Anak dara mama dah 47bln pd 22-09-2011.dah besar kan???next month dah 48bln=4tahun.sekejap jek masa berlalu...
Jom,kita tengok perkembangan kakak zahra!!!
* kakak zahra dah banyak cakap.banyak sangat.sampai kengkadang tu sampai nak tekup mulut dia bagi diam.kejam kan mama???hahaha...ye lah,kadang tu hilang sabar gak,asek pot-pet jek tak kire masa..tp ye lah,budak baru pandai cakap kan???apalah mama ni...
Tapi kan..kakak zahra masih pelat.setiap perkataan yg dia sebut,semua ada H kat depan.contohnya:"hama..hama...hadi kan, hikgu harah hakak kat hekolah"..paham?read:"mama..mama..tadi kan,cikgu marah kakak kat sekolah".lebih kurang camtu lah...sampai makcik2 n kakak2 sepupu dia gelakkan dia or ajuk apa dia cakap.sian kan???patut ke mama jumpa pakar???atau normal ke???
*kakak zahra berdikari...mebi sbb mama dia sibuk jaga adik kan,so dia lagi suka buat sendiri.contohnya:dia selalu mintak nak mandi,pakai baju,makan sendiri.dah taknak mama n papa buat tuk kakak.tapi,ada masa tu dia taknak buat dan mmg request nak mama or papa buat tuk dia...kadang tu,kalo dia cakap,nak papa mandikan toksahlah ngengada mama nak mandikan dia,kompom nangis.so,mama n papa buat as per requested.hehe... Tapi,sekali-sekala mama berkeras gak nak mandikan dia takut dia mandi xbersih kan..budak2 kan :P
* kakak zahra kuat makan.kadang tu,dah makan nasi,tetaplah nak makan roti or biskut.pastu nak makan benda lain lak.macam tak kenyang.hahaha...dia nak membesar kot...heee :P
* kuat merajuk.tak boleh kena tegur sikit,terus lari masuk bilik tutup pintu kuat2.adoiiii.ikut perangai sape lah ni????egegege.. Kalo dalam kereta,terus dok kat bawah.kat tempat kaki tu..nangis kuat2..adoiii.tak menahan ngan pe'el dia lah...kadang,hilang sabor gak..ekeke
* masih lagi over-protector kat adik dia.takleh orang nak ambik adik dia.kalo orang sakat nak amik adik dia,kompom dia tunjuk penumbuk.hadoiiii!!!garang sesangat.
* suka 'pilih bulu'.bukan bulu kucing or bulu ketiak tau.pilih orang yang nak dia dekat.dia pilih sape dia nak salam.kalo angin kus-kus dia sampai,nenek dan atuk dia pun,dia taknak salam.siap sorok tangan dia kat belakang.kalo angin baik datang,siap kasi cium pipi.zahra...zahra.macam2 tau...tapi kan,paling dasat dia taknak salam pakcik2 n makcik2 dia..a.k.a adik2 papa.tatau nape..dia cuma salam sorang dua jek,itu pun ikut mood.alahai...contoh tak baik kat adik ni.huhu
* suka mengajuk apa mama cakap/buat.kadang tu dia bleh lak ikut sebiji-sebiji dialog mama,especially dialog mama ngan zharif.hahaha.kelakar... Kadang tu, mama ada lah ter-marah driver lain time drive tu kan.ye lah,kadang masuk simpang xpasang signal la.etc. So,tiap kali mama drive time hantar gi school.bila ada drive mengong,zahra marah driver tu seblum sempat mama marah.contoh x baik kan??huhuhu
* kakak zahra kuat nanges.org jawa cakap "ciwek".pantang silap sikit.nangis.pantang ada yg tak kena,nangis.kadang tu, bila dia pakai baju dan cam ter-silap masuk tang leher ke atau terbalik ke,terus nangis.kalo nangis semata tu takpe,siap baling barang yg tak tahan tu.buat mama hangin satu badan jek...wuwuwu
* zahra suka bergaya.dah pandai nak pakai baju cantik bila keluar.dah pandai mintak sunglasses.ada ciri2 bakal "high maintenance" minah ni.hehehe
Apa lagi eyh????putus idea lak...sok2 ada,kita sambung lah....
Layan gambar kakak zahra lah!!!!
Nite semua :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Showing posts with label Zahra Milestone. Show all posts
Showing posts with label Zahra Milestone. Show all posts
Thursday, 22 September 2011
Friday, 25 March 2011
Anak-anakku
tatau nak cerita apa, tapi gigih nak update gak belog.hikhik
1st of all, nak ucap syukur pada-Nya yang memberi rezeki pada mama.
masuk jek office lepas maternity leave, dapat merit bonus.Alhamdulillah.rezeki anak-anak. walaupun tak sebanyak mana, ia tetap rezeki kan.
okeh, malas nak cerita bonus. kita cerita pasal anak-anak mama.
si anak dara tu dah 3thn 5bln 22-03-2011 dan si bujang tu hari ni 67hari. Alhamdulillah, dua-dua sihat.cuma Zahra ada selsema sikit. ubat dah makan but masih selsema.rajin sangat makan eskem, tu lah pasal.huhuhu
semalam, ada 2nd check up tuk Zharif.dah selamat cucuk dah. Alhamdulillah, takde demam.Anak bujang mama dah 5.5kg, tinggi dah 59cm. dah berat dah tau, tak larat mama nak kendong. kalo pangku dalam kereta, mahu lenguh lengan mama yg sasa ni. kebas-kebas peha gebu mama.kalo riba time duduk bersila, dah terjulur kaki, tak muat dah pangkuan mama neh.hehe
jom tengok gambar budak bambam tu...
Dayyan Zharif yg bambam.berketul2 badan dia.kalah papa!!hehe
pipi pun dah layut-layut.labuh jek pipi Zharif kan?.hikhik
Budak bambam neh makin bijak dan banyak akal tau.
siang lena kemain tidur, lagi-lagi kalau kena bedung.kadang tu langsung tak bangun menyusu.
kalo dapat tidur dibedung camneh, kompom lena!!!
dengan papa sekali lena.hehe
tapi...cer tengok malam.bangun lebih 3kali tau.sampai naik lebam bijik mata mama dia neh. skang ni, malam Zharif ngelat.langsung takmo minum air suam+madu/kismis dah. nak susu jek. puting pun tak berapa nak layan.
kadang tu, kalau mama dah letih sangat. mama pump susu lepas BF zharif kalo dia bangun nak susu tu. lepas pump, biar tepi, sat lagi dia bangun lagi. mama kejut papa tuk bagi susu kat Zharif.hahaha.jahat kan?tak larat lah wehh, kadang kalo 3kali bangun.mama siang tersengguk-sengguk tau. so, terpaksalah 2kali jek BF sekali lg bagi ebm.huhuhu
cepatlah Zharif besar sayang!!!!
okeh, mama nak cerita tentang anak dara tu pulak.
dah 3thn 5bulan. sekejap jek kan.
zahra dah sekolah selama 3bulan. dan selama 3bulan tu lah, setiap pagi layan Zahra menangis nak gi sekolah.ada lah sekali dua, Zahra tak nangis bangun pagi dan mandi gi school. selebihnya, kompom nangis. sampai naik angin mama.
sekarang ni, bila mama dah start keje. tugas bangunkan dan mandikan Zahra, mama serah bulat-bulat kat papa. pandai-pandai papa lah nak pujuk Zahra atau nak heret bawak masuk bilik air.sebab mama dah busy nak mandikan dan siapkan Zharif. nak siapkan bekal air zahra lagi, nak siapkan beg baju tuk Zahra dan zharif lagi.so, papa memang kena mandikan & siapkan Zahra sendiri.so, anak dara tu kurang semenggah ar sikit. kadang tu, senget jek tudung.hikhik.al-maklumlah, papa yang siapkan....
anak dara mama dah besar!!!
skang ni, Zahra kena dok belakang dalam kereta. tapi, kadang tu dia request nak duduk depan gak.terpaksalah mama & Zharif pindah dok belakang.hehe
Walaupun Zahra dah 41mos, tapi Zahra masih pakai diaper.mama tak sempat lagi nak train Zahra. ingat, by next month nak start semula free-diaper training Zahra.
hope berjalan lancar lah....
anak dara ni makin rapat dengan papa, since mama asek melekat dengan Zharif jek. cian gak kadang tu.
tapi, bila Zharif tidur.mama tetap layan Zahra dan bagi perhatian pada dia pulak.
tapi kan, Zahra memang dah big girl tau. dia tahu mengalah dengan adik dia.kalo dia nak sesuatu dan tetiba Zharif nangis, dia suruh mama dulukan adik Zharif.
selain masih pakai diaper, Zahra jugak masih pelat. tapi, dah semakin banyak cakap.even, ada beberapa perkataan yang disebut tu hanya mama yang paham. orang lain takkan faham.hehe
slowly, mama tahu Zahra akan belajar & makin lancar bercakap.
love both of you!!! Zahra n Zharif...
kamulah bintang hati mama....
love u both very2 strong!!!!muaaahhhhhh
love: mamazahra ^__^
Tuesday, 4 January 2011
Hari Pertama Persekolahan Nur Dhia Zahra
Salam.
dah lama tak bersiaran kan, siaran tergendala sementara lah.puan punya belog busy melayan anak daranya yang baru masuk sekolah hari ni.hehehe
mama amik cuti since Isnin [punyalah excited wehh.hikhik], tuk buat persediaan sekolah Zahra.
Hari ni, hari pendaftaran sekolah Zahra kat PASTI Al-Mawaddah.
actually, dari malam semalam lagi mama dah agak akan berlaku drama air mata kat sekolah sbb Zahra taknak try pakai tudung.
nangis-nangis taknak cuba tudung yang baru beli tu.
kalo korang perasan, zahra memang dari kecik tak berapa suka pakai topi or tudung.
bukan mama tak cuba, tapi zahra boleh bertahan 5minit jek,pastu topi/tudung dah campak ntah kemana.
so, awal pagi tadi. masa bangunkan Zahra cam senang sikit.
mebi sbb Isnin tu dah praktis bangun pagi.
pagi tadi, bangun siap bleh gelak-gelak sebab mama sakat dia.hehehe [tektik neh.ekeke]
tapi drama airmata bermula bila mama suruh pakai tudung.
sampai kat sekolah kul 8pg, ramai parents dah Q nak daftar.
time tu airmata dah berjurai-jurai sbb Zahra takmo pakai tudung gak.
sampai mama dah naik fed-up nak pujuk.sudahnya pasrah.ajak papa balik jek.
otw balik umah, sempat singgah gi beli bekfes.
masa tengah bekfes, ibu zahra suruh pergi sekolah semula. Ibu pujuk Zahra pakai tudung, baru Zahra nak.
so, pas bekfes pergi sekolah zahra semula.
pujuk Zahra masuk, tetap nanges.
mama slowtalk ngan cikgu pengetua.
then, Cikgu Laili cakap try seminggu as trial period. if zahra OK, dan nak sekolah.baru bayar yuran since budak 4 tahun cuma 3 orang jek. so, Cikgu terpaksa combine kelas 4tahun dgn kelas 5tahun since kekurangan cikgu buat masa ni.
kalo Zahra still meragam after a weeks, tahun depan jek sekolah.hehehe
mujur cikgu paham.
so, pas cikgu suruh masuk kelas, zahra dah start menangis meraung.
buat leceh betul, malu kat parents lain.walopon ada gak budak lain yg nangis.
since sepupu Zahra, Harith Fitri ada dalam kelas 5tahun tu, ingat senang lah nak pujuk Zahra.
tapi, takde maknanya. tak makan saman. nangis non-stop.
sudahnya, mama surrender. call ibuzahra mintak dia datang pujuk.
Alhamdulillah, pas ibu pujuk Zahra nak masuk kelas dan duduk belajar.dengan syarat ibu ada depan mata.
mama dan papa dah nyorok dalam kereta time tu.
sebab cikgu cakap, kalo zahra namoak mama dan papa lagi dia meraung nanti.so,kami nyorok.hehe
kul 10.50pg, ibu terpaksa balik sbb nak jemput Angah Irfan balik sekolah agama.
so, mama amik alih tugas jenguk Zahra.
bila Zahra nampak mama, terus berlaku drama airmata lagi.
langsung berlari keluar kelas dan dok peluk mama.aduhai.time tu jenuh pujuk Zahra masuk kelas semula sbb kelas abes kul 11.30pg.
tapi... tak makan saman. taknak masuk kelas langsung.
so, selama 1/2jam tu Zahra dok kat luar kelas ngan mama.huhuhu
harapnya., sok zahra dah OK. khamis mama dah start keje, jangan dia meraung kat kelas lagi udah ler.
terpaksalah ibu masuk kelas sekali gamaknya.hehehe
tapi, Zahra dah nak pakai tudung tau.
hari ni, masa teman mama check up 36weeks kt UMRA pas abes sekolah, Zahra dah nak pakai tudung.itu pun selepas diugut, if tak pakai tudung, takleh ikut.hahaha
so, sampai petang tadi nak ke playground dan malam ni kuar gi dinner pun, zahra nak pakai tudung. Alhamdulillah... harap berterusanlah...pasneh, gigih carik stok tudung tuk cik zahra plak.ekeke
gambar zahra kat sekolah tadi, sok jek lah mama update eyh!!!!
mlm ni cam tak larat dah nak menunggu upload. itupun kalo bleh upload lah kan.hehehe
love: mamazahra ^__^
Monday, 15 November 2010
Aksi melampau dalam kereta
weh, mama bukan nak cerita pasal remaja buat benda tak senonoh eyh...
yang rata-rata orang dah tgk video aksi ganasnya kat tepi jalan.sangat melampau kan???
hari ni mama nak cerita tentang anak dara mama ni.
makin besar, makin banyak lak peel dia...
ni salah satu dari yang lain-lain.
skang ni, susah tul nak 'tegur' budak ni, manjang merajuk jek kalo ditegur.gerammm!!!
kalo dia buat sesuatu dan ditegur.terus merempan, campak apa jek yg dia pegang then lari masuk bilik.hikhik.kelakar pun ada tengok dia.
tapi, tu lah. mana bleh nak buat diam jek kalo dia buat salah.tegur tetap tegur walaupun dia suka merajuk. nanti bertambah mengada-ngada pulak kan...
okeh, ni mama nak tunjuk aksi melampau Zahra kalau dalam kereta. pantang papa keluar dari kereta jek, laju je dia gi tempat driver.
bukan dia nak drive kereta cam biasa tu...
tapi...dia buat aksi ni..
^
^
^
^
^
^
^
^
siap muncung-muncung mulut lagi.penuh perasaan.
ni Zahra siap buat bunyi enjin mengaum, cam kereta F1 tuh...
nampak tak zahra bubuh kaki dia kat mana??
nampak??
ok, tengok gambar bawah ni plak...
^
^
^
^
^
^
jelas tak?
ke kabur?
ok, tgk yg mama dah edit ni...kompom bleh nampak aksi melampau Zahra...
^
^
^
^
^
see???
Zahra bubuh kaki dia kat stereng, dan buat tangan cam tengah pegang stereng padahal tak pegang pape. pastu bukan duduk kat seat, tapi duduk kat penyandar seat.
serius tak senonoh kan??
mama sempat amik pic sbb nak tunjuk kat papa betapa tak senonohnya anak dara papa ni...
dia bleh buat khusyuk jek 'drive'...
geram tul mama tau...
p/s: mama tukaw template blog.so, blog jadik tunggang-langgang. dari 3 column jadik 2 column. bile nak tukaw jadik 3 column balik, dah tak reti plak.huhuhu. amma akan teruskan aktiviti mengubah-suai belog sampai puas hati, so buat sementara waktu ni.ni jek yg mama mampu.agak serabut sikit.almaklumlah, mama kan rabun IT.hehehe
love: mamazahra ^__^
Thursday, 14 October 2010
Mari melukis, mewarna, menulis dan mengira bersama Nur Dhia Zahra
morning semua :)
malam pun tidur tak lena sbb papa zahra masih study saat mama dah pejamkan mata.huhuhu
terasa terabai lately, sbb papa sibuk study tuk final exam. redha jek la.
harap, pengorbanan ni akan berbalas satu hari nanti.insyaAllah :)
okeh, aineh bukan nak citer pasal mama. tengok tajuk pun dah tahu kan.mama nak cerita pasal anak dara kesayangan mama & papa.
kurang dari 10hari lagi, Zahra akan menginjak ke usia 3tahun.sekejapan masa berlalu kan??
Alhamdulillah, banyak sangat perkembangan zahra yang membanggakan mama.Walopon mungkin Zahra tidak selaju atau sehebat anak-anak lain.tapi, mama tetap bangga.hehehe
honestly, Zahra masih belum boleh menulis, mengira, mewarna & melukis dengan baik.tapi, Zahra banyak mencuba...tajuk tu saje jek wat gempak...sebenornya, Zahra lagi hebat "menconteng" dari buat 4 benda tuh...tapi, mama takkan berhenti berusaha,insyaAllah..
jom kita tengok 'hasil tangan' cik Zahra...layyyaaaannn!!!
see....betapa hebatnya cik Zahra bleh mewarna dalam keadaan buku terbalik.hikhik
bila mama tegur, baru zahra betul kan...macam-macamlah zahra ni...
khusyuk sungguh anak dara mama belajar...
buku 4 in 1...zahra belajar menulis, mengira, mewarna & melukis sekaligus...
cantekkk tak????zahra mewarna...
zahra tunjuk mama camne dia lukis BALL...
time ni, mama suruh zahra ikut line tu tuk sambung lukis gambar tu, tapi dia beriye nak lukis ball...
ikut zahra lah...
kalo korang perasan kan, buku tu Zahra langsung tak tulis ikut line yg putus-putus tu.puas dah mama ajar, tapi Zahra taknak ikut. dia lagi suka tulis apa yang dia suka jek.
apa nak buat eyh???
mama nak tanya korang, dalam sehari bape jam korang spend masa tuk mengajar anak-anak korang???
mama akui, mama lately takde masa nak ajar Zahra...mama banyak mengajar zahra bercakap sbb zahra masih pelat kan...
tapi, sekurang-kurangnya..zahra dah bleh sembang ngan mama dan papa.
sejak papa sibuk study ni, kami berdua rajin bersembang sebelum tidur...sampailah memasing terlelap.hikhik
tapi, mama takkan jemu tuk terus mengajar Zahra...doa mama, Zahra akan jadi anak yg bijak.amin~
love: mamazahra ^__^
Monday, 27 September 2010
Tentang Zahra
sowi la eyh, aineh byk tul n3 mama.
ekceli mama tgh review contract agreement tuk audit. almaklumlah, kalo seharian dari pagi dpk ngadap benda sama-yang tulisan dia skema nak mampus-pastu panjang lebar, sure setan dok gayut-gayut kat mata ni, rasa nak lelap jek.
cuba bagi majalah atau novel depan mata, kompom segar-bugar jek bijik mata mama ni.hikhik
skang ni sebenarnya, dah rasa nak balik umah dah. dok teringat dan terbayang cik zahra jek.
so, marilah kita bercerita tentang anak dara kesayangan mama tu, dah tentulah Nur Dhia Zahra.
22/09/2010, Zahra dah 35bulan. maknanya tinggal sebulan lagi nak masuk 3tahun.
sekejapan betul masa berlalu.
dan...yang pasti, cik Zahra masih pakai diaper.mama takde masa nak train dia lagi. hah!ni alasan jek.kalo wiken tu, cam tak larat jek nak train zahra.lebih rela pakaikan dia diaper, sbb malas nak mop lantai kalo zahra terkucil.hehehe
dan..cik zahra jugak masih pelat bercakap.hanya mama, papa, nenek, ibu,ayah,angah irfan dan along iqbal jek yang paham zahra cakap.walopon ada jugak yg kami tak paham.hehehe
orang lain, memang takkan dapat dengar suara emas zahra sbb zahra takkan bercakap depan strangers. tak tahu sebab apa.mungkin malu atau takut salah cakap..
tapi, mama tak pernah paksa zahra...
mama tahu, budak-budak lain yg sebaya zahra dah diaper free dan dah petah bercakap..tapi, mama tak kesah pun.at least, Zahra nak bercakap.
sekarang ni, Zahra asek dok mintak kat mama dan papa nak gi sekolah.sehari, lebih doploh kali dok ulang benda yang sama sampai mama dan papa kadang-kadang fedap.hehe
so, tahun depan kami akan hantar Zahra gi sekolah. mama tahu, ada yang cakap terlalu awal takut dia jemu atau ada gak yang cakap, dah memang patut zahra gi school.
tapi, mama dan papa decided tuk hantar gak zahra next year. if tetiba next year dia tak nak, berhentikan jek. ok tak??
mama bukan pe, at least kalo Zahra gi school dapat lah dia belajar sesuatu.mungkin belajar kenal nombor,huruf,warna dan boleh gak belajar solat dan baca doa harian. walopon kami ada ajar dia. sekurang-kurangnya dia belajar dari cikgu sekolah dan belajar berkawan jugak.
sekarang ni, zahra memang susah nak bergaul mesra dengan orang luar. tatau nape. so, kalo dia gi sekolah, dapatlah dia belajar benda baru.
dan kalo kowang nak tahu, Zahra masih tak kenal warna lagi.bukan tak ajar, tapi dia cam tak minat nak belajar if mama yang ajar. tu yg mama nekad nak hantar dia gi sekolah. biar dia belajar dari cikgu. ye, mama tahu. ramai kawan-kawan zahra dah pandai menulis, melukis, membaca dan kenal bentuk,warna dan gambar.
bukan mama tak beli flash card tuk zahra, tapi zahra selalu buat tak minat kalo mama yang ajar.dia cam jadik ngengada.
dan yang pasti, mama ada masa sebulan jek tuk ajar Zahra diaper-free. dan selambatnya sampai hujung tahun ni jek zahra boleh pakai diaper. lepas tu zahra mesti dah boleh gi bilik air sendiri. risau mama sebenarnya..
dan yang paling mama risaukan, zahra masih menyusu botol.pernah ajar zahra minum guna botol air biasa, tapi dia taknak minum. kalo bubuh air kosong dlm botol air tu, nak pulak dia minum. tengah pening dok pikir cara nak berhentikan zahra menyusu guna botol.huhuhu. korang ada idea tak??
atau biar jek dia berhenti sendiri??
apapun, mama tetap sayangkan zahra.biar zahra lambat sikit dari kawan sebaya...love u much sayang.mmuuuaahhh!
Monday, 24 May 2010
Happy 31st Month my lil sweet Zahra :)
Sabtu lepas, 22-05-2010 Zahra genap 31bulan.
so, maknanya ada lagi 5bulan sebelum Zahra 3tahun.
sekejap jek masa berlalu...aduhaii!
dan..itu bermakna mama hanya ada 5bulan tuk train Zahra free-diaper.
cerita D-F-T zahra aituh, tersekat separuh jalan sebab every wiken ada jek aktiviti yg menyebabkan tak leh nak train Zahra.hahaha [alasan!!!]
wiken ni, mama haruslah start sekali lagi....chaiyok mamazahra!!!
setelah masuk 31bulan, apa perkembangan Zahra?
sebelum tu, meh mama kongsi info dari baby center...
1. Understanding adult rules and standards
Your child now has a basic awareness of your adult standards and behaviour. So don't be surprised when he notices differences -- like when another child is allowed sweets before dinner or when he doesn't have a bath on a particular night. Try to keep most things in his life consistent, and he will be more able to cope with these sorts of changes if you explain things to him.
[ Zahra mmg dah paham setiap arahan.so, mudahlah mama nak mintak tolong sesuatu.hehehe.selain tu, Zahra dah faham kebiasaan yg salu dia buat dgn ibudia akan buat.cthnya: kalo ibu nak bukakkan baju Zahra, ibu akan suh mula dgn tangan &kaki kiri, so bile dia bukak ngan mama, dia mulakan dgn kiri gak.tp, mama salu lupa,bile mama tarik tgn kanan dia dulu, zahra akan ckp "kiyi lulu ah maaa"...hikhik.itu bermakna mama kena ajar zahra buat sesuatu yg menjadi kebiasaan dia, biar dia cepat belajar.hehehe.take note, mama!!!]
2. Alters speech according to listener
As your child's awareness of other people continues to develop, he'll begin to alter his speech depending on who he's talking to. He'll begin to use different words and tones of voice with peers or adults. And you may even notice that with a younger child, he uses simpler language.
[part yg ni mmg terbukti.dia akan cakap a bit kasaw dgn budak2 sebaya dia dan cakap lebih slow & steady bile bercakap dgn mama,papa, ibu,ayah & nenek.part yg mama paling tak sookeee, zahra suka menjerit bile "orang yg kurang biasa" dgn dia bertanya itu ini kt dia.dia jawab dgn marah.tatau cane nak bagitau dah.smp tahap penah pukul (pelan2) mulut dia, bile dia menjerit kat nek&tok belah papa.haish!]
3. Telling fibs
For preschool children, the line between reality and fantasy is still blurred. Your child might say that he didn't scribble on the wall because he wishes he hadn't -- not because he's deliberately lying. Encourage him to tell you what happened without seeming angry or frustrated, and explain that lying is worse than anything he might have done. Make it less scary for him to tell the truth, and you'll help nip his fibbing in the bud.
[yang ni tak bape perasan.yg pasti, bile Zahra salu buat salah,dia akan mengaku, tak penah pulak dia bohong.cthnya: kalau Zahra tumpahkan air atas lantai.bile mama tanya "sape buat???".zahra jawab, "dhia atau zaya"]
4. Handling questions about sex
About now you might begin fielding some hard questions about how babies are made. Skip all the metaphors and euphemisms, and say it straight. The question "Where do babies come from?" might warrant a response like "Most babies are born through a mother's vagina." There's no need to go into great detail at this age. The more complicated you get, the more likely you are to confuse or frighten your child.
[yang ni mama lom penah buat lagik.hadui, cane lah nak explain eyh???hehehe.hope mama mampu harungi detik2 membesarkan Zahra dgn jayanya (^_^) ]
[yang ni mama lom penah buat lagik.hadui, cane lah nak explain eyh???hehehe.hope mama mampu harungi detik2 membesarkan Zahra dgn jayanya (^_^) ]
Sekejap jek masa berlalu kan?
Rasanya, baru semalam celebr8 zahra nye 30th month beday, skang dah masuk 31st month.hmmm...
dah janji nak beli slide tuk Zahra.dia request masa we ol ronda2 kt Giant last week.
agak2, patut ke mama beli?tak rasa membazir ke?
kalo bleh, mama takmo manjakan Zahra dgn toys....tengoklah nanti cane...
D-F-T zahra mmg kena teruskan, mama target, sebelum Zahra celebr8 36month birthday nak setel sume tuh...insyaAllah
love: mamazahra ^__^
Thursday, 22 April 2010
Dah 30bulan dah...
apa yang dah 30bulan?
mana de orang peknen smp 30bulan weh??
gila ke ape? [konon nak kasi saspen lah.hikhik.takdemaknanye nak saspen.]
hari ni, 22-04-2010.
maka, genaplah 30bln mama menjadi mama. [dalam pewot tak kire tau!!sbb mase dlm pewot tugas seorang mama lom bermula.iaitu, mandikan,cuci berak, tukar lampin, buat susu, suap makan,layan kerenah]
tapi, sejak 5.05pm 22-10-2007 lah mama mula bertugas sebagai bergelar seorang mama.hehehe
so, hari ni 22-04-2010, jam 5.05pm mama nak mengumumkan , bahawasanya "buah hati pengarang jantung" mama & papa, Nur Dhia Zahra telah pun mencapai umur 30bulan.
dah besar anak dara mama ni.
cam tak sangka pulak kan??
kejap jek masa berlalu...dah 30bulan mama menjaga, membelai,mendidik,mencubit & membesarkan zahra, walopon zahra menten kuwus cam papa.hikhik
okeh, jom mama nak kongsi serba sedikit pengurusan perkembangan Zahra !!
1. dah mula banyak cakap.walopon ada sepatah-dua-kata yg kurang jelas sebutannya. [tapi, mama suka layan zahra bercakap bergaduh]
2. dah paham sgt2 arahan. [bleh lah suh buat keje rumah.hikhik]
3. dah boleh faham kata lawan spt. atas-bawah, depan-belakang, panas-sejuk dll [tp, suka sebut ats sbg atash dan panas sgb panashh.ni kire pelat ke???]
4. masih lom dapat bezakan perkataan sana-sini.
cthnya: kalo mama suruh amikkan barang yg dekat dgn dia, mama"zahra ambik tu!!!bakul yg kat sana tu!!!"zahra akan kedek2 gi kat mama, pusing2 cari bakul.
tp, kalo mama "zahra ambil botol letak kat sini!!!". zahra akan kedek2 letak kat depan dia.
bila mama cakap, "sini lah!!!"
zahra: "ye aaa..sinniiiii!!!!", sambil tunjuk dpn dia.
5. dah mula suka bergaya & nak pilih baju sendiri. kalo boleh, 24jam nak pakai jeans.nak melawa jek. pastu, dah takmo pakai skirt.sayang tau, banyak skirt yg mama baru beli.kalo mama dah paksa ugut, baru nak pakai.hikhik
6. makin kuwus. tapi, tatau bape berat dia.lom timbang lagi.dia takut naik atas mesin penimbang.apelahnakjadi!!!hukhuk [cuba jadi cam mama, suka timbang, tp sejak dua menjak dah gemuk ni, fobia gak.huhuhu]
7. suka ajuk orang cakap. kalo yg baik tu takpe lah, kalo yg buruk???sendiri kena pikirlah!! [so, mama & papa kena behave sket eyhhh!!!]
8. Zahra masih mengalami sembelit. mama terpaksa menyimpan stok ubat masuk muntot bg zahra mudah berak buang air. dan ubat melembutkan taik najis. [sian zahra tau, sampai guling2 kalo nak berak buang air.air mata toksah cakap, satu mangkuk kecik penuh tau!!!]
9. Zahra dah tukar susu formula.dari jenama Dutch Lady 123 ke Dugro [suggested by anak sedara mama, Kikin mummy arissya.hope dpt lawaskan zahra]
10. suka menyanyi dan menari.akibat selalu dengar mama nyanyi mase tengok klip terbaru kat esteruk RIA dan akibat selalu ikut mama&papa gi karaoke taraoke.hikhik [pengaruh tak baik dari Pa&Ma.muahaha]
konon2 nak buat peace lah ni.hahaha
dan...apa pulak perkembangan mama setelah 30bulan jadi mama??
1. masih menten gebu gemuk. lebih gebu gemuk dari biasa lepas pantang.muahahaha [sila jangan percaya!!!sbb tuan empunya diri pun masih tak percaya.hahaha]
2. masih belum berjaya membuang segala lemak yg semakin terkumpul dgn jayanya.walopon dah rajin exercise.muahaha [sila percaya!!!!ini tak tipu punya!!!]
3. makin terserlah kegarangannya sifat keibuan nya.[sila muntah!!!]
4. makin tak sanggup nak berpisah dgn Zahra.[ini memang betul!!!kalo bleh nak benti keje.dan nak jd mama sepenuh masa]
4. dah itu jek!!!tak cukup ke badan mama yg semakin berkembang.benda lain tak payahlah!!!haish!!
love: mamazahra
Monday, 22 March 2010
Happy 29mos old, sayang
22-03-2010 tepat kul 5.05pm.
genaplah usia anak dara mama, Nur Dhia Zahra 29bulan.
sekejap betul masa berlalu...
Zahra semakin besar, ini bermakna papa & mama makin tua dewasa.huhuhu
meh, kita tengok perkembangan budak kecik tu bila dah 29bulan...
1. Zahra makin kuat merajuk.kalau dia tgh makan, then papa/mama tegur/marah dia sbb dia buat sesuatu yg tak betul, cthnya, tumpahkan makanan atas meja, dia akan terus merajuk.terus taknak makan.terus nangis sekuat hati, sampai kami berjaya pujuk baru dia nak sambung makan. [ikut perangai siapa la neh???ngeh3]
2. suka tiru cakap/gaya orang lain, xkesah sesapa pun.kadang iklan kat TV or pelakon drama.walaupun tak berapa nak betul.hukhuk.kadang2 yg hujung2 je dia ikut.ahaks~
3. kuat memilih.especially baju yg dia nak pakai.dah pandai demand.takmo dah apkai baju yg mama/ibu sediakan.dia akan pilih sendiri baju walaupun tak sesuai dgn keadaan.cthnya, nak pakai seluar pendek time malam.
4. masih belum bercakap dgn jelas.sebutan masih pelat.cthnya, naik=aek,makan=atan,takmo=namo, ibu=idu,angah=anyah dan banyak lagi lah.tak larat nak tulis semua.dan...masih belum boleh susun ayat..masih susah nak paham apa yg dia nak cakap.huhuhu
5. suka sangat berlari.lari pecut tau!!siap kadang smp terlanggar pintu or almari sbb terlalu laju.huhuhu
6. suka sakat nenek atau sesapa jek.tp, nenek yg salu jd mangsa dia.cthnya,kalo nenek tgh tengok TV, dia matikan.bila nenek marah, dia gelak.gerammm jek tau!!!
7. makin kuat minum susu.skang ni dia minum Dutch Lady 123.kadang tu, baru je mama/papa buat, tak sampai 10minit dah kosong botol dia.
8. masih lagi pakai diaper, sbb mama lum sempat training Zahra tuk free-diaper.tp, Zahra dah reti e'ek kat toilet.hehehe
9. dah mula pandai mengaji.bila mama atau nenek ajar baca alif-ba-ta, Zahra dah mula pandai ikut baca dgn betul.bagus anak dara mama neh.hikhik.[puji anak dara sendiri nampak.mesti ada yg cebik bibir membaca.kihkihkih]
okeh, setakat ni je dulu mama tulis.
nnt, mama update perkembangan Zahra lagi.
cam biasa, nnt mama check dgn milestone babycenter,k!!!
p/s: entry ni dah buat semalam, tapi tak sempat nak publish.hikhik
love: mamazahra
Monday, 25 January 2010
Happy 27mos Belated Birthday Nur Dhia Zahra
Sorrylah, lambat sikit update pasal perkembangan Zahra bile masuk 27bulan neh...
22-01-2010, jam 5.05pm genap anak dara mama 27bulan.
macam tak percaya je.
Alhamdulillah, mama dapat tengok setiap perkembangan Zahra.
mama perasan, setiap kali Zahra beralih bulan, mesti Zahra demam.
mak mama selalu cakap, " budak nak beralih bulan, memang demam, nak pandai lah tu.."
dan, amma percaya kata-kata nenek Zahra tu..
memang setiap kali Zahra beralih bulan, Zahra demam dan Zahra mesti tunjukkan satu perubahan yang positive dan kadang-kadang negative.
tapi, mama percaya Zahra masih dalam proses pembelajaran.
tuk tahu, tahap perkembangan Zahra, mama memang joined parenting website neh, http://www.babycenter.com.my/
mama dapat tahu pasal website ni dari majalah Pa&Ma.
sejak Zahra kecik, memang mama baca tentang perkembangan kanak-kanak sebaya Zahra kat website tu.
ada forum gak, leh bertukar cerita tentang anak-anak.
kat situ gak la mama selalu bandingkan perkembangan Zahra dengan anak-anak lain.
jom, kita share!!!Your toddler's development (27 to 28 months)
Physical development
Your child now probably handles small objects with ease. He can stack blocks, knock over towers, pull off his shoes, turn book pages, and hold a cup with one hand. He might even be able to balance on one foot for a second or take a big jump forward with his feet together.
Your child now probably handles small objects with ease. He can stack blocks, knock over towers, pull off his shoes, turn book pages, and hold a cup with one hand. He might even be able to balance on one foot for a second or take a big jump forward with his feet together.
* macam Zahra, dia dah boleh pasang lego/stack blocks yang Aunty Ejan hadiahkan dan boleh buat macam apa yang kita suruh.cuma masih belum boleh susun ikut warna.
* Zahra dan pandai pakai dan bukak kasut sendiri
* Zahra dah boleh pegang cawan dengan sebelah tangan, especially gelas plastik. tapi, kalau pegang gelas kaca, mama selalu suruh dia pegang dua belah tangan sebab takut terlepas
* tapi, mama lom try lagi, samada Zahra boleh ke tak berdiri sebelah kaki.. neh [balik nanti, nak cubalah]
Controlling impulses and negative behaviour
Your child is slowly developing the ability to control his actions -- but at this age, he's still prone to a fair amount of pushing, shoving, yelling and tantrums. You can't expect perfect behaviour from him all the time. Keep reminding him in positive ways that talking gets better results than physical action -- and make sure you praise him when he makes an effort to communicate with words.
Your child is slowly developing the ability to control his actions -- but at this age, he's still prone to a fair amount of pushing, shoving, yelling and tantrums. You can't expect perfect behaviour from him all the time. Keep reminding him in positive ways that talking gets better results than physical action -- and make sure you praise him when he makes an effort to communicate with words.
* mama perasan, setiap kali mama puji dia bile Zahra mampu buat sesuatu yang mama arahkan, Zahra akan clapped hand.Bangga ar tuh...hahaha
* Zahra suka mengamuk, guling-guling kat lantai or nangis non-stop selagi pujukan lom mengena.
Making rules make sense
Helping your child understand the "why" of rules will make it easier for him to follow them. Explain that we do some things to stay safe -- such as holding hands while crossing the street and wearing shoes outside. Keep your rules reasonable, clear and consistent, and be patient while he learns to follow them. Most children will need a lot of gentle reminders.
* Part ni, memang menguji kesabaran mama.susah nak pahamkan Zahra setiap apa yang kita larang dia buat memang bersebab. Cthnya, mama larang dia main kat tangga.banyak kali mama bagitau, kalo maian kat tangga, nanti jatuh.tapi, Zahra tetap nak main gak.
Intense concentration
Your child's attention span is lengthening, and sometimes he'll be so absorbed in his play that he'll resent your interruption. You can make transitions easier by warning him in advance, as in "You can play with the blocks for five more minutes, but then it's dinner time." When you can, be flexible with your timing. And keep in mind that some children might need a couple of warnings to ease their transition away from play.
p/s: setiap kanak-kanak perkembangan diorang laian-lain.so, janganlah susah hati ye!!! yang penting, masih dalam kelompok anak-anak sihat. so, kalau rasa, anak kita slow sikit dari anak lain yang sebaya, janganlah bersedih hati..Renung-renungkan dan selamat beramal...
love: mamazahra
Wednesday, 16 December 2009
Sembelit...Pembelit...Terbelit
Antara 3 benda kat tajuk tu, 1 jek yang ada kena mengena dengan cerita mama.
yang dua lagi tu, saje jek bagi gempak.hehe
cambiasa lah mamazahra ni kan suka beno buat gempak.
okeh, nak share ngan semua mama-mama kt luar sana.
mana tahu, kowang pun alami perkara yang sama ngan mama.
ops, bukan mama yang sembelit ye.
penyakit mama, alhamdulillah dah lama sembuh.
sekarang ni, berjangkit pulak pada si tecik tu.
ish, pelik gak kan.
penyakit sembelit ni penyakit berjangkit ke???
kalo mama, yang dewasa ni pun boleh tak tahan kalo sembelit.
ini kan pulak, budak kecik yang belum pandai mengadu sakit pewot.
Zahra alami sembelit sejak dia mula makan makanan biasa.
maknanya sejak dia berumur setahun.
gile weyh..
dah masuk setahun lah dia derita sembelit.
banyak dah mama usaha.
tapi, masih lum berjaya.
sejak baby, memula Zahra minum S26 Gold.
tapi, Zahra tak serasi, asek muntah jek.
then, mama tukar ke Dulac.
juga muntah-muntah.
so, mama tukar ke Enfalac A+
Alhamdulillah, sejak minum Enfalac A+, Zahra dah tak muntah.
maka, kami teruskan.
Then, dia bertukar ke Enfapro A+ sampai lah umur setahun.

Lepas, Zahra injak umur setahun, kami tukar ke Enfagrow A+ pulak.
dan Zahra dah mula makan makanan seperti orang dewasa.
dan sejak tu lah Zahra selalu sembelit.
mama selalu gak bawak Zahra gi klinik gara-gara tak boleh membuang.

Zahra bergantung pada ubat lembutkan najis tuk buang air.
kesian mama tengok anak dara mama.
sejak baby Zahra selalu membuang, 2 kali sehari.
sejak kena sembelit neh, 2 hari sekali.
mama ada tanya gak pada Dr Shima pasal benda neh.
tapi, Dr Shima kata, jgn risau.
memang biasa kanak-kanak sembelit.
so, dia suruh mama bagi banyak jus buah.
so, bagi jek ubat lembutkan najis tuh.
dapatlah Zahra membuang sekali sehari.
tapi, kowang tahu jek la.
Zahra ni payah makan ubat.
so, memang seksa lah nak paksa dia makan ubat.
maka, Zahra tak nak makan kalo dia rasa pewot dia sakit.
Dr Shima sarankan mama cairkan sikit susu tu masa bancuh.
mama ikutkan je, tapi Zahra tetap alami benda yang sama.
Aritu, masa melawat nenek sedara mama.
Zahra sakit pewot dan nangis.
Zahra ni kalo nak membuang, akan menyorok satu tempat dan meneran.
so, kakak sedara mama,Kak Hendon nampaklah.
bile mama bagitahu yang Zahra alami sembelit.
Dia suggestkan Bebelac EC.

K.Hendon cakap, anak sulung dia pun alami benda yang sama.
bile DR dia suggestkan Bebelac EC, Danial dah tak sembelit lagi.
so, mulalah pencarian kami.
seluruh Klang dah cari Bebelac EC neh, tak jumpa pun.
yang ada Bebelac neh..

so, mama try bagi Zahra.
Alhamdulillah, Zahra dah tak sembelit.
tapi, mama perasan yang susu tu tuk 6bln keatas.
takde pulak tuk budak 1.5yrs.
so, mama takut pulak tak sesuai.
so, mama stop.
dan ada gak kawan yang suggestkan Dutch lady 123.
so, mama try bagi Zahra.
yang dua lagi tu, saje jek bagi gempak.hehe
cambiasa lah mamazahra ni kan suka beno buat gempak.
okeh, nak share ngan semua mama-mama kt luar sana.
mana tahu, kowang pun alami perkara yang sama ngan mama.
ops, bukan mama yang sembelit ye.
penyakit mama, alhamdulillah dah lama sembuh.
sekarang ni, berjangkit pulak pada si tecik tu.
ish, pelik gak kan.
penyakit sembelit ni penyakit berjangkit ke???
kalo mama, yang dewasa ni pun boleh tak tahan kalo sembelit.
ini kan pulak, budak kecik yang belum pandai mengadu sakit pewot.
Zahra alami sembelit sejak dia mula makan makanan biasa.
maknanya sejak dia berumur setahun.
gile weyh..
dah masuk setahun lah dia derita sembelit.
banyak dah mama usaha.
tapi, masih lum berjaya.
sejak baby, memula Zahra minum S26 Gold.
tapi, Zahra tak serasi, asek muntah jek.
then, mama tukar ke Dulac.
juga muntah-muntah.
so, mama tukar ke Enfalac A+
Alhamdulillah, sejak minum Enfalac A+, Zahra dah tak muntah.
maka, kami teruskan.
Then, dia bertukar ke Enfapro A+ sampai lah umur setahun.

Lepas, Zahra injak umur setahun, kami tukar ke Enfagrow A+ pulak.
dan Zahra dah mula makan makanan seperti orang dewasa.
dan sejak tu lah Zahra selalu sembelit.
mama selalu gak bawak Zahra gi klinik gara-gara tak boleh membuang.

Zahra bergantung pada ubat lembutkan najis tuk buang air.
kesian mama tengok anak dara mama.
sejak baby Zahra selalu membuang, 2 kali sehari.
sejak kena sembelit neh, 2 hari sekali.
mama ada tanya gak pada Dr Shima pasal benda neh.
tapi, Dr Shima kata, jgn risau.
memang biasa kanak-kanak sembelit.
so, dia suruh mama bagi banyak jus buah.
so, bagi jek ubat lembutkan najis tuh.
dapatlah Zahra membuang sekali sehari.
tapi, kowang tahu jek la.
Zahra ni payah makan ubat.
so, memang seksa lah nak paksa dia makan ubat.
maka, Zahra tak nak makan kalo dia rasa pewot dia sakit.
Dr Shima sarankan mama cairkan sikit susu tu masa bancuh.
mama ikutkan je, tapi Zahra tetap alami benda yang sama.
Aritu, masa melawat nenek sedara mama.
Zahra sakit pewot dan nangis.
Zahra ni kalo nak membuang, akan menyorok satu tempat dan meneran.
so, kakak sedara mama,Kak Hendon nampaklah.
bile mama bagitahu yang Zahra alami sembelit.
Dia suggestkan Bebelac EC.

K.Hendon cakap, anak sulung dia pun alami benda yang sama.
bile DR dia suggestkan Bebelac EC, Danial dah tak sembelit lagi.
so, mulalah pencarian kami.
seluruh Klang dah cari Bebelac EC neh, tak jumpa pun.
yang ada Bebelac neh..

so, mama try bagi Zahra.
Alhamdulillah, Zahra dah tak sembelit.
tapi, mama perasan yang susu tu tuk 6bln keatas.
takde pulak tuk budak 1.5yrs.
so, mama takut pulak tak sesuai.
so, mama stop.
dan ada gak kawan yang suggestkan Dutch lady 123.
so, mama try bagi Zahra.
kali neh, dia makin teruk.
kadang sampai 3 hari Zahra tak membuang,
kesian sangat kat dia.
so, mama bawak dia gi Klinik Dr Shima.
Dr Shima suggestkan mama tukar susu Zahra dari Dutch Lady ke Pediasure.
walopon susu neh mahal, mama tak kisah.
asalkan Zahra tak sembelit lagi.
Alhamdulillah, ibu cakap Zahra dah lawas.
kalo berterusan ok, kami akan menten Pediasure tu.
tapi, mama tetap risau.
tapi, mama tetap risau.
korang ada cadangan bernas tak?
love: mamazahra =)
Wednesday, 11 November 2009
Petua org dulu-dulu
kowang percaya ke ngan petua org dulu-dulu???
mama ada certain perkara cam bab kecantikan masih bleh percaya pd petua lama neh.
tapi, kalo bab lain, cam malas nak percaya.
mama ada masalah yg besar pd org lain, tapi cam kecik jek pd mama.
apa masalahnya???
masalah perkembangan anak.
biasalah org-org tua.
soalan-soalan derang tu cam menyakitkan hati jek.
masa kita lom ada anak, sebok tanya bile nak dpt anak.
bile kita da ngandong, sebok tanya bile nak bersalin.
soklan camtuh masih boleh di terima lagi.
tapi, bile anak da lahir, sebok tanya anak dah pandai ape.
...dah pandai merangkak belom?
...dah pandai duduk belom?
pehtu bile kita sambut besday anak yg pertama,
sebok tanya anak da pandai jalan belom?
bile anak da masuk 2 tawon, sebok tanya da pandai cakap belom?
rimaslah...
maseh ingat lagi, masa sambut besday Zahra yg pertama,
derang tanya zahra da pandai jalan lom.
tp, time tu zahra lom lancar jalan lagi.
masih bertatih.
sebok dok comparekan anak kita ngan anak org lain.
geram sgt2.
sampai ada suara2 yg bg petua lama.
tetiap pagi, pas subuh..jalankan zahra atas rumput yg berembun.
katanya, biar zahra cepat jalan.
mama malas nak ikut sgt petua tuh..
tp, mak mama lah yg rajin...
usaha katanya...
ikut suka mak lah...
bile last month, sambut besday zahra yg ke-2, sebok tanya..
zahra dah pandai cakap belom??
adan ada suara-suara gatal bagi suggestion suh bg zahra makan bertih jatung supaya cepat cakap.
tatau lah betul ke tak.
berkesan ke tak..
kali neh, mama dah naik fed-up.
sebok nak comparekan anak dara mama dgn org lain.
biarlah dia lambat cakap sekalipun.
mama monitor perkembangan dia.
masih di kelompok anak yg normal.
kalo serius sgt, tahulah mama bawak gi jumpa pakar kanak-kanak.
semalam, masa mama balik keje, ibu zahra gtau ada org bg bertih jagung.
dan ibuzahra dah cuba bg zahra makan bertih jagung tuh.
tatau lah apa perkembangannya.
mama sedih sgt2.
macamlah anak mama x normal.
kowang rasa, Zahra x normal ke???
perlu ke mama bawak zahra jumpa pakar kanak2???
love: mamazahra =)
Tuesday, 3 November 2009
tunjuk perasaan
mama bukan nak cerita pasal tunjuk perasaan org indon pd rakyat mesia.
tapi nak cerita pasal anak dara mama yg suka no tunjuk perasaan.
sejak 2 menjak, 3 menjak neh.
makin usia meningkat.
lemak dia pun makin meningkat.
tak pasal2 , hangin mama dia pon meningkat-ningkat.
budak tecik tu, suka benor tunjuk perasaan.
berguling-guling kat lantai.
nangis jerit-jerit cam histeria.
nangis sampai sedu-sedu.
hangin satu badan mama ngan papa dia.
silap hari bulan, memang kena lah ngan mama dia yg naik hantu ni.
semakin zahra besar, semakin kurang pulak tahap kesabaran mama dia neh.
mama takot lak, tetiba kang naik tangan samapai mudaratkan budak tecik tuh.
ye lah, dia bukan paham bahasa pun.
bape juta kali la cakap kt dia.
dia tetap akan ulang.
hadoii!!!
hangin jek.
lately zahra mmg salu sgt kena piat telinga.
kalo dah kena piat telinga ngan papa dia.
kompomlah akan nangis cam histeria.
berguling-guling.
air mata toksah cakaplah.
bergelen-gelen.
habis banjir karpet.
mama tatau apa puncanya.
kadang2 pasal mende kecik jek.
zahra akan tunjuk perasaan.
contohnya, dia tgh baring tgk TV sambil minum susu.kendian susunya meleleh keluar dr mulut smp ke lantai.
so, mama or papa dia ni akan betulkan botol susu tuh.
then, dia nangis tunjuk perasaan.
campak botol susu sekuat ati.
nangis guling-guling.
so, mama ngan papa akan naik hangin la kan.
botol susu tu bukan murah.mahal beb, Avent tuh.
susu tu pun bukan murah, Bebelac 800gm RM35++ tau
ingat papa dia tu tukang cap duit.
beli susu pakai air liur.hikhik.
naik hangin la papa dia tuh.
dah kena jentik telinga.
sudahnya, nangis cam nak pengsan.
suara smp hilang.
puas mama pujuk.
nenek pun cuba nasib nak pujuk.
tp, langsung tak makan pujuk.
tatau la, nak kata PMS.budak tecik tuh lom peot lagi.
tp kan, ada hari-hari tertentu, dia akan hangin satu badan.
moody tak pasal-pasal.
tatau la nak buat hape.
tension kadang-kadang tau.
p/s: ke si zahra ni nak uji tahap kesabaran mama dan papa dia???? Renung-renungkan dan selamat beramal.
love: mamazahra =)
Subscribe to:
Posts (Atom)



















