Showing posts with label GIADian Activities. Show all posts
Showing posts with label GIADian Activities. Show all posts

Tuesday, 19 July 2011

Cuti-cuti Cameron Highlands n Fraser Hill - Day 2

adoi, berjanggut nk sambung cerita Cameron. punyalah malas nak ngadap PC.
hari ni, Alhamdulillah...semput pun dah kurang, masa pun ada sementara si kecik tu tdo. si Zharif ni tidur-tidur ayam, sekejap jek dah bangun. pantang ada bunyi pintu ke apa, cepat jek terjaga.haih.
jom, sambung cerita cuti2 cameron!!!
pagi Sabtu tu, memaseng bangun awal. mama lepas subuh, gi dapur tuk keluarkan frozen food tuk bekfes. pastu sambung tidur.
kul 7 lebih bangun tuk buat bekfes. ala, simple bekfes jek.goreng frozen food. buat secara gotong-royong dgn Kak Siti & Kak Ayu. pastu, budak bujang dua orang tu, Anis & Asyrani masak nasi goreng. rencah nasi goreng Kak Siti dah masak siap.
lepas bekfes, lebih kurang kul 9pagi gerak ke Ee Feng Gu Bee Farm.
ekceli, sebelum sampai ke EE Feng Gu Bee Farm dari Kg Raja tu, ada banyak tempat bleh dilawati. tapi cam kurang menarik kan. ada rose valley & a few vege farm.
ok, jom masuk taman lebah!!!


mama & Zahra di Ee Feng Gu Bee Farm

papa & Zharif
K.A.M.I at Ee Feng Gu Bee Farm

Kak Ayu, Mama, Zahra,Asyrani, Zaki & batrisya wih Queen Bee

mama & Zahra

papa test makan madu dgn sarangnya.hehe
kalo korang bawak anak kecik macam Zharif ni not recommended lah Taman Lebah ni sebabnya merata-rata lebah terbang. takut jek kena sengat kan..
tapi kalo korang punya anak dah reti nak belajar Sains, elok singgah lah.boleh derang tengok lebah secara live.. yang penting PERCUMA. kalo indoor farm tu bayar, tapi masa kami gi sana, closed.so, jimat duit.hahaha

2nd Destination adalah Mountain Strawberry Farm. depan sikit jek dari Ee Feng Gu Bee Farm tu.

masing-masing tengah menahan kecut perut setelah melalui jalan yang sangat mencabar.
mama yang jadi co-pilot pun kecut gak sbb jalan dia yang sgt mencabar :)
jom petik fresh strawberry!!!

rm35/per kg..
kitaorg petik x sampai sekilo pun...rm23 kalo xsilap :)
tapi kan, stoberi kt Mountain Strawberry farm ni bentuk dia pelik sikit. tak sama cam beli kt pasar tu.dia ada putih2 kt belah atas tu...nape ntah.hehhe

aksi papa & anak bujang memetik stroberi.hehe :)
si kakak tengah muncung-muncung sbb mama tak bagi petik stoberi. ntah apa yg diguntingnya.hikhik

but, seriously not recommended lah farm ni.
kenapa?

^

^

^

sebab jalan nak ke farm tu sangat mengerikan, curam sangat-sangat. dan tak worth langsung.
ada banyak lagi farm lain, baek toksah mengadalah nak gi jugak Mountain Strawberry farm ni.
jangan terpedaya dengan tipudaya iklan n papan tanda dia yang menarik tertarik tu.
sign board dia tulis 8km dari jalan utama tu, rupanya sikit punya jauh.tinggi dan curam.sgt bahaya. jalan sempit, satu kereta jek bleh lalu. kalo dalam masa yang sama ada kereta nak turun, korang akan rasa cam nak kuar dari kereta dan angkat kereta korang bagi orang tu lalu dulu. seriyes tak tipu!!!
mencabar sungguh. kalo korang setakat baru dapat lesen sebulan dua dan korang tak pernah bawak gi tempat cenggitu, baik korang batalkan niat jek...hehehe

kalo korang tetaplah nak gi, bleh KLIK SINI ye!!!!cuci mata...

balik dari Mountain strawberry farm tu, kami singgah ke Butterfly Farm. tapi tak jadi nak masuk pun, lepas beli souvenir kt kedai situ dan melantak fresh strawberry milk shake terus ke destinasi seterusnya...
sebab memaseng tak larat nak berjalan  sebab mabuk turun bukit curam kt Mountain Strawberry farm tu.hahaha

terus gerak gi lunch, pusing punya pusing tak dapat pun parking space kat Brinchang. sudahnya gi foodcourt Tanah Rata.
makanan serius kurang sedap tapi mahal gila-gila. kami 7dewasa n 3kanak2 kena RM60++. padahal makan tak seberapa.

masa ni mama gi toilet, papa n anak2 tunggu :P
lepas solat kat Masjid Brinchang, kami ke Galeria Time Tunnel...

Fee: RM5/adult dan kanak2 6thn ke atas RM3 (kalo tak silap.takde bayar tuk budak tu yg tak bape sure.hehe)

mari naik beca dan biarkan anak-anak tersepit.ekeke :P


budak tembam yg suka naik kuda kayu.hehee

bapak budak yang excited pose kayuh beskal :P

mama & zharif

papa dan zharif

zahra???/ntah mana dia berlari-lari dgn Batrisya & Zaki. dia buat galeri ni cam tam,an permainan plak.hikhik

mama, papa & zharif lagi

Geng Bas Sekolah.. Batrisya, Zaki & Zahra :)

Destinasi seterusnya Big Red Strawberry Farm.lokasinya seblah jek ngan Cactus Valley.
tapi kami tak gi pun cactus valley sbb takde hati nk beli cactus. kami teruja nak makan strawberry jek.hehehe

baru sampai :)

sesi penyerahan watikah anak :P

masa kami sampai kat Big Red hujan lebat turun.so, tak sempat nak jalan-jalan pun kat Farm.
kami gi shop mdia tuk shopping jem, jajan dan segala macam perisa stoberi.
sementara tunggu hujan berhenti, kami lepak kat cafe dia.
serius meriah u ollss cafe dia.macam-macam yg berasaskan stoberi ada tau...milkshake, smoothies, pancake dll
mama order, sundae strawberry & waffle with vanilla icecream & fresh stoberi.yummehhh!!
gambar memang tak amik. malas.
dapat jek order, terus ngap.hehe

Big Red ni dekat jek dari pasar Brinchang @ Brinchang Town tu.8minit jek rasanya. tapi, jalan nak keluar dr Big Red tu bleh tahan gak curam dia.tapi tak lah sedasyat Mountain Strawberry Farm.hehehe
balik dari Big Red, singgah Green View Garden beli cokelat dari Avant Chocolate. plan asal nak gi Avant Chocolate Factory sbb owner apartment yg kami sewa tu adalah owner Avant Chocolate Factory, Green View Garden & Sweet Moment Desset Cafe tu, tapi cancel sebab anak-anak dah start buat hal dok merengek nak itu-ini.hehehe
so, mama beli coklat sikit jek kat Green View tu. semua Zahra bedal dalam kereta jek.huhu
sebelah Green View tu, ada Sweet Moment Dessert Cafe.kononnya nak lepak situ layan dessert tapi dah tekak orang melayu kan, lagi rela mengunyah mee dan teh tarik dari makan dessert.hehe

so, jom lepak mamak!!!!

makan siap-siap sebelum rempuh pasar malam Brinchang tuk memborong stoberi fresh!!hehe
kitorg tak pusing pasar malam pun, cuma beli stoberi tuk bawak balik.
terus balik apartment.letih.


malam minggu tu kami lepak-lepak kt apartment.
sembang-sembang, makan-makan,minum-minum n tidur :)

okeh, sambung next entry k :P

love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Saturday, 22 May 2010

Inilah padah akibat aksi terlampau...

sudahnya....DEMAM
budak tecik ni, suka betul buat aksi terlampau dia.
suka melompat sesuka hati..
suka buat aksi cam gimnastik tu...
terliuk lentok, dok asek terbalikkan badan kt atas tilam...
skang dah demam sbb salah urat.huhuhu

Since hari Rabu aituh, ibu zahra dah sms mama bagitau badan Zahra dedau dan asek menangis jek.
tapi, sbb mama kt opis kan.so , mama suruh ibu bagi ubat demam yg ada dulu.
malam tu, baru mama&papa bawa Zahra gi Klinik Dr Shima.
pas makan ubat, masih demam gak.
malam tu, papa berjaga tuk tuam kepala zahra dgn air sejuk.

Khamis tu, mama masuk gak opis walopon berat hati jek nak tinggalkan Zahra yg masih demam.
tapi, sbb mama dah set meeting dgn auditee.rasa tak patut lak biarkan kak CT gi seniri walopon mama ni sekadar pak pacak.
tak sempat nk mencelah pun sbb kak CT terlalu petah.egegege [alasan jek neh...hehe]
sebelum gi opis pagi tu, mama mmg dah sms tukang urut, wak chamah tuk urut zahra.
nnt kita sambung citer....
jomm kita layan jap muka budak kecik yg suka buat aksi terlampau ni...

muka sedih jek....
cian anak mama, tak bermaya pun...
ini lah ubat yg Dr Shima bekalkan..

1. ubat demam
2. antibiotik
3. ubat selsema
4. ubat kahak
5. ubat batuk

haaa....banyak kan???bayangkan cane lah mama nak paksa zahra makan ubat sebanyak neh.ekeke

sekali, masa mama OTW nak gi Bandar Sunway tuk audit tetiba ibuahzahra call bagitau yg kepala zahra panas sangat, dan kaki, tangan & telinga zahra sejuk.
mama tak sedap ati, terus call kak CT bagitau dia yg mama nak balik tgk Zahra.
sekali mama tengok Zahra dah lembik, kaki, tangan & telinga mmg sejuk.
so, ibu suruh mama sapu vicks dan pakaikan zahra stoking.
time tu hujan pulak, Wak Chamah tak jadik datang.
mama ikhtiar tuam zahra dengan air asam tuk kurangkan panas kepala selain bagi ubat.

lepas maghrib, mama & papa bawak Zahra gi berurut kat umah Wak Chamah.
meraung zahra.cian mama tengok.
sampai papa, mama & ibu dok pegang zahra sebab zahra meronta-ronta.
tak sempat nak rakam pun.heee :D

balik dari berurut, panas zahra dah semakin kurang.Alhamdulillah.
Lepas makan & makan ubat Zahra tidur.
malam tu panas zahra dah berkurang.
Jumaat pagi tu, kepala Zahra panas lagi.so, mama tepek kool fever.
[abaikan muka serabai papa.hikhik]

Alhamdulillah, demam zahra dah semakin kebah pagi ni.

cuma selsema & batuk berkahak masih ada.
harap pas makan ubat, OK lah eyh...
"cepatlah sembuh sayang mucuk mama...mama risaulah"


hari ni, GIAD buat family gathering kat A Famosa Melaka. mama risau gak nak pergi, tapi dah tunda bayak kali gathering ni. at last baru jadi, harap semua njoy lah...dan harap Zahra tak demam lagi kat sana.

k...tata!!!



love: mamazahra ^__^

Friday, 19 March 2010

Green Box Karaoke

hai semua :)
mama nak cerita pasal malam tadi, cerita malam jumaat.
saspen je...hehehe
tengok tajuk dah tahu apa mama nak cerita kan?
Ya, betul..betul..betul..malam tadi mama, papa & opismet (En.Iman, Asyrani, Anis dan Sheila) mama gi karaoke di Green Box, JJ, Bkt Tinggi.
apa kejadahnya berkaraoke malam2 jumaat?hehehe
sengaja je, karaoke session ni pun kira part of cara nak balancing work and life pe.
setelah penat bekerja, tension dengan sesapa atau rasa tak puas hati dengan sesuatu.
karaoke lah cara terbaik tuk hilangkan tension selain shopping.muahaha [nak gak shopping tu...dasar shoppaholic]
makanya tuk menghilangkan segala amarah tension , kami booking Greenbox dari kul 7mlm sampai kul 11.tapi, mama & papa datang after solat maghrib.
so, kami dapatlah menyanyi dari kul 8-11mlm plus extra 1hour nyanyi for free.hehehe
sudahnya, pagi ni mengantuk tahap otomen gaban plus sakit tekak.
gara-gara menyanyi tak hengat dunia.kihkihkih
jom tengok aksi kami berkaraoke.memaseng bajet penyanyi terkenal dah..hehehe

otw gi Greenbox tu zahra dah lena..sian dia.

semangat nak ikut, mata dah layu before pergi tu dia bulat2kan jugak, sudahnya tewas jugak.hikhik

bestnya kat greenbox ni boleh nyanyi sambil makan.free flow kan.
so, makan,nyanyi,makan.nyanyi..sudahnya, semput bila nyanyi pitch tinggi.muahaha
ala, dah namanya karaoke..pitch kompom2 berterabur.kihkihkih

papa dan anis :)

sheila, En.Iman & asyrani..sorry lah, muka asyrani langsung tak nampak.paham2 sudaaa....hikhik

papa yang bajet cam mawi malam tadi.wakaka

mama & zahra.yg masuk je dlm greenbox terus jaga.hehe

sorry la, amik gambar pakai henpon cikai mama.kompomlah gelap.heeee :D

papa lagi...papa kalau dah pegang mic, mmg takmo lepas.lepas dia nyanyi, dia lagi.org lain takde chance dah.hehe

mama nyanyi gak..lagu dangdut, duet ngan sheila.
lagu "aku dan dirimu" duet ngn papa, memasing bajet BCL ngn ari lasso.hikhik
mama gak "menyumbangkan" lagu bertakhta dihati, aku lebih tahu dan banyak lagi lah.
kiranya, memang puas dan hilanglah segala tension dihati.

menu mama: spagetty bolognise, salad&cheese cake, papa dah dinner kat rumah so mmg taknak makan dah kat sana, zahra makan cekedis, eskem & ice blended je.

Zahra makan habis cekedis & eskem tu, ice blended tu masam, tu yg terbiar je..

habis je nyanyi, makanan pun habis.kenyang dan puas :)

lepas makan, budak ni nak susu dah..dah start ngantuk la tu.hehe

kul 11pm, Zahra dah mula ngantuk balik.
minum susu, terus lena budak kecik neh.
mama & papa masih berkaraoke.agaknya, zahra dalam hati dok cakap, apesal mama dan papa zahra ni suka benor nyanyi, tak reti ngantuk ke??hikhik
kami sambung karaoke sampai kul 12pm.padahal bayar tuk 4jam je, tapi oleh kerana takde orang nak masuk lepas kami tu, makanya kami dapat nyanyi free..hehehe
kos karaoke malam tadi=RM30/pax (karaoke sampai hilang suara+makanan), memang berbaloi2...





love: mamazahra

Friday, 12 March 2010

Cuti2 Pantai Timur : Day 3

Ahad, 28-02-2010, Kuala Terengganu
Trip "Jommm!!!2gather2 di Pantai Timur" : Day 3

Ahad tu, kami kumpul kat lobby kul 8pg tuk gi breakfast.
Kami breakfast kat kedai makan area Felda Residence gak.
Tak ingat apa nama kedai tu, sebenarnya tak ingin nak ingat pun.hehe
makanan kat kedai tu, serius tak menepati citarasa tekak mama.
macam2 kami order, tapi takde satu pun yang boleh dikategorikan sebagai sedap.
mama makan nasi dagang.tapi tak sehebat nasi dagang Pantai Balok tu.memang TERBAIKK!!!
papa makan nasi lemak, pun tak sedap.
Zahra pulak makan roti canai telur, kuah kari dia langsung tak sedap.
Kak CT order lontong, pun dia cakap tak sedap.
mama rasa gak pulut kuning dia, langsung tak membuka selera.
mama ada tapau kuih apam tuk Zahra, pun tak memberangsangkan.
pendek kata, semua tak sedaplah.[ampun ye org2 KT.hukhuk]
mama order teh tarik kurang manis, bila minum.pehh!!manis macam madu.
apa tauke kedai tu, ada kilang gula ke???hehe
so, kesimpulannya...mama memang ditakdirkan kahwin dengan orang Klang, bukan orang Terengganu.Sebab selera org T'ganu tak memenuhi selera mama.huhuhu

Lepas breakfast terus je menghala ke Pasar Payang.
ni acara yang paling best dalam aturcara trip kami.muahaha
tuk ke Pasar Payang(PP), kami melalui Felda Residence sbb PP tu dekat je dengan hotel.

Betul2 seblah hotel, bangunan kerajaan, sebelah tu pulak Hotel Seri Malaysia,KT.
pastu barulah menghala ke Perkampungan Cina...

Dan..disitulah letaknya Pasar Payang...hehehe :)

Gambar semasa shopping adalah TIDAK DIBENARKAN.sebab akan memaparkan contoh yang tidak baik.hikhik
lepas shopping, balik hotel la.pack barang, sebab akan check out kul 1tghari.
sementara mama packing barang, papa tidur, zahra pulak buat onar.huhuhu

[ni budak yang buat onar tu.hahaha]

[sila fokus kt bdk yg tgh buat kacau tu.abaikan mama yg kaber cun tuh.hehe]
Kul 1pm, kumpul kt lobi.
sementara tunggu ketua rombongan uruskan urusan check out, mama dan papa baca paper.

Zahra?ntah mana..hehe.dia sebok kehulu-kehilir ngan pelampung kesayangan dia tu.haha

[Felda Residence, KT]

[bentuk bangunan felda residence dari simbol pucuk kelapa]

[inilah ahli rombongan..hepi oo muka memasing]
meh mama perkenalkan...
barisan paling belakang dari kiri: Asyrani, Anis,Shafiq, En.Iman, En.Bakar & wife dia tak nampak pun.hehe
barisan kedua dari kiri: papa, mama, Kak Ayu, Alia, Sheila,Inas & Kak Siti]
baris depan: Zahra dan pelampung, Batrisya & Zaki

[dia nak duk depan pulak..layankan je]

[papa..pemandu setia mama :)]

[co-pilot papa tuk selamanya :) ]
Lepas checked out, kami gi lunch kat Pantai Batu Burok, Nasi Ayam Yunnan.
Lapar punya pasal, licin abes.hikhik
Pastu, singgah pulak tepi pantai...

orang lain gi tepi pantai, mama layankan anak papa gi main buai.
macamlah kat Klang takde buaian.huhuhu

[layan perasaan pulak dah...]


tak cukup buaian, slide wajib gak naik..tak layankan nanti, mengamuk.jenuh nak mujuk.huhu

cantik kan Pantai Batu Burok??mama dapat amik gambar dari jauh je...
tak sampai pun 15minit kat situ, terus gerak balik Klang.

Selamat Tinggal Kuala Terengganu.babai, jumpa lagi :)
OTW balik, singgah beli keropok lekor 008 Kelulut.

Sementara tunggu ahli jemaah rombongan yang lain, mama snap pic kat tempat parking.
Depan laut je, BEST!!!

cantik...

Teruskan perjalanan lagi dan berhenti solat kat TMC Mall, kat Paka kalau tak silap mama.
salah, harap betulkan ye warga Terengganu.huhuhu

"Jauh perjalanan, luas pemandangan..."
Destinasi hentian terakhir sebelum sampai Klang adalah Kemaman.
Kami singgah makan sata kat Kedai Aziz Satar...
tapi, bukan Aziz Satar pelakon tu tau...
Derang panggil sata sebagai satar..hehehe

dan...setelah mengharungi Lebuhraya Pantai Timur, akhirnya kul 12.15mlm baru sampai Our Lil Sweet Home.
lama betul perjalanan sebab jalan dah mula jammed.
memasing nak balik KL gak kan..
maka, dengan ini..saya mengumumkan..TAMATlah kisah Percutian kami ke Pantai Timur...
p/s: gambar2 dari kamera lain akan amma update kendia.wassalam :)
p/s 2: nest trip kemana lak ye???Cuti2 Utara ok dak???




love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!