Showing posts with label Newborn Baby. Show all posts
Showing posts with label Newborn Baby. Show all posts

Wednesday, 3 November 2010

Kisah si Ahad pulak

Alahai, dah hari Rabu baru dapat update cerita Ahad.
kat rumah, tenet signal manjang poor bila malam.
kat opis, blogspot dah kena banned.
so, no blogwalking di siang hari. which is bagus lah kan, dapat concentrate wat keje. ye lah sgt kan.
padahal banyak jek lagi surfing tenet.ekeke
asal malam jek, niat bergelora nak update blog.tapi cik selkom sgt lah menyakitkan hati.
asal nak upload gambar jek, "internet explorer cannot be displayed".
mahu tak hangin satu badan?
langsung hilang terus mood, baik tidur bersama yang terchenta.ye tak??
okeh, Ahad tu papa cancel study group sbb dah buat Sabtu.melampaulah kalo setiap wiken ada study group kan. sampai terabai anak bini.not good not good.
so, Ahad ni santai jek kat rumah.
kul 9 layan citer indon. Lost in Love.layan gak.hikhik
kul 10lebih, pas papa bangun tidur terus bersiap gi K4.
gi shopping groceries. tak beli banyak pun, beli mana yang dah takde jek.
dah alang2, papa suruh beli sekali lauk tuk masak lunch.
pas shopping, makan time.kebulur dah wehh..kul 11 lebih dah time tu..

K3K Benta Kaya Kopitiam.
satu-satunya kopitiam yang terdekat. ada gak OTWC kat area bangunan Naza jln kapar, tapi dah alang-alang ada kat K4 kan, bedal jek la.
papa tak berapa suke makan kat kopitiam, mahal katanya.tak berbaloi.abes berbelas ringgit tuk bekfes jek.hehe
sekali-sekala, tak pe kan..

budak kecik ni, sesampai dah menangis.
sibuk nak bukak honeystar yg dia beli kat K4. pastu sibuk nak baca buku yg baru beli gak.
geram jek.
mama dah lah tgh lapar, dia menangis pulak. papa lah kena pujuk.

kopi ais tuk amma, dah teh panas tuk papa.
hitam pekat kan kopi tu??? sedap.kaww banget!!!

roti bakar.makan berebut 3 beranak, mmg lazat.ekeke :P

half boiled Omega egg.yummehh!!

mood budak ni dah makin baik. tabik springggg!!!

nak pujuk budak sorang ni senang jek, sumbat jek botol.senyap lah!!

papa menikmati sebiji telur setengah masak.sebiji lg, mama dah bedal.heee :D

muka orang gembira sebab dah kenyang.
balik umah. lintang-pukang masak sorang kat dapur sbb papa & zahra gi opis papa jap hantar kunci opis.pastu merayau carik cendol & hantar gi umah PIL.

mama masak sowang-sowang, tak aci kan??
apa menu mama masak??
mama masak siakap stim, papa yg request sbb papa nak hantar barang sekor ke umah PIL.

bahan2 tuk siakap stim. mama gantikan nenas ngan tomato.kasi masam-manis sket.
bahan takde dlm gambar, siakap 3 ekor, halia hiris panjang2 & pati ayam knorr dan bahan perasa

inilah menu kami lunch Ahad tu... siakap stim, sawi goreng cendawan, wedges & ayam drummet Ayamas.
kasi fokus sikit...

siakap stim ala mamazahra

sawi & cndawan tumis

ayam drummet & wedges buat seniri.
pas makan, melepak.

kul 4lebih, kami gerak ke Jusco bukit raja tuk beli hadiah tuk baby aleesya, dah plan ngan schoolmates nak jenguk baby aleesya.
schoolmates yang join, zura lias, ana farhana, hasiah & mama sefamily.

sementara menunggu geng bas sekolah kat Petronas, Tmn Rashna.

peace yo!! dari Zahra

peace lagi :)

yo!yo!!

mama muka dah masam, menunggu hampir 40minit.sempat solat Asar kat petronas tu.hehe
dan...


inilah baby aleesya, anak kepada classmate mama, Siti Aisah Zainuddin & Firdaus...
comel kan???

tu jek kisah si Ahad..hehe




love: mamazahra ^__^

Sunday, 31 October 2010

Kisah si Sabtu

siapa si Sabtu tu?
korang tak kenal?
mama pun tak kenal.hehehe
yang mama kenal Isnin je.hehe
my arwah bapak yang hebat lagi kacak bergaya.ekeke

Sabtu-30.10.2010, papa ada study group.kekononnya jadik mentor pada kawan-kawan lah.
oleh kerana carrymark dia paling power dikalangan kawan-kawan, maka kengakwan dia yang tak study lagi gelabah ayam sbb exam tuk paper QMT adalah sabtu depan. olehkerana papa seorang yang hensem baik hati, maka dia volunteer nak jadikan kengkawan protege.hikhik
so, semalam dari pagi-pagi morning(kul 9pagi) sampai ke petang(kul 5lebih) papa jadik mentor.
mama dan zahra??
lepak umah kak ngah mama tuk buat cookies.
13.11.2010 nanti, anak kakak sepupu mama berkhatan. kakak sepupu mama,kak hendon nak buat majlis sikit. so, mak dengan baik hatinya nak sponsor cookies tuk hidang atas meja.
makanya, anak-anak pompuan mak jadik mangsa keadaan.tak lah. kami ikhlas sebenarnya.
semalam, kami 5 beradik (Kak Anjang tak join sekaki sbb dia rewang umah jiran dia) bertungkus-lumus buat 6 jenis cookies. biskut kelapa, biskut coklat,biskut cornflakes oren, semprit, dahlia & tat jem.
macam nak patah pinggang okeh. mama siap berlunjur bagai sebab kaki dah cramp duduk mengacu cookies.letih yang amat dengan zahra dok aseklah bergaduh dengan kazen2 dan anak2 sedara dia. sekejap-sekejap menangis.geram jek.

malam pulak, kami gi melawat baby mia yang kiut,anak dara kesayangan kawan blogger, Eida.
sila salahkan mama sebab mama langsung tak ingat nak bawak keluar kamera cikai mama tuk snap pic Mia.bad me.bad me!!!
takpe, mama berjaya cilok pic Baby Mia tuk korang dari FB mama dia.hikhik

[ni Mia masa baru lahir]

semalam, baby Mia dah lain sket muka. pakai pinky lagi.mmg terserlah ke'gegel'annya.teringat masa Zahra baby dulu.hikhik
tapi, mama langsung tak sempat nak dukung dan gomol-gomol baby Mia. dengan papa nak cepat sbb ada emergency kat opis dia, dengan zahra nak itu-ini,dgn sedara-mara Eida dok gilir-gilir dukung baby Mia.
takpe, next time, mama jenguk lagi.
eida a.k.a ninot,panggilan family mama tuk eida. eida ni, bukan jek kawan tuisyen mama, dia gak sepupu kepada abang ipar mama. sebab tu kami bleh rapat.dan kebetulan pulak, kawan-kawan sekolah menengah ninot adalah kawan2 sekolah rendah mama.hehehe
hope, persahabatan kami bersambung ke anak-anak kami pulak.heee :D

balik dari umah ninot, mama dan Zahra terus tidur, dan papa gi opis tuk setelkan emergency tu.bukan papa tu pasukan penyelamat ke hape.papa kan coordinator warehouse, if anything berlaku kat warehouse papa kena bertanggungjawab. papa balik dari opis kul 2lebih.mama dah selamat beradu.sedar-sedar,papa dah terbongkang atas katil Zahra sbb mama & zahra dah kongker katil.hikhik

apa kami buat Ahad??next entry lohh...
nanti takde story-mory nak habaq kat korang plak.hehe






love: mamazahra ^__^

Sunday, 2 May 2010

Tolong Senyap

wahh!!tetiba!!!
takde angin, takde ribut..tetiba suh orang senyap.pehal???ape kes??
takde lah...
mama kan dah lama menyepi dari dunia belog ni.
bukan takmo hapdet, tapi...
mama tak sempat nak hapdet..

neway, 1st of all...nak ucap syukur Alhamdulillah...
mak mama dah pun discharged.
walopon mak masih belom berapa sihat, tapi dari sedi medical, mak mmg dah semakin sehat.
biasalah, bila mak dah berumur 28tahun plus 40 tahun pengalaman neh, dah tentu tak sehat cam zaman muda2 dulu kan...
apapun, syukur mak tak lagi ditahan di wad.

skang ni, mak berehat2 kat umah.
boleh ke rehat???
dengan cucu dia yang lasak bukan main tuh..sapa lagi???zahra lah..
sejak nenek dia balik, dok panggil nenek tak sudah2..windu la tuh!!heee ^__^

semalam, kul 12tghari dah balik dari spital.
tapi, olehkerana penat menunggu urusan pengeluaran mak, petang tu kami 3beranak berehat jek kat umah.
walopon ada banyak jemputan kenduri.huhuhu
tak dapek la nak pergi kan.
pak sedara dua2 belah (mama & papa) ada wat kenduri kawen.
belah mama, Paman Moh kawenkan anak bongsu dia, Zailiza a.k.a Dara.
belah papa pulak, Wak Nan kawenkan anak pompuannya, Suzi.
so, lepas maghrib kami jengah gak la kenduri kedua2nya.
gi umah Paman Moh dulu, kendian gi umah Wak Nan pulak.
kalo tak gi kang, kata apa pulak kan.
nasiblah Kak Andak mama datang, dapatlah dia tengok2kan mak sementara mama di kenduri kan..

hari ni pulak, dah berjanji ngan GIADian nak ziarah newborn baby En.Razman, Iris Maryam Qistina.
ekceli dah lama wife En. Razman bersalin, ujung bulan March aituh.
tapi, baru berkesempatan nak jenguk aineh.hehehe
comell banget.
tapi, sowi lah... langsung tak sempat nak snap pic sbb terlalu khusyuk ngadap mee goreng yg superb dan roti jala+kari ayam yg mabeles.
siap tambah2 tu...bukan mama tau!!!derang lah..hahaha.sila percaya okeh!!!mama tak tambah punn...hikhik

sejak akhir2 ni, belog ni senyap sunyi jek dari dihiasi gambar2 cun kami.hikhik
so, layyyannnn!!!!
gambar otw gi umah En.Razman siang tadik...

kami yg sama2 gebu tembam bambam

papa jugak yg semakin berisi.hikhik ^__^

kami lagi...masih belum puas tatap wajah kami???
jangan marah haaa!!!!
p/s: esok papa cuti.cuti ganti sbb 1st May jatuh hari Sabtu.jeless neh!!! nak cuti gak aci tak????ekekeke


love: mamazahra

Monday, 30 November 2009

Weeding Farhana & Annuar dan Jupe geng lama =)

Panjang langkah kami Ahad lepas.
kuar dari pagi sampai ke malam.
kul 11am kuar umah gi Jalan Kebun.
hantar mak gi umah Abg Long mama kt Jln Abdullah.
mak nak gi attend wedding kt umah BIL Along mama.
Pas tuwunkan mak.
kami terus gerak ke Putrajaya.
Sampai kt Dewan Presint 8 tu tepat kul 1.
nasib baik ada signboard.
kalo tak, mahu kami tersesat barat.
mama xdpt invitation card, sbb Pengantin dah pass pd Ejan.
tp, Ejan x sempat pass pd mama.
Kami attend wedding coursemate mama mase study kt UiTM, Farhana a.k.a Nana
"Selamat Pengantin Baru Farhana dan raja dihatinya, Annuar".
moga kowang bahagia hingga ke hujung nyawa.

Cantek sgt Nana pakai lace off white.
Nuar pun nampak ensem.
siap ada Caklempung lagik tau.
happening :)
sowi, x dapat amik pic proper pengantin.
table mama jauh sgt dari pelamin.

Zahra yg dah buat huru-hara pas makan.
kami beransur masa Pengantin tgh makan beradap.
takleh nak tunggu sbb mama dah janji ngan Kak Zarinah nak jupe di Alamanda.
kak Zarinah neh mama kenal mase attend IIAM training.
dia staff CCM.
mama beli produk CCM dari Kak Zarinah.
dapatlah 40% diskaun.
so, nak gi amik kt dia lah.
tenkiu kak zarinah.
next time, sy order lg eyh..
Punye lah sesat-barat nk carik Alamanda.hukhuk
maklumlah tak pernah pegi.
sgt jakun okeh.hikhik
last2, called Ejan mintak instruction.
masih x dpt carik.
sudahnya, Ejan dtg guide kami dr Masjid Putrajaya tuh smp ke Alamanda.
sempatlah kami(Ejan,Shazra & asben Shazra, Emi) gi beli Apple Donut. gara2 Shazra ngidam.hikhik.
pas beli Apple Donut, singgah solat zohor kat umah Shazra kt Presint 16.
best gile quarters Shazra & Emi.
flat baru lagik.
Balik umah Shazra terus singgah umah Ejan kt Sg Manggis.
sedap gile nenek Ejan masak mee hun.mabeles.
papa siap bertambah lagik.
hujan lebat kan, tu yg rasa lapar jek.kihkihkih
[ke sebab mama masak x bape sedap..ngeh3]
kul 6 gerak balik umah.
balik umah hanya tuk solat n mandi.
pas solat maghrib kuar gi Meru plak, gi umah Iezan.
papa dah surrender takmo drive dah.
so, mama take over lorr..
gi tgk baby bespren mama, Iezan & Sham.
comel gile anak derang, Qalesya Damia.
sowi, gamba xde.
next time auntie gi jupe Qalesya lagik eyh...
biasalah bila dah jupe geng lama, borak x hengat dunia.
lama gile x jupe Iezan, Azni & Ayu.
kami berkawan dari Tingkatan 1 sampai tingkatan 5.
mmg BFF.hikhik
Zahra paling excited jupe Qalesya.
adakah itu bermakna, Zahra dah ready nak ada adik???
jeng3..





love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!