Wednesday 11 December 2013

Pindah rumah

Assalamualaikum.

11.12.13, cantik tarikh hari ni kan.
Memasing nak jugak jadikan tarikh hari ni sebagai tarikh istimewa kan.

Selain Jovianina dan rozita che wan dan zain saidin nikah, mama pasti ramai pasangan lain yang nikah hari ni jugak.

Mama pun tak nak lah lepaskan peluang tuk jadikan tarikh hari ni istimewa, so kami pun pindah barang ke our lil sweet home @ sinar, saujana utama hari ni jugak. Alhamdulillah,  selesai 70% angkat barang. Tapi barang tak siap unpack lagi. Lagi 30% masih kat rumah mak lagi. Akan sambung angkat barang selepas balik dari outstation.

Ya, mama kena gi outstation ahad ni. Kalau ikutkan memang tak nak pergi, tapi mama dah pilih kerjaya ni dan Allah masih izinkn mama cari rezeki di sini maka mama patuh je lah arahan ketua kan.

Kalau ikutkan December 2013 ni bulan paling sibuk tuk mama. Mana taknya, Zahra nak masuk darjah 1 next year dan 28hb ni hari orientasi. Keperluan sekolah 80% baru beli. Ada 20% lagi. Tu tak termasuk buku dan yuran sekolah. Baju sekolah tu nak kena basuh dan gosok.

Bulan ni jugak mama nak pindah masuk rumah. Kunci dapat dari Glomac bulan 3, jiran tetangga dah ramai pindah masuk. Teruja gak nak masuk rumah sendiri. Tapi sebab kena gi outstation,  terpaksa lah tangguh. Mama plan nak pindah time cuti sekolah. Boleh lah biadakan diri keluar gi kerja dari rumah sendiri yang pastinya agak jauh dari rumah mak kan. Kena praktis kejutkan anak2 pagi2 buta, Zahra kena bangun awal gi sekolah. Tapi nampaknya tak kesampaian lah. Kita redah kasi pecah je lah. Nak buat macam mana kan.

Sabtu ni, 14.12.13 ni anak sedara mama nikah. Sebab tu kena packing barang tuk outstation cepat. Takkan lepas majlis terus nak balik kan, haruslah tolong kak Anjang mama berkemas dulu kn. Kesian plak kalo pergi Penang macam tu je. Ahad bertolak ke Penang. Sabtu, 21hb pulak balik dari Penang kena terus ke Lenggong, Perak tuk Majlis sambut menantu kat rumah besan Kak Anjang.

Kalau ikutkan plan asal, memang nak konvoi dari Klang ke Lenggong dengan adik-beradik yang lain. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah adalah sebaik-baik Perancang. Mama kena gi Penang pulak. Takkn Sabtu tu nak rushing balik Klang pastu bertolak sama2 ke Lenggong kan. Dah sah family mama bertolak sabtu pagi kan. So, mama terpaksa lah bawa anak2 gi outstation.  Dan gerak ke Lenggong dari Penang.Sayang gak sebenarnya, Zahra ada kelas tambahan sepanjang cuti sekolah ni. Terpaksa lah cutikan Zahra seminggu. Zahra tu memang suka lah kan ponteng kelas, tapi mama yang rasa terkilan. Itu je lah usaha mama tuk kemajuan Zahra. Takpe, Allah tahu apa yg lebih baik tuk kami. Redha.

Siapa jaga Zahra dan Zharif kt Penang nanti?? Tu lah masalah besar. Last time masa bulan March, anak sedara mama Pija baru grad dan lom keje, bleh lah mama mintak tlg dia babysit ank2 kt hotel. Kali ni Pija dah keje, anak sedara lain dah keje. Kalau ada maid memang tak jadi masalah.  Tapi mama belum berkemampuan nak ada maid. So, terpaksa lah mama bawak anak sedara mama umur 11 dan 12 tahun tuk jaga Zahra dan Zharif.  Terpaksa. Itu je ank sedara perempuan yg paling besar. Ye, mama tahu agak bahaya nak tinggal budak umur 12, 11, 6 dan 2thn dalam hotel masa gi keje. Tapi mama tiada pilihan.

Actually dah discuss dengan superior, tapi apa boleh buat kan. Mama dah pilih kerja ni, tak suka kena lah hantar resign letter. Moga Allah bukakan rezeki lain tuk mama dan anak2.  Itu je mampu mama doa.

Korang doakan semuanya berjalan lancar. Perjalanan majlis ank sedara mama, Nina Emilda dan perjalanan kami pergi dan balik dan ank2 dan ank2 sedara mama yang akan dok kt hotel sepanjang mama kerja kt Penang nanti.

P/s : gambar lori pagi tadi. Tq kt abg jamal yg sudi tolong mama angkut barang dari rumah mak ke rumah mama. Tq gak pd kakak2, abg ipar dan ank2 sedara mama yg tolong angkat dan kemas barang. 
Terima kasih daun keladi, 2nd trip nanti tlg lagi ye!!

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!