Salam Ramadhan semua :)
kejap jek dah masuk 10 Ramadhan kan.bermakna ada lebih kurang 20hari lagi kita berpuasa.sedih kan?
cemana Ramadhan korang?puas hati?
moga setiap amalan baik yg kita lakukan sepanjang Ramadhan akan berterusan ke bulan-bulan seterusnya.amin. *ini peringatan tuk diri mama*
apa juadah korang nak masak hari ni?
wah!baru sahur dah start pikir.hahaha
mama cambiasa, takde idea nak masak hari-hari.al-maklumlah kalo bukan bulan Ramadhan, memang tak berasap dapur tu.hikhik
Semalam, mama masak yg simple jek tuk berbuka.Ikan goreng dan masak lemak kobis.pastu papa buat sambal belacan. maklumlah mama ni bukan pakar sambal belacan walopon penggemar sambal belacan tegar.hikhik
lamanya tak update blog guna PC/lappy. baru hari ni berkesempatan.hehe
okeh, berbalik pada tajuk entry..nak citer pasal tips untuk menyusukan anak dibulan Ramadhan. tapi, mama ni bukanlah orang yang layak nak bagi tips. mama bukan pakar, jauh sekali berpengalaman kan.
macam mama share dalam entry INI, mama mintak korang share. thanks pada yg share eyh :)
mama banyak google sana-sini, mana yg share tips tu..laju jek mama copy-paste masuk Msword dan save dlm pendrive.bile ada masa mama baca.hahaha.so, kiranya tips yg mama guna pakai ni adalah combination of beberapa tips yg dikongsi..antaranya di susuibu.com dan banyak blog-blog lain...TQ so much pada yg share.amat berguna bagi mama yg cetek ilmu cam mama ni.ilmu belum penuh di dada dah ada hati nak share kan..apedah!! tapi apa salahnya kan...ilmu yg ada dipanjangkan, insyaAllah tuan punya ilmu dapat barakahnya...amin.
so, inilah dia....
Tips untuk menyusukan anak di bulan Ramadhan...
DOs and DONTs...
1.Perbetulkan niat untuk menyusukan anak kerana Allah. Yakinlah bahawa Allah yang beri susu. tapi, serasa mama memang semua ibu pun menyusukan anak kerana Allah kan...ada ke yg nak glamer?atau ada ke yg saje suka-suki? takde lah kot rasanya....
2.Selalu Berdoa, kita ni insan yg lemah.selalulah meminta kepada-Nya : “Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku.Limpahkanlah rezeki susu anakku Ya Allah”. Walaupun...kita sebagai ibu yg menyusukan anak diberi sedikit kelonggaran, tapi janganlah sampai ambil kesempatan.ye tak???ini, tak larat sikit, terus buka.itu bukan tak larat, lebih kepada ngada-ngada. asal bulan puasa jek terus gastrik, padahal hari biasa siap diet-diet segala.hehehe
Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak
•Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
•Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]
3.Segerakan berbuka puasa (rasanya ini semua orang suka kan???kalo tak menyusukan anak pun laju jek follow.hahaha) dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”.ini memang amalan mama. selagi boleh, nak makan sahur selambat yg boleh. nak dekat imsak tu baru berhenti makan.hehehe
4.Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukosa dan cecair. biasanya, mama pun terbabas makan benda mengarut. sepanjang Ramadhan ni mama suka buat dessert, puding lah, triffle lah, mousse lah.so memang extra glukosa lah mama amik.tu belum air manis lagi tu.jangan kencing manis nanti,udah ler.huhu. tapi, sayur dan ikan memang mama perbanyakkan.nak bagi tenaga...plus mama amik CCPP(cocoa collagen power plus) masa bersahur.Alhamdulillah, masih bertenaga nak masak berbuka even missed sahur.heeee :D
5.Makan banyak kurma.for info, kalo bukan bulan Ramadhan tekak mama ni memang tak leh terima kurma.but, Ramadhan jek otomatik jek tekak leh terima kurma.hehehe.pelik kan???lagi bagus kalo dapat makan kurma sebagai snack lepas berbuka tu.insyaAllah banyaklah susu tu.
7.Minum cukup air. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ni mama cuba elakkan amik nescafe or minuman bergas.walopon banyak jek resepi air soda dalam kongsiresepi yang memanggil-manggil amma tuk cuba.hikhik
8.Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.ni memang wajib mama amik, kalo tak penghasilan susu bleh terganggu. nasi janganlah tak makan, takde selera cemana sekalipun, mesti kena makan nasi.kecuali, korang termiss sahur kan, so redha jek la...hehehe.sepanjang 10 hari ni, mama termiss sahur gak.hari Sabtu lepas.hikhik.tapi, Alhamdulillah sempat minum CCPP dan kurma 3biji.bertenaga sampai petang tuk masak juadah berbuka.
9.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran. ini WAJIB!! jangan miss kalo bleh.baru lah seimbang makanan yg kita amik tu. tapi, janganlah pulak korang amalkan buah DURIAN.adoiii!!!!ulam-ulam lagi bagus.tapi, mama tak makan pun lagi ulam sbb juadah yg mama masak tak berapa nak sesuai makan ulam.hikhik
10.Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerap menyusukan anak. walopon tak larat, susukan jugak.Zharif kalo mama ada, memang pantang nampak mama, nak nenen jek keje dia.hehehe
11.Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. mama kan cuma ada manual pump MAM dan battery pump Pureen, tapi sepanjang Ramadhan ni tak berapa berfungsi betul.so, mama pilih tuk gunakan kaedah marmet.TQ to Ayu ibu setot sbb kenalkan mama kaedah ni.ekceli, tukang urut mama pun ajar kaedah ni masa dalam pantang, dia mmg tak galakkan guna pump ni.hehehe.cuma mama tak tahu kaedah ni berkesan sbb mama tak cuba. sekali cuba, terus jatuh cinta.mama boleh dapat 5oz satu sesi.sama jek kalo guna pump.tapi yg bagusnya, susu cepat proses baru. sekejap jek dah rasa bengkak. Alhamdulillah, dapat 10-12oz sehari. walopon tak banyak, syukurlah ada. kalo tak, 8-10oz jek dapat time Ramadhan ni.huhu
12.Lebihkan sesi direct feed dan pump selepas direct feed. lepas direct feed, insyaAlah susu banyak.ini pengalaman mama sepanjang puasa ni.lepas directfeed Zharif, terus pump.walopon baru lepas dihisap, susu tetap bleh dapat 3-4oz.try lah!!!
13.Pam susu sebelum sahur.tapi, ini mama tak dapat nak praktik sbb Zharif banyak menyusu malam.so, mama pump seawal 9am.time ni dah start bengkak.laju-laju pump.hikhik
14.Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. weh, bukan amma suruh makan time puasa lah. Mungkin korang akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa dalam kereta. Sampai jek rumah, pastikan korang berbuka puasa dulu sebelum menyusukan anak korang (jika keadaan mengizinkan).tapi, ini insyaAllah takkan berlaku sebab sekarang ni mama audit kat Northport, kul 5.30pm memang dah sampai rumah.tu yg sempat masak. biasanya, mama akan pump tuk sesi 3 sebelum gi dapur masak juadah berbuka.time ni, dapatlah 3-4oz. kalo Zharif dah nangis-nangis nak nenen, mama nenenkan jugak.pastu pump jugak.dapatlah 1-2oz jek.OK la kan...dari takde..hehe
15.Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.yang ni nan ado sbb stok EBM mama ilek pocik.memang sekarang ni "kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang". Alhamdulillah, stok perah hari ni, Zharif minum tuk esoknya..
16.Ambil milk booster jika perlu. ni dah lama mama tak makan. cuba kaedah natural dulu.tapi kalo korang nak gak amik, SHaklee OK kot..dia ada gak minuman tambahan soy protien.try lah!!!
17.Elakkan terlalu penat. ni tipulah kan, kalo dah puasa tu, kompom lah penat.janganlah pulak kerana tips ni, korang ponteng masak pulak kan.hikhik
18.Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria. ni memang susah nak elakkan bagi ibu bekerjaya kan.stress keje tu normal lah kot.tapi jgn terbawak-bawak lak.kang susu takleh perah, sendiri nangis meraung..huhu
19.Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah. mama teringin sebenarnya nak jumpa pakar, tapi belum ada peluang.hukhuk
20. Amalkan ayat60:surah Al-Baqarah tu jangan putus.InsyaAllah....
sharing is caring :)
love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Wednesday, 10 August 2011
Friday, 22 July 2011
Tips memperbanyakkn susu di bulan Ramadhan (?)
Assalamualaikum semua :)
tetiba bagi salam,apa kess??mama bkn buang tebiat ke hape,tp mama baru sedar,selama ni takde pamit-pamit(bahasa jawa ni,maksudnya mintak izin),terus terjah.hehehe...
So,sempena bulan Ramadhan yg semakin menghampir ni..alangkah elok mama ubah sikit bahasa ni kan...ye dak??
Molek sikit...ada salam gitu kan.hekhek
Okeh...berbalik pada tajuk...macam biasa,kalo ada tips sebagai tajuk entry tu korang takkan terpedaya eyh..mama bukan nak bagi tips tapi mama yg nak mintak tips dari korang-korang yg pakar neh...
Bukanlah mama malas nak google ke apa kan,dah...mama dah searchlah sayang-sayangku semua,takde maknanya mama nak jimat bil internet ke apa.bil tu sama jek tetiap bulan,pakai 24/7 pun tetap byk tu gak bayar.hehe.banyak dah sebenarnya link yang mama dah terjah. tapi kan,selagi bukan kawan-kawan yg bagi tips selagi tu mama tak puas.sebab apa?sebab kalo korang yg bagi tips dah confirm lah korang punya pengalaman peribadi,takpun petua mak korang or Doktor korang..ye dak?dan confirmlah realistic sikit petua tu...
Kadang tu,ada blogger bagi tips makan itu ini.tapi tatau berkesan ke tak.padahal dia nak promote produk dia jek..huhu
Sebab tu lah,mama ngengada gak nak mintak tips atau petua yang korang amalkan kan...share lah...cian kat mama n zharif...
Okeh...merujuk kepada gambar diatas...1st pic,14-16oz kan..tu adalah hasil pump paling banyak tuk sehari.tu kire 3kali pump lah.kul 10pg-3ptg-6ptg..tapi jarang-jarang lah...
Duuuuuuluuuu....lebih banyak dari tu bleh dpt,tapi duuuluuu lah...masa dalam pantang.hehehehe
Sekarang ni, hasil pump yg konsisten hari-hari...average cam 2nd pic tu,dalam 10-12oz jek.. Banyak tu memang cukup-cukup tuk kegunaan Zharif hari esoknya.kiranya "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".mama mmg dah kehabisan stok chilled EBM.'ilek pocik' stok dlm fridge...memang nan ado
10-12oz tu Zharif minum 3-4kali lah time ngan ibu.nasiblah dia dah makan solid food tau,jadi kurang sikit minum.biasanya,bila mama ambil zharif kt umah ibu dalam kul 5lebih atau 6pm,terus direct feed dia..so,zharif bleh la simpan skit susu dalam 2oz tuk dia minum pagi masa sampai kat umah ibu esoknya...haih.sian kat mama ngan zharif kan???
For info,zharif cuma minum susu S26 masa kehabisan stok bln May hari tu yg mama gi outstation kt Kuantan.bile mama balik,sampai hari ni dia takmo dah susu formula.nak susu ibu jek.yang pelik,dia boleh bezakan rasa susu tu.ibu penah lah nak try bagi dia susu s26 tu,sampai basi zharif tak minum...
So,Ramadhan semakin hampir.mama takut hasil pam merundum time mama puasa.matilah,dah lah takde stok.kalo tak dpt 10-12oz sehari,zharif nak minum apa kan..cian dak bambam ni.huhu
Nak mintak sangat jasa baik korang,share lah pengalaman korang menyusukan dlm bulan ramadhan.mama takde pengalaman.dulu masa zahra,mama dah stop breastfeed sbb masa ramadhan 2008 zahra dah 11bln... Share lah,apa korang makan,bile korang pump,ke jadual pam teruskan macam biasa,makan sahur dan buka cam biasa...share tau!!!
Mama akan cuba selagi terdaya...jgn korang bagi tips supaya mama tak puasa sudahlah..kalo bleh,mmg nak puasa gak takmo ponteng kerana menyusukn zharif..huhu
Okeh,dah lewat sgt neh...selamat malam semua :)
Please share ngan mama eyh...tq in advance.mmmuuuaaahhhhh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
tetiba bagi salam,apa kess??mama bkn buang tebiat ke hape,tp mama baru sedar,selama ni takde pamit-pamit(bahasa jawa ni,maksudnya mintak izin),terus terjah.hehehe...
So,sempena bulan Ramadhan yg semakin menghampir ni..alangkah elok mama ubah sikit bahasa ni kan...ye dak??
Molek sikit...ada salam gitu kan.hekhek
Okeh...berbalik pada tajuk...macam biasa,kalo ada tips sebagai tajuk entry tu korang takkan terpedaya eyh..mama bukan nak bagi tips tapi mama yg nak mintak tips dari korang-korang yg pakar neh...
Bukanlah mama malas nak google ke apa kan,dah...mama dah searchlah sayang-sayangku semua,takde maknanya mama nak jimat bil internet ke apa.bil tu sama jek tetiap bulan,pakai 24/7 pun tetap byk tu gak bayar.hehe.banyak dah sebenarnya link yang mama dah terjah. tapi kan,selagi bukan kawan-kawan yg bagi tips selagi tu mama tak puas.sebab apa?sebab kalo korang yg bagi tips dah confirm lah korang punya pengalaman peribadi,takpun petua mak korang or Doktor korang..ye dak?dan confirmlah realistic sikit petua tu...
Kadang tu,ada blogger bagi tips makan itu ini.tapi tatau berkesan ke tak.padahal dia nak promote produk dia jek..huhu
Sebab tu lah,mama ngengada gak nak mintak tips atau petua yang korang amalkan kan...share lah...cian kat mama n zharif...
Okeh...merujuk kepada gambar diatas...1st pic,14-16oz kan..tu adalah hasil pump paling banyak tuk sehari.tu kire 3kali pump lah.kul 10pg-3ptg-6ptg..tapi jarang-jarang lah...
Duuuuuuluuuu....lebih banyak dari tu bleh dpt,tapi duuuluuu lah...masa dalam pantang.hehehehe
Sekarang ni, hasil pump yg konsisten hari-hari...average cam 2nd pic tu,dalam 10-12oz jek.. Banyak tu memang cukup-cukup tuk kegunaan Zharif hari esoknya.kiranya "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".mama mmg dah kehabisan stok chilled EBM.'ilek pocik' stok dlm fridge...memang nan ado
10-12oz tu Zharif minum 3-4kali lah time ngan ibu.nasiblah dia dah makan solid food tau,jadi kurang sikit minum.biasanya,bila mama ambil zharif kt umah ibu dalam kul 5lebih atau 6pm,terus direct feed dia..so,zharif bleh la simpan skit susu dalam 2oz tuk dia minum pagi masa sampai kat umah ibu esoknya...haih.sian kat mama ngan zharif kan???
For info,zharif cuma minum susu S26 masa kehabisan stok bln May hari tu yg mama gi outstation kt Kuantan.bile mama balik,sampai hari ni dia takmo dah susu formula.nak susu ibu jek.yang pelik,dia boleh bezakan rasa susu tu.ibu penah lah nak try bagi dia susu s26 tu,sampai basi zharif tak minum...
So,Ramadhan semakin hampir.mama takut hasil pam merundum time mama puasa.matilah,dah lah takde stok.kalo tak dpt 10-12oz sehari,zharif nak minum apa kan..cian dak bambam ni.huhu
Nak mintak sangat jasa baik korang,share lah pengalaman korang menyusukan dlm bulan ramadhan.mama takde pengalaman.dulu masa zahra,mama dah stop breastfeed sbb masa ramadhan 2008 zahra dah 11bln... Share lah,apa korang makan,bile korang pump,ke jadual pam teruskan macam biasa,makan sahur dan buka cam biasa...share tau!!!
Mama akan cuba selagi terdaya...jgn korang bagi tips supaya mama tak puasa sudahlah..kalo bleh,mmg nak puasa gak takmo ponteng kerana menyusukn zharif..huhu
Okeh,dah lewat sgt neh...selamat malam semua :)
Please share ngan mama eyh...tq in advance.mmmuuuaaahhhhh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, 21 March 2011
Susu Ibu
...adalah makanan terbaik tuk bayi.
kerana tu lah, mama kuatkan semangat tuk fully breastfeed Zharif.
sedih sebab mama takde peluang tuk fully breastfeed Zahra dulu.cuma 4bulan BF Zahra secara exclusive dan bila Zahra dah start makan solid food, mama mula bagi Zahra susu formula.
bukan mama tak pump ebm tuk Zahra, tapi sebab ceteknya ilmu breastfeeding makanya mama tak buat stok ebm dari hari pantang lagi.huhuhu
so, kali ni mama nekad. cari sikit ilmu breastfeeding dan nak exclusively BF Zharif.walopon ada main tipu sikit.mama ada sulam air kosong dan air campur kurma/kismis/madu tuk Zharif.
tapi, sedaya upaya mama cuba elak tuk bagi Zharif susu formula.
Alhamdulillah, mama start pump ebm tuk Zharif since hari ke-5 bersalin. dan sampai hari ni mama masih pump.walopon ada main tipu sikit. ada gak mama miss pump susu bila berkampung kat hospital, sibuk buat kerja sampai lupa pump dll.
Alhamdulillah, walaupun tak banyak hasil ebm mama tetap bersyukur sebab masih ada rezeki tuk Zharif. pelbagai petua/cara/tips mama buat tuk tambah hasil pump tapi hasil masih sama.tak memberangsangkan pun.tapi... mama tak putus asa.takkan berhenti pump walaupun cuma dapat 1oz bila pump. syukur masih ada rezeki Zharif.harap, rezeki susu tuk Zharif akan berterusan.
Hari ni, hari pertama mama mula kerja. ini bermakna, hari pertama Zharif fully minum susu ebm. mama tinggalkan 14oz chilled ebm tuk Zharif dan Zharif habiskan 12oz.dahsyat kan? tapi, mama tak kesah pun. biar Zharif cepat besar dan sehat. selagi stok ebm masih ada dan selagi mama masih mampu mengepam, mama akan breastfeed Zharif.
OK, jom intai stok chilled ebm Zharif..
stok terbaru...
mama sanggup beli peti ais baru semata-mata nak buat stok ebm tuk Zharif. sebab peti ais mak mama dah penuh ngan lauk-pauk, stok ebm berebut-rebut nak dok sama dalam tu.
so, bila ada peti ais baru ni selesa lah sikit chilled ebm tu nak lepak dalam tu.hehe
ni tuk hasil pump yg seciput. 2/3oz tuk sehari.
ya, sedih kan??? ada waktunya mama cuma mampu pump 2/3oz jek sehari.
dan...
ni lah stok awal tuk Zharif. stok dari 27-Jan-2011.stok 22-26/1/2011 mama dah guna tuk train Zharif minum susu ebm guna botol.
budak cenonet sorang tu mengada sikit, takmo minum susu ebm yg dah sejuk. so, mama belikan bottle warmer tuk dia bagi memudahkan ibu panaskan susu.
Walopon tak banyak stok chilled ebm yg tinggal tuk Zharif, stok yang ada ni mungkin bertahan tak sampai sebulan pun.mama berharap sangat, mama akan terus dapat buat stok tuk Zharif.moga Allah makbulkan doa mama tuk fully BF Zharif cayang mucuk.
mama banyak dapat tips/petua tuk memperbanyakkan susu badan, tapi ada yang mama boleh follow dan ada gak yang tak boleh. cthnya, Autumnz Milkmaid Tea. mama seriously tak boleh telan. mama baru minum 1 sachet.rasanya yg semacam dan baunya yang dahsyat, buat mama nak muntah. dari mama muntahkan isi perut, baik mama stop kan. mama nak cuba yang lain pulak.
nanti mama share kat entry lain eyh....mama janji!!!
Alhamdulillah, hari ni berjalan lancar. Zharif OK dok ngan ibu. Kakak Zahra pun OK tinggal ngan mak Andak. Lega hati mama.
ok, nak rehatkan badan.nanti mama share apa petua mama guna tuk banyakkan susu versi mama eyh...
love: mamazahra ^__^
Monday, 7 March 2011
Cerita Budak Hitam
Lamanya mama menyepi kan?
tak cukup masa lah nak update.
kalo ada masa lapang sikit, dok round blog kawan-kawan. dapat baca story terbaru cukuplah.
nak update blog seniri, memang tak dapatlah.
sikit punya malas nak cari masa terluang nak update.hehehe
Penyakit M dah melanda mama sekarang ni.
Jangangkan nak update blog, nak masak pun malas.hahaha
Okeh, sementara ada masa sikit ni,Zharif dah tidur, kakak Zahra pun dah lena dan papa pun dah hanyut. mari lah kita mengarang cerita.hehe
mari lah update cerita terbaru budak hitam ni.
siapa lagi?Zharif lah.
Zharif kan gelap sket kaler dia, dah abes kena panggil budak hitam kat rumah ni.hehe
ini lah, wajah terbaru si budak hitam. Muhammad Dayyan Zharif yang dah berumur 50hari.
dia neh, dah pandai senyum-senyum, gelak-gelak kalo mama borak-borak ngan dia.
tersengih jek.gerammmm!!
hari ni, hari pertama mama train Zharif minum susu badan guna botol susu dari jam 8pagi sampai 5petang.
seharian tu lah, mama tak direct breastfeed dia. sian dak tecik tu. pandang jek mama masa mama sua botol. sayu hati mama. kalo boleh mama nak peluk-peluk, gomol-gomol, dan direct BF Zharif, tapi mama dah nak start keje kan.takut tak biasa lak nanti. dan sepanjang hari lah mama guna stok EBM dia yg dah mama kumpul since 23 January 2011. dan hari ni, mama berjaya pump 11oz.dapatlah bertambah stok EBM Zharif kan.kira OK lah, sejak makan Yasmin kiranya takde lah semakin berkurang stok EBM mama. Alhamdulillah.rezeki Zharif.
InsyaAllah, esok nak pump every 2hours. kita tengok berapa banyak dapat.harapnya semakin banyaklah production susu badan mama. jangan semakin berkurang sudah. Sekarang ni, mama dok amalkan doa menambah susu badan, nanti mama kongsi eyh...
okeh la, dak Zharif dah uk ek uk ek.kang menjerit pulak.
esok kita sambung lagi eyh!!!
good night semua :)
love: mamazahra ^__^
Tuesday, 1 March 2011
Family Planning vs Breastfeeding
Salam Selasa :)
mama tengah tengok "5 Perencah 5 rasa" sambil update blog.
sejak bercuti panjang neh, semua cerita kat TV mama bedal tengok.
sukalah tengok Shers ni masak, dah lah encem terror lak masak.hehe
hari ni mama nak cerita topik neh, "Family Planning vs Breastfeeding".
ye lah, mama tak nak lah anak bersusun paku, berderet-deret. mama bukan nak tolak rezeki, mama tahu setiap anak ada rezeki memasing. mak bapak kita dulu pun, anak berdedai-dedai kan. paling kurang pun 10 orang.
mama mula family planning ni selepas lahirkan Zahra. mama ambil pil perancang as family planning. sebulan lepas lahirkan Zahra, mama ambil pil Noriday.
pil ni memang sesuai tuk ibu yg fully breastfeeding.
dan, mama memang takde masalah nak breastfeed Zahra secara direct. cuma, mama ada masalah nak buat stok EBM. kat opis lama, mama takde peluang nak pump susu. mama pump sekali jek time lunch break, tu pun dapat 4oz.
lagipun, mama guna manual pump yg biasa-biasa jek, jenama Pureen.
mama tak tahu, samada kerana pump ni tak bagus atau milk supply mama memang sikit.
lagipun, mama tak cari info tuk fully breastfeed.
mama berjaya breastfeed Zahra sampai Zahra umur 6bulan secara exclusive. tapi, mama dapat breastfeed Zahra sampai 8 bulan jek.lepas tu, milk supply dah stop terus.
dan, sejak tu mama tukar pil perancang dari Noriday ke Meliane.
mama makan pil meliane ni sampai lah April 2010.
dan, lepas stop ambil pil ni, mama terus mengandungkan Zharif.
so, mama plan nak ambil pil perancang jugak selepas lahirkan Zharif. cuma, kali ni mama ambil jenama lain.
bukan tak percaya, breastfeed boleh jarakkan kehamilan. tapi, mama ni extra subur.kalo tak ambil apa-apa cara pencegahan, konfem anak berdedai-dedai.huhuhu
memula mama takut gak, kot-kot susu akan berkurang bila ambil pil perancang. so, hancurkan harapan mama nak exclusively breastfeed Zharif. sia-sia lah mama buat stok EBM tuk Zharif kan.huhuhu
so, setelah berbincang dengan Doctor dan carik info kat internet, maka mama decide tuk ambil pil perancang sebagai langkah menjarakkan kehamilan.mama jugak tahu, ramai yang takut nak ambil pil perancang ni, mungkin takut kesan sampingan pil ni atau takut sebab dengar mitos yg mengatakan pil perancang boleh mengakibatkan kegemukan. so, better korang jumpa gynae korang.tanya lebih lanjut pasal pil perancang ni. tapi, kalo korang takut pil boleh mengurangkan susu supply, korang boleh dapatkan info dari internet. malas? OK, mama nak kasi korang senang, KLIK SINI.susuibu.com ada banyak info pasal breastfeeding.so, jangan risau!!!
kita boleh jarakkan kehamilan dan dalam masa yang sama, boleh fully breastfeed simanja kita.yeayyyy!!!
so, kali ni mama ambil pil Yasmin.
apa kebaikan pil yasmin?nape mama tak ambil Noriday?
Pil Yasmin ni, tidak menggemukkan, hormon tidak terganggu dan mencantikkan kulit. ada ramai gak blogger yg guna pil yasmin. tak percaya??? KLIK NI.
setakat ni, mama dah makan pil ni seminggu lebih. dan takde kesan sampingan pun. Alhamdulillah :)
ok, itu jek nak kongsi.
love: mamazahra ^__^
Friday, 18 February 2011
Masalah Perut Buncit?
hai semua :)
Salam Jumaat nan indah.
sementara si kecik Zharif tidur, boleh lah mama update blog kejap.hehe
berbalik pada tajuk entry.
mama nak share masalah mama, masalah perut buncit.
hari ni, mama dah berpantang 32hari. tapi, mama masih belum pantang 'betul2' sebab mama masih lom amik jamu dan ubat periuk memandangkan kuning Zharif masih nampak sikit.
so, kalo next check up 22/02/2011 ni Dr cakap, Zharif bebas jaundis baru mama akan telan segala mak nenek jamu tu.
mak mama dah standby nak bancuh jamu tuk mama tu. setiap hari dok cakap, muka mama pucat lah sebab tak makan jamu.
masalah perut buncit mama ni memang ketara. lebih teruk dari lepas berpantang Zahra.
dulu anak pertama kan, taklah teruk sangat buncit tu. tapi, kali ni memang serius punya buncit.cam peknen 2 bulan jek.
so, mama nak try lah ubat ni.ramai orang dok cakap tentang keberkesanannya.
model dia pun mantop, mak janda nora danish kan.
mama ni mula gedik-gedik nak cuba kan.hehehe
Losyen Mustajab Pati Halia
dan Kapsul Pati Hali Nightriem
kalo korang nak tahu pasal 2 produk neh KLIK website ini
korang pernah try tak losyen dan kapsul pati halia ni?
berkesan tak? ke omong kosong jek?
mama serius nak try ni demi nak mengecutkan perut buncit mama ni.huhuhu
tapi kan, pasal losyen tu mama tak takut sangat nak try sebab losyen ni tuk kegunaan luar jek kan.tapi kapsul pati halia tu, takut lak mama nak try. ye lah, mama kan fully breastfeed Dayyan Zharif. takut lak ada effect pada Zharif kan, tak pun mama takut susu akan berkurang kalo makan kapsul pati halia tu. takmo lah hanya kerana nak kempiskan perut, mama terpaksa stop breastfeed Zharif. mama kalo bleh nak bf Zharif sampai setahun lebih.
so, mama memang mengharapkan korang tolong mama. mana tahu, korang pernah dengar pasal kapsul pati halia ni sesuai ke tak tuk ibu yg bf baby. tak pun, korang tahu produk yg sesuai tuk mommies yg bf baby dalam masa yg sama boleh kempiskan perut kan..
tolong mama eyh????
love: mamazahra ^__^
Subscribe to:
Posts (Atom)









