Showing posts with label my Mak. Show all posts
Showing posts with label my Mak. Show all posts

Thursday, 19 May 2011

Home Sick :(


tak boleh nak cakap apa...sakit sangat ni...dah paras kronik.
sakit rindu teringat rumah dan isi rumahnya sekali...
rindu papa, anak-anak dan mak...
rindu nak makan kt rumah...
rindu nak borak ngan papa...
rindu nak main ngan anak-anak...
rindu nak dengar cerita Zahra...
rindu nak gomol-gomol Zharif...
 dan rindu nak gossip-gossip ngan mak..rindu!!!!

nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Monday, 13 December 2010

Kerna terpaksa...

hari ni mama EL.
mak ada appointment kat HBTAR kul 2ptg.
nak tak nak, mama kenalah EL. walopon cuti tahunan tinggal berapa kerat jek.
janganlah sampai hujung tahun ada benda emergency berlaku.amin~
kalo tak, ada yang unpaid leave la pulak.hukhuk
gaji mama dah lah ciput jek, kalo kena unpaid leave memang kering lah poket.
appointment mak kul 2pm kan, patutnya mama 1/2 day leave jek la kan. buat pe nak susah-susah ambik cuti bagai kan.
itu pun, kalo mama keje kat Company korang lah.hehehe
sebab mama keje kat Company mama ni lah, makanya KERNA TERPAKSA mama ambik emergency leave sebab Company mama tak amalkan cuti halfday.
kalo ada pun, timeslip which is cuma 2jam jek.
kalo dah berurusan dengan hospital kerajaan, adalah MUSTAHIL ye urusan akan selesai dengan cepat.
korang paham-paham jek la.
kalo mama punya gaji besar, memang takde lah nak bawak mak gi spital kerajaan. baik hantar gi swasta jek kan, mudah urusan.
tapi tu lah, gaji mama kecik jek...
kadang-kadang rasa tak adil jugak, ada setengah orang kat company mama boleh jek yang nak masuk or keluar halfday tanpa ambik cuti if ada urusan penting.
tapi tu lah, hanya SETENGAH orang jek. yang setengah lagi, cam mama ni memang tak layak.
so, sendiri mau ingat lah.
kalo ada urusan yang lebih 2jam samada pagi atau petang, kenalah ambik cuti. sebab tu, cuti mama paling cepat habis. sob sob
ada setengah orang tu, sampai 20hari cuti tahunan dia yang carried forward ke tahun depan. dasyat kan???
tak pe lah..itu REZEKI mereka...
mungkin derang takde urusan keluarga yang nak di setelkan time weekdays, atau mungkin derang takde masalah dalam hidup. wallahualam...

patutnya kakak mama yang hantar mak gi hospital, tapi hubby dia jatuh motor pulak.
so, mama kenalah hantar kan. nanti mak cakap apa pulak, mak sorang bleh jaga anak 10 orang tapi anak 10 orang takleh jaga mak.hukhuk
hope urusan kat hospital petang nanti cepat lah siap. dengan perut boyot neh, nak kesana ke mari kat hospital tu, alahai...Allah jek yang tahu.huhuhu

korang cuti ke hari ni? Papa cuti hari ni sbb Sabtu kat public holiday. so, carried forward ke Isnin. untung kan??
dah tahu papa cuti, nape tak papa jek hantar mak ke hospital?? cemana lah papa nak pimpin mak dengan cik Zahra sekali kat hospital tu. kalo tak Zahra terlepas, mak pulak terjelopok kat lantai kang.hukhuk
tapi, mak tu tanggungjawab mama. kenalah buat kan. sedari kecik mak bela kita, takkan dah besar ni, kita takleh nak jaga mak kan....

korang bekfes pe hari ni? mama goreng bihun jek. beriya-iya papa nak goreng nasi balance malam tadi, sekali dah basi. terus mama ambik aleh tugas sediakan sarapan. Bihun goreng bujang jek. janji kenyang dimakan. jimat duit, tak payah beli sarapan kat luar kan.hehe

sementara nak tunggu petang, apa nak buat eyh??
buat kek coklat kukus pun sedap gak kan???

gambar adalah gambar selingan sahaja...

[watermark adahal hasil air tangan sue anna joe.TQ ya!!! korang pun amik sbb sueannajoe bagi free jek :) ]

gambar sabtu 2minggu lepas masa kami nonton filem pecah panggung...
bukan 2 alam lah...
tapi..
filem ni..

^

^


^


^



^


^


gelak guling-guling okeh tengok citer ni...
ok,itu tipu!! mana bleh guling-guling dalam panggung.
gelak kuat-kuat jek.hehehe
cuma zahra sorang jek yang takut sampai angkat skirt sampai tutup mata.hahaha
tu lah, sapa suruh nak ikut mama ngan papa nak tengok movie komedi seram.hikhik
padahal dari umah, zahra yang request nak tengok citer hantu.tapi, bile cerita mula dia yang paling takut.hahaha





love: mamazahra ^__^

Sunday, 1 August 2010

Update: Perkembangan 'Serangan Jantung' mak

Dah seminggu lebih mak kat rumah kak ngah mama, kat sementa.
lepas balik hospital tu, mak sempat dok seminggu jek kat rumah.
bukan mama takmo jaga mak. mama kan keje, dari kul 8 smp kul 5 [alasan jek neh!!]
tu yg takut pape jadik waktu tu..
kalo mak kat umah, sementara siang tu, kakak mama da nak jaga mak.
tp, dia kan sibuk uruskan anak-anak dia.
sibuk nak hantar dan ambik anak-anak dia sekolah.
tu yg, kak ngah volunteer nak jaga mak.
sbb kak ngah seharian dok umah.
anak bongsu dia yg umur 8tahun tu, gi sekolah kakak dia yg hantar.
tu yg kami hantar mak ke sana tuh.
lagi pun, umah kak ngah dekat ngn tukang urut.
tu yg senang sikit.
so, mama hanya dapat jenguk mak 2 atau 3 kali jek seminggu.

jumaat malam sabtu lepas, mama gi umah kak ngah.jenguk mak.bawak nasi beriyani kesukaan mak.
tapi, mak langsung takde selera nak makan.
mak nampak lembik sangat.
cuma, jamah biskut & air susu jek tuk sepanjang hari.
mama bawak gak buat mata kucing, mak ada lah mintak 2,3 bijik.
tapi, ye lah.mak kan ada asthma.mana bleh byk mkn buah tu.sian kat mak.
apa yg dia selera nak makan, kena pantang pulak.
yang kita suruh makan pulak, dia takde selera.

kat umah kak ngah, mak terbaring jek. gi bilik air pun naik wheelchair.
mujurlah, mak mertua kak ngah mmg ada wheelchair, boleh la pinjam.
mak takleh nak berjalan gi bilik air, sbb mak akan termengah-mengah bila jalan jauh sikit jek.
bila kami suruh pakai lampin dewasa, mak cakap tak selesa.
so, kenalah tolak dia guna wheelchair ke bilik air.

malam tadi, mama jenguk mak lagi.masa kami makan nasi, mak langsung tak jamah.
even, kak ngah ada masakakn nasi himpit tuk mak.
mama bawakkan mak coco crunch & susu HL.mak makan beberapa suap jek.
lemah sangat badan mak, kurus jek.

risaulah tgk keadaan mak...

sekarang ni, kami usaha secara moden & tradisional.
secara modennya, cuma bagi mak makan ubat jantung yg hospital bagi lah. mak tgh tunggu giliran nak scan jantung kat hospital serdang.nak tahu punca mak dpt serangan jantung.
ntah bila lah, pihak HTAR nak call bagitau tarikh giliran mak tu.
tunggu jek lah...
kami gak, bawak mak berurut & berubat cara kampung.
dengan panggil ustaz yg pakar tengok-tengok kan mak.

moga mak sihat cepat & boleh balik umah tuk puasa kat rumah.
mama dapat rasa lain, kalo mak takde time puasa nanti.
mama tak penah puasa tanpa mak.
harap dapat sahur & berbuka dgn mak kat rumah.

sedihnya, bila pikirkan ramadhan yg makin dekat.tapi mak masih lemah camtu....
dah tentu mak lagi sedih, sbb tak dapat bertarawih kat surau dan qiamullail kat masjid...

"Ya Allah, Kau sembuhkan lah mak..kasihanilah mak sepertimana mak mengasihani kami sejak kami kecil...Kau berilah mak kekuatan tuk hadapi penyakitnya.amin Ya Rabbal Alamin"

kat bawah ni, mama ada terbaca keratan pasal faktor risiko serangan jantung...


bertambah risau dgn keadaan mak...
harap mak kuat..dan terus kuat...


 

love: mamazahra ^__^

Sunday, 18 July 2010

Dugaan lagi....di Bulan Syaaban

masyaAllah, Allah menguji kami lagi...
kali ni mak masuk sekali lagi kat Hospital...
dan kali ni, bukan kerana asthma, jugak bukan kerana high cholestrol..
tapi, kerna SERANGAN JANTUNG..
dugaan yg maha hebat buat kami sekeluarga...

kami tak tahu, apa puncanya..
dimana silapnya...
mak diserang sakit jantung pula...
moga mak kuat hadapi ujian dari-Nya..
DIA mahu menguji hamba-Nya...

adakah aku bleh melihat emak tergelak dan tersenyum sebegini semula??


atau boleh kah mak bersama kami adik-beradik lagi??

Ya Allah, Kau berikanlah aku kesempatan itu lagi...
kau berilah aku peluang lagi tuk bersama mak lagi...
sayu hati ni bile melihat mak enggan memakai lampin dewasa...
aku paham perasaan seorang yg bernama EMAK...
aku paham sungguh perasaan ITU...

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat emak..
Kau berilah dia kesihatan yg baik..moga..
dia kan terus bersama kami...

walopon aku tak pernah pamerkan rasa SAYANG itu, tp aku yakin emak faham maksud aku itu...



love: mamazahra ^__^

Monday, 10 May 2010

Bencinya dengan spesis manusia yg suka amik kesempatan!!!

wahhh!pagi-pagi mama dah hangin.
kenapa meh?
marah kat sapa neh?
tak baik tau!!
baru semalam janji ngan papa nak jadik mama yg baik tuk anak2.hikhik
ops!!!mama bukan kena raba keh...
ekceli, mama tengah bengang dengan makhluk yg paling seksi keji dalam dunia.
orang tua pun sanggup dia tipu!!!
tak takut mati ke?
tak takut neraka ke?
sebenarnya camneh...meh mama story...
tahun lepas, cucu menantu hantu  mak a.k.a menantu hantu  kak ngah mama ada mintak izin mak mama tuk menyewa tanah pusaka mak tuk buat projek menternak lintah.

[gelinyeee!!!!]

memula tuh, kami anak2 mak mmg tak setuju.
tapi, kak ngah beriya pujuk mak.kami ni, taknaklah kerana"tanah pusaka" sampai nak berbunuh bertekak adek-badek kan...
okeh!akhirnya bila mak setuju, kami pun terpaksa setuju.
cucu menantu mak tu, yg kami gelar Abe [sbb dia cucu menantu sulung, yg berketurunan kelantanese] janji kat mak tuk bayar sewa RM200 SAHAJA sebulan. [bukan banyak mana pun!!!]
tapi, setelah lebih kurang 6bulan, langsung tak bayar sewa.alasan???projek belum berjaya.
so, dia bagi mak mama RM250 sahaja tuk 6bulan tu.
selelah hampir 10 bulan, masa mak gi surau dan bersembang2 dengan jemaah lain lepas abes solat.
ada yg bagitau, mereka ada buat bekam lintah kat tempat tu tuk penyakit resdung.
so, nampak sangatlah projek tuh dah berjaya kan??

so, kakak mama, Andak hantarlah mak kat "tempat projek" lintah tuh.mmg masa tu, banyak gila customer.
bile mak mintak duit sewa, dia bleh jawab" BELUM ADA HASIL".abes, customer byk2 tu bayar pakai apa?pakai daun?ke ko bagi FREE jek?
so, mak yg kecewa.balik tanpa apa2.
nak buat camne kan?
takde HITAM-PUTIH lorr...terpaksa akur lah dgn penipuan mereka.
nak marah, cucu menantu.kang ada plak yg merajuk takmo jenguk mak.huhuhu
sekali, minggu lepas.ada orang dari taman perumahan berdekatan "tempat projek" tuh.
buat aduan.bagitau, mereka yg tak bertanggungjawab tuh dah tinggalkan tempat tu camtu jek.
kolam lintah terbiar menyebabkan nyamuk & lintah merayap masuk perumahan mereka.
tak kejam ke?mereka cakap, kalo mak tak buat pape, mereka nak saman.
dia yg buat "taik", mak yg dapat susah..manusia camni pun ada ke kt dunia neh???
pandai nak amik kesempatan keatas orang tua yg tak berdaya.
dah dapat hasil, gi cabut lari.kuwang ajaqqq!!!!
so, last wiken, kami (mama,papa,andak,andak awi,endek&endek kamal) menjenguklah tempat kejadian.
siyes!!mmg teruk!!!
dia tinggal semua kolam (tong plastik) camtuh jek.
tempat dah jadik semak samun.haramjadah punya orang.ni bukan manusia, tapi setannn!!!
so, sabtu dan ahad kami bekerja keras bersihkan tempat tuh.
kutip segala mak nenek lintah dan masukkan dalam balang seblom kami hapuskan dgn menggunakan garam kasar.
segala tong kolam lintah kami terbalikkan tuk buang air yg penuh selut.
so, semalam kami tekad tuk jual segala tong & peralatan yg dia tinggal kat kedai pelupusan sampah.
nasiblah kan...sapa suh buat taik kan.
setelah menjual semua peralatan dia, kami dapat RM290.
sangat tak berbaloi-baloi sbb dua hari kepenatan mengangkat tong-tong itu.
sudahnya, kami langsung tak celebrate MOTHER'S DAY tuk mak sbb kepenatan kat "tempat projek" tu.
dan hari ni, mama sakit pinggang & bawah pewot[kat pangkal ari-ari tu].hadui~

p/s:hanya Allah bisa membalas perbuatan keji mereka.
p/p/s: kalau Allah tak balas di dunia, Allah balas di akhirat kelak.



love: mamazahra ^__^

Sunday, 9 May 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari ibu, buat mak mama yg tersayang, Pn. Hjh. Siti Fatimah Mansor.
Terima kasih atas segala pengorbananmu membesarkanku & segala doamu selama ini.
Selamat Hari Ibu juga buat mak mertuaku, Pn. Ngadinam Saelan.Terima Kasih kerana mengandungkan, melahirkan & membesarkan suamiku, juga papa kepada anakku..
Pengorbananmu, hanya Allah bisa membalasnya.
Moga kedua makku ini,akan terus sihat & bahagia didunia & juga di akhirat kelak.Amin
hanya doa & sedikit hadiah yg tak seberapa ni untukmu tanda TERIMA KASIH kami buat kamu.Kami sangat sayangkan kamu berdua.muuuaaahh!

love: mamazahra ^__^

Friday, 30 April 2010

4 hari dah...

..mak mama ditahan kat wad.
selama 4 hari, 3malam tu gak la, kami adik beradik bergilir-gilir jaga mak.
setakat neh, mama lom lagi jaga mak.almaklumlah mama ni ada 'penyakit'.huhuhu
mama cuma dtg melawat mak jek.
rabu, 2kali mama jenguk mak.
semalam lak, mama melawat time lunch hour.
hari ni, tatau lagi.
malam tadi, SIL mama yg jaga mak, "Terima Kasih Atam sudi jaga mak"..terharu rasa.huhuhu
mama plan nak gi jenguk mak ptg nanti, mak dah takde baju bersih.
lagipun, nak gi amik baju kotor mak.
semalam masa melawat mak, ada insiden berlaku.
boleh pulak ada minah "senget" dalam wad tu.
dia menyanyi, bersilat, mengaji,berlari, terpekik2 cakap dirinya BATMAN.
hadui!!!takpaham sungguh.cane pihak HTAR boleh masukkan "orang gila" dalam wad biasa.
mak cakap, satu malam mak takboleh tidur gara2 minah senget tu.huhuhu
sian kat mak.
semalam masa melawat tu gak, Doktor tengah amik darah mak.
sampai 4 kali mak kena cucuk.
2kali kat tangan kiri, tapi masih tak dapat amik darah gak sbb darah mak terlalu pekat.
Doktor India tuh pindah kat tangan kanan pulak, masih tak dapat.
sampai bengkak tangan mak asek dicucuk.
last sekali, Doktor amik kat pinggang.
asalkan mak kembali sehat, cukuplah.

ps: terus doakan mak mama ye!!!!


love: mamazahra

Wednesday, 28 April 2010

Ya Allah, Kasihanilah dia sepertimana dia mengasihaniku semenjak aku kecil

"Ya Allah, ringankanlah beban kesakitannya...
Kuatkanlah semangatnya dan juga semangatku..
Dia terlalu lemah tuk menghadapi semua ini..
Kau kuatkanlah dia agar dia cekal hadapi ujian-Mu ini..
Doaku...agar dia terus sihat dan terus bersama kami...
Amin..Ya Rabbal Alamin"


ujian melanda kami sekeluarga lagi.
kali ni, mak mama yang diuji.
mulanya cuma demam biasa dan sakit2 badan..plus asthma yang teruk.
dan semalam mak terpaksa ditahan di wad HTAR setelah beberapa klinik takleh terima.
setakat ini, Doktor cuma bagitahu yang mak mama, terlalu banyak kahak tersekat di paru2nya sbb tu mak takleh bernafas dgn betul.
oleh kerana kahak tu takleh nak keluar sendiri, makanya perlu disedut.
ni kali ke-2 mak hadapi penyakit yg sama.
Sekali waktu mak nak ke tanah suci, 10 tahun lepas.
harap mak kuat hadapi ujian Allah kali ini.
harap, dalam usia 68tahun ni, mak mampu tuk hadapinya.

Semalam, Ateh temankan mak.malam tadi, Andak.
Pagi ni, mama nak gi spital tgk mak.
harap mak dah OK.
bukan mama takmo jaga mak kt spital, tp mama ni ada sejenis penyakit "alah pd darah".
kalo nampak darah jek, bleh pitam.
ikutkan hati, mmg nak jaga mak kat spital.
dapat jaga mak sekejap pun jadilah...

harap, korang dapat doakan mak mama ye.
biarlah mak sihat seperti biasa.
boleh borak & gelak dengan kami lagi...

love: mamazahra

Wednesday, 20 May 2009

~ mother's day celebration ~

maaf eyh... semua...
n3 neh da lapuk...
tapi, mama still nak share cerita neh kat blog neh...
sambutan hari ibu yang lepas...
kami sefamili celebr8 kat umah jek...
yelah kan, mak mama dah tak sihat...
sambutan tahun neh agak happening sikit...
kami plan nak buat BBQ party + kenduri doa selamat tuk mak...
tuk menghargai pengorbanan mak selama neh...
jerih perih mak besarkan kami sebagai ibu tunggal setelah kehilangan arwah abah tahun 1984...
mama ingat lagi, betapa hidup kami agak susah..
mak bekerja siang malam tuk besarkan n sekolahkan kami...
besarnya pengorbanan mak....
mama ingat lagi... mase mama kecik dulu.. time sekolah rendah...
time tuh, mak bekerja kantin sekolah mama....
kawan2 semua ejek2 mama...
tapi, mama tak penah malu sbb mak adalah mak yg terbaik tuk mama...
walopon mama jarang luahkan rasa sayang mama pada mak...
tapi, mama tahu mak tahu betapa mama sayangkan mak...
time kecik dulu, mama salu hadiahkan mak kad hari ibu yg mama reka seniri...
tapi, bile da besar neh... mama tak lagi beri kad pd mak..sbb mak da h tak nampak tuk membaca....
oleh itu, kami buat sesuatu yang boleh mak hepi...
kerana pengorbanan mak tu lah... mama nekad..
walopon mama anak org miskin, mama mampu masuk Universiti...
itu janji mama pada mak...
alhamdulillah, tercapai hajat mama nak banggakan mak...
mama jugak masih ingat susah payah mak bangun tengah malam tuk temankan mama study tuk UPSR, PMR,SMA & SPM... walopon time tuh, mak tido lewat sbb sediakan kuih tuk dibawa ke kantin sekolah...alhamdulillah, walopon tidak cemerlang tapi tetap keputusan yg membanggakan mak....
mama ingat lagi, mase UPSR, mama nangis sbb dapat 3A 1B.. mama harap sgt dpt 4A..
tapi, mak pujuk... mak cakap... mak dah cukup bangga....
sekali lagi mama kecewakan mak, bile mama tak dapt 9A UPSR...mama cuma dapat 3A 4B 2C...
tapi, mak tetap cakap..mak bangga pada mama...
dan bile SPM, dan mama masuk matrix... mak org yg paling gembira ngan keputusan tuh...
mak tak pernah jemu, bagi mama semangat n dorongan...
mak cakap, mak bangga sbb mama satu2 nya anak mak yg berjaya ke Universiti... Alhamdulillah...
moga Allah panjangkan usia mak... n beri mak kesihatan yang baik...
mak, nono sayang sgt kat mak...
mak adalah segalnya..
mak lah mak n abah bagi nono....
walopon, nono membesar tanpa abah... tapi, nono tak pernah rasa kekurangan itu....
Terima kasih mak atas segala susah payah mak selama ini...
okeh!
cukup sudah segala citer sedih...
la ni mama nak cerita sambutan we ols buat tuk my mak tersayang...
ekceli acara masak-memasak bermula kul 11 pagi...
kami gotong-royong masak menu tuk malam tuh...
mamanye kakak ipar, masak nasi beriyani+kari ayam...
mama masak chapchai or sayur campur n wat coleslow...
my sis, andak nora masak nasi himpit n chicken chop...
endek eja wat preparation tuk BBQ... lamb chop, sosej black pepper & daging black pepper...
yg lain2 rewang2 jek...
acara sambutan bermula pas maghrib..
dimulakan dgn bacaan tahlil tuk arwah abah n doa selamat..
tahlil diketuai my Along..n doa by bapak sedara mama, Paman Yan...
pastu bermula acara potong kek hari ibu n kek hari jadi mak yg we ols sambut in advance..
ekceli hari jadi mak mama, 12/05/2009...
kek Hari Ibu, pandan layer...
kek hari jadi, blue berry....
mak potong kek... we ols interprem...
dari kanan, Endek Eja, Anjang, mama,mak,andak n k.ngah Tina
[alang lina tak join bergambar, sebok pegang cucu...ahaks~]
mak amek gamba ngn sebahagian dari cucu2 mak...
[zahra di dukung sis Ika]
ayin, cucu menantu mak... bertugas jaga BBQ
sebahagian makanan.. macam-macam ada....
nasi berayi, nasi himpit, satay, chicken chop, satay, buah n etc.
masa tuk games...
macam2 games we ols organise tuk epi2...
1. tiup belon sampai meletup tuk budak2 [pemenang: 1st:Iqbal & 2nd:shafiq]
2. musical chair tuk budak [pemenang: 1st:Aniq & 2nd:Fiya]
3. musical chair tuk dewasa [pemenang: 1st:Ayang Mira & 2nd: Ain]
4. lari berpasangan tuk dewasa [pemenang: 1st: Yuyun & Ayin & 2nd: Ateh& Ateh ilah]
5. bisik buzz tuk budak [pemenang:1st: Fiya,Eriq&Nina 2nd:Shafiq,Anas,Aniq]
6. slumber rock budak [pemenang 1st:Iqbal 2nd:Irfan]
7. Slumber rock dewasa [pemenang 1st: Acui 2nd:Ateh]
8. bola berair berpasangan [pemenang: 1st: Rini&Acui 2nd:Ayang Mira&Anip]
acara last, juara makan [pemenang 1st:Ayin 2nd:Ayang Mira]
ekceli, games neh tuk sesuka jek...
kasi epi2 sket...
n last sekali, wajib interprem...
tuan punya blog n puteri kesayangannya, Zahra...hikhik =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!