Showing posts with label Selamat Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Lahir. Show all posts

Tuesday, 22 October 2013

Happy 6th Birthday Nur Dhia Zahra

Assalamualaikum semua; )

Hari ni , 22hb Oktober 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran puteri kesayangan mama, Nur Dhia Zahra binti Md Zahari.

She is turning 6 today. Yeayyyy!!! 22102007- 22102013. 6 tahun kamu dah bersama mama.  Sekejapan masa berlalu. Rasanya baru je mama lahirkan zahra, saksikan senyum pertama Zahra bila mama panggil nama kamu, gigi pertama kamu tumbuh, lihat Zahra menapak dan berjalan, menyebut nama mama buat pertama kalinya. Berlari. Dan hari ni, Zahra dah membesar dengan jayanya. Dah pandai uruskan diri sendiri. Mandi dan pakai baju. Bersiap cantik bila nak keluar. Dah pandai nak melawa dengan bedak dan make up. Cepat betul masa berjalan.

Rasanya belum puas mama peluk cium kamu. Hari ni, kamu dah segan bila mama peluk cium kamu, gomol-gomol kamu. Hehe. Dan kamu pulak yang request nak peluk cium mama. Hehe. Betapa mama dah mula tua Zahra. Walaupun kamu selalu bagitahu mama, kawan2 sekolah kamu kata mama ni kakak kamu. Hehe. Mama sedar yang mama mulai tua, bila kamu dah mula membesar.

Dulu, mama yang kesat air mata kamu setiap kali kamu menangis. Tapi hari ni, kamu yang sapu air mata mama bila mama menangis. Huhuhu. Sungguh Zahra membesar menjadi anak yang sangat baik, kuat dan tabah.

Tahun depan, kamu dah mula masuk Tahun 1. Mama macam bermimpi sayang, sangat tak sangka. Dulu mama sekolah kat situ, dan tahun depan kamu pulak ganti tempat mana belajar kat sekolah mama. Hehehe. Terus lah membesar jadi anak yang bijak sayang. Nikmati lah zaman tadika kamu ini. Mama tak pernah memaksa kamu tuk cepat membesar. Mama mahu kamu terus menjadi princess mama. Puteri mama yang manja dan kuat merajuk. hehe

Zahra sayang, walau seluruh dunia mengatakan yang kurang enak tentang kamu, tapi dalam hati mama kamulah anak yang terhebat tuk mama. Walau ada yang lebih bijak dari kamu di dunia ini, kamu tetap yang terbaik yg mama punyai. Walau ada yang lebih sempurna berbanding kamu, tapi kamu tetap anak mama dunia dan akhirat. Kamu lah harta dan ciptaan terindah dari Allah tuk mama.

Zahra sayang, semoga Allah pinjamkan kamu tuk mama lebih lama lagi. Mama mahu bahagiakan kamu. Mama mahu sayangi kamu. Mama mahu besarkan kamu dengan titik peluh mama. Biar lah kamu membesar dengan sempurna. Biar lah kamu menyambung keturunan mama. Biar lah kamu terus menjadi anak kebanggaan mama.

Doa mama selalu ada tuk kamu. Kamu sentiasa dibawah redha mama. Doa mama tidak pernah putus tuk kamu supaya kamu di beri oleh Allah kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Nur Dhia Zahra,  mama sangat sayangkan kamu. Biar mama hilang segalanya tapi tak sanggup kehilangan kamu dan adik kamu. Zahra, jadi lah anak yg mendengar kata, yang taat akan perintah Allah, jangan sesekali kamu tinggalkan solat dan melanggar perintah Allah, jangan kamu dekati dan lakukan larangan Allah. Jadi lah kakak yg baik tuk adik kamu. Kamu lah harapan mama tuk jaga adik kamu bila mama takde nanti. Walau keluarga kita tak lagi sempurna seperti dulu, mama mahu kamu tahu yang mama tak punya kuasa tuk menghalang ia berlaku. Ia berlaku atas izin Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Mama sayang kamu sangat-sangat anak!

Happy 6th Birthday Nur Dhia Zahra!!!


Friday, 24 December 2010

Happy 30th Birthday!!!

semoga...
 panjang umur..
mewah rezeki...
dapat kecapi impian..
dan...
bahagia bersama kami...

Happy 30th Birthday, Papa!!!!
mama, zahra dan lil DZ dlm tummy mama sayang sangat kat papa...

usia hanya satu angka, yang penting..pengalaman hidup yang papa kutip sepanjang 30tahun sebagai hamba Allah ni :)



love: mamazahra ^__^

Wednesday, 20 October 2010

20.10.2010

cantik kan tarikh neh??
ada ke yang nikah hari ni?? punyalah taksub kat tarikh.ekeke
padahal mama pun sama...
gigih pilih tarikh tunang dan nikah sendiri semata-mata nak keramatkan tarikh yang best tuk diingati.egege
macam mama dan papa dulu, pilih 24-06 sebagai tarikh tunang semata-mata nak sama ngan tarikh besday mama dan nak nikah gak 24-12 sempena besday papa.gedik kan?gedik kan?hahaha.cuba korang bayangkan betapa menyampahnya kakak-kaka mama yang jelez sbb tak bleh pilih tarikh kahwin sendiri.hikhik
mama lah orang pertama dalam keluarga yang pilih tarikh sendiri tuk kawen, padahal kakak-kakak dan abang-abang dulu jangan harap nak pilih tarikh sendiri masa tunang atau kahwin.semua orang tua yang tetapkan. dan derang kena redha walopon tarikh tu cam tak best langsung.muahaha
sian kan.sian kan??hikhik
dah lah.mama bukan nak story pasal tarikh istimewa mama pun..
Hari ni...20.10.2010 adalah hari ulangtahun kak lang mama, SALINA BINTI ISNIN yang ke-45.
moga dipanjangkan umur , dilimpahkan rezeki yang halal & bahagia bersama suami, anak-anak, anak menantu & cucu.amin ya rabbal alamin~

perasan tak, hari ni gak 20.10.2010 genap setahun pemergian abang mama, Khambali bin Isnin.
semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 13 July 2010

Mari Membuat Tart : Stoberi Cheese tart, Blueberry Cheese Tart & Choc Tart

Ni cerita dah nak basi ye.
cerita hari Sabtu.
sowi lah, lama sgt mama peram.
mama tak berapa sehat.
semalam pun mama MC.
sakit kat bawah perut.awal pagi, papa nak bawak gi Klinik DrShima, tp malangnya klinik tutup.so, pas bekfes balik jek. plan pegi petang.
lepas Zuhur semalam, mama call tukang urut(Wak Salmah) tuk legakan sakit pinggang & seluruh badan ni. Wak salmah cakap, peranakan mama turun.mungkin sbb mama byk sgt bergerak bebas.so, kena limitkan sikit pergerakan takut janin belum kuat berpaut.hukhuk
macamlah buat keje berat cuti hujung minggu tu, padahal seharian duk baring depan TV ngadap novel.hehe

okeh, Sabtu tu cambiasa.kalo papa tak masuk opis, mmg kami bangun lewat sikit dari biasa.
lepas subuh ekceli dah bangun ngadap PC.
tapi, badan ni rasa sakit-sakit.tu yang join sekali appa& zahra tidur membongkang.hikhik

bangun kul 8 pagi, siap-siap sebab banyak sgt plan tuk Sabtu tu.
papa pas bersiap jek, terus ke Pejabat Pos tuk hidupkan lesen memandu. sementara tu, mama siapkan si kecik tuh.
Lepas singgah sarapan kat tepi highway shapadu tu, terus ke MBSB, Klang. lama gak urusan kat situ.
lepas tu, terus shoot ke Ss.19,Shah Alam tuk amik coklat conveture yg mama kirim dari kak watie.
tapi, malangnya.kak watie keluar ke Puchong tuk amik stok acuan coklat.
so, sementara tunggu kak watie sampai, kami ke Ss.20 tuk lunch. papa makan nasi ayam & mama mkn mee celup yg tak sedap.
kul 12.30 terus ke umah Kak Watie. "TQ k.watie, belikan norly cokelat neh"
Sebelum balik, singgah pulak Ss 7 tuk amik comforter kat Kedai Dobi Nur.mama hantar 6helai comforter last week.
punyalah banyak mama peram. aituh, masa kenduri khatan anak sedara mama tuh, ramai adik-beradik amma tidur rumah tu yg kena basuh semua comforter tuh.
Balik dari kedai dobi, singgah pulak ke BS Bakery, Jln Meru tuk beli bahan buat cistart.
dah lama sgt ngidam nak buat, tapi tak berkesempatan nak buat.

Lepas zuhur jek, bermulalah operasi membuat Cheese Tart.
mama buat 3 perisa. Stoberi, Blueberry Cheese Tart & Chocolate badam Tart.
Resepi buat Tart ni mama amik dari Kak Hanielieza.
ni kali kedua mama buat ikut resepi dia.
mmg terbukti menjadi.hehe
kalu kowang nak cuba klik sini.
mama tatau kak hanieliza ni dah ada lom buku tuk tart & biskut. tapi, mama mmg beli buku masakan dia.especially buku masak seafood. resepi yg mudah & sedap.
kalo nak amik jek resepi dia...[kak, ampun ye, sy copy resepi dr blog akak tuk kongsi dgn kawan2.hehe]

Bahan2 tuk sweet pastry
125 gm butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telur B
500 gm tepung gandum [ayakkan]
Filling
250 gm blueberry/stoberi filling [mama guna sikit jek, tuk setiap tart mama guna kat hujung sudu jek, takut manis sgt.kalo mama beli 250gm ni, mama bleh byk kali buat tart & siap bleh mkn dgn pancake.hehe]
Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul rata semua bahan]
Cara
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama 12 - 15 minit.
5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
7. Angkat tat dan sejukkan.
8. Hidangkan.


Okeh, ni la hasilnya....

stoberi filling cheese tart. yg ni siap ada seketul-seketul stoberi dia.
filling ni, mama beli kt bakery shop tuh.
ekceli, jem dia masam sikit, so mama bubuh sikit gula ising & kacau.kasi manis sikit.tak sedaplah kalo cheese tu dah masam, pastu filling pun masam kan??
yang ni pulak, stoberi filling jek.
sowi lah huduh sket rupanya.
mama kasi chance anak-anak sedara mama, Irfan & Iqbal yg tolong.memaseng sibuk nak tlg bubuh cheese cream tuh, nak bubuh filling & nak tlg corakkan.
tu yg macam-macam pesen ada.hehe

selain stoberi, mama gak buat blueberry & choclate badam.
semua bahan ni mmg dah ada kat umah.
tapi, chocolate badam tart tu tak berapa lawo, tak licin.
tatau nape.
kalo ada yg tahu, petua nak kasi coklat tu berkilat jek kt atas tart, sila kongsi dgn mama.please!!!

petang tu, kul 4 lebih kot. Andak mama datang umah.
mintak tolong buatkan shaffiya kek tuk hari jadi dia mlm minggu tu. ekceli, besday shaffiya minggu lepas, 4/07/2010
Andak tak sempat nak beli kek sbb sibuk masak juadah majlis hari jadi tu.
walopon badan dah letih, mama buat gak lah.
kek yg simple jek.
bahan yang ada pun cuma cream cheese, so mama buatlah Baked Cheese Cake.
resepi, mama ikut resepi catlinaflybaby .siyes, mmg mudah.
tapi, mama buat tak secantik catlina lah kan.
ni 1st time mama buat.tp, rasa mmg sedap.

nak resepi nya?

tuk Cookies Base
120g biskut marie biasa @chocolate (lebih kurang 12-15 keping - aku agak2 je..) [tp, mama guna digestive biscuit.dah itu yg ada kan...hehe]
120 g melted butter
1.hancurkan biskut dgn blender
2.gaul dgn melted butter
3.tekan dlm loyang rapat2, pastu balut dgn plastic wrapper & simpan dlm fridge dulu smbil sediakan adunan kek....
tuk Simple Cheesecake
Bahan-bahan ( Loyang 18 cm ) [mama bedal pakai loyang yg ada, tatau apa size.hehe]
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream @ plain yogurt (aku gune plain yogurt..) [mama guna fresh cream]
2 sudu besar jus lemon(kalau tak mo masam sgt, letak 1 sudu je) [mama tak bubuh pun, sbb tu xberapa cun kott!!!next time, br nak bubuh lah]
3 sudu besar tepung gandum(kalau guna tepung naik sendiri, dia akan jadi gebu sikit) [mama pun guna self-raising flour]
2 biji telur
90g gula
Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap. [mama tak masukkan dlm fridge pun sbb nak potong mlm tu jugak]

dan satu lagi faktor penyebab kenapa cheesecake mama comot.adalah sbb kek tu tak simpan dalam fridge. dan masa mama bubuh buttercream tuh, kek masih hangat.tu yg cair jek buttercream tuh.huhuhu
tapi, rasa mmg sedap.
cuma, kakak mama cakap, manis sikit.sbb mama bubuh byk topping blueberry filling tuh kot.huhu

Happy Birthday yg ke-9 Shaffiya Natasha Muhammad Nawi.
moga jadi anak yg baik & rajin-rajin belajar tau.
bkn belajar mekap jek.ekeke

Dan gara-gara kepenatan Sabtu tu, abes sakit pinggang dan segala sendi mama dan menyebabkan mama MC semalam.hahaha


 


love: mamazahra ^__^

Thursday, 24 June 2010

Happy 28th Birthday

Jomm, ramai-ramai nyanyi lagu happy besday...hikhik

"Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Norly Saliana...yang ke duapuluhlapan
Selamat Hari Jadi.."


Hari ni 24-June-2010, maka genaplah umur mama 28tahun. dah tua mama kan?
tapi, tetap menten berjiwe muda.ahaks~
kalau 28tahun dulu, 24-06-1982, tepat jam 5.45pagi mak sedang bertarung nyawa melahirkan bayi comel ini(mama lah tu.hikhik). yang sekarang bertambah-tambah comel.


Tanpa Mak & Bapak, pasti anak comel ni takkan membesar seperti sekarang.
tanpa didikan yang mak bagi, dah tentulah anak comel yg lahir pada 24-06-1982 neh, takkan kecapi nikmat hidup seperti sekarang.
walopon anak comel itu, bukanlah berjaya mana pun,  tetapi sekurang-kurangnya dgn didikan yg mak bagi, dia masih mampu hidup berdikari dan tak bergantung hidup pada orang lain. tidaklah hidup dgn belas kasihan orang dan hanya meminta-minta.Terima kasih, mak...

TQ gak kat hubby laling saya, Md Zahari Mazlan.walopon papa wish awal dari sepatutnya, oleh kerana tetap nak jadi yang no.1, mama terimalah.hikhik
so, apa plan papa tuk today?kuar ngedate ke?

TQ kat my lil zahra, yang pagi2 dah bangun n wish "hepi beday" kat mama.
mama sayang kamu banget!!!

TQ gak kat kawan-kawan FB, yang hantar besday wishes.
ur besday wishes is much appreciated. wah!!skeaping london lah pulak.hikhik

dan..kawan2 yang hantar sms besday, TQ sgt2!!! mama sgt menghargainya...

agak-agaknya, 20 tahun lagi, mama masih terima tak ucapan dari kawan2 dan insan tersayang??
bila mama dah jadik camni...


tetiba sayu hati la plak.hukhuk


apa impian mama yang dah tercapai setelah berumur 28tahun?
impian tuk ada anak seorang lagi, bakal tercapai, insyaAllah...
impian tuk nak ada "istana" sendiri, insyaAllah, dalam usaha dan kalo ada rezeki, akan tercapai jugak.
dan, ada banyak lagi yang lom tercapai sebenarnya..tapi, mama tetap akan usahakan sampai dapat.




love: mamazahra ^__^

Tuesday, 29 December 2009

Happy 29th Birthday to my beloved Hubby

Khamis, 24-12-2009.
genap usia papa 29tahun.
dah tua papa kan??hikhik
sempena birthday papa yang ke-29 tahun neh,
mama nak wish Happy Birthday.
moga Allah panjangkan usia papa, beri kesihatan yang baik, murahkan rezeki papa[dapatlah mama dan zahra tumpang senang.hikhik], beri papa kejayaaan dalam apa pun yang papa buat, samada kerja ataupun dalam bidang lain yang papa buat, dan Allah sentiasa beri kebahagiaan buat papa di dunia dan di akhirat kelak.
moga papa terus menjadi anak yang baik tuk mak dan abah dan along yg baik tuk adik-adik.
dan terus menjadi suami yang penyayang dan papa yang bertanggungjawab buat buah cinta kami, Nur Dhia Zahra.
maaf, hadiah lambat sket eyh...hikhik
hanya ni yang dapat isterimu ini sediakan tuk hari jadimu..hikhik
jiwang 18 karat.wakaka
cuppies yang kiut & sedap dari nurul mycuppies

inilah surprise dari mama tuk birthday boy...
tenkiu nurul sbb sudi gak buatkan cuppies tuk my hubby walopon order last minit.

16pcs cuppies chocolate moist yang sedap :)
birthday boy ngan anak dara kesayangannya




"i love u so much,B..mmuuuaaaahhhh"

love: mamazahra =)

Wednesday, 11 November 2009

Kakak baik saya

aineh 11 November 2009 adalah hari jadi kakak mama yg paling mama sayang, Saliza Isnin @ kak eja.

aineh besday dia yg ke 33.

tp, siyes for me dia langsung x nampak cam 33, nampak lagi muda dari aii tau.hikhik

[kembangah tuu..nyampah tau!!]

dia lah kakak yg paling rapat ngan mama, walopon jarak umo kami 6 tahun.

tp, kami bleh kamceng.

mama membesar ngan dia lah.

sejak kecik, dia yg salu manjakan mama.

dan dia gak yg salu marah mama,kalo mama buat silap.

dia gak yg salu pujuk mama, kalo mama sedih.

sume benda mama kongsi dgn dia.

dia adalah kakak yg terbaik yg mama ada.
walopon mama ada 5 org kakak, tp kak eja adalah yg terbaik.

mama sayang sgt pd dia.

sejak zahra lahir, dia sayang zahra macam anak dia sendiri.

dia jaga zahra macam dia jaga anak dia.

dia tak pernah merungut jaga zahra.

walopon zahra notti.

dan dia tak berkira jaga zahra kalo mama kuar otstesen.

sempena hari jadi dia neh,

mama doakan kak eja akan panjang umur, mewah rezeki.

bahagia di dunia dan akhirat.

dan terus menjadi kakak yg terbaik tuk mama.



love: mamazahra =)

Monday, 9 November 2009

Zahra 2nd Birthday Bash lagi..

maseh lagi cerita Zahra nye bday bash.
walopon dah berlalu lama.
mama sgt teruja bile k.moon gtau kt FB yg pic bday zahra da upload kt FP.
terus terjah n grab semua gamba yg ada.
mama suka semua gamba yg ada...kiut-miut :)

[i laik dis pic...zahra nampak kiut jek :P ]
the Birthday Girl...Nur Dhia Zahra

bday girl makan spagetty yg mama masak..nyum-nyum
mama with bday gal
three of us...mama, zahra & papa
our lil sweet family :)
sweet kapel of da yr!!
kasih ibu....

i love dis pic...my feberet kaler..PINK :)
tenkiu, kawan! sudi dtg majlis kecil-kecilan ku...Zee & amm.
tenkiu lil Harith :) kamu sgt comel n baik...sbb lgsg x nanes kt umah auntie :P

tenkiu Zura n Najla...thanks for coming,ya!!
Shahril, kawan satu opis....thanks for coming,ya!!

[tak sempat nak borak ngan ur wife...n main ngan ur son :P]
tetamu kecil...
along Iqbal n Angah Irfan

Nur Azyan Najla... mama kawan ngan umi Najla, Zahra kawan ngn Najla pulak eyh...

Rayyan yg kiut...terima kasih Syida & Sarah sbb dtg :)




p/s: gambar tetamu lain masih lom terima...harap sabaw menunggu :) *mama seniri dah tak sabar..huhu*

love: mamazahra =)

Friday, 23 October 2009

~ Selamat Hari Lahir..sayang ~







22nd October 2009, jam 5.05 pm genaplah 2 tahun usia puteri kesayangan mama, Nur Dhia Zahra.


rasanya, baru jek semalam jam 5.05pm mama lahirkan Zahra.


Hari ni, Zahra dah membesar jadi anak yg bijak.




Maaf sebab mama tak dapat nak celebrate besday Zahra.


mama dan papa baru jek kehilangan keluarga kita.


pakcik Zahra dan nenek saudara Zahra.




Mama dan papa doakan Zahra membesar menjadi anak yg mendengar kata, menghormati org tua, bijak dan sentiasa melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.




Mama rasa bangga dapat melihat setiap perkembangan Zahra.


Kalo 22hb Okt 2007, Zahra baru dapat melihat dunia.


22hb Okt 2008, Zahra dah boleh berjalan.


Dan 22hb Okt 2009, Zahra dah boleh bercakap walopon kurang lancar.


Tapi mama tetap bangga.


Dan mama harap Zahra terus membesar dengan baik.




"Selamat Ulangtahun, sayang...Nur Dhia Zahra adalah Cahaya Sinaran yg berseri buat mama dan papa"






p/s:InsyaAllah, hari Sabtu ni mama buat majlis yg sederhana tuk Zahra :)

love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!