Showing posts with label raya sakan :P. Show all posts
Showing posts with label raya sakan :P. Show all posts

Monday, 20 September 2010

Baraan ke Rumah Adik-Beradik mama di Raya ke-3 & Ceri-Beri

Start tengah malam tu, papa kena cirit-birit ceri-beri. sian kat papa.
ntah bape ploh kali ntah papa terjah toilet.
sampai lembik papa dibuatnya.
mama dah bagi air garam kat papa, tuk bagi benti ceriberi tu.
masih tak ok.
kul 9pg dah plan ngan adik-beradik mama(Angah, Alang, Anjang, Ateh, Andak&Endek)&anak2 sedara) nak baraan ke rumah adik-beradik mama plus anak-anak sedara yg dah kawen.
tp, kami tak dapat join baraan sbb kami kena singgah klinik dulu tuk amik ubat ceri-beri papa.
kami gi Klinik Kelang jek sbb tu klinik panel papa yg paling dekat.

sambil tunggu papa, xde keje lain la si zahra ni..amik setiap pamplet yg ada..haih!
snap-snap sementara tunggu papa dlm toilet.heee :D

pas amik ubat, terus gerak ke umah Along mama.semua dah kumpul kat sana.
kat umah Along, sempat gak papa berurut.Along mama mmg pandai mengurut. tp, tuk adik-beradik jek takat neh.hehe
bile mama bagitau yg papa demam, cepat jek along urut.
kat umah Along, sempat makan nasi walopon time tu awal lagi.hehe
Along masak lemak nangka muda, telur dadar, paru goreng garing, ulam & sambal belacan.terbaekk wokkk!!!
pedas, tp sedap.sian papa, dia xde selera pun nak makan.

destinasi kedua, umah Kak Long Kikin, anak kak lang mama.Along &kak long tak join pun baraan kami ni, cuma anak-anak along jek yg join, Ain, Ika, Fiza,Anas&Mek(ni anak angkat tuk raya tahun ni.hehe)
dekat jek umah Along ngan umah kikin.jalan kaki pun bleh sampai.tapi, mama naik kereta lah.tak larat.hikhik
 kalo dah pergi ramai-ramai, banyak gelak dari makan. pastu, bantai kutuk-mengutuk kaw-kaw punya, pastu baru mintak maaf. lepas 5minit, sambung mengutuk balik.teruk tul!!!

Rumah kak lang destinasi ke-3.
kak lang buat cucur udang & soto.

'
sempat snap 1 jek gambar time kt umah kak lang.
muka papa mmg dah sememeh gile.dah 2 kali masuk toilet gara-gara ceri-beri.hehe

lepas melantak, mengutuk, berborak, masa tuk mintak maaf lah.dosa dah byk kan.hehe
pastu, sambung gi beraya umah Anjang.
patutnya, kami gi umah Atam. tapi, Atam keluar baraan ngan family kakak ipar.so, skip umah Atam, terus ke umah Anjang kat Sijangkang Bt.9 kebun baru.
kat sana, aktiviti biasa time raya, makan kuih, borak, mengutuk & akhir sekali, mintak maaflah.dah buat dosa, haruslah mintak ampun kan.hehe :P
tak lama pun kat umah Anjang sebab takde makan-makan.biskut raya jek yg ada. sbb kitorg xplan pun nak gi umah Anjang.Plan nak gi nest baraan.tapi, dah Atam takde, kitorang abeskan umah semua sekali.
Balik umah Ajang, terus ke rumah Ateh kat Bt.7 sijangkang. Solat zuhur kat umah Ateh.
sempat gak mama mandikan Zahra sbb dia dah berpeluh sakan pakai baju kurung. sian kat dia. kasi chance lah dia melaram dgn skinny jeans & shirt plak.hehe
Ateh hidang lemang yang dia rembat tepi jalan balik dari umah Anjang. tp, sedap woohh!!!
kitorang lepak-lepak kat dapur sampai tak sempat merasa kuih raya Ateh.hehe
Kononnya umah Ateh ni yang last lah, pastu terus nak balik umah. sian kat papa.dah lembik semacam. papa siap sempat masuk toilet 2 kali plus tumpang tidur kat umah Ateh. kesian papa.terpaksa turutkan isteri mithali dia ni gi beraya sakan walopon tengah demam panas. Sekali, masa tengah lepak-lepak tu, Atam call bagitau dia dah ada kat rumah dan suruh kitorg singgah terus.
dari Sijangkang, patah balik ke Jalan Kebun.ala, tak jauh mana pun. tak sampai 1/2jam pun.
kat umah Atam, siap dah terhidang nugget, fishball & isketambola panas-panas. abes kitorang serbu.
dan...masa tuk sesi bergambar...
malangnya papa tak join sebab dah tak larat, 3 kali masuk toilet terus tergolek kat umah Atam
cuma..mama, sis Zahra & adik baby jek.hehe

kitorg lagi...jgn salahkan mama, salahkan tukang amik gambar, kak fisza.tak pandai amik gambar.hikhik
kat ruang rehat umah Atam :)

masa dah nak balik tu, barulah papa ada mood nak ambik gambar...
tu pun, muka sememeh jek.cian papa :(

papa & zahra
kami :)

balik dari umah Atam, mama yang drive sbb papa dah tak larat.
lena kat sebelah dgn cik Zahra..
sampai rumah, sambung pulak tidur kat bilik. siap berselubung.
kul 6, papa ngadu lapar.
so, mama ajak makan kat luar. raya ke-3, mana lah ada kedai tomyam buka kan.
so, yang ada mamak & fastfood.
mama ajak papa makan nasi kat Benta Kaya(K3K), carrefour sbb papa taknak makan kat mamak stall.

coffee charm tuk mama, mabeles :)

sementara tunggu makanan, papa sempat lagi nap jap.cian sungguh..
Nasi Penghulu tuk Zahra.betul, tak tipu, ni Zahra yang makan.mama tolong suap jek.
mama cuma order air & fries jek.sekali dia nangis-nangis nak nasi.
so, orderkan nasi penghulu ni sbb tak pedas.
Zahra makan abes separuh tau.lapar sangat lah tu..
ni tuk mama, fries.makan 2,3ketul jek pastu tapau bawak balik sbb dah terlalu kenyang makan time baraan.
tuk orang demam...
bubur nasi & air suam.
ni pun, papa tak abes makan sbb terpaksa berlari gi toilet.huhuhu.siannnn....

malam plak, baraan ke rumah Andak & kak ngah nenny.
papa langsung tak jamah makanan kat umah Andak & Nenny sbb tak larat,panas badan papa pun naik balik.
masa derang lepak-lepak umah Nenny, kami balik dulu sbb papa tak makan ubat lagi.
lepas makan ubat, terus tidur.
kul 2 pagi, mama terjaga bile tersentuh tangan papa yang panas. panas sgt satu badan papa.
mama kejutkan papa suruh makan ubat demam lagi.
bile mama nak sapu air asam kat kepala, papa takmo.sudahnya amma tuam dgn tuala dan air sejuk jek.
pastu, kul 3pg mama drive gi 7eleven beli roti tuk papa. bukan mama gi sorang-sorang, papa temankan.
lepas buatkan papa air teh tuk cicah dengan roti. baru sambung tidur lagi...

so, raya kami tak berapa meriah sbb papa demam & ceri-beri.hukhuk
love: mamazahra ^__^

Saturday, 17 October 2009

~ Laporan Berita ~

ini bukan laporan berita terkini ye.
bukan gak laporan sukan Man U vs Bolton.
kalo nak tahu keputusan, sila tgk seniri kt channel 812.
mama nak wat n3 laporan 'openhouse berantai kami.
#1 Rumah Terbuka Farhana & Rusli di Sri Pristana
makanan memang superb.
macam-macam ada.
Laksam, nasi himpit dan ayam merah, bubur pulut hitam, mini pizza, kuih kelantan yg sedap tapi mama taktau nama, roti jala ngan serawa, dadih & aneka kuih-muih yg mama tak sempat nak rasa semua sebab dah senak pewot.
tenkiu Ana & Rusli :)
#2 Rumah Terbuka Hanim,Azam & Awal
Sowi anem, kami jadi tetamu terawal dan datang sebelum waktunya.
oleh kerana kami dah kat umah ana, so teruslah serbu umah anem walopon lom lagi kul 2.
takkan nak patah balik klang dulu or singgah kt The Store ronda-ronda.hikhik
tapi, makanan yg anem dan azam masak mmg mabeles.
tabik kat anem ngan azam, masak berdua jek segala menu tuh.
nasi dagang ikan tongkol yg sedap, kek coklat, laksa yg kami x dapat nak rasa sebab pewot tangki dah penuh.
tapi, mama tahu, anem masak laksa memang sedap sbb nasi dagang anem setaraf nasi dagang makcik kelate depan umah amm.hikhik
pape pon, sowi and tenkiu to Hanim dan Azam sbb sudi jemput kami.
# Rumah Terbuka Odie
kami singgah solat zohor di Petronas Puncak Alam sbb dah kul 3.15pm.
kami gerak dari umah anem kul 2 lebih.
Sg Buloh ujan pulak tu.
mama dan zahra sempat membuta.
papa sowang-sowang berjaga.
kami sampai umah Odie kul 4 lebih.
masa sampai tuh pewot dah kosong balik.
tapi, tetamu ramai sgt.
so, papa sorang jek makan.
bergilir ngan mama sbb Zahra dah start wat hal.
mebi sebab letih ber'openhouse'.
lagipun budak tecik tu tido on da way dr Sg Buloh.
tu yang mengaruk kt umah Odie.
Macam-macam odie masak.
Spagetti black pepper chicken, nasi himpit dan ayam sambal n rendang, bread pudding, bihun singapore & kuih raya.
semua makanan memang mabeles.
Zahra yang tengah mengaruk pon leh stop bile mama suap spagetty yg sedap tuh.
lepak jap jek kt umah Odie.
kami terus gerak balik umah.
sebab berhasrat tuk singgah di 99 speedmart tuk beli bahan2 tuk buat dadih.
sekian sahaja, laporan tuk hari ini.
tuk berita selanjutnya, sila tunggu n3 akan datang.hikhik
p/s:maaf, n3 agak hambar sebab stori pjg berjela tanpa sekeping pon gambar.Kan mama dah habaq kt hang pa yg mama dah xde henpon berkamera.papa dah tarik balik henpon gara-gara mama yang tak reti sayang harta benda.hukhuk
love: mamazahra =)

Monday, 28 September 2009

~ Cerita Raya 7 : Konvoi Beraya ~


[on da way nak gi beraya :) ]

Raya k-7, Sabtu.kami join konvoi gi beraya umah adik-beradik mama.
umah pertama, umah Along Sani kt Lorong Abdullah, Jln Kebun.
kul 10.30 kami dah terpacak dpn umah Along.hehehe
SIL mama masak laksa & nasi putih ngan lauk -pauk.sgt sedap.
gile raya asek mkn nasi ketupat jek.
sekali dpt mkn nasi putih,peh!makan sampai jilat jari.hehehe
mmg sedap walopon lauk simple jek, ayam kicap dan sayur bendi goreng pedas.
lepas lepak lebih kurang sejam, kami gerak gi umah kedua,K.lang Lina lak kt Jln Said, Jln Kebun.
along ngn k.lang mama neh berjiran.
gamba mmg x sempat nak snap.
makan x hengat dunia.
kt umah k.lang, makan pecal jek plus kuih raya yg mabeles.

[sempat snap 1 pic kt umah k.lang]

[papa ngan zahra pakai kasual jek, mama yg maseh setia berbaju kuwung]

pas kenyang mkn pecal umah k.lang.
singgah jap umah anak sulung k.lang,Kikin.
kt sana mkn kuih-muih n kek jek.

umah k-4, umah abg mama, Atam.kt Jln sekolah rendah, Jln Kebun.
Atam mama ni kawen ngan sepupu BIL a.k.a suami k.lang mama.hikhik
kat uamh atam lak, kami bedal ayam drummet Ayamas, fries n ayam golek Ayamas.
peh, makan lagik.sampai sendat pewot.hikhik

pas solat zuhur, kami gerak ke umah Anjang lak kt Bt 9 Kebun Baru, Sijangkang.
kat sana lak, Anjang masak laksa dan air tebu fresh.
time tuh pewot mama dah xleh masuk makanan dah.
dah sebu.
satu hape xleh masuk dah.
melepak jek.
pas sesi borak2 + mengutuk, sesi bermaafan pulak.

pastu, gi umah Abg Teh mama, kt Kg Bt 7 Sempadan,Sijangkang.
Ateh lak hidangkan lemang panas n ayam sambal yg mmg mebeles.Ateh beli jek sbb SIL tgh mabuk.
pastuh, kami lepak2 sambil layan VCD "Pocong".SIL lak goreng potato wedges.
mmg layannn lah...
pas solat asar, memaseng gerak balik.

kami meneruskan misi beraya kami ke openhouse opismet papa, kak Siti Aminah kt Tmn Sg Sireh, Port Klang.
cuma papa n mama jek yg tuwun sbb mak mama n zahra dah ketiduran.hikhik
makan ala kadar jek, sbb pewot mmg da sendat giler.hahaha
kalo x jamah lak kang, kata x sudi pulak.

sampai umah dah kul 7.
dah cam bekerja lak, kuar 9.30 balik kul 7ptg.
gile lah.
badan mmg sakit gile.
tu x kire pewot senak lagi.
naseb baek papa offer suh tido on da way balik dr umah k.siti tuh.heee :D
sempatlah layan tido jap.
mlm lak kami lepak kt umah jek sbb papa nak layan BOLA.
so, mama ngan zahra masuk titun awal lah.


[enterprem lagi...zahra dok ngn mak kt seat blakang :P]


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!