Showing posts with label teater. Show all posts
Showing posts with label teater. Show all posts

Monday, 11 October 2010

Dating nonton Teater Muzikal Tun Mahathir

02-10-20 Sabtu, mama dating berdua tuk nonton teater muzikal Tun Mahathir.
ekceli, mama dapat tiket VIP sbb NCB ada bagi sponsor tuk teater muzikal ni. olehkerana ramai opismet tak dapat nak pergi, mama dapat 1 lg tiket tuk papa.
so, kami berdua dating lah.bajet romantika de amor lah kunun.hikhik

sebenarnya, siang tu mama ada sikit gaduh ngn papa.
plan memula, balik dari Staff Retreat tu nak teman papa gi kenduri kawan kerja dia.
staff retreat tu patutnya abes after lunch.tapi, aturcara berubah.kul 3lebih baru abes.
so, memang cancel lah segala plan tu kan. kul 4 camtu, papa sms bgtau dia kan gi berdua jek ngan cik Zahra.
tapi, mama kira-kira papa takkan sempat sampai klang tuk amik mama kalo dia gi kenduri kat ijok tu.
mama kan tumpang kak siti. olehkerana kak siti ada hal lain, kak siti terpaksa turunkan mama kat bukit raja.walopon plan asal nak turunkan kat bkt tinggi.
mama sampai kat bkt raja kul 5lebih. mama called papa, sekali papa otw nak ke bkt tinggi sbb dia xperasan sms mama bgtau dah tukar lokasi.maka, bergaduhlah kami kat dlm phone.
masa papa amik tu, muka papa dah masam mencuka. sbb plan nak gi kenduri batal, pastu menysahkan dia dah ke bkt tinggi pastu terpaksa patah balik.huhuhu
mujur, sampai rumah tu, dah OK sikit.
olehkerana, malam tu nak gi nonton teater.kami plan nak tinggalkan Zahra pada ibuzahra.
sekali, oleh kerana kami lambat sampai.ibuzahra dah gi openhouse.
masa tu, dah pening dah. mana nak tinggal zahra kan.mak offer tuk jaga zahra sampai ibuzahra amik dia.
tapi, mama cam tak sanggup lak nak tinggalkan kat mak sbb zahra dah meraung.
kul 7, ibuzahra bgtau suruh hantar gi umah kak ngah mama kat sementa sbb dia nk solat maghrib kat sana.kami pun terus ke umah kak ngah.
pas solat maghrib, terus gerak ke istana budaya.
NKVE punyalah jem. mama dah risau tak sempat sampai kul 8.30mlm.
dalam hati, tak benti doa.
masa sampai kat IB tu, teater dah start 5minit.huhuhu.sedih :((
ye lah, dah lah parking penuh. kami terpaksa park kt luar IB.betul2 depan pintu pagar quarters tu.seksa berlari-lari masuk IB.haih!!
Alhamdulillah, sgt puas hati dapat nonton Teater Muzikal Tun Mahathir ni.
suka lakonan Zizan, Erra Fazira & Esma Daniel. suka gak lagu-lagu ciptaan Pak Ngah. enjoy sgt2!!!
teater ni lebih kurang 3 jam. siap berhenti tuk 15minit after 2jam. sempat gak mama & papa gi toilet & gi amik cenderahati tuk wakil sponsor.
lepas abes teater, lebih kurang kul 11lebih.hujan turun dgn lebatnya.
lepas snap pic sikit2 terus berlari keluar IB. lagipun papa dah pening kepala. ekceli, appa dah ngadu sakit kepala masa masuk semua pas rehat 15minit tu.
mama terpaksa drive balik tu sbb papa tak tahan sakit.

papa bajet akan jadik PM yg seterusnya..muahaha

papa again :))

mama pulak :))

mama lagi.. dgn Dr Mahathir[Zizan Nin] & Dr Hasmah [Erra Fazira]..
hanya dpt amik gambar dgn replika jek, tak sanggup nak tunggu smp abes tuk amik gambar dgn pelakon utamanya...

papa pulak :))

kali ni takde gambar kami berdua posing romantik2 sbb xde sape nk tlg snapkan..hehe

pssss: masa rehat 15minit tu, nampak adik Ekin Mawi, si Ain dgn suaminya...kiut sgt Ain tu ekk...

p/s: pasneh, nak tgk teater apa pulak eyh???papa suka teater ttg kisah hidup seseorg.pasni ada lg ke teater camneh???

p/s:mlm tu, tak sempat dinner pun.papa dah sakit kepala, balik umah terus tidur.sian kat bb dlm tummy..

love: mamazahra ^__^

Friday, 11 December 2009

Teater Natrah

ni cerita malam jumaat ye kawan-kawan.
dari hari isnin, mama gigih nak beli tiket Teater Natrah.
Tapi, x kesampaian sebab lum berjaya pujuk papa tuk nonton Natrah.
Papa nye alasan, takmo tinggak zahra pd ibu.
sian kat dia.
bukan mama tak sian dia, tapi dari Sabtu 5/12/09 tuh mama dah excited nak nonton Natrah.
kat paper dia gtau, show sampai 9/12/09.
tapi, bz sangat.
tak sempat nak nonton.
bile alia gtau show dilanjutkan.
teruja nak nonton.
tapi, papa cam tak sampai hati nak tinggal si tecik tuh.
Alhamdulillah, dapat gak pujuk papa.
papa janji nak temankan mama.
so, mama try ajak BFF tuk ikut sama.
dan sekali lagi Alhamdulillah,Ejan pun setuju nak ikut.
dan offer nak belikan tiket dulu kt Ticket2u.biz


khamis kan keje, mama pulak ada FRS presentation.
kul 5 lbh baru abes.
so, cambiasa lah.menggelupurlah mama,kan.
mama kan gelabah sikit.
bukan sikit sebenarnya, memang gelabah gila.hehe
sampai umah, terus mandi dan bersiap.
tunggu papa ngan Ejan sampai.
kul 6.10 papa baru sampai, ada meeting gak.
dekat kul 7 baru Ejan sampai.
so, solat maghrib dulu baru gerak ke Istana Budaya.
kul 7.30 baru kuar umah.
hantar zahra kat umah ibu.
anak dara mama pun sgt bagus, langsung tak nangis masa mama dan papa pergi.
dia buat muka sedih jek sambil lambai depan pintu rumah ibu.
Traffic slow gak la kat NKVE, susur keluar ke Subang tuh.
gelabah lah mama, takut tak sempat sampai kt IB kul 8.30mlm.
sampai kat kul 8.20.
berlari mama & Ejan gi kaunter collect tiket.
papa pulak cari parking.
memang parking full kt IB.
so, papa dapat parking kat luar IB.
tak pe lah, janji dapat parking.hehe
urusan amik tiket pun slow, sebab ramai org yg beli online kan, so Q panjang gak la.


excited sungguh nak nonton Natrah.
ni kali pertama tau mama jejak kaki kt IB.
so, maknanya NATRAH neh teater pertama yang mama,papa & Ejan nonton.hehe

nak masuk Panggung Sari tu pon Q jugak.
tapi sebab teruja nak nonton, layankan jek la Q tuh.hehe
sepanjang teater tuh, no camera berflash allowed.
so, pendam jek la niat nak amik gambar dalam tu ye.hehe
Alhamdulillah, sangat berpuas hati ngan teater Natrah tuh.
memang superb.
orang kata, berbaloi-baloi lah gi tengok.
sangat suka lakonan Maya, Remy Ishak&Umie Aida.
memang menyentuh hati lah.
mama siap menangis masa scene Natrah terpaksa berpisah ngan Mak Aminah.
sedih sangat-sangat.
Cerita penuh teladan.
tapi, kalo mama amik seat Rm50-RM150, mesti lagi berbaloi.
seat mam tuh kt atas, so tak berapa nampak bile scene kt tepi stage tuh.huhu

[pic masa penutup teater.Datuk Utama Rais Yatim sampaikan bunga pada semua pelakon utama]






[mama dan papa..sakan berpeluk noh...hikhik.menggunakan sepenuhnya masa berdua-duaan]




[my BFF, Ejan.Tenkiu dear, melayan kebengongan kawanmu ini :P]
segala ceruk poster, kami amik gambar.tapi, ada pic yang gelap sebab cahaya lampu suram.almaklumlah, kami pakai camera henpon jek.











keluar dari Panggung Sari tuh, mama nampak ramai gak artis yang nonton Natrah gak.
Kavitha Sidhu, Shuhaimi Baba, Farid Kamil, Akma AF, budak2 AF yg mama tatau nama.
Fafau pun ada tau.
Papa dan Ejan sempat amik gambar ngan Fafau.
mama neh segan sikit nak bergambar ngan artis.hehe.
walopon dalam hati mau sebenarnya.wakakaka

[papa,fafau & Ejan]

p/s: rasa cam nak nonton sekali lagi.tapi, cam x sempat jek.show sampai 13hb jek.huhu

love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!