ni, banyak sangat mama nampak signboard mee calong. tapi mama lom pernah try lagi.
mama ni cerewet sket bab sup. takut tak sedap. so, lom penah try lagi.
korang pernah try ke?sedap ke?
tapi, nak gak try sebelum balik Klang.


ok, itu jek nak story ... sonok gak kan, cerita jalan-jalan cari makan. semangat dia lain macam kan.hikhik


apa pulak nak makan esok eyh??
esok cuti Wesak Day kan, apa plan korang? mama tatau nak kuar gi mana kat Kuantan ni.
selain Air Terjun Sg Pandan, apa lagi tempat best kat Kuantan eyh?
kat Kuantan ni, ada tak tempat cam uptown tu?kalo ada, kat mana eyh?? nak jalan-jalan cuci mata, ye lah,gaji lagi 2,3 hari. poket dah kering.hehe
kalo banyak duit, boleh gak shopping kat East Coast Mall kan. happening sikit.tapi, itu kalo banyak duit lah. kalo takde duit, mana yg best nak jalan-jalan??




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Tuesday, 10 May 2011

Lintas Langsung dari Pantai Balok,Kuantan

Mama,papa,zahra dan zharif dah ada kat Kuantan ni since Ahad lg.
Bertolak dari Klang kul 3.30ptg, berhenti kat hentian sebelah Maran jap gi buang air, pastu berhenti solat kat Petronas Kuantan, then terus straight sampai resort kul 8malam.
ekceli, jalan tak jammed pun.cuma kat pusat bandar Kuantan jek traffic a bit slow.pastu clear dah jalan.
cuma papa bawak slow & steady jek.hehe
check in kat De Rhu Resort. kenapa pilih De Rhu?nape tak pilih hotel yang lebih selesa?sebab....
nak dekat dengan tempat kerja, mama audit kat area Kawasan Perindustrian Gebeng. so, tak sampai 1/2jam pun dah sampai opis.
Ahad lepas check in tu, terus keluar gi tapau makanan.badan dah letih, Zharif pun dah start merengek.so, lagi selesa makan kat bilik hotel dari kat kedai.
kalo dok kat area Pantai Balok ni, toksah risau bab makan lah.sebab pe? sebab kedai makan berderet-deret sepanjang jalan.pilih jek mana yang berkenan, sedap atau tak, ikut tekak masing-masing.
Ahad tu, kami tapau nasi+tomyam+kailan+air kat Patani Seafood.boleh tahan lah.perut tengah lapar kan, tolak batu ngan kayu jek.ekeke
Isnin malam lak, kami+kak siti & practical student, Ameerah gi makan malam kat Tanjung Lumpur. kat Ana Ikan Bakar Petai lah, kat mana lagik kan nak gi.tu jek yg paling best kot kat tekak mama.hehe
malam ni plak, kami layan kerang bakar kat Patani Seafood. bukan kedai yg sama Ahad tu tau.hehhe.nama jek lebih kurang.hahaha
tapi kan, makan kat Kuantan ni masih tak dapat lawan makan kat Klang, especially Afnan batu belah lah.hehe.tomyam tak power langsung.heee :D

lunch memang tak banyak pilihan lah kat Kuantan ni, mama tahu a few jek hot spot tuk lunch, ikan celup tepung & nasi kandar pelabuhan kuantan, mee calong Pantai Balok.itu jek, selain tu, mama lagi suka makan fastfood like Pizza Hut, McD, KFC, Johny's & etc. yang semua ada gak kat Klang.hikhik.
wahai orang-orang Kuantan, silalah bagi sikit klu mana nak terjah tuk lunch & dinner.mama ada seminggu lebih lagi nak stay kat Kuantan ni.hukhuk

sepanjang 2hari stay kat Kuantan ni, lom berkesempatan nak lunch ngan papa&anak2 lagi. mama gi lunch yg kak siti & ameerah jek sebab keluar dari opis kan.papa lak gi lunch ngan anak-anak. sepanjang seminggu ni, papa jadik Mr Mama lah.hehehe.tapi, hebat gak papa, boleh jek handle budak berdua yang banyak ragam neh.hehehe

ok, nak rest.letih ar badan,especially kaki.


p/s: sedih, next week terpaksa berpisah ngan buah hati mama...papa, zahra & my lil hero, Zharif.hukhuk

Friday, 12 March 2010

Cuti2 Pantai Timur : Day 3

Ahad, 28-02-2010, Kuala Terengganu
Trip "Jommm!!!2gather2 di Pantai Timur" : Day 3

Ahad tu, kami kumpul kat lobby kul 8pg tuk gi breakfast.
Kami breakfast kat kedai makan area Felda Residence gak.
Tak ingat apa nama kedai tu, sebenarnya tak ingin nak ingat pun.hehe
makanan kat kedai tu, serius tak menepati citarasa tekak mama.
macam2 kami order, tapi takde satu pun yang boleh dikategorikan sebagai sedap.
mama makan nasi dagang.tapi tak sehebat nasi dagang Pantai Balok tu.memang TERBAIKK!!!
papa makan nasi lemak, pun tak sedap.
Zahra pulak makan roti canai telur, kuah kari dia langsung tak sedap.
Kak CT order lontong, pun dia cakap tak sedap.
mama rasa gak pulut kuning dia, langsung tak membuka selera.
mama ada tapau kuih apam tuk Zahra, pun tak memberangsangkan.
pendek kata, semua tak sedaplah.[ampun ye org2 KT.hukhuk]
mama order teh tarik kurang manis, bila minum.pehh!!manis macam madu.
apa tauke kedai tu, ada kilang gula ke???hehe
so, kesimpulannya...mama memang ditakdirkan kahwin dengan orang Klang, bukan orang Terengganu.Sebab selera org T'ganu tak memenuhi selera mama.huhuhu

Lepas breakfast terus je menghala ke Pasar Payang.
ni acara yang paling best dalam aturcara trip kami.muahaha
tuk ke Pasar Payang(PP), kami melalui Felda Residence sbb PP tu dekat je dengan hotel.

Betul2 seblah hotel, bangunan kerajaan, sebelah tu pulak Hotel Seri Malaysia,KT.
pastu barulah menghala ke Perkampungan Cina...

Dan..disitulah letaknya Pasar Payang...hehehe :)

Gambar semasa shopping adalah TIDAK DIBENARKAN.sebab akan memaparkan contoh yang tidak baik.hikhik
lepas shopping, balik hotel la.pack barang, sebab akan check out kul 1tghari.
sementara mama packing barang, papa tidur, zahra pulak buat onar.huhuhu

[ni budak yang buat onar tu.hahaha]

[sila fokus kt bdk yg tgh buat kacau tu.abaikan mama yg kaber cun tuh.hehe]
Kul 1pm, kumpul kt lobi.
sementara tunggu ketua rombongan uruskan urusan check out, mama dan papa baca paper.

Zahra?ntah mana..hehe.dia sebok kehulu-kehilir ngan pelampung kesayangan dia tu.haha

[Felda Residence, KT]

[bentuk bangunan felda residence dari simbol pucuk kelapa]

[inilah ahli rombongan..hepi oo muka memasing]
meh mama perkenalkan...
barisan paling belakang dari kiri: Asyrani, Anis,Shafiq, En.Iman, En.Bakar & wife dia tak nampak pun.hehe
barisan kedua dari kiri: papa, mama, Kak Ayu, Alia, Sheila,Inas & Kak Siti]
baris depan: Zahra dan pelampung, Batrisya & Zaki

[dia nak duk depan pulak..layankan je]

[papa..pemandu setia mama :)]

[co-pilot papa tuk selamanya :) ]
Lepas checked out, kami gi lunch kat Pantai Batu Burok, Nasi Ayam Yunnan.
Lapar punya pasal, licin abes.hikhik
Pastu, singgah pulak tepi pantai...

orang lain gi tepi pantai, mama layankan anak papa gi main buai.
macamlah kat Klang takde buaian.huhuhu

[layan perasaan pulak dah...]


tak cukup buaian, slide wajib gak naik..tak layankan nanti, mengamuk.jenuh nak mujuk.huhu

cantik kan Pantai Batu Burok??mama dapat amik gambar dari jauh je...
tak sampai pun 15minit kat situ, terus gerak balik Klang.

Selamat Tinggal Kuala Terengganu.babai, jumpa lagi :)
OTW balik, singgah beli keropok lekor 008 Kelulut.

Sementara tunggu ahli jemaah rombongan yang lain, mama snap pic kat tempat parking.
Depan laut je, BEST!!!

cantik...

Teruskan perjalanan lagi dan berhenti solat kat TMC Mall, kat Paka kalau tak silap mama.
salah, harap betulkan ye warga Terengganu.huhuhu

"Jauh perjalanan, luas pemandangan..."
Destinasi hentian terakhir sebelum sampai Klang adalah Kemaman.
Kami singgah makan sata kat Kedai Aziz Satar...
tapi, bukan Aziz Satar pelakon tu tau...
Derang panggil sata sebagai satar..hehehe

dan...setelah mengharungi Lebuhraya Pantai Timur, akhirnya kul 12.15mlm baru sampai Our Lil Sweet Home.
lama betul perjalanan sebab jalan dah mula jammed.
memasing nak balik KL gak kan..
maka, dengan ini..saya mengumumkan..TAMATlah kisah Percutian kami ke Pantai Timur...
p/s: gambar2 dari kamera lain akan amma update kendia.wassalam :)
p/s 2: nest trip kemana lak ye???Cuti2 Utara ok dak???




love: mamazahra

Wednesday, 10 March 2010

Cuti2 Pantai Timur : Day 2

Sabtu, 27-02-2010.
Pagi tu, kami check out Fantasia Beach Resort kul 8pagi.
kumpul kat lobby kul 8.
payah betul nak bangunkan Zahra ngan papa.
mama dah siap kemas barang, barulah memasing nak bangun mandi.
masa tunggu nak pulang kunci, mama nampak ramai gak artis tengah breakfast.
derang ada shooting agaknya.
mama nampak Aida ARis, Badrul Muhayat, Khairil Anuar & pelakon budak yg mama tak tahu nama.hehe


si budak kecik yang susah betul nak mandi pagi.hehe

mak ai, sungguh tak senonoh.bleh plak korek hidung.hehe

tapi kan, FBR ni memang kami black listed lah.
masa nak serah kunci, tuh jenuh menunggu receptionist.
dekat 1/2jam gak lah, tak muncul2.geram je.
yang paling geram, En.Iman try call resort tu boleh je la telefon kat meja receptionist tu bunyi.
so, maknanya takde orang pick up lorr.huhu
sudahnya, kami tinggalkan je kunci atas meja receptionist.
kalau hilang, padan muka.ahaks

Lepas check out, terus gerak gi breakfast kat area Pantai Balok.
ada satu gerai tepi jalan kat belah kanan jalan.
tak ingat apa nama warung tu.
tapi, nasi dagang dia memang TERBAIKKK!!!
orang jawa cakap, "cap jempol".hahaha
dia punya kesedapan tu sampai kita tak ingat nak ambik gambar pun.
korang bayangkan jek la kesedapannya sambil telan air liur.muahaha
tapikan, bukan nasi dagang dia je sedap, n.minyak, pulut kelapa, roti canai & air dia memang mabeles.
Pasti puas hati.nak promote pun susah sebab tatau apa nama warung tu.
sepanjang tepi jalan tu memang banyak gerai.
yang mama ingat, depan gerai tu, ada rumah 2 tingkat yang berpagar.
kami parking betul2 depan rumah tu.
nanti, kalau mama turun Kuantan lagi.mama make sure mama tanya makcik tu apa nama kedai dia.hehe

lepas mentekedarah, haruslah teruskan perjalanan "Jomm!!!2gather2 di Pantai Timur" ke Kuala Terengganu.
Destinasi kami seterusnya...

kali ni En.Bakar pulak lead the rombongan.hehe


cayang mucuk mama :)

benti jap kat petrol station.memasing nak membuang apa yang tak patut dok dalam pewot.hehe
lihatlah dunia, pipiku yang semakin gebu saban hari.muahaha


Zahra lagi...


papa jenguk anak dara dia...
Kami jejak Kuala Terengganu dalam kul 12lebih.
letih wo, jauh betul perjalanan. walaupun papa yang drive, tapi mama penat tau. bangun, tidur, bangun, tidur tapi tak sampai2.hehehe
masa sampai kat depan Masjid Tuanku Zahirah tu baru perasan kereta yang ada sticker "jomm!!!2gather2 di Pantai Timur" dah takde.huhuhu
nasib mama terjaga, dan tanya papa mana kereta yang lain.
rilex je, papa jawap "ntah, tak perasan.kat belakang kot"
mama pun gelabah, check henpon.bleh je papa tak kejut mama masa henpon bunyi.
elok je ada banyak misscalled dari En.Iman & Anis.
rupanya derang masih ada kat belakang.
derang singgah petrol pump, tapi papa laju je.huhuhu
so, tunggu yang lain sampai barulah teruskan perjalanan ke destinasi kami seterusnya...

Kat Kuala Terengganu, destinasi pertama kami Taman Tamadun Islam(TTI).



susah gaklah nak ke TTI tu, nasib Asyrani ada GPS.
senang sikitlah walaupun terpaksa U-Turn 2,3 kali.muahahaha

apa yang ada kat TTI tu???sila klik SINI.
kalo malas nak klik SINI, meh mama bagitau apa yang ada..
Destination: Monument park
– Convention Centre
– Crystal Mosque
- Guest House
– River Cruise
– Beteng.
banyak2 places of interest yang ada kat Monument Park tu.kami masuk MPCC, Masjid Kristal dan makan kat Beteng je.
yang laian2 dah tak larat.penat, lapar & dah panas terik.

[amik gambar kat Pintu masuk Monument Park]
tiket nak masuk, mama tak ingat bape ringgit.kalau tak silap,RM25/adult.
sebab semua pakai duit trip, ketua rombongan (En.Iman) yang bayar.hehehe

Bbeteng...ada cruise, gift shops & cafe.
masa nak masuk MPCC tu, kami diberi passport.
passport tu akan dicop pegawai bertugas.
tiap kali datang kat TTI, kena bawak passport tu tuk cop.
kalo 3kali datang, akan dapat diskaun tuk next trip.
tuk jalan2 dalam monumen park tu, guest leh naik basikal atau naik tram.
kalau naik tram, kena bayar tambahan RM3/pax.
kalau datang waktu pagi or petang, OK la sikit nak cycling kan.
ni panas terik, tak koser.naik tram sudah.hehe

tunggu turn nak naik tram.stesen menunggu tram adalah monumen Masjid Negara.


[dari kanan: Shafik anak En.Bakar, Asyrani,Papa dan Zahra]
ada banyak monumen masjid dalam MPCC tu.tapi, mama tak bubuh semua la ye walaupun amma amik gambar semua.
kalau kamu semua nak tengok, better gi sendiri la.hehe

[ni Masjid apa??mama tak tahu apa nama, yg mama tahu Masjid ni dibina kat Brunei.lawo masjib neh, berkubah emas lagi tau!!]
dan, kat bawah ni bangunan apa???kalau tak tahu, mama babap tau!!!
inilah Taj Mahal, sayang oii!!dibina kat Agra, India oleh Shah Jahan tuk Mumtaznya.
Romantik gitu!!!
cantik Taj Mahal ni.kat Taj Mahal, kami diberi kesempatan menonton video sejarah pembinaan Taj Mahal.kagum dengan Shah Jahan...

[inilah Shah Jahan mama, En.Zahari."bila nak bina Taj Mahal tuk saya plak, B??" ]

[3 of us...di Taj Mahal kami.hikhik]

[sementara menunggu tram tuk ke monumen seterusnya.posing jap :) ]

[turn papa pulak :P ]

[anak dara ni tak semangat nak amik gambar depan Taj Mahal, lebih teruja dengan air pancut neh.nanti papa buat fountain tuk Zahra ye,sayang!!!]


Masjid yang macam seruling ni, masjid Samarra kat Iraq.unik kan???

ini pulak???Menara Kalyan Mineret,Uzbekistan.unik sebab dibuat daripada bata yang dibakar.


Ini adalah Masjid Agadez, Niger.berbentuk cam piramid dan ada perancah kayu..unik kan??


dan last sekali, Masjid Kul Sharif, Kazan,Russia..cun.kaler biru lagi.
ada banyak tau monumen dalam MPCC ni, tapi mama tak bubuh semua tau.
ada Masjid Negara, Masjid Kudus Minar Jawa tengah Indonesia, Pattani Central Mosque, Masjid Badashi Lahore Pakistan, Kubbah A-Sakhrah Baitul Muqaddis, Masjid Sheikh Lutfallah Iran, Makam Abu Nasr Parsa Afghanistan, Masjidil Haram Mekkah, Aleppo Citadel Syria, Masjid Mohamed Ali Egypt, Masjid Nabawi Madinah, Masjid Suleyman Turkey, Masjid Qairawan Tunisia, Istana Merah Granada Spain dan Masjid Xian China.
Lepas habis round MPCC, walaupun tak pusing habis pun.hehehe
kami singgah makan tengahari kat Beteng cafe, sbb dapat voucher RM3.00/pax.
lepas makan, kami terus ke Masjid Kristal tuk solat.

[papa with Zahra depan Masjid Kristal]


[mama dan Zahra.jauh.sbb appa tak reti nak adjust zoom.hahaha]

meh tengok dari dekat....

cantik kan???masjid lah, bukan mama.hehee


tengoklah, mama dan papa gilir2 solat.anak dara ni merayau je..

cantik kan???
lepas solat, terus check in di Felda Residence.
bravo la hotel ni.tip top!!
baru dan selesa :)
tak cam FBR, harga kurang RM20 je dari Felda Residence, tapi servis hampehsss!!!

jom tengok bilik kami!!!

si kecil yg merasmikan katil :)

selesa :)


ada tea table..


meja mekap yang cantik..

dan..TV yg ada Astro.hehe
yang penting ada ESPN, sebab malam tulah menyaksikan Chelsea kalah teruk dengan ManCity.ahaks!!!

bathroom glass door.sexy, auuwww!!!


toilet yg selesa :) ini yang penting tau!!!hehe

toilettries..yg sangat OK compare to FBR lagi.hikhik

cantek kan?abaikan model yang bertowel tu.hikhik
lepas check in, apa lagi nak buat.rasmikan lah katil.
tidur lah!!jgn pikir lain ye!!!badan penat, tidur adalah terapi terbaik.hehe
kul 6.30ptg, kena kumpul kat lobi tuk gi makan malam kt Seberang Takir.

belakang hotel adalah laut.ye ke laut?ke sungai??belasahlah labu..
bak kata Zahra, asal nampak laut/sungai.."Air..Air..nak mandi???"hehehe

kat belakang mama tu, masih under construction lagi.tatau FR nak buat apa..

pemandangan waktu senja..damai je..

papa dan Zahra...
malam gi dinner tu, kami tumpang kereta Asyrani je.
malas nak drive.hehe
kami dinner di Kedai Air Buah Gelas Besar Pak San, Seberang Takir.
tak sesat, sbb dibantu GPS Asyrani.cayalah orang jerantut dah maju tau!!!ada GPS lagi.heee :D
cuma salah ketua rombongan, tak ingat nama kedai.so, kena benti tanya orang.
baik punya, tanya kat tauke kedai lain.nasib tak kena tipu.hikhik

masa tuk makan :)


papa makan nasi dagang kaler PINK.papa kata kureng!!!lagi sedap yg di Pantai Balok tu.huhuhu.
belasah je lah pa..

mama makan laksam.pun tak best gak.rasa masin sangat.tak habis pun mama makan.huhuhu

dan kami share air tembikai gelas besar ni.sharing is caring.hahaha
makanan dah la tak sedap, nasib baik keropok lekor dia sedap.habis berpinggan2 kami belasah keropok lekor.hehehe
dah macam piranah dah memasing, asal waiter letak je pinggan keropok lekor, terus kami serbu.hehehe
bajet, lepas dinner terus nak karaoke.aktiviti biasa.
sekali pusing punya pusing, tak nampak batang idung karaoke punya tempat pun.
apa orang KT tak berkaraoke ke???
sudahnya, balik bilik menyaksikan kekalahan Chelsea sambil baring atas katil.muahahaha

kami ada tapau air stoberi mangga.sedap!!!
ni semua gara2 terpengaruh ngan Inas.hikhik


maka, tidurlah kami malam tu dengan nyenyaknya diatas katil Felda Residence, 0605.
dan...bermimpi shopping di Pasar Payang.muahaha

pssst: tunggu next entry ye!!!!dah letih..


love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!