Showing posts with label Sedih Tahap Gaban. Show all posts
Showing posts with label Sedih Tahap Gaban. Show all posts

Sunday, 27 March 2011

Terkilan

apa yang mama terkilan malam-malam buta neh??
rantai leher Zahra hilang.
baru je perasan malam ni.huhuhu
last nampak rantai leher tu, pagi tadi masa mama kat pasar tani sec.13, shah alam.
masa kami tengah makan eskem sambil jalan hala ke kereta, ada satu pakcik, eh taklah tua sangat orang tu, muda sikit, kira abang lah.dia tegur.budak-budak tak elok pakai rantai.bahaya.
mama pun terus tarik zahra.
masa tu, memang kami dah nak menghala ke kereta.
masa tu mama perasan, rantai tu ada lagi.
lepas masuk kereta dan balik rumah, kami sempat singgah kat tasik shah alam. tak sampai setengah jam pun.
just bawak zahra & abang-abangnya main gelongsor. pastu terus balik rumah.
sampai rumah memang tak perasan dah mana rantai Zahra.
masa mandikan Zahra petang tadi pun, mama tak perasan.
baru malam ni, suruh papa tanggalkan rantai tu.niat nak simpan sebab masa tengah wuduk nak solat isyak tadi teringat kata-kata pakcik tu tadi.
tapi, papa cakap rantai dah takde. terus gigih cari dalam kereta. takde.
belek henpon, tengok gambar yang sempat mama amik masa kat tasik tadi, memang CONFIRM rantai Zahra TAKDE. sedih sesangat.
mama beli rantai Zahra tu dengan duit bonus time raya tahun lepas.
harap sangat dapat jumpa balik rantai tu.
esok pagi, nak sambung cari dalam kereta dan laman rumah.
tolong doakan masih rezeki kami!!!!!


love: mamazahra ^__^

Thursday, 18 November 2010

Raya Qorban 2010 adalah yang paling menyedihkan :(

korang dah baca kan entry NI. kalo kowang baca, nampak cam OK jek kan... nampak takde menda pun yg menyedihkan kan. kan?

tapi, korang baca tak plan baeekk punyee mama tuk raya korban tu??

 satu apa dari plan tu tak berlaku pun.
kami tak balik umah mertua...
kami tak pergi makan juadah raya kat umah kak ngah...
dan kami tak join pun BBQ raya yang kak lang buat....
huwwaaaaaa!!!!!
sepanjang hari kami dok kat umah jek, pakai baju raya beriya-iya tapi dok depan TV layan apa jek cerita yang ada. dan part yang paling menyedihkan.....
kami tak makan juadah raya pun.
mujurlah Andak hantar nasi himpit, rendang ayam pencen dan kuah kacang dipagi raya tu. hilanglah rasa pilu hati ni.
lunch pulak, kami makan maggie kari yang papa masak sbb mama mogok taknak masak.sedih tak sedih tak?
dinner lak papa masak nasi putih, goreng ayam dan masak cendawan.mama memang mogok takmo masak sbb mama punyalah beriya-iya nak makan ayam panggang kat umah kak lang.huhuhu
yang paling menyedihkan, Zahra dari pagi beriya-iya berbaju kurung dan ajak gi beraya. tapi papa dia buat dono jek.geram sgt2!!!!
udahnya, mama dan zahra layan TV dengan berbaju raya.hukhuk :(
gambar raya adalah takde walau sekeping pun.uuwwwaaaa!!!
kenapa jadik cenggini?
sebab.....


^


^


^


^


^


^


^




^




^





^




^




^
biarlah RAHSIA. masalah rumahtangga mana bleh citer kat orang...hikhik
dalam belog kena citer yang best2 jek, yang bahagia2 jek, yang gaduh-gaduh simpan dalam hati.hahaha
takde lah...
papa malas nak keluar katanya...nak rehat puas-puas. so, kami layankan aje.... walopon dalam hati, pilu sepilu pilunya...
mujurlah pagi ni mak bawak balik juadah raya dari umah Atam. hilang dah rasa sedih pilu..huhuhu




love: mamazahra ^__^

Monday, 24 May 2010

kerana email itu, hilang mood tuk kerja!!!!!!

apesal mama neh?
pepagi dah emo.datang bulan ke hape???takde lah.....
mama tatau apa perasaan mama skang ni.bercampur -baur.
meh mama story....
sesampai jek opis pagi ni, as usual mama akan check email dulu.
sekali, hambekkk ko!!!!
lepas baca, terus hilang MOOD tuk kerja.rasa cam nak RESIGN jek!!!!!

apa email tu?apesal buat mama jadik emo?dari spa email tu?
email tu, bunyi cam personal tapi......biarlah rahsia.....
tapi, tak dapat nak ceritakan kerana bagi mama ia terlalu peribadi...
walopon ayat dalam email tu cenggini " There is nothing personal about what I have written since this relates to dept.'s image in particular and co.’s image as a whole."
tapi, bila baca sampai abes, ia mmg menyentuh soal personal mama.
tapi, takpe lah.
mungkin mama tak sesuai dengan kerja ini, atau mama tak dapat sesuaikan diri dengan persekitaran kerja ini.
so, mama akan pikirkan semula NIAT mama tuk bekerja lama disini tuk mencari pengalaman.
mama tak suka berpura-pura, mama suka jadi diri mama.sbb mama selesa dengan diri mama.
mama tak dapat nak buat ORANG LAIN selesa dengan mama.

ntah la, mama tatau nak pikir apa dah!!!
selagi boleh bertahan, mama bertahan.
kalo tak, mama ANGKAT KAKI jek la....susah pe kan???


love: mamazahra ^__^

Monday, 15 March 2010

Hancur hatiku...

Ni cerita hari ahad 14-03-2010.
nak sangat apdet ahad gak, tapi almaklumlah seluruh kampung skang pakai wifi, so internet tersangatlah lembabsnya.paham2 sudaaaa....
berukben sangat tidak membantu.huhuhu
Ahad tu, syokk woo... bangun lambat.Lepas solat subuh membongkang lagi.papa sorang je yg jaga, tu pun sebab nak main facebook zynga poker.papa sekarang sedang ketagih main game tu.lantaklah..janji papa bahagiaaa....hehe
mama dengn zahra bergolek atas tilam sampai matahari tegak.hahaha
sangat tak senonoh kan??
sekali-sekala...bukan selalu dapat peluang camni...
kalau papa tak kejutkan ajak keluar gi "brunch", memang masih lena diulit intanlah mama agaknya.hehe
oleh kerana skip breakfast, teruslah lunch kat Solero Bistro.
menu sarapan pun dah langsai, menu tengahari yang ada.belasah lah..
brunch pun brunchlah, janji tak payah masak.muahaha
inilah keadaannya di Solero Bistro Jln Kapar dalam kul 10.30pg..
ramai gak yang brunch, bukan kami je tau.hikhik
budak kecik ni dah merengek2.. "nak nasik..nak nasik.."
dia ni memang kompom "anak jawa", tekak dia nak makan nasi je, tak kira waktu.huhuhu
roti canai ke roti bakar ke, memang tak dipandangnya walau sebelah mata.
Selepas enak mentekadarah.sampai bibir mama jadi bibir Angelina Jolie gara2 makan gulai cili api yang memang power, kami ke carwash tuk memanjakan cik Persona.
dah naik berdaki dah badan cik Persona.so, kami kasi cik Persona bermanja2 dengan mamat2 dari India tuh.hikhik
kami menunggu dengan setianya cik Persona dimanja2..hehe
Balik dari carwash, sempat layan TV dulu.kul 1, gerak gi wedding Adlee& pasangannya kat Taman Cempakasari, Bt 4 Jln Kapar.
dengarnya siap masuk paper lagi.Wedding 1Malaysia.Pak Najib yg rasmikan.Kalau nak baca lanjut pasal wedding Adlee klik SINI. Adlee ni bkn sape2 pun, anak Ketua UMNO bahagian Kapar je.Persandingan Adlee dengan 3pasangan lain.Pengantin terdiri daripada dua pasang pengantin Melayu, sepasang pengantin Cina dan sepasang pengantin India.
Gambar sepanjang kat kenduri tak amik pun sebab Adlee tengah bersiap masa kami datang tu.
So, lepas makan terus kami balik.
Balik dari wedding Adlee tu, papa ajak gi nonton Alice in Wonderland kat GSC, Summit.
Papa dpt tiket free dr HSBC.
so, mama dah siap2 bawak jeans & t-shirt.malaslah nak berbaju kurung masuk panggung.
hati berbunga riang nak gi nonton movie...
lagi2, dengan cinta hati saya..hehe
sampai tertidur anak dara saya..sian dia
tetapi...hancur hatiku...
full house dah cerita Alice in Wonderland kat Summit.mama ajak papa gi OU or MV sbb ada gak GSC kt sana.
tapi, papa takmo.takut jalan jammed dan takde parking.
so, kami balik je lah.
lagipun belum solat zuhur lagi.
Hancur hati sebab tak dapat nonton..huhuhu.tapi, papa janji nak gi Isnin.yeay!!!
pssst: Serius kecewa....dahlah Summit sangat tak terurus.dah 5tahun mama tak pergi The Summit.langsung tak bagus meintenance kat sana.teruk gila.betul tak?

love: mamazahra

Friday, 23 October 2009

~ Akhirnya, dia pergi jua ~

lama sungguh belog ni menyepi.[ada org perasan ke??]
mama terlalu bz menguruskan perkara2 penting.
dua hari berturut-turut, kami diselubungi kesedihan.
dari Rabu hingga Khamis.
Airmata ni tak berhenti mengalir.
Rabu 21/10/2009
kalo kowang perasan,n3 "Air dicincang takkan putus".
n3 tu mama istimewakan buat abang mama yg menjadi tahanan.
kami adik-beradik telah membuang dia jauh dari keluarga kerana dia menjadi seorang tahanan.
kami buang ikatan kekeluargaan hanya kerana dia seorang tahanan.
kami tidak pernah melawatnya.
niat tuk melawat juga tak pernah wujud.
kami tak pernah amik peduli.
kerana kami rasa, dia tidak memikir panjang sebelum melakukan kesalahan.
manusia mana tidak membuat kesilapan?
kita sendiri buat silap, cuma kesilapan yg kita lakukan tidak menyalahi undang-undang negara.
okeh, petang selasa tu,kakak mama sms gtau yg ada pihak berwajib dtg umah memberitahu yg keadaan dia yang sedang sakit tenat di Hospital Kajang.
Mak minta mama hantar ke Hospital Kajang tuk melawat.
Walopon dia pernah kami buang, tapi bila dengar keadaannya, hati ini luluh juga.
so, pagi Rabu tu kami 6 beradik perempuan berkumpul dirumah.
kul 8.30 dah bertolak ke Hospital Kajang walopon tahu waktu melawat kul 12.30.
kami sampai depan pintu wad hampir kul 10.
kami mintak izin tuk naik jumpa dia.
memula jaga langsung tak bagi naik,suh tunggu gak kul 12.30.
tapi, setelah kami bgtau yg dia sedang tenat,kami dpt jupe secara gilir.
Kak Lang mama naik dulu.
hati kami berdebar-debar tuk tahu keadaannya.
tak sampai 5 minit, Kak Lang call dan bgtau yg dia telah kembali pada pencipta-Nya.
masyaAllah, macam nak pengsan bila dengar.
mak pulak hampir pengsan.
yang buat kami paling terkilan, bukan Rabu dia meninggal, tapi Selasa jam 1.15pm.
maknanya da lebih 12jam jasadnya berada dibilik mayat.
Kejam nya pihak berwajib.
walopon dia tahanan, tapi dia tetap manusia biasa.
dia tetap punya keluarga, punya mak.
kenapa pihak berwajib tidak menghubungi kami tuk beritahu pemergiannya.
kami beramai-ramai terus ke Bilik Mayat, luluh hati kami.
kami hanya dapat berjumpa jasadnya yg kaku.
seluruh ahli keluarga diberitahu tentang pemergiannnya.
kami cuba tuk membawa pulang jenazah.
tapi, oleh kerana dia seorang tahanan begitu susah tuk mendapat keizinan.
kami terpaksa berjumpa pelbagai pihak tuk memohon keizinan menguruskan jenazahnya.
usai solat Asar, barulah jenazah "Allahyarham Khambali Isnini" selamat dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan dia Hospital Kajang.
Kul 5.30pm barulah kami bertolak dari Kajang tuk balik ke Klang.
oleh kerana jalan jem, Arwah hanya dapat sampai ke Tanah Perkuburan Rantau Panjang kul 7.15pm.
itupun kami terpaksa menunggu pihak berwajib sampai tuk mengebumikan.
Kami tidak dibenarkan menguruskannya.
hampir 7.30mlm barulah arwah selamat disemadikan di sebelah Arwah bapak.
mlm itu juga, kami mengadakan tahlil tuk Arwah.
hampir tengah malam, barulah segalanya selesai.
belum pun tamat segala kesedihan, waktu mama bangun tuk solat subuh.
mama tengok ada 6 missed call dari Abah kul 4.30pg.
mama pun gtau papa, lepas papa on henpon barulah kami dapat tahu makcik papa,iaitu adik abah juga telah kembali kepada pencipta-Nya kul 1.15pg 22/10/2009.
rasa lemah lutut, dua hari berturut kami kehilangan keluarga rapat kami.
begitu besar dugaan Allah.
Sampai hari ni mama maseh rasa lemah.
nak pergi keje pon masih lom mampu.
apatah lagi nak buat kerja.
fikiran masih menerawang ntah ke mana.
asek memikirkan kenangan bersama mereka.
ye, mama tahu, yang pergi tetap pergi.
kita yg masih hidup, perlu teruskan kehidupan.
mama perlu masa.
Allahyarham Khambali Isnin selamat kembali kepada pencipta-Nya 20hb Oktober 2009 jam 1.15ptg dan Allahyarhamah Fauziah Ngadiman pada 22hb Oktober 2009 jam 1.15pg.
Doa mama, biarlah kedua-dua Arwah selamat di sana,di sisi-Nya dan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yg beriman.Amin.





love: mamazahra =)

Tuesday, 20 October 2009

~ Air dicincang takkan putus ~

walau bape banyak pun kesalahan dia,
walau bape banyak pun dosa dia,
walau bape ribu kali pun dia ulang setiap kesalahan dia,
walau bape banyak pun hati yang terluka kerana dia,
dia tetap darah daging saya.
walau bape jauh pun saya buang dia,
walau bape puluh tahun pun saya cuba lupakan dia,
walau bape ribu maki hamun saya pada dia,
dia tetap darah daging saya.
darah yang mengalir dalam tubuh dia, adalah darah yg sama mengalir dalam tubuh saya.
dia dan saya lahir dari rahim yang sama.
dia juga membesar dengan susu hasil dari ibu yg sama, iaitu MAK.
saya rasa gembira bila dia tiada,
saya rasa seronok bila dia tidak pulang,
tidak sedikit pun rasa risau,
tidak sedikit pun rasa kasihan,
tidak sedikit pun rasa simpati,
malah, rasa bahagia yang amat.
kalau boleh mahu dia terus pergi,
kalau boleh mahu dia terus lupa jalan pulang,
kalau boleh mahu buang dia dari salasilah,
tapi,
bila tahu dia sakit,
bila tahu dia tak akan sembuh,
bila tahu dia akan pergi selamanya,
hati yang selama ini sakit, rasa sayu.
hati yang selama ini bengkak, terus surut.
hati yang selama ini gembira bila dia tiada, rasa hiba.
ini lah yang dinamakan "air dicincang takkan putus"...
Moga dia sempat memohon keampunan-Nya.
Moga setiap hati yang terluka kerananya, memaafkannya.
Moga dia tenang terima Qada' dan Qadar nya, jika itu yang terbaik untuknya.
amin.


love: mamazahra =)

Friday, 16 October 2009

~ Sampai Hati ~



ini bukan nak share lirik lagu Spring eyh..
tapi, sesi luahan perasaan.
sape nak dengar, pasang telinga.
sape nyampah nak dengar,amik dua tangan tutup dua telinga.


sampai nye hati.
sebelum cakap tu, ada tak pikir bahawa telinga yg mendengar ni bakal kecik hati??
ada?? atau awak mmg tak kesah??
ye, saya tahu.saya ni kecik.
tapi, hati ni kecik sangat bile awak cakap cenggitu.
walopon sedar diri makin membesar bagai johan.
tapi, takde makna nya saya akan berbesar hati bila awak cakap cenggitu.

bile awak cakap camtuh.
seolah-olah, saya ni takde perasaan.
saya ni kayu.
saya ni plastik.
saya ni batu.



...yang takkan berkecil hati.
...yang jiwanya takkan terguris.





[walopon saya tak menangis depan awak, tapi hati saya menangis]

ntah lah.

saya yang terlalu mudah tersentap.

atau awak yang mulut takde insurans.





yang pasti.

sampainya hati awak.
cakap cenggitu pada saya.

dan bile saya start buat muka KETAT.
awak langsung tak amik peduli.
awak langsung tiada tanda-tanda nak MINTA MAAF.
awak anggap awak tak bersalah.





love: mamazahra =)

Friday, 2 October 2009

~ Khatimah Cinta ~

"Khatimah Cinta "

oh kidung malam nyanyikan lagu
rindu hatiku yang terpana
hoh bintang malam lukis wajahku
katakan aku...pergi
genggamlah cinta yang ku berikan
simpanlah slalu dalam hatiku
akan slalu dalam mimpimu
menemani tidurmu

sudahlah sudah...ku harus pergi
jangan kau tangisi aku lagi
biarku bawa sluruh cintamu
ku dakap dalam tidur panjangku
peluk tubuhku
kucup bibirku
relakan saja aku pergi



mama maseh belom temui kekuatan tuk berkongsi duka ini.
biarlah mama dan zahra tanggungnya sendiri.
moga Allah beri kekuatan tuk kami terima keadaan yg cukup asing bg kami ini.
hanya doa dari kwn-kwn dan keluarga yg kami harapkan.

love: mamazahra =)


~ Tanpa ~

hai,kowang.

sowilah lately topik mama, asek cerita sedih pilu jek.

bukan pe, mama nk kowang kongsi perasaan tu ngn mama.

rasa berat jek tanggung semuanya seniri.

bukan pe, bile kite kongsi dgn org lain, beban tu makin kurang???bukan ke???

tak kesahlah.

kowang penah x bayangkan satu hari kowang akan terpisah dgn org yg korang sayang??

tak kesah la, bapak ke mak ke abg atau adik ke, kakak ke kawan ke suami ke anak ke atau bofren/gefren ke tunang ke???

penah???

mama ada terbaca belog kawan mama, dia gatu yg kawan dia ada yg kehilangan anak, dan ade gak yg hilang suami.

bukanlah maknanya, hilang kt pasaraya ke atau kt mane-mane.

mungkin hilang kerana perpisahan ke atau mungkin kerana ajal dah sampai.

bile baca tuh,cam insaflah.

cuba muhasabah diri.

cuba gak la bayangkan kalo benda tuh jadi lak kt batang idung seniri.

camne lah agaknye tindakan yg mama amik agaknye.

so, bile tgh layan perasaan tuh, mulalah mama akn dengar lagu-lagu jiwang.hikhik

so, antara lagu feberet mama kalo tgh bersedih hati.

lagu dari 6ixth Sense.

gile suka ngan lagu-lagu derang.

paling mama suka, Tanpa.

"Resah yang ku

Ubah dalam kata

Melukiskan kesunyian

Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski


Pagi itu menatapi

Akan sunyi tanpamu

Menemani aku sepi


Tanpa..

Cintamu aku resah

Tanpa..

Kasihmu aku hampa

Tanpa..

Dirimu aku mati

hohoo…


Kini benar-benarku rasakan

Dalam benuk hatiku tanpamu

Ku tak mengerti

Takut

Takut jauh dari dirimu

Kan kau tinggalkan aku sendiri

Tanpamu ku mati

Hohoo…


Resah yang ku

Ubah dalam kata

Melukiskan kesunyian

Tanpa engkau aku tak mengerti"

tak dapat dibayangkan kalo mama lah yg kehilangan zahra or papa.
masyaAllah, bkn doa.kalo bleh mintak dijauhkn lah kan.
tapi, mama tak dapat bayangkan apa tindakan mama akan setabah org lain.

kalo boleh biarlah selamnya mama dapat hidup dengan org yg mama sayang.
mama jugak harap, kowang pun camtu gak.
akan sentiasa bersama yg tersayang hingga ke akhir hayat.Amin.




love: mamazahra =)

Thursday, 1 October 2009

~ Pulanglah ~

apa kena ngan mamazahra neh???
jap tadi, kurelakan dikau pergi.
ni suh pulanglah pulak.
mane satu nak senarnye neh?
suh pergi ke suh pulang.haha.
apa-apa jek la mamazahra oi.
janji hati senang.senang ke?hikhikhik *hanya Allah yg tahu*
ntah, tetiba rasa nak layan perasaan pulak.
Pulanglah
( ...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah... )
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
( korus )
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )
( ulang dari korus )
Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya
siapa yg mama tunggu tuh???
biarlah rahsia.
hanya dia tahu yg mama tunggu dia dan harapkan dia pulang.
kowang saspen tak???
mama pun senarnya saspen gak neh.
saspen sgt2.
mana tahu, org yg mama harap dia pulang, langsung takmo pulang dah.
nak tahu apa cerita selanjutnya???
kowang tunggu jek la kt n3 lain ye. harap sabar.
mama tengah layan sedih neh.
jurai-jurai airmata haa dengar lagu neh.
p/s:kalo kowang tgh sedih, lagu pe yg salu kowang dgr???



love: mamazahra =)

Wednesday, 2 September 2009

~ Penang - Day 3 ~

Selasa, 25/08/09 Hari ketiga d Penang, maseh buat mama sunyi.
sahur di cafe hotel.
makanan kt Cititel Hotel, sgt ala-kadar.
cam makan kt hostel jek :(
bedal jek la.
mkn ngn k.CT, en. Razman & en. yazir.
menu: nasi lemak.
patut ke sahur nasi lemak???
sungguh x bijak chef hotel neh.heeee :D
makanan yg dihidang tak berbaloi ngan harga RM25++ per pax

hari kedua keje, sgt rushing. org patut jupe, xde.
so, mama byk copy documents n review ape jek yg ade.

sgt xde mood nk bekerja.tp harus keje gak.bkn harus jek, WAJIB.
itu sume tggjwb.
dok call papa tetiap hari.

ptg tu, berbuka dlm bilik lg.
minum susu + roti jek.

untuk keluar mkn sorg2.idok le.

mlm, ingat nk gi solat tarawih dkt suarau seblah hotel.
tapi, x jadi.bdn makin demam.
so, tido jek la.
love: mamazahra =)

~ Berbuka sowang2 dlm bilik Hotel ~

Hari ke-2 kt Penang, mama da start demam.
xde mood nk kuar buka puasa.
last2 mama mintak k.CT tlg mama tapaukan nasi kandar.
ada gak kak CT offer nak follow dia kuar, mama malas.
so, melepak dlm bilik.
mekaseh bebanyak pd k.CT siap belanja nasi kandar lg.
tp, malangnye, tekak mama lgsg xleh terima nasi kandar penang.
mungkin sbb mama demam kot.
kalo x, sure bedal abes.
so, sbb xde selera nak mkn nasi kandar tuh, mama bedal pizza yg mama beli semalam.boleh gitu.
sbb pizza tuh lgsg x berusik. mkn sekeping jek.

mlm, mama xbuat ape pun.layan novel n TV.
xleh tido.
windukan zahra.
kowang bayangkan, katil 2 bijik kt bilik mama, tp satu jek mama guna.
mahu x sedih hati mama neh.hukhuk :(

[ni le bilik mama kt Cititel Hotel :)]



jasad jek ada kt Penang, tp jiwa raga sume kt umah.mengada!!

p/s: 5 days to go. sedihnye :(

love: mamazahra =)

Tuesday, 18 August 2009

~ Aku yang kesorangan.... ~

baru td ber-sms-ing ngn anak sedara mama, Eika.
tanya dia, jd x ikot mama gi Penang next week, outstation for 1 week.
papa x dpt join, sbb byk keje kt opis.

mama: Jd ke ikot g penang ahad neh? jgn x jd lak ek...
Eika: x jd la de, cncel cti sem nh.. trus naek claz xd cti..ngat nk g tp xley ar...
mama: pulak dah...
Eika: Bwu tau td, lazwik cti nh bwu naek.. cowiy loh

terus mama sedih pilu. cam nak nanes pun ade.

x dpt mama bayangkan...
  • drive sowang2 dari Klang-Penang-Klang.
  • makan sahur sorang2.
  • bukak puasa sorang.
  • titun sorang2
bukan xpenah titun sowang2 time gi otstesen, tu x kesah sgt.
tp, kali neh drive sowang2... da lah xreti jalan...
1st time gi Penang sorang2.

so, ade sape kwn2 kt penang yg bley jd tourist guide mama ahad neh???? sila angkat tangan!!!!


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!