Showing posts with label Raya 2009. Show all posts
Showing posts with label Raya 2009. Show all posts

Monday, 19 October 2009

~ Openhouse lagi ~

malas nak cerita banyak.

ni sume gambar-gambar taken last week mase kami terjah openhouse ex-opismet mama, Kak Rini di Meru last Monday...
and selasa pulak gi openhouse officemate papa, En. Rozman.










love: mamazahra =)

Saturday, 17 October 2009

~ Laporan Berita ~

ini bukan laporan berita terkini ye.
bukan gak laporan sukan Man U vs Bolton.
kalo nak tahu keputusan, sila tgk seniri kt channel 812.
mama nak wat n3 laporan 'openhouse berantai kami.
#1 Rumah Terbuka Farhana & Rusli di Sri Pristana
makanan memang superb.
macam-macam ada.
Laksam, nasi himpit dan ayam merah, bubur pulut hitam, mini pizza, kuih kelantan yg sedap tapi mama taktau nama, roti jala ngan serawa, dadih & aneka kuih-muih yg mama tak sempat nak rasa semua sebab dah senak pewot.
tenkiu Ana & Rusli :)
#2 Rumah Terbuka Hanim,Azam & Awal
Sowi anem, kami jadi tetamu terawal dan datang sebelum waktunya.
oleh kerana kami dah kat umah ana, so teruslah serbu umah anem walopon lom lagi kul 2.
takkan nak patah balik klang dulu or singgah kt The Store ronda-ronda.hikhik
tapi, makanan yg anem dan azam masak mmg mabeles.
tabik kat anem ngan azam, masak berdua jek segala menu tuh.
nasi dagang ikan tongkol yg sedap, kek coklat, laksa yg kami x dapat nak rasa sebab pewot tangki dah penuh.
tapi, mama tahu, anem masak laksa memang sedap sbb nasi dagang anem setaraf nasi dagang makcik kelate depan umah amm.hikhik
pape pon, sowi and tenkiu to Hanim dan Azam sbb sudi jemput kami.
# Rumah Terbuka Odie
kami singgah solat zohor di Petronas Puncak Alam sbb dah kul 3.15pm.
kami gerak dari umah anem kul 2 lebih.
Sg Buloh ujan pulak tu.
mama dan zahra sempat membuta.
papa sowang-sowang berjaga.
kami sampai umah Odie kul 4 lebih.
masa sampai tuh pewot dah kosong balik.
tapi, tetamu ramai sgt.
so, papa sorang jek makan.
bergilir ngan mama sbb Zahra dah start wat hal.
mebi sebab letih ber'openhouse'.
lagipun budak tecik tu tido on da way dr Sg Buloh.
tu yang mengaruk kt umah Odie.
Macam-macam odie masak.
Spagetti black pepper chicken, nasi himpit dan ayam sambal n rendang, bread pudding, bihun singapore & kuih raya.
semua makanan memang mabeles.
Zahra yang tengah mengaruk pon leh stop bile mama suap spagetty yg sedap tuh.
lepak jap jek kt umah Odie.
kami terus gerak balik umah.
sebab berhasrat tuk singgah di 99 speedmart tuk beli bahan2 tuk buat dadih.
sekian sahaja, laporan tuk hari ini.
tuk berita selanjutnya, sila tunggu n3 akan datang.hikhik
p/s:maaf, n3 agak hambar sebab stori pjg berjela tanpa sekeping pon gambar.Kan mama dah habaq kt hang pa yg mama dah xde henpon berkamera.papa dah tarik balik henpon gara-gara mama yang tak reti sayang harta benda.hukhuk
love: mamazahra =)

~ Pink Cupcakes ~

apa kowang buat malam ni eyh?
gi openhouse ke?
atau kowang sedang layan channel ESPN?
Manchester United vs Bolton.
mama pulak sedang tungkus-lumus menyiapkan pink cupcakes.
tuk dihidangkan pada tetamu yg nak datang sok hari.
papa ajak semua opismet dtg umah tuk makan-makan.
so, mama tumpang sekaki tuk ajak opismet mama gak.hikhik.
so, kowang jangan kecik ati eyh.
mama bukan tak nak jemput tuk makan-makan sok.
tapi, mama nak ajak kowang datang umah next week tuk acara yang lebih best.
iaitu 2nd Birthday Bash Nur Dhia Zahra.
so, kowang nantikan jek la kad undangan yg akan mama tayang dalam belog.
paling awal isnin, paling lewat rabu.
mama sedang gigih design kad undangan tu.
ekceli, majlis tu nanti taklah gempak mana.
hanya suka-suki tuk Zahra.
at least boleh gak Zahra jumpe kawan-kawan.
dan mama gak bolehlah jupe kawan yg mama hanya kenal di belog or FB.
okeh, kang hangus lak kapkek ku yang tak bape nak sedap tuh.hikhik.
p/s:pada yg tak dapat dtg besday bash Zahra on 24th Oct 2009 neh, boleh dtg sok.
majlis sok bermula kul 12pm sampai 4pm.kalo sudi dtg, sila tinggalkan komen.so,mama leh bagi address.



love: mamazahra =)

~ Openhouse Berantai ~

Selamat Pagi kowang.
dah bangun lom neh?
mama awal pagi lagi dah bangun.
pas subuh jek, terus gigih ke dapur.
membersih peti sejuk yang dah berkurun tak dibersihkan disebabkan ke'busy'an yang terlampau.
Hari ni mama dapat 2 jemputan openhouse.
  1. umah Farhana[kawan sekolah menengah] di Sri Pristana, Sg Bulohkul 11pagi
  2. umah cik anem [kwn time di matrik] di Bkt Rahman Putra, Sg buluh kul 2pm

patu papa lak dpt 1 jemputan openhouse, kawan kerja dia.si Odie.

kalo x silap umah Odie kat area Berkeley,Klang.

so, kami akan memulakan misi openhouse berantai kami neh dari Sg buluh.

mebi kul 12 baru gerak dari rumah.

pastu gerak balik kalng tuk gi umah Odie.

kira macam wat pusingan U lah.

Klang-Sg Buloh-Klang

oleh kerana hari ni bz yang amat,

maka pagi-pagi haruslah kerjakan apa yg patut kat umah dulu.

sebelum meneruskan misi kami.hikhik

Hari ni dapur hanya berasap tuk sarapan jek.

mama masak sizzling yee mee.sedap tau u ols.hehehe.

so, bersempena openhouse berantai ni, kami akan makan sampai senak pewot.hikhik :)

kowang ada openhouse gak ke??

love: mamazahra =)

Wednesday, 14 October 2009

~ SPB to Esah dan Martul ~

ni sume gamba2 mase kami balik wedding kawan sekolah menengah mama,Esah(Aisah) dan Martul(Firdaus).
Ahad, 11 Okt 2009.
pasangan pengantin bercinta dari zmn sekolah menengah tau.
kalo tak silap, masa kami sume Form 4 di Sek.Agama Menegah Hisamuddin Sg. Bertih,Klang.
panjang jodoh derang.
setelah almost 10 years memadu kasih, akhirnya ke jinjang pelamin.
Alhamdulillah.
seronok mama tgk derang berdua tersenyum bahagia atas pelamin.
mama lgsg x sempat nak snap picca pengantin sbb masa mama sampai tu,
pengantin tgh berinai atas pelamin then terus makan beradab.
so, mama nak balik tuh, derang x abes makan lagi.
pengantin kan, makan kenalah sopan sikit.
mama datang sekali ngan Anna & suaminya, Rusli.
mmg berjanji nak datang sekali.
lagipon dah lama tak jupe kan.
kat wedding Esah tu, jupe gak kwn-kwn sekolah yg lain.
Has & Acob(juge pasangan satu sekolah),Zura&puterinya Najla, Laila yg tgh sarat mengandung anak kedua, Hasiah(ibu pd 2 org anak) dan Azam yg bakal jadik ayah next month.
sonok dpt jupe kawan sekolah.
kalo boleh, nak sembang panjang.
tapi, apakan daya.
memaseng ada tanggungjawab lain.

so, nikmatilah gambar-gambar kami balik dr wedding Esah&Martul.


[papa dan zahra]

[mama dan budak comot]

[kami on da way balik umah]


[K.A.M.I....3 of us]

p/s:"Selamat Pengantin Baru, Aisah & Firdaus.Moga kalian bahagia hingga ke hujung nyawa.Amin :)

sebelom gi wedding Esah&Martul tuh, kami gi kenduri doa selamat di umah kakak sepupu mama, Kak Hendon.Doa selamat tuk ayah dia yg selamat jalani pembedahan.Moga Paman Amat sihat sejahtera hendak-Nya. Makanan kt kenduri sumenya mabeles.Kami makan smp pewot sendat dan xdpt mkn kt kenduri Esah.hehe :P


love: mamazahra =)

Tuesday, 13 October 2009

~ FREE ~


[gambar ikhsan dari google]

apa yg FREE?
bukanlah mama nak bagi nasi lemak free tuk kowang ye.
cuma kowang free baca belog mama.hahaha.

dah, senarnya benda lain yg mama nak cerita.
mama FREE dari memasak di umah.hikhik *senyum puas*
dari lunch sampai ke dinner.
dapurku dah lama tak berasap.hahaha.
FREE manjang.
sonot sungguh.
oh Syawal, jgn la cepat-cepat pergi.

ni cerita hampir basi ye.

Sabtu-10/10/2009
mama cuma masak bekfes sahaja.
tu pon, goreng nuggets dan fries sahaja.
cukuplah tuk alas pewot.
sebelom memenuhkan tangki pewot ngan pelbagai makanan di openhouse.hikhik.

pas bekfes, melepak layan hindustan @ channel 952.
ntah ape tajuk pon mama tatau.
yg mama tau, pelakonnya Ashkay Kumar dan kareena kapoor yg sgt sexy.
mak aii, tatau sejak bile citer hindustan dah macam citer Hollywood.
siap ada babak-babak 18sx.
dasat sungguh!
malu aii tau tgk cerita itu bersama en.suami. * senyum gedik*

pas zuhur, kami gi openhouse opismet papa @ Ijok.
punya lah jauh.
sampai hampir terlena mama n zahra.
nasib baik lah, papa tak reti jalan.
haruslah mama jadik co-pilot.

kami tetamu yg ke-2 sampai tau :)
nampak sangat kami dah kebulur.hikhik
mase kami smp tuh, doa selamat dah hampir abes.
Doa selamat sempena, isteri Abg. Isa, iaitu kak Ema dah selmat jalani "kimo" terapi tuk breast cancernya.
Alhamdulillah.Itu juge doa mama tuk Kak Ema.

makanan kt umah K.ema & A.Isa sgt mabeles.
nasi lemak,satay, lontong,tahu sumbat, agar2,buah,kuih-muih dan kerepek.
semuanya sedap hingga menjilat jari.
paling besh adalah Nasi Lemak Kak Ema.
Zahra sampai mintak tambah tau :P

balik dari umah A.Isa&K.ema, papa ajak singgah openhouse kawan dia.
tp, setelah diselidik oleh mama yg sangat "cemburu buta" neh,
akhirnya papa cancel tuk pegi ke openhouse itu.
gara-gara mama yg tersentap sbb dpt tahu, tuan rumah yg buat openhouse itu adalah masih single dan tinggal sendiri di apartmentnya.
rasanya, mmg tidak molek tuk papa kesana.
walopon mama ikut sama.
bagi mama yg sgt kolot pemikirannya ini,
tak wajar seorang "anak dara" yg tinggal sendiri buat openhouse
dan menjemput kawan-kawan lelaki.
tidak manis rasanya.hikhikhik.
ke mmg mama terbukti sangat jeleskan papa??? *pikirlah seniri*

oleh kerna, mama dah tersentap, papa terus buat U-turn dan balik umah dgn bawak kereta macam F1 smp nak terlentang zahra.
marah la tuh.

oleh kerana mama yg jiwanya dah diselaputi cemburu buta,
mama:"kalo AWAK nak gi sgt umah pompuan tuh, gi lah.SAYA tak halang." *bile tgh marah tiada panggilan manja ye!!*
papa: diam membisu.tapi terus tekan minyak cam nak tercabut pedal minyak tuh.
mama: terus-terus bercakap bagi api kemarahan papa marak.
papa: terus menekan minyak sekuat tenaga.dan tekan brek mengejut.hikhik *protes la tuh*

akhirnya kami terus balik umah.papa siap-siap gi main futsal dgn hati yg panas menbara.dan sgt kecewa tak pegi openhouse kawannya itu.

mama pulak, membebel macam mak nenek.dan mak mama jadik mangsa mendengar leteran mama.

+++++++

pas maghrib.

mama:"Bie, nak gi tak umah kak lang??" *guna panggilan manja tuk memujuk*
papa:"tak yah.dok umah lagik senang." * marah lg la tuh*
mama:"yelah, umah ntah sapa-sapa sanggup pegi.umah kakak sy sendiri taknak.ikut sukalah." *ugut neh* terus kuar bilik.

then, masuk balik bilik.
papa:"nak gi umah k.lang ke?siaplah..." *pujuk ah konon*
mama:"kalo taknak,tak payah.sy tak paksa" *majuk lah kononya tuh.padahal dlm hati gumbira*

mama terus siapkan diri dan zahra.hikhik.
seronot sebab menang dalam kes ini.

kat umah kak lang, menu agak berat.
tapi, kami bedal makan gak.
kak lang masak nasi lemak sambal sotong, bubur kacang,dan macam-macam lagi.
tapi, mama makan n.lemak saje.
dah tak larat.

balik.terus tido.
kekenyangan sebab makan Nasi lemak dari lunch smp dinner.


love: mamazahra =)

Thursday, 1 October 2009

~ Pulanglah ~

apa kena ngan mamazahra neh???
jap tadi, kurelakan dikau pergi.
ni suh pulanglah pulak.
mane satu nak senarnye neh?
suh pergi ke suh pulang.haha.
apa-apa jek la mamazahra oi.
janji hati senang.senang ke?hikhikhik *hanya Allah yg tahu*
ntah, tetiba rasa nak layan perasaan pulak.
Pulanglah
( ...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah... )
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
( korus )
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )
( ulang dari korus )
Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya
siapa yg mama tunggu tuh???
biarlah rahsia.
hanya dia tahu yg mama tunggu dia dan harapkan dia pulang.
kowang saspen tak???
mama pun senarnya saspen gak neh.
saspen sgt2.
mana tahu, org yg mama harap dia pulang, langsung takmo pulang dah.
nak tahu apa cerita selanjutnya???
kowang tunggu jek la kt n3 lain ye. harap sabar.
mama tengah layan sedih neh.
jurai-jurai airmata haa dengar lagu neh.
p/s:kalo kowang tgh sedih, lagu pe yg salu kowang dgr???



love: mamazahra =)

Tuesday, 29 September 2009

~ aduhhh! sakitnyee ~

mesti kowang ingat mama sedang sakit hati kn???
kalo tak pun, sedang sakit kepale.heee :D

takde lah, senarnya mama tgh sakit pewot neh.
ni masuk hari k-2 mama puasa 6.
oleh kerana pagi tadi mama sahur mee maggi jek,
skang neh kul 10.30 pewot mama da start sakit.
peh, mencabar gile.
disaat semua opismet sedang membedal kuih raya or dodol raya.
mama tgh berpuasa 6.
tu lah, mase cuti raya aituh, bukan nak buat puasa 6, melantak tak ingat dunia.
makan sampai sendat pewot.
time tuh, kalo puasa leh lah merilexkn badan kat umah.
ni dah start keje, baru nak start puasa.hehe.padan muka!
kowang doakanlah mama mampu bertahan sampai ke petang.
pewot mama pedih gile neh.hikhikhik [da cam budak tecik puasa lak]
mama memang cadang nak puasa sepanjang bulan syawal neh.
tapi, baru masuk 2 hari dah mengadu sakit pewot.hee :D
sementelah leh ganti puasa plus buat puasa sunat,
mama leh gak mengurangkan lemak tepu kat badan mama neh.
at least dapat tuwunkan 5kg.hikhikhik.berangan okeh.
kalo dapat kurangkan 2kg pun dah berbaloi.* syukur Alhamdulillah*
asal jangan naik 2kg sudah lah.
badan mama neh dah cam belon.
makin hari makin membesar bagaikan johan.hehehe
puasa sebulan di bulan ramadhan tuh cam takde kesan langsung.
badan mama tetap menten.
bukan menten kiut tapi menten montel.
mana tak nye, puasa sehari tapi time buka puasa cam makan tuk 2 hari.hehehe
ais jangan cakaplah, langsung tak miss sepanjang bulan puasa.
homemade icecream sentiasa dlm fridge.aduh!!camne nak kuwus.

[sila perhati pipiku yg semakin gebu dan tembam]


[cam banyak lemak jek kan pipiku itu???]


[dagu mama pon dah berlapis-lapis cam kuih lapis 3 layer.hehe]
Align Center

pasneh, kalo maseh tetap menten chubby camneh, mama memang harus join mane-mane slimming package lah.
rasanya, dah tak sanggup melihat lemak yg semakin tepu kat seluruh badan neh.
silap haribulan, mama nampak lebih tua dari usia.
tu yang paling menyeramkan.


love: mamazahra =)

Monday, 28 September 2009

~ Cerita Raya 7 : Konvoi Beraya ~


[on da way nak gi beraya :) ]

Raya k-7, Sabtu.kami join konvoi gi beraya umah adik-beradik mama.
umah pertama, umah Along Sani kt Lorong Abdullah, Jln Kebun.
kul 10.30 kami dah terpacak dpn umah Along.hehehe
SIL mama masak laksa & nasi putih ngan lauk -pauk.sgt sedap.
gile raya asek mkn nasi ketupat jek.
sekali dpt mkn nasi putih,peh!makan sampai jilat jari.hehehe
mmg sedap walopon lauk simple jek, ayam kicap dan sayur bendi goreng pedas.
lepas lepak lebih kurang sejam, kami gerak gi umah kedua,K.lang Lina lak kt Jln Said, Jln Kebun.
along ngn k.lang mama neh berjiran.
gamba mmg x sempat nak snap.
makan x hengat dunia.
kt umah k.lang, makan pecal jek plus kuih raya yg mabeles.

[sempat snap 1 pic kt umah k.lang]

[papa ngan zahra pakai kasual jek, mama yg maseh setia berbaju kuwung]

pas kenyang mkn pecal umah k.lang.
singgah jap umah anak sulung k.lang,Kikin.
kt sana mkn kuih-muih n kek jek.

umah k-4, umah abg mama, Atam.kt Jln sekolah rendah, Jln Kebun.
Atam mama ni kawen ngan sepupu BIL a.k.a suami k.lang mama.hikhik
kat uamh atam lak, kami bedal ayam drummet Ayamas, fries n ayam golek Ayamas.
peh, makan lagik.sampai sendat pewot.hikhik

pas solat zuhur, kami gerak ke umah Anjang lak kt Bt 9 Kebun Baru, Sijangkang.
kat sana lak, Anjang masak laksa dan air tebu fresh.
time tuh pewot mama dah xleh masuk makanan dah.
dah sebu.
satu hape xleh masuk dah.
melepak jek.
pas sesi borak2 + mengutuk, sesi bermaafan pulak.

pastu, gi umah Abg Teh mama, kt Kg Bt 7 Sempadan,Sijangkang.
Ateh lak hidangkan lemang panas n ayam sambal yg mmg mebeles.Ateh beli jek sbb SIL tgh mabuk.
pastuh, kami lepak2 sambil layan VCD "Pocong".SIL lak goreng potato wedges.
mmg layannn lah...
pas solat asar, memaseng gerak balik.

kami meneruskan misi beraya kami ke openhouse opismet papa, kak Siti Aminah kt Tmn Sg Sireh, Port Klang.
cuma papa n mama jek yg tuwun sbb mak mama n zahra dah ketiduran.hikhik
makan ala kadar jek, sbb pewot mmg da sendat giler.hahaha
kalo x jamah lak kang, kata x sudi pulak.

sampai umah dah kul 7.
dah cam bekerja lak, kuar 9.30 balik kul 7ptg.
gile lah.
badan mmg sakit gile.
tu x kire pewot senak lagi.
naseb baek papa offer suh tido on da way balik dr umah k.siti tuh.heee :D
sempatlah layan tido jap.
mlm lak kami lepak kt umah jek sbb papa nak layan BOLA.
so, mama ngan zahra masuk titun awal lah.


[enterprem lagi...zahra dok ngn mak kt seat blakang :P]


love: mamazahra =)

~ Cerita Raya 6 : Kenangan Sedih ~

aineh da mule keje.
mama dari semalam rasa takde mood.
bukan sebab terlalu lama cuti sampai dah malas nak keje.
tapi, rasa tak best jek.
semalam kawan2 sekolah dtg umah beraya.
memang seronok sbb dah lama tak jupe.
tp, paham2 jek la.
kalo dah kawan lama, dah tentulah cerita-cerita lama terkeluar balik.
kalo citer yg best tuh, syoklah jugak teringat balik.
tapi, sampai cerita CINTA LAMA pon terkeluar balik, rasa HARU la pulak.
ni yg malas jupe kawan lama neh.
mama bukan cemburu ngan kebahagiaan si dia, langsung tidak.sumpah!
cuma malas dengar dari mulut kawan-kawan tentang kebahagiaan dia.
kalo boleh kisah dia, dah malas nak dengar.
ye lah, mmg sepatutnya mama pun perlu rasa bahagia ngan kebahagiaan dia.
tp, mama tak boleh dengar especially dari mulut kawan-kawan.
ntah, tatau lah nape.
bile kawan-kawan dok cerita pasal dia.panas telinga.
tentang kebahagiaan mama, ade tak derang citer pada dia.
mesti dia ingat mama tak bahagia.
mesti dia ingat, mama derita sbb dia tinggalkan mama.
NO!
tidak sama sekali.
mama cukup bahagia dengan zahra dan en.suami.
walopon mungkin kawan-kawan tak nampak kebahagiaan yg terpamer diwajah kami.
takkan lah semua kebahagiaan tuh nak cerita pada kawan-kawan kan???
rasanya, cukuplah kami bertiga yg merasakannya.


p/s: maaf, edisi luah perasaan lak pepagi raya neh.hikhik

love: mamazahra =)

~ Cerita Raya 5 : Momok The Movie ~



Jumaat lepas, mama bawak anak-anak sedara mama nonton wayang.
mama mmg da janji, raya nak bawak derang kuar tgk wayang.
maka, derang tagih ah janji-janji tuh.
papa pulak da start keje.
takkan mama nak gi beraya berdua jek ngan zahra.
so, plan nak tgk wayang tuh berjalan lancar.
kul 12.00 kami da terpacak kat depan TGV.
oleh kerana mama dah tengok Jin Notti, maka mama paksa derang tgk "Momok the movie" pulak.
walopon derang takut-takut berani, mama paksa gak.hihihi.kejam kah daku???
movie start kul 12.10, maka kami ada masa 10 minit jek nak Q beli tiket dan popcorn.
nasib baik mama bawak Eika, leh la dia Q, sementara mama kawal Ziqi,Fiya & Zahra.
kami rushing masuk panggung sbb citer da start masa kami masuk.
dlm gelap, kami cari seat.hukhuk.
citer "momok the movie" neh okeh la.
seram plus kelakar.
boleh tahan lah lakonan mamat ganu tuh, si Faizal AF4.
tak lah teruk sangat.
mama gelak sbb anak sedara mama, si Ziqi tuh tgk movie tuh sebelah mata jek sbb ketakutan.hikhik.
tak malu tul, umo da 11 tawon, tp penakut nak mamp**.hikhik
kena gelak nagn adik dia, si Fiya.
zahra cam biasa ketiduran 1/2 citer.
pas tgk wayang, bawak derang makan McDonald.
mama pon kebulur, sbb celik mata jek terus gi Jusco.hehehe
bawak derang jalan-jalan jap.

[zahra seperti biasa akn nanes2 kalo nmpk motor neh sbb nak naek.tp, mama xboleh masukkn duit sbb zahra gayat.dia eksen jek naik benda tuh.x gerak pon.hikhik]

hantar Ziqi dan Fiya dan terus melepak kat umah andak.
zahra lak buat kecah.
[zahra cuba paklai anak tudung n tudung mama]



geram jek mam tgk budak tecik neh.
pantang lepa, mmg kecah la.
mama lak, makan-makan sampai tertidur.hikhik.
kul 5 baru chow balik umah.
tu pon sbb papa da nak balik keje.hehe :)



love: mamazahra =)

Friday, 25 September 2009

~ Cerita Raya 4 : Nonton Wayang ~

raya ke-4, papa da start keje.
almaklumlah, papa kan xde kampung, so mana ah bley cuti lelama.
bagi chance derang yg ade kampung nak bercuti raya lelama.
maka, amma abeskan masa ngan zahra jek kt umah sambil tolong mak layan tetamu yg dtg beraya.
ptg papa sms ajak gi tgk movie.
so, mama pesan papa beli tiket balik keje.
kul 6, papa smp umah gtau yg dia xbeli lg tiket movie.
maka, kami rushing gi JJ, Bkt Raja.
[on da way gi JJ...gambar dlm kete, harus ada :) ]
naseb baek still ade tiket tuk citer "Jin Notti" kul 8.30.
tp, tu pon seat agak depan gak la.
tp, still ok la.xde mendongak sgt.
time tu da dekat kul 7.so ada 1.5 jam lagi b4 movie start.
papa ajak mkn kat foodcourt dulu sbb papa da kebulur.

[zahra ngan motornye sementara tunggu papa beli makanan]


pas mkn terus solat n sempat do some shopping.hikhik

[aksi boring zahra tunggu papa solat]

majuk sbb x dpt berlari-lari bebas

movie time.



overall citer Jin Notti neh mmg besh.
kelakar. pecah pewot gelak.
tak rugi nengok.
tak membazir RM12 tuk 2 org.hikhik [gi wednesday, jimat sikit =) ]


p/s: so, sesapa yg lom nengok, leh la gi tgk Jin Notti.sure tak nyesalnyee :P
love: mamazahra =)

Thursday, 24 September 2009

~ Cerita Raya 3 : Baraan ~

Raya ke-2 dan ke-3 kami [atam, anjang,andak dan ateh plus mama,papa n zahra lah] "baraan" ke rumah saudara-mara.
kowang tau ke "baraan" tu pe?
"baraan" tuh kire macam konvoi la, tp bukan lah jauh-jauh.
sekitar kawasan tuh jek, kire dari 1 rumah ke 1 rumah yg lain.
kalo zaman dulu, "baraan" neh, jalan kaki ramai-ramai.
tp, skang neh, nek motor or nek kete jek la.
berpoluh kalo jalan kaki skang neh.hikhik
kami redah umah semua wak, bibik dan paman sebelah mak dan arwah bapak.
mak senarnya 3 beradek jek, kakak dan abang mak dah meninggal.
so, yg tinggal lak sepupu-sepapat mak jek.
kalo belah arwah bapak lak maseh ramai tp adek-beradek lain mak lah sbb adek-beradek 1 mak dan bapak, tinggal sowang jek, yg lain dah meninggal.
gambo semasa beraya tuh mmg takde.
langsung tak sempat nak snap.
maseng-maseng mentekedarah smp senak pewot.
selagi dihidang kuih dan air, sumer di telan.hikhik
dah namanya raya kan.
haruslah makan tanpa henti.heee :D
Raya ke-2 tuh, mama, papa dan zahra pakai dark pepel, tp x sempat snap.
lenkali kalo pakai lagi baju tuh, mama tunjuk kat kowang baju yg cekik darah tuh.
bagi mama baju tuh mmg agak mahal lah.
tp, sebab dah xde org nak jahit baju lagi, maka mama beli yg readymade jek.
mama punye RM150 dan zahra punye RM50.
Raya ke-3 tuh, kami pakai PINK kesukaanku.hikhik
baju neh, mak ejan yg jahitkan tuk zahra dan mama.i laikk :)
zahra pakai baju kuwung neh sekerat hari jek dah comot-momot.
maka, belah petang tuh zahra pakai kasual jek.
papa pon xnak dah pakai baju melayu, panas katanye.hehehe

mesti kowang raya sakan kan kt kampung?
kami yg kampungnye [ceh, macamlah ade kampung] sekangkang kera neh,
macam x cukup mase beraya.
lagipun, raya ke-4 papa dah keje.
maka kami hanya sempat beraya 3 hari jek.
baju raya banyak lagi lom pakai.hahahaha.
tu lah, sakan sgt beli baju banyak2.
tapi, x gi beraya.hikhikhik :P
p/s: nnt, kalo kami pakai baju2 raya tuh gi openhouse or beraya, mama snap n tunjuk kat kowang eyh :)

love: mamazahra =)

Wednesday, 23 September 2009

~ Cerita Raya 2 : Raya Pertama ~

"Selamat Hari Raya
kepada saudara serta saudari
setahun hanya sekali
merayakan hari yang mulia ini"

awal pagi mama da bangun tau.
sebab nak masak ketupat segera, ayam sambal n sayur campur.
pas mandi sunat hari raya, mama kejutkan papa n zahra.
pagi raya tuh, senang jek derang bangun.
salu kemain liat.
kami bersiap ngan baju raya pilihan papa, biru sedondon.
sementara tunggu papa n mama bersiap, si kecik neh pe lagik.posing la :)




pas bekfes ngan papa, papa gi solat raya ngan mak mama.
tinggal mama n zahra jek.
mama kemas2 ruang tamu n hidang kuih raya.

pas papa balik solat raya jek, kami bermaafan.
sungguh sayu pagi raya tuh.
kakak2 n abang2 mama yg giliran raya umah mak tahun neh lom sampai mase kami nak gerrak gi umah PIL.
sedih gak nak tinggal mak sowang2, tp nak buat camne.
mama skang hak papa, kenalah ikut papa.
redha jek la.
kami beraya di umah PIL raya pertama neh.

di umah PIL mood raya tuh da ilang coz kat umah tuh suasana hari raya langsung tiada.
adik2 papa baru bgn tido.
ada yang tgh terbongkang depan TV.
ada gak yg maseh bertowel.
ada yg maseh ber t-shirt & track suit.
MIL lak tgh masaka juadah raya.
sampai jek, mama terus turun dapur.
tolong MIL siapkan juadah raya n buat bungkusan tuk suadra-mara.
FIL lak kuar gi minum kat kedai.
adik2 papa yg dah kawen balik beraya umah mertua.

maka, kami melepak sepanjang hari.
papa tido.
mama melayan zahra jek la.

inilah suasana raya tetiap tahun kat umah PIL.
hari raya sama jek ngan hari2 biasa.
tiada yang istimewa.
tp, mama sebagai orang baru dlm family neh PERLU lah biasakan diri ngan suasana raya di disinun.

[mama dan papa]


[3 of us]


zahra mucuk =)


ramai gak makcik2 dan pakcik2 belah abah n mak yg datang.
maka, mama sebagai menantu dlm umah tuh, kenalah menjadi tukang buat air.hehehe
pas zohor, kami gerak gi umah nenek papa kat sementa.
gi ngan PIL sekali.
xlama pun kat umah yoyot zahra.
sbb anak sedara papa a.k.a anak adik papa, si Rafiuddin tertelan kerongsang mak nye.
ade2 jek la.
pas makan kt umah nenek, kami terus gerak balik umah.
umah mak dah penuh ngan andak, anjang n atam.
derang tgh mkn2 sambil borak2.
pe lagi, layan borak smp ke malam lah.
sonot dpt jupe adik-beradik.
walopon kami semua duduk sekitar klang gak, tp jarang jupe sebab memaseng sebok ngan hal memaseng.
umah jadik gegak-gempita dgn gelak tawa abang, kakak2, ipar duai n anak2 sedara mama.
tu lom kumpul 9 beradek lagi tuh.
umah mak dah cam balai raya.hikhik.
memaseng tido bergelimpangan cam mangsa perang.hehehe




love: mamazahra =)

~ Cerita Raya 1 : Menjelang Raya ~

ni kisah malam raya.
surprise dari papa.
papa selit kad raya tuk mama dlm laci meja solek mama.
terharu sungguh.hikhik
mase mama nk sapu toner tuh.
buka laci.ada kad tuk mama.
mama ingat papa lupa nak beli kad raya tuk mama.
rupanya, papa maseh ingat lagi.
[muka depan kad raya dr papa]
[zoom sikit]

kad raya"Nukilan Buat Isteri Tercinta"


terharu mase baca isi dlm kad...



walopon bait-bait puisi tu bukan dari papa seniri.
tp, mama tahu, puisi tu yg paling tepat, sbb tu papa pilih kad neh dari byk2 kad yg ada.
sgt tersentuh hati mama.
anrata bait puisi dlm kad tuh:
Bidadari hatiku
bila kau menjelma
dalam hidupku
ternyata degupan jantung hatiku semakin tenteram
kerana pengisi hati
yang menjadi teman hidupku
telah tiba membawa seribu harapan
nikmat kesucian cinta
senyumanmu sentiasa
menyentuh jiwa
walau gelora kehidupan melanda
sesungguhnya, kau sentiasa disisiku
memberiku semangat dan kekuatan
ketibaan lebaran mengingatkan daku
betapa sucinya kasih yang dimiliki
harapan yang tersemat di jiwa
semoga kau sentiasa disisi
sempena hari lebaran ingin kuucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat isteri tercinta
ape yg papa tulis seniri tuh terlalu istimewa..
malulah nak kongsi ngan kowang.hikhikhik







love: mamazahra =)

Monday, 14 September 2009

~ Cerita Puasa dan Raya ~

mama bukanlah nak cerita pasal persiapan raya.
or baju raya ataupon kuih raya.
tapi, mama nak cerita pasal puasa dan raya mase mama kecik-kecik dulu.
bile ujung2 puasa neh, mama teringat mase mama sekolah rendah.
time neh, mama byk dpt undangan buka puasa, samada umah persendirian, masjid ataupon mane2 dewan.
mereka nak meraikan anak2 yatim n fakir miskin cam mama.
bile ingat balik, rasa sayu jek hati.
mama x pernah merasa berpuasa dan beraya dengan bapak mama.
yelah, bapak mama kan pergi mase umor mama 4 tawon.
sebelom tuh, mama x ingat camne mama sambut raya dgn bapak.
langsung x ingat.
yg mama ingat, mama start puasa masa umo 5 tawon. time tuh, bapak mmg dah xde.
kalo teringin nak mkn pape tuk buka puasa, pendam jek.
xleh nk mintak2 ngan mak sbb sian kat mak.
kalo time puasa mak xkeje, sbb mak keje kt kantin sekolah.
time bln puasa kantin tutup. maka mak xde pendapatan sepanjang bulan Ramadhan.
maka, tuk meminta-minta ngan mak, amat dilarang sama sekali.
dlm bulan puasa, mak jual "kuih sepit" tuk cari duit raya tuk kami.
mak guna sabut kelapa tuk masak " kuih sepit". sian kat mak, berasap2 masak "kuih sepit".
memaseng berebut2 nak tolong mak, sbb nak duit raya.
time tuh, mama, andak, endek akak ibuzahra n ateh yg maseh sekolah.
kakak2 n abang2 yg lain da kerja n dah kawen.
so, derang dah sebok ngan hal seniri.
maka, kami berempat yg tolong mak.
bile hujung ramadhan neh, jemputan tuk majlis berbuka puasa lah yg kami tunggu2.
sbb di majlis tu nanti, org2 kaya akan bg makan sedap2 dan duit raya sekali.
dgn duit tu la, kami beli kasut raya dan baju raya.
tu pon, kami beli kat "Lorong Jepun" jek.
"Lorong Jepun" tuh cam kedai2 barang murah.
kami akan naik bas atau naik basikal gi Bandar Klang.
mase kecik dulu, jgn harap lah dpt pegi mall tuk soping raya.
bile ingat balik, sedih sgt2.
tp waktu tuh, kalo mak belikan kasut murah tuk raya pon, mama dah bersyukur sgt2, sbb dari xde lgsg, murah pun dah syukur.
janji dpt pakai kasut raya time 1 syawal.

itu cerita puasa.
kalo cerita raya lak, mama ingat lagi..

masa kecik2 dulu, mak akan masak ketupat n juadah raya seniri.
ateh akan jaga ketupat yg mak masak pakai dapur kayu.
nak masak pakai dapur gas kan makan masa, takot membazir gas.
tu yg mak masak guna dapur kayu.
smp tgh mlm raya ateh jaga ketupat, da masak baru leh tido.
mama, endek, andak n anjang akan tolong mak buat kuih raya.
berbalang2 kami buat. mana nak mampu beli seniri.
tp, time tuh, mama rasa kuih raya mak paling sedap.
sebab tuh, smp sekarang mama terbawak2.
mama akan buat kuih seniri, xkan sekali-kali beli.
teringat mak cakap, "membazir beli, kalo buat seniri kite rasa puas ati n dapat jimat duit".

selama 23 tahun , mama raya tanpa arwah bapak mama.
tiap kali pg raya, hanya tgn mak yg mama kucup.
sbb tuh, kami walopon dah besar gajah, tetap akan cium pipi mak n peluk mak tiap pagi raya.
x kire lah, anak pompuan atau abang2 mama.
derang x segan-silu cium pipi n peluk mak.
sebab, kami sgt2 menghargai mak.
kalo xde mak, dah tentu kami adik-beradik duduk kat umah Anak Yatim.

bile raya nak dekat neh, teringat balek kisah puasa n raya dulu2.
sayu hati.

ok, tu jek nak kongsi ngan kowang.

"Selamat menjalani puasa yg tinggal bape hari jek lagi n Selamat Hari Raya , Maaf segala salah dan silap "


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!