Showing posts with label hospital umra. Show all posts
Showing posts with label hospital umra. Show all posts

Tuesday, 4 January 2011

Hari Pertama Persekolahan Nur Dhia Zahra

Salam.
dah lama tak bersiaran kan, siaran tergendala sementara lah.puan punya belog busy melayan anak daranya yang baru masuk sekolah hari ni.hehehe
mama amik cuti since Isnin [punyalah excited wehh.hikhik], tuk buat persediaan sekolah Zahra.
Hari ni, hari pendaftaran sekolah Zahra kat PASTI Al-Mawaddah.
actually, dari malam semalam lagi mama dah agak akan berlaku drama air mata kat sekolah sbb Zahra taknak try pakai tudung.
nangis-nangis taknak cuba tudung yang baru beli tu.
kalo korang perasan, zahra memang dari kecik tak berapa suka pakai topi or tudung.
bukan mama tak cuba, tapi zahra boleh bertahan 5minit jek,pastu topi/tudung dah campak ntah kemana.
so, awal pagi tadi. masa bangunkan Zahra cam senang sikit.
mebi sbb Isnin tu dah praktis bangun pagi.
pagi tadi, bangun siap bleh gelak-gelak sebab mama sakat dia.hehehe [tektik neh.ekeke]
tapi drama airmata bermula bila mama suruh pakai tudung.
sampai kat sekolah kul 8pg, ramai parents dah Q nak daftar.
time tu airmata dah berjurai-jurai sbb Zahra takmo pakai tudung gak.
sampai mama dah naik fed-up nak pujuk.sudahnya pasrah.ajak papa balik jek.
otw balik umah, sempat singgah gi beli bekfes.
masa tengah bekfes, ibu zahra suruh pergi sekolah semula. Ibu pujuk Zahra pakai tudung, baru Zahra nak.
so, pas bekfes pergi sekolah zahra semula.
pujuk Zahra masuk, tetap nanges.
mama slowtalk ngan cikgu pengetua.
then, Cikgu Laili cakap try seminggu as trial period. if zahra OK, dan nak sekolah.baru bayar yuran since budak 4 tahun cuma 3 orang jek. so, Cikgu terpaksa combine kelas 4tahun dgn kelas 5tahun since kekurangan cikgu buat masa ni.
kalo Zahra still meragam after a weeks, tahun depan jek sekolah.hehehe
mujur cikgu paham.
so, pas cikgu suruh masuk kelas, zahra dah start menangis meraung.
buat leceh betul, malu kat parents lain.walopon ada gak budak lain yg nangis.
since sepupu Zahra, Harith Fitri ada dalam kelas 5tahun tu, ingat senang lah nak pujuk Zahra.
tapi, takde maknanya. tak makan saman. nangis non-stop.
sudahnya, mama surrender. call ibuzahra mintak dia datang pujuk.
Alhamdulillah, pas ibu pujuk Zahra nak masuk kelas dan duduk belajar.dengan syarat ibu ada depan mata.
mama dan papa dah nyorok dalam kereta time tu.
sebab cikgu cakap, kalo zahra namoak mama dan papa lagi dia meraung nanti.so,kami nyorok.hehe
kul 10.50pg, ibu terpaksa balik sbb nak jemput Angah Irfan balik sekolah agama.
so, mama amik alih tugas jenguk Zahra.
bila Zahra nampak mama, terus berlaku drama airmata lagi.
langsung berlari keluar kelas dan dok peluk mama.aduhai.time tu jenuh pujuk Zahra masuk kelas semula sbb kelas abes kul 11.30pg.
tapi... tak makan saman. taknak masuk kelas langsung.
so, selama 1/2jam tu Zahra dok kat luar kelas ngan mama.huhuhu
harapnya., sok zahra dah OK. khamis mama dah start keje, jangan dia meraung kat kelas lagi udah ler.
terpaksalah ibu masuk kelas sekali gamaknya.hehehe
tapi, Zahra dah nak pakai tudung tau.
hari ni, masa teman mama check up 36weeks kt UMRA pas abes sekolah, Zahra dah nak pakai tudung.itu pun selepas diugut, if tak pakai tudung, takleh ikut.hahaha
so, sampai petang tadi nak ke playground dan malam ni kuar gi dinner pun, zahra nak pakai tudung. Alhamdulillah... harap berterusanlah...pasneh, gigih carik stok tudung tuk cik zahra plak.ekeke

gambar zahra kat sekolah tadi, sok jek lah mama update eyh!!!!
mlm ni cam tak larat dah nak menunggu upload. itupun kalo bleh upload lah kan.hehehe




love: mamazahra ^__^

Saturday, 4 December 2010

Lil DZ: Check-up 25weeks : 3D/4D scan

Sebenarnya, dah lama mama buat 3D/4D scan ni.
masa check-up 25weeks kat Hospital UMRA.kalo tak silap 17/10/2010.
tapi, aseklah tertangguh nak buat entry pasal ni.masalah berukben lah, masalah PC lah.ntah, macam-macam lak sampai tangguh sekian lama.hehe
tujuan utama, bkn nak show off ke hape tau.siyes, takde niat.
tapi, nak share saat gembira mama bakal bergelar mama buat kali kedua.eksited wohh!!
janganlah pulak ada yang cakap, mama ni suka riak dan menunjuk-nunjuk pulak.tak terniat pun.
mama ada bubuh sekeping kat FB, tu pun bleh mendatangkan komen-komen yang buat mama terguris sket hati.hehe [sensitip lak skang ni.ngengada!!!]
hope, bile mama tepek kat blog takde lah yang cakap bukan-bukan ye!!!
mama takde niat menunjuk-nunjuk, jauh sekali nak bagi orang iri hati ke apa taww.
bukan apa, masa peknenkan zahra dulu takde peluang nak buat semua ni.
takde pendedahan langsung.
skang ni, rezeki lil DZ..so, apa yg mama mampu buat, mama buat.
tuk kenangan jek...
jom..layan 'sebahagian' jek dari gambar-gambar yang ada.
yang lain, tuk tatapan kami sefamily jek.hehe


see...lil DZ sangat pemalu..
dia tutup muka dia guna tangan dia yg comel tu.hehehe
puas Dr buat macam-macam supaya dia alihkn tangan tu, tetap dia taknak alih.
ekceli, dia ada alih tangan dia dlm beberapa saat camtu. dapatlah kami nampak muka dia.hehehe


alolo...kiut je kaki dia...
tak sabaw nak peluk-peluk lil DZ...
nak pegang halus mulus tapak kaki dia.heee :D
harapnya, mama dapat peluang 'itu'...

dan...sila tengok anak panah!!!
Dr dah siap capture dah..hehehe

mama cuma mengharapkan, Lil DZ sehat sempurna...rupa, sifat, lisan,pendengaran dan akalnya dan lahir dari perut mama dengan selamat.itu jek.
kalau lah lil DZ betul-betul BOY, biarlah sempurna rupa,sifat kelelakiannya...
kalau lil DZ GIRL, biarlah sempurna rupa,sifat keperempuanannya...
amin..amin..ya rabbal..al..amin..

love: mamazahra ^__^

Lil DZ: Check-up 31weeks

Sabtu lepas mama sepatutnya ada Maternity Photoshoot bersama geng cyberphotog.dan ada check-up kat Hospital UMRA selepas PS.mama dah set appointment.
sekali, maternity PS tu dah cancel kan.so, mama terus buat check-up.
check-up kali ni seperti biasa...
check BP....tekanan darah mama OK...
berat mama yang makin bertambah OK
air kencing OK.. 
& scan baby lil DZ...heee.suka3
Alhamdulillah...
hasil scan sangat memuaskan hati...
anak mama aktif banget.especially lepas mama mentekedarah sekeping naan cheese.hehehe


keputusan pemeriksaan ultrasound..
wah! lil DZ dah 1528g..patutlah mama dah start sakit pinggang.hehehe
semuanya OK.Alhamdulillah. dan boleh buat mama tersenyum :)
tapi...
ada satu benda jek buat mama runsing sikit..
apa??

^


^


^



^


^


^

DR Ummul cakap, mama PERLU bersalin before atau pada tarikh EDD. tak boleh lebih.
kalau tak, mama kena induce gara-gara GDM neh.hukhuk
takutnyeeee!!!
harap sangat, kengkawan dapat doakan mama bersalin pada waktu yg sepatutnya ye!!!
walopon ujian BSP setiap 2minggu yg mama buat tu, hasilnya normal.tetap mama kena pantau gak.
so, maknanya BSP test perlu mama buat every 2weeks sampai melahirkan lil DZ.
mama dah lali dah buat BSP test tu, walopon hujung jari ni dah naik kematu dicucuk 4kali sehari setiap 2minggu sekali.
tapi, demi lil DZ yg mama sayangi...mama lakukan jugak dgn rela hati.
asalkan kesihatan lil DZ baik-baik jek.
hati mama mana tak risaukan anaknya kan?? walopon anaknya masih dalam rahimnya.kasih tu tetap dah ada.
Lil DZ sangat aktif dlm tummy mama. kadang tu, sampai mama tak leh nak buat keje. aseklah bergoyang perut mama ni.hehe
saat mama tulis entry ni pun, lil DZ dah bangun.menggeliat sana-sini.
belah pagi memang lil DZ sangat aktif, tapi belah malam pun tak kurang.
jangan harap mama dapat baring menelentang.komfem dia bergerak-gerak.sampai bleh nampak jelas gerakan dia.
kalo mama mengiring lak, sampai tak selesa. dia aseklah bergerak.kesimpulannya, tidur malam mama tidak selena dulu.hahaha
tapi, mama suka :)

harapnya, lil DZ akan sihat sempurna. dan keluar dari rahim mama pada waktunya.amin.amin ya rabbal al-amin...





love: mamazahra ^__^

Monday, 29 November 2010

Bila Isnin je, mulalah demam..huhuhu

hari ni mama selesema.
ekceli, dari semalam lagi.
agaknya sebab cuaca sejuk tak menentu kot.
asek lah hujan, berhenti, pastu hujan balik.
hidung ni takleh nak tune agaknya.hehe
bile isnin je, demam.asal isnin je demam.
tapi, mama kerja cambiasa aineh sbb 1hb hingga 3hb Dec, mama kena cuti sbb ibu zahra nak cuti.
bile ibuzahra cuti, mama kena cuti lah sekali sbb takkan nak biar cik Zahra jaga diri sendiri pulak kan.
apa nak buat eyh?3 hari tu...
rabu, mama ada BSP test, so terisi lah sikit.cuma boleh ke mama nak handle cik Zahra masa kat klinik??
khamis, mama ada appointment kt klinik kerajaan.kena bawak cik Zahra, boleh ke zahra behave.haih, risau tul mama.
jumaat nak lepak-lepak ngan cik Zahra la.kalo duit banyak, boleh gak gi Sunway Pyramid shopping barang lil DZ.tapi, kalo duit banyak lah...kalo takde duit, lepak kat rumah jek la.huhuhu

Sabtu lepas, SEPATUTNYA mama ada Maternity Photoshoot dgn geng cyberphotog.
punyalah semangat, pepagi bangun. mekap cantik-cantik.cantik kerr masalahnya??hikhik
pastu, gigih bangunkan zahra dan mandikan dia.sbb photoshoot start kul 9pagi.
elok jek, on the way nak gi shah alam.mama check henpon.dapat sms dari kak moon, bagitau PS cancelled. sbb kak moon sakit mata. meraung mama dalam hati.sedih sgt2, sbb dah excited gila babas.
tapi, nak buat camne kan???redha jek la, mungkin ada hikmah disebaliknya...
so, terus gi bekfes kat Restoran Khulafa Sek.7.pekena roti naan cheese & milo ice.
lepas tu, terus menghala ke Hospital Umra tuk check up 31weeks.
sekejapan masa berlalu kan??dah 31weeks usia kandungan mama. ada lagi 9minggu sebelum melahirkan lil DZ.berdebarnya...hehe
Lil DZ dah seberat 1528gm.semangat tul anak mama.hehe.but Dr Ummul cakap, berat normal.
kedudukan plasenta OK, air ketuban mencukupi.hasil scan tu menunjukkan baby 100% boy.tapi, mama masih kurang yakin. Kuasa Allah, tak siapa tahu kan. Lelaki atau perempuan mama tak kesah, yang penting baby sehat sempurna sifat dan akalnya. hasil check tu, pendek kata, semuanya OK.Alhamdulillah.
cuma Dr tak dapat nak print sebab ada problem sikit.huhu

mama masih hutang hasil 3D/4D scan lil DZ kan???
sok-sok, bile PC mama dah OK mama update.janji!!!!
skang ni, entry tanpa gambar sbb mama masih tak bleh nk upload gambar guna lappy papa.tatau nape.jangan tanya mama, sbb mama ni lembab sket bab komputer neh.hehe



love: mamazahra ^__^

Monday, 20 September 2010

Adik Baby Zahra

Jumaat - Syawal 8 1431H
mama & papa plan nak ke Hospital Umra tuk mulakan regular check up kat situ sampailah bersalin.
setelah membuat pelbagai perbandingan.ececeh, poyo jek. antara UMRA ,Razif & Barakah.
akhirnya, kami decided tuk bersalin kali ni di Umra.
so, pagi-pagi Jumaat nan indah tu.kami gi lah hospital umra.before tu, sempat gi bekfes warung bawah pokok.


kami sampai kul 10.30pagi.time tu, ada lebih kurang 5 ibu mengandung tunggu giliran.
memang memula tu, nak set appointment dengan Dr Ummul.tp, bile tengok 5 ibu mengandung tu semua tunggu Dr Ummul, kalo ,mama tunggu gak mau sampai ke petang baru setel.
so, mama decided tuk amik jek Dr Rafi. walopon berat hati sikit, kalo boleh memang nak Dr Ummul. tapi, Dr Rafi adalah pakar sakit puan kat situ, maka papa kata, xkesahlah. papa kan ada sekali.
so, set appointment ngan Dr Rafi. cepat jek nama di panggil.
memula juz nak consultation ngan Dr Rafi dan scan ngan Dr Ummul. tapi, tetiba Dr Ummul ada kes emergency kat dewan bersalin. kalo tunggu gak, lambat. so, papa kata scan jek ngan Dr Rafi...
makanya....
inilah adik baby Zahra....

Alhamdulillah, baby sihat...dan sangat aktif.
mama dah boleh rasa gerakan aktif baby...
masa Dr scan pun, dia non-stop gerak, sampai susah Dr nak scan...
baby dah 21weeks..dan Dr jangka 24 Jan 2010, awal seminggu dari tarikh 1st scan aritu.
tak kesahlah, janji baby sehat & mama selamat lahirkan dia kan...
baby dah 435g

dari gambar scan ni, korang agak-agak kan, baby girl ke boy???
mama pun tak berapa pasti, masa Dr tunjuk tu, macam kurang jelas.
so, Dr Rafi bagitau, next appointment dah boleh scan 4D.time tu bleh nampak jelas jantina baby & rupa baby sekali.
tp, mama cam tak minat pulak nak tengok. tak surprise. tapi, papa kemain excited lagi nak buat 4D scan.hehe
masa scan hari tu, Zahra dan papa paling excited.bukanlah mama tak excited, tp mama kan dah rasa gerakan baby, so xdelah excited bile Dr tunjuk kepala baby, perut, tulang belakang dia, peha dia dan tettt dia..hehe
sebab, sebagai mama dia, mama lebih rasa kehadiran dia & tumbesaran dia dlm tummy mama.excited wohhh!!! especially, bile baby dah pandai buat gerakan keras yang boleh mengejutkan mama dari tidur.
bile papa usap-usap perut, lagi lah baby mengeras jek.hehe
mama ada tanya Dr Rafi, betul ke baby dah gerak sbb mama terasa gerakan dia. mama ingat, perasaan mama jek, ye lah manatau amma ni excited terlebih, padahal bb lom gerak.hehe.Dr cakap, 2nd baby mmg cepat sikit. masa 18weeks baby dah mula gerak. masa 1st bb, memang 20-24weeks baru terasa.

kami setel semua, kul 11 lebih. terus ajak papa gi McD s.2 tuk pekena triple cheese burger.
bile tgk iklan dia, telan air liur jek. hehe
kami sampai kat McD kul 11.55am. so, kena tunggu before Mcvalue lunch start.

inilah menu lunch mama....meletopss!!!
triple chhese burger, air ribena besar, Cheese Mcshaker fries.
if beli set besar, akan dapat cheese mcshaker.
sedap, kaya dengan keju.
tu yg berat naik 0.6kg walopon baru raya seminggu.muahaha
groovy lime sundae kongsi 3 orang.sedap gile wehhh!!!
cik Zahra yg dah big girl skang neh...happy meal tuk dia :)
suka lah cik kak ni dapat toy powerpuff girl.hehe

papa masih setia dengan bigmac nya....

balik kocoh-kocoh sebab papa nak gi solat jumaat.
apa aktiviti kami petang jumaat????tungguuuu!!!!


love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!