Showing posts with label Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Raya 2013. Show all posts

Sunday, 11 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Rasanya masih belum terlambat kan mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga blogger...

Tahun ni mood raya macam kurang sikit. Mama dan anak2 sambut raya serba sederhana. Alhamdulillah,  keperluan raya tuk anak2 mama dapat siapkan walaupun tidak semeriah selalu.

Ye lah, dalam pada kita bergembira sambut Syawal setelah sebulan berpuasa janganlah kita lupakan keluarga yang dah tiada dan mereka yg serba kekurangan. Betul tak??

Tahun ni tak semeriah selalu sebab keluarga mama di uji oleh Allah. Mak kehilangan kakak sepupunya yg paling rapat sbb mak sebatang kara dalam dunia ni. Mak dh kehilangan mak bapak, kakak dan abang. Jadi sepupunya lah tempat mak berkongsi kasih. Selama ni, Mak Onteng lah yg paling rapat dgn mak selain Wak Totor, Wak Leman dan Arwah Wak Kassim, Wak Wahid dan Wak Usop. Mak dah takde sesiapa lagi selain kami adik-beradik. Sekarang ni sepupu mak tinggal Wak Totor dan Wak Leman. Mak mama terasa sangat kehilangan Mak Onteng. Selepas dapat berita pemergian Mak Onteng kul 150am, mak tak berhenti bacakan surah Yassin dan tahlil tuk Arwah.

Pagi Syawal, saat org solat sunat Hari Raya kami ke Masjid tuk solat jenazah dan pengebumian Arwah. Semoga Mak Onteng Hjh Ramlah di tempatkan dikalangan hamba-Nya yg beriman.  Amin.

Syawal ini juga tak semeriah selalu sebab 2minggu sebelum tu kakak ipar mama, Ateh Eila dimasukkn ke Hospital Klang selama seminggu sebab masalah jantung dan di transfer ke IJN seminggu sebelum raya. Abg Ateh mama sangatlah bersedih. Hope Ateh Eila akan sembuh selepas jalani pembedahan jantung lepas raya nanti. Doakan Kak Teh Eila mama sihat sepenuhnya eh. Sian kat ank2nya yg masih kecil, Siti Nurul Syuhada baru 8thn dan Muhammad Alif Al Haiqal baru 3thn. Ujian Allah tanda Dia sayang pada kami.

Raya kali ni juga, tahun pertama mama sambut bertiga bersama anak-anak. Mama redha dengan ketentuan Allah dan keputusan papa. Ini yg terbaik tuk kami sekeluarga.

Cemana dengan Raya korang?? Meriah tak??? Tema raya korang color apa?? Mama dan anak2 Teal/turquoise green dan pink. Tp ada gak beli color lain tuk pakai gi openhouses. Hijau epal, cream, maroon dll. Ni kira tak meriah tau. Kalo meriah, mahunya 10pasang baju raya kami tau. Haha

Haa... sebelum tu. Amacam puasa korang??? Penuh tak?? Tahun ni banyak gila mama tinggal, red alert tu kemain bersungguh keluar. Mama kena ganti 8hari taw. Lepas habis puasa 6 nanti, mama nak terus ganti puasa lah. Tahun ni, Zahra dapat puasa penuh 24hari je. 5hari lagi tinggal. Mama nak ajak Zahra puasa ganti sekali lah. Biar dia belajar.  Bila dah cuti puasa kena ganti balik. Tahun lepas,  Zahra dapat puasa 10hari je penuh. In shaa Allah,  tahun depan nak suruh Zahra puasa penuh sebulan. Cemana dengan ank2 korang???

Anyway, Kalau korang gi area Klang beraya or gi open house,  calling lah mama. Jemput datang ke Teratak Bonda Hjh Siti Fatimah. In shaa Allah,  tahun depan mama akan beraya di rumah sendiri. Doakan perjalanan hidup mama di permudah kan Allah.

Di kesempatan ini, mama nak minta maaf andai selama mama kenal korang di alam blog ni mama ada mengecilkan hati korang. Maafkan kekhilafan mama yg mama sengajakan atau pun tak sengaja. Mama hanya manusia akhir zaman yg tak pernah sunyi dari melakukan silap.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!

p/s: anak2 beraya dgn papa derang hari ni setelah 3hari beraya dgn mama. Harap ank2 happy walaupun keluarga kami tidak lagi sempurna.

Tuesday, 18 June 2013

Rejab.. Syaaban.. Ramadhan dan Syawal.... Kisah Baju Raya 2013

Assalamualaikum semua :)
 
Lamanya blog ni senyap sunyi kan.
sekarang ni dah bulan Syaaban kan, maknanya next month dah Ramadhan.
Cepat betul masa berlalu kan.
Sampai mama sempat puasa sehari je dalam bulan Rejab dan Syaaban ni langsung belum lagi.
Harap dapat puasa sehari dua sebelum Ramadhan menjelma. KOnonnya sebagai latihan kan. tak lah nanti perut terkejut tiba-tiba makan sahur kan. hehe
In shaa Allah, puasa ganti dah habis.
cuma mama cuba nak tampal mana yang rongak-rongak lah kan.
Harap diberi kesihatan tuk berpuasa di bulan Ramadhan.
 
Okeh. bila dah cerita Ramadhan, tentu lah tak lengkap kalau tak cerita Syawal kan.. hehe
motif??
sebenarnya memang lah niat hati nak cerita pasal baju raya.. kan??? hahaha
intro punya lah panjang..
 
Selalunya, dalam bulan April mama dah start busy pasal baju raya. sebab takut tailor dah taknak amik tempahan. selalunya color apa nak pakai dah fikir sejak tahun baru lagi. hahaha
Malangnya, tahun ni mama terpaksa dahulu kan perkara yang lagi penting sampai lupa langsung pasal baju raya.
kesian kat anak-anak kan.
Alhamdulillah, perkara penting tu dah pun selesai.
Sekarang ni, tiba masa tuk gembirakan anak-anak dengan mama sekali dengan baju raya. hehe
 
Color apa memang tak decide lagi neh.
Kain jenis apa pun tak fikir lagi.
tapi, dah tanya tailor. memang nasib tak baik, derang dah taknak amik tempahan. huhuhu
#nangespelukbantal
 
so, sebagai alternatif...
kita shopping raya online saje...
baju ready to wear kan melambak di pasaran...
tinggal sediakan ongkosnya aja...
 
tapi, memandangkan mama ni bersaiz pear...
atas kecik bawah besar, dan pendek pulak...
memang mencabar nak beli baju RTW ni...
 
takut belah atas bleh pakai, tapi kain ketat.
masa dok mencari-cari baju raya RTW..
nampak pulak top designer buat Raya Collections yang harga patut gitu kan.
dapat lah mama yg bergaji rendah ni pakai kan..
teruja giler!!!
 
cuba korang tengok... memeleh tak meleleh air liur korang.. haha
 
1. Jovian Mandagie Collection at Zalora
 


 
Dalam banyak-banyak koleksi Jovian ni, mama berkenan yg ni...
 
Fedila
Harga RM450.00
Design cun... harga berbaloi.. color pun cun
Fedila ni ada 2 color.. green and maroon
tapi, takut labuh sangat dan tak sesuai dengan tahap kependekan mama. haha
hancur lebur harapan..
 
 
Felila
Harga RM400.00
Ada 2 color, Mint Green ni dan Kuning
Mama of coz berkenan yg mint green ni, tapi pelik sikit sebab color dia macam fade kan??
tak ceria tuk raya. boleh gitu?
tau lah tengah bersedih kan, tak yah lah nak berkabung sangat. haha
 
 
Fiora Mint
Harga RM380.00
ada satu color je.
 dan mama memang berkenan color dan design dia
 
masih berkira-kira nak order yg mana satu...
 
Collections designer lain pun mantop...
jom tengok Rizalman pulak...
 
2. Rizalman at Zalora




Dan koleksi Rizalman yang memukau mata mama...
 
Ingrid Peplum Kurung.. yang ni ada 3 color, Hitam, Merah & Pink Cair
tapi mama berkenan color hitam ni, boleh lah mama nampak langsing sikit kan... hehe
Harga RM460.00

Marilyn Kaftan ni pun cun sangat... Design dia lebih kurang Susan Dress...
Harga RM460.00 jugak
 
Senang nak breastfeed Zharif ni kan.. hehe
 

Lana Dress... ada 2 color.. Fuschia Pink ni dan Coklat
suka design bahagian dada dia...
Harga RM380.00

Fay Dress ni harga dia RM350.00
Ada 2 color.. purple Berry ni dan Orange...
 
kalau banyak duit dah sambar semua dah..
 
Tapi mama tak order lagi, sebab berkenan gak design Jovian dan Melinda Looi.. fening!!!
 
3. Emel by Melinda Looi
 
Malangnya pre-order #emelbymelinda ni dah habis.
#nangesgigitjari
 
antara design emel yg buat mama tak tidur malam...




 
Mama masih lagi dok fikir nak beli yang mana, antara koleksi Jovian dan Rizalman.
korang agak-agak amna sesuai tuk mama?
 
ke nak tunggu koleksi RizmanRuzaini or Hatta Dolmat dulu. haha
ada hati tu! ko ingat ko retisss!
 
ikutkan, kat FB atau blog melambak orang jual baju RTW tuk Raya 2013 ni kan.
tapi harga lebih kurang ni, range RM100-RM300.
tapi kebanyakannya dari material Lycra dan ada lace, which is cam tak rare langsung kan.
macam lah kalo pakai Jovian, Rizalman ni ko yang pakai sorang kan.. hahaha
 
cepat... tolong mama pilih!!!!
 
p/s: baju raya anak-anak, last minit lah beli sebab senang sikit nak matchkn dengan baju mama kan.. hehehe
 





love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!