Showing posts with label my Zharif. Show all posts
Showing posts with label my Zharif. Show all posts

Friday, 8 November 2013

Cinta hati saya. Pelengkap hidup saya. Nyawa saya

Mereka cinta hati saya.

Mereka lah juga pelengkap hidup saya.

Dan mereka lah nyawa saya.

Tak sanggup berjauhan dengan mereka.

Juga tak sanggup berpisah dengan mereka.

Dan yang penting tak mungkin sanggup kehilangan mereka.

Cinta aku ikhlas tuk mereka.

Kasih aku kekal tuk mereka.

Dan sayang aku tak bertepi tuk mereka.

Jangan lah Kau jauhkan aku dengan mereka.

Dan jangan lah Kau pisahkan aku dari mereka.

Tolong lah jangan Kau ambil mereka dari aku.

Aku mahu terus bersama mereka.

Aku mahu terus melihat mereka membesar depan mata.

Dan aku mahu menyayangi mereka hingga hujung nyawa.

Tolong Ya Allah, hanya padaMu aku memohon dan meminta...

Makbulkan lah doaku...

Wednesday, 6 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum semua ;)

Salam Maal Hijrah 1435.

00:29am
Mama masih tak boleh nak lelapkan mata.
Masih terfikir tentang setahun yg lalu.
1434H adakah mama dah buat perkara yg betul tuk sepanjang tahun atau kesilapan yg banyak mama lakukan.
1434H dah pun jadi kenangan. Terlalu banyak kisah manis dan pahit berlaku. Walaupun yang pahit lebih banyak dari yg manis.
Moga kenangan itu akan mematangkan mama.

Mama berharap 1435H akan jadikan mama lebih kuat, tabah, sabar, bersyukur dan bahagia.

Mama jugak berharap, agar air mata yg bakal menitis di tahun 2014 adalah air mata kegembiraan dan bukan lagi air mata kesedihan.

Moga semua orang di sekeliling mama mengecapi kebahagiaan di tahun baru 1435H. Moga papa akan bahagia dgn pengganti mama yang mama yakin lebih hebat dari mama. Moga anak2 akan lebih bahagia walau keluarga kami tidak lagi sempurna. Moga mak mama lebih bahagia. Dan semua kesayangans mama akan kecapi nikmat bahagia.

Mama dengar Tanya lah Ustaz pagi tadi. Jika nak bahagia,  kita perlu lebih bersyukur. Maka, mama perlu belajar bersyukur tuk kecapi bahagia.

Syukur masih diberi Allah kesempatan tuk sihat, bernafas di bumi Allah, berkasih-sayang dengan mak, anak2, keluarga dsn sahabat. Nikmat yg mama hampir lupa tuk di syukuri. Syukur Alhamdulillah.

Sempena tahun baru ni, mama berazam tuk istiqomah dalam perkara kebaikan yang mama lakukan dan tinggalkan segala larangan Allah. Mama ni hamba-Nya yg lemah dan tidak berdaya. Hanya kepada-Nya mama meminta.

Mama tak mahu berterusan berduka dan mengenang perkara lalu yang tak mungkin akan berulang lagi. Biarlah mama terus melangkah ke depan dgn kuat dan tabah demi cinta hati mama, Zahra dan Zharif.

Biar lah langkah mula mama ini adalah menuju redha Allah. Mama mahu bahagiakan anak-anak dan mak mama.

Mama nekad tuk tumpukan perhatian dan masa pada anak2 dan kami bertiga akan berpindah ke teratak kami dalam waktu terdekat. Biarlah kami bertiga tempuh hari-hari mendatang dengan lebih kuat dan tabah. Susah-senang kami harungi bersama.

Demi Allah, mama akan besarkan mereka sebaik dan  semampu mama. Mama akan lebih kerap mengajar anak-anak ilmu agama, mengaji dan solat berjemaah bersama. Semoga mama istiqomah dalam usaha mama tuk mendidik anak2.  In shaa Allah.

Doa semua amatlah mama harapkan.

Monday, 28 October 2013

Sunyi, sepi, sendiri

Assalamualaikum.

Salam Isnin semua ;)

Macam mana hari Isnin korang? Monday blues? Atau ceria  macam selalu? Hehe. Hari ni, mama busy sangat. Pagi, gi HSBC bank ambil statement yg mama dah request few weeks ago. Mama cam pelik, patutnya 2-3 hari dah siap. Tapi sampai 3weeks takde pun orang call inform statement dah ready tuk collect. Tapi bila mama gi hari ni, boleh pulak officer tu cakap dah call tapi mama tak pick up. Serius macam nak mengamuk. Dah lah statement HSBC tu valid tuk 1month je. So, maknanya mama ada few days je tuk submit statement tu kat KWSP. Tertekan sungguh. Lepas tu singgah pulak Affin bank tuk print statement.

Settle kat HSBC terus lari masuk office. Check email and call auditee tuk set appointment. Terus gerak ke office auditee. Langsung tak sempat nak breakfast.  Nasib bawak cokelat dalam handbag.  Kalau tak, mahu perut mama berkeroncong.

Lunch time lak terus drive gi KWSP bukit tinggi. Jalan dah lah jem teruk. Redah jem dekat 1/2jam, at last sampai gak kt KWSP.  Mujur urusan kat KWSP cuma 15minit. Good job KWSP! Syukur Alhamdulillah,  Allah permudah segala urusan mama. Kalau takde aral melintang, 1-2weeks settle lah urusan mama.

Drive laju2 masuk office. Perut dah lah lapar sebab skip breakfast.  Kt office lak ada makan free sebab hari ni ada Board Meeting.  Lepas all the board of directors makan, staff pulak jamu selera. So, kul 2pm baru lunch. Nom.. nom...nom... Mama ratah lauk banyak sangat. Hehe. Hancur diet mama. Mana boleh tahan, ada macam-macam lauk. Udang masak lemak kuning dengan belimbing buluh, sambal sotong, ayam rempah, kerabu mangga, ikan tenggiri sambal, ulam dan sambal belacan. Dessert dan air barli pulak tu. Memang kekenyangan.  Lepas lunch terus solat zuhur dan teruskan draft report and audit finding.  Blurr pulak kepala otak. Perut kenyang maka mata pun mengantuk. Tu yang jadi blurr otak tu. Hehe

Kul 5 terus gerak balik sebab papa call nak amik anak-anak. Papa suh siapkan anak-anak sebab nak bawa derang jalan-jalan. Balik keje, terus amik anak dan siapkan derang. Belum sempat mama nak mandi and solat asar, papa dah sampai nak pick up anak-anak. Tak sempat pun sembang dengan anak-anak. Selalunya, lepas solat asar lah masa tuk zahra luahkan semua aktiviti dia kt sekolah dan kat rumah. Time ni lah zharif nak main dan manja2 dengan mama.

Malam ni, mama sunyi, sepi dan sendiri. Ini lah yang mama paling tak suka nak rasa. Tapi ini lah yang mama terpaksa lalui tuk seumur hidup mama. Dulu 24/7 dan 365hari mama bersama anak-anak. Tapi sekarang, 4-5hari je dalam seminggu mama bersama anak2.  Sedih sangat.

Kadang terfikir, kenapa mama yang diuji begini. Kenapa mama yang terpaksa lalui semua ni. Andai diberi pilihan, mama nak bersama anak2 seumur hidup mama.  Tapi pilihan yang mama ada, bersama anak2 24jam dan 7hari seminggu atau terpaksa menahan sakit hati bila papa setiap hari balik rumah selepas 12malam. Selagi jam tak berdenting 12kali, selagi tu bayang papa tak nampak. Mama macam tinggal bersama lelaki asing gara-gara cinta dah takde dalam hati papa tuk mama. Dan akhirnya, atas izin Allah. Mama memilih tuk mengorbankn diri tuk kebahagiaan papa dan anak2.  Biarlah papa cari kebahagiaan yang dia impikan, asalkan anak2 tak menjadi mangsa. Mama cuma nak yang terbaik tuk anak2.  "Cinta tak semestinya memiliki" kan?? Maka, kerana terlalu cintakn papa lah mama lepaskan papa cari cinta yg dia impikan.

Kenapa tajuk... "sunyi, sepi, sendiri"? Itu lah yang mama rasa tiap kali anak2 balik rumah papa. Bukan baru hari ni, tapi dah 9bulan mama lalui semua ni. Tapi mama masih belum boleh terima kenyataan ni. Moga Allah beri mama kekuatan tuk lalui semua ni. Demi anak2,  mama tak sanggup pisahkan kasih papa tuk anak2. Biarlah mama terus sunyi, sepi dan sendiri kalau itu yang terbaik tuk semua. Baik tuk papa, anak2 dan mama.

Mohon kekuatan ini terus jadi milik mama. Mohon mama tabah hadapi semua ini. Mohon anak2 terus dapat merasai kasih sayang mama dan papa walaupun ia tidak sesempurna dulu.

Ok lah. Rasanya, lagi banyak mama merapu lagi parah mama rasa.

Good night kesayangans! !!

Wednesday, 14 December 2011

Anugerah dari Allah

Syukur sangat kpd Allah kerana kurniakan anugerah yg tak ternilai buat mama...
Iaitu anak-anak mama, Zahra dan Zharif...
Moga mama diberi kekuatan tuk membesarkan, mendidik dan memberi kasihsayangcinta buat anugerah mama ni.walau payah cemana sekalipun, mama tetap berusaha tuk masa depan kamu, anak-anak mama...
Biar hilang harta...
Biar hilang duit...
Biar hilang segalanya... Tapi
Tak sanggup kehilangan kamu berdua....
Mama sayang kamu!!!! Zahra dan Zharif!!!loveeee... Mmmuuuuaaaahhhh!
P/s:emo tak tentu pasal.hehe

Thursday, 8 December 2011

Demi anak-anak

Ye... Demi anak-anak mama, mama telan semua pahit-getir... Jerih-perih
Hanya kerana cinta & sayangnya mama pada anak-anak...
Demi masa depan Nur Dhia Zahra & Muhammad Dayyan Zharif, mama berjanji mama takkan mengaku kalah dan akan cuba kuat tuk hadapi apa pun yg mendatang... InsyaAllah :)

Anak2lah sumber kekuatan mama... Penyebab mama kuat tuk telan semua kepahitan, keperihan hidup ... Demi masa depan kamu, wahai anak2 mama!!!

Mama sayang kakak & adik sangat-sangat!!! Mama akan cuba berikan yg terbaik selagi terdaya ...

Love ya!!!

P/s:maaf kawan2, emo lak pagi2 buta neh. Hehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 27 November 2011

10:49

Alhamdulillah, sempena tahun baru ni nak rajin2 sikit.hehe *jangan hangat-hangat tahi ayam sudehhhh*
Hari ni nak cerita tentang anak-anak kesayangan yang memaseng semakin membesar. Si adik dah 10mos 18hb dan si kakak masuk 49mos 22hb. Anak-anak mama memaseng tengah demam+selsema+batuk, seolah-olah memahami yg mama derang ni tgh semput.so memaseng pun nak rasa yg sama.sangat bagus kan??? Mama dalam semput2 tu kena gak layan memaseng yang merengek dan meragam. *heppp!kata nak jd mama yg baik,takleh merungut.hikhik*
Ok,kita cerita 1 by 1 eyh... Pasal adik dulu lohhh... Bkn sebab mama sayang adik lebih la, sebab dah buh tajuk gitu kan...hehe
Adik setakat hari ni lom lagi boleh berjalan. Masih lagi berpaut kat perabut atau apa jek boleh dipaut. Masih takut nak menapak sendiri.berdiri sendiri tanpa pegang pun lom terror lagi. Sebelum demam last month, ada gak lah cubaan-cubaan berdiri sendiri dalam 10saat. Tapi lepas demam, terus lupa agaknya.hehe
Takpe adik, cuba lagi eyh... Pelan-pelan, mama tak paksa. Tapi kan, sejak baik demam last month tu zharif dah mula nak main sendiri macam sebelum ni. Kan mama adfa cerita yang dia tetiba takmo main dan nak berkepit ngan mama jek kan??? Alhamdulillah, dah ada perubahan...
Apa lagi eyh??? Oh, zharif masih menyusu badan. Alhamdulillah, rezeki susu tuk dia ada lagi. Syukur sangat!!!!
Dan skang ni, dia ada satu habit yg buat semua org geram. Dia suka sangat menggigit. Geram sgt!!! Sakit tau dia gigit, lebam badan mama sana-sini. Port paling dia suka, bahu mama. Adoih....
Okeh, cerita pasal kakak pulak lah. Ok, dah seminggu kakak Zahra cuti sekolah. Last gi sekolah 18hb. Malam tu ada Majlis Hari Kecermelangan Pelajar Pasti Al-Mawaddah, dan kakak perform malam tu. Lagu 1,2,3. What do u expect budak 4tahun boleh perform kan???takkan nak harap dia jadi ketua kumpulan nasyid pulak kan? Atau dia perform sorang-sorang? Kira dia tak nangis atas pentas tu dah kira OK lah... Next year kakak sekolah lain pulak, Tadika Islam Hira', insyaAllah.
Apa perkembangan kakak eyh??? Oh, kakak dah boleh bercerita dan cakap dalam ayat yang panjang macam budak besar. Alhamdulillah. Sebelum ni, nak bercakap pun susah, hanya bercakap dengan ahli keluarga jek. Sekarang ni, nampak dia dah boleh borak dengan kawan2, dgn ahli baru keluarga kami. Syukur sgt!!! Walopon masih pelat dalam menyebut sesetengah perkataan. Dan masyaAllah, zahra dah banyak cakap.... Sampai cam nenek kebayan dah mama rasa. Tak terlarat nak layan. Hehe
Kakak jugak dah pandai count, baca muqaddam dll... Walopon tak terror, dan still lupa2... But mama sgt happy =)
Apa pun, syukur. Dapat lihat sendiri perkembangan anak-anak =)
Got to go, kesayanganku semua!!!!

P/s: gambar kt atas tu, mama bawak anak2 gi tasik shah alam. Yg baju oren tu, anak sedara mama, Ieqa. Penantin baru tu.. Nikah 12.11.11, dan akan sanding 11.12.11

Wednesday, 19 October 2011

Happy 9th months old lil Zharif!!!

Adoi,lewat sehari la pulak.
Plan nak buat entry ni semalam.
Tapi,sebab dah kalut-kalut dok layan budak berdua tu sbb papa balik lewat.sudahnya,lupa..haha
Lately hujan lebat jek kt klang sebelah petang,so papa balik lewat.at least sampai hujan reda.
Sementara nak tunggu hujan reda,mama yang 'hujan lebat' kat umah.menangis weh layan anak 2 orang sekali.
Yang si kakak,sekejap-sekejap nak itu,nak ini.si adik pulak clingy.dah macam anak koala bear lah.dok bergantung kat mama,berkepit manjang.langsung takleh nak tinggal sekejap.
Si kakak ni bukan boleh diharap sangat tengokkan adik dia.mahu di bantainya kalo si adik nangis nak ikut mama.huhu
Si adik ni langsung takleh tak nampak mama dia,sampai mama nak gi bilik air pun tak boleh.terpaksa tunggu sampai papa balik.adoyaiii...teruk betul si adik ni!geram mama tau..mujurlah mama kamu sedang 'pms',kalo tak,ada yg solat maghrib kul 8mlm.huhu
Nak tinggal gi dapur tuk masak dinner memang tak dapatlah.tutup jek gate nk masuk dapur tu,zharif dah nangis macam kena belasah dengan 5org budak besar.serius nangis sampai teran-teran tu.tension.hilang mood nak masak tau!!!
End up,beli jek dinner.hahaha
Ok,mari kita share perkembangan zharif!!cekedottt...
1) Dah start berdiri lebih 5second tanpa berpegang
--- tarra...tarra...terror tak zharif?tapi takat berdiri jek la,berjalan nya tak mau langsung.hukhuk.ape da!!!
2) Dah pandai jalan berpimpin sebelah tangan
--- pandai tu memanglah,tapi senget2 dah macam apa..hahaha.lawak sungguh zharif jalan.kihkih.tak tau nak explain cemana..
3) Suka makan,makanan orang besar
--- apa yang mama makan,dia nangis nak gak.tak kire lah,kerepek ke,nasi ngan lauk ke.so,mama terpaksa kunyahkan tuk dia.gasaklah..yang penting,zharif sengih-sengih jek makan.ekekeke.siap abes jek telan,nangis nak lagi.sedap ye dik,taik gigi mama.egege
4) Suka berkepit mcm anak kangaroo ngan mama/ibu
--- kalo weekdays,mmg nak berkepit ngan ibu jek.sampai ibu pernah suarakan tuk stop jaga Dayyan sbb tak sanggup nak kendong dia selama 8jam atau lebih.hahaha.kalo malam n wiken lak,berkepit ngan mama 24/7.sampai mama tak sempat nak buat benda lain..dah macam2 petua orang tua mama follow demi nak renggangkan sikit mama/ibu ngan zharif.tapi,mmg tak berkesan.hukhuk
5) Ini part PALING SEDIH...zharif dah officially minum susu formula.uuwwwaaaa!!!
--- since last month,susu badan mama dah semakin berkurang.sehari mama dpt pump 4-5oz jek.so,memang tak cukuplah tuk zharif walopon zharif dah start makan 3kali sehari.so,nak-tak-nak,mama terpaksa redha tuk zharif minum susu formula.huhu
6) Suka gelak mengekek
--- part ni,mama mmg suka.part dia gelak mengekek kalo diagah.tapi part dia merengek,subhanallah rasa nak nangis jek.huhu
Apa pun..mama cayang zharif sgt!!!cepatlah adik baik dari penyakit kuat nangis ni eyh...nanti mama sayang lebih kat adik.hehehe
Adik ada check up selasa depan,berapa berat zharif sekarang ni.makin sakit lengan mama dukung kamu....
P/s: jemput dtg eyh majlis kakak zahra sabtu ni :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 29 September 2011

Ombak Rindu..

Ha,amekawww!!!tajuk novel mama bubuh gara-gara takde idea nak bubuh tajuk.egege

Takpe lah kan,yang penting mama nak bagitau mama tengah rindu hero kecik mama tu... Sape lagi? Muhammad Dayyan Zharif lah...

Tetiba rasa rindu ni berombak-ombak.rasa nak balik dan peluk-peluk anak bujang yang kuat berpeluh tu...rindu bau masyammm kat leher dia tu.hahaha

Dayyan zharif!!!!mama windu kamu!!!jangan notty huh!cian kat ibu makin kuwus jaga zharif...mama lak yg bambam.ekeke

Ok,nk sambung buat report!!!caiyok2...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 20 September 2011

8bulan

Ya Allah...lamanya mama menyepi dari berblog...
Bukan takde story hot,mama sedang diserang cik Asthma...
So,mood nak ngadap blog adalah kelaut..
Selain semput,skang ni tuan rumah tengah bz ber-open house.jangan nanti badan naik udah ler...hehe
Okeh, nak story-mory pasal anak bujang yang dah masuk 8bulan Ahad lepas,18-09-2011.tak menyempat nak update ahad,padahal dah type separuh jalan tapi disebabkan bz ahad tu dari pagi sampai ke petang,langsung lupa.hahaha.aci tak alasan lupa????ekeke
Ahad pagi sampai zohor,mama kat umah kak lang mama.kak lang wat majlis rumah terbuka+majlis cukur jambul&aqiqah cucu ke-2 kak lang,Nur Qhalissya Shahmimi.ni kirenya cucu ke-5 mama lah..
Lepas zokor sampai maghrib dok kat umah mertua lak,adik papa wat open house sekali ngan majlis tahlil kat umah mertua.
So,mmg nak ngadap blog tu haremmm la kan..ngeh3
So,hari ni baru berkesempatan...mama since isnin dah semput.jerebu lah kat port klang.hazab jek dok kt port.nak buat camne,itulah tempat nak cari rezeki...so,hari ni mama MC.takleh nak bernapas.nafas ni pendek jek,asek dok pake inhaler smp lebih limit.so,terpaksa amik neb siang tadi dan doctor bagi MC.malam ni dah semput balik,hope tak melarat.kang ada yg kena gi amik neb lagi.huhuhu :'(
Okeh,sebenarnya...nak update pasal anak bujang mama ni..tapi dah melalut-lalut pulak.ampun eyh!!!
Anak bujang mama skang ni makin lasak.dia dah naik taraf,selain jadi anak bujang dia gak merangkap tukang kemas dan tukang mop lantai...
Zharif skang ni,tengah galak berdiri sambil berpaut kat perabot dan segala benda yg dia bleh paut.orang 'java' a.k.a jawa cakap, "merambat"...pantang lepas kat lantai,memang laju jek dia merambat.kes-kes jatuh tergolek dok kat lantai adalah biasa.kalo tak sakit sangat,tak nanges pun dia.paling teruk,dia berpaut kat kerusi plastik dan tergolek ke lantai.dasat tak???dasat kan hero kecik mama ni...tapi tu lah,baru pandai kan..so,zharif tak putus asa.masih meneruskan niat nak merambat.hehe
Tapi kan,pelik tau.anak bujang mama ni lom terror merangkak.dia kemana-mana dalam umah ni dengan mengengsot cam askar,bkan 'suster ngengsot' tau..bkn gak 'juon'.hahahA..tapi lebih kurang lah...dia jadik tukang mop tetap dlm umah ni,kirenya kurang sikitlah keje papa..hahaha..
Zharif ni kan,sekarang ni tengah belajar melontarkan vocalnya guna high pitch.serius bleh buat taik telinga terkeluar.punyalah kuat,kalah anuar zain tau!!!kalo dia dah start lontar vocal,berdesing telinga papa n mama.hehehe
Skang ni,zharif selalu sangat sebut..'Kaaa..kaaaa' tatau amende..kakak kot..mebi sbb every morning,mama n papa salu jerit..."Kakakkkkkk!!!!!bangunnnnnn!!!"So,dia belajar panggil kakak.hahaha..memandai jek mama.ekekke...
For info,skang ni zharif dah ada 6batang gigi...4btg atas dan 2btg bawah.hebat tak hebatlah,baru 8bln dah ada 6btg gigi..bayangkan kalo dia gigit time breastfeed...hazzabbbb!!!!
Sejak ada gigi 6btg ni,zharif ada hobi baru.suka gigit orang.kalo didukung,selamba jek dia baham bahu si pendukung.kalo xdapat bahu,kaki,tangan,perut dll...semua dia nak gigit.dasattttt!!!!
Dan...last but not least,anak bujang mama yg 8bln ni Alhamdulillah masih breastfeed dan takmo minum susu formula.dah 2jenis susu papa beli,s26 dan mamex gold zharif takmo minum.mama takut zharif tak cukup susu time siang sbb mama skang ni cuma dpt pump 7-10oz jek sehari.tp,dia takmo minum consider cukup lah kot susu ibu tu.hehehe...harap sgt,susu makin banyak.tapi sejak kesihatan mama terganggu dek asthma ni plus period plus kurang selera makan,susu merundum lak.tp kan,asalkan cukup tuk zharif dah bersyukur dah.
Okehlah,tu jek kot.dah panjang sgt ni...layanlah gambar anak bujang mama ni....
Next entry pasal kakak zahra plak,dah lama sangat tak story pasal kakak yg dah banyak mulut tu.hehehe :)
K,selamat malam semua :))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 30 July 2011

6th check-up Lil DZ

Citer dah lama ni,mama bawak Dayyan Zharif gi check up tuk 6mos,Isnin lepas,25/07/2011.7.30am da sampai klinik.punyalah tanak sgt menunggu lama kan,sanggup bangun awal pagi siapkan anak2.hehe.gi keje pun xde lah bangun seawal ni.hehe
Sampai kt klinik,giliran Zharif yg ke-16.jenuhlah menunngu nama Zharif dipanggil,sampai tertidur tau anak bujang mama.sian dia...terpaksa mama kejutkan masa nak timbang n ukur panjang.nasib lah hero mama ni tak mengamuk.ye la,zharif ni jgn buat main tau.kalo dah mengamuk,bleh hilang akal mama papa nak pujuk.huhu
Result check up,Alhamdulillah...berat zharif naik,panjang pun naik,ukur lilit kepala ok...semuanya OK...
Mama tepek hasil result check up..tengoklah...tapayahlah nak explain kan...hehe
Zharif semakin debob skang ni,dah 8.2kg...makin lenguh tangan mama dukung dia.adoiyaiii...
Dah bleh menyusur cam askar,so abes merayap satu umah.dan dah naik pangkat jadik housekeeper.dialah mop lantai,dialah jugak vaccum.hikhik.abes bersih lantai umah dia mop dgb baju dia n abes semua sampah dan mainan yg terabur kt lantai,dia kutip dan nak masuk mulut.geram betul tau...
Rasanya kakak zahra dulu takdelah nampak semua benda nak ngapp,tapi Zharif ni mmg bahaya sikit,kadang tu,kalo tak jumpa benda nak dingap,dia selamba jek tarik jari mama dan ngapp!!apa dia ingat,jari mama ni french fries ke hape.ekekeke.kelakar tau zharif ni..
Lasak sangat hero mama ni tau...kalo duduk dlm walker,abes dia capai semua benda.hari tu,selamba jek capai gelas atas meja kat hall,mujur tak berderai kat lantai...kalo mama dukung gi dapur,tangan dia laju jek capai apa benda atas sinki atau kt rak pinggan.memang takleh lepa,abes semua pinggan mangkuk dicampaknya ke lantai..adoiiii!!!!
Dan....sangat kuat makan!!!ikut sape lah ni...hikhik
Pantang nampak orang makan,dia mengamuk nak makan sama.kalo tak suap,gerenti mengamuk sakan.skang ni,2 atau 3kali sehari zharif makan.samada nestum beras nestle atau bubur nasi.kalo mama cuti,mama masakkan zharif bubur nasi bubuh sayur atau ikan/ayam.kalo tak,nasi+lobak jek...itu pun semangkuk zharif makan,sambil senyum-senyum.kononnya.dah sedap sangatlah kan.hehe
Tapi kan,setakat ni...apa yg mama makan dan zharif nak,mama bagi jek..tapi mama kunyah dulu lah,baru suap kat dia.so, fries,jajan,kerepek,kuih semua zharif dah merasa..hehe.Alhamdulillah,dia boleh poo-poo cam biasa.so,kira OK la kan...ye,mama tahu...bahan perasa tak elok,tapi nak buat cemana kan,dah zharif nanges2 nak,mama kasi rasa lah.hehhe
K la,tu jek nak citer... Babai
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!!!!!selamat berpuasa dan menambah amalan!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 26 July 2011

Hero Malaya

Hehehe... Inilah hero malaya mama
Walopon tak sekacak "Hero Malaya",tapi dia tetap hero paling kacak dimata mama selepas papa dia.hikhik
Tengoklah gambar anak bujang mama yang kena neb ni..
Sian kat dia kan..kecik-kecik lagi dah kena neb..
Sebenarnya memang tak sampai hati nak neb dia,tapi memikirkan kahak yg banyak papa suruh gak Dr Koshy Thomas gas Zharif.
Ye lah,tidur dia tak lena gara-gara banyak kahak kt paru-paru dia.nafas berbunyi tiap kali dia tidur,hidung pulak tersumbat.kesian...
Mama memang tak sampai hati nak neb dia,tp sampai hati pulak snap gambar.hehe

Sian tau dak kecik ni,menangis meronta-ronta mintak dilepaskan.
Jenuhlah nak pegang kaki tangan dia,mana nak letak aero-chamber tu lagi.

Kejadian berlaku last week,20/07/2011.inilah kali pertama dak Zharif kena neb.cian hero mama ni..
Dua-dua anak mama merasa kena neb time umur 6bln.kakak Zahra dulu pun sama...

Seminggu sebelum tu memang dah bawak anak bujang ni gi klinik,tapi masih lagi batuk dan selsema.bile time batuk tu,ada bunyi kahak.tu yang papa bawak gi klinik Anita plak,mintak Dr cairkan kahak.

Hari ni,hero mama tu masih gak batuk tapi dah berkurang lah,Alhamdulillah..

Mintak doakan anak bujang mama terus sihat :)

P/s:malam tadi,hero mama tu wat mama n papa panik.menangis non stop macam apa.mama dah pikir yg bukan-bukan sbb zharif nangis,pastu terlelap, pastu bangun sambung nangis.sampai kul 11mlm. Jenuh bubuh minyak yuyi kt perut,tukar diaper,tapi masih gak menangis.pastu,mak mama cakap mebi dia lapar.so,papa bancuhlah nestum 2sudu.mama pun suaplah.elok jek abes nestum,Zharif senyum dan terus terlelap.MasyaAllah,lapar rupanya hero kecik mama tu.hehehe.saspen sungguh!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 19 July 2011

My 6mos old hero

18-07-2011 genaplah anak bujang mama ni 6bulan...
Sekejap jek dah bujang kan?skang ni 'adik baby' panggilan kakak zahra tuk zharif,dah makin besar n banyak ragam.haih.
Makin manja anak bujang ni tau,asek nak melekat jek kt badan mama.kalo org lain pegang dia,then dia nampak mama lalu kompom nanges nak ikut mama.ngengada tau!!!
Lagi satu yang buat mama geram,malam if mama bangun nak gi toilet zharif MESTI sedar.dan nanges cam kena dera.gerammmm!!!!
Tapi bile mama bangun subuh,takde plak dia nanges nak bangun.bijak kan??dia bleh bezakan bangun kul 2,3pagi ngan kul 6pg.notty boy tau zharif neh!!!
Zharif dah dok dlm walker n dah merayau seluruh rumah...kalo dia xreti undur balik,dia nanges jerit2 kompom kakak zahra berlari tarik walker zharif.hehe.nanti kakak zahra bebel-bebel "adik baby ni,nape gi jauh2,pastu nanges,pastu gi lagi"hahaha.kiut kan??
Zharif pun dah bleh dok dlm trolley n stroller yg duduk tu,so senang sket mama papa nak shopping.tak payah pakai baby carrier or tolak stroller berat2 if gi shopping.tapi,kalo kakak zahra nanges2 gak nk dok dlm trolley terpaksa gak papa dukung.hehehe
Zharif dah makan solid food.setakat ni nestum nestle perisa buah tu je.mama plan nak buatkan puree buah tuk zharif,tp tunggu mama dpt ilham dulu lah.skang mama malas.hahaha
Zharif dah kuat angkat badan,if baring then mama pegang tangan kompom tegak terus smp berdiri.tak payah sokong belakang badan dah...good boy!!!
Zharif gak dah makin lasak,asek tertonggeng-tergolek masa nak tukaw diaper.mama kadang sampai terpaksa kepit peha dia,tapi mama selalu tewas sbb zharif lagi kuat dari mama.hehe
Zharif dah ada 2 batang gigi belah bawah!!!yeyyyyy!!!!gg zharif bleh nampak kalo dia menyengih.so,mama skang ni salu jadi mangsa gigitan dia.kalo dukung,abes bahu mama zharif gigit.kalo breastfeed dia gigit mama.sakit woohhhh!!!nakal tau zharif ni..kalo mama marah,dia gelak2 manja macam paham je..haih.
P/s:korang ada petua tak nak bagi zharif tak gigit masa breastfeed????share plssss!!!!!
Okeh.itu je setakat ni...nanti kalo ada yg lain,mama share kat sini eyh....
Babai :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 21 June 2011

Our 5mos lil hero

Rasanya masih lom terlambat kan...tak sempat ar nak blogging sempena hari bapa yg baru lepas.teruk kan???ehh!mama wish kt papa la,cuma tak menyempat nak wat entry.okeh,aci tak kalo nak wish gak???boleh la eyh....
Happy Father's Day to Papa!!!tq for being the best papa for our lil kiddos :) moga terus jadi papa terbaeekkk!!!love papa so much!!!

Sempena fatherks day ahad lepas,18th june 2011 genap gak 5bulan hero kecik kami tu...
Makin debob,makin lasak,makin kuat nanges,makin kuat merajuk,makin kuat makan.haih!!!
Mama tak bawak check up lagi tuk 5mos,appointment isnin depan ni.tatau bape berat sebenar zharif skang.yang pasti,lengan mama sakit lah kalo dukung dia.sekarang,segala hal dukung-mendukung zharif mama serah kat papa.hehe

Meh cerita perkembangan zharif masuk 5bulan neh...
* dah pandai meniarap n golek sendiri [sampai susah mama nak salinkan diaper.bergaduh dulu kalo nak pakaikan seluar]
* dah pandai maju ke depan,kalo meniarap tu laju jek nak capai apa yg ada kt depan dia [sampai kena sekeh ngan kakak zahra sbb tarik buku sekolah kakak dia time kakak dia baca buku]
* suka bebenor tarik rambut/tudung mama kalo mama dukung [tak boleh dah mama nak pakai tudung ala-ala Hana Tajima.haish.]
* makin kuat nyusu [lepas abes sebotol EBM,nak direct BF pulak.ish3]
* suara makin kuat [boleh dengar suara zharif dari 2nd floor.punyalah kuat]
* badan makin debab.segala baju yg berbutang,merekah abes.dah macam malek nor.hahaha
* rambut dah semakin tumbuh[tak sabar nak buat rambut pacak.hehe]
* dah mula makan biskut rusk-milna tu.bancuh cair-cair sbb zharif akan mengamuk kalo nampak orang lain makan.kalo dah kenyang,senyum manjang.hehe
* suka borak.especially kul 2-3pagi.sampai mama papa tak larat nk layan
* dah bleh buat suara..."Uuu...aahhh".lantang sungguh suara zharif.bleh jadi imam neh.hehe

P/s:ini jek yg mama bleh ingat takat ni,nanti mama tambah lg eyh...

P/s: layan gambar budak debob kena bedung,memula senyum lelama menjerit.haha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 19 May 2011

Home Sick :(


tak boleh nak cakap apa...sakit sangat ni...dah paras kronik.
sakit rindu teringat rumah dan isi rumahnya sekali...
rindu papa, anak-anak dan mak...
rindu nak makan kt rumah...
rindu nak borak ngan papa...
rindu nak main ngan anak-anak...
rindu nak dengar cerita Zahra...
rindu nak gomol-gomol Zharif...
 dan rindu nak gossip-gossip ngan mak..rindu!!!!

nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Wednesday, 18 May 2011

Happy 4th months Birthday Hero Kecil mama :)

takde 1st, 2nd, 3rd, tetiba terus 4th month birthday..hebat tak mama?
nampak sangat mama kamu sangat malas kan, Zharif...hehe
bile berjauhan dan rasa rindu, baru lah rajin nak update milestone anak. kalo anak depan mata, buat tak reti jek.ekeke

[gambar terbaru kamu.papa MMS semalam]

[gambar kamu malam last kat Kuantan :)]
Anak bujang mama genap 4bulan hari ni, 18th May 2011. Happy 4th months birthday cayang!!! mama sayang kamu banget....
windunya kat kamu..windu kat pipi gebu kamu yang macam pau goreng itu...windu kat pewot boroi kamu...windu kat bau kamu yang masyam... windu nak dengar kamu menjerit [padahal selalu, cepat2 diamkan kamu kalo kamu menjerit.cepat2 sumbat puting.hahaha]...windu nak gomol-gomol kamu...
pendek kata, sangat rindukan segala tentang kamu!!!

malam tadi, masa mama videocall kamu..sedih sangat mama rasa.mama nampak kamu dah besar, sayang. bertambah-tambah tembam. kalo boleh mama nak cium-cium kamu,tapi dari jauh jek mama boleh cium kamu.tu pun kat screen henpon. pastu, kamu bulat-bulatkan mata kamu, bila mama panggil kamu.oh, sedih sangat waktu tu.rasa nak nangis, tapi mama tahan.malu kat roomate mama.hahaha
ibu cakap, kamu rindu mama eyh?kamu taknak tidur dan mengamuk sampai kul 2pagi.tak lama jek lagi, sabtu ni mama balik, dan kamu bleh ngempeng ngan mama eyh...

[kamu suka sangat bulat-bulatkan mata sekarang.rindu!!!]

Zharif sayang, mama windu nak tengok kamu golek-golek kat katil sampai tertiarap.comel sangat!!!
mama bangga kamu leh meniarap sebelum kamu umur 4bulan pun.hebat sungguh hero kecik mama ni.hikhik
yang paling best, kamu bleh tunjuk skill meniarap kamu seblum kamu balik Klang,tinggalkan mama kat Kuantan ni. buat mama tambah-tambah rindu kat kamu, sayang..

[senyum kamu buat mama tak leh tidur malam sayang.kangennya...]

[tengok, macam budak 6bln tau kamu neh.botol sikit punya besau.haha]

sorry sayang, mama takde saat kamu meningkat umur 1 bulan lagi...
apa yang kamu dah pandai eyh, selain senyum & gelak2,meniarap dan pandai pegang botol susu sendiri?sayangnya mama tak dapat tengok....dalam masa seminggu, mesti banyak yang kamu dah pandai kan?
esok mama balik, kamu tunjuk skill kamu eyh..hehe

i lap u so much hero kecikku yang botak plus bambam!!!miss u beribu-ribu lemon :)


p/s: windu papa, zahra & zharif yang terlalu sangat-sangat rindu.cium dari jauh.mmuuahhhhh!!!




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Monday, 16 May 2011

Rindu-rinduan jadi kenangan

another 5days to go!!!
moga hati ni kuat hadapi 5hari lagi.hukhuk :(
amat rindukan anak-anak di kala ni.
time maghrib jek, hati dah mula goyah.rindu sangat-sangat kat anak-anak...

kat papa nya rindu gak, tapi takde lah rindu cam mama rindu kat anak-anak.
rindu kat cium n peluk anak-anak...bau masyam derang yg buat mama rindu sesangat tu..huhu

jom, layan gambar anak-anak mama yg tersayang....

Muhammad Dayyan Zharif yang amat dirindui...

senyum dia ni lah yg buat airmata ni asek mengalir bila menjelang malam...
sorry lah, gambar ni blurr sikit. tapi mama suka sangat gambar ni :)
ensem sungguh anak bujang mama neh...

pipi bambam n pewot boroinya yg mama rindu nak gomol-gomol...

hidung kembangnya yg masyam...windu nak cium!!!

matanya yg boolattt...idung n pipi pun boolatt gak.hikhik!!!windu!!!



mama rindu gak kat anak dara mama yang makin keletah bercakap...
cakap non-stop cam mama dia gak.hikhik
Nur Dhia Zahra yang mama rindukan...

my adorable n notty dotter!!!


notty eyh!!!

kakak jaga adik baik2 tau bile mama takde!!!

esok Hari Sukan Sekolah kakak Zahra, kakak lari laju-laju tau!!!
mama sokong kakak dari jauh jek...papa teman kakak sok!!
kalo ikutkan hati mama, mama nak terbang balik Klang dan temankan kakak sok. itu pun kalo mama ada sayap sayang...mama doakan kakak dari jauh eyh!!!

selain anak2, mama rindu gak kat papa. mana bleh tak rindu wehh...papa kan separuh jiwa mama.
seksa hati ni menanggung rindu...

mish u so much,B!!!i lap u lah...

baru lepas videocall papa n Zahra.Zharif cambese, tidur dah. lepas sikit windu kat papa n zahra.lepas letak jek, terus nanges-nanges cam hape.ekekke

dan..nak tayang muka apon..hikhik

semalam, masa sorang-sorang dok dalam bilik hotel.mama conteng-conteng muka.belajar make up kat youtube. hah!hambek ko, dah macam pondan mama tengok muka sendiri.hahaha

ok, mau layan Maharaja Lawak kat youtube. de Rhu ni takde astro, so mama dah missed Maharaja lawak last week.

babai!!!wa chalo dulu..


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!