Showing posts with label Afnan Tomyam. Show all posts
Showing posts with label Afnan Tomyam. Show all posts

Thursday, 11 November 2010

Tom Yam Pok Tek

[inilah antara isi dlm tomyam poktek...ikan, ketam, udang, cendawan dll...nyum-nyum]

ni lah menu kami malam semalam.
bukan mama masak pun, makan di kedai jek.skang ni sikit punya malas nak masak.walopon papa berkali-kali bagi hint suruh mama masak.hikhik
ntah la, lately malas moody manjang. tatau nape.
pasal benda kecik pun boleh melenting. teruk sungguh. langsung takde kesabaran.huhuhu
so, dapur adalah tidak berasap dah lebih seminggu. sbb mood yang bercampur-baur. (alasan munasabah tak?)
malam tadi, request kat papa nak makan tomyam poktek.
papa kan dah abes exam, so kenalah belanja mama makan sbb mama dah berkorban jiwa-raga sepanjang papa exam.(ye lah sgt kan..hehehe)
so, papa layankan aje.
kami gi makan kat AFNAN Tomyam jek. dekat dan sedap.
poktek mlm tadi takde udang besar, kureng sikit.tapi, ada ketam besar.nyum-nyum.

puas makan tomyam satu mangkuk besar 3 beranak.
tugas melayan Zahra adalah tugas papa.tugas mama?makan lah..hehehe
selain tomyam poktek, kami order gak telur dadar & sayur campur.

Alhamdulillah, kenyang.


love: mamazahra ^__^

Monday, 4 October 2010

Entry Makan-makan

393lamanya tak bersiaran.hehe
semalam adalah masa tuk berehat. memang malas sungguh nak menaip entry.hehe
walopon mama puasa hari ni.
mama tetap nak buat entry makan-makan neh.
walopon saat tengah menaip ni pun, asek dok telan air liur.hikhik
ni adalah acara makan-makan sepanjang minggu lepas.
entry di cyberview sok-sok lah, takde mood sbb banyak gambar kat kamera opismet. aineh plak, dia ada conference.so, kena tunggu dia masuk opis baru leh upload gambar di cyberview.
hari ni, kita proceed entry makan-makan. i loikeee~

1. Lunch di AP ayam penyet, S.7,Shah Alam
ice lemon tea tuk papa & teh ais indonesia tuk mama

ayam penyet set+nasi putih tuk mama & papa

ekceli ni menu lunch Sabtu-25/09/2010
pap keje sabtu tu, sbb mama plan nak ke SACC Mall tuk beli fabulousmom sleep bra maka mama jak papa lunch sesama.
papa memula cam malas, kalo bleh nak tidur jek sbb mengantuk semalaman menyiapkan esaimen.
tapi, sebab mama dah beriye. papa terpaksa mengalah.hehe
tak tahulah, lately suka sangat makan ayam penyet.
padahal, jumaat sebelum tu dah makan aym penyet wong solo ngan kak siti&kak pah.
mungkin sbb sambal ayam penyet yg kaww pedas, tu yg buat mama berselera.

2. ayam goreng McD, S.2 Shah Alam
ni menu berbuka puasa tuk mama Selasa lepas, 28/09/2010.
pagi tu kan hujan lebat, so mama hantar papa gi keje.
petang blek keje, papa ajak ke library PTAR 1,UiTM. ada buku yg papa nak carik.
lebih kurang kul 7ptg baru keluar dari PTAR.so, tuk berbuka yang cepat & sedap, dah tentulah mama suggest kt papa McD. papa mengikut jek...
padahal, mmg terliur tgk entry lily a.k.a mamazara.hehe

ayam goreng McD spicy tuk mama set besar, big n tasty set medium tuk papa & happy meal nugget+sundae coklat tuk zahra
tp, mama sempat mkn seketul jek ayam goreng tu sbb dah kenyang.so, tapau bawak balik lah seketul lg.

3. Tomyam Poktek Afnan
ni menu berbuka rabu lepas.
tengahari tu dah terliur nak makan tomyam yg sedap.
pernah dengar kawan-kawan cakap tomyam poktek di Afnan sedap.so, laju jek sms papa bagitahu niat hati tu.
tapi, seperti biasa...tak pernah menolak.cuma, papa bagitau lepas berbuka terus nak ke Meru&sg buloh ada jemputan openhouse. mama pulak tak bantah kali ni.hehe
air carrot susu tuk mama, tembikai tuk papa.
mama order nasi putih for 2+tomyam poktek+udang masak pedas+kangkung belacan.
sangat-sangat puas hati.tomyam poktek terbaekkk!!!
udang pedas & kangkung pun sedap.lenkali leh makan situ lagi.

gambar makan-makan di openhouse adalah takde. kat umah abg zul, kak lela hidang laksa & nasi impit.kat umah abg rizal plak, kak nora hidang bihun goreng udang. cuma kat rumah fendy jek takde makanan berat.
Perut adalah sangat padat rabu lepas.hehe

ok dah...
aineh nak buka apa eyh???takde idea lagi lah...any idea kawan2??


love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!