Showing posts with label BengAng. Show all posts
Showing posts with label BengAng. Show all posts

Friday, 12 November 2010

Menyampah!!!

pehal pulak mak buyong neh.pepagi dah menyampah.
buang tebiat ke apa?ekeke
mama nyampah ar ngan blogspot neh, ape kehal takleh nak upload gambar. adekah sebab mama guna lappy? tak mungkin lah kan...
jenuh dah click kt ikon insert image.langsung takleh nak upload.
fedap!!!
beriya dah save sume picca yang nak upload masuk dlm pendrive. gigih tu.
tapi, hampehss.tak bleh pulak nak upload.
dah la byk entry jalan-jalan cari makan neh.
nampaknya tunggu malam sikit baru upload lah.
malam ni, nak gi rewang umah kakak sedara mama, kak Hendon. dia buat majlis khatan anak dia hari sabtu. so, dari malam ni lah kena rewang. tolong lah pape yang patut. tak sedap pulak kalo tak tolong, tiap kali kenduri umah mama mesti dia dtg menolong. kadang tu, bila mama wat openhouse atau besday zahra yg kecil-kecilan tu pun dia tetap datang menolong. walopon kami cuma sepupu, tapi dah macam adik-beradik dah. mmg rapat.
jadik, kalo berkesempatan baru mama update. kalo tak, tunggu Ahad lah baru update. kalo mama update pun, ada ke yang nak baca? hihihi. mmg tak lah kan... belog mama ni bukan best sangat pun, entry pun cam sampah.hehehe

ok, mama nak chow dulu!! nak sambung buat keje.kang kata mkn gaji buta lak kan...hehe


love: mamazahra ^__^

Saturday, 25 September 2010

Indah khabar dari rupa

ececeh, tajuk poyo gile kan???ngeh3
Rabu dan khamis lepas ada course kt Melia Hotel,KL. kalo kawan FB mmg dah tau ler.
nak blogwalking sepanjang 2 hari tu???memang tak lah. nak bukak belog sendiri pun malas.
bile dah stuck kat federal highway tu, balik umah nampak lappy pun tak bernafsu langsung. dah tak ghairah cam selalu.hikhik
zahra pun kurang kasih-sayang tau sepanjang 2 hari tu.hehe
mana tak nye, sampai jek umah mama dah carik bantal. badan semua sakit-sakit sbb drive lama sangat, walopon cik Persona adalah auto.hikhik
sian dak tecik tu.sampai merajuk tidur ngan nenek dia. 1st time tau dia tak tidur kat celah mama & papa.
nak citer pasal course, dah tentu lah korang tak minat ye tak??of kos pasal audit.cuma kali ni, mama gi course yg sepesel tuk external auditor, walopon cam xde kena-mengena tapi banyak sebenarnya yg mama belajar dr course tu.
tapi,mama tak nak share pasal intipati course tu, cuma nak share pasal venue course tu lah.
ni pertama kali mama gi Melia Hotel ni. ala, hotel sebelah Berjaya punye bangunan dan berdepan dgn Berjaya Time Square tu.tapi serius, memang hati tak berkenan langsunglah.
1. pasal parking space dia.sangat scary.sempit.kalo tak extra hati-hati, mmg boleh calar-balar lah cik Persona. selain sempit, parking dia berpusing-pusing.mmg gerunlah.especially bagi mama yang tak berapa terror drive ni. kalo korang yg mmg expert memandu, mmg tak kesah sangatlah. dan yang paling mama tak berkenan, dari parking lot nak ke lif tuk ke lobby.scary.sunyi.kalo ada orang berniat tak baik, mmg takde sapa bleh tolong dah.mintak jauh lah kan...
2. toilet. memang tak berkenan langsung!!! tak sesuai tuk guest yg beragama islam, yang mementingkan kebersihan. bukan toilet dia kotor, tp tak mesra alam.maksud mama, toilet dia hanya ada pipe sinki dan flush.xde tempat nak cuci 'tettttt'.serius tak selesa. kita sebagai orang Islam, sure nak jaga kebersihan sbb kita nak solat kan. terpaksalah pulak bawak mineral water gi toilet.lagi-lagi, bile kite peknen.toilet adalah tempat paling kerap kite pergi kan, serius memang tak selesa.
3. takde dah, itu jek nak komplen.hehehe.takde lah, kata hotel 4 bintang.mestilah bagus sebagus namanya, ye dak???jgan indah khabar dari rupa jek :(

malam tadi, ada sesi gathering dgn geng sekolah mama.jumpa kat umah Ana Farhana kat Sri Pristana.tapi, mama tak dapat join lama sbb papa ada group discussion tuk assignment dia kat S.7 shah alam.
so, sesi ngadu-mengadu dan umpat-mengumpat semua akan dilanjutkan ke Ahad ni, kat umah Izan pulak.hope cukup korum lah.heee :D

p/s: TQ pada yang sudi jawab questionnaire papa tu.kowang memang superb!!! TQ lily, eida, kak yan :)



love: mamazahra ^__^

Monday, 30 August 2010

Bengang!!!

 pagi-pagi masuk opis jek, dah bengang.
semalam, dah lah sehari suntuk tak on pc kat rumah.
agenda punyalah banyak.pagi, hantar papa gi kelas, pastu terus ke pasar stadium.petang lak, ambik papa.
so, ingat nak login lah yahoo pepagi sampai opis tadi.
sekali!!!hambek.sama cam khamis lepas.
langsung takleh nak login.
pelik, jumaat bleh plak login kat rumah.takde masalah pun.
tapi, pagi ni langsung tak boleh login.
hangin satu badan.
dahlah, mama ada order baju online.
kang kalo tak reply, orang ingat tak serius nak beli pulak.
bengang sesangat!!!!
mama try gak login yahoo kat PC orang lain, boleh pulak.
ke orang IT ni, jaki ngan mama.dengki kat mama, sbb tu dia blocked yahoo kat PC mama.
yang mama bengang, website lain (selain facebook) boleh lah pulak nak bukak.
adoii, tolonglah.mama ni bleh hangin satu badan kalo takleh nak login yahoo tau.
banyak benda ada kat yahoo tu.
blehlah chat ngn kengkawan, dan check FB status dikala YM & Facebook dah di blocked.huhuhu
mama bengang sesangat neh!!!
kalo ikutkan hati, nak jek cucuh berukben.biar padan muka derang.
tapi, takut lak ada virus nanti.
tak pasal-pasal, rosak lagi hard disk PC neh.
takkan nak biar mama tunggu sampai balik rumah baru bleh check email.kejam tu!!!
langsung hilang mood nak keje aineh.
dengan mood masak berbuka pun hilang sekali.hehehe.ni ada kena-mengena ke?


dah lah, malas nak pikir.
baek kita borak hal lain.
kowang berbuka kat mana sepanjang cuti 3 hari ni?
ke kowang masak sepesel kat rumah?
mama, 3 hari tak berbuka kat rumah.pecah rekod wehh...
jumaat berbuka kat rumah andak.lantaklah, bulan puasa ni, dah bape kali ntah buka kat sana.hehehe.mama buat crumble apple with custard sauce, nanti jek mama tepek gambar eyh...
sabtu lak berbuka kat rumah kak ngah.saje malas masak.so, mama tapau KFC family feast.dan semalam lak, gi berbuka kat Restoran ayam bakar Wong Solo.
gambar akan di update nanti-nanti, tunggu balik umah lorr.kat opis malas nak cucuk cable bagai nak upload gambar.leceh.
hari ni???buka rumah mertua lah.hehehe.sebab takde mood nak masak.muahaha


love: mamazahra ^__^

Saturday, 14 August 2010

Ramadhan 3

Semalam, kami berbuka kat rumah kak ngah.berbuka dgn mak.
memula tu, plan nak masak.
tp, oleh kerana ada ni..

viva kecik depan mama ni, manusia yang tak reti nak bersopan-santun bile memandu.
die bleh Q kat touch n' go punye line, pastu bleh plak dia baik punya cilok dpn kereta mama tuk potong line bayaw tol.
hampeh punye orang!!!
harap jek bini kt sebelah pakai tudung besar, langsung takde kesabaran nak Q tuk bayaw tol.
dia ingat, dia sorang jek nak balik masak bukak puasa.
hish!!!geram tul ngn manusia cenggini!!!
ni yg mama tak suka buat keje luaw time bulan puasa.kurang pahala puasa, sbb bengang ngn pemandu2 yg xde sivik kt federal highway tu...

dah abes mamat mengong ni, bile dah masuk kat shapadu highway...
ade pulak 
ni

kedek2 jek dia jalan.
nak potong jalan 2 hala.
kang berdentum ngn kereta depan, tak pasal-pasal.

inilah faktor-faktor menyebabkan mama lambat sampai rumah, dan kepala dah pening dan akhirnya tak larat nak masak.ngeh3
bagus tak alasan???
mama terus call papa bagitau yg amma mmg tak larat nak masak, cam nak pitam bile sampai rumah.
then, papa suggest tuk buka ngan mak kt umah kak ngah.hoyyaayyy!!!!

papa sampai rumah kul 6ptg.pas mandi n bersiap, kami gerak gi rumah kak ngah kt sementa.
kul 7 baru kami sampai rumah kak ngah.padahal, perjalanan dr umah kak ngah tu 15minit dah bleh sampai.
tapi, oleh kerana ada pasar malam kat sepanjang jalan depan rumah mama.dan ada makhluk Allah yg parking kiri & kanan jalan, menyebabkan kami stuck.yelah, dpn umah mama ni jln 2 hala.kecik jek pun jln.
bile ada kereta parking kt tepi jalan kiri&kanan.jalan tu jd sempit & hanya 1 kereta boleh lalu.
so, stuck bile ada kereta nak masuk & keluar dlm satu masa.
udahnya, papa reverse dan amik jln alternatif lain walopon agak jauh.

bile sampai rumah k.ngah, terus keluar ke PaRam cari juadah berbuka.
mama tak beli byk pun sbb k.ngah dah masak nasi & lauk.
mama beli nasi dagang, roti john black pepper&kuih tepung pelita.itu jek.
takmo membazir.

p/s: hari ni plan nak berbuka ramai-ramai kat rumah kak ngah lagi.kali ni berkumpul dgn adik-beradik yg lain.sure meriah.tak sabawnyaaa!!!


love: mamazahra ^__^

Monday, 26 July 2010

siapa lah yang kurang ajar neh???

tujuan mama bubuh cebisan en.nuff punya hits neh bkn nak show off bape byk hits mama.
alaaa...mamma ni bkn blogger tegar pun.
berbelog hanya tuk suka-suka.
sekadar berkongsi cerita ttg keluarga kecil kami ni..
tapi kan,kuwang asam tul lah...
kecik ati mama baca keywords yg orang type tuk masuk ke belog mama yg tak seberapa neh...
ada ke patut kowang taip MAMA BUNCIT?
sedih mama baca tau...
buncit sgt ke mama neh?
huduhs sgt ke?


hahaha...kelakar pun ada gak senarnya, bile tgk balik...
ye lah, apa yg korang type tu mmg mende betul.
mmg dah sah-sah mama buncit skang neh..ekeke
mama kan dah peknen 13minggu..
mmg pewot neh makin membuncit, dah macam org peknen 5bulan..huhu
tatau nape jadik cenggini...hehe
mama terlebih makan kot...

ok, lah..itu jek...
saje nak buat sesi luahan perasaan..hehe

p/s: mama kena tuwun padang aineh.nak buat asset varification tuk disposal. so, sedang bersedia tuk mengputihhitamkan muka dah ni..hukhuk


 

love: mamazahra ^__^

Wednesday, 7 April 2010

Celcom ke Nokia yang haramjadah ni?

mama tengah bengang tahap gaban kat cik celcom neh.
heeeeee...gerammmnyaaa!!!
ada ke patut, dari pagi henpon mama langsung tak bersuara.
no sms, no call.tetiba jek!!
hangin satu badan dibuatnya.
nak kata, tak bayar bill.hello!!!mama bayar sentiasa in advance setiap bulan.bil RM50 jek tau, tapi mama bayar RM100.tak ke bagus punya customer namanya neh???
sila jawab Cik Celcom oii!!!
sekali baru mama perasan, segala sms yg mama hantar dari pagi, semua kat outbox.
langsung tak tersend lagi.aduhh!!!panas dah darah ni!!!menggelegak jek...
sekali mama try buat call, ada pulak connection error.
ntah apa pasal ntah.
mustahil kena block la wehh.
bukan mama tak bayaw pown!!!
mama dah call CELCOM careline.
dia suh mama off and on henpon.masih connection error kalau wat call out.
kendian, dia suruh lak keluarkan sim dan masuk kat henpon lain.so, mama masukkan sim dlm henpon lama mama.sekali, BOLEH pulak.
tak ke haramjadah namanya.
bila mama masuk semula sim kat henpon chokia nokia5800 tuh.connection error again.
kat coverage bar tu, KOSONG.takde coverage langsung.apa kes ni weh???
tension mama kalau camni.
takkan mama nak guna henpon nokia lama yg selang 5minit off senirik walopon dah charged bateri 24jam lamanya.haish~
wahai cik CELCOM, janganlah ko buat hal.
aku kemain setia kat ko.dah dekat 5tahun tau."aku masih setia".hukhuk
siap rekomen kat kakak2 mama tau!! beli berukben pun celcom gak tau.punyalah sayang kat ko!!!

skang ni, mama try off henpon chokia 5800 tuh.kasi dia rehat sekejap.
manalah tahu, dia sebenarnya tension dengan mama.
mana taknya, selang seminit mesti ada jek sms masuk.mesti dia penat.huhuhu

p/s: janganlah kau uji tahap kesabaran aku.hukhuk

love: mamazahra

Thursday, 25 March 2010

Tips menghilangkan perasaan bengang

Tips menghilangkan rasa bengang...
pertama...sila mengucap panjang ye!!!!ingat Allah...
kedua...banyakkan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W...
ketiga....gi ambik wuduk..kalau masih bengang gak..ambik wuduk lagi sekali.kiranya, wuduk yg td tu adalah agaknya anggota yang tak kena tu..kalau tak pun, lupa baca niat la tu..hikhikhik
keempat.....gi solat sunat lah..
kelima...banyakkan berdoa pada-Nya....mintak dihilangkan rasa bengang tu...mengadu pada Dia...
keenam....cerita pada "kawan" yang boleh diharap...
akhir sekali...maafkan je lah "orang" tu...

ececeh..pandai bagi nasihat kat orang.
acu, cuba, try, test kena kat batang hidung sendiri...
nangis tak berlagu...
berbakul-bakul maki-hamun....
berbillion-billion caci nista...dok kutuk orang tu..maaf cakap lah ye!!!hikhikhik

1stly, mama nak maaf...sebab tips kat atas tu bukanlah tips dari pakar motivasi, atau pun dari alim ulama'...
tapi, tips yang selalu mama praktikkan kalau mama tengah bengan dengan seseorang...
so, jangan ingat mama gi surau bukan time solat tu..mama gi tidur tau...
mama gi muhasabah diri....ngeh3...yok-yo-o je mama zahra ni..hikhik

apa motif mama buat entry mengarut macam ni???
sebab....
mama tengah bengang ni.
tatau pasal apa.
sesaja nak bengang, tak boleh ke?kahkahkah
cam begok bangang je kan, bengang tak tentu pasal.
ntah la..semenjak, 2 menjak, 3 menjak neh..rasa bengang sesangat.
mana yang selalu lepak ngan mama, tahu lah mama bengang dengan siapa.
terima kasih pada geng bas sekolah "gather2" ku, kerana sudi menadah telinga mendengar luahan hati, perasaan mama.huhuhu
terima kasih gak sebab geng bas sekolah  "gather2" ku sudi pekakkan telinga dengar segala maki-hamun mama.huhuhu
sayang kat engkorang la...
walaupun tak hilang rasa bengang tu...at least kurang sikit lah.heee :D


love: mamazahra

Monday, 22 March 2010

Personal Computer DELL Murah



huuuwwwaaaaa!!!
pagi2 dah nak menangis.
masuk jek opis pagi ni, dengan penuh semangat waja.serius punya semangat ni.lebih hangat daripada biasa tau!!ahaks~
nak mulakan kerja, nak siapkan audit assignment yang terbengkalai sekian lama.
tetiba!!!!


ON jek PC, kaler biru jek screen tu.huhuhu.apehal pulak ni!!


try 3,4 kali.OFF dan kendian ON semula PC tu, masih lagi biru.
apehal pulak neh??sapa pulak sabotaj mama ni???
adui, musnah harapan nak buat kerja. [yeyy!!!makan gaji buta lah hari ni sbb takleh buat keje.hoye!!hoye!!]
hallo, takkan tak nak buat keje???ingat ini kompeni, bapak hang yg punya???
sudahnya, mama menumpang PC orang lain.
nasiblah ada 2 PC kosong yang masih belum berpunya.hikhik
tapi, cam kurang bersemangat sikitlah sebab tak ngadap muka wajah2 kesayangan hamba yang ada kat wallpaper PC.


kalau tak ngadap muka pembangkit semangat, macam mana nak bersemangat buat keje???cuba jawap sikit.hadui!!!tension betul pagi2 dah diuji camni.


lepas try 3,4 kali masih jugak biru.putus asa dah.terpaksa gak call mamat IT tuk betulkan.


"biarlah yang pakar buat perkara yg sepatutnya"..hikhikhik


nak harapkan mama baca coding2 system tu, memang jangan haraplah.dah namanya rabun IT kan.hikhik


sekali, mamat IT datang, terus dihangkutnya CPU mama.huhuhu
rasa nak menangis je.huwwwaaaa!!!!


"wei, mamat IT.cepat sikit pulang CPU saya ye!!!saya dah sangap neh.nak update belog pun takde semangat sbb semua gambar dalam itu CPU tau!!!"



ini lah akibat beli PC murahan.hikhik :)
psst: mau sambung buat keje kat PC en.bakar.nasiblah en.bakar dah pencen.huhuhu.mood langsung takde neh!!



love: mamazahra

Friday, 12 March 2010

Niat hatiku taknak berpisah, apakan daya jodoh tiada...

alamak, ampun bukk!!!
tajuk tiada kena-mengena ngan apa yang mama nak tulis ni.hehehe
mama nak update, tapi sejak-dua menjak-tiga menjak, internet dah ditapis dengan orang2 buta IT neh, hilang semangat nak mengupdate entry cuti2 Pantai Timur.
apa kena-mengena nya??
sebab tiap kali nak upload gambar je, ayat keramat ni akan keluar "Internet Explorer cannot be displayed" tak pun "Website not allowed in dot dot dot"..
geram je, putus harapan nak berblogging di siang hari.
nak harapkan mama upload di malam hari lagi lah payah.
tak menang tangan nak layan Zahra dan papa.
paham2 jek la kan..hikhikhik
so, mama janji tuk habiskan entry pantai timur ni malam ni jugak.paling lewat pun, this weekend.
so, mana yang tertunggu gambar2 kat Pantai Timur tu.bawak bersabar ye!!!
Anda akan dilayan sebentar lagi.ahaks :)
love: mamazahra

Wednesday, 14 October 2009

~ FACEBOOK ~

mama nak mintak tolong sikit lah.
kat opis mama dah boleh bukak mukabuku.
alhamdulillah.
tapi, ada pulak masalah lain yg timbul.
mukabuku mama takleh comment or update status.
cane nak buat eyh??
kalo mama online dari rumah, boleh jek nak comment or update status.
tapi, bile kat opis cuma boleh bukak dan tengok jek.
kowang tau tak nak buat cane?
mama ni dah la bab IT ni bengap sikit.
reti pakai jek, tapi tak reti bab setting or coding ke.
tolonglah mama eyh...
mama nak sgt put comment kt post kengkawan kt FB tu...
tensen ah camneh.
tak suka ah.
geram jek tau.
PC kt opis neh mmg lembab sikit.
adakah kerana kelembapan PC neh,jadi sume setting lari or mama yg lembab??hikhik

love: mamazahra =)

Monday, 5 October 2009

~ Saya Minta Maaf... ~

kowang rasa dengan 1 ucapan "saya minta maaf",

dapat ke hilangkan segala kesedihan?

dapat ke menebus segala sakit hati?

dapat ke menggantikan airmata yg tumpah bagai air terjun?

dapat ke membaiki hati yg dah koyak rabak?

dapat ke pulihkan jiwa yg terguris?


dapat ke???


bukanlah mama tidak memaafkan.
tapi, ia nya sangat sukar tuk dilupakan.

ianya seolah-olah ucapan maaf yang tidak ikhlas,jika

tanpa alasan yg kukuh.

tanpa huraian mengapa kesalahan itu dilakukan.

tanpa kesungguhan.


mama bukanlah orang yg sukar memaafkan..
ye mama dah maafkan, tp mama perlukan masa tuk melupakan.

bagi mama, ucapan MAAF dengan memandang tepat ke mata akan lebih menunjukkn keikhlasan.
ia dah cukup membuatkan hati yg terluka, bakal terubat.

ucapan maaf dgn sentuhan keikhlasan, sudah cukup tuk merawat jiwa yg terhiris.

tapi, ucapan maaf yg sekadar satu ucapan mampu ke melupakan segala kesalahan??
maseh menjadi tanda tanya.
kan lebih baik memafkan.
ye, saya dah maafkan.

p/s:n3 tertangguh pas "back to normal"...khas tuk si "dia".hikhik
love: mamazahra =)

Wednesday, 15 July 2009

~ Mama mungkir janji ~

Sabtu lepas, mama janji ngn member mama ejan nak hang out ber3... Ejan, mama & zahra.. tp, sabtu tu papa keje... mama lupa nk mintak izin.... kononnya, nak bgtau papa pagi sabtu tuh...tp, papa gi keje mase mama sedang lena d ulit intan..ngeh3 so, pas mangun titun tuh, mama sms papa..tuk mintak izin... smp ke kul 12 papa x reply... so, ejan sms tanya jadi x nk kuar, mama gtau yg x jd sbb papa keje... ejan sgt kuciwa...mama pun sedih gak.. tp, papa lom bg keizinan....xkn nak gi jek... mama tunggu2, rupanya papa balik kul 3 petang... then, dengan selamba....
papa
cakap.."la, nape x gi??? bkn da janji ngn ejan ke???"
mama:
kan papa x reply sms mama...
papa
:pegi jek la, papa izinkan lah...
mama:
tp, papa x reply sms mama, mama ingt papa x bg pegi...
papa: alah, papa x kisah lah kalo mama nk gi ngn ejan...bkn nk gi ngn bopren pun

time tuh, menyirap jek mama...


sbb da geram, mama gi dapur wat
chilled oreo cheese cake+blueberry kapkek baru puas ati!!

Monday, 29 June 2009

~ mama di ganggu ~

tajuk n3 tuh xde kena-mengena ngan cerita keliwon atau orang halus atau hantu atau jin n iblis...
tapi, mama diganggu oleh sorg yg GS or gila sex..

balik wedding fendi mlm sabtu, mama terus tdo disisi Zahra.. wolopon papa berkali2 ingatkan mama suh solat Isyak dulu..tapi..

mama yg degil neh, terus jek tdo...sbb keletihan...

lebih kurang kol 2 pagi, ada call in... mama x sempat angkat...then, bunyi sekali lagik.. kali neh mama sempat angkat..

bile mama say hello jek, org tuh putuskan line...

so, mama check lah, sape yg call... mana tau ada emergency ke...tp, unknown number.. mama xlah risau sgt..

da alang2 terjaga...so, mama pon bangun tuk solat isyak..

lom abes solat, ada msg masuk..[x khusyuk tau :( ]

mama abeskan solat, then berlari amek phone...ingat urgent call

chis!


hampeh!!


sakit tol ati!!!


ada ke org yg call tadi, dia sms mama... pasal benda lucah2

terkejut beruk mama pagi2 buta....

then, dia keep on sms benda lucah2 kat mama...

lebih kurang 6-7 sms....

mama x layan, tapi mama xleh tdo....

so, mama silent mode kan phone...dgn harapan dpt tdo semula...

mase mama bgn solat subuh tuh, ada byk lg sms dari mamat tuh yg masuk...

geram tul mama...

mama malas nak layan....

mase papa bangun tuk solat subuh...

mama gtau pasal GS tuh...

papa kata toksah layan... mama pon mmg xde hati nak layan...cuma geramm sgt...

pas papa solat, GS tuh call lagi... mama suh papa angkat... tp, papa cancel call tuh...

then, dia call lagi sekali.. barulah papa cakap hello.. then, dia letak phone...
alhamdulillah, da xde sms dari mamat tuh...mgkin dia takot kot...hikhik :P

mama baca balik sms2 mamat tuh...

dia cakap, nama dia SHAH, umo 19 tahun...no phone dia 019-8636969

kecik2 da gatal... umo baru 19 thn, da gedik citer pasal sex benda lucah bagai..

kalo ikutkan mama, nak jek sms mamat tuh n gtau nak wat police report...sms jadi bukti...
tapi, papa delete sumer sms mamat tuh...
kalo la mamat tuh sms lagi, tunggu lah nasib dia.. mama nak maki nasihat dia...




Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!