Showing posts with label newlook. Show all posts
Showing posts with label newlook. Show all posts
Wednesday, 28 September 2011
Tudung Fareeda pertama.Exclusive!!!
Eh!takde niat nak show off tau!just sharing...hehe
Orang lain,ada bersusun tudung fareeda dalam gobok.tak kecoh pun. Mama baru ada 3helai,kecoh nak mati.jakun sungguh!!!
Amacam mama pakai tudung Fareeda ni,Klakar tak?sesuai tak?nampak cam pipi kembung mama tersepit tak?hahaha
Ekceli,dah lama berkenan nak beli tudung style camni.tapi takde keberanian nak beli dan pakai.ye lah, awok ada pipi lebor mana sesuai pake tudung ada awning.hikhik
Lagi pun,Standard ah kan,kalo tudung yang ada 'nama' mesti mahal punya. Mama ni bukan jenis yang suka beli tudung mahal-mahal.rasa cam membazir sebab tudung design yang sama,bleh dapat harga murah kalo beli kat pasar.tapi material tak sama lah kan... Itu dah semestinya,ko bayaw rm10 sehelai nak material sama ngn tudung harga rm100.mmg tak dapatlah!!!
Selama hari ni,tudung yang paling mahal mama beli pun RM75je kot.lupa lah,sebab mama jarang pakai tudung mahal kan.kalo tak,mama lagi rela pakai shawl harga RM5 sehelai.hehe
Bukan apa,mama ni jenis yang cepat jemu.kalo beli tudung mahal-mahal,at the end terperuk dalam laci pun tak guna kan..membazir.tak elok tu,membazir amalan syaitonnirrojim...hehe
Mama sebelum ni,pernah gak berangan nak beli tudung ariani or hajaba.tapi,belum ada jodoh.manjang tak dapat nak singgah. Macam fareeda ni pun,ulang kali lalu depan butik tiap kali gi wong solo or jakel.tapi tak pernah berkesempatan....hehe
Beberapa hari before hari raya tu pun,mama ada gak singgah ngan papa.malangnya....dah abes stok.tinggal berapa helai je,kaler pun tak banyak choice.so,ingat jodoh ngan fareeda mmg takde.
Sekali tu,last friday tergerak hati nak gi lunch area s.7 shah alam.so,terus lah terjah butik fareeda.orang sikit punya ramai,jumaat kan memasing lunch lama.so,mama try 2,3helai.ofismate mama cakap tak sesuai ngan muka mama,sbb derang tak pernah nampak mama pakai tudung style ni.mama kan selalu pakai shawl,syiria atau bawal.hehe
Tapi,mama rembat gak sehelai V Soffiya 3 layer kot nama dia.hehe.
Gambar tu,mama pakai la tu.hikhik
Hah,time beli tudung tu terserempak ngan lily mamazarazareef.tak sangka terjumpa.memasing terkejut.hehe
Ekceli, mama ada gak ter-berkenan design lain.tapi dalam dilema nak beli atau tak.sebab duit tak berapa nak ada,lagipun dia tak display harga.so,mama takut tak cukup duit tu yang rembat sehelai jek..huhu
Oleh kerana dah termimpi-mimpi,makanya sabtu mama ulang gi butik fareeda lagi dan terus rembat 2 helai.hahaha.gila gelojoh!!! Mama amik mawar plain dan V saffiya belah.hah, amekawww!! 3 helai terus koleksi tudung fareeda mama.hehe
Tapi kan,sampai hari ni mama tatau samada sesuai atau tak.kalo lebih seploh orang cakap mama nampak boolaattt pakai tudung ni,memang mama simpan dalam stor terus.hahahaha.nak kasi pipi kembung ni cengkung,memang tak dapat lah.kena gi slim world baru boleh kot.hahaha
Dah,itu jek nak share...
P/s: isnin n selasa lepas,mama ada training kt concorde KL.so mood keje adalah kelaut.haih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, 25 May 2011
Gaya Mutu Keunggulan
ni bukan nak cerita gaya si Muthu samy ke hape...
nak cerita gaya rambut mama yang terbaru.ececeh, macaml;ah cun sangat!!egegege
sejak-dua-menjak mama ada 2 askar kat umah ni, sejak tu lah rambut mama dah tak terurus. setakat basuh, bubuh syampu pastu lap dan sikat.setel!
kalo kat umah, manjanglah rambut ni diikat jek,kalo keluar kompomlah pakai tudung kan.
rambut ni, cuma papa & anak-anak jek yang tengok.
kalo kusut masai pun, papa sorang jek yang hadap.
sejak ada budak Zharif, rambut mama makin teruk.gugur cam hape, kalo pas mandi tu, berlumba-lumba rambut tu nak lekat kat sikat.segumpal jek.
pastu, belum lagi yang tertinggal kat getah rambut.setiap kali bukak ikatan getah rambut, yang gugur tu kalo tak segumpal memang tak sah. dah macam pesakit leukimia jek.huhu
bile keadaan rambut mama yang panjang paras pinggang ni berserabut, papa request mama potong jek rambut ni.
walopon sayang sangat nak potong, ye lah rambut ni sikit punya lama nak bagi panjang. last potong rambut masa 31/12/2009.masa tu mama potong paras bahu.
dan kali ni, mama potong lagi pendek dari tu...
macam ni
^
^
^
^
^
^
ala-ala cinta melody ni lah...kononnya.hikhik
walopon rambut dia ni, jauh beribu-ribatu batu lagi cun dari rambut mama.
ye lah...dia potong kt salon yang ada professional hairstylist..
lagi pun, bentuk muka dia ni bujur, mama punya muka bentuk patsegi!!hahha
lagi nak compare dengan orang yg cun kan...
mana mama potong?
^
^
^
^
^
potong FREE jek!!!ibu zahrazharif yang potong kan.hikhik
walopon tak bape nak cun, kire oraitlah.
janji selesa, janji tak senget sudah ler.ekekek
tapi kan, nak jugak lah gi salon repair rambut ni.makin tak terurus rasanya. at least setahun sekali mesti nak buat treatment, blow sikit rambut ni kan..
tengok lah esok lusa kalo ada geng..ada sesapa nak join mama gi salon???angkat tangan!!!
love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^
Saturday, 29 May 2010
Zahra's new hairstyle
wah, tajuk tak bleh blah langsung.
ingat anak artis ke? potong rambut pun nak kecoh.hikhik
takdelah, bukan nak kepochi minachi, juz nak share cerita.
ni adalah pertama kali Zahra potong rambut tau.
selalu nya, cuma trim sket jek fringe dia.
kali ni, mama mintak ibu zahra potongkan rambut zahra.
ni semua pengaruh "AMANI" dalam AdaMaya.hahaha
oleh kerana mama minat tahap dewa-dewi kat si kecik Mia Sara tuh, mama suruh ibu potong rambut Zahra ala-ala Mia Sara tuh.hehehe
inilah rupa rambut zahra sekarang....
sayangnya, rambut Zahra tak setebal rambut Mia Sara tuh...
tapi, takpe....tetap shommelll dimata mama..ahaks~
jommm, layyyannnn!!!
comel tak kawan-kawan???
love: mamazahra ^__^
Friday, 1 January 2010
Detik Menjelang 2010
Selamat Tahun Baru semua :)
kat ne kowang sambut tahun baru?
mama dan papa plan baik punya tuk sambut tahun baru,
tapi semua yang dirancang tak berjalan seperti yang kami harapkan.hehe
tapi, tetap bersyukur.
semalam, hari terakhir di tahun 2009.
apa aktiviti kami??
ekceli, memula plan nak tuwun midvalley.
nak gi salon rambut,shopping sikit,then nonton movie.
sekali, semua dah jadi carca-marba.
but, still OK la.
mama kan sentiasa bersyukur.hukhuk
after keje jek, mama balik umah dan bersiap.
gi amik zahra dan terus drive ke ATM dan amik papa kat opis.
then, terus menuju ke SACC Mall.
ekceli, mama dah janji ngan opismet nak pass cheesecake yang dia tempah dari mama elin.
kek tu mama dah amik time lunch hour.
so, terpaksa pass after office sebab kek tu mama simpan kat umah.
jupe Kak CT kt SACC Mall around 7.
then, terus menuju ke Thomas & Guys Hairstyling Team.
New year, new hairstyle katanya.hikhik
sangat gigih okeh.
ekceli, dari bulan bape aitu mama nak potong rambut.
sampai ke sudah tak potong gak.
tu yang gigih potong gak before masuk tahun baru.haha
masa sampai kt Thomas & Guys tu, punya lah ramai yang Q menunggu turn.
turn mama sampai setelah almost 1/2hour menunggu.
memula rasa cam nak batalkan niat jek,
terus sms papa yang sedang berkejaran ngan zahra.
sekali, bile papa cakap, Ok jek.
hairstylist tu dah panggil mama.hehe
so, teruskan gak la niat tu.
gambar terakhir berambut panjang.huhu
ekceli sangat sayang ngan rambut panjang neh.
tapi, mama dah tak berupaya nak jaga rambut ni dengan baik.
mane nak jaga zahra lagik, papa lagik, mana nak wat treatment rambut.
memang tak sempat.
tu anak baru sorang, kalo 2,3 orang agaknya mama tak sempat nak sikat rambut.hehe
alhamdulillah, mama dah potong seperti yang dirancang.
dan mama sangat suka hasil tangan Nicholete.
good job,dear :)
gaya apa mama potong?
lebih kurang cam awek Nabil RL ni la...
mama tak sempat snap pas potong tu sbb rushing nak solat maghrib.
so, next tiem bile mama dah mekap lawo-lawo, mam tunjuk rambut baru mama,okeh.
pas solat maghrib, terus makan kat Pizza Hut sebab papa dah kebulur.
masa tu dah around 8.30pm.
so, papa batalkan jek niat nak ke midvalley sbb takut stuck kat traffic.
sudahnya, papa pujuk tuk gi shopping kat Jusco,Bkt Raja jek.
sebagai isteri yang sentiasa bersyukur, mama setuju.
janji papa bawak shopping,hahaha.
papa yang takde selera sbb apa yang diorder, dah abes pulak.
sian kat papa, kempunan nak makan nasi kt pizza.hehe
mama dan papa dia yang nak patah kaki kejar dia.hukhuk
lepas makan, terus gerak ke JJ.
papa belanja mama 'secret inner'.tenkiu,pa!!! love u so much.muuuaaahhh
mama pulak belanja papa 'secret inner' gak.RENOMA jek, complete dari atas sampai bawah tau.hikhik .sowi, bie..ini jek, mampu belanja..huhu
sian kat dak tecik tu, mama dan papa tak sempat nak beli pape pun tuk Zahra.
mama pulak belanja papa 'secret inner' gak.RENOMA jek, complete dari atas sampai bawah tau.hikhik .sowi, bie..ini jek, mampu belanja..huhu
sian kat dak tecik tu, mama dan papa tak sempat nak beli pape pun tuk Zahra.
next time, sayang eyh...
tetengah soping tuh, terserempak pulak mak mertua tak jadi mama.hikhik.
sempat sembang jap jek sbb mama nak Q tuk bayar.
lenkali kite sembang ye, acik ani...
tak semestinya, mama & 'dia' takde jodoh, hubungan baik mama ngn family dia kena putus gak,kan??
tak semestinya, mama & 'dia' takde jodoh, hubungan baik mama ngn family dia kena putus gak,kan??
sebelum balik tu berlaku satu insiden yang tak diingini di malam menjelang tahun baru.
apa dia???
mama harap kejadian kedua ni, adalah kejadian terakhir.
mama tak sanggup ulangi lagi.
what happen??
kami hampir kehilangan Zahra.
ye, masa mama Q tuk bayar kat kaunter.
Zahra ngan papa.
berlari-larian dalam keadaan JJ yang penuh sesak tu.
sekali, Zahra hilang dari pandangan papa dalam sekelip mata jek.
nasib ada "abang" yang sangat baik hati, hantar balik Zahra pada papa.
syukur, Alhamdulillah.
mama tak dapat bayangkan kalau orang tu bawak lari anak dara mama tu.hukhuk
pasti denyutan jantung mama bakal terhenti...
maka, niat nak tengok bunga api di malam tahun baru, TERKUBUR.
maka, kami countdown dirumah jek lah.
ini adalah kejadian kedua berlaku.
menandakan papa zahra tak leh nak jaga zahra tanpa mama.
papa langsung tak leh kawal zahra.
1st time jadi dulu, kat pasar malam.
zahra terlepas dari pegangan papa
zahra terus berlari ke tempat mainan.
at that time, ada motor lalu.
nasib budak tu sempat tekan brek.
kalau tak...wallahua'lam
papa tu, degil sangat.
mama dah cakap banyak kali, Zahra kena duduk dalam stroller bile gi tempat yang crowded.
at least, dia takkan terlepas dari kita.
tapi, papa zahra sangat degil.
nak gak pimpin tangan anak dara dia yang sedang lasak tuh.
masyaAllah, nasib tak jadik perkara yang tak diingini.
p/s: moral of the story, Zahra MESTI duduk dalam stroller dia bile gi tempat sesak.
kalo tak, sendiri mau ingat lah!!!
love: mamazahra <3
Subscribe to:
Posts (Atom)













