Showing posts with label d playground. Show all posts
Showing posts with label d playground. Show all posts

Wednesday, 10 November 2010

Papa berperang kat medan periksa...mama dan zahra???

Sabtu, 6/11/2010 papa ada final exam tuk paper QMT.
paper papa kul 9-12pm.
gigih bangun awal pagi 3 beranak,punyalah semangat nak hantar papa gi dewan periksa.hehehe
papa punya exam kat Dewan apa ntah nama, lupa dah mama.hikhik. yang pasti, dewan tu kat Seksyen 7, dekat jek ngan Poliklinik Syahirah.
kul 7 lebih dah gerak dari rumah. semangat dok mandikan Zahra pagi-pagi.mujur tak nangis anak dara tu.
sempat gi bekfes sekali ngan geng study group papa kat Restoren Alis.
pas bekfes, papa tumpang geng study group dia sampai depan dewan.mama ngan Zahra terus gerak ke...
tasik Shah Alam..
dah lama sangat tak bawak Zahra main kat playground.
lately, malas tul nak bawak zahra main slide waktu petang. dengan cuaca tak menentunya, dengan letih balik keje.
Sabtu tu, sementara tunggu papa eloklah kami abeskan masa berdua.hehehe

happy sangat budak ni dapat main slide..gelak jek dia

pastu lari-lari ajak mama main jongkang-jongket lak..

see...happy sangat smp gelak besar bile mama duduk main sekali.ekeke

pastu eksyen kemain dapat main mendalah ni...

seronok bile tengok zahra hepi...

jom, layan zahra photoshoot dulu..

senyum nampak gigi :)

wat muka lak dia..

sejam pertama jek, Zahra behave. pastu, dah start perangai dia. tak larat tul mama nak layan.
dia dah start tiru aksi budak yg lagi besar dari dia.
kalo budak tu berdiri atas buaian pun zahra ikut.
sudahnya, kul 10pagi mama ajak Zahra gi KFC, seksyen 13
mujur dia nak...
1st time makan bekfes kat KFC, boleh tahan gak eyh rasa nasi lemak kfc neh....
harga pun murah..
mama amik set nasi lemak +air milo =RM5 jek
kat KFC, zahra bedal sorang nasi lemak.
mama ratah ayam jek.
kul 11 lebih dah gerak keluar dari KFC tuk gi amik papa.
pas papa abes exam, terus gi mkan kat foodcourt Seksyen 2 dengan geng study group papa gak, Dir, Umbai & sorang lg tatau nama.heeee

mama juz makan ABC sepesel ni...yummy!!!
dah lama sgt teringin nak mkn ABC sepesel neh, dapat gak akhirnya.hehe
last mkn ABC ni masa zaman study kt UiTM dulu.sikit punya lama tau.dah dekat 4tahun...

laici tuk Zahra :)
mama ngan Zahra tak makan pun sbb masih kenyang mkn kat KFC.papa ngan kawan2 jek yg makan.
kul 1lebih dah gerak balik rumah.
letih melayan Zahra kat tasik tadi, sampai rumah terus pengsan 3 beranak.hahaha


love: mamazahra ^__^

Monday, 25 January 2010

Urusan Rasmi : Dating bersama En.Suami : Adnan Sempit

ni cerita hari Rabu, 20-01-2010.
mama dan papa ambik cuti semata-mata tuk gi bayar bil dan setllekan urusan kat JPJ.
kul 9, papa dah keluar gi JPJ tuk buat pembatalan tuntutan hakmilik motor HONDA kapcai papa tu.
sementara tunggu papa, mama bawak mak,ibuzahra & Zahra gi rumah mak sedara mama, Bik Sarinah tuk tengok isteri sepupu mama, Sahak yang baru bersalin.
dari minggu lepas lagi mak dah ajak tengok si Ain tu.Tapi, mama cam malas jek.
lagipun, minggu lepas mama sibuk temankan papa memancing.dari Jumaat sampai Ahad.huhu
so, semalam mama tunaikanlah janji ngan mak nak gi tengok Ain.
comel sungguh anak Sahak & Ain, Adi Akmal Hadif Bin Sahak.
comel banget.
tapi, mama tak bawak henpon,so tak dapek lah nak snap gambar si comel tu.
pipi Hadif memang tembam, muka sebiji cam Ain.hehehe


kul 10 dah gigih ajak mak balik sebab dah janji ngan papa nak gi bank & bayar bil.
Kul 10.30 mama dan papa gerak gi Port Klang, mama nak gi Affin tuk amik duit dan gi Bank Rakyat.
actually, mama nak survey personal loan kt Bank Rakyat.
mana tau, lebih baik dari Bank lain.
so, sebelum buat pinjaman, better mama survey dulu kan??
lepas ambik segala borang dan tanya pape yang patut kat officer tu, terus gerak ke Bandar Bukit Raja tuk ke HSBC, bayar card credit dan ke Celcom, bayar bil henpon.


tatau la pulak, bil henpon & berukben skang kena bayar kat mesin deposit.

so, terpaksalah mama bayar lebih dari sepatutnya, sebab mesin tu tak boleh bagi duit balance.

sangat jakun okeh.hikhik

Bukan pe, selalunya mama bayar either online or gi bayar kt TMPoint.

tapi, oleh kerana papa nak gi bayar card credit kt Bukit Raja, teruslah singgah kat Celcom Blue Cube neh..


sementara menunggu papa gi bayar kad kredit kt HSBC..


mama menyinggah kat booth magnolia betul-betul depan HSBC tuh.

mama sambar ice cream cornetto Vanilla & Coklat.




yummehh!! best sangat.. [tapi tak seBEST walls or Baskin Robbin lorr]

memaseng makan dengan jayanya sebab si kecik tak ikut sama.hehe


sian cik Zahra tak dapat menikmati eskem..hehe


bukan mama dan papa taknak bawak Zahra.

tapi, pengalaman mendewasakan.hikhik

Zahra ni tak boleh di bawak ke tempat urusan rasmi seperti Bank or Pejabat Kerajaan sebab dia mesti buat hal punya.

so, kena tinggallah..hehe

oleh kerana Zahra tak ikut serta, papa telah mencadangkan kami pergi dating berdua dan tengok wayang.

sungguh mengambil kesempatan yang ada.hahaha

so, kami pilih tuk tengok "ADNAN SEMPIT".


Film "PICK OF THE WEEK"


papa yang sedang gigih Q tuk beli tiket.


movie start kul 1.30pm, so sempatlah kami beli sikit barang Zahra dan gi lunch.

mama makan kue teow ladna & orange juice.

ada insiden berlaku time lunch neh.

sangat memalukan.hikhik


bukan seluar koyak or makanan tertumpah atas seluar.

tapi, mama pada mulanya order barli panas kat satu gerai ni.

sekali, masa nak bayar mama tengok price Barli tu cam tak worth it je.

so, mama cakaplah ngan papa, maka poapa suh cancel senyap-senyap jek.

maka, mama order la orang juice yg berharga RM1.50 dan cancel barli ice yg berharga RM2.50.hikhik

so, kami dengan berseleranya makan lunch kami.

sekali datang mamat bangla [dari gerai yang kami order barli ice]

bangla:"incik, tadi ada order barli kan???"

papa:"a'ah.cancel la,tak jadi amik"

bangla:"incik, kalu mau cancel, kasi tahu la, saya sudah bikin"

papa:"owh..ye ke???sorry!!"


muahahaha..gelak sakan kami.

ingatkan boleh terlepas camtu je.

tapi, cam jahat je tindakan kami kan???hehe


tapi, kami lupakan kisah memalukan itu setelah bergelak ketawa sehingga sempit semput perut bile menonton ADNAN SEMPIT.

serius kelakar cerita tu.

kami gelak dari awal sampai habis.

sungguh rasa tak bersalah pada anak yang ditinggal kat rumah.hehe

tapi, seronoknya sesekali dapat dating berdua ngan encik suami.

selama 1.5hours menonton ADNAN SEMPIT kami gelak nonstop.

sangat puas hati terbang RM12 tuk 2 tiket.hehe

rugi lorr pada siapa yang taknak menonton Adnan Sempit neh.

Kelakar sangat!!!

kul 3pm, kami terus berdesup balik rumah tuk solat Zohor dan ambik cik Zahra kat umah ibu.hehe

bagi menebus rasa bersalah sebab tinggalkan dia, petang tu bawak cik Zahra gi palyground.hahaha



sungguh manja ini budak..


mama yang rasa bersalah.hihihi [bersalahlah sangat.padahal dah plan nak pegi dating lagi ngan papa next time.haha]


HAPPY :)


love: mamazahra

Thursday, 3 December 2009

Telatah Zahra

ni sume gambar Isnin petang.
pas balik keje, mama bawak Zahra main kt tempat biasa.
sementara tunggu papa main futsal, mama ngan zahra main buai.
anak dara mama ni makin lasak lah.
tak larat mama nak larang dah.
dia buat ikut suka-suki dia je.
mama malas nak cerita banyak.
kowang tengok seniri lah aksi zahra neh.
memang kalah budak laki tau.

[dia berbuai kt tiang tuh.mama takut betul dia tercampak ke bawah]

[org lain panjat ikut tangga, dia sorang panjat ikut slide tuh]
masa dok atas buai pulak, siap baring lagi.
amma dah tak payah buai tuk zahra.
zahra dan pandai berbuai seniri.






sekejap je masa berlalu.
zahra dah makin besar.
sejak bercakap banyak neh, mama mmg tak boleh melarang.
dia akan menjawab jek.
p/s: walopon zahra lom petah bercakap, tapi dia dah mampu jawab soalan mama. itu dah buat mama yakin yg anak dara mama dah semakin besar.tapi, itu tak bermakna, zahra dah boleh jadi kakak ye!!!hikhik





love: mamazahra =)

Monday, 26 October 2009

~ Ceritera Nur Dhia Zahra ~

Tajuk n3 memang gempak.
takde story hangat pun.
bile tgk folder Zahra lam PC neh,
rasa cam tak penah lagi share pic neh ngan sesapa.
so, saja lah nak share kan...
Lagi pun kira prelude tuk Birthday Girl la.aci tak???.hikhik
[kalo kowang nyampah.sila totop mata eyh..]
mama kalo ada masa, memang suka sangat bawak Zahra gi playground.
bagi dia happy-happy.
suka tengok dia gelak.
suka tgk dia lari-lari kat playground tuh.
rasa cam puas jek.
yelah kan, 8am sampai 5pm memang mama bz ngan keje.
kalo dulu mase henpon ada 3G salu gak videocalled ngan Zahra time lunch.
sejak henpon tuh hilang kt Klinik, lom ada rezeki nak beli yg baru.
memang xde lah videocall ngan Zahra lagi.
so, memang abes keje kalo takde hal lain.
mama prefer bawak Zahra gi Playground.
playground tuh sebelah jek ngan futsal court yg papa salu main.
sementara tunggu papa main futsal, mama abeskan lah masa ngan Zahra kt playground.
manfaatkan masa yg ada dgn yg tersayang.hihikhik *poyo jek*


[mama happy bila tengok Zahra happy]

[macam-macam aksi Zahra]

[si kecil mama]


[zahra tetap buah hati mama..pengarang jantung mama :P]



[mama sayang zahra sangat-sangat]










love: mamazahra =)

Sunday, 25 October 2009

~ Deepavali dan penutup Syawal ~

ni cerita isnin lepas,19/10/09
papa cuti ganti Deepavali, oleh kerana Deepavali jatuh Sabtu, maka Isnin cuti.
da alang-alang papa cuti, mama pon gatal-gatal la amik cuti sekali.
tujuan utama, nak gi bank ada urusan personal loan,tujuan kedua nak berehat-rehat bersama en.suami dan puteri terchenta.
langsung tiada kena-mengena ngan kepenatan buat makan-makan tuk kawan2 papa eyh *walopon senarnya ada sikit la..tujuan ke-3.hikhik *

pagi Isnin tuh,gigih mengemas umah yg berkepau cam kapal pecah.
pastu lepak-ing dirumah.

pas zuhur, papa suh bersiap kuar ke Bkt Raja.

Destinasi pertama, Bank Rakyat.Usha personal loan.
pastu, singgah ke SR tuk tempah kek Zahra.
oleh kerana mama ingat derang leh terima gambar dlm pendrive,so mama lgsg x bwk even sekeping pon gamba cik Zahra tuk bubuh atas kek.
maka, mama dan papa TERPAKSA gi Jusco tuk print gambar.
[dalam hati sgt gumbira sbb dapat berjalan-jalan.ngeh3]
pas print gambar, papa ajak ronda-ronda JJ.
sgt hepi sbb leh la window shopping.lalalala
dari Jusco, ke MPH, ke POLO ke Vincci ke NIKE ke ADIDAS ke PDI ke SEED ke PONEY dan akhirnya ke Jusco semula tuk usha almari baju Zahra.
sumenya sekadar window shopping :P
sudahnya, tak beli pape pon.
pas ke Jusco, mama pujuk papa tuk ke Sec.7, gi MYCHOICE tuk beli bahan buat kek besday Zahra.
sementara mama beli barang, papa ngan zahra lepak di Mr. KAYA kafe.
on da way balik, singgah di SR tuk hantar gambar Zahra.
[papa dan Zahra yg tak focus pd camera cikai papa :P
[mama dan Zahra yg lom sempat fokus tapi papa da snap :P ]
petang pulak, pas solat Asar bawak Zahra gi playground sementara tunggu papa main futsal.


buai tinggi-tinggi sampai pucuk atap,
lom tumbuh gigi, dah pandai baca kitab


sliding time :)


p/s:ni senarnya n3 yg takde motif.pick gambar terus upload.hikhik *nampak sgt takde idea*




love: mamazahra =)

Thursday, 15 October 2009

~ Cerita Cik Zahra ~

ni cerita Ahad lepas.
balik wedding Esah tu, kami terus me'rilex'kan badan.
belah petang, time tuk bawak Zahra main kt Playground.
sian budak kecik neh.
seminggu tinggal ngn bbsitter, sbb mama dan papa bz.
so, ujung minggu lah masa tuk papa dan mama bawak zahra bersuka-ria.
walopon tak bawak gi Mall, playground dah ok la kan??ngeh3
Tapi, malangnya, playground tu tutup.
Pagar berkunci.
So, mama dan papa juz bwk zahra main kt gelanggang Futsal.
[muka takde mood sbb playground tutup :P]


[wajah ceria mama :) ]
Lepas penat berlari-lari kt luar gelanggang futsal tu.
sambil tgk papa main futsal
kami balik.

[muka tak puas ati sbb xdpt main slide n buaian]

p/s:Lenkali papa dan mama bawak lagi eyh...

love: mamazahra =)

Wednesday, 19 August 2009

~ Story Ahad Kami ~

ni cerita hari ahad.
kitorg mangun lambat ahad tuh.
Menikmati "bendera jepun" dgn bahagianya.hahaha :D
papa mangun solat seniri n samong titun sebelah mama n zahra.heee :)
sungguh kurang sopan.
kul 8 baru mangun.
pas mandi, terus gi dapur bancuh doh pizza.
sgt malang sbb mama terbubuh sikit sgt yis, ni gara2 malas nk sukat.heee :D
so, doh lmbt kembang.
sejam gak la baru kembang doh tu.hampess kan :P
so, kami bersarapan pizza la pagi ahad tuh.
Pizza agak x bape memberangsangkan.
so,malas nak amik kamera n snap pic.
maka, kowang perlu bayangkan pizza yg bape nk cun tapi sedap.heee :D

tgh hari, kami berlepakan kt umah jek sbb malas nk kuar.
kami skip lunch kami sbb kenyang mkn pizza.

kul 2, mama n ibu kuar gi K4. beli barang dapur.

balik tuh, kebulur gile. so, mama goreng nugget ayam jek.
mama, papa, nenek n zahra serbu n ngap sume. n samong titun pas kekenyangan.

pas Asar, bawak Zahra gi main slide n buaian kt taman.


papa n zahra men boyan

anak dara mama =)

ececeh, posing manje gitu

"jangan tiru aksi ganas Zahra, ye kawan2"

budak tecik neh, mmg notti tau!

Zahra dok usha member sebelah yg tgh main boyan gak

maseh lagi usha budak tuh.

tak lama pastu, ibuzahra, irfan n iqbal pun sampai kt playground

mase tuk sliding =)



panjat tangga perlahan2 ye, jgn tiru cam Zahra gelojos

pas dia main slide tuh, papa ajak balik sbb papa nk gi men futsal.
so, dak tecik tuh wat muke seposen.konon2 merajuk la tuh.

muka sedih jek.


time wiken lah dapat spend time ngn Zahra.
rasanya, wiken 2 hari tu cam x cukup jek.
mase tuk maen2 ngn Zahra sekejap jek. kan best kalo dpt abeskan mase lama2 ngn Zahra.
kalo weekdays tuk mmg lah singkat sgt mase.
tetiba terfikir n resign n jadi housewife jek.heeee :D

[papa,sila pikirkan idea neh, plzzzz!!! ]


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!