Rasanya masih belum terlambat kan mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga blogger...
Tahun ni mood raya macam kurang sikit. Mama dan anak2 sambut raya serba sederhana. Alhamdulillah, keperluan raya tuk anak2 mama dapat siapkan walaupun tidak semeriah selalu.
Ye lah, dalam pada kita bergembira sambut Syawal setelah sebulan berpuasa janganlah kita lupakan keluarga yang dah tiada dan mereka yg serba kekurangan. Betul tak??
Tahun ni tak semeriah selalu sebab keluarga mama di uji oleh Allah. Mak kehilangan kakak sepupunya yg paling rapat sbb mak sebatang kara dalam dunia ni. Mak dh kehilangan mak bapak, kakak dan abang. Jadi sepupunya lah tempat mak berkongsi kasih. Selama ni, Mak Onteng lah yg paling rapat dgn mak selain Wak Totor, Wak Leman dan Arwah Wak Kassim, Wak Wahid dan Wak Usop. Mak dah takde sesiapa lagi selain kami adik-beradik. Sekarang ni sepupu mak tinggal Wak Totor dan Wak Leman. Mak mama terasa sangat kehilangan Mak Onteng. Selepas dapat berita pemergian Mak Onteng kul 150am, mak tak berhenti bacakan surah Yassin dan tahlil tuk Arwah.
Pagi Syawal, saat org solat sunat Hari Raya kami ke Masjid tuk solat jenazah dan pengebumian Arwah. Semoga Mak Onteng Hjh Ramlah di tempatkan dikalangan hamba-Nya yg beriman. Amin.
Syawal ini juga tak semeriah selalu sebab 2minggu sebelum tu kakak ipar mama, Ateh Eila dimasukkn ke Hospital Klang selama seminggu sebab masalah jantung dan di transfer ke IJN seminggu sebelum raya. Abg Ateh mama sangatlah bersedih. Hope Ateh Eila akan sembuh selepas jalani pembedahan jantung lepas raya nanti. Doakan Kak Teh Eila mama sihat sepenuhnya eh. Sian kat ank2nya yg masih kecil, Siti Nurul Syuhada baru 8thn dan Muhammad Alif Al Haiqal baru 3thn. Ujian Allah tanda Dia sayang pada kami.
Raya kali ni juga, tahun pertama mama sambut bertiga bersama anak-anak. Mama redha dengan ketentuan Allah dan keputusan papa. Ini yg terbaik tuk kami sekeluarga.
Cemana dengan Raya korang?? Meriah tak??? Tema raya korang color apa?? Mama dan anak2 Teal/turquoise green dan pink. Tp ada gak beli color lain tuk pakai gi openhouses. Hijau epal, cream, maroon dll. Ni kira tak meriah tau. Kalo meriah, mahunya 10pasang baju raya kami tau. Haha
Haa... sebelum tu. Amacam puasa korang??? Penuh tak?? Tahun ni banyak gila mama tinggal, red alert tu kemain bersungguh keluar. Mama kena ganti 8hari taw. Lepas habis puasa 6 nanti, mama nak terus ganti puasa lah. Tahun ni, Zahra dapat puasa penuh 24hari je. 5hari lagi tinggal. Mama nak ajak Zahra puasa ganti sekali lah. Biar dia belajar. Bila dah cuti puasa kena ganti balik. Tahun lepas, Zahra dapat puasa 10hari je penuh. In shaa Allah, tahun depan nak suruh Zahra puasa penuh sebulan. Cemana dengan ank2 korang???
Anyway, Kalau korang gi area Klang beraya or gi open house, calling lah mama. Jemput datang ke Teratak Bonda Hjh Siti Fatimah. In shaa Allah, tahun depan mama akan beraya di rumah sendiri. Doakan perjalanan hidup mama di permudah kan Allah.
Di kesempatan ini, mama nak minta maaf andai selama mama kenal korang di alam blog ni mama ada mengecilkan hati korang. Maafkan kekhilafan mama yg mama sengajakan atau pun tak sengaja. Mama hanya manusia akhir zaman yg tak pernah sunyi dari melakukan silap.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!
p/s: anak2 beraya dgn papa derang hari ni setelah 3hari beraya dgn mama. Harap ank2 happy walaupun keluarga kami tidak lagi sempurna.
No comments:
Post a Comment