Showing posts with label McDono. Show all posts
Showing posts with label McDono. Show all posts

Monday, 4 October 2010

Entry Makan-makan

393lamanya tak bersiaran.hehe
semalam adalah masa tuk berehat. memang malas sungguh nak menaip entry.hehe
walopon mama puasa hari ni.
mama tetap nak buat entry makan-makan neh.
walopon saat tengah menaip ni pun, asek dok telan air liur.hikhik
ni adalah acara makan-makan sepanjang minggu lepas.
entry di cyberview sok-sok lah, takde mood sbb banyak gambar kat kamera opismet. aineh plak, dia ada conference.so, kena tunggu dia masuk opis baru leh upload gambar di cyberview.
hari ni, kita proceed entry makan-makan. i loikeee~

1. Lunch di AP ayam penyet, S.7,Shah Alam
ice lemon tea tuk papa & teh ais indonesia tuk mama

ayam penyet set+nasi putih tuk mama & papa

ekceli ni menu lunch Sabtu-25/09/2010
pap keje sabtu tu, sbb mama plan nak ke SACC Mall tuk beli fabulousmom sleep bra maka mama jak papa lunch sesama.
papa memula cam malas, kalo bleh nak tidur jek sbb mengantuk semalaman menyiapkan esaimen.
tapi, sebab mama dah beriye. papa terpaksa mengalah.hehe
tak tahulah, lately suka sangat makan ayam penyet.
padahal, jumaat sebelum tu dah makan aym penyet wong solo ngan kak siti&kak pah.
mungkin sbb sambal ayam penyet yg kaww pedas, tu yg buat mama berselera.

2. ayam goreng McD, S.2 Shah Alam
ni menu berbuka puasa tuk mama Selasa lepas, 28/09/2010.
pagi tu kan hujan lebat, so mama hantar papa gi keje.
petang blek keje, papa ajak ke library PTAR 1,UiTM. ada buku yg papa nak carik.
lebih kurang kul 7ptg baru keluar dari PTAR.so, tuk berbuka yang cepat & sedap, dah tentulah mama suggest kt papa McD. papa mengikut jek...
padahal, mmg terliur tgk entry lily a.k.a mamazara.hehe

ayam goreng McD spicy tuk mama set besar, big n tasty set medium tuk papa & happy meal nugget+sundae coklat tuk zahra
tp, mama sempat mkn seketul jek ayam goreng tu sbb dah kenyang.so, tapau bawak balik lah seketul lg.

3. Tomyam Poktek Afnan
ni menu berbuka rabu lepas.
tengahari tu dah terliur nak makan tomyam yg sedap.
pernah dengar kawan-kawan cakap tomyam poktek di Afnan sedap.so, laju jek sms papa bagitahu niat hati tu.
tapi, seperti biasa...tak pernah menolak.cuma, papa bagitau lepas berbuka terus nak ke Meru&sg buloh ada jemputan openhouse. mama pulak tak bantah kali ni.hehe
air carrot susu tuk mama, tembikai tuk papa.
mama order nasi putih for 2+tomyam poktek+udang masak pedas+kangkung belacan.
sangat-sangat puas hati.tomyam poktek terbaekkk!!!
udang pedas & kangkung pun sedap.lenkali leh makan situ lagi.

gambar makan-makan di openhouse adalah takde. kat umah abg zul, kak lela hidang laksa & nasi impit.kat umah abg rizal plak, kak nora hidang bihun goreng udang. cuma kat rumah fendy jek takde makanan berat.
Perut adalah sangat padat rabu lepas.hehe

ok dah...
aineh nak buka apa eyh???takde idea lagi lah...any idea kawan2??


love: mamazahra ^__^

Monday, 20 September 2010

Adik Baby Zahra

Jumaat - Syawal 8 1431H
mama & papa plan nak ke Hospital Umra tuk mulakan regular check up kat situ sampailah bersalin.
setelah membuat pelbagai perbandingan.ececeh, poyo jek. antara UMRA ,Razif & Barakah.
akhirnya, kami decided tuk bersalin kali ni di Umra.
so, pagi-pagi Jumaat nan indah tu.kami gi lah hospital umra.before tu, sempat gi bekfes warung bawah pokok.


kami sampai kul 10.30pagi.time tu, ada lebih kurang 5 ibu mengandung tunggu giliran.
memang memula tu, nak set appointment dengan Dr Ummul.tp, bile tengok 5 ibu mengandung tu semua tunggu Dr Ummul, kalo ,mama tunggu gak mau sampai ke petang baru setel.
so, mama decided tuk amik jek Dr Rafi. walopon berat hati sikit, kalo boleh memang nak Dr Ummul. tapi, Dr Rafi adalah pakar sakit puan kat situ, maka papa kata, xkesahlah. papa kan ada sekali.
so, set appointment ngan Dr Rafi. cepat jek nama di panggil.
memula juz nak consultation ngan Dr Rafi dan scan ngan Dr Ummul. tapi, tetiba Dr Ummul ada kes emergency kat dewan bersalin. kalo tunggu gak, lambat. so, papa kata scan jek ngan Dr Rafi...
makanya....
inilah adik baby Zahra....

Alhamdulillah, baby sihat...dan sangat aktif.
mama dah boleh rasa gerakan aktif baby...
masa Dr scan pun, dia non-stop gerak, sampai susah Dr nak scan...
baby dah 21weeks..dan Dr jangka 24 Jan 2010, awal seminggu dari tarikh 1st scan aritu.
tak kesahlah, janji baby sehat & mama selamat lahirkan dia kan...
baby dah 435g

dari gambar scan ni, korang agak-agak kan, baby girl ke boy???
mama pun tak berapa pasti, masa Dr tunjuk tu, macam kurang jelas.
so, Dr Rafi bagitau, next appointment dah boleh scan 4D.time tu bleh nampak jelas jantina baby & rupa baby sekali.
tp, mama cam tak minat pulak nak tengok. tak surprise. tapi, papa kemain excited lagi nak buat 4D scan.hehe
masa scan hari tu, Zahra dan papa paling excited.bukanlah mama tak excited, tp mama kan dah rasa gerakan baby, so xdelah excited bile Dr tunjuk kepala baby, perut, tulang belakang dia, peha dia dan tettt dia..hehe
sebab, sebagai mama dia, mama lebih rasa kehadiran dia & tumbesaran dia dlm tummy mama.excited wohhh!!! especially, bile baby dah pandai buat gerakan keras yang boleh mengejutkan mama dari tidur.
bile papa usap-usap perut, lagi lah baby mengeras jek.hehe
mama ada tanya Dr Rafi, betul ke baby dah gerak sbb mama terasa gerakan dia. mama ingat, perasaan mama jek, ye lah manatau amma ni excited terlebih, padahal bb lom gerak.hehe.Dr cakap, 2nd baby mmg cepat sikit. masa 18weeks baby dah mula gerak. masa 1st bb, memang 20-24weeks baru terasa.

kami setel semua, kul 11 lebih. terus ajak papa gi McD s.2 tuk pekena triple cheese burger.
bile tgk iklan dia, telan air liur jek. hehe
kami sampai kat McD kul 11.55am. so, kena tunggu before Mcvalue lunch start.

inilah menu lunch mama....meletopss!!!
triple chhese burger, air ribena besar, Cheese Mcshaker fries.
if beli set besar, akan dapat cheese mcshaker.
sedap, kaya dengan keju.
tu yg berat naik 0.6kg walopon baru raya seminggu.muahaha
groovy lime sundae kongsi 3 orang.sedap gile wehhh!!!
cik Zahra yg dah big girl skang neh...happy meal tuk dia :)
suka lah cik kak ni dapat toy powerpuff girl.hehe

papa masih setia dengan bigmac nya....

balik kocoh-kocoh sebab papa nak gi solat jumaat.
apa aktiviti kami petang jumaat????tungguuuu!!!!


love: mamazahra ^__^

Monday, 11 January 2010

Perhimpunan

salam.
Selamat Pagi semua.
Salam Isnin yang indah :)
hikhik..poyo jek.[bajet diri tuh farah fauzana lah tuh..hekhek]
ok, mama bukan nak story tentang perhimpunan umno.
bukan jugak perhimpunan sekolah setiap hari isnin.
lamanya tak merasai saat berhimpun depan stage sekolah, sambil nyanyi lagu sekolah dan lagu Negaraku..
walaweii, sudah tua mama..dah lebih 16tahun beb..tinggalkan sekolah rendah...
mase time sekolah menengah, mama sekolah arab daa..xde nyanyi-nyanyi.
yang ada cuma zikir asmaul-husna :P
pantas betul masa berlalu kan??
okeh, mama bukan nak cerita lanjut pasal umur yang makin meningkat tuh..
atau nak imbas kenangan terindah..hikhik
berbalik kepada tajuk entri, apa yang mama maksudkan dengan "perhimpunan" adalah himpunan cerita-ceriti sepanjang minggu lepas.
oleh kerana mama dilanda ke"busy"an tahap melampau sehingga langsung tak sempat nak taip entri,
maka semua cerita minggu lepas terpaksa dihimpunkan dalam 1 entri yang padat dengan kisah menarik [menariklah sangat] dan gambar-gambar yang menarik [ni kes puji diri seniri].hikhik
serius, mama memang sibuk dengan kerja sepanjang minggu lepas.
report special audit wajib perlu keluar jumaat nan indah itu.
so, mama berhempas pulas kerja mengerah keringat tau.[setitik peluh pun tak tumpah, cakap banyak.sudahlahhhh!!]
sampai malam jumaat lepas pun, mama balik lewat tau.
kul 9mlm baru kuar opis.
sian kat papa tau..terabai..ngeh3
okeh2...
apa yang menarik,tertarik,kau memang dabommm yang berlaku minggu lepas eyh???
Alhamdulillah, mama dah terima album dan CD 2nd Birthday Bash Zahra dari cyberphotog.
tenkiu kak moon :)
gambar semua superb!!!
parcel tuk Dhia Zahra mucuk
apa ada dalam??

siap bubuh dalam paperbag yang kiut lagi..
ni dia....

gambar 8R dan frame gambar anak dara mama..Zahra :)


album yang padat dengan gambar...

very nice album :)

comelnya..anak dara mama neh [sapa lagi nak puji, kalo bukan mama..nak harap mama orang lain puji Zahra, memang takde maknanya...]

dan, inilah isi dalam album...


p/s 1: segala isi dalam CD akan mama kongsi dientri lain.entri ni hanya ringkasan.muahaha

ulasan gambar: roti dikapit ngan cheese & nescafe panas

apa motif letak gambar roti yang tak seberapa neh???
actually, roti neh adalah bekfes rabu lepas.
istimewanya, bekfes neh papa yang sediakan.hehehe
tenkiu, pa for the breakfast :) sayang pa.mmmuuaahhh
bertuahnya mama kan???papa yang sediakan breakfast, bukan mama..
atau malangnya papa??
lu pikir la seniri...haha
dan apa tujuan mama bubuh gambar neh??

dan sebenarnya [versi Yuna]...ni belt pertama mama, dan 1st time pakai.
korang rasa, OK tak?
ke rasa cam pompuan mengandung perasan slim.muahahaha

dan..inilah Prosperity Chicken.
orang lain pun makan gak, siap tetiap hari.tak kecoh pun.
mama ni kecoh sangat lah..hiks :P
actually, mama akn makan prosperity ni sekali setahun.
kalau musim prosperity tu, mama akan makan sekali jek.
takkan ulang-ulang.
ntah, memang selalu camtu.sekali setahun.cam raya pulak kan??


mama makan time lunch.06/01/2010.
Mcdelivery jek.sebab malas nak keluar lunch.

Petang rabu gak, papa pesan suruh mama balik on time.
sebab nak ke kebun.
papa nak potong pokok kayu.
mama tolong tengok jek.hehe

inilah hasil bajakan hari tuh.
sila refer entry lepas time tahun baru hari tu.

dan papa yang sedang gigih potong pokok dengan baju keje.boleh???

malam tu pulak, kul 9.20pm kami gi nonton Avatar.
best sangat!!!
puas hati.
beyond my expectation gitu.
tak rugi gi tengok.
memang superb hasil arahan James Cameron.


Jumaat, 08-01-2010.
mama keluar lunch ngan my BFF,Nadhra
kami kuar gi GM Klang tuk cari clutch Nadhra.
Nadhra nak pakai tuk gi wedding reception kawan hubby dia.
memang sweet clutch tu.
of course lah, mama yang pilih.muahaha
kami lunch kat A&W,Petronas Bkt Tinggi.
mama makan Combo 1..mozza burger.sedap sangat bila makan ngan Root Beer Float.
banyak kan mama order???camne nak kuwus????kalau asek makan sedap jek..hehe
inilah Nadhra...my BFF...

pastu, mama order dessert neh, Winter snowball.
best!!!

Nadhra pulak order wafer caramelo.sedap bangat yang neh.
inilah ubat kuwus gemuk.muahaha=

balik keje petang tuh, seperti biasa.futsal time :)
papa ajak teman dia.
zahra adalah umat paling gembira kalau dapat gi Futsal Court tu.
habis tawaf futsal court.
mama yang letih.

tengok.budak kecik neh bersungguh tawaf..

siap boleh tengok, mama dia kejar tak..

muka tunjuk perasaan sebab kena marah ngan mamanya..hehe

inilah bapak budak kecik tu, sanggup berhujan demi futsal.

berehat bersama kit-kat :)



okeh, itu je nak cerita.
takde lah menarik manapun.muahaha
p/s 2: cerita tuk wiken yang best,lain entri okey...tungguuuu!!!!

love: mamazahra <3

Tuesday, 5 January 2010

Kisah Kau Dan Aku

Ekceli, kisah mama nak story neh takde kena-mengena ngan tajuk tuh.
mama bubuh tajuk tu sebab semalam mase on the way balik lunch ngan kak CT, kami dengar lagu tuh versi Alleycats.
punya lah kami dok berteka-teki apa tajuk lagu tuh.hahaha
sowi lah, mama neh jarang dengar stesen retro tuh sbb salu mama pasang lebih hangat daripada biasa.hehehe
mama kan berjiwa muda remaja.hahaha
sila jangan muntah ye!!!
ok, yang sebenarnya...
mama nak cerita kisah Sabtu dan Ahad kami sekeluarga.
bukan havoc mana pun.
saje nak kongsi.
Sabtu 02/01/2010
papa zahra keje.
masa papa gi keje pun, mama ngan zahra masih terbongkang.
around kul 9 baru mama bangun.
mandi dan wat keje rumah sikit.
mama plan nak gi Jusco, shopping sikit.
yelah YES kan dah hampir ke penamat.hehe
rugi weyh, tak menghabiskan sisa-sisa terakhir YES.
padahal, hati melonjak-lonjak nak shopping sebab duit bonus masih berkepuk dalam wallet.hahaha
bukan nak riak eyh, cuma nak bagitau kowang yang penyakit mama neh akan datang time mama nye poket tebal tau..
mama akan menggeletar cam orang parkinson kalo poket penuh...
sebab kaki dan tangan mama neh menggigil kalo tak dapat shopping.hahaha
tapi....
akhirnya, niat mama terbatal bila Anjang mama sebelum amma melangkah keluar.hukhuk
paham-paham jek la..
kalo dah kakak datang dari jauh, [bukanlah jauh mana pun, sijangkang jek.hikhik]
takkan nak kuar gak kan???
mestilah nak layan borak, layan gosip, layan gelak..
sudahnya, lunch pun mak yang masak.hehehe
kami, 4 beradik, borak-gelak-makan-borak-gelak-makan.hahaha
pas makan dan solat zohor, Andak ajak gi Pekan Meru.
tujuan utama, kakak-kakak mama nak gi cari kain kat Pasaraya Ekonomi.
mama cuma jadik driver jek.
sudahnya, pas membeli pape yang patut, Andak ajak pulak makan kat McD.
tuk memenuhi hajat Andak, mama singgah gak la.
hanya Zahra sorang jek budak tecik yang ikut, yang lain mak orang.
mama, Andak, Anjang, Endek,Anak dara Anjang,Nina...
syoklah zahra main..dia sorang konker playground tuh..
hepi sungguh budak neh...



pas maghrib pulak, Family kecik kami + family ibuzahra + mak mama gi makan kat Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram.
dari siang mama call nak reserve tempat, tapi tak dapat call.
sudahnya main redah jek.
masyaAllah, penuh sesak orang.
tempat parking penuh.
berpusing-pusing carik parking.
nasib baik, jumpa.
masa sampai, nasib mama suh papa gi reserve meja dulu, kalo tak mmg tak dapek la nak nolong.hehe
pastu, nak pilih seafood pun Q panjang gila.
nasib ibuzahra sanggup Q.
mama,mak dan papa dok kat meja jek.





dekat 1.5jam gak la menunggu makanan sampai.
Zahra dah tak terkawal.
berlari kesana kemari.
papa ngan Angah Irfan yang kejar.
mama dah surrender.
tak larat nak berlari-larian kat tempat sesak camtuh.
sempat gak la solat isyak kat surau sementara menunggu hidangan.

masa Q nak pilih ikan,ketam & udang, jumpa budak comel neh..
encem bangat :)
ntah anak sapa, mase bapak dia dokong dia time Q tu, ibuzahra offer nak dokong.
budak comel ni ikut jek.
nasib kitorg tak bawak lari.hehe

time makanan sampai jek, kami terus terkam.
gila weh, lapar gile.
time tuh dah dekat kul 10.30pm, sapa yang tak lapaw..

gambar makanan pun tak sempat nak snap.
sampai jek menu, terus ngap.
kami order menu yang sama time last time gi dulu.
ketam dan udang pedas,ikan jenahak bakar,udang goreng tepung,kailan ikan masin & tambah iakna kerapu sweet sour.
tapi, iakn kerapu tuh kurang memuaskan tekak selera mama.
makan ikan kerapu sampai tercekik tulang ikan.hukhuk
sadis sungguh.ke gelojoh sebenarnya???ngeh3
Balik umah, seperti biasa on da way tuh, mama dah terlena.
sampai umah, terus sambung tidur.
tudung pun tak bukak tau.
sedar-sedar kul 3 pagi, barulah nak basuh muka, tukar baju.hahaha
buruk perangai kan???
Ahad,03/01/2010
hari terakhir YES.
bangun agak lewat,as usual.hehehe
pas mandi, terus kuar gi beli roti canai dan gi sarapan umah mertua.
tapi, PIL takde,kuar gi pasar borong.
sudahnya,kami breakfast ber3 jek.hehe
pastu, terus balik umah sebab Zahra dah terberak buang air.hukhuk
dahlah, tak bawak bekal diaper.
padan muka, sapa suh papa tak bagitau nak gi umah PIL.
papa cakap nak kuar gi sarapan jek.huhuhu
lepas mandikan Zahra, kul 11 mama dan Zahra kuar gi JJ,Bukit Tinggi.
papa pulak nak rest jek kat umah.
tak feel sangat shopping ber2 ngan cik Zahra.
sebab dia asek merengek.
sekejap nak susu, sekejap nak belon, sekejap nak eskem.
tensen jek.
mematahkan semangat mama nak bershopping tul lah.
mama sempat rembat 5helai baju&3 helai jeans tuk zahra,2helai t-shirt MNG tuk mama & 2 helai ROXY shirt tuk mama jugak.
apa mama beli tuk papa??
takde pape!!
sape suh takmo ikut kan...padan muka!!!
mama tak sempat pun nak beli kasut&beg.
sedih sangat!!!
next time lah, ntah bile ada sales lagi.huhu
on the way balik umah...
budak tecik neh dah comot makan eskem McD.hehe


mama pulak, senyum girang dapat soping baju ngan jayanya!!!hikhik





p/s:kalo kowang dapat tau ada GUESS warehouse sales,SILA BERITAHU mama eyh!!!
mama nak beli beg neh...






love: mamazahra <3

Thursday, 17 December 2009

Elianto.McD.Kue Teow Kungfu.Futsal

ni cerita basi gak.
Isnin 14/12/2009.
Lepas maghrib jek, kami kuar gi CentrePoint (CP), Klang.
tujuan utama nak gi elianto.
mama punye bedak compact dah abes.
lagipun sisa yang ada tu pon, dah pecah dikerjakan Zahra.
mama plan nak gi Jusco Bkt Raja.
tapi, papa ada futsal kat Teluk Gadong.
so, papa malas nak berpusing jauh.
tu yang terpaksa ke CP jek.
boleh lah, janji dapat beli bedak.
kat elianto, dari nak beli compact powder, mama terbeli mende lain pulak.huhu

press powder natural beige RM29, plus casing RM18+sponge RM3.
total RM50.
kalo ikutkan hati takmo beli elianto.nak beli MAC.
rasa cam tak berbaloi jek.terbang RM50 tuk brand camneh kan.
tapi, sebab MAC takde kat klang.
maka, beli jek la.
nanti mengamuk pulak papa kalo da pergi, tapi tak beli pun.
sudahnya, memacam mama beli..selain bedak

mama cuma beli eyeshadow kaler dark choc, dan eyeshadow stick.
yg lain tuh, koleksi lama.
pas beli kat elianto, papa dah ngadu lapar.
beli jek la set Big Mac.
kami makan dalam kete jek.
itu pun beli 1 set jek, papa cakap "sharing is caring"..ke jimat senarnya, B??

[gambar neh McD double cheese burger,menu lunch mama]
pas makan dalam kete, terus gerak ke Teluk Gadong.
awal lagi, masa tu kul 9.
papa start main kul 10.
so, papa ajak lepak kat Abu Seafood, Kg Delek.
sambil layan bola Malaysia vs Laos.

papa khusyuk tgk bola, zahra dah macam cacing kepanasan
memula ingat nak order teh tarik kurang manis jek.
sekali papa ajak share makan kue teow kungfu.
sedap gak.
mungkin sebab makan bersuap kan.hikhik
sure mamat yg dok meja belakang kami menyampah tengok papa menyuap mama.kehkeh


sedap wo...
siap pesan kat papa, "pa, kalo gi main kt arena teluk gadong neh, singgah sini lg eyh???"


kat arena, langsung tak sempat snap picca, Zahra berlari kesana-kemari.
mama tukang kejar.
haduii, semput.
balik cambiasa, mama dan zahra dah membuta dlm kete lagik.
sampai umah, papa kejut.
kuar kete, terus samong tidur.
lepas papa mandi n solat, baru kejut mama tuk solat.hehe


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!