Assalamualaikum semua :)
tetiba bagi salam,apa kess??mama bkn buang tebiat ke hape,tp mama baru sedar,selama ni takde pamit-pamit(bahasa jawa ni,maksudnya mintak izin),terus terjah.hehehe...
So,sempena bulan Ramadhan yg semakin menghampir ni..alangkah elok mama ubah sikit bahasa ni kan...ye dak??
Molek sikit...ada salam gitu kan.hekhek
Okeh...berbalik pada tajuk...macam biasa,kalo ada tips sebagai tajuk entry tu korang takkan terpedaya eyh..mama bukan nak bagi tips tapi mama yg nak mintak tips dari korang-korang yg pakar neh...
Bukanlah mama malas nak google ke apa kan,dah...mama dah searchlah sayang-sayangku semua,takde maknanya mama nak jimat bil internet ke apa.bil tu sama jek tetiap bulan,pakai 24/7 pun tetap byk tu gak bayar.hehe.banyak dah sebenarnya link yang mama dah terjah. tapi kan,selagi bukan kawan-kawan yg bagi tips selagi tu mama tak puas.sebab apa?sebab kalo korang yg bagi tips dah confirm lah korang punya pengalaman peribadi,takpun petua mak korang or Doktor korang..ye dak?dan confirmlah realistic sikit petua tu...
Kadang tu,ada blogger bagi tips makan itu ini.tapi tatau berkesan ke tak.padahal dia nak promote produk dia jek..huhu
Sebab tu lah,mama ngengada gak nak mintak tips atau petua yang korang amalkan kan...share lah...cian kat mama n zharif...
Okeh...merujuk kepada gambar diatas...1st pic,14-16oz kan..tu adalah hasil pump paling banyak tuk sehari.tu kire 3kali pump lah.kul 10pg-3ptg-6ptg..tapi jarang-jarang lah...
Duuuuuuluuuu....lebih banyak dari tu bleh dpt,tapi duuuluuu lah...masa dalam pantang.hehehehe
Sekarang ni, hasil pump yg konsisten hari-hari...average cam 2nd pic tu,dalam 10-12oz jek.. Banyak tu memang cukup-cukup tuk kegunaan Zharif hari esoknya.kiranya "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".mama mmg dah kehabisan stok chilled EBM.'ilek pocik' stok dlm fridge...memang nan ado
10-12oz tu Zharif minum 3-4kali lah time ngan ibu.nasiblah dia dah makan solid food tau,jadi kurang sikit minum.biasanya,bila mama ambil zharif kt umah ibu dalam kul 5lebih atau 6pm,terus direct feed dia..so,zharif bleh la simpan skit susu dalam 2oz tuk dia minum pagi masa sampai kat umah ibu esoknya...haih.sian kat mama ngan zharif kan???
For info,zharif cuma minum susu S26 masa kehabisan stok bln May hari tu yg mama gi outstation kt Kuantan.bile mama balik,sampai hari ni dia takmo dah susu formula.nak susu ibu jek.yang pelik,dia boleh bezakan rasa susu tu.ibu penah lah nak try bagi dia susu s26 tu,sampai basi zharif tak minum...
So,Ramadhan semakin hampir.mama takut hasil pam merundum time mama puasa.matilah,dah lah takde stok.kalo tak dpt 10-12oz sehari,zharif nak minum apa kan..cian dak bambam ni.huhu
Nak mintak sangat jasa baik korang,share lah pengalaman korang menyusukan dlm bulan ramadhan.mama takde pengalaman.dulu masa zahra,mama dah stop breastfeed sbb masa ramadhan 2008 zahra dah 11bln... Share lah,apa korang makan,bile korang pump,ke jadual pam teruskan macam biasa,makan sahur dan buka cam biasa...share tau!!!
Mama akan cuba selagi terdaya...jgn korang bagi tips supaya mama tak puasa sudahlah..kalo bleh,mmg nak puasa gak takmo ponteng kerana menyusukn zharif..huhu
Okeh,dah lewat sgt neh...selamat malam semua :)
Please share ngan mama eyh...tq in advance.mmmuuuaaahhhhh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts
Friday, 22 July 2011
Tuesday, 1 March 2011
Family Planning vs Breastfeeding
Salam Selasa :)
mama tengah tengok "5 Perencah 5 rasa" sambil update blog.
sejak bercuti panjang neh, semua cerita kat TV mama bedal tengok.
sukalah tengok Shers ni masak, dah lah encem terror lak masak.hehe
hari ni mama nak cerita topik neh, "Family Planning vs Breastfeeding".
ye lah, mama tak nak lah anak bersusun paku, berderet-deret. mama bukan nak tolak rezeki, mama tahu setiap anak ada rezeki memasing. mak bapak kita dulu pun, anak berdedai-dedai kan. paling kurang pun 10 orang.
mama mula family planning ni selepas lahirkan Zahra. mama ambil pil perancang as family planning. sebulan lepas lahirkan Zahra, mama ambil pil Noriday.
pil ni memang sesuai tuk ibu yg fully breastfeeding.
dan, mama memang takde masalah nak breastfeed Zahra secara direct. cuma, mama ada masalah nak buat stok EBM. kat opis lama, mama takde peluang nak pump susu. mama pump sekali jek time lunch break, tu pun dapat 4oz.
lagipun, mama guna manual pump yg biasa-biasa jek, jenama Pureen.
mama tak tahu, samada kerana pump ni tak bagus atau milk supply mama memang sikit.
lagipun, mama tak cari info tuk fully breastfeed.
mama berjaya breastfeed Zahra sampai Zahra umur 6bulan secara exclusive. tapi, mama dapat breastfeed Zahra sampai 8 bulan jek.lepas tu, milk supply dah stop terus.
dan, sejak tu mama tukar pil perancang dari Noriday ke Meliane.
mama makan pil meliane ni sampai lah April 2010.
dan, lepas stop ambil pil ni, mama terus mengandungkan Zharif.
so, mama plan nak ambil pil perancang jugak selepas lahirkan Zharif. cuma, kali ni mama ambil jenama lain.
bukan tak percaya, breastfeed boleh jarakkan kehamilan. tapi, mama ni extra subur.kalo tak ambil apa-apa cara pencegahan, konfem anak berdedai-dedai.huhuhu
memula mama takut gak, kot-kot susu akan berkurang bila ambil pil perancang. so, hancurkan harapan mama nak exclusively breastfeed Zharif. sia-sia lah mama buat stok EBM tuk Zharif kan.huhuhu
so, setelah berbincang dengan Doctor dan carik info kat internet, maka mama decide tuk ambil pil perancang sebagai langkah menjarakkan kehamilan.mama jugak tahu, ramai yang takut nak ambil pil perancang ni, mungkin takut kesan sampingan pil ni atau takut sebab dengar mitos yg mengatakan pil perancang boleh mengakibatkan kegemukan. so, better korang jumpa gynae korang.tanya lebih lanjut pasal pil perancang ni. tapi, kalo korang takut pil boleh mengurangkan susu supply, korang boleh dapatkan info dari internet. malas? OK, mama nak kasi korang senang, KLIK SINI.susuibu.com ada banyak info pasal breastfeeding.so, jangan risau!!!
kita boleh jarakkan kehamilan dan dalam masa yang sama, boleh fully breastfeed simanja kita.yeayyyy!!!
so, kali ni mama ambil pil Yasmin.
apa kebaikan pil yasmin?nape mama tak ambil Noriday?
Pil Yasmin ni, tidak menggemukkan, hormon tidak terganggu dan mencantikkan kulit. ada ramai gak blogger yg guna pil yasmin. tak percaya??? KLIK NI.
setakat ni, mama dah makan pil ni seminggu lebih. dan takde kesan sampingan pun. Alhamdulillah :)
ok, itu jek nak kongsi.
love: mamazahra ^__^
Tuesday, 19 January 2010
Tips Memujuk
hai kawan-kawan :)
hari ini, mama bukan nak bagi kawan-kawan tips memujuk.
tapi, mama nak mintak sedikit tips dari kawan-kawan.
bukan tips memujuk en.suami ye, tapi nak pujuk anak dara mama ni.
Kehadapan Puan Penasuhat,
sekarang anak perempuan saya, Zahra sudah berumur 2 tahun, 2 bulan.
Zahra semakin lasak.
dan semakin kuat merajuk.
jika setakat muncung seperti gambar diatas tu, saya masih boleh terima lagi.
masih boleh untuk memujuk.
tetapi...
lsejak kebelakangan ini, Zahra semakin kuat merajuk.
bukan setakat muncung macam boleh sangkut penyangkut baju.
bukan jugak setakat hentak-hentak kaki dilantai.
tetapi, Zahra semakin suka menangis berguling-guling seperti Rani Mukherjee sedang nyanyi lagu kuch-kuch hota hai...dalam filem Kuch Kuch Hota Hai tu...
Zahra tak pernah mengira tempat..
jika diatas tilam saya masih boleh terima..
tapi, Zahra suka benor berguling-guling diatas tanah atau diatas simen shopping complex.
kalau segala kemahuan dia haruslah wajib dituruti,
jika tidak Zahra akan membuat aksi meronta-ronta macamlah saya dan papanya sedang mendera dia..
bukan setakat itu sahaja,
jika saya atau papanya tidak menuruti kehendaknya, Zahra akan melempar apa sahaja yang ada ditangannya.contohnya, botol susu atau kasut dsb.
saya takut, dia akan mencederakan orang lain atau dirinya.
saya sudah tidak sanggup,Puan..
saya takut, jika saya terus menuruti segala kemahuan dan kehendaknya, anak saya menjadi semakin manja dan semakin sukar dikawal.
kalau boleh, saya mahu tips memujuk dia secara psikologi.
saya mahu memujuk disamping mengajar dia.
atau adakah penyakit kuat merajuk Zahra ni adalah warisan turun-temurun kerana saya juga kuat merajuk.
adakah penyakit kuat merajuk ini adalah penyakit berjangkit???
diharap, Puan dapat membantu saya menangani masalah saya.
yang benar,
mama yang sangat berharap :)
hikhikhik
macam bagus jek kan?
kalau boleh nak pos surat ni bagi Majalah wanita atau Majalah Pa&Ma.hehe
[buah hati pengarang jantung :P]

[muncung ikan buntal kesayangan mama.hikhik]
tapi, kalau boleh koranglah bagi pendapat.
manatau korang pun ada tips nak pujuk anak korang.
atau petua tinggalan nenek moyang yang dapat mama gunakan tangani masalah mama ni.
bolehlah kita berkongsi rahsia.
p/s: Zahra ni ikut pangai sape lah eyh??? Renung-renungkan dan selamat beramal.
love: mamazahra <3
Subscribe to:
Posts (Atom)






