Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Monday, 6 September 2010

Ramadhan 25&26

wiken semalam, sangat busy.
penuh dengan aktiviti.
sabtu, pagi-pagi lagi mama dah start buat cookies raya.
mula dengan semprit.

sowi, gambar ikhsan dari, pakcik yahoo.
mamanya semprit kaler pink kesukaanku.dan bubuh manik-manik urai kalerful.
mama buat sebalang kecik jek semprit ni, tak larat nak menekan adunan tu dlm acuan.
then, mama buat hazelnut ball.
ni 1st time mama buat dan tidak mengecewakan.
mama bubuh extra hazelnut.so, memang terasa.

then, celup dalam coklat compund milk chocolate.
mama tak guna coklat masakan, lagi suka coklat compound sbb dia guna lemak sayuran.
perasan tak separuh guna choc rice yg kalerful, separuh lagi guna manik2 kalerful??
manik2 tu lebihan mama buat semprit & cornflakes coklat, mama suruh papa beli lagi kat kedai.
sekali, papa beli choc rice kalerful tu gara2 takde kat kedai yg papa gi tu dan papa malas nak gi kat kedai lain.so, belasah jek lah..

lepas zuhur lak, kami keluar ke shah alam tuk shopping baju raya pulak.
memula, gi Jakel shah alam.jumpa baju papa & mama jek.tapi, tak jumpa yg sedondon pun.mama amik yang sipi-sipi nak sama, belasah jek la.hehe
then, gi SACC mall tuk cari zahra punya baju kurung.pun tak samapa ngan mama, cuma sipi-sipi jek.huhuhu
pastu, papa ajak pulak ke alam sentral.cari tudung raya.
macam nak patah kaki rasanya.
mama sempat beli sehelai tudung kat booth kakak sedara mama, untung sebab dia bagi diskaun.hehe
petang tu, jalan jem gila.
plan asal nak berbuka kat Afnan tomyam, tapi dah fullybooked.takde kosong langsung.huhu
nak balik umah memang tak sempat, so terus gerak ke rumah kak ngah berbuka kat sana.
kebetulan, endek ngn mak pun buka kat sana.
mama sempat beli lemang jek.tu pun, tinggal sebatang jek, rendang pun dah licin.huhu

dan, Ahad lepas solat subuh kami bantai tidur lagi sebab hujan turun.
kul 9, papa kejutkan ajak gi jalan-jalan kt pasar stadium sek.13.
so, bangun mandi dan bersiap laju-laju.
sampai kat pasar kul 10 pagi, parking pun dah fulled.
nasib ada gak space tuk kami.
tak round abes pun pasar tani tu, sebab dah tak larat.
tu pun, sempat sambar jeans tuk papa jek.
tahun ni, kami shopping ala kadar jek.
selalunya, papa beli jeans & baju kasual 2 atau 3 pasang.tapi, tahun ni beli sehelai jek.
zahra ngn mama pun sama, beli sikit-sikit jek.tak beriye cam selalu.
sesampai rumah jek,terus gigih grooming hall & bilik tidur kami.
pasang langsir, lap kerusi meja, basuh cermin tingkap,lap perhiasan & mop lantai.
sapu, vacuum & mop lantai sememangnya keje papa.
pastu, terus pengsan.hehe
lepas zuhur, mama start buat choc badam&cornflakes cookies.
sebenarnya, ni kes nak menghabiskan stok bahan cookies yg ada.
mama campur badam, hazelnut&cornflakes.
maka jadilah cookies ni..
belum pun sempat bakar cookies ni, papa ajak gi rumah along mama.berbuka kat sana.
so, lepas masukkan dlm cup, simpan dulu dan terus gerak gi umah along.
tengok, muka mama sememeh jek sbb keletihan.
budak baju merah tu ceria jek, sbb dia tak puasa.hehe
tengok, betapa seksinya budak tak puasa neh...bersungguh nak pakai short walopon dah dipujuk suh pakai seluar panjang.
sekarang ni, zahra dah memilih baju sendiri.so, mama & papa kena ikutkan jek.kalo tak, mengamuk.
balik dari umah along kul 10, beriya along pujuk suruh tidur sana tuk sahur sama-sama.
tp, memandangkan isnin keje.maka lupakan jek la.
balik rumah, terus terbongkang.
pagi tadi bangun sahur, terus panaskan oven & bakar cookies sambil panaskan lauk tuk sahur.
mujurlah dapat "monjong" dari kak watie & ateh.tak payah susah-susah masak sahur.hikhik
dan inilah hasil cookies mama...
setakat ni, inilah stok kuih raya mama...
perkenalkan..dari kiri, semprit pink, choc chips rangup, cornflakes chocolate, rempeyek & choc badam cookies.
hazelnut ball mama susun tempat lain.

kalo rajin, nak buat makmur lak esok atau lusa.doakanlah mama rajin yee!!!
korang buat gak cookies ke??ke beli jek??kuih tart jem.ini kes malas nak buat jem.tu yg bantai beli jek.hikhik

love: mamazahra ^__^

Thursday, 2 September 2010

MC dua hari, apa mama buat??

Semalam dan hari ni, mama MC.
asthma menyerang lagi.
oleh kerana, skang ni mama tengah peknen so Dr suruh mama rest 2 hari kat rumah.
risaukan kandungan mama, risaukan mama sebab Dr cakap, pregnancy bleh exaggerate asthma.
lepas neb semalam, rasa kurang sikit bunyi time bernafas.
oleh kerana Dr dah bagi MC, maka mama amiklah kesempatan tuk buat biskut raya.

Biskut pertama : Choc Chip Rangup

bahan2nya mudah jek.
korang tak perlukan mixer pun, kacau pakai tangan jek.
yang penting, ada bahan2 tu kat rumah.
Bahan A
  1. Planta 250gm
  2. gula halus/icing[gula biasa korang blend sampai halus] 130gm
  3. kuning telur 1biji
  4. esen vanilla 1sudu kecil
planta & gula kacau rata, pastu masukkan kuning telur&esen vanila

Bahan B
  1. tepung gandum 230gm
  2. milo/serbuk koko van houten 50gm
  3. nestum 50gm
  4. badam 50gm(sangai/goreng tanpa minyak 5minit)
  5. choc chips 100gm
  6. white choc chip 50gm
gaulkan rata semua bahan B

then, masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A, kacau rata.
kemudian, sudukan kecil-kecil adunan dlm loyang.
macam kat bawah ni...

[abaikan loyang turun-temurun mak mama ni ekk]
dan bakar dalam oven[xkesah oven apa pun, oven butterfly kaler hitam tu pon boleh], amma guna oven yg bulat tu, sebenarnya oven elektrik, tp dah rosak, so amma tenggek atas dapur gas jek.hehehe
bakar suhu 180c selama 20minit.
berhati-hati sikit sbb adunan kan kaler cokelat, kang hangus pulak.ngeh3
maka, jadiklah biskut choc chips yang rangup cam kat bawah ni.

kalo korang guna dark chocolate, kompom rasa dia cam biskut double choc kat famous amos tuh.hehe
serius rangup tau!!!
tak caya??? try buatlah!!! kalo malas, meh datang umah mama!!!

then, hari ni mama buat cornflakes chocolate.
ni 1st time mama buat cornflakes coklat neh, setiap tahun mama buat cornflakes madu.tahun ni, ubah sikit.
nak resepi gak ke??
tak payah arr...

mama pun x sure, orang suka ke tak cornflakes coklat mama ni.hehe


love: mamazahra ^__^

Monday, 14 September 2009

~ Rempeyek n Blueberry Butter Choc Cake ~

Sabtu, pagi2 mama ngan ibu zahra dah bersemangat nak buat "rempeyek".
ni first time mama wat rempeyek seniri.
salunya, buat dgn hasil bantuan kak ngah or kak lang or kak anjang mama.
kali neh, mama ngan ibuzahra wat berdua saje. [bangga weh!]
kami gilir2 dok ngadap minyak panas tuk menggoreng rempeyek.
sungguh mencabar di bulan puasa neh.hehe
mana nak melayan zahra yg sebok nak kacau.
kul 11 da setel semua.
dapatlah 1 tin sorang.
sedap tau!
papa dan mak cakap, sedap :) [kembang jap montot yg da sedia mengembang neh.hehe]
tapi, sowi lah.mama lom sempat snap gamba re,peyek hasil air tangan mama.heee :D

selepas berehat, kul 4 mama start buat "Blueberry Butter Choc Cake" pulak tuk berbuka.
1st time mama cuba cake ni gak...
dan, inilah hasilnya...





tuk buka petang tuh, mama buat spagetty jek. tu pon x sempat snap gamba sbb dah keletihan tahap gaban.
langsung dah xleh bersuara or wat pape.hehe.terok tul pangai kan???

ok, itu jek :)


love: mamazahra =)

~ Kuih Gunting n Steamboat ~

Jumaat kan mama cuti.
maka, pagi2 morning dah gerak ngan kakak2 mama gi beli bahan kuih raya.
kul 12 lak kuar gi Tesco ngan my best fren ever, Ejan gi beli bahan kuih raya tuk dia.
Ejan nak wat kuih raya kt umah mama.
kecik tapak tgn, umah mak mama tadahkan.hehe :)
hope ejan x nyesal nak wat kuih raya ngan mama.haha
pas zohor jek, memula kan kuih raya pertama.
mama ngan ibuzahra wat "kuih gunting".
cane "kuih gunting" tu?
ekceli, resepi nak wat "kuih gunting" neh resepi turun-temurun dari nenek moyang.
rasa nye sama cam "kuih siput" cuma mama gunting2 tepung tuh jadi kecik-kecik.
sedap tau....hehe [masuk bakul, angkat seniri]
memula: campur semua bahan, planta, tepung gandum, udang kering blended, daun sup, jintan mains n jintan putih, cili blended ikut suka byk mana, garam n bahan perisa.
uli smp jadi doh camneh.


pehtu, gunting2 smp jadi camni...

pastu goreng smp keemasan bukan kecoklatan cam yg mama goreng.haha

dan paling penting, pastikanlah anak dara anda x kacau camneh...



lepas keletihan buat kuih gunting, mama x larat nak masak...
maka, mama wat teamboat jek.yummy

inilah bahan2 tuk steamboat ye!!


ok, da abes laporan hari jumaat.babai :)


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!