Showing posts with label periuk nasi. Show all posts
Showing posts with label periuk nasi. Show all posts

Wednesday, 5 January 2011

Cerita Anniversary.... impian menjadi realiti

ececeh!!tajuk tak hengat kan...
macam nak show off jek..no..no..no..
tiada niat langsung nak menunjuk-nunjuk.
nak riak apetah lagi kan...
tapi, cam motto rancangan TV realiti pun ada gak kan.hehe
tapi, mama sedang berada dalam mood "happy+bersyukur" sbb apa yang mama impikan tuk tahun 2010, semuanya menjadi realiti..
walaupun, tidak seindah mana bagi sesetengah orang.hehe :P

walaupun semuanya sederhana je, tapi mama bahagia sgt-sgt.
apa yang mama nak buat, menjadi.heeee :D

jom kita layan cerita anibeseri mama dan papa, 24-12-2010 hari tu.layyyaaannnn!!!!

(i) Bonus akhir tahun
1st of all, nak panjatkan syukur pada-Nya, atas limpahan rezeki hujung-hujung tahun.
Alhamdulillah syukur...Company mama bagi setiap seorang bonus tuk 2010 ni.
yang paling bestnya...
mama terima Bonus akhir tahun aritu bersempena hari ulangtahun perkahwinan mama & papa 24-12-2010.
jumlah yg diterima adalah lebih sikit jek dari tahun lepas, tapi bagi orang yang bergaji kecik cam mama ni, bila dapat duit selonggok cenggitu opkos lah happy kan. pada orang lain, 4-1 bulan bonus yg mama terima ni sama dgn derang punya sebulan gaji jek, orang kata, "celah gigi jek".hehehe. nape 4-1?? sbb 1bln tu dah terima masa nak sambut raya puasa as festival advance. so, total mama terima lebih kurang 3bulan jek.
tapi, mama bersyukur sesangat dah.ini lah rezeki anak-anak. rezeki zahra dan lil DZ. at least, dengan bonus yang mama dapat ni boleh lah kurangkan sikit beban papa tuk sediakan keperluan sekolah zahra tuk next year dan keperluan tuk menyambut kehadiran lil DZ dalam keluarga kecil kami ni.
setakat ni, persiapan adalah 90% siap tuk lil DZ dan persediaan sekolah zahra by this week kami cuba setelkan.
24-12-2010 tu, bukan mama jek yang terima bonus. papa pun dapat jugak. Alhamdulillah lagi sekali.walopon cuma 1bulan bonus, itu pun dah mencukupi tuk meringankan perbelanjaan kami.
ye lah, tahun baru tanggungjawab baru. anak semakin bertambah, zahra pulak dah nak masuk sekolah. yuran tadika sekarang bukan cam dolu-dolu, mahal setanding sekolah rendah jugak tau. lagi pasneh, si kecik dalam perut ni pun nak kena hantar nursery. harap-harap, tahun 2010 nanti gaji naik lebih sikit lah.amin :)

okeh, cerita pasal anibeseri eyh..
mama plan nak buat surprise tuk papa kan???
jadi ke tak??

ofkos lah..

^

^

^

^

^

TAK MENJADI!!!hehehe
malam tu, mama pening kepala. tatau nape ntah. ye-ye jek plan nak potong kek tengah-tengah malam buta.bajet nak beromantika d amor lah.hehe
sekali, kul 11mlm mama dah terlelap.ekeke
mama pulak yang surprise, bila mama terjaga jek, dah pukul 3pagi.wakaka
padahal dah pasang alarm nak bangun kul 12.sekali tak tersedar lah.sedar jek, pukul tiga pagi.muahaha
so, cancel lah surprise sbb papa pun dah lena kat sebelah.kesian plak nak kejutkan dia.
mama bangun tuk tulis kad besday & buat entry tuk anibeseri kami... susah tu nak buat kata-kata jiwang cenggitu..bukan selalu.hehehe

so, mama hanya wish happy anniversary plus besday wishes lepas subuh jek.hehe
kek anniversary pun kami potong sebelum gi keje... tak best langsung kan??hehe


(ii) Anniversary cake
Red Velvet kek tuk 4th anniversary mama & papa jadi kenyataan.Alhamdulillah.
TQ aunty nani rostam. Sedap sgt kek tu!!!
mama sms aunty nani pun dah lambat, kalo tak silap hari selasa lepas. then mintak nak amik kek khamis petang. sure aunty nani tungkus lumus siapkan kek mama.Terima kassih banyak-banyak.
semua yang makan kek tu, suka sgt sbb kek tu tak berapa manis tapi sgt2 sedap.
inilah rupa red velvet cake with mascaphorne cheese [eh, betul ke mama eja mendalah ni.hantam sajalah.hehe]
hasil tangan Aunty Nani, mama Hanis Zalikha.
terbaeeekkkk!!!!

kami dah 4tahun bersama.amin :)

mama dah cam hape ntah kan??buwok benor rupa mama.ekeke
dan....

inilah red velvet cake...siap ada stoberi fresh tau.

maaf, warna dlm gambar tak sama kat luaran.maklumlah, guna kamera henpon papa jek.
syukurlah dari takde.hehehe :P


p/s: n3 ni dah berkali2 dok edit, tp xdpt nk publish coz tenet sgt slow cam siput sedut.gerrammm!!!tunggulah n3 basi dari mama.hikhik

update: 2-1-2011, masih lagi takleh nak upload gambar anibeseri ni.gerraaammmmm!!!!!blogspot punye masalah, atau berukben ni yg lembabs?????hadoi la!!!

p/s: Alhamdulillah, dapat gak update n3 ni :D [gaya bahasa entry ni cam sedang berlaku jek kan??padahal dah berlalu almost 2weeks.hantam sajalah.anggap jek ini entry fresh dari oven.ekeke]

love: mamazahra ^__^

Wednesday, 22 December 2010

keletihan akibat kekenyangan

Alhamdulillah..
mama baru jek selesai mandi+solat isyak.
now, masa tuk merehatkan diri.
letih benar rasanya... tatau sebab traffic jam kat federal tadi atau sebab kekenyangan.hehehe
mama ada farewell dinner kat Hilton PJ sat tadi.
majlis tuk meraikan 2 orang staff yang retired hujung tahun neh.
As usual, asal ada makan-makan jek mesti Hilton PJ.Hilton PJ ni dah sinonim ngan Company mama.hehehe

selalunya, kalo ada event kt Hilton mama tumpang kereta kak siti. sbb malas nak redah jem kat federal highway tu. dengan pemandu kat mesia ni yang macam tak pernah belajar undang-undang jalanraya nya, dengan pembuli jalanraya lagi.
memang sah-sah dosa berbakul-bakul kalo drive kat federal highway tuh. tak pasal-pasal jek maki-hamun semua keluar.haih.
tapi, kali ni mama pulak drive ke Hilton PJ sbb Kak Siti tak drive gi keje aineh. gilir-gilir lah kan. walopon amma tak suka drive time jem.nak buat camna kan...
sharp kul 5pm tadi, terus gerak balik rumah. hantar laptop kat umah , lagipun Anis nak tumpang letak motor dia kat umah.
so, kami gerak bertiga ke Hilton. sebelum gi Hilton tadi sempat gak singgah Subang Parade. selamba badak jek parking kat tepi jalan depan subang tu.mujur tak kena saman.hehehe
sempat sambar baby tight & jumpsuit tuk lil DZ. tak banyak pilihan. baby tight banyak tuk gegel. yang ada motif bunga, love dan kebanyakannya kaler PINK. walopon amma suka kaler pink, dan teruja nampak tight kaler pink tapi mama tahan diri dari beli kaler pink sbb nanti papa marah. aseklah nak beli pink, macam kat dunia ni ada satu kaler jek.hehehe
so, amma beli lah biru, merah dan cream. jumpsuit lak, mama amik plain kaler.3 helai kaler biru.dark blue,light blue & biru yang sgt pudar kaler dia.tapi, theme biru lah.hantam sajalah...
yang offer tu, banyak kaler pink & motif yg sgt gegel.haih.
tak dapat pun beli beanie hat.sebab takde yang mama berkenan dan takde yang macam mama nak. tatau mana nak carik dah..
1/2 hour jek kat subang parade, terus masuk federal balik tuk gerak ke Hilton. federal adalah sangat sesak. ada lori korek tanah rosak, ada eksiden dan ada kereta plak berasap enjin. sabaw jek lah.
walopon cik Persona auto, kaki tetap lenguh. cam nak tercabut jek.haih.
sampai kat Hilton kul 7.pas solat maghrib, acara bermula.
cambiasa, ada ucapan Dato' ED, ada ucapan staff yg nak retire. then, barulah makan time :)
part yang ditunggu-tunggu.hahaha
masa tuk menambah berat badan.ekeke
Buffet kat Hilton, biasalah ada makanan 1Malaysia. ada chinese cuisine, indian cuisine, malay cuisine dan western.
mama taklah try semua, tapi mostly mama try lah. OK la,not bad. dalam banyak-banyak yg mama try, cuma crabmeat soup jek yg tak sedap. yang lain, semuanya sedap. tapi, yang paling mama suka... satay, kuah dia sedap sangat, pastu brocoli with cheese sauce & etc.
tapi, yang penting dessert dan aiskrim adalah menu wajib.hehe :P
kul 9.30, gerak balik. mujur traffic lancar, lom kul 10pm dah sampai umah.
tapi, Zahra dan papa dah lena diulit intan. skang masa tuk join mereka-mereka tidur..
nak rehatkan badan yang keletihan dan kekenyangan.hehehe

nite all!!!

p/s: gambar takde walau sekeping pun sbb cik Norkia Express rosak.hukhuk

love: mamazahra ^__^

Monday, 13 December 2010

Kerna terpaksa...

hari ni mama EL.
mak ada appointment kat HBTAR kul 2ptg.
nak tak nak, mama kenalah EL. walopon cuti tahunan tinggal berapa kerat jek.
janganlah sampai hujung tahun ada benda emergency berlaku.amin~
kalo tak, ada yang unpaid leave la pulak.hukhuk
gaji mama dah lah ciput jek, kalo kena unpaid leave memang kering lah poket.
appointment mak kul 2pm kan, patutnya mama 1/2 day leave jek la kan. buat pe nak susah-susah ambik cuti bagai kan.
itu pun, kalo mama keje kat Company korang lah.hehehe
sebab mama keje kat Company mama ni lah, makanya KERNA TERPAKSA mama ambik emergency leave sebab Company mama tak amalkan cuti halfday.
kalo ada pun, timeslip which is cuma 2jam jek.
kalo dah berurusan dengan hospital kerajaan, adalah MUSTAHIL ye urusan akan selesai dengan cepat.
korang paham-paham jek la.
kalo mama punya gaji besar, memang takde lah nak bawak mak gi spital kerajaan. baik hantar gi swasta jek kan, mudah urusan.
tapi tu lah, gaji mama kecik jek...
kadang-kadang rasa tak adil jugak, ada setengah orang kat company mama boleh jek yang nak masuk or keluar halfday tanpa ambik cuti if ada urusan penting.
tapi tu lah, hanya SETENGAH orang jek. yang setengah lagi, cam mama ni memang tak layak.
so, sendiri mau ingat lah.
kalo ada urusan yang lebih 2jam samada pagi atau petang, kenalah ambik cuti. sebab tu, cuti mama paling cepat habis. sob sob
ada setengah orang tu, sampai 20hari cuti tahunan dia yang carried forward ke tahun depan. dasyat kan???
tak pe lah..itu REZEKI mereka...
mungkin derang takde urusan keluarga yang nak di setelkan time weekdays, atau mungkin derang takde masalah dalam hidup. wallahualam...

patutnya kakak mama yang hantar mak gi hospital, tapi hubby dia jatuh motor pulak.
so, mama kenalah hantar kan. nanti mak cakap apa pulak, mak sorang bleh jaga anak 10 orang tapi anak 10 orang takleh jaga mak.hukhuk
hope urusan kat hospital petang nanti cepat lah siap. dengan perut boyot neh, nak kesana ke mari kat hospital tu, alahai...Allah jek yang tahu.huhuhu

korang cuti ke hari ni? Papa cuti hari ni sbb Sabtu kat public holiday. so, carried forward ke Isnin. untung kan??
dah tahu papa cuti, nape tak papa jek hantar mak ke hospital?? cemana lah papa nak pimpin mak dengan cik Zahra sekali kat hospital tu. kalo tak Zahra terlepas, mak pulak terjelopok kat lantai kang.hukhuk
tapi, mak tu tanggungjawab mama. kenalah buat kan. sedari kecik mak bela kita, takkan dah besar ni, kita takleh nak jaga mak kan....

korang bekfes pe hari ni? mama goreng bihun jek. beriya-iya papa nak goreng nasi balance malam tadi, sekali dah basi. terus mama ambik aleh tugas sediakan sarapan. Bihun goreng bujang jek. janji kenyang dimakan. jimat duit, tak payah beli sarapan kat luar kan.hehe

sementara nak tunggu petang, apa nak buat eyh??
buat kek coklat kukus pun sedap gak kan???

gambar adalah gambar selingan sahaja...

[watermark adahal hasil air tangan sue anna joe.TQ ya!!! korang pun amik sbb sueannajoe bagi free jek :) ]

gambar sabtu 2minggu lepas masa kami nonton filem pecah panggung...
bukan 2 alam lah...
tapi..
filem ni..

^

^


^


^



^


^


gelak guling-guling okeh tengok citer ni...
ok,itu tipu!! mana bleh guling-guling dalam panggung.
gelak kuat-kuat jek.hehehe
cuma zahra sorang jek yang takut sampai angkat skirt sampai tutup mata.hahaha
tu lah, sapa suruh nak ikut mama ngan papa nak tengok movie komedi seram.hikhik
padahal dari umah, zahra yang request nak tengok citer hantu.tapi, bile cerita mula dia yang paling takut.hahaha





love: mamazahra ^__^

Thursday, 9 December 2010

takde tajuk

hahaha, tatau nak bubuh tajuk apa.
lama sangat blog ni tak berhapdet.
kononnya nak stori-mori cerita cuti panjang mama sepanjang minggu lepas.
dah draft sekerat jalan, pastu tenet buat hal.
terus malas nak sambung.
nanti-nanti rajin, mama sambung entry tu eyh...
dugaan banyak tul tuk blogging.
hari tu PC mama rosak, Alhamdulillah dah selamat reformat.
bile PC dah OK, tenet pulak slow tahap gaban.
bile tenet dah OK, henpon plak buat hal. belum sempat transfer semmua gambar dalam PC.
alahai, banyak tul dugaan nak berblogging neh.
agaknya, ramai sangat kot yang tak suka mama blogging.hikhik. pepandai jek mama ni kan.

lately, mama start sakit kepala dan sakit belakang cam masa mula peknenkan lil DZ.
kirenya 'morning sickness' ni datang balik lah.
setiap malam dok mintak papa urutkan belakang badan ni. tapi masih tak kurang jugak.
niat nak gi berurut jek masa cuti Awal Muharram tu, tapi wak tukang urut tu busy kalah perdana menteri.
langsung tak jadi.
sampai skang ni masih sakit badan lagi.
ikutkan hati nak jek MC, rehatkanm badan kat rumah.
tapi, Boss dah sound baekk punyeee dalam Department Meeting hari tu..."U pemegang rekod setakat ni, MC paling banyak".
tak ke TERASA mama... tu yang insaf sikit. sakit-sakit badan pun, tetap datang opis. taknak lah di cop TAK MAKAN SAMAN pulak kan. sedar diri sikit, mama ni cuma kuli jek kat situ...

Okeh, nanti mama update lagi. nak melayan budak tecik nan sorang ni dulu.
sebok ajak mama tgk TV..babai!!


love: mamazahra ^__^

Monday, 1 November 2010

Tiada hati lagi :((

ni ler status kat FB dan YM mama lately.
ntah lah, dua tiga hari ni cam takde hati jek.
bukan takde hati nak blogging la.no no no.
niat nak blogging mmg membuak-buak, dan takkan pernah luntur.mama kan suka merepek.so blogging lah hobi yang sangat sesuai tuk mama.hehe.
ekceli, mama dah TIADA HATI LAGI nak kerja.
serius tau!!!
tak tipu punya.
jangan tanya mama,KENAPA?why?
sebab mama takde jawapan tuk soalan tu.
mama sendiri tak tahu.
bangun jek tidur lately, rasa taknak gi keje. rasa cam nak duduk rumah jaga Zahra.
kalo lah, gaji papa dah besar dan mampu tampung perbelanjaan keluarga.nak jek mama berhenti kerja.
tapi, memikirkan masa depan Zahra dan bb DZ dlm tummy neh. mama perlu kuat tuk gi kerja.
bukan sikit perbelanjaan nak membesarkan anak.
bukan takat nak bagi makan-minum biar besar badan anak tu, tapi nak sekolah kan, nak simpan tuk masa depan derang.
ye!!!setiap anak, ada rezeki masing-masing. mama tahu itu.pasti ada rezeki tuk anak-anak.
tapi, rezeki takkan datang bergolek kan? rezeki tak turun dari langit kan? rezeki tak dtg melayang kan?
kita kena usaha nak dapatkan rezeki tu kan??

sebab tu lah, walaupun dah tiada hati lagi, mama tetap kuatkan semangat, tetapkan niat. nak cari rezeki halal buat anak-anak.


p/s: scheduled entry :) [jgn ingat mama ngulau waktu keje ye!!!]


love: mamazahra ^__^

Monday, 11 October 2010

One night stand at Cyberview Lodge Spa & Resort, Cyberjaya

ayoo, citer nak basi dah..hehe
tapi, gigih nak cerita gak.tak pe kan??
1-2 Oct 2010, ada 2nd staff retreat tuk company mama.
1st dulu, bulan March.la ni, Dato' ED nak buat sekali lagi.
kalo dulu staff retreat buat kat Pullman Putrajaya, kali ni di Cyberview Lodge Spa & Resort.
taste Dato' mmg kelas. cuma kali ni, no spouse are allowed.so, memaseng bajet bujang.hahaha
Jumaat 01102010 tu, kul 3pm ada Openday Hari Raya kt Subsidiary Company.kami dijemput tuk merai.
so, pas lunch terus gerak ke Seri Setia, Bandar Sunway.
ni jek gambar yg ada time Openday Hari Raya KNB..
gambar ikhsan kamera,GIAD.hahaha
kami berdua adalah penyeri kamera GIAD, dimana ada kamera GIAD, disitu ada gambar kami.hahaha
tetamu adalah sangat ramai masa Openday tu.mujur, mama dah bedal siap-siap A&W sebelum pergi. kalo tak, ada yg kebulur.
makanan memang banyak, tapi keadaan khemah & meja buffet tak berapa teratur.tu yg mama malas nak bersesak. ada kambing golek, tauhu bakar, satay, kue teow goreng, nasi beriyan dll.
mama cuma jamah tauhu bakar & kue teow yg kami mkn kongsi-kongsi.
kul 4.30ptg, kami dah gerak ke IKEA.
tujuan utama...adalah tuk membeli DAIM Cake ni jek...
alhamdulillah, hilang dah rasa 'teringin' tu lepas makan sepotong kek ni...
ada gak benda lain yg mama sambar selain daim cake, tunggu next entry ekk...
kami(mama & kak Siti, kak siti terpaksa bawak mama gi Ikea sbb mama tumpang kereta dia.hikhik) tinggalkan Ikea kul 6ptg.
ni kan time peak hour, hari Jumaat lak tu.jalan sikit punya jem dari Damansara ke Cyberjaya.
kami sampai kat Lobby Cyberview kul 7lebih.lepas check in, terus masuk bilik solat.
gambar dalam bilik takde cam selalu, sbb kali ni kami share bilik 3 org.mama, kak siti & kak ipah.
Kak Pah sampai awal dari kami sebab dari openday KNB, dia terus gerak ke cyberjaya.
so, korang bleh tgk seniri lah gambar bilik kitorg tu kt website dia.
sebenarnya, bilik kami tu ada 2 queen bed, olehkerana ada 3org hotel bg 1extra bed yg mama tak guna pun, sbb mama share katil ngan kak siti.
bilik dia mmg kelas.deco dia mmg mama suka.sayangnya, tak amik gambar pun...
gambar cilok dr website cyberview.bleh tgk kat SINI ek.
malam tu, kul 9 kami dinner kat Verandah.
makan sampai kenyang, pastu terus masuk bilik, tidur.
kul 7.30pagi 02-10-2010 breakfast kat Verandah lagi.
bekfes ala kadar jek, sbb kul 8pg da start talk...
gambar otw nak ke Verandah..mama jalan kaki jek dr challet kami ke Verandah.
bajet nak exercise lah kunun..hikhik
kat luar bilik training...
gambar blurr..jgn salahkan mama, salahkan photog yg tak pro eyh..hehehe
mama dah contro ayu baekk punyeee!!!hehe
kul 1tghari, lunch time...before gi lunch, sempat lagi posing sakan kat poolside..ehhe

mama, kak Ipah & kak Zana
susunan ikut ketinggian..kak siti, kak zana & mama
kak pool side...wif kak siti[model tuk hari tu.wakaka]

abaikan vontot mama yg melebar tu eyh...hikhik

lunch time :))
makan sampai sendat pewot, bby dlm tummy pun dah kick-kick mama dia, suruh benti makan, tp mama dia sumbat gak selagi boleh.hehe

tengoklah...semakin membesarkan badan mama???

okeh, gambar kt bawah ni, gambar kat sekitar cyberview lodge spa & resort..layyannn!!!
dirasmikan Tun Mahathir, our former PM..

taman nak ke pool..
abaikan kepala opismet yg menjenguk tu ekk..mama dah cuba tinggikan kamera, kowang paham2 sudah...mama kan kurang tinggi.ekeke

mama again..kali ni self-snap

Restaurant apa nama ntah, sebelah Verandah..

belakang pool tu masih under construction, tatau apa derang nak buat.

air terjun kat pool...

dah, itu jek.ekceli ada byk lagi gambar.tp, sok-sok lah update lg.
nak laju-laju kejar byk lg entry neh..hehe


love: mamazahra ^__^

Friday, 1 October 2010

Live: Cyberview Lodge Spa & Resort, Cyberjaya

holla..
malam semua :)
mama tak leh tidur lah...sbb 'bantal peluk' tertinggal kat rumah.huhuhu
windu banget kat papa dan zahra, mujur lil baby dapat temankan mama..hukhuk
mama ada staff retreat kt cyberjaya.
check in kul 7lebih tadi.
aktiviti malam ni bebas.
pas dinner kat Verandah tadi, terus lepak masuk bilik.
walopon pemandangan kat cyberview ni cantik, tapi tak terserlah kecantikannya sbb tak di nikmati dgn yg tersayang.haha, gila jiwang kan?
dah lama tak berjauhan ngan papa dan zahra.
rasa lain sangatttt!!!
esok pagi start programme tuk staff retreat neh.
biasa lah..talk..talk..n talk...
esok mama share gambar kat cni eyh...
malam ni tak amik gambar lagi sbb keliling gelap gelita.nak ambik gambar guna kamera enfon mama yg cikai neh, memang tak dapat lah.suram.kang macam citer seram plak.ekeke
ok, nak sambung golek-golek atas katil sampai lelap...
korang buat pe sok??
ekceli sok ada plan baekk punya ngan papa, tapi cam kena cancel jek sbb ada retreat neh...

k, babai.good night semua :)

p/s: yeayy!!!mama dah dapat Daim cake.td seblum ke cyberjaya sempat singgah ikea.ada benda lain yg mama beli, nanti mama share.hehe
p/s: malam sok nak gi tgk teater muzikal Tun Dr Mahathir ngan papa.nanti mama story-mory ekk...


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 7 September 2010

Mood Keje = 0%

wahh!kalo boss baca ni boleh pengsan namploh kali.hikhik
mama bukan pe, mama lebih suka berterus-terang dari sorok-sorok simpan dalam hati.ngeh3
sekarang ni, sebenarnya dari pagi tadi pukul 8 pagi, mama dah takde mood nak kerja.
rasa cam nak cabut balik rumah sebab memikirkan raya yang tinggal lagi 2 hari.

bukan tak sabar nak raya, tapi memikirkan(banyak betul pikir) banyak lagi tak buat kat rumah tu.huhu
dapur & ruang menonton TV belum kemas.
halaman rumah jugak belum kemas.
baju raya belum basuh kecuali baju kurung & baju melayu yang dah basuh hari ahad lepas tapi masih belum kering akibat kena hujan semalam dan tak sempat angkat.huwwaaa!!! *nanges*
ruang tamu belum mop.walaupun itu keje papa tapi mama tetap fikirkan tuk papa.hahaha
biskut makmur belum buat. *pengsan*
bunga hiasan jugak belum beli. sedih tengok keadaan rupa-paras bunga hiasan yang dibeli 2tahun lepas, sangat uzur.
kacang pedas kesukaan satu family jugak belum buat, sebab belum beli kacang tanah lagi.
duit raya tuk anak-anak sedara, cucu-cucu sedara & anak-cucu jiran tetangga belum tukar lagi.uuwwwaaa!!! *nanges lagik*

makaiihhh, banyak nye belum buat.sempat ker nak siapkan dalam masa 2 hari ni.
kalaulah ada doreamon, kan best.request jek kat dia suruh keluarkan robot dari poket dia yang boleh menghias rumah mama dalam sekelip mata. dan tak keluarkan bajet.hahaha

mama jugak pening memikirkan bajet raya dah melebihi tahap piawaian yang ditetapkan.
bajet tuk simpanan hari tua jugak dah terpakai.
bajet tuk menghidupkan roadtax dan insurans cik persona jugak dah terluak.
padahal, dah set dari awal dalam otak taknak membazir. tapi, macane boleh lari bajet jugak. *menangis dan meraung*

so, ini menyebabkan mood kerja adalah 0%.

love: mamazahra ^__^

Monday, 6 September 2010

Kerja Oh Kerja!!

aduhai...
takde mood nak keje dah...
mood nak raya jek skang neh...
kalo ikutkan hati, memang nak amik cuti awal.sebab memang dah tau, mood nak keje nan ado, kalo hati dah getik nak beraya.ngeh3
tapi, memandangkan cuti tahun dah tinggal seciput, dan takut ada emergency sepanjang Oct-Dec, maka terbatallah niat nak cuti awal.hukhuk
lately, semakin menipis mood keje sbb takde keje dah.
audit esaimen dah lama abes, dan esaimen baru lom ada.
sejak-2-menjak bertukar team leader ni, semakin kureng lak mood keje.
sebabnya, team leader baru sangat efisyen sehingga semua benda dia nak buat sendiri.
dari pre-audit sampai lah ke report.
takde satu dia kasi mama usik.semua dia nak buat sendiri.sampai mama rasa, mama ni makan gaji buta takde keje ke gi opis.ekeke
bukan tak mintak dia buat, as usual.benda yg sepatutnya team member buat.tapi, dah team leader nak buat semuanya.
mama nak buat apa??goyang kaki lorrr...tu yang mood nak keje nan ado..
mama bukan suka eyh, bile xde keje ni.mama sedih. adekah dah tiba masa mama berhenti keje??atau mama ni langsung tak efisen ker.sampai team leader tak bagi buat apa pun.
yang mama perasan, sejak 2 esaimen dengan team leader baru ni, mama cuma buat fieldwork jek.
dan mama buat ikut suka, team leader tak bagi direction pun.
dan mama buat, ikut pengalaman sendiri. tak tahu betul atau tak.
kalo ada finding pun, team leader yg nak buat finding note.mama tak payah buat.
mama sedih tau.bila mama offer diri nak buat finding note, cam kebiasaan mama buat bile kerja dgn team leader lain, tapi team leader skang ni kaan jawab.."takpe, senang jek ni.biar saya buat".
bila mama offer diri nak draft audit report, team leader baru cakap:"takpe, sy yang buat"
abes, mama nak buat apa??goyang kaki???kalo semua dia yg nak buat???
yelah, mama ni masih baru dalam bidang auditing ni. banyak benda mama nak belajar.
setahun lebih, belum cukup lagi. masih banyak nak kena belajar tuk jadik lebih baik.
tapi, dah team leader tak bagi buat.mama ada hak ke nak bersuara?kalo bersuara kang, kata mama nak kondem team leader pulak.aduhai, serba salah dibuatnya..huhu
mama ni bukan stress sebab banyak keje, tp stress sebab takde keje.camne tuh???
tapi, jangan sampai boss tanye ni, dah lerr...
mama asek buat benda "lagho" jek kat opis, sementara dapat esaimen baru.
tensennyerrr!!!!
sebab dah tak tahu nak buat apa, selain baca previous report.hukhuk

takde idea langsung!!!tolong lah wehhh!!!


love: mamazahra ^__^

Friday, 3 September 2010

setelah 3 hari bercuti...

aineh mama dah mula keje semula.
setelah cuti merdeka + MC 2 hari, rasa mood nak keje pun takde.
malas tul, dengan asthma yang masih bersisa ni.
asek terbatuk-batuk jek, sbb nafas dah pendek.
Dr Shima ada bekalkan inhaler, tapi mama kan degil sikit.
mana nak guna inhaler tu.
yang da kat umah pun, dah expired langsung tak penah guna.hehe
ni Dr bagi yang baru, masih dalam kotak lagi.punyelah malas nak guna.huuu

Mujurlah aineh hari Jumaat, rehat 2 jam.so, masa bekerja tu taklah terasa sangat.hehe. rehat nanti, best gak kalo gi jalan-jalan window shopping kan???
petang ni plak, boss plan nak bukak puasa kat luar, so standby jek la pewot kosong.hahaha
Boss nak belanja kat Manhattan Fish, reservation pun dah buat.
mujurlah buat aineh, sbb kalo boss buat next tuesday, tak dapek lah mama join.takut oh bsp test result tinggi cam masa gi dinner besday Dato' ED kat Hilton aituh.mampus.ada yang beraya kat wad spital pulak.
mintak jauhhh....
so, mama kenalah sms papa tuk pandai-pandai bawak diri gi berbuka umah MIL.huhuhu. 
"sowi, B eyh!!!!.sok syg masak sepesel eyh".hehe

kowang buka pe aineh??





love: mamazahra ^__^

Sunday, 1 August 2010

Sakit badan gara-gara terlebih ...

jalan Selasa lepas...hukhuk [gile lama, br dpt update.tp, till arineh, masih sakit pergelangan kaki mama.hukhuk]
plan nak buat asset verification on monday sebenarnya, tapi... hujan turun manja-manja gitu.
kalo ikutkan hati nak teruskan juga niat, tp setelah membayangkan 'kami' (mama+kak pah dan staff in-charge) akan kebasahan membuat verification keatas 123bijik treler dalam keadaan hujan renyai-renyai.
baik lupakan jek.
so, kitorang takdelah terus goyang inul kaki. tanpa buat apa-apa.
tapi, kami teruskan dgn documents verification tuk disposal tu.
at least, takde lah balik opis semula tanpa buat pape kan...
alhamdulillah, settle verify documents. walopon tak semua documents ada tuk 123bj treler yg nak di dispose tu.
tak kesahlah....janji 'part' kami dah setel.
makanya, Selasa 27-07-2010.kami mulakan operasi memutihnghitamkan kulit gebuss mama ni tuk verify 123bj treler tuh kat yard yang berdebu dan lecak & berlopak dgn bau air longkang.

gambar masa buat asset verification...


model adalah rakan sepejabat ye!!!ekekeke...

muka mama dah berbelak itam..hukhuk

dan...hasil dari projek menghitamkan kulit tuh....
tadddaaaaa!!!
bukan muka jek hitam...kasut mama pun jadik itam sama, siap bau longkang segala...
seluar mama kena percikan air lopak..hukhuk.busyukkk wooo!!!
mama tak expect pun yard tu akan lecak & berlopak. [padahal sehari sebelum tu hujan, apa ke bangang mama ni kan??egege]
lagipun, mama taknak pakai kaler hitam sbb hitam kan tak serap haba, sure panas menyengat kan...
tu yg gatai pakai kaler cream tuh...
serius penat...
tapi, ni keje yg mama pilih, haruslah ikhlas mengerjakannya kan??
walopon penat, tp mama sgt enjoy..
kalo mama still buat accounting, sure tak merasa pengalaman camni...
ni untungnya buat audit.egege [ayat nak sedapkan hati sendiri.hehe]
dan...hasilnya.abes merah-padam hitam geseng muka mama.hukhuk
lepas abes buat, lebih kurang 3jam.start dari kul 9am sampai kul 12pm, mama balik umah dulu tuk bersihkan diri.pas lunch br masuk opis semula.

dan, bile bangun hari Rabu tuh, kaki mama terasa sakit sangat.
jalan pun sampai terenjut-enjut.
baru mama teringat, masa buat verification tuh, mama ada tergelecek hampir jatuh masa pijak lopak yg berlumut.mujur tak terjelepuk atas lopak tuh..huhu

tp, sampai saat mama tulis entry ni...kaki masih sakit wohh...lom sempat lagi nk gi berurut.
harapkan papa jek yg urut tuk kurangkan rasa sakit ni..hukhuk


love: mamazahra ^__^

Wednesday, 30 June 2010

Senget Sebelah


ayo, apa yang senget sebelah tu?
kasut kah? tak mungkin lah kan, sebab mama tak pakai high heels pun.
ekceli, otak mama yang dah senget sebelah.
apa pasal?
dah mereng kah? atau dah sewel?hikhik.ntah lah..
tetiba rasa cam otak ni dah senget sebelah pulak.

ekceli, skang ni mama tengah gelabah buat slides presentation tuk esok.
ujung bln 5 aituh kan mama ada gi IT conference, so boss suh present lah info yg bleh share mase gi conference tuh.
gila babeng punya dah lama kan, so paham-paham sudah.ofkos lah dah lupa kan??
so, bile nak kena present ni mama kenalah study semula.
bukak balik nota time gi conference tu.
siyes, rasa nak muntah rasanya buat slides ni.
dah la, AFN nak kena kuar dah.
serabut pale otak.
sebelah otak dok pikir AFN yg belum siap, dah la team leader namplohkali dah mintak,tensen makk!!, sebelah lagi dok pikir pasal IT conference presentation.
mama ni bkn budak IT, so mmg agak lembab sikitlah pasal IT ni.
budak accounting nak cakap pasal IT, dah tentulah macam ayam nak cakap bahse itik.ye dak?
hantam sajalah labu!!!

lagi plak, otak ni langsung tak bleh benti pikir pasal Argentina vs Germany.ekeke
dok asek pikir, nanti argentina lawan germany, sape menang.aduhaii.serabuttt!!!

[skang ni otak mama dah jadik beku camtu.bile lah nak jadik aman cam yg sebelah lagi tu??]

lagi-lagi, bile apa yang mama teringin sangat, masih lagi tak dapat.dah kompomlah benda tuh asek berlegar dalam pale hotak kan...aduii...tak larat nak pikir dah.
jangan nanti, otak terus jadik senget sudahlah!!
p/s: mama skang ni ada masalah dalaman pasal keje. tapi, tatau nak luah camne.cam ditelan mati mak, diluah mati bapak.hukhukhuk.ada sesapa nak pinjamkan telinga tuk mama meluahkan rasa???sila angkat tangan!!!


love: mamazahra ^__^

Thursday, 17 June 2010

ikan talapia goreng dgn sambal cili padi

umakaiii...
pewot sakit, pale pening, tekak mual pas pekena nasi putih dgn ikan talapia goreng garing dgn sambal cili padi lunch tadik.
hambekkk!seblom makan & time makan, takde pulak rasa tu sume ekk.
sedap jek makan sambil sembang. minum plak limau ais.pehhh!tak pandang kiri-kanan dah, tak ingat dah en.suami dah makan ke blom.
sekali, pas abes makan.dok jek ngadap keje.
terus, time-time tu gak nak pening, nak mual & nak sakit pewot.
mulalah, rasa nak baring sambil tidur-tidur ayam kat surau.
lagik best kalo dapat tidur terus atas katil kat umah, dan zahra & papa pon baring sesama.heeee :D
syokkk wooo!!

p/s: nasiblah bos tadak.ada meeting kat luar.leh lah berjimba skejap.hikhik

love: mamazahra ^__^

Thursday, 10 June 2010

Hotel Selesa

ni bukan entry tuk menjatuhkan tapi lebih kepada entry komplen.
bukan pe, sebagai pengguna mama ada hak nak luahkan kekurangan kepuasan hati mama.
mama bayar sesuatu yg tak selayaknya.ececeh!
ekceli, sepanjang 4 hari 3 mlm mama bekerja kat Pasir Gudang tu, mama stay kat Hotel Selesa Pasir Gudang.
ni kali pertama mama stay situ.
biasanya, kalo audit Pasir Gudang, mama akan tetap stay kat area JB, dah tentu Grand Bluewave Hotel jadik pilihan.
tapi, oleh kerana misi kali ni cuma 4h3m.kami decide tuk stay kat hotel yg dekat dari opis.
yelah, salunya, kami terpaksa redah jam dari JB ke PG atau dari PG ke JB.
takmolah buang masa kat jalan sbb kami cuma ada masa 2 hari jek tuk keje, maaf cakaplah.
Hotel selesa ni mmg tak selesa.
mama sgt tak berpuas hati.
mama bayaw RM172.50/night. lebih mahal dari Hotel NAZA.
tapi, Hotel Naza lebih selesa dari Hotel Selesa tu seniri.
ni lah yg dikatakan indah kabar dari nama.hikhik

bilik air yg nampak selesa, tp hakikatnya....Allah jek yg tahu
perabot..OK lah.

[bagi, wanita mengandung, tak digalakkan baca.
ayat seterusnya ini bisa buat korang mual, loya & payau tekak.
hikhik..]

okeh...jom sambung...
tapi, yang buat mama rasa tak selesa adalah toiletnya.
selama 4h3m tuh mama geram jek tgk toilet derang.
dah lah air paip kuar cam air kencing jek, punyalah slow.
nak mandi pon tak syok.kalo nak be*** lagilah tak selesa kan.
pastu, flusk pulak cam mati segan hidup tak mahu.punyalah payah nak flusk.
kena namplohkali tarik baru bersih toilet bowl tuh.teensenn!!kalo t*** takpe lah, ni air kencing pun payah nak bersih.gila hape!!!

bukan mama tak komplen pun kat receptionist dia, tapi dah mmg derang punya hotel low class kan.
nama jek 3 stars, tp cam umah tumpangan ah kaw jek.gerammm ni!!!
derang punya servis pun cam toilet derang gak.

okeh, selain toilet derang bermasalah.derang punya staff kat "straits cafe", tempat bekfes pun cam hampeh.
meja makan lambat berkemas.
pastu, sudu garfu tak reti nak letak semula bile dah kemas.
nak kite panggil dia, mintak itu ini baru nak bagi. lembabs!!
kan mak buyung dah marah.geram tau!!
masuk hari ke-2 tuh, mama ingat taknak bekfes kat hotel, sbb makanan yg derang serve pun cikai semacam jek.dgn waitress yg reti nak melawa tapi tak reti buat kejenye tuh, mmg hilang mood nak makan.
tapi, derang punya bekfes compulsory.so, kalo ko bekfes atau tak, tetap harga tuh dah termasuk harga bilik.budus!!

ni mmg last lah mama stay kat Hotel tak Selesa neh.jangan harap nak tidur sana lagik.
mmg blacklist lah!!!
lebih rela redah jam highway JB_PG tuh dari tidur hotal cikai camneh.

seblom cekot, mama dah tulis dalam comment form tuh.service sgt POOR.
haa!!hambek ko!!



love: mamazahra ^__^

Tuesday, 8 June 2010

Malam Akhir

yeyeyy!
esok nak balik Klang dah. tak sabaw nyaaa!!!
dah windu banget kat Zahra dan papa.

skang ni mama tengah kekenyangan tahap gaban.
baru abes dinner kat triple S, Selera Senibong Seafood(SSS).
pehhhh!best gila.sedap hingga menjilat jari.
makan besar kami malam ni tuk meraikan abesnya keje kat Pasir Gudang ni.hehehe
taklah, ekceli dah lama benar mama nak try makan kat SSS neh.
dah 3,4 kali datang JB tapi langsung takde peluang nak makan kat situ.
so, aineh kak Siti bawaklah mak buyung yg kuat makan neh.hehehe
tapi, memang puas hati lah.makanan sedap, layanan tip top.
kami order ketam masak lemak cili api, butter prawn, ikan jenahak bakar sambal dan baby kailan ikan masin.
semuanya mmg sedap!!!
mama order air tembikai gelas besar.punya lah tamak.sudahnya, tapau separuh bawak balik.hikhik
udang pun tapau gak sbb tak abes makan. dia hidang lebih 10 ekor tuk 2 orang makan.mana nak abes kan??
yg bestnya kat SSS ni, sebelum makan derang hidang jelly kelapa dan kacang rebus.sedap sangat.
jelly tu manis buah & kacang rebus tu lembut.pendek kata, semuanya sedap.


[inilah menu dinner kami.yummehh! ]

memang highly recommended lah SSS neh.
ada sesapa penah try tak??setuju tak ngn statement mama?ke mama ni mmg pantang nampak makanan, semua bedal abes.hikhik

p/s: happy sgt sbb nak balik sok smp rasa takmo tido mlm neh.hehehe


love: mamazahra ^__^

Sunday, 6 June 2010

Live : Hotel Selesa, Pasir Gudang

Hai, Good Nite sume!!!
esok kowang cuti ke? mama kena keje lahh...huhuhu
mama skang ni kat Pasir Gudang tau, mama audit branch sini.ad hoc sebenarnya, so mama kena berjauhan dari papa n zahra selama 4 hari.
berat hati senarnya nak gi, sebab along n angah baru jek bersunat Sabtu aituh, so ibu mintak cuti dari jaga Zahra.
tapi, nasiblah papa ada.huuu
Sabtu kan besday agung, company papa ni baik ati sangat.kalo public holiday jatuh sabtu or ahad, isnin akan dapat extra cuti.
so, legalah sikit nak tinggalkan Zahra sbb papa ada.
nasiblah company papa neh kaya cuti.hikhik
selain berat ati nak tinggalkan Zahra, mama berat ati gak nak jauh dari papa.
ni bermakna mama kena harungi "nite sickness" mama sendirian.
mama ni bukan alami morning sickness tau, tapi night sickness.huhuhu
ada eyh, nite sickness??pepandai jek mama neh kan??.hehe
tapi kan, mama alami pening n loya time malam hari.
selalunya, kalo papa ada.dapat gak la papa tolong urutkan kepala dan belakang badan, kasi kurang sikit pening n loya tuh.
so, mama terpaksa harungi 3 malam tanpa papa.huhuhu

skang ni, mama tengah merindui papa n zahra sangat2.

love: mamazahra ^__^

Wednesday, 26 May 2010

Dah berkurun tak berkemas...fuhhh!!!

fuhhh!!!kasi buang segala habuk.
cheh!padahal baru jek sehari dua tak apdet, rasa cam dah berkurun jek.
busy tahap gaban tuk 2 hari ni.
skang ni, baru dapat tarik nafas lega.
2 hari attend conference IT Governance 2010 Conference kat Grand Dorsett Subang Hotel.
Conference ni anjuran ISACA malaysia.
walopon mama bukan IT auditor, tapi bila diberi kesempatan belajar pasal IT mmg lah sangat suka ati kan..hehehe
tak semestinya ko budak accounting, ko kena buta IT.ngeh3 [ni cakap pasal diri seniri yg selama ni suka jadik buta IT.hahaha]
mama attend conference ni ber3.[mama,kakCT n En.RA(bukan nama sebenar).cit!!sat lagik mama mesti kena balun sbb buh nama dia.muahaha]
sonok gi conference ni, selain dapat belajar benda baru.dapat gak koleksi kawan baru & part yg paling best adalah makan free 4kali sehari.best3
overall conference ni, OK la.ada gak speaker yg sangat best, ada yg biasa-biasa jek dan ada gak yg membosankan tapi kelakar.asek gelak jek bila dia bercakap.bukan sebab dia seorang yg kelakar, tapi sebab mama suka gelakkan dia.hahaha.gila jahat!!!

so, tuk menghilangkan senak kepala dengan 2 hari gi conference neh, malam ni papa belanja nonton movie.yeay!!!!

okeh, mau siap nak kuar jap...

p/s: hadui, baju lom basuh lagik neh,kain baju yg mak dah tolong lipatkan pon lom simpan dlm lemari lagik.ahhhhhh, byknya kejee!!!

love: mamazahra ^__^

Monday, 24 May 2010

kerana email itu, hilang mood tuk kerja!!!!!!

apesal mama neh?
pepagi dah emo.datang bulan ke hape???takde lah.....
mama tatau apa perasaan mama skang ni.bercampur -baur.
meh mama story....
sesampai jek opis pagi ni, as usual mama akan check email dulu.
sekali, hambekkk ko!!!!
lepas baca, terus hilang MOOD tuk kerja.rasa cam nak RESIGN jek!!!!!

apa email tu?apesal buat mama jadik emo?dari spa email tu?
email tu, bunyi cam personal tapi......biarlah rahsia.....
tapi, tak dapat nak ceritakan kerana bagi mama ia terlalu peribadi...
walopon ayat dalam email tu cenggini " There is nothing personal about what I have written since this relates to dept.'s image in particular and co.’s image as a whole."
tapi, bila baca sampai abes, ia mmg menyentuh soal personal mama.
tapi, takpe lah.
mungkin mama tak sesuai dengan kerja ini, atau mama tak dapat sesuaikan diri dengan persekitaran kerja ini.
so, mama akan pikirkan semula NIAT mama tuk bekerja lama disini tuk mencari pengalaman.
mama tak suka berpura-pura, mama suka jadi diri mama.sbb mama selesa dengan diri mama.
mama tak dapat nak buat ORANG LAIN selesa dengan mama.

ntah la, mama tatau nak pikir apa dah!!!
selagi boleh bertahan, mama bertahan.
kalo tak, mama ANGKAT KAKI jek la....susah pe kan???


love: mamazahra ^__^

Thursday, 22 April 2010

Gila Kerja vs Kerja Gila

こんにちは konnichi wa
もしもし moshi moshi .holla hello semua :))
korang sehat?
mama takde mood lah aineh.tak mood nak keje blogging.
walopon banyak benda nak story.
n3 tanpa gambar adalah sangat tak menarik.
tu yang ilang mood nak mengapdet belog.
tatau apa pasal PC ni, sejak direpair itu hari, terus takled detect henpon cikai mama ni.
makanya, tak dapeklah nak upload.hukhuk
kat umah pulak, cik selkom sangatlah lajunya lembabnya...
sampai tension mama tau...
kang baru upload separuh, dia hang...tak pun disconnect.tak ke tension...haish~
okeh, sebenarnya, mama tengah takde mood.
jasad jek ada kat office, jiwa dan raga ntah gi jalan kemana.
walopon mata ngadap SOP & contract, tapi fikiran gi jalan2 kat JJBT.haih!!macam2 la mama ni...
bila mama gi keje skang ni, cam dah takde passion ghairah lagi dah.
adakah mama dah mula bosan?
atau adakah mama dah hilang fokus?
perlu ke mama mula meng'usha' keje lain?
atau perlu ke mama update application SPA mama?
atau perlu ke mama apply KPLI?
aduh!!!tensionnnyaaaaa!!!!
korang pernah tak rasa cenggini?
rasa hilang semangat nak keje?
ekceli, mama takde masalah kat tempat keje.jauh sekali ada masalah dengan budak2 opis neh.
derang ni semua sekepala ngan mama. [bukanlah cam 2 jiwa 1hati tuh..kembar siam.hikhik]
pendek kata, kami memang tiada masalah.
tapi.....maaf cakaaplah kan...
mama dah malas nak gi keje. rasa cam nak lepak umah dengan Zahra jek.hikhik [boleh gitu??]

k. la...nak sambung pura2 buat keje.




love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!