Showing posts with label Ceritera Cinta. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Cinta. Show all posts

Tuesday, 21 December 2010

Bulan CINTA bakal berakhir

...sob..sob..sob.sedih wohh!!!

Bulan December kan bulan CINTA  tuk mama dan papa.rasanya korang yang mengikuti repekan mama kat blog neh, mmg dah tahu kan..hehe
bulan December ni kan bulan anniversary kami...plus besday papa kan..
hari ni, bulan cinta kami bakal berakhir, ada lebih kurang beberapa hari jek lagi.
24 Dec 2010 dah semakin dekat, plan asal kononnya nak sambung kesinambungan ceritera cinta tahun lepas. mama lom sempat cerita pasal honeymoon segala kan...
tapi, cam tak berkesempatan jek. so, sambung next year lah kalo panjang umur.hehehe

annibesari kami + besday papa tinggal 3 hari lagi, tapi mama lom ada plan pun tuk meraikan bulan CINTA kami ni.
jangan lah ia berakhir, tanpa ada kenangan apa-apa. sadisnyaaa!!!!
ialah, usia perkahwinan baru setahun jagung tapi dah macam 40tahun.ngeh-ngeh-ngeh..
harap-harap kami akan tetap bersama walopon 40 tahun lagi.ececeh.layan jiwang jap!!
ekceli, banyak sangat plan tuk meraikan bulan CINTA ni.
tapi..banyak jugak halangannya.
harap, mama dapat raikan hari istimewa tu walopon secara bersederhana.
at least, dapat buat surprise celebration tuk kami mlm 24 tu ke, 24hb tu kan Jumaat, so sedang elok lah kan.ekeke
rasanya, sambutan tuk tahun ni tak segalak thn-thn sebelum ni lah. mama kan dah semakin sarat.
terboyot-boyot perut ni. tapi, masih ada hati lagi nak celebrate tuh.hehehe

insyaAllah, ada beberapa aktiviti mama rencanakan tuk celebrate kami punya wedding anniversary+besday papa serentak. tapi semuanya secara sederhana jek, sbb yang lebih memerlukan belanja besar sekarang ni, yang "ada dlm tummy" mama ni. rasanya lil DZ lebih memerlukan keperluannya.
ye lah kan, seriau gak tengok kawan-kawan yg peknen 2nd baby memaseng bersalin awal. manatau lil DZ dah tak sabaw nak jumpa mama,papa dan kakak zahra kan.
tapi, mama harap biarlah lil DZ lahir pada waktu yg sepatutnya dan dipermudah tuk dilahirkan.
itulah hadiah ulangtahun perkahwinan yang sangat amma harapkan...

apa pun, plan tuk celebrate anniversary akan diteruskan cuma. no BABYMOON [ciplak term mamazara] lohh...
dengan keadaan cuaca tak menentu, dengan perut yang semakin sarat berisi, dengan kekangan kewangan yang sepatutnya diperuntukkn tuk lil DZ...makanya, no babymoon. dan acara akan ditukar kepada sesuatu yg lebih sesuai.hehehe

p/s: mama sedang berusaha buat surprise celbration tuk papa. jangan bagitau papa tau!!!ekeke

love: mamazahra ^__^

Thursday, 1 April 2010

April Fool

Anda dah terkena???
atau anda dah mengenakan???
hikhikhik
mama bukan nak story pasal April Fool.
Tapi kan, setiap kali April Fool mama akan teringat kisah April 2006.
apa kesah nya???
ade aku kesah???muahahaha...
kesah nya cenggini....
1st April 2006 adalah tarikh papa propose mama.
kenapa, tak percaya????
memang betul...memula pun mama ingat papa juz nak kenakan mama..
tapi, bila papa buat muka serius, barulah mama percaya..hikhik
tapi, sangat sweet tau!!!
papa propose mama dalam En.Wirawan terulung...
sangat berjasa En.Wirawan tu tau!!!
tapi, kami terpaksa melepaskan ia pergi..huhuhu

so, sejak dari tarikh tu...1st April bukan lagi April Fool bagi kami!!!hahaha

apa motip buh gambar neh???
ni lah gambar kami berhoneymoon.heee :))

p/s: i lappp u lah, Bie...muahhhhhx~


love: mamazahra

Tuesday, 29 December 2009

Happy 3rd Anniversary to us

oleh kerana 24-12-2009 neh kami ada sambutan berganda.
Papa's 29th birthday dan 3rd anniversary kami.
maka, kami sambut start dari 23-12-2009, iaitu sehari sebelum dan hari-hari selepas tu.
poyo jek kan???wakaka
bukan grand sangat pun.
pada mama, sambutan tu dah cukup istimewa andainya kami ber3 ada bersama.
complete dah.
tak payah nak sambut sampai gi obersi or gi tempat mewah.
bersederhana sudah..
okeh, malam 23-12-2009 kami mulakan dengan nonton movie.
"The Princess and The Frog".
sangat best citer tuh. puas hati sangat-sangat.
so, kowang harus wajib nonton tau!!






buah hati kami...Nur Dhia Zahra, dia lah pengikat kasih kami...




kami kuar awal even movie start kul 11pm.
kul 9pm dah janji ngan ngan nurul nak amik cuppies kt Sec.7 s.alam.
lepas tu, terus gerak gi JJ, Bkt Raja.
dinner kat McD jek.
pastu, ronda carik pezen tuk anniversary kami.
kami memang amalkan begitu.
hadiah pilih sendiri. sebabnya, lagi puas hati kan.
win-win.
yang bagi suka, yang terima lagilah suka,kan.


apa hadiahnya???? tunggu...



tunggu time nak masuk panggung.
Zahra dah tertidur.


tapi, bile cerita start jek, Zahra dah jaga.
khusyuk tengok movie.
tepat jam 12, kami wish gitu-gitu jek.
takkan nak cam selalu kan. siap peluk-peluk bagai.
behave la sikit kan..
kang orang seat belakang cakap apa pulak.hikhik




kul 12.30am, citer abes.
memaseng dah letih.
Zahra dah tidur.

bukti mama dah letih.hehe :P
oleh kerana memaseng dah letih.
takde acara potong kek tengah-tengah malam ye.
kami postpone ke belah pagi.




ekceli, mama tak plan pun nak cuti.
papa kasi surprise pulak pagi tu, bagitau yang papa dah amik cuti dan dah plan something tuk kami.
padahal, siang tu papa cakap acara sambutan terpaksa dipostpone hingga hujung minggu.
saje lah tu kasi saspen.nyampah aii tau..[padahal, hati berbunga riang]
terus, laju-laju sms bos cakap mama EL.wakaka



HAPPY 3rd ANNIVERSARY to NORLy & ZAHARI...24-Dec-2009

acara cake cutting...
cuppies yang ditempah khas dari kak syu, teluk pulai.
sangat sedap okeh kapkek yg kak syu buat neh.
pasneh leh rekomen kat orang lain pulak.




Happy 3rd Anniversary to us.


...semoga ikatan kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa kami...
dan semoga cinta anatar kami tidak melebihi cinta kami pada-Nya...
dan semoga rasa cinta, kasih dan sayang ini terus mekar mewangi...




chewah!!jiwang 18 karat la pulak..
sila jangan menyampah ye..
doa dari kalian amatlah kami harapkan...



apa hadiah dari papa tuk mama???
selain ..........tettt!!! wakaka


inilah dia....
"
"
"
"
"
sehelai jeans Levi's453




walopon dah torai banyak kali, jeans neh terlonggar sikit la pulak.huhuhu
adakah ini menunjukkan mama semakin mengecut???
takde maknanya..
toksah perasan!!!



dan apa pulak hadiah dari mama tuk papa???
oleh kerana mama lom dapat "durian runtuh" ujung tahun dari kompeni,
maka hanya ini saje lah yang mampu diberikan buat suami tercinta....
selain kasih-sayang & cinta...




apa isi dalam nya???


rahsia...wakaka





ini jek...murah.
poket tengah kering kan..
yang penting isterimu ini sangat ikhlas nak bagi hubby dia nampak encem.hahaha
kul 12pm, kami gerak gi KLCC.
papa suh amma ajak ibu zahra, irfan & iqbal sekali.
punya lah crowded klcc, sampai parking pun takde.
puas tawaf 2,3 kali.
sudahnya parking kat luar jek.huhu
ok ar tuh, dari tak dapat langsung.
maka, menapak lah kami beramai-ramai..

papa & zahra
dan..
yang diarai...
mama dan papa...


dan...
ibu, Irfan & Iqbal...



ekceli, papa plan nak bawak kami semua ke Petrosains.
oleh kerana kami sampai pun dah lewat.
siap boleh solat & lunch dulu..
maka, tiket pun dah SOLD OUT.
dan..hancurlah harapan semua nak masuk Petrosains.hukhuk



kami lunch di Signature Food Court.
crowded sungguh.
tak larat...

oleh kerana, tak dapat masuk Petrosains.
maka, kami hanya window shopping jek la.
okeh ar tuh...




kul 3.30pm, papa ajak gi taman klcc.
nasib mama tergerak hati nak bawakkan swimming suit tuk bebudak tuh.
dapatlah mereka bersuka-ria main air dan menghilangkan rasa sedih sebab tak dapat masuk Petrosains.
lenkali jek la eyh...

mandi time :)




lihatlah, betapa eksitednya budak tecik tuh mandi....




ceria sungguh...








kul 4.30 kami dah gerak balik.
singgah jap kat Giant Sec.13, gi amik kek tuk dibawa ke percutian keluarga kami...
ke mana???
tunggu lah entry seterusnya....

oleh kerana dah kepenatan,
mama drive balik klang.
papa ngan zahra & semua penumpang seat belakang dah tidur.huhu
malam, keluar gi K4 dan makan malam yang menyedihkan.huhu
semua kedai tom yam sepanjang highway shapadu tu full house.
so, papa ajak singgah kat Ahmad Tom Yam.
punyalah eksited order apple juice & kue teow ladna.
sekali, bleh minah waitress tuh cakap, apple dah habis...
so, amma tukar tembikai..
sekali dia datang semula, mama bajet dia nak cakap tembikai habis..
sekali, "kak, kue teow dah habis"
aduh, potong stim sungguh.
hilang selera nak makan.
sudahnya, amma minum jek.
papa ngan zahra jek makan.huhu



muka riang sebab kenyang perot, suka hati..


p/s: apa aktiviti kami sepanjang cuti krismas??tungguuu!!!





love: mamazahra =)

Wednesday, 23 December 2009

Bulan Cinta - Episod 5 : Majlis Persandingan

ceritera cinta seterusnya..hikhik
Majlis persandingan mama dan papa pulak.
kami bersanding selepas 3 minggu bernikah.
kami bersanding 14-Jan-2007.ngam-ngam 3 minggu.
nape mama dan papa nikah gantung?
hehe..ekceli takde sebab tertentu.
cuma kami gigih nak nikah on papa's birthday,24-12-2006.
wiken after nikah tu, hari raya aidil adha pulak.
takkan nak sanding time raya pulak kan?
maka tertangguhlah...
pastu, wiken selepas raya qorban tuh.
family sebok uruskan anak masuk sekolah pulak.
tu yang terpaksa drag sampai 3 minggu.
maka, kami bersandinglah 14-01-07.
Majlis kami berlangsung secara sederhana jek.
ada sebab nape tak buat grand2.
mama lom ada kerja tetap.segala perbelanjaan kawen di tanggung suami & family.
so, takkanlah nak bermewah-mewah ngan duit orang.betul tak?
kalo ikutkan hati, memang nak buat ala-ala wedding of the year.
tapi, kita buat ikut kemampuan la kan.
takmo lah menyusahkan orang.
bagi mama, cukuplah ada adik-beradik, sedara-mara & sahabat handai.
itu jek!
tema yang mama pilih HIJAU.
tak tahu kenapa mama pilih hijau.sedangkan kaler febret mama PINK.
ekceli, sebab nak gembirakan mak.kaler febret mak kan HIJAU.
lagi pun, masa mama bertunang, mama dah pilih pink.
pulak tu, masa abang ateh mama kawen pun, tema pink jugak.
derang dah bosan ngan kaler pink.
dan, kakak-kakak takmo dah buat baju kaler pink lagi.hehe
tu yang pilih hijau tuh.kaler syurga gitu [nak sedapkan hati seniri senarnya..hehe]
Sebelum Majlis Berinai, mama buat acara bersalin baju.
mama pilih baju jawa & baju puteri perak.
terserlah tak ke'jawa'an nya??kihkihkih
Majlis berinai mula pas solat isya'
mama & papa pakai songket tabur dark green.
selepas berinai, kami pakai baju hindu pulak.
cam kelakar jek pakai baju neh.
lagi-lagi nak posing ngan papa.
papa dah la keras cam kayu.
aduii, derita sungguh!kehkehkeh
ala-ala Rani Mukherje dan Shah Rukh Khan dalam Kuch-Kuch Hota Hai...
poyo jek!!

Kami bersanding Ahad, 14-01-2007 jam 12.30tghari.
tema adalah Hijau Lumut.


selepas bersanding, baju last, baju gown.
oleh kerana mama tetap nak bertudung, maka cam kelakar sikitlah.
tapi, sangat berpuas hati.
walopon tak bape nak cun kan...hehe


yang penting, kami sangat bahagia :)

p/s: teringat acara basuh periuk belanga selepas bersanding.fuh!cam nak patah pinggang.hikhik




love: mamazahra =)

Sunday, 13 December 2009

Bulan Cinta - Episod 4 : Hari Pernikahan

hai kowang :)
mama masih lagi mood cinta.hikhik
poyo jek kan???
sila jangan menyampah eyh...hehe

jiwang 18karat tau n3 kali neh.
mama nak imbau semula cerita hari pernikahan kami.
rasanya, takde satu pon antara kowang sume dapat tengok gambar nikah kami.
ni 1st time nak show off secara exclusive pada sume tau.
beruntung kowang.

mana yang penah tgk pon sbb tengok album nikah mama tu.
yang dikala neh, dah kena air.hukhukhuk
time ujan lebat aituh, album gambar dalam drawer abes kena tempias.
yang musnah album Nikah & 1st honeymoon kami di Berjaya Tioman.
tapi, mama dapat gak selamatkan beberapa keping tuk kenangan.
Alhamdulillah.
yang paling menyedihkan, softcopy pun takde tau :(

so, nak kongsi ngan kowang sume lah mana yang ade neh.
Majlis Pernikahan kami berlangsung pada Hari Ahad, jam 10.20 pagi,24-Dec-2006.
Kami dinikahkan sendiri oleh Along mama,Kamsani Isnin dan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Selangor.
Kami dinikahkan di Masjid Ahmadiah, Rantau Panjang Klang.
Kami nikah lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
bukan awal sikit tau, awal setahun.
kami nikah selepas 6bln bertunang.
Ada sebab kami nikah lebih awal tau.
bukan sebab kami kena tangkap basah atau benda buruk dah jadi.
kami nikah awal sebab, kami mengalah tuk adik lelaki papa.
waktu kami bertunang, 2 org adik papa pun dah bertunang.
adik lelaki papa plan nak nikah 07-07-2007.
so, kalo ikut plan asal kami nak nikah Dec2007.
so, maknanya tahun yang sama ngan adik papa.
maka, menurut orang tua-tua, tak elok dalam tahun yg sama,especially tahun islam 2 pasangan adik-beradik kawen.
so, ada 2 option sahaja.
samada kami tangguh kan sehingga June'2008 or kami kena cepatkan ke Dec'2006.
sebab adik papa tak mahu ganjak tarikh nikah dia.dia nak gak 07-07-07.
oleh kerana papa takmo June'08,maka kami pilih tuk percepatkan ke Dec'06.
dan kedua pihak setuju, Alhamdulillah.
bukan sebab kami tak sabar nak kawen eyh..hehe
walopon banyak gak mulut yg bercakap camtuh on that day.
tak kisahlah, yang penting semua dah selamat.
semua dah tertulis kan.
betul tak??
tapi kan, selepas kami nikah, kedua-dua adik papa putus tunang.
so, memang takde lah Majlis 07-07-07 tuh.wakakaka
tapi, kami dah selamat nikah pun.
sebab semuanya dah tertulis kan???
okeh, jom layan gambar...
selepas disolek oleh Zuhana dari Triana Colections
..dgn cincin tuk papa,hadiah tuk Birthday papa yg ke-26

sirih junjung gubahan SIL mama...

..dengan sekali lafaz,Md Zahari dan Norly Saliana selamat diijabkabulkan.

7 hantaran dari pihak papa..
Maskawin RM80.00,duit Hantaran RM8,082.00, gelang tangan,kasut&handbag,towel,sepasang shirt&seluar,coklat,buah&manisan.

9 hantaran dari mama tuk papa..
cincin,kasut,belt&wallet,towel, sepasang kemeja&jeans,sirih junjung,kek,kuih-muih,pulut kuning&wajik

kami sah menjadi isteri..dan halal
cerita Majlis Persandingan, Majlis Bertandang & honeymoon kami di entry lain ye.
tungguuuuu...kehkehekeh.poyo jek!
p/s: sowi la, gambar pun dah semacam jek kaler.biru tu ekceli biru laut.tapi, dah jadik turqoise blue pulak.hehe

love: mamazahra =)

Saturday, 12 December 2009

Bulan Cinta - Episod 3 : Hari Pertunangan kami

Ya Allah...at last, dapat gak mama wat entry.
cuti 3 hari, berukben pun bercuti gak ke?
payah tul nak upload gambar.
geram jek.
blog langsung takleh update, hanya mukabuku saje yg dgn jayanya leh bukak.


okeh, episod bulan cinta kali neh, adalah imbasan tentang Majlis Pertunangan kami.
ececeh.cam poyo tak?


Mama dan papa bertunang pada hari Sabtu,24-June-2006.
bersempena tarikh hari lahir mama yang ke-24.
tarikh neh, papa yang pilih.hehe


Kami bertunang, selepas 2 bln mama habis degree.
Majlis Konvo pon belum lagi time tuh.
Nasib baik mama dah dapat part time job.
tapi, time tu gaji seciput jek.
nak beli barang hantaran pun tak mampu.hehe
sudahnya, segalanya di sponsor oleh papa.
sape suh ajak tunang cepat-cepat.kehkehkeh
apepun, kat situ menunjukkan kesungguhan papa tuk mendapatkan mama.




Majlis Pertunangan kami hari Sabtu.
dan mama kerja that day.
so, majlis berlangsung selepas asar la.
Mama pilih tema kaler PINK kesukaanku.
papa lak pilih kaler febret dia lah, BIRU.


Majlis kami sederhana jek.
hanya saudara terdekat dan sahabat baik jek yang mama jemput.



[tengah berdebar-debar neh, tunggu rombongan sampai]

Alhamdulillah, rombongan sampai gak.walopon lambat sikit sbb ada kenduri doa selamat kt rumah papa before ke rumah mama]

sebahagian keluarga papa yang ikut rombongan

13 barang hantaran dari pihak papa.


ekceli yang papa plan cuma 9 hantaran sahaja.
cincin,set perfume,buah,cekelat,kek bertunang,kelengkapan solat,sejadah,sirih junjung&kain pasang.
tapi, sedara-mara papa bawak lg 4.tu yg jadik 13.
kek,kuih,manisan & pulut kuning.
rezeki tuh namanya.hehe



11 hantaran dari pihak mama.


kek,set perfume,cincin,sirih junjung,sejadah& kain pelekat,kain pasang,cekelat, manisan yg disponsor Asz, pulut kuning,manisan&buah.



rombongan dari pihak lelaki



sedara-mara & rombongan meminang



cincin bertunang yang disarungkan nenek papa


24 kuntum bunga ros pink dari papa.surprise neh, mama tatau pun papa plan.
bunga ros neh tuk hari jadi mama.
bunga neh adik pompuan papa yang bawak.
mama & SIL, Ana
muka hepi :)
mama selamat jadi tunangan papa.
Kedua pihak setuju tuk kami bertunang selama 1.5tahun.
maknanya majlis pernikahan akan berlangsung Dec 2007.
dan..antara kawan-kawan baik yang berkongsi kegembiraan ngan mama.




ayu shaliza

Asz, bespren dari zmn sekolah menengah



sarah..my BFF time BACC kt UiTM Shah Alam



syida...my coursemate BACC

Ejan..my BFF & eva..

nad...



tetamu yang hadir


my siblings...plus anak sedara

anak-anak sedara...
dari kanan: fiza, neny,erra dania,ayong,aein &eika

dah, itu jek nak kongsi...
sekali-sekala dapat imbas kenangan,syok gak...
hope kowang tak muak baca entry Bulan Cinta neh :)


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!