Showing posts with label 3 of us. Show all posts
Showing posts with label 3 of us. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

Genap lah setahun

9/1/13 - 9/1/14 maka genap lah setahun perubahan besar dalam hidup mama dan anak-anak. Selain status mama bertukar, seluruh kehidupan kami 3 beranak juga bertukar. Alhamdulillah,  Allah permudahkan segalanya.  Mama dan ank2 berjaya harungi cabaran dan dugaan sepanjang hidup bertiga.
Terima kasih tak terhingga diucapkan tuk mak, adik beradik, anak2 sedara, officemate, BFFs dan ank2 kerana sentiasa berikan semangat tuk mama teruskan hidup dan yakinkan mama yang mama mampu jalani hidup tanpa papa. Walaupun cabarannya kekadang mampu buat mama hilang punca, hilang keyakinan dan hilang semangat. Tapi kalian sentiasa berikan mama kekuatan tuk jalaninya.
Dugaan ini buat mama dan anak2 lebih kuat dan tabah. In shaa Allah.
Moga Allah terus beri kekuatan tuk kami jalani hidup bertiga. Moga Allah permudahkn urusan kami. Moga Allah murah kan rezeki kami dan tidak lagi mengharapkan bantuan pinjaman kewangan dari keluarga. Moga Allah bukakan hati papa tuk hulurkan nafkah keperluan anak2.  Amin Ya Rabbal Al Amin.
Terima kasih pada kakak mama, Endek, Anjang dan kak ngah yang selalu hulurkan bantuan kewangan tuk dipinjamkan pada mama saat mama perlukan dana. Terima kasih pada officemate mama yang selalu beri pandangan dan nasihat macam mana mama dan mulakan langkah especially bab berkaitan mahkamah dan pejabat agama. Terima kasih BFFs, Nadhra, Ana Farhana, Eida, Sarah, Ejan, Ayu, Isha, Amm dll yang sentiasa menadah telinga saat mama nak luahkan perasaan yg terbeban dihati dan sentiasa beri mama kata-kata semangat. Terima kasih kerana kalian pinjamkan telinga dan bahu tuk mama mengadu. Setiap satu jasa kalian pd amma dan anak2 tak akan mama lupakan sampai ke akhir hayat.
Terima kasih pada anak sedara mama, iqa yang bagi mama pinjam kereta saat papa amik balik kereta dia dari mama. Tq hulurkan bantuan saat mama patah kaki nak ke mana-mana sebab takde kereta. Terima kasih pada anak sedara, Ayong sebab tolong jagakan anak-anak saat mama hilang punca saat papa tinggalkan kami. Terima kasih pada kak ngah dan abg ngah yang tumpangkan kami 3 beranak saat mama tak mampu nak hidup bertiga saat papa tinggalkan kami. Terima kasih pada Andak dan family yang tolong mama jagakn Zahra dan Zharif saat mama outstation dan tq sebab tak berkira masa dan wang ringgit dengan anak2 mama.
Ucapan terima kasih dan belanja makan mungkin tak cukup tuk membalas setiap satu bantuan kalian pd kami bertiga tapi kami bertiga takkan lupakan selagi hayat kami ada.
Tq pd MZMB yg tolong mama uruskan pembelian En. Black dan sentiasa ada tuk mama, buat mama tersenyum semula saat merasa diri ini tak layak tuk senyum.  You know who you are! Tq so much ;)
Setahun yang lalu mungkin pahit tuk kami bertiga tetapi setahun yang akan datang di harapkan akan beri kenangan manis tuk kami. In shaa Allah.  Amin.

Wednesday, 25 December 2013

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

Assalamualaikum.

Selamat bercuti semua ;)
Apa aktiviti korang hari ni?
Kami aktiviti penuh dari pagi sampai malam.
Bangun pagi, kul 9 dah sampai pasar borong. Ada orang sewa chocolate fountain machine mama siap dengan coklat fou tain skali. So, pagi-pagi gi beli coklat dan sediakan bahan-bahan. Nasib baik marshmallows, biskut jejari dan buah-buahan tuan rumah sediakan sendiri.
Kelam-kabut, bila tengah prepare machine baru perasan yg tak machine tak lengkap. Terpaksa patah balik dari sementa ke saujana utama tuk amik. Nasib baik anak sedara mama, ayong tolong mama double boil kan coklat. Alhamdulillah,  setel kul 11 pagi.

Tengah hari lepak dengan anjang, andak n kak ngah kat umah kak ngah. Post mortem majlis sambut menantu kat lenggong last week dan discuss pasal majlis bersanding kat sijangkang pulak.

Kul 1 gerak balik saujana utama, abg awie nak tolong pasangkan ampaian dan towel handle. Sementara abg awie dan andak setelkan hal ampaian, mama keluar kat area saujana tuk cari barang rumah dan tapau nasi kukus. Kul 4 baru lunch. Kesian kat abg awie n andak. Huhu

Kul 6.30 dah gerak balik sementa pulak. Dinner ramai-ramai, abg ngah madak asam pedas ikan duri. Lepas dinner bawak mak gi umah andak. Malam ni kami 3 beranak tidur umah andak je.

Esok pagi-pagi nak gi orientasi sekolah agama zahra. nervous mama, tapi zahra kemain excited. Hehe. Harap Allah permudahkan semuanya.

Okeh, berbalik pada tajuk utama.  Hehe. Poyo tak ayat? Lempang nak?? Haha. Ok serius sikit. Mama rasa peribahasa ni memang jadi pegangan mama sejak jadi janda ni. Peribahasa ni tuk naikkan semangat mama yang kian pudar sekarang ni. Baru mama tahu, susahkan nak besarkan anak sendiri. Kelengkapan sekolah, yuran dan buku sekolah mama kena siapkan sendiri. Berpeluh taw! Banyak jugak belanja anak nak masuk tahun 1 kan?? Redha. Mujur ada kakak-kakak yang membantu ringankan beban. Malu sebenarnya nak susahkan diorang, tapi mama terpaksa. Gaji mama cukup-cukup makan tuk bayar komitmen dan hutang-piutang. Duit simpanan habis tuk masuk rumah. Moga ada rezeki mama tuk selesaikan hutang-hutang mama selewatnya bulan January.  In shaa Allah.

Nak buat macam mana kan. Mama tak boleh nak harapkan papa diorang yg memanjang tak cukup duit.  Pasrah. Ujian Allah tuk mama dan anak2.  Jangan papa susukan kera dihutan tetapi biarkan anak di rumah mati kelaparan sudahlah kan. Moga kesusahan hari ni akan berbalas satu hari nanti. Mama percaya, rezeki di tangan Allah. Allah akan bukakan pintu rezeki tuk kami. Amiin. Biarlah susah sekarang, in shaa Allah senang kemudian hari. Who knows kan??? Jangan putus doa, Dia senantiasa mendengar rintihan hamba-Nya yg sabar.

Tuk sahabat yang akan hadapi situasi yg sama, iaiti anak masuk tahun 1 sesi 2014. Good luck uols!!! Sama-sama kita tabah tuk lepaskan anak kt sekolah. Harap mama tak menangis esok. Huhu. Wish me luck!!!

Saturday, 30 November 2013

Susah ke bergelar Janda??

Happy weekend semua ;)

Assalamualaikum.

Tajuk agak panas hari ni.

Bukan nak mengundang kontroversi ke apa. Tapi itu lah soalan yang selalu orang tanya kat mama. Hehehe Kau ingat kau tu Nora Danish ke?? Hahaha. Tapi memang selalu orang tanya. Tak kisah lah, ada yg guna ayat berlapis like " susah ke jadi ibu tunggal?" Or "susah ke jadi single parent?" Tapi tak kurang gak yg tanya direct, " weh, susah ke jadi janda?". Pada mama, tak kisah lah apa pun panggilan orang pada seorang isteri yang diceraikan suami macam mama ni. Sebab orang tetap pandang hina.

Kalau isteri tu kena cerai, memang isteri tu tak layak ada suami. Mesti perempuan jahat, tak tahu jaga suami, tak tahu jaga rumahtangga.  Yang negatif je. Lelaki yg bergelar duda ni darjat dia tinggi sikit. Lagi digilai perempuan. Kononnya lelaki duda ni lagi stabil ekonomi nya. Rugi isteri yg ditinggalkannya.

Okeh, berbalik pada tajuk utama. Susah ke? Susah ke jadi Janda?

Jawapan mama senang je, susah. Ya, memang susah. Ada banyak sebab mama jawab susah. Antaranya:-

1. Dari segi kewangan
Kalau dulu, segala perbelanjaan keluarga di kongsi bersama sekarang ni mama tanggung sendiri. Dengan gaji ciput ( Alhamdulillah, ada gak rezeki tuk anak-anak) , mama kena bayar ansuran rumah RM1400 sebulan, kereta RM450, baby sitter RM400, bil utilities RM300, belanja rumah termasuk makanan dan keperluan anak-anak RM400. Itu belum lagi kehendak anak2,  jajan dan benda merepek yang zahra dan zharif mintak. Total yg wajib mama spend sebulan RM1950. Dengan gaji bersih tak sampai RM3000, bayangkan lah berapa yang tinggal tuk perubatan dan tabungan kami. Belum kira yuran sekolah zahra dan transport ke sekolah. Mama cuba cukupkan keperluan anak-anak walau cemana susah pun. Tuk duit belanja mak pun mama cuba sekadar termampu.

Kalau dulu card credit adalah musuh ketat mama, now card credit jadi kawan baik mama. Mama terpaksa demi kelangsungan hidup. Keperluan rumah dan anak-anak dan petrol terpaksa lah mama guna card credit demi nak ada cash in hand. Teruk kan?? Mama terpaksa, itu je alasan mama.

Cemana dengan nafkah papa?

Ada, papa ada bagi. Selepas bercerai papa bagi RM600 tuk keperluan anak2.  Masa dalam tempoh berpisah sebelum bercerai lebih kurang 4bulan tu, papa tak bagi nafkah tapi dia tolong bayarkan kereta yang mama guna tuk ulang-alik gi keje dan hantar anak2 rm678. Alhamdulillah.
Sejak papa ambil balik kereta persona non grata tu, demi nak guna kereta ke tempat kerja dan hantar anak2,  mama ambil kereta baru. Walaupun kereta murah dan kecik, cukup lah tuk keperluan 3 of us. Alhamdulillah. Dia lah mama bagitau kat entry lepas as 'cinta hati' baru mama. Mama dpt kereta tu 10.10.2013. Alhamdulillah. Itu je mama mampu cakap. Syukur, sekurang-kurangnya mama ada kereta tuk bergerak ke sana ke mari.

Kalau ikutkan RM600 tu bukan lah persetujuan bersama. Mama tak bawak lagi hak tuntutan nafkah ni ke Mahkamah, jumlah tu papa yang bagi. Mama tak banyak soal, sebab tiap kali berbincang isu ni papa akan cakap, " kalau ko tak mampu nak jaga anak2,  bagi kat aku, aku akan jaga. Kakau aku jaga sendiri, rm200 pun cukup". Tapi mama tak kan sekali-kali serahkan hak jagaan anak pada papa. Apa lah nasib anak2 mama kalau duduk ngan papa, ibu tiri dan kakak2 tiri. Biar lah susah macam mana pun, mama akan besarkan anak2 se diri.

Tapi, mama akan fight juga kat mahkamah syariah pasal nafkah anak2.  Sebab perbelanjaan anak2 akan bertambah next year, zahra akan masuk darjah 1. Keperluan sekolah, yuran dan buku tuk sekolah rendah dan sekolah agama mesti cecah rm1, 000. Sepatutnya jadi tanggungjawab papa tapi bila mama mintak, papa cakap dia tak cukup duit. Tak tahu dah nak buat macam mana dah. Mama memang kena usaha sendiri lah nampaknya.

2. Pandangan masyarakat
Macam mama terangkan kat intro tadi. Pandangan masyarakat terutama jiran tetangga dan saudara mara memang negatif je. Takde yang positif. Janda ni hina sangat. Mama jadi janda sebab sikap buruk mama, tak tahu jaga suami dan rumahtangga. Tak pandai layan suami. Macam-macam lagi lah yang buruk-buruk. Takde seorang pun yang salahkan papa. Bagi masyarakat, suami tak pernah salah kalau berlaku penceraian. Rata-rata kawan-kawan papa menyokong tindakan papa. Malah ada yang suruh papa cepat-cepat kahwin, jangan tunggu lama-lama. Teman pengganti papa lagi baik dan akan buat papa bahagia. Okeh. Mama aminkan je. Moga doa kawan2 papa Allah makbulkan. Moga papa jadi suami dan papa yang baik tuk isteri dan anak2 tirinya.

Apa pun cabarannya, mama akan tetap cuba tempuh. Biar susah, biar payah mama akan teruskan hidup dengan anak2.  Alhamdulillah,  keluarga dan bff mama sentiasa ada tuk bantu mama.

Moga Allah permudah jalan hidup kami 3 beranak. Moga mama kuat hadapi cabaran hidup sebagai janda. Mama tahu, Allah uji sesuai dengan kekuatan mama dan mama percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku antara mama dan papa. Dan yang menjadi keutamaan mama adalah kebahagiaan dan masa depan anak2. 

Wednesday, 13 November 2013

13.11.13 macam cantik je... macam comel je... date ni. Hehe

13.11.13
23.23pm

Tak tahu nak update apa. Padahal banyak sangat kot benda nak cerita.  Tapi biasa lah, bila banyak cerita sampai tak tahu nak mulaka  yg mana sudahnya satu apa pun tak cerita. Senang, habis cerita kan. Hehe

Semata-mata nak ada entry pada tarikh hari ni, 13.11.13, mama gigihkan jugak lah type entry kan. Semangat waja oken. Ada yang tanya, bila nak update blog. Ni ha mama update. Haha. Jangan marah eh, nanti kena jual. Hehe ;)

Kononnya nak cerita pasal pengalaman kt mahkamah lah, pasal nafkah lah. Sudahnya,  sepatah haram tak sebut pun pasal tu. Hehehe

Mama pun nak cerita pasal 'cinta hati' terbaru mama selain Zahra dan Zharif. Siapa dia? Bila jumpa? Serius ke dgn dia? Hehe. Pun belum berkesempatan. Gambar takde yang sesuai. Alasan logik tak? Hahaha

Sebenarnya, saja je update benda merapu semata-mata nak date 13.11.13 kan. Kau ada??

Sekarang ni rutin harian macam dah celaru sepanjang 10 bulan ni. Takde mood nak buat apa-apa. Jasad je gi office tapi hati ntah kemana-  mana ntah. Mama sendiri tak pasti. Kalau kat rumah tu, Jasad je ada tapi hati ntah dah kat mana. Sabar je lah! Mama cuba terima suasana baru ni. Masih belum terima 100%. Bukan mudah weh nak lupakan kenangan selama 6thn kan. 6 tahun pun belum tentu dpt lupakan.

Slowly eh... pelan-pelan lah. In shaa Allah nanti mama buat gak satu entry tuk cover cerita kat mahkamah. Bila tu? Doalah mama rajin update eh... hehe

Okeh... saje nak share perbualan mama dengan zahra masa on the way nak hantar zahra gi school pagi ni...

Zahra: semalam tengahari papa amik adik ngan kakak
Mama : oyeke. Papa bawak gi mana?
Zahra: makan kat umah nenek,  pastu gi kedai aceh beli jajan.
Mama: oyeke. Borak apa je ngan papa?
Zahra: kakak tanya papa, nape papa dah tak sayang mama?
Mama: nape kakak tanya macam tu? So, papa jawab apa?
* serius cuak weh mama. Ntah mana anak dpt soklan cepu cemas macam ni kan.
Zahra: oohhh... saje kakak tnya. Papa jawab... papa dah ada kawan baru. So, tak bleh sayang mama dah
Mama: papa jawab macam tu? So kakak cakap apa kat papa?
Zahra: kakak cakap lah... la nape pulak. Dulu papa sayang mama kan. Nape dah tak sayang pulak?
Mama: kakak tnya mcm tu? Papa jawab apa?
Zahra: papa jawab... susah lah nak cakap
Mama: susah? So kakak cakap apa kt papa?
Zahra: kakak cakap lah... apa lah yg susah. Sayang je lah mama. dulu masa kawen, boleh pulak sayang mama.  Skang tak bleh sayang plak?
Mama: papa jawab apa kakak? * excited dh mama
Zahra: papa cakap... ntah lah. Susah nak cakap
Mama: hahaha.
Gelak je lah.  Nak cakap apa kan.

Anak, kamu masih terlalu kecil tuk faham masalah mama dan papa.  Jangan kamu salahkan mama atau papa atau jangan sesekali salahkan takdir dan ketentuan Allah. Ada hikmah atas semua ni. Kamu takkan nampak saat ini, hari ini mungkin. Tapi suatu hari nanti kamu akan sedar hikmahnya tuk masa depan kita.

Mama cuma mahu yang terbaik tuk kamu and adik. Mama sedapa mungkin tuk beri yg termampu dan ikut daya mama. Maaf, walau 1000 kali mama cakap mahu lebih sabar hadapi kerenah kamu dan adik. Tapi mama selalu tewas. Bila penat, mama cepat naik angin. Tapi, mama takkan pernah berhenti tuk berubah demi kamu anak2. Mama sayang kamu sangat-sangat. Takde satu benda dalam dunia ni boleh gantikan tempat kamu berdua.

Walaupun keluarga kita takkan mungkin bersatu kembali, tapi mama tetap akan pikul tanggungjawab dan amanah yang Allah beri pada mama. Mama janji anak! Demi Allah!

Walau susah.. walau payah..
Walau beribu rintangan dan dugaan..
Mama tetap akan mempertahankan kamu berdua...

Wednesday, 6 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum semua ;)

Salam Maal Hijrah 1435.

00:29am
Mama masih tak boleh nak lelapkan mata.
Masih terfikir tentang setahun yg lalu.
1434H adakah mama dah buat perkara yg betul tuk sepanjang tahun atau kesilapan yg banyak mama lakukan.
1434H dah pun jadi kenangan. Terlalu banyak kisah manis dan pahit berlaku. Walaupun yang pahit lebih banyak dari yg manis.
Moga kenangan itu akan mematangkan mama.

Mama berharap 1435H akan jadikan mama lebih kuat, tabah, sabar, bersyukur dan bahagia.

Mama jugak berharap, agar air mata yg bakal menitis di tahun 2014 adalah air mata kegembiraan dan bukan lagi air mata kesedihan.

Moga semua orang di sekeliling mama mengecapi kebahagiaan di tahun baru 1435H. Moga papa akan bahagia dgn pengganti mama yang mama yakin lebih hebat dari mama. Moga anak2 akan lebih bahagia walau keluarga kami tidak lagi sempurna. Moga mak mama lebih bahagia. Dan semua kesayangans mama akan kecapi nikmat bahagia.

Mama dengar Tanya lah Ustaz pagi tadi. Jika nak bahagia,  kita perlu lebih bersyukur. Maka, mama perlu belajar bersyukur tuk kecapi bahagia.

Syukur masih diberi Allah kesempatan tuk sihat, bernafas di bumi Allah, berkasih-sayang dengan mak, anak2, keluarga dsn sahabat. Nikmat yg mama hampir lupa tuk di syukuri. Syukur Alhamdulillah.

Sempena tahun baru ni, mama berazam tuk istiqomah dalam perkara kebaikan yang mama lakukan dan tinggalkan segala larangan Allah. Mama ni hamba-Nya yg lemah dan tidak berdaya. Hanya kepada-Nya mama meminta.

Mama tak mahu berterusan berduka dan mengenang perkara lalu yang tak mungkin akan berulang lagi. Biarlah mama terus melangkah ke depan dgn kuat dan tabah demi cinta hati mama, Zahra dan Zharif.

Biar lah langkah mula mama ini adalah menuju redha Allah. Mama mahu bahagiakan anak-anak dan mak mama.

Mama nekad tuk tumpukan perhatian dan masa pada anak2 dan kami bertiga akan berpindah ke teratak kami dalam waktu terdekat. Biarlah kami bertiga tempuh hari-hari mendatang dengan lebih kuat dan tabah. Susah-senang kami harungi bersama.

Demi Allah, mama akan besarkan mereka sebaik dan  semampu mama. Mama akan lebih kerap mengajar anak-anak ilmu agama, mengaji dan solat berjemaah bersama. Semoga mama istiqomah dalam usaha mama tuk mendidik anak2.  In shaa Allah.

Doa semua amatlah mama harapkan.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!