Showing posts with label belOg sayang :). Show all posts
Showing posts with label belOg sayang :). Show all posts

Friday, 9 December 2011

Maafkan mama

Salam Jumaat semua =)
hangat ke hangit hari ni?
mama hangit sikit hari ni, bukan apa... kat rumah semalam satu hari takde air. tak pasal-pasal, malam tadi mandi kat petronas. hahaha
tak pernah di buat orang kan??? ekekeke
kat rumah ada gak tadah air, tapi cukup-cukup tuk mak dan tuk amik air wuduk jek.
so, tuk mandi kenalah pandai-pandai mandi kt stesen minyak berhampiran. hehehe

tapi, Alhamdulillah... awal pagi tadi air dah ada, cuma keruh sikit. tapi time subuh tadi air dah jernih cam selalu... thank you Allah :)
dan... pagi ni dah bleh mandi wangi-wangi.hehehe

okeh, berbalik pada tajuk. ishh, lama betul tak update belog straight dari blogspot neh. balik-balik update guna cik bedah bendul.hehehe
mama nak mintak maaf pada kawan-kawan semua tau! lately ni, mama jarang reply setiap komen uols kat setiap entry mama. bukan takmo reply tau, guna cik BB ni tak feel langsung nak reply. setakat publish jek. sowi eyh :)

bukanlah mama tak hargai komen korang tu, janganlah kecik ati eyh... mama ni kan rabun IT, tak berapa reti nak reply guna cik BB. honest speaking lah kan... *orang kampung*

apapun, mama ucap terima kasih kt uols yang bersungguh-sungguh komen kat entry mama. tapi, mama buat dunno jek kan. ampunnnn!mama reply dlm hati. nanti ada time, mama reply satu-satu. kalo komen kt FB note tu, senang sikit mau reply.hahaha

okeh, lagi satu. if korang ada FB [ada ke orang takde FB???], korang add mama eyh. itu pun kalo sudi lah.. bleh kte share cerita dan kalo ada cik BB, add BBpin mama, bleh kita berBBM dan kalo korang-korang ada twitter pun add mama, PinkmamaDZ tau!!!

selain belog, bleh gak guna medium-medium lain tuk sembang petang kan..hahaha

okeh, kita sembang lenkali. mama ada keje sikit neh. rindu kat korang-korang semua. tapi jangan risau, mama tetap baca entry meletops korang tu via cikBB cuma ngak sempat nak me-reply jek.


akhir kata dari mama, sayang korang ketat-ketat.mmmuuuahhh!!!




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Saturday, 23 April 2011

Tiada alasan lagi

tuk mama tak update belog.
dulu kata, kalo ada cik bedah bendul tu mama nak rajin update belog. tapi, masih lagi tak rajin pun.hukhuk
tapi, serius mama tak cukup masa nak update belog.
maklum lah, ada anak kecik kan.kowang paham-paham sudah. bangun malam lebih 3kali tuk susukan zharif. tu belum kira zharif berak, mama bangun tukar diaper dia.tapi kadang-kadang, mama kejut papa suruh tukar.hehehe
belum kira Zharif buat hal, ajak borak kul 3pagi.hukhuk
so, badan terasa sangat letih sebab tidur tak cukup. lingkaran gelap bawah mata semakin ketara. cuma lawo sikit dari beruang panda.hehe
sekarang ni, amma buat keje luar.audit kat area PJ. tu alsan, extra letih.hikhik. jalan jem pergi dan balik keje, pergelangan kaki dah mula sakit.walopon cik Persona adalah auto.hahaha
asal ada peluang tidur, kompom mama tidur. kadang tu kalo tumpang kereta opismet gi makan or balik opis ke, kompom mama tertidur dalam kereta. tapi, dengan kak CT kan...so buat bodo sudah.tidur jek.ekeke
niat hati memang nak update belog sebelum tidur, sambil baring-baring kat katil, gigih type entry. lom sempat send, mama dah tertidur. nasib baik, cik BB tak jatuh kat dahi Zharif.kalo tak, mahu jendul dahi budak botak tu.hukhuk
so, mama memang takde alasan lain lagi dah.hukhukhuk

hari ni, Alhamdulillah sempat gak mama gi dengar pengajian kat Surau Hj Musran. Ustaz tu sentuh tajuk :Sifat 20. rasa tenang sikit hati dapat dengar pengajian. dah lama sebenarnya tak dengar pengajian secara live. kadang tu, dapat tengok Tanyalah Ustaz belah pagi sambil siapkan anak-anak, tak pun dengar radio IKIM time drive. hati ni rasa cam dah keras jek, asek nak marah-marah.emo tak tentu pasal sebab hati tak didengarkan ilmu Allah. padahal, kat surau Northport tu, sentiasa ada pengajian. tapi sepanjang 2 tahun berkhidmat kat sana, tak pernah walau sekali dengar pengajian kat situ. datang solat kat surau ada lah jugak, tapi tak join solat berjemaah pun. lepas lunch baru solat kan...huhu

lepas balik pengajian tadi, hantar papa gi opis jap.ada keje nak setel katanya. so, sementara tunggu papa tu mama bawak anak-anak gi playground kat Tasik Shah Alam. sebelum tu singgah McD drive-thru. tapau makanan tuk Zahra. tapi, bile dia dah leka main, mana nak makan.

kul 12.30, amik papa terus gi makan kat wong solo. lepas gak gian nak makan ayam penyet.sejak abes pantang, memang teringin sangat nak amkan ayam penyet.hikhik

sampai umah tadi, lepas solat zuhur terus tumbang 4 beranak. tidur sampai masuk Asar. punyalah penat.huhu

okeh, sementara ada masa ni. boleh lah kita borak-borak kan. lepas solat maghrib nanti, nak masak dinner plak.meh kita borak pasal perkembangan terkini kami. eleh, bajet artis lah plak kan.ada ke orang kesah tentang perkembangan kau!!!hahaha.lantaklah, nak citer jugak!~!!

tentang Zharif

18.04.2011 - Zharif genap 3bulan. maknanya aineh 3mos 5days lah. badan semakin berkembang dengan pesat. lenguh lengan mama kendong dia.mujur ada baby sling, kurang sket sakit lengan ni. kalo tak, mahu ada muscle lengan mama kalo dukung dia selalu. mama tatau berat terkini dia, Isnin nanti ada 3rd check up. baru mama update berat si botak tu eyh... budak botak tu suka borak, kadang tu tak kena masa dia ajak borak. kul 3 pagi lah, sape yang larat nak layan kan.susu plak, zharif dah kurang sikit minum. tapi dalam tempoh sebulan lebih sikit neh, dia berjaya menghabiskan stok chilled ebm mama dari February sampai march.stok 2bulan, dia minum dalam masa sebulan. hebat tak hero mama ni???
skang ni, stok yang tinggal stok 6.4.2011 sampai 22.4.2011, tatau lah sampai bile bleh bertahan. mama dah naik risau, kalo bleh takmo campur susu formula. kalo lah boss hantar gi otstesen, mahu mama angkut budak botak tu sekali.sapa mau baby sit dia kalo mama gi otstesen, angkat tangan!!!!!!!syaratnya, kena ikut gi otstesen sekali lah.hikhik

tentang zahra

5.4.2011 aituh, Zahra ada exam. mid term exam rasanya. mama tak letak harapan tinggi pun. sebabnya, Zahra masih lagi belum lancar bercakap kan. so, tuk dia paham nak jawap exam tu agak payah kan.
tapi, Alhamdulillah.keputusan dia sangat memeranjatkan mama. dia mampu dapat 5A2B1C.As for math, bahasa, english, science & computer .B tuk jawi & arab dan C tuk pendidikan sosial. keseluruhan markah dia B. dan Zahra dapat nombor 15 dari 18. mama bajet, dia akan dapat nombor akhir sekali sebab Zahra masuk kelas campur budak yang 5tahun kan. cousin dia yang 5tahun tu dapat nombor 13. ni baru mid term kan, harap dia akan improve lagi.chaiyokkk!!!!


tentang papa

tengah busy nak exam. so, pagi petang siang malam ngadap buku. masih legi sebok ngan bola padang dan futsal. cuma since dah ada Zharif ni, mama dah tak ikut papa lagi. dah malas.dengan Zahra yang selalu buat hal skang ni kalo keluar.malas.baik dok umah layan budak berdua tu. semester ni papa cam kurang sikit kelas sebab lecturer selalu cancel class last minit. tapi papa lak yang rungsing sebab kena study sendiri. lagi pun, semester ni, lecturer tak rajin update carry mark masuk dalam portal. so, papa tak tahu berapa carry mark dia.hopefully papa dapat menten pointer dia lah...itu jek doa mama.

tentang mama

semakin kuat makan, aseklah lapar.lagi-lagi kalo wat keje luar neh.sentiasa lapar.pastu, aseklah nak makan sedap.pizza lah, eskem lah, burger lah.semua fastfood nak makan.jadi badan semakin bambam. malu tengok perut seniri yang membuncit. walopon ramai cakap, mama takde lah gemuk ke hape. tatau mereka ikhlas atau tak. so, mama rasa, mama memang gemuk. macam nak guna premium beautiful lah. tapi, duit takde. cemana???cer citer..cer citer

p/s: DVD gambar sekitar Majlis Zharif dah dapat, tapi msatu folder tu xleh bukak.kt folder tu lah gambar yg cantik2, so layan jek lah gambar dr folder kedua ni...huhuhu

p/s: malas buh watermark!!!harap maklum

love: mamazahra ^__^

Friday, 26 November 2010

Blogspot ada problem atau Laptop papa ada problem?

lamanya tak mengupdate blog.
rindu-rinduan jadi kenangan gitu.
dah berapa hari nak update, bile kat rumah jek. asal malam sakit kepala, kalo tak sakit kepala, tenet lak slow cam siput.
banyak tul halangan nak update.
banyak nauu citer nak share.
pasal bb DZ, pasal jalan-jalan cari makan, pasal kenduri kawen.
semua entry dah draft, tunggu nak upload gambar jek.
PC mama buat hal lagi, memang nak kena reformat la tu.mujur dah back up isi kandungan pc tu.
dari semalam online guna laptop papa, tapi langsung tak bleh nak upload gambar.
tatau apa pasal, blogspot ada problem atau laptop papa yang bermasalah?? ntah.
remuk-redam hati ni, punyalah semangat nak upload gambar.pastu hampeh jek.
asek lah loading..... tak abes-abes.tapi nak sukses, mmg janganlah diharap.
nyampah tul.membantutkan semangat nak update jek.
jeles tengok kengkawan update tau!!!geram geram geram!!!
hari ni pun, mama try upload gambar lagi guna laptop papa. tetap tak boleh.
so, nampak gayanya kena tunggu PC mama OK la neh.huhuhuhu
malam tadi, gigih ajak papa gi hantar cpu kat kedai cina tu.tp, pas baca yassin mlm tadi papa cancel. malas nak keluar katanya, geram sungguh mama.
tapi nak buat cemana, mmg kena tunggu papa gak. mama mana lah larat nak angkut cpu yang besar gabak tu.
nak bawak perut seniri pun cam payah.
haa, nak bagitau. mama punye penyakit 'morning sickness' yg tak bertempat ni dah mula lagi.
asal malam jek, pening. asal pening jek, malam.
belakang badan pun aseklah sakit. especially, tang pinggang ramping mama.
papa semestinya jadik tukang urut mama setiap malam.hehehe
plan nak berurut, tapi mama ada TERbaca kekerapan berurut time peknen bleh menyebabkan uri lekang. betul ke???seram lak baca artikel neh. mama baca dari pamplet yg mama amik kat klinik kalo tak silap. ke dalam buku "40minggu nan indah".ntah. tak ingat pulak mama. nanti mama update.
betul ke berurut leh lekangkan uri???
mama tengah sakit badan ni, tak puas lah papa urut. mana nak puas, baru papa urut mama sikit, papa lak mintak mama urut. letih. ngengada papa zahra tu. cam dia pulak yg berbadan dua.hehe
dan lagi satu, aktiviti masak-memasak pun mama dah tak bleh nak buat. macam early stage peknen aritu gak.mama tak leh bau masakan yg mama masak, terus tak lalu nak jamah.
so, papa lah amik alih tugas masak-memasak.ekeke


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 26 October 2010

Cuti-Cuti Cinta



selamat malam :)
mama tengah membizikan diri jaga anak dara nan seorang ni.
jgn harap dapat ngadap PC dgn tenang.dapat blogwalking sikit-sikit jek.hukhuk
tu pun baca ala kadar, takde nak tinggal komen segala.
mmg tak tenanglah nak berblog sekarang ni.
sementara papa sedang tekun mengulangkaji tuk final exam. ** Alhamdulillah, satu paper dah lepas. **
mama ambil-alih tugas melayan budak kecik sorang neh.hehe
sekejap-sekejap nak makan honey star, sekejap-sekejap suruh mama kunyahkan maruku.
sekejap-sekejap kang nak susu pulak.
mana tak bizi.
ni pun, baru jek berkaraoke melayan nursery rhymes dgn Zahra.terpekik terlolong dua-beranak.hikhik
now, proses mem'back up' data masih in progress.
so, mama belum boleh upload gambar lagi, nak edit bubuh watermark lagi lah tak boleh kan.
so, dengan ini mama nak umumkan bahawasanya, belog ~Our Lil Sweet Home~ sedang cuti-cuti cinta mesia dari sebarang entry terkini lagi sensasi.
gambar-gambar akan dikepam jadik pekasam.
bile dah cukup time, baru mama update entry.OK??

selamat malam semua. tidur lena-lena ye!!! ** mama sorang jek tak dapat tidur lena sbb adik baby zahra ni makin aktif diwaktu malam.mama takleh nak tidur, dok kaleh kanan-kaleh kiri.letih.mata pun dah jadik mata panda neh.hukhuk**

nite,all~~

p/s: dah nonton movie cuti-cuti cinta??kami dah...boleh tahan lah.cuma kurang khusyuk sbb besday girl buat hal,takmo dok diam.hikhik

love: mamazahra ^__^

Tiada mood tuk blogging :(

jangan salah sangka ye..
mama bukan nak stop blogging.
blogging adalah darah daging hobi mama.
sejak zmn FP,Blogdrive,Friendster lagi mama dah start blogging.
memang dah jadi rutin.rasa lain kalo tak update.
ada banyak sangat story-mory nak cerita, tapi tak sempat nak update.
sebab, PC kat umah buat hal lagi.
ada plak virus yg dah serang windows.
mama dah hantar kedai, dia reinstall jek CD windows dan suruh back up semua data sebelum reformat.
tapi, mama tak sempat lagi nak back up sbb perlu pindah file sikit-sikit dlm pendrive tuk burn dlm CD guna lappy papa. PC mama takde CDRW . bila nak copy dlm pendrive amik masa gak la.maklumlah, pendrive yg ada cuma 8gb, data yg nak di back up plak lebih dr 20gb.
dgn papa bz study tuk final exam lagi, takde chance mama nak guna lappy papa.huhuhu
so, pc ni kejap-kejap reboot.
anytime jek nak kondem tuk di reformat.
harap sempatlah nak backup semua gambar.
ada banyak mama nak cerita.insiden sedih yg berlaku dihari jadi zahra, simple besday party tuk zahra, kisah ditempat kerja dll.
mama update kendian.
nak backup gambar masuk pendrive pun kena tunggu zahra tidur dulu sbb cik kak tu jeles kalo mama ngadap PC, lagi nak edit gambar & upload dlm blog.mmg tak sempat lah.
ni pun, mujur terjaga.dpt lah jenguk blog kawan2 sikit.
sowi, entry basi mama update kendian.
sok pagi, papa ada final exam.1st paper. kul 9pagi. GOOD LUCK,papa!!!


love: mamazahra ^__^

Monday, 26 July 2010

siapa lah yang kurang ajar neh???

tujuan mama bubuh cebisan en.nuff punya hits neh bkn nak show off bape byk hits mama.
alaaa...mamma ni bkn blogger tegar pun.
berbelog hanya tuk suka-suka.
sekadar berkongsi cerita ttg keluarga kecil kami ni..
tapi kan,kuwang asam tul lah...
kecik ati mama baca keywords yg orang type tuk masuk ke belog mama yg tak seberapa neh...
ada ke patut kowang taip MAMA BUNCIT?
sedih mama baca tau...
buncit sgt ke mama neh?
huduhs sgt ke?


hahaha...kelakar pun ada gak senarnya, bile tgk balik...
ye lah, apa yg korang type tu mmg mende betul.
mmg dah sah-sah mama buncit skang neh..ekeke
mama kan dah peknen 13minggu..
mmg pewot neh makin membuncit, dah macam org peknen 5bulan..huhu
tatau nape jadik cenggini...hehe
mama terlebih makan kot...

ok, lah..itu jek...
saje nak buat sesi luahan perasaan..hehe

p/s: mama kena tuwun padang aineh.nak buat asset varification tuk disposal. so, sedang bersedia tuk mengputihhitamkan muka dah ni..hukhuk


 

love: mamazahra ^__^

Friday, 14 May 2010

PRUmy child

Salam Jumaat yg ceria semua :))
korang sehat?
ui, lamanya mama tak apdet kan??tatau nape malas tul nak transfer picca dari henpon cikai ke PC/pendrive.
so, cam amals gila nak update belog sayang neh tanpa gambaw.
skang ni pon tengah malas gak ni.
so, tak dapatlah korang tatap wajah anggun mama.hahaha [sila tahan muntah!!!especially, bagi ibu2 mengandung...heee :D]

pagi jumaat ni, mama nak cerita pasal insurance.
bukan sebab mama dah jadik ejen insurance ke hape.
tapi, mama tertarik, menarik kau mmg dabom pada PRUmychild neh.
sebelom neh, mama cam tak tertarik langsung tuk amik insurance.
siyes mama cakap neh, mama takde ape2 insurance. [gila tak sayang nyawa!!!]
seblom ni, penah lah apply takaful etiqa kat maybank, tapi sekerat jalan jek mama bayaw. [gila tak bertanggungjawab!!!]
ntahlah, mama ni mmg payah sket bab bayaw2 neh.hehehehe
kalo papa tak ingatkan mama, mmg mama lupa.takpun buat2 lupa.huuuu..

sekali pagi neh....
bile check acc. nuffku  yg tak seberapa tuh, nampak neh....
tarrrraaaa!!!!!!

so, try lah google mendalah neh...
before neh, ada lah dengar pasal neh.tapi, mama buat2 pekak jek...
pastu, ada gak ternampak article neh, tapi mama buat2 rabun jek..haha
sekali, pagi neh cam tertarik nak amik tahu....
korang jangan salah paham pulak ye!!!ini bukan tanda2 buang tebiat, tapi tanda2 kesedaran..huuuuu

korang ada insurance tak?tuk anak2 korang?
mama barulah nak amik neh...
ada sesapa yg ada PRUmychild neh???silalah kongsi dengan mama.....

ni, mama amik dari sini...
kalo malas gak nak click, baca jek kat bawah neh.mama dah amik isi penting dia..hehe

"Let nothing come between your child and their future.PRUdential is the first in the industry to provide coverage for both mother and child during pregnancy and infancy.
As a parent, you know that your children deserve the very best. You want to give your child a head start in life by giving them the best protection and securing their education future. Finding this balance between protection and education, however, can be challenging, especially with the unpredictable nature of life and the rising costs of higher education.
Prudential now offers PRUmy child, the first-of-its-kind-plan that offers coverage during the crucial pregnancy and infancy periods, compared to most conventional child plans that leaves the child without any protection during the early stages of infancy. Additionally, certain congenital abnormalities may not be covered under regular juvenile plans. With PRUmy child, parents can now be rest assured that their baby will be well protected, even before they are born!"

alangkah bagus nya, kalo mama dah buat insurance ni tuk Zahra.tp, dulu cam takde jek mendalah ni.
so, rezeki adik zahra lah gamaknya ni.hehehe
kalo lah, mama peknen nanti, mama nak apply PRUmychild ni lah.
kalo Zahra ni still boleh lagi ke????sape tahu????tlg jawap kan.... 




PRUdential offer services that covers from mother to child after 18 weeks pregnancy to baby’s delivery and thereafter during childhood to adulthood.
# Complete protection for every stage of your child’s life…even before birth

# Enhancement to your child’s plan with NEW & extended range of covers*

# Additional protection for parents*

#Planting the seeds towards a secure education fund for your child





love: mamazahra ^__^

Tuesday, 11 May 2010

nak update, tapi...


nak sangat update.
tapi...
banyak noh tapi nya..hehe
nak sangat update berita terkini lagi sensasi tentang our lil sweet home neh, tapi...
malas..kalo dah penyakit M ni melanda, mmg payah lah nak cakap kan.heeee :D
bukan malas nak menaip...menaip laju jek...
bile kat umah, malas noh nak ON pc.especially, bila papa dah bukak PS2 dia, abes semua plug dlm bilik tuh dia cucuh dengan menatang plug tuk PS2.melingkar sana-sini.geram jek.ilang mood nak berblogging.haish~
lagipun bila dah ON pc, malas pulak nak amik usb port, nak transfer gambar dari henpon cikai ke PC, nak upload dengan berukben yang amats lah slow tahap gaban nya [jgn salahkan mama!!salahkan berukben neh!!haramjadah sungguh.manjang jek POOR signal dia, ntah bila lah nak VERY GOOD signal tu]
sementelah pulak, kalo kat opis neh.semuanya kena blocked.nak tengok blog tu pon nyampah.
"Website Not Allowed in Northport (Malaysia) Bhd!" manjanglah appear sana-sini.
shoutbox takleh nak tengok.nuff apetah lagi la kan.kompomlah takleh.segala mak nenek gadget semua takmo appear.bossannnn jek!!!
bile dah takleh nak tepek gambar tuan umah yg cun melecun neh, rasa hambar jek nak update kan.hikhik [alasan!!!langsung tak munasabah]
kowang pun rasa malas jek nak baca kan???? baik kowang ngaku cepat!!!!betul tak???heeee :D

skang ni, mama kena wat keje luar, so lagilah takleh nak update kat opis kan.so, kowang paham2 jek la.
kowang tunggulah penyakit rajin mama datang, baru mama update apa berita terkini lagi sensasi tu.tungggguuuuu!!!!!!!!

[ada yang menyampah tengok aksi mesra gedik kami???]
gambar masa gi nonton wayang last week..semerah cinta stiletto
i loiikeee <3 <3 <3
[gambaqq PS masih lom dpt.so, kowang tatap lah gambar ni sampai jemu.hahaha]

budak bucuk lagi comot-momot :P
[aii tengah sebok skang ni, sbb tu tak update.hehe.ni tgh memandu gi buat keje luaq tau!!!sila percaya!!!hahaha]

minggu ni, pasti extra stress sbb perlu bersesak kt federal highway.kena audit subsidiary kt seri setia.ada sesapa yg sama2 bersesak.kalo nampak cik Persona Non Grata.silalah tegur2 mama eyh!!!





p/s: masih lom berjumpa netbook terbaeeeekkk wookkkk terbaik tuk dimiliki.masih mencari yg berkenan dihati.
p/s 1: Alhamdulillah, dapat gak sambut "Selamat Hari Ibu" tuk mak mlm tadi.cuma makn kek SR & satay.mak jgn risau, tetiap hari adalah "hari Ibu" selagi mak ada bersama kami.love u mak!!!!!
p/s 2: masih lagi sakit kat ari-ari gara2 angkat tong berat Ahad lepas. tengah cari masa yg sesuai tuk gi berurut.



love: mamazahra ^__^

Monday, 19 April 2010

Akibat suka mengintai

huhuhu...lamanya tak hapdet.
bukan taknak hapdet, tapi cam nyampah tengok belog yg kosong.
gara-gara tukar url, semua bloglist dah yilek..dah hilang.
malas betul nak masukkn bloglist satu per satu.hukhuk
hari tu, gara2 tukar template dah update bloglist semula.
ni pulak, tukar url kena pulak masukkan sekali lagi.
cam dah malas jek.huhuhu
kalau tak masukkan bloglist aci tak???hehehe
tak pe, nanti mama update pelan2 ye!!!

hari ni, mama MC. berehat sepanjang hari.
ekceli, dari hari khamis mata dah start sakit.
pedih & berdenyut2 sekeliling mata.
start mata kanan, bertambah ke mata kiri lak.
semalam, makin menjadi2.
sekali, mama check, selak2 kelopak mata tu, sekali ada pulak bijik kat hujung mata kiri dan kanan.
cam ketumbit.
nak gerak bola mata pun sakit semacam.
sampai kepala pun ikut sakit.mujurlah papa nak tolong picit kepala.huhuhu [terharu Bie...TQ papa!!!i lap uu!!!]
so, pagi2 klinik bukak jek, mama dah terpacak depan pintu klinik.
doktor Shima bagi ubat tahan sakit, ubat titik dan ubat sapu.
selepas berehat sehari tak menghadap PC, barulah OK sikit.
Alhamdulillah, walaupun masih berdenyut tapi taklah seteruk semalam.
esok dah mula keje.
nasiblah ketumbit tu kat belah dalam, dari luar langsung tak nampak.masih cun gitu!!hahaha
kalaulah nampak, mahunya orang dok cakap, "ni mesti mengendap orang mandi ni, sbb tu ada ketumbit".hahaha
lepas letak ubat titik dan ubat sapu, hopefully makin elok mata ni...

p/s: kepada kawan2 yg dah bubuh mama dlm bloglist kamu dan nama anak kamu lom ada lam bloglist, harap bersabaw ye!!!mama akan update perlahan2... [lepas neh, jangan gatal2 nak tukaw template or url lagi!!!tak koser dah nak masukkan bloglist berulangkali.huhuhu]

love: mamazahra

Wednesday, 14 April 2010

~ Our Lil Sweet Home ~ new address

mama gatai tangan pagi neh.
dok godek address belog mama ni.
so, address telah bertukaw ye wahai kawan2...
dari http://mamanurdhiazahra.blogspot.com telah bertukar kepada http://mama-zahra.blogspot.com
apesal mama tukaw??
ada sebabnya tau..
mama rasa address lama tu cam panjang sangat, leceh nak menaip especially bila nak tinggalkan komen kt shoutbox kawan2.
so, bile dah pendek neh, rajinlah sikit nak tinggal jejak.[ye lah tu!!!bpleh caya ke??hikhik]
jangan tinggal kenangan jek udah ler..mamazahra ni kadang pemalas tak hingat.
gi baca belog kawan2 tp malas betul nak tinggal jejak.
setakat klik nuff rajin lah kot.hehe

okeh...so, take note la ye!!!

psst: kawan2 tau tak, mama musykil neh, kalo mama tukaw blog address, segala update akan link ke facebook notes tak??mama tatau nak adjust kat facebook pulak neh.harap dpt tolong!!!

love: mamazahra

Monday, 12 April 2010

Perhatian!!! Perhatian!!!

Belog mama sedang dalam proses pengubah-suaian sekarang neh.
mama gatal2 saje2 nak tukar angin.
katanya, dah setahun berblogging, maka nak lah tunjuk skill mengubahsuai belog.
kononnya, nak makin cantekk, sekali hambik kau!!!
nam jahanam jadiknya.

mama sedang berusaha keras tuk membaik pulih keadaan.
so, nak mintak tolong kat kawan2 semua...
mana yg perasan selama ni nama anak korang ada dlm bloglist mama.
tetiba takde, mintak tolong tinggalkan link kat entry neh.plizz!!!
dan pada penganjur contest yg mama sertai, mintak maaf byk2.mama cuba masukkan semula link belog kamu semua dlm bloglist mama.
kalau ada yg masih tertinggal, tlg bagitau.
maklumlah, mama ni pelupa sikit.manatau tercicir.harap maap yek!!!
so, mintak tolong sgt2!!!

p/s: so, kalo korang ada idea bernas tuk bantu mama masukkan bloglist semula.harap maklumkan di sini.Terima Kasih


love: mamazahra

Saturday, 13 March 2010

Happy 1st Birthday

Salam Sabtu Semua :)

Ada yang keje ke?sian dia..hehe

mama cuti aineh...tapi, papa pulak keje.huhuhu

makanya, mama tinggal berdua je dengan cik Zahra.

apa nak buat ye?

nak masak, malas...haish!!dasar pemalas.hiks~

nak lepak kat rumah je, boring pulak...

so, mama plan nak bawa cik Zahra keluar jalan2 lah..tapi, kemana ye???

apa tujuan mama bubuh pic besday kat atas tu pulak?buang tabiat ke?hehe

takde lah, hari ni 13-03-2010...adalah hari ulang tahun belog mama yang tercinta ni.

dah setahun mama merepek, merapu,meraban dalam belog ni.

ada cerita happy, sedih dan macam2 lg la.

selama setahun berblogging, ramai gak mama dapat kawan.rasa happy pulak.tak sangka, dengan berblogging je, mama dpt tambah kawan.

Terima kasih yang memberi sokongan :)

harapnya, belog ni akan terus meriah dengan aktiviti our lil sweet family, dengan komen kawan2...dan dengan nuffies nye.hehehe

HAPPY 1ST BIRTHDAY ~ Our Lil Sweet Home ~






love: mamazahra

Monday, 28 December 2009

Entry Tertunggak

ingat bil air ngan bil api jek ke bleh tertunggak.
entry pun boleh tertunggak jugak tau.ngeh3
banyak sangat cerita & gambar nak dikongsi.
so, jangan marah kalo ada 10 entry mama publish aineh eyh.hehe
mama akan update perlahan-lahan ye.
takmo gopoh-gopoh.
segala cerita sepanjang minggu lepas dan sepanjang cuti-cuti mesia.
so, nantikan segala mak nenek entry mama eyh.

p/s: nak update timesheet last week dulu ye!!dah la mama EL last thursday.hehe [aineh, kena tunjuk extra rajin sket.wakaka]

love: mamazahra =)

Sunday, 1 November 2009

bosannya!!!!!

wiken neh, tak buat mende pon.
sume aktiviti mengumpul lemak jek yg dibuat.
masak,makan,tido,tgk TV.
bosan giler.
semalam, seharian hujan.
makanya, bangun tido pon lewat, pehtu masak, makan.
pastuh, tgk TV sampai tertido.
pastu bangun, buat kuih "hati pari",makan.
lepak lagi.
mlm tadi, ada tahlil keluarga.
acara makan-makan adalah secara potluck.
memaseng dtg bawak makanan.
mama cuma buat hati pari dan sediakan air jek.
my sis, Eja buat kuih peria.
andak wat kek pelangi dan kek coklat.
k.lang buat mee kari dan kuih seri muka.
anjang buat tauhu sumbat jek.
k.ngah advance sikit, bawak roti canai.
along dan ateh bawak pewot kosong jek.ngeh3.
pas tahlil.makan,borak, makan borak.
kul 12 mlm baru memaseng ingat nak balik.
pas kemas, mama ngan papa lepak tgk TV.
kul 1.30 baru masuk tido.
oleh kerana tido pon da lewat.
maka, pas subuh kami tido lagik smp kul 8.30pg.
bahagianya rasa.
dapat qada' tido.besh3
pagi neh, bekfes balance makanan semalam.
masuk jek dlm microvawe.hikhik
aineh, masih lagi wat aktiviti yg sama.
papa layan bola.
mama main fesbuk n blogging.
zahra main LEGO ngan abang2 sedara.
mungkin petang sikit nak turun KL.
nak gi tgk baby mama nye bespren, Mieyra kat keramat.
itu pon, kalo papa rajin lah.
semua aktiviti hari ahad ni, bergantung pada papa.
p/s:aineh main fesbuk smp lebam jari sbb isnin smp khamis ada IIAM training kt Park Royal,KL.sure xdapek nak berblogging.kompom kena bangun awal takut jln jem.huhuhu
love: mamazahra =)

Tuesday, 29 September 2009

~ Ubahsuai Rumah Kecil kami yg Comel ~

mama plan nak ubahsuai 'Our Lil Sweet Home' neh.
masa mama jalan-jalan ke umah kawan-kawan, mama tengok ada yang tukar cat, tukar layout..
maka..mama pun dengkilah..
nak gak ubahsuai umah..
tapi, amma neh tak agak-agak, bukan nak tukar cat..
tp, nak furnishing sekali.

so, mama usha lah.
tetiba!!
mama terjupe layout yg sgt comel bg mama lah.
tp, setelah godek-godek, mama cam tak reti nak buat cenggini.
kowang tau tak nak wat camni?
kowang penah nampak tak TUTORIAL tuk wat layout camneh?
atau blogspot neh xleh nak buat cenggini?
cuma belog berbayar jek???

kalo tak camni...

camneh pon dah orait...

kalo tak, camni pun okeh gak :)


yg neh pon sgt2 sukeee :)

yg neh mmg feberet sbb kaler pink.i laikk :P

yg neh pon kiut gak,kn???

yg ni comel,kn kawan2??

so, pesanan mama pd semua kengkawan yg baca belog mama neh, sila beri tunjuk ajar!!!!
plss, dah ngidam nak tukar neh...

tolong eyh!!!

love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!