Showing posts with label Familia. Show all posts
Showing posts with label Familia. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Pindah rumah

Assalamualaikum.

11.12.13, cantik tarikh hari ni kan.
Memasing nak jugak jadikan tarikh hari ni sebagai tarikh istimewa kan.

Selain Jovianina dan rozita che wan dan zain saidin nikah, mama pasti ramai pasangan lain yang nikah hari ni jugak.

Mama pun tak nak lah lepaskan peluang tuk jadikan tarikh hari ni istimewa, so kami pun pindah barang ke our lil sweet home @ sinar, saujana utama hari ni jugak. Alhamdulillah,  selesai 70% angkat barang. Tapi barang tak siap unpack lagi. Lagi 30% masih kat rumah mak lagi. Akan sambung angkat barang selepas balik dari outstation.

Ya, mama kena gi outstation ahad ni. Kalau ikutkan memang tak nak pergi, tapi mama dah pilih kerjaya ni dan Allah masih izinkn mama cari rezeki di sini maka mama patuh je lah arahan ketua kan.

Kalau ikutkan December 2013 ni bulan paling sibuk tuk mama. Mana taknya, Zahra nak masuk darjah 1 next year dan 28hb ni hari orientasi. Keperluan sekolah 80% baru beli. Ada 20% lagi. Tu tak termasuk buku dan yuran sekolah. Baju sekolah tu nak kena basuh dan gosok.

Bulan ni jugak mama nak pindah masuk rumah. Kunci dapat dari Glomac bulan 3, jiran tetangga dah ramai pindah masuk. Teruja gak nak masuk rumah sendiri. Tapi sebab kena gi outstation,  terpaksa lah tangguh. Mama plan nak pindah time cuti sekolah. Boleh lah biadakan diri keluar gi kerja dari rumah sendiri yang pastinya agak jauh dari rumah mak kan. Kena praktis kejutkan anak2 pagi2 buta, Zahra kena bangun awal gi sekolah. Tapi nampaknya tak kesampaian lah. Kita redah kasi pecah je lah. Nak buat macam mana kan.

Sabtu ni, 14.12.13 ni anak sedara mama nikah. Sebab tu kena packing barang tuk outstation cepat. Takkan lepas majlis terus nak balik kan, haruslah tolong kak Anjang mama berkemas dulu kn. Kesian plak kalo pergi Penang macam tu je. Ahad bertolak ke Penang. Sabtu, 21hb pulak balik dari Penang kena terus ke Lenggong, Perak tuk Majlis sambut menantu kat rumah besan Kak Anjang.

Kalau ikutkan plan asal, memang nak konvoi dari Klang ke Lenggong dengan adik-beradik yang lain. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah adalah sebaik-baik Perancang. Mama kena gi Penang pulak. Takkn Sabtu tu nak rushing balik Klang pastu bertolak sama2 ke Lenggong kan. Dah sah family mama bertolak sabtu pagi kan. So, mama terpaksa lah bawa anak2 gi outstation.  Dan gerak ke Lenggong dari Penang.Sayang gak sebenarnya, Zahra ada kelas tambahan sepanjang cuti sekolah ni. Terpaksa lah cutikan Zahra seminggu. Zahra tu memang suka lah kan ponteng kelas, tapi mama yang rasa terkilan. Itu je lah usaha mama tuk kemajuan Zahra. Takpe, Allah tahu apa yg lebih baik tuk kami. Redha.

Siapa jaga Zahra dan Zharif kt Penang nanti?? Tu lah masalah besar. Last time masa bulan March, anak sedara mama Pija baru grad dan lom keje, bleh lah mama mintak tlg dia babysit ank2 kt hotel. Kali ni Pija dah keje, anak sedara lain dah keje. Kalau ada maid memang tak jadi masalah.  Tapi mama belum berkemampuan nak ada maid. So, terpaksa lah mama bawak anak sedara mama umur 11 dan 12 tahun tuk jaga Zahra dan Zharif.  Terpaksa. Itu je ank sedara perempuan yg paling besar. Ye, mama tahu agak bahaya nak tinggal budak umur 12, 11, 6 dan 2thn dalam hotel masa gi keje. Tapi mama tiada pilihan.

Actually dah discuss dengan superior, tapi apa boleh buat kan. Mama dah pilih kerja ni, tak suka kena lah hantar resign letter. Moga Allah bukakan rezeki lain tuk mama dan anak2.  Itu je mampu mama doa.

Korang doakan semuanya berjalan lancar. Perjalanan majlis ank sedara mama, Nina Emilda dan perjalanan kami pergi dan balik dan ank2 dan ank2 sedara mama yang akan dok kt hotel sepanjang mama kerja kt Penang nanti.

P/s : gambar lori pagi tadi. Tq kt abg jamal yg sudi tolong mama angkut barang dari rumah mak ke rumah mama. Tq gak pd kakak2, abg ipar dan ank2 sedara mama yg tolong angkat dan kemas barang. 
Terima kasih daun keladi, 2nd trip nanti tlg lagi ye!!

Wednesday, 13 November 2013

13.11.13 macam cantik je... macam comel je... date ni. Hehe

13.11.13
23.23pm

Tak tahu nak update apa. Padahal banyak sangat kot benda nak cerita.  Tapi biasa lah, bila banyak cerita sampai tak tahu nak mulaka  yg mana sudahnya satu apa pun tak cerita. Senang, habis cerita kan. Hehe

Semata-mata nak ada entry pada tarikh hari ni, 13.11.13, mama gigihkan jugak lah type entry kan. Semangat waja oken. Ada yang tanya, bila nak update blog. Ni ha mama update. Haha. Jangan marah eh, nanti kena jual. Hehe ;)

Kononnya nak cerita pasal pengalaman kt mahkamah lah, pasal nafkah lah. Sudahnya,  sepatah haram tak sebut pun pasal tu. Hehehe

Mama pun nak cerita pasal 'cinta hati' terbaru mama selain Zahra dan Zharif. Siapa dia? Bila jumpa? Serius ke dgn dia? Hehe. Pun belum berkesempatan. Gambar takde yang sesuai. Alasan logik tak? Hahaha

Sebenarnya, saja je update benda merapu semata-mata nak date 13.11.13 kan. Kau ada??

Sekarang ni rutin harian macam dah celaru sepanjang 10 bulan ni. Takde mood nak buat apa-apa. Jasad je gi office tapi hati ntah kemana-  mana ntah. Mama sendiri tak pasti. Kalau kat rumah tu, Jasad je ada tapi hati ntah dah kat mana. Sabar je lah! Mama cuba terima suasana baru ni. Masih belum terima 100%. Bukan mudah weh nak lupakan kenangan selama 6thn kan. 6 tahun pun belum tentu dpt lupakan.

Slowly eh... pelan-pelan lah. In shaa Allah nanti mama buat gak satu entry tuk cover cerita kat mahkamah. Bila tu? Doalah mama rajin update eh... hehe

Okeh... saje nak share perbualan mama dengan zahra masa on the way nak hantar zahra gi school pagi ni...

Zahra: semalam tengahari papa amik adik ngan kakak
Mama : oyeke. Papa bawak gi mana?
Zahra: makan kat umah nenek,  pastu gi kedai aceh beli jajan.
Mama: oyeke. Borak apa je ngan papa?
Zahra: kakak tanya papa, nape papa dah tak sayang mama?
Mama: nape kakak tanya macam tu? So, papa jawab apa?
* serius cuak weh mama. Ntah mana anak dpt soklan cepu cemas macam ni kan.
Zahra: oohhh... saje kakak tnya. Papa jawab... papa dah ada kawan baru. So, tak bleh sayang mama dah
Mama: papa jawab macam tu? So kakak cakap apa kat papa?
Zahra: kakak cakap lah... la nape pulak. Dulu papa sayang mama kan. Nape dah tak sayang pulak?
Mama: kakak tnya mcm tu? Papa jawab apa?
Zahra: papa jawab... susah lah nak cakap
Mama: susah? So kakak cakap apa kt papa?
Zahra: kakak cakap lah... apa lah yg susah. Sayang je lah mama. dulu masa kawen, boleh pulak sayang mama.  Skang tak bleh sayang plak?
Mama: papa jawab apa kakak? * excited dh mama
Zahra: papa cakap... ntah lah. Susah nak cakap
Mama: hahaha.
Gelak je lah.  Nak cakap apa kan.

Anak, kamu masih terlalu kecil tuk faham masalah mama dan papa.  Jangan kamu salahkan mama atau papa atau jangan sesekali salahkan takdir dan ketentuan Allah. Ada hikmah atas semua ni. Kamu takkan nampak saat ini, hari ini mungkin. Tapi suatu hari nanti kamu akan sedar hikmahnya tuk masa depan kita.

Mama cuma mahu yang terbaik tuk kamu and adik. Mama sedapa mungkin tuk beri yg termampu dan ikut daya mama. Maaf, walau 1000 kali mama cakap mahu lebih sabar hadapi kerenah kamu dan adik. Tapi mama selalu tewas. Bila penat, mama cepat naik angin. Tapi, mama takkan pernah berhenti tuk berubah demi kamu anak2. Mama sayang kamu sangat-sangat. Takde satu benda dalam dunia ni boleh gantikan tempat kamu berdua.

Walaupun keluarga kita takkan mungkin bersatu kembali, tapi mama tetap akan pikul tanggungjawab dan amanah yang Allah beri pada mama. Mama janji anak! Demi Allah!

Walau susah.. walau payah..
Walau beribu rintangan dan dugaan..
Mama tetap akan mempertahankan kamu berdua...

Wednesday, 6 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum semua ;)

Salam Maal Hijrah 1435.

00:29am
Mama masih tak boleh nak lelapkan mata.
Masih terfikir tentang setahun yg lalu.
1434H adakah mama dah buat perkara yg betul tuk sepanjang tahun atau kesilapan yg banyak mama lakukan.
1434H dah pun jadi kenangan. Terlalu banyak kisah manis dan pahit berlaku. Walaupun yang pahit lebih banyak dari yg manis.
Moga kenangan itu akan mematangkan mama.

Mama berharap 1435H akan jadikan mama lebih kuat, tabah, sabar, bersyukur dan bahagia.

Mama jugak berharap, agar air mata yg bakal menitis di tahun 2014 adalah air mata kegembiraan dan bukan lagi air mata kesedihan.

Moga semua orang di sekeliling mama mengecapi kebahagiaan di tahun baru 1435H. Moga papa akan bahagia dgn pengganti mama yang mama yakin lebih hebat dari mama. Moga anak2 akan lebih bahagia walau keluarga kami tidak lagi sempurna. Moga mak mama lebih bahagia. Dan semua kesayangans mama akan kecapi nikmat bahagia.

Mama dengar Tanya lah Ustaz pagi tadi. Jika nak bahagia,  kita perlu lebih bersyukur. Maka, mama perlu belajar bersyukur tuk kecapi bahagia.

Syukur masih diberi Allah kesempatan tuk sihat, bernafas di bumi Allah, berkasih-sayang dengan mak, anak2, keluarga dsn sahabat. Nikmat yg mama hampir lupa tuk di syukuri. Syukur Alhamdulillah.

Sempena tahun baru ni, mama berazam tuk istiqomah dalam perkara kebaikan yang mama lakukan dan tinggalkan segala larangan Allah. Mama ni hamba-Nya yg lemah dan tidak berdaya. Hanya kepada-Nya mama meminta.

Mama tak mahu berterusan berduka dan mengenang perkara lalu yang tak mungkin akan berulang lagi. Biarlah mama terus melangkah ke depan dgn kuat dan tabah demi cinta hati mama, Zahra dan Zharif.

Biar lah langkah mula mama ini adalah menuju redha Allah. Mama mahu bahagiakan anak-anak dan mak mama.

Mama nekad tuk tumpukan perhatian dan masa pada anak2 dan kami bertiga akan berpindah ke teratak kami dalam waktu terdekat. Biarlah kami bertiga tempuh hari-hari mendatang dengan lebih kuat dan tabah. Susah-senang kami harungi bersama.

Demi Allah, mama akan besarkan mereka sebaik dan  semampu mama. Mama akan lebih kerap mengajar anak-anak ilmu agama, mengaji dan solat berjemaah bersama. Semoga mama istiqomah dalam usaha mama tuk mendidik anak2.  In shaa Allah.

Doa semua amatlah mama harapkan.

Monday, 28 October 2013

Sunyi, sepi, sendiri

Assalamualaikum.

Salam Isnin semua ;)

Macam mana hari Isnin korang? Monday blues? Atau ceria  macam selalu? Hehe. Hari ni, mama busy sangat. Pagi, gi HSBC bank ambil statement yg mama dah request few weeks ago. Mama cam pelik, patutnya 2-3 hari dah siap. Tapi sampai 3weeks takde pun orang call inform statement dah ready tuk collect. Tapi bila mama gi hari ni, boleh pulak officer tu cakap dah call tapi mama tak pick up. Serius macam nak mengamuk. Dah lah statement HSBC tu valid tuk 1month je. So, maknanya mama ada few days je tuk submit statement tu kat KWSP. Tertekan sungguh. Lepas tu singgah pulak Affin bank tuk print statement.

Settle kat HSBC terus lari masuk office. Check email and call auditee tuk set appointment. Terus gerak ke office auditee. Langsung tak sempat nak breakfast.  Nasib bawak cokelat dalam handbag.  Kalau tak, mahu perut mama berkeroncong.

Lunch time lak terus drive gi KWSP bukit tinggi. Jalan dah lah jem teruk. Redah jem dekat 1/2jam, at last sampai gak kt KWSP.  Mujur urusan kat KWSP cuma 15minit. Good job KWSP! Syukur Alhamdulillah,  Allah permudah segala urusan mama. Kalau takde aral melintang, 1-2weeks settle lah urusan mama.

Drive laju2 masuk office. Perut dah lah lapar sebab skip breakfast.  Kt office lak ada makan free sebab hari ni ada Board Meeting.  Lepas all the board of directors makan, staff pulak jamu selera. So, kul 2pm baru lunch. Nom.. nom...nom... Mama ratah lauk banyak sangat. Hehe. Hancur diet mama. Mana boleh tahan, ada macam-macam lauk. Udang masak lemak kuning dengan belimbing buluh, sambal sotong, ayam rempah, kerabu mangga, ikan tenggiri sambal, ulam dan sambal belacan. Dessert dan air barli pulak tu. Memang kekenyangan.  Lepas lunch terus solat zuhur dan teruskan draft report and audit finding.  Blurr pulak kepala otak. Perut kenyang maka mata pun mengantuk. Tu yang jadi blurr otak tu. Hehe

Kul 5 terus gerak balik sebab papa call nak amik anak-anak. Papa suh siapkan anak-anak sebab nak bawa derang jalan-jalan. Balik keje, terus amik anak dan siapkan derang. Belum sempat mama nak mandi and solat asar, papa dah sampai nak pick up anak-anak. Tak sempat pun sembang dengan anak-anak. Selalunya, lepas solat asar lah masa tuk zahra luahkan semua aktiviti dia kt sekolah dan kat rumah. Time ni lah zharif nak main dan manja2 dengan mama.

Malam ni, mama sunyi, sepi dan sendiri. Ini lah yang mama paling tak suka nak rasa. Tapi ini lah yang mama terpaksa lalui tuk seumur hidup mama. Dulu 24/7 dan 365hari mama bersama anak-anak. Tapi sekarang, 4-5hari je dalam seminggu mama bersama anak2.  Sedih sangat.

Kadang terfikir, kenapa mama yang diuji begini. Kenapa mama yang terpaksa lalui semua ni. Andai diberi pilihan, mama nak bersama anak2 seumur hidup mama.  Tapi pilihan yang mama ada, bersama anak2 24jam dan 7hari seminggu atau terpaksa menahan sakit hati bila papa setiap hari balik rumah selepas 12malam. Selagi jam tak berdenting 12kali, selagi tu bayang papa tak nampak. Mama macam tinggal bersama lelaki asing gara-gara cinta dah takde dalam hati papa tuk mama. Dan akhirnya, atas izin Allah. Mama memilih tuk mengorbankn diri tuk kebahagiaan papa dan anak2.  Biarlah papa cari kebahagiaan yang dia impikan, asalkan anak2 tak menjadi mangsa. Mama cuma nak yang terbaik tuk anak2.  "Cinta tak semestinya memiliki" kan?? Maka, kerana terlalu cintakn papa lah mama lepaskan papa cari cinta yg dia impikan.

Kenapa tajuk... "sunyi, sepi, sendiri"? Itu lah yang mama rasa tiap kali anak2 balik rumah papa. Bukan baru hari ni, tapi dah 9bulan mama lalui semua ni. Tapi mama masih belum boleh terima kenyataan ni. Moga Allah beri mama kekuatan tuk lalui semua ni. Demi anak2,  mama tak sanggup pisahkan kasih papa tuk anak2. Biarlah mama terus sunyi, sepi dan sendiri kalau itu yang terbaik tuk semua. Baik tuk papa, anak2 dan mama.

Mohon kekuatan ini terus jadi milik mama. Mohon mama tabah hadapi semua ini. Mohon anak2 terus dapat merasai kasih sayang mama dan papa walaupun ia tidak sesempurna dulu.

Ok lah. Rasanya, lagi banyak mama merapu lagi parah mama rasa.

Good night kesayangans! !!

Wednesday, 9 October 2013

I'm back...... yuhuuuuu!

Assalamualaikum semua :)

I'm back!!!

Ingat lagi tak kt mama?? Ke dah lupa... hahaha
Sekian lama tak update, baru hari ni hegeh-hegeh nak update blog.
Bukan setakat bersawang, siap berlumut dah. Huhuhu
Mujur masih ingat password,  kalau tak, ada yg terpaksa reset password atau paling korok terus tutup blog. Haha

Bukan takde benda nak story kat korang. Terlalu banyak, sampai tak tahu tang mana nak start. Pun boleh kan?? Hehehe

Hari ni, 09/10/2013 genap 9 bulan...
Bukan genap 9mos mama pregnant. No..no..no...
Anak-anak mama masih 2 orang, Zahra dan Zharif. Takkan bertambah setakat ni.
Tapi... genap 9bulan mama harungi hidup sendiri. Tiada lagi tempat bermanja, tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat nak lepaskan geram. Hahaha

Alhamdulillah,  9bln ni mama berjaya harungi setiap liku dalam kehidupan mama, mama berjaya tempuh segala dugaan yang mendatang.
Terima kasih tak terhingga buat keluarga dan sahabat-sahabat baik yang senantiasa bagi dorongan dan sokongan.
Kata-kata semangat dari korang lah yg buat mama lagi kuat.

Bukan mudah sebenarnya. Hanya Allah yg tahu dan Maha mengetahui. Apa yg mama rasa, apa yg mama hadapi. DIA yg lebih tahu apa yg terbaik tuk masa depan mama dan anak-anak.

Hari ni, selepas 9bln mama akan mulakan langkah baru dalam hidup. Moga mama akan terus kuat, terus bersemangat tuk besarkn dua permata hati mama.

Doa kalian semua sangat mama harapkan...

Mulai esok, 10092013.... hari baru, dunia baru tuk mama! Caiyokkk!!! Gambatte!!

P/s: harap semakin rajin lah update. Mmg plan nk story kronologi yg berlaku selama 9bln ni tuk panduan semua yg senasib tapi belum ada kekuatan. Mana yg dah tahu, biarlah tahu. Mana yg lom tahu, satu hari nanti pasti akan tahu.

Thursday, 16 May 2013

04.05.2013 Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Izz Syazwi & Amanda Delisha

Assalamualaikum semua :)
 
Ini gambar sekitar Majlis Cukur Jambul cucu-cucu mama.
Majlis buat kat rumah kak ngah mama kat Kg Sementa, Klang.
Terimbau kembali Majlis Cukur Jambul Zahra, March 2008.
Setiap kali buat cukur Jambul kat rumah kak ngah mesti time PRU.
March 2008 hari yang sama. kali ni sehari seblum PRU. nasib lah kan.
 
Tema Majlis kali ni, warna pilihan mama. dah orang bagi peluang pilihy color tema haruslah mama munafaatkan dengan color febret mama kan. of coz PINK color, cuma kali ni combine dengan hijau.
 
comel tak kak tun???? hahaha
 
Jom, kita tengok gambar!
 
makcik-makcik Marhaban dah siap sedia. yang baju biru tu bukan ketua marhaban tau, itu mak mama. hehe
 
Makcik2 marhaban kali ni bagus, bertindak mengikut arahan. bila kitorang suh start kul 9.30pagi, dia start sharp. tak amcam masa Majlis Cukur Jambul Zahra 2008 dulu, photographer tak datang lagi sebab plan start kul 10pagi tapi makcik marhaban terus start kul 9.30pagi. alasan mereka, semua dah ada buat pe tunggu lagi. hahaha. ikut suka lah makcik oitt!

Pelamin anganku musnah!
opss.. silap.. buaian berendoi paling sempoi jimat-cermat.
buaian berendoi hasil tangan kakak mama, Endek dan dibantu oleh mama.
 
comel tak???
 
Dan...
 
memperkenalkan....
pelakon utama tuk Majlis Cukur Jambul & Aqiqah...
 

Muhammad Izz Syazwi bin Shahlin Arsy
 
dan...

Nur Amanda Delisha binti Md Rudi
dan...
 
inu-ibu pengantin.. hikhik

Ieqa Zalika & Suzie Ernie
 
Ieqa ni, anak abang long mama & Suzie ni anak Kak Ngah mama...
 
Izz & Amanda ni lahir selang 2 minggu je.. lahir Feb 2013

Izz & Mummy

Amanda & Ibu
 
dan...
 
memperkenalkan... flower girl tuk Majlis
hahaha...

mama yg dah gemuk, tembam & debab...

dan... bersama anak dara yang kuat merajuk, meragam sepanjang majlis... Nur Dhia Zahra
dan...

mama bersama kakak2 & anak2 sedara... dan anak dara yg kuat merajuk.. hehe
 
Sekian. TAMAT.



love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Sunday, 10 July 2011

Movie, Bowling & Shopping

ini lah 3 aktiviti kami 4 beranak sepanjang wiken lepas.
wiken ni, next ler mama update eyh.hahhaa
banyak sgt yang ketinggalan, sampai dah malas nak update.hehe
citer cuti2 kami ke Cameron dan Fraser Hill pun belum update.kat umah skang ni malas sungguh nak ngadap PC.
sepanjang minggu ni, mama diserang asthma, dan saat update ni pun nafas tercungap-cungap lagi.
plan nk gi neb sekali lagi malam ni. kalo tak, ada yg MC lak besok.
aaa...haaaa..semputtt!!! (gaya sepah)

okeh, jom citer pasalk last week. sebelum kejadian semput-menyemput.ekeke
Sabtu pagi, kul 10 lebih kami dah terpacak kat Jusco Bukit Raja.
time tu, TGV dah berjela orang Q.tatau derang semua tu sampai kul bape.
mujur manusia2 tu nak tengok Transformers. mama jek Q nak tgk "Sekali Lagi"..
demi Lisa Surihani, sanggup tu heret anak-anak pagi-pagi gi TGV.hikhik

sebelum movie start kami bekfes McD dulu.
biasalah permintaan anak kan, turutkan jek la.
padahal si kakak cuma nak makan hashbrown jek, tapi nak gak bekfes McD.
so, mama papa lah kukang perabis.hehe


mama bukanlah nak review movie ni.
mama puas hati jek lakonan cik Lisa n Sam. cuma jalan cerita tak seperti dijangka.
ekceli, part ending dia. mama expect cik Lisa akan bersatu sekali lagi dgn en. Sam, tapi nan ado.
okeh lah citer ni... sweet n comel gitu. lagi-lagi ada adik mia tu kan...

muka org paling semangat nak nonton movie :)

si kakak baik :)

abes nonton, gi MPH. cari buku tuk memaseng... sorang satu dapat buku, termasuk si Zharif.hehe
walopon si kecik tu belum paham, kasi dia tgk buku yg warna-warni tu la..
buku kakak zahra masa kecik dah hancur, kalo tak boleh turunkan kat adik dia kan...
tapi, semuanya dah tertanggal kulit lah, dah terkoyak lah, dah hilang muka surat lah..
baik beli baru jek :)

habis shopping buku, bawak kakak zahra naik motor pulak..

tak sangka tau, si kakak dah berani naik sendiri.
selama ni, papa akan pilih kereta yang ada remote control, kakak just duduk jek, appa yang kawal.
tapi kali ni, kakak request nak naik motor. dia cakap, nak naik motor scooter cam ibu.hehe
eksyen kemain kakak tau... keliling dia bawak motor.hehehe

okeh, si adik tak reti lagi naik kereta atau motor, so adik dapat toy angry bird jek..
khusyuk kemain dia main angry bird ni.hehe


ekceli, nak bagi zharif belajar genggam barang je.tapi dis punya geram kt angry bird tu sampai digigit-gigit.hehe

malam minggu tu kami ada aktiviti keluarga.
bowling with family gitu lah..
tapi, tak semua pun datang, ada yg ada aktiviti lain dan ada yg tak sihat..
kami main bowling kt Ampang bowl, Klang Parade je..dekat kan..

budak yg keletihan, satu hari tak tidur...
otw ke Klang Parade lg dah lelap, so terpaksa dok dlm stroller Zharif..

sementara menunggu yg lain sampai..
masa family kami sampai, yg dah ada family andak je...

dari kiri:endek, iqa, andak n mama
kt belakang: arsy(boify iqa), ain n andak awie


pose!!

mama nampak gemuk kan?muncit plak tu..huuuuu
pose dulu before baling..wekk

ini lah sebahagian yg ada...
walopon tak ramai yg datang, tp kami enjoy sangat!
walopon bola asek ke longkang.haha

abes bowling, gi makan2 kt char kue teow 88...


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Tuesday, 3 May 2011

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Muhammad Dayyan Zharif - Part 1

Entry ikan pekasam.ekeke
dah sebulan berlalu, baru dapat update pasal Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Zharif.
kira okeh la sebulan, dari tak update langsung kan??hehe

ni sebahagian gambar 'belakang tabir'...
gambar sebelum majlis bermula.
Tenkiu sangat-sangat kat kakak2+abang2+ipar duai+anak2 sedara+cucu2 sedara yang memeriahkan majlis dan membantu mama melancarkan majlis...

jom layan gambar yg hampir basi neh.hehe
tapayah caption lah eyh...
korang sendiri bleh paham kan..hehe




















mama update lagi part by part eyh!!
tenet line sangat lah lancar, tu pasal bleh update sikit2 jek.ekeke

love: mamazahra ^__^

Monday, 13 December 2010

Sendat dan Padat

apa yang sendat tu??apa yg padat??
wow!!bunyi cam sexy jek kan.hikhik
sendat + padat = puas
dah..dah...jangan pikir ke lain...
sebenarnya..

^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


aktiviti hujung minggu kami yang sendat dan padat lah.
letih+mengantuk+sakit badan.hukhuk
but, sangat puas hati sebab dapat apa yang dihajati.hehe


ye, menonton...
The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
setelah pelbagai halangan melanda.ececeh

ekceli, Jumaat malam Sabtu dah plan ngan papa nak tgk movie.
mama nak tengok The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader, tapi papa beriya-iya
nak tgk Harry Potter 7..

kul 8 lebih kami sampai kat TGV bukit raja, Q sikit punya panjang sbb TGV buat renovation, so hanya 2 kaunter bukak.1 kaunter tuk booking online, dah 1 kaunter tuk walk in.
bile tengok Q panjang, takut penat je Q pastu sold out plak. ye lah, screen tunjuk status seat pun takde.derang tampal A4 paper jek tuk tunjuk show time & status.
takut penat Q sampai berpeluh ketiak, tapi frust akhirnya...so, kami buat keputusan cancel jek movie.huhuhu
pas makan prosperity burger kat McD & cari bahan bacaan kat MPH.terus blah. tu pun sebab Zahra dah start mengaruk.terjerit terlolong kat MPH.huhu
so, niat tuk nonton movie disambung ke malam minggu.

Sabtu, kami cuma bermalas-malasan kat rumah. bangun kul 10 pagi. bekfes pun papa yang buat, maggie kari spesel. lunch plak masak sepesel sikit sebab anak sedara mama datang. so, mak request masak ketam masak cili & telur.
sangat selera makan tengahari tu sbb makan secara jemaah dengan kakak & anak-anak sedara sekali.
petang pulak, percubaan pertama buat kuih kasuwi. warna kurang memberangsangkan sbb guna gula melaka. tapi, lembut jek kuih tu. mak dan kawan-kawan pun cakap, rahsia tuk dapat kaler yg cantik tuk kuih kasuwi adalah KICAP. next time, mama try lagi lah.hehe
mama buat seloyang kuih kasuwi tu, makan tuk minum petang plus bekfes pagi Ahad. 2 in 1 :P

okeh, malam minggu tu plan nak nonton movie diteruskan.
kebetulan, anak sedara mama, Ain nak join sekaki. Lepas gi wedding kawan sekampung papa, Kamal mama gi TGV bukit raja tuk beli tiket movie dengan Ain. Papa lak gi rewang umah sepupu papa dengan Zahra.
Lepas beli tiket Narnia, terus balik umah. lepak-lepak tengok TV ngan Ain, sementara tunggu papa & Zahra balik.
kul 11.30mlm baru keluar gi midnite movie.sangat PUAS HATI.
terimbau balik kenangan tengok Narnia few years ago. time tu, papa dan mama belum kawen. kami tengok midnite movie secara jemaah beramai-ramai dengan kawan-kawan papa. time tu, status mama & papa..HANYA KAWAN.ececeh...

lepas tgk movie, terus balik umah & tidur sampai tak ingat dunia.hahaha
mujur pagi boleh bangun subuh, kalau tak ada yang subuh gajah gamaknya.hikhik
6.45pagi, dah dapat sms dari Andak. mintak khidmat mekap dari mama. layankan aje.
niat hati nak sambung tidur lepas subuh terbatal. mekap kan Andak sebab dia nak gi wedding anak mak angkat dia.
mama ni bukanlah pakar, tapi memang suka mekapkan orang.hehehe
gambar memang nan ado. so, tak dapek nak bubuh kat sini. esok-esok kalo dah ada camera mama tepek gambar hasil air tangan mama eyh...

kul 9pagi tadi sampai ke pukul 1.30tghari, rewang umah bibik papa. sepupu papa kawen, Eila & Tapa. moga kekal ke akhir hayat lah jodoh derang ni.
dan, sepatutnya hari ni mama kena attend wedding coursemate mama masa zaman buat degree kat UiTM shah alam dulu, Ashraf Tawadzo tapi mama tak dapek nak gi sbb rewang umah bibik papa dan kena attend wedding umah mak angkat Andak.
bukan takmo attend wedding Ashraf, tapi sebab Ashraf pun jemput tru FB dan mama cuma sempat jengah pagi tadi dan dah plan lain, so tak dapek lah. sowi Ashraf eyh.. "moga awak kekal bahagia dengan pasangan awak lah eyh..."
rasa bersalah gak lah tak attend wedding Ashraf sebab teringat zaman UiTM dulu. mama keraplah "keluar" dengan Ashraf ni,kire rapat lah.kami rajin gi nonton movie lah, kuar shopping lah, kuar jogging lah dan banyak lagi lah.
bak kata Sarah, masa mama call tanya dia, samada dia attend tak wedding Ashraf hari ni.. "ko patut pergi norly oii, dia kan "EX" teman tapi mesra ko!!!aku tak bape rapat ngan dia, tak pergi pun tak pe...". pandai ko sarah eyh...statement ko sangat tak bleh blah tau. kalo bini dia baca, kompom terbeliak bijik mata dia.hahaha

sekali lagi, "Sorry Ashraf eyh...Selamat Pengantin Baru tuk Awak!!!"

balik dari attend wedding mak angkat Andak, terus singgah umah Andak tengok abang ipar mama yang jatuh motor Jumaat lepas. sian Andak Awie, luka-luka. mujur tak teruk.

balik dari umah Andak jek, layan tidur 3 beranak sampai mama tak dapat temankan papa gi reunion futsal ngan schoolmate dia. padahal dah janji nak teman papa, tapi sebab keletihan plus kepenatan, yang kononnya rewang padahal dok layan Zahra jek sbb tak larat nak buat keje dengan peyut terboyot neh,  sampai tak larat nak bangun kul 4lebih tu, papa gi sorang jek reunion futsal tu. mama ngan Zahra sambung tidur sampai kul 5.heeee :D

kebetulan pulak, kul 5 tu Atam mama singgah umah lepas balik attend wedding kat umah mak angkat Andak. pe lagi, kalo dah kumpul adik-beradik kan. aktiviti wajib adalah makan-makan & borak-borak. kami makan mempelam muda petik depan umah makan cicah dengan kuah rojak. beli jek kuah rojak buah tu, RM2.90 jek.sedap hingga menjilat jari. sampai pedih perut mama sebab bedal banyak sangat mempelam muda. masam-masam pun, sedap!!!pehhhh... telan liur lagi.hehe.sok lusa leh sambung makan mempelam lagi, selagi tak habis atas pokok tu.hikhik

Aktiviti wiken yang sendat dan padat ni, buat mama letih & sakit badan.
papa dan Zahra dah lama hanyut, lena duilit mimpi.
walopon letih, tetap semangat berkobar nak update belog yang tak berupdate berkurun lama ni.ekeke

OK, babai.mau titun dulu.sok update lagi kalo rajin  :)








love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!