Showing posts with label Xtiviti Cuti. Show all posts
Showing posts with label Xtiviti Cuti. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

Aktiviti Cuti Sekolah : Cuti-cuti Melaka

Sesi sekolah 2014 dah lebih 2 minggu bermula, mama baru nak cerita aktiviti cuti sekolah. Gila tertinggal keretapi kan. Takpe lah, janji story kan. Hehe

Sepanjang cuti sekolah, tak banyak aktiviti yg kami 3 beranak buat selain swimming kat pusat akuatik shah alam 3 times a week. Mama busy dengan packing dan unpacking tuk pindah masuk ke rumah kecil kami tu, prepare keperluan sekolah zahra, busy dengan keje, outstation dan majlis kawen anak sedara mama. Tu yang tak dapat spend masa gi bercuti dengan anak2 selain bajet tak mencukupi sebab terpaksa utamakn perkara yang lebih penting, keperluan sekolah zahra. Kos nak masuk darjah 1 ni banyak gak. Alhamdulillah, berjaya gak sediakan walaupun serba serhana. Terima kasih kepada BFF mama, Eida sebab hadiahkan sepasang seragam sekolah tuk zahra. 

So, demi nak bagi anak-anak rasai pengalaman cuti sekolah tuk di jadikan kenangan dari takde langsung mama bawaklah anak2 gi bercuti ke Melaka walaupun cuma day trip. 

Thank you kepada adik-adik yg bukan seibu sebapa mama, Alia, Sheila dan Ayie sebab sudi habiskan masa kt Melaka dengan kami 3 beranak ni dan tq sanggup melayani kerenah kami. Kami sangatenjoy walaupun kat Melaka lebih kurang 8jam je. 

Tq realisasikan request kakakmu ini nak gi pekena Original Klebang Coconut milk shake dan Ee Ji Ban Chicken Rice Ball sepanjang kt Melaka. Walaupun tak dapat nak ke Hard Rock Melaka tapi yang macam korang janji, nanti kita repeat cuti2 melaka ni eh. Hehe

Jom kita tengok gambar kami 3 beranak kat Melaka!!!

Saturday, 19 March 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

cuti sekolah dah nak habis pun.
baru lah, mama hegeh-hegeh nak story aktiviti cuti sekolah kami.
kami anak-beranak takde keluar gi mana pun.
Zharif kan kecik lagi, susah nak kemana-mana pun.
so, sepanjang cuti sekolah seminggu ni aktiviti kami adalah...

^


^


^


^


^


^


^


^


masak + makan!!!
 cuti sekolah ni, ramai anak-anak sedara datang rumah.
so, mama merajinkan diri tuk masak.
kebetulan mood tuk memasak sudah mari.hehe

apa yang mama masak tuk budak-budak cuti sekolah ni?

^


^


^


selain masak nasi+lauk, mama jugak buat...

jelly atau orang jawa panggil lengkong.hehe
mama beli yg instant kat kedai jek, masak ngan air, dah siap.
mama buat pelbagai bentuk tuk kasi budak-budak ni selera nak makan.
mama bagi peluang Zahra,Iqbal & Irfan tuk tolong mama tuang jelly dalam acuan.
selain boleh makan, boleh gak dijadikan aktiviti cuti sekolah derang kan.hehe
mama buat perisa mangga.
habis licin sehari jek.hehe

selain, jelly mama buat gak homemade coklat. coklat compound jek, malas nak buat coklat conveture.
senang dan cepat dimakan!!!hehe

comot-comot sikit.
maklumlah, budak-budak yang tolong kan.
tak kesahlah, perut derang gak yang nak makan.hikhik

dan, last semalam mama buat "5 minutes choc cake".
resepi amik kat youtube.siap ada video kan, senang nak tiru.
memang sedap.
cuma mama adjust sikit resepi dia.muahaha.
mama kan suka pandai-pandai.hikhik

makan pulak dengan vanilla icecream, wallah!!!sedap hingga menjilat sudu.hehe

resepi kek coklat 5minit ni:-
[resepi ni tuk 1 mug tau!!!]
4tbsp self raising flour
2tbsp castor sugar - kalo nak manis bubuh lebih.(sukatan sebenar 4tbsp)
1tbsp serbuk koko -mama guna brand tudor gold
2tbsp telur yg dah dipukul
3tbsp minyak masak
3tbsp susu segar Dutch Lady
esen vanilla -sikit jek
pastu mix dengan garfu jek
masukkan mug tadi dalam microwave, set High, dan bakar 3minit.
pastu, bubuh vanilla eskem dan ngap!!hehe

[mama buat 4 mug.so, guna dalam 2biji telur grade B. bahan lain, ikut sukatan kat atas tu.]

mama kasi budak bertiga tu kacau sorang satu.suka kemainlah derang tu. dapat makan hasil tangan sendiri.hehe

itu jek aktiviti cuti sekolah Zahra & abang-abangnya...
apa aktiviti cuti sekolah anak-anak korang plak??

p/s: cuti sekolah kali ni, mama masih cuti bersalin.cuti sekolah akan datang, tak dapatlah nak buat aktiviti cenggini.huhu



love: mamazahra ^__^

Saturday, 15 January 2011

Chef at Home

Salam Sabtu semua :)
korang sehat? mama masih batuk. ubat batuk dah makan, antibiotik dah abis, fisherman's friend lozenges dah sepaket habis tapi masih lagi batuk.seksa sesangat.
tak larat dah rasanya nak berlari gi bilik air buang kahak setiap kali batuk. tp hari ni batuk dah tak berkahak, tapi tekak terasa gatal. kalo boleh nak garu-garu jek kerongkong tu.ekeke
kadang tu, batuk punyalah dasyat sampai boleh terkencing lah. dasyat tak dasyat lah kan.hikhik

hari ni mama dah masuk 38weeks peknenkan lil DZ.masih belum ada tanda-tanda yang lil DZ nak lahir. dia masih syok dok dalam tummy mama kot. masih nak ikut mama ke hulur ke hilir.hehe
takpe lah, asal kamu sihat dalam perut mama ni, cukuplah. sampai waktu nanti, keluarlah dengan selamat ye!!!!
mama tak sabar nak ketemu kamu, wahai anak!!!
keperluan mama & kamu dah mama siapkan dan elok jek dok dalam kereta. sampai waktu nanti, senang.takde lah mama menggagau carik barang nak ke hospital kan.

sabtu macam ni, korang ada ke yang keje?mujurlah company mama&papa memang tak keje sabtu & ahad. cuma, kadang-kadang papa terpaksa kerja kalau ada barang urgent nak naik kapal sabtu atau ahad.redha jek la. kalau tak pun, papa ada kelas hari ahad cam last sunday,9/1/2011. tu pun kami kena redha jugak la...hehe

apa menu breakfast korang hari ni? mama breakfast nasi lemak kat kedai jek, manalah tahu next week dah bersalin. tak dapat lah makan nasi lemak cempaka sari tu. 2bulan tu, lama wohhh!!!hehehe

lunch plak korang masak apa? mama masak sup ikan merah dan bendi goreng cili. plan asal nak masak ketam cili, tapi takde pulak ketam kat kedai. so, bantai masak ikan merah. pastu mama ada beli sotong, kononnya nak buat sotong goreng tepung tapi cancel lah. banyak sangat lauk nanti, tak terhabis pulak kan.membazir jek.
so, mama gantikan sotong goreng tepung dengan puding jagung. boleh dijadikan dessert ye tak??

tajuk tu cam poyo jek kan???hehehe
sebenarnya, mama tak tahu nak letak tajuk apa. oleh kerana mama nak cerita menu lunch kami hari ni, makanya mama bubuh tajuk tu. bajet mama hari ni masak cam Chef at Home tu lah...hahahah
okeh, mempersembahkan...
menu lunch kami anak-beranak....

sup ikan merah....
ikan merah tu tinggal sekeping jek kat kedai sayur tu, tu yg bantai tambah tomato, carrot & cendawan, kasi semak sikit mama punya sup.hehe :D
 mama tak guna lada putih, mama ganti dengan lada hitam. bajet nak praktis makan lauk pantang lah ni.hehehe

bendi goreng cili yg sempoi :)
dan...

puding jagung yg extra lembik.ekeke


puding jagung ni maybe terlebih air kot.tu yg lembut jek. walaupun boleh dipotong but tak cun sangat lah. tapi, mujur masih boleh dimakan.hehehe

malam pulak, makan lauk balance lunch jek. malas nak masak. dengan batuk yg masih ada. dengan perut asek menegang, dengan zahra yang batuk selsema. tak larat lah wehh, bukan malas tau.hehehe

k, nerukben sangat slow. so, mama malas nak bayaw bil. lantak situ. kalo bayar pun dia lembab sama macam tak bayar, baik tapayah bayar.betul tak??hehehe

k, nak tidur awal lah malam ni. tata!!!

love: mamazahra ^__^

Saturday, 18 December 2010

Jom Nonton Wayang: TRON Legacy

seperti biasa, pagi Sabtu adalah haro nonton movie bagi kami 3 beranak.
kalo takde hal lain, 3 beranak ni mmg suka layan earlybird movie.
hari ni, kami nonton TRON Legacy.

movie start 11-1pm. 2 jam yang sangat berbaloi.mmg superb.super canggih. i loikkeeee!!!
9.30am dah keluar 3 beranak + anak sedara mama,Ain gi Jusco Bukit Raja.
lepas beli tiket terus laju-laju gi foodcourt.perut dah berbunyi mintak diisi.
roti canai + teh tarik.

budak bucuk yg boring kena paksa dok diam.ekeke

lepas dapat lari sana-sini, senyum jek :P

muka chubby puan punya belog :)

papa and zahra :P

dan...



kakak Ain.peace yawww!!!


order makanan kul 10am, kul 10.40 baru makanan sampai. sia-sia jek mamat jaga gerai tu kena ceramah ngan mama.hikhik
pas makan, terus laju-laju gi TGV tuk beli bekalan tuk menambah berat badan.ekeke
kali ni beli set TRON Legacy Combo RM10.90 dapat free key finder.

ni lah set TRON combo.FREE key finder. sila abaikan suar jeans zahra tu...dia kan kat umah suka sgt bersepender jek, bajet cun la tu kot. bile smp umah jek, laju jek bukak jeans.hehe

selalunya, mama tak bape suka citer science fiction yg melampau neh.ye lah, mama ni kan lembab sket bab tu. but, kali ni sangat-sangat suka cerita neh...
especially sbb hero n heroin adalah sgt meletop kebabom...
ensem n comel...

dan..sangat suka makhluk Allah yg ni...gojes sgt!!
suka mekap mata dia...

but...cerita ni mmg serius best!!! so, korang kena cepat-cepat gi tengok.rugi woo!!!

aineh pakej lengkap, pas nonton movie terus gi lunch kat Solero Bistro. layan siput masak lemak cili api.
sowi lah kao ada yang alergi atau geli bila dengar siput sedut neh.hehehe
tatau lah, walo berjuta orang geli, but kami 3 beranak tetap suka.ekeke

petang-petang camni apa best buat eyh???
TIDUR ok kot..hehee
tp, best jugak kalo buat apam kukus atau muffin kan tuk minum petang???

love: mamazahra ^__^

Monday, 13 December 2010

Kerna terpaksa...

hari ni mama EL.
mak ada appointment kat HBTAR kul 2ptg.
nak tak nak, mama kenalah EL. walopon cuti tahunan tinggal berapa kerat jek.
janganlah sampai hujung tahun ada benda emergency berlaku.amin~
kalo tak, ada yang unpaid leave la pulak.hukhuk
gaji mama dah lah ciput jek, kalo kena unpaid leave memang kering lah poket.
appointment mak kul 2pm kan, patutnya mama 1/2 day leave jek la kan. buat pe nak susah-susah ambik cuti bagai kan.
itu pun, kalo mama keje kat Company korang lah.hehehe
sebab mama keje kat Company mama ni lah, makanya KERNA TERPAKSA mama ambik emergency leave sebab Company mama tak amalkan cuti halfday.
kalo ada pun, timeslip which is cuma 2jam jek.
kalo dah berurusan dengan hospital kerajaan, adalah MUSTAHIL ye urusan akan selesai dengan cepat.
korang paham-paham jek la.
kalo mama punya gaji besar, memang takde lah nak bawak mak gi spital kerajaan. baik hantar gi swasta jek kan, mudah urusan.
tapi tu lah, gaji mama kecik jek...
kadang-kadang rasa tak adil jugak, ada setengah orang kat company mama boleh jek yang nak masuk or keluar halfday tanpa ambik cuti if ada urusan penting.
tapi tu lah, hanya SETENGAH orang jek. yang setengah lagi, cam mama ni memang tak layak.
so, sendiri mau ingat lah.
kalo ada urusan yang lebih 2jam samada pagi atau petang, kenalah ambik cuti. sebab tu, cuti mama paling cepat habis. sob sob
ada setengah orang tu, sampai 20hari cuti tahunan dia yang carried forward ke tahun depan. dasyat kan???
tak pe lah..itu REZEKI mereka...
mungkin derang takde urusan keluarga yang nak di setelkan time weekdays, atau mungkin derang takde masalah dalam hidup. wallahualam...

patutnya kakak mama yang hantar mak gi hospital, tapi hubby dia jatuh motor pulak.
so, mama kenalah hantar kan. nanti mak cakap apa pulak, mak sorang bleh jaga anak 10 orang tapi anak 10 orang takleh jaga mak.hukhuk
hope urusan kat hospital petang nanti cepat lah siap. dengan perut boyot neh, nak kesana ke mari kat hospital tu, alahai...Allah jek yang tahu.huhuhu

korang cuti ke hari ni? Papa cuti hari ni sbb Sabtu kat public holiday. so, carried forward ke Isnin. untung kan??
dah tahu papa cuti, nape tak papa jek hantar mak ke hospital?? cemana lah papa nak pimpin mak dengan cik Zahra sekali kat hospital tu. kalo tak Zahra terlepas, mak pulak terjelopok kat lantai kang.hukhuk
tapi, mak tu tanggungjawab mama. kenalah buat kan. sedari kecik mak bela kita, takkan dah besar ni, kita takleh nak jaga mak kan....

korang bekfes pe hari ni? mama goreng bihun jek. beriya-iya papa nak goreng nasi balance malam tadi, sekali dah basi. terus mama ambik aleh tugas sediakan sarapan. Bihun goreng bujang jek. janji kenyang dimakan. jimat duit, tak payah beli sarapan kat luar kan.hehe

sementara nak tunggu petang, apa nak buat eyh??
buat kek coklat kukus pun sedap gak kan???

gambar adalah gambar selingan sahaja...

[watermark adahal hasil air tangan sue anna joe.TQ ya!!! korang pun amik sbb sueannajoe bagi free jek :) ]

gambar sabtu 2minggu lepas masa kami nonton filem pecah panggung...
bukan 2 alam lah...
tapi..
filem ni..

^

^


^


^



^


^


gelak guling-guling okeh tengok citer ni...
ok,itu tipu!! mana bleh guling-guling dalam panggung.
gelak kuat-kuat jek.hehehe
cuma zahra sorang jek yang takut sampai angkat skirt sampai tutup mata.hahaha
tu lah, sapa suruh nak ikut mama ngan papa nak tengok movie komedi seram.hikhik
padahal dari umah, zahra yang request nak tengok citer hantu.tapi, bile cerita mula dia yang paling takut.hahaha





love: mamazahra ^__^

Friday, 5 November 2010

Happy Deepavali 2010

happy holiday semua :)
happy Deepavali kepada semua kawan-kawan mama yg beragama hindu... Uma Devi (ex-centurian), thilaga (kwn tuisyen), Aunty Muni (ex-centurian), Nages (ex-Torin) dll... banyak wo kalo nak tulis semua...siap kena buat special entry plak.hikhik
ni kire yg rapat jek la..
last mama gi openhouse Deepavali, masa zaman sekolah menengah. gi umah Thilaga. best woh, dapat makan maruku spesel mak dia buat.hehe
dan tiap kali raya pulak, Thilaga akan datang beraya ke rumah mama.windunya saat2 itu...
skang dah lost contact ngan Thilaga..sedih wohhh
apa plan kowang hari ni?
lepak kat rumah jek? atau gi jalan-jalan cari makan?gi openhouse Deepavali?
mama dan Zahra melepak jek kat umah aineh. cuti pun cam takde makna jek bile papa takde kat rumah.huhuhu
papa ada study group aineh. masih lagi gigih study QMT tuk paper esok.
walaupon papa takde, itu tak bermakna mama masih golek-golek atas katil tau.
dah bangun awal pagi sbb papa ajak bekfes kat luar.
mama & zahra naik kereta, dan papa naik motor.
pas bekfes, papa terus gi study.
mama dan zahra?
lepak lah...
skang ni, mama tgh ngadap PC, zahra lak dah sambung tidur balik. dia nangis tadi, lepas mama sakat dia.hikhik
malas tul nak buat apa-apa hari ni.
padahal, banyak keje rumah menanti.
lantai tak sapu lagi, baju tak basuh lagi..
tapi... MALAS..MALAS..dan MALAS..
aci tak kalo taknak buat??hahaha
kononnya, nak kemas baju dlm almari. dah bersepah-sepah. tapi malas..alasan? tak muat dah almari tu, nak kena beli almari baru pulak.ekeke
baju baby dah bubuh dalam bakul, tunggu tuk dibasuh jek, tapi malas...alasan?belum beli bekas nak isi baju baby..
plannya nak gi beli sikit2 brg baby aineh, tapi dah papa tengah busy study. hilang terus mood nak shopping.hahaha
padahal, banker takde. tu yang tade semangat nak shopping.muahaha

kalo rajin, nak buat ciskek aineh...yg simple-simple jek...bahan ada dlm peti,tp kalo dah angin malas merasuk diri, satu benda pun tak jadi.huhuhu


love: mamazahra ^__^

Sunday, 31 October 2010

Kisah si Sabtu

siapa si Sabtu tu?
korang tak kenal?
mama pun tak kenal.hehehe
yang mama kenal Isnin je.hehe
my arwah bapak yang hebat lagi kacak bergaya.ekeke

Sabtu-30.10.2010, papa ada study group.kekononnya jadik mentor pada kawan-kawan lah.
oleh kerana carrymark dia paling power dikalangan kawan-kawan, maka kengakwan dia yang tak study lagi gelabah ayam sbb exam tuk paper QMT adalah sabtu depan. olehkerana papa seorang yang hensem baik hati, maka dia volunteer nak jadikan kengkawan protege.hikhik
so, semalam dari pagi-pagi morning(kul 9pagi) sampai ke petang(kul 5lebih) papa jadik mentor.
mama dan zahra??
lepak umah kak ngah mama tuk buat cookies.
13.11.2010 nanti, anak kakak sepupu mama berkhatan. kakak sepupu mama,kak hendon nak buat majlis sikit. so, mak dengan baik hatinya nak sponsor cookies tuk hidang atas meja.
makanya, anak-anak pompuan mak jadik mangsa keadaan.tak lah. kami ikhlas sebenarnya.
semalam, kami 5 beradik (Kak Anjang tak join sekaki sbb dia rewang umah jiran dia) bertungkus-lumus buat 6 jenis cookies. biskut kelapa, biskut coklat,biskut cornflakes oren, semprit, dahlia & tat jem.
macam nak patah pinggang okeh. mama siap berlunjur bagai sebab kaki dah cramp duduk mengacu cookies.letih yang amat dengan zahra dok aseklah bergaduh dengan kazen2 dan anak2 sedara dia. sekejap-sekejap menangis.geram jek.

malam pulak, kami gi melawat baby mia yang kiut,anak dara kesayangan kawan blogger, Eida.
sila salahkan mama sebab mama langsung tak ingat nak bawak keluar kamera cikai mama tuk snap pic Mia.bad me.bad me!!!
takpe, mama berjaya cilok pic Baby Mia tuk korang dari FB mama dia.hikhik

[ni Mia masa baru lahir]

semalam, baby Mia dah lain sket muka. pakai pinky lagi.mmg terserlah ke'gegel'annya.teringat masa Zahra baby dulu.hikhik
tapi, mama langsung tak sempat nak dukung dan gomol-gomol baby Mia. dengan papa nak cepat sbb ada emergency kat opis dia, dengan zahra nak itu-ini,dgn sedara-mara Eida dok gilir-gilir dukung baby Mia.
takpe, next time, mama jenguk lagi.
eida a.k.a ninot,panggilan family mama tuk eida. eida ni, bukan jek kawan tuisyen mama, dia gak sepupu kepada abang ipar mama. sebab tu kami bleh rapat.dan kebetulan pulak, kawan-kawan sekolah menengah ninot adalah kawan2 sekolah rendah mama.hehehe
hope, persahabatan kami bersambung ke anak-anak kami pulak.heee :D

balik dari umah ninot, mama dan Zahra terus tidur, dan papa gi opis tuk setelkan emergency tu.bukan papa tu pasukan penyelamat ke hape.papa kan coordinator warehouse, if anything berlaku kat warehouse papa kena bertanggungjawab. papa balik dari opis kul 2lebih.mama dah selamat beradu.sedar-sedar,papa dah terbongkang atas katil Zahra sbb mama & zahra dah kongker katil.hikhik

apa kami buat Ahad??next entry lohh...
nanti takde story-mory nak habaq kat korang plak.hehe






love: mamazahra ^__^

Monday, 20 September 2010

Adik Baby Zahra

Jumaat - Syawal 8 1431H
mama & papa plan nak ke Hospital Umra tuk mulakan regular check up kat situ sampailah bersalin.
setelah membuat pelbagai perbandingan.ececeh, poyo jek. antara UMRA ,Razif & Barakah.
akhirnya, kami decided tuk bersalin kali ni di Umra.
so, pagi-pagi Jumaat nan indah tu.kami gi lah hospital umra.before tu, sempat gi bekfes warung bawah pokok.


kami sampai kul 10.30pagi.time tu, ada lebih kurang 5 ibu mengandung tunggu giliran.
memang memula tu, nak set appointment dengan Dr Ummul.tp, bile tengok 5 ibu mengandung tu semua tunggu Dr Ummul, kalo ,mama tunggu gak mau sampai ke petang baru setel.
so, mama decided tuk amik jek Dr Rafi. walopon berat hati sikit, kalo boleh memang nak Dr Ummul. tapi, Dr Rafi adalah pakar sakit puan kat situ, maka papa kata, xkesahlah. papa kan ada sekali.
so, set appointment ngan Dr Rafi. cepat jek nama di panggil.
memula juz nak consultation ngan Dr Rafi dan scan ngan Dr Ummul. tapi, tetiba Dr Ummul ada kes emergency kat dewan bersalin. kalo tunggu gak, lambat. so, papa kata scan jek ngan Dr Rafi...
makanya....
inilah adik baby Zahra....

Alhamdulillah, baby sihat...dan sangat aktif.
mama dah boleh rasa gerakan aktif baby...
masa Dr scan pun, dia non-stop gerak, sampai susah Dr nak scan...
baby dah 21weeks..dan Dr jangka 24 Jan 2010, awal seminggu dari tarikh 1st scan aritu.
tak kesahlah, janji baby sehat & mama selamat lahirkan dia kan...
baby dah 435g

dari gambar scan ni, korang agak-agak kan, baby girl ke boy???
mama pun tak berapa pasti, masa Dr tunjuk tu, macam kurang jelas.
so, Dr Rafi bagitau, next appointment dah boleh scan 4D.time tu bleh nampak jelas jantina baby & rupa baby sekali.
tp, mama cam tak minat pulak nak tengok. tak surprise. tapi, papa kemain excited lagi nak buat 4D scan.hehe
masa scan hari tu, Zahra dan papa paling excited.bukanlah mama tak excited, tp mama kan dah rasa gerakan baby, so xdelah excited bile Dr tunjuk kepala baby, perut, tulang belakang dia, peha dia dan tettt dia..hehe
sebab, sebagai mama dia, mama lebih rasa kehadiran dia & tumbesaran dia dlm tummy mama.excited wohhh!!! especially, bile baby dah pandai buat gerakan keras yang boleh mengejutkan mama dari tidur.
bile papa usap-usap perut, lagi lah baby mengeras jek.hehe
mama ada tanya Dr Rafi, betul ke baby dah gerak sbb mama terasa gerakan dia. mama ingat, perasaan mama jek, ye lah manatau amma ni excited terlebih, padahal bb lom gerak.hehe.Dr cakap, 2nd baby mmg cepat sikit. masa 18weeks baby dah mula gerak. masa 1st bb, memang 20-24weeks baru terasa.

kami setel semua, kul 11 lebih. terus ajak papa gi McD s.2 tuk pekena triple cheese burger.
bile tgk iklan dia, telan air liur jek. hehe
kami sampai kat McD kul 11.55am. so, kena tunggu before Mcvalue lunch start.

inilah menu lunch mama....meletopss!!!
triple chhese burger, air ribena besar, Cheese Mcshaker fries.
if beli set besar, akan dapat cheese mcshaker.
sedap, kaya dengan keju.
tu yg berat naik 0.6kg walopon baru raya seminggu.muahaha
groovy lime sundae kongsi 3 orang.sedap gile wehhh!!!
cik Zahra yg dah big girl skang neh...happy meal tuk dia :)
suka lah cik kak ni dapat toy powerpuff girl.hehe

papa masih setia dengan bigmac nya....

balik kocoh-kocoh sebab papa nak gi solat jumaat.
apa aktiviti kami petang jumaat????tungguuuu!!!!


love: mamazahra ^__^

Thursday, 2 September 2010

MC dua hari, apa mama buat??

Semalam dan hari ni, mama MC.
asthma menyerang lagi.
oleh kerana, skang ni mama tengah peknen so Dr suruh mama rest 2 hari kat rumah.
risaukan kandungan mama, risaukan mama sebab Dr cakap, pregnancy bleh exaggerate asthma.
lepas neb semalam, rasa kurang sikit bunyi time bernafas.
oleh kerana Dr dah bagi MC, maka mama amiklah kesempatan tuk buat biskut raya.

Biskut pertama : Choc Chip Rangup

bahan2nya mudah jek.
korang tak perlukan mixer pun, kacau pakai tangan jek.
yang penting, ada bahan2 tu kat rumah.
Bahan A
  1. Planta 250gm
  2. gula halus/icing[gula biasa korang blend sampai halus] 130gm
  3. kuning telur 1biji
  4. esen vanilla 1sudu kecil
planta & gula kacau rata, pastu masukkan kuning telur&esen vanila

Bahan B
  1. tepung gandum 230gm
  2. milo/serbuk koko van houten 50gm
  3. nestum 50gm
  4. badam 50gm(sangai/goreng tanpa minyak 5minit)
  5. choc chips 100gm
  6. white choc chip 50gm
gaulkan rata semua bahan B

then, masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A, kacau rata.
kemudian, sudukan kecil-kecil adunan dlm loyang.
macam kat bawah ni...

[abaikan loyang turun-temurun mak mama ni ekk]
dan bakar dalam oven[xkesah oven apa pun, oven butterfly kaler hitam tu pon boleh], amma guna oven yg bulat tu, sebenarnya oven elektrik, tp dah rosak, so amma tenggek atas dapur gas jek.hehehe
bakar suhu 180c selama 20minit.
berhati-hati sikit sbb adunan kan kaler cokelat, kang hangus pulak.ngeh3
maka, jadiklah biskut choc chips yang rangup cam kat bawah ni.

kalo korang guna dark chocolate, kompom rasa dia cam biskut double choc kat famous amos tuh.hehe
serius rangup tau!!!
tak caya??? try buatlah!!! kalo malas, meh datang umah mama!!!

then, hari ni mama buat cornflakes chocolate.
ni 1st time mama buat cornflakes coklat neh, setiap tahun mama buat cornflakes madu.tahun ni, ubah sikit.
nak resepi gak ke??
tak payah arr...

mama pun x sure, orang suka ke tak cornflakes coklat mama ni.hehe


love: mamazahra ^__^

Monday, 9 August 2010

Aduh, mengantuknya aineh..
Semalam, papa ada kelas.kul 8pg dah gerak.
Early morning senarnya papa dah bangun, study tuk test. [rupanya, test cancel.wakaka.padan muka,kalo appa tahu, sure dah bantai tidur]
Mama lepas subuh, haruslah sambung beradu bersama anakanda tercinta.hikhik
Papa kejut tuk salam n kiss before gi kelas.hikhik [gile pemalas punye bini]

Bile papa pergi kelas jek, mama bangun tuk prepare bekfes tuk kami berdua.
Mama goreng cempedak jek. dua hari berturut makan cempedak.gara2 beli sebiji cempedak kat pasar malam sabtu.

Sementara menunggu anak dara tu bangun, mama ngadap PC lah.hehe
Then, kul 10 baru anak dara tu bangun.
Jenuh nak pujuk dia mandi. Bile bagitau nak gi umah mak ngah, baru dia nak mandi.
Kul 11 gerak gi umah kak ngah.boring lak berdua jek ngan cik Zahra.
Singgah jap beli bahan tuk masak lunch. Gi kedai lepas kul 10, memang dah takde lah lauk kan.Cuma ada sotong jek, bedal jek laaa…Pastu singgah beli jambu 88.
kak ngah masak sotong tu mmg terbaik, siap bertambah mama makn.bkn nasik tau yg bertambah, tp sotong tu.
sok-sok nak gi umah kak ngah lah, suh dia masak buka.ekeke [senarnya, benda tinggal nak suap ke mulut, tu yg sedap.cuba suh masak..takdemaknenye.hehe]
melepak kat rumah kak ngah sampai kul 3.
zahra main ntah pape ngan kazen n ank sedara dia, Auni.
mama melepak tgk TV.hehe
balik umah, bantai tidur.si kecik tu bantai main.ntah hape-hape dia main.biarlah janji tak keluar rumah.hehe
kul 7mlm baru papa sampai rumah.
letih woo menunggu papa.
sejak papa sambung study ni, tak syok wiken kami.
nak kuar jln2 pun malas sbb papa takde.
padahal, kalo papa ada pun bukan dia nak kuar jln2 pun.tp, at least ada gak nampak batang idung dia depan mata.

itulah citer wiken kami yg biasa-biasa.

p/s: makan malam lak, papa yg masak.megi sepesel.terbaik wokkk!!sedap, sampai licin pinggan.hehe




love: mamazahra ^__^

Monday, 5 July 2010

Cerita Ahad Kami (^__^)

ni bukan cerita ahad ni, tapi cerita ahad lepas.
ahad 27/06/2010.
mama plan dgn Andak nak gi bertandang ke rumah Atam mama kat Jalan Kebun.
Atam renovate umah dia, so mak teringin sangatlah nak jenguk.
makanya, Andak nak bawak mak kesana lah. Pastu, Andak ajaklah mama sekali.
oleh kerana, kami mmg takde aktiviti ahad tu, laju jek la mama nak join sekali.
so, layankan jek la gambaw mama posing kt umah Atam.hikhik


mama dgn pintu gerbang baru.before this, atam guna pagar besi biasa jek.

anak Along mama, Aein pun join sekaki posing sakan.hikhik

gazebo tuk lepak2...ni mmg dah ada before this, tp Atam tambah sket aksesori.ala, mak tak pandang plak!!!
okeh, baru mak nak pandang kamera.hehe

landskap nak ke ruang rehat tepi...
Aein....lagik :)
pintu masuk kedua...
pintu masuk utama, Atam tambah kolam ikan koi & air pancut.tp, mama tak amik gambaw.
next time lah.
ada satu ruang rehat kt tepi rumah, tu pon mama tak amik gambar.lenkali la ye!!

kakak ipar mama teringin nak masukkan landskap umah dia dlm magazine, tapi tatau caranya camne.
kowang tahu tak???
bleh mama tlg kakak ipar mama ni.
Atam & wife dia ni mmg suka hiasan dalam antik.siap sanggup gi serata Semenanjung Malaysia semata2 nak dapatkan barang2 lama tuk hias kt umah derang.
nnt, mama buat full entry tuk setiap ruang kat umah derang ekkk...
yg ni intro jek.negh3

aktiviti semalam, apa ye???lepak2...dan mkn2 jek..xde aktiviti lain.hukhuk

love: mamazahra ^__^

Saturday, 29 May 2010

Cuaca panas camni, berendam adalah aktiviti paling nikmat

skang ni cuaca bukan main panas lagik.
kadang lepas mandi pun, boleh berpeluh-peluh.
time hujan pun, bahang jek rasa.
Tapi, syukurlah dari hujan ribut kan?
at least, tak banjir.
panas-panas pun, Alhamdulillah masih boleh bertahan.

so, bila cuaca panas camni, berendam dalam air adalah aktiviti yang paling nikmat.betul tak?
kalo dapat mandi pun, rasa best jek kan?

mane yng dok apartment or rumah yg ada kolam renag, syok lah kan.
agak2 panas jek, terus terjun dalam kolam.hikhik

 
tiap kali wiken ini lah aktiviti kami.
kasi budak-budak mandi kolam plastik je.
nak gi swimming pool, malas pulak kan. nak kena drive ke Shah Alam.
kolam kecik ni la jadik tempat berendam time cuaca panas neh.egege

Zahra adalah orang yang paling suka.heeee :D

sonok jek Zahra berendam, walopon air bukanlah dalam sangat pun.

lagi-lagi, kalo abang-abang dia join sekali..lagilah suka Zahra

tapi, kadang mama pun join sekaki.ekekeke
saje layan Zahra berendam [padahal, mama dia yg hover okeh..hikhik]


sila abaikan lengan mama yg dah macam ahli bina badan tuh.hahaha

sambil berendam bawah pokok mempelam ni, sambil makan & minum ABC.mmg syoklah..hehehe

segala gambar adalah hasil tangan, kak Aein anak Pak LOng Zahra...
peace!!!!


love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!