Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts
Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts

Monday, 4 October 2010

Entry Makan-makan

393lamanya tak bersiaran.hehe
semalam adalah masa tuk berehat. memang malas sungguh nak menaip entry.hehe
walopon mama puasa hari ni.
mama tetap nak buat entry makan-makan neh.
walopon saat tengah menaip ni pun, asek dok telan air liur.hikhik
ni adalah acara makan-makan sepanjang minggu lepas.
entry di cyberview sok-sok lah, takde mood sbb banyak gambar kat kamera opismet. aineh plak, dia ada conference.so, kena tunggu dia masuk opis baru leh upload gambar di cyberview.
hari ni, kita proceed entry makan-makan. i loikeee~

1. Lunch di AP ayam penyet, S.7,Shah Alam
ice lemon tea tuk papa & teh ais indonesia tuk mama

ayam penyet set+nasi putih tuk mama & papa

ekceli ni menu lunch Sabtu-25/09/2010
pap keje sabtu tu, sbb mama plan nak ke SACC Mall tuk beli fabulousmom sleep bra maka mama jak papa lunch sesama.
papa memula cam malas, kalo bleh nak tidur jek sbb mengantuk semalaman menyiapkan esaimen.
tapi, sebab mama dah beriye. papa terpaksa mengalah.hehe
tak tahulah, lately suka sangat makan ayam penyet.
padahal, jumaat sebelum tu dah makan aym penyet wong solo ngan kak siti&kak pah.
mungkin sbb sambal ayam penyet yg kaww pedas, tu yg buat mama berselera.

2. ayam goreng McD, S.2 Shah Alam
ni menu berbuka puasa tuk mama Selasa lepas, 28/09/2010.
pagi tu kan hujan lebat, so mama hantar papa gi keje.
petang blek keje, papa ajak ke library PTAR 1,UiTM. ada buku yg papa nak carik.
lebih kurang kul 7ptg baru keluar dari PTAR.so, tuk berbuka yang cepat & sedap, dah tentulah mama suggest kt papa McD. papa mengikut jek...
padahal, mmg terliur tgk entry lily a.k.a mamazara.hehe

ayam goreng McD spicy tuk mama set besar, big n tasty set medium tuk papa & happy meal nugget+sundae coklat tuk zahra
tp, mama sempat mkn seketul jek ayam goreng tu sbb dah kenyang.so, tapau bawak balik lah seketul lg.

3. Tomyam Poktek Afnan
ni menu berbuka rabu lepas.
tengahari tu dah terliur nak makan tomyam yg sedap.
pernah dengar kawan-kawan cakap tomyam poktek di Afnan sedap.so, laju jek sms papa bagitahu niat hati tu.
tapi, seperti biasa...tak pernah menolak.cuma, papa bagitau lepas berbuka terus nak ke Meru&sg buloh ada jemputan openhouse. mama pulak tak bantah kali ni.hehe
air carrot susu tuk mama, tembikai tuk papa.
mama order nasi putih for 2+tomyam poktek+udang masak pedas+kangkung belacan.
sangat-sangat puas hati.tomyam poktek terbaekkk!!!
udang pedas & kangkung pun sedap.lenkali leh makan situ lagi.

gambar makan-makan di openhouse adalah takde. kat umah abg zul, kak lela hidang laksa & nasi impit.kat umah abg rizal plak, kak nora hidang bihun goreng udang. cuma kat rumah fendy jek takde makanan berat.
Perut adalah sangat padat rabu lepas.hehe

ok dah...
aineh nak buka apa eyh???takde idea lagi lah...any idea kawan2??


love: mamazahra ^__^

Sunday, 26 September 2010

Kongsi Pengalaman

Selamat Pagi semua :)
cemana wiken kowang?buat apa je?attend openhouse or gi shopping?
mama dan zahra tinggal berdua jek hari ni sbb papa ada kelas.ekceli, semalam pun kami berdua jek sbb papa ada keje kt opis.huhuhu
rasa sunyi sikit bila papa takde sepanjang hari minggu, mama masih belum biasakan diri dgn ketiadaan papa di hari minggu nan indah.huhuhu
selalunya, kami 3 beranak akan bergumpal atas katil sambil bergurau-senda bila hari ahad.
tapi sekarang ni agak payah nak dapat masa camtu sbb kelas papa memang hari Ahad, kalau takde kelas pun pagi ahad papa abeskan masa dengan study.
mama memang belum dapat biasakan diri lagi, masih dalam proses belajar terima keadaan ni.
papa buat semua ni demi masa depan kami jugak plus tuk kepuasan diri. sebab, ni adalah degree kedua papa.
lagi pun, bila anak nak masuk 2 orang ni kompom perbelanjaan makin bertambah.so, papa perlu buat sesuatu. at least, dgn ada kelebihan 1 degree mana tau, rezeki kami jugak bertambah.InsyaAllah...

apa plan kowang tuk hari ni?
mama ada jemputan majlis hari raya lepas zuhur nanti, geng sekolah menengah mama.
tapi, cam biasalah...rasa lain sikit nak pergi tanpa papa. tapi, insyaAllah mama akan cuba attend dgn Zahra.
ish, mama kena biasakan diri.tul tak??

semalam, buat pertama kalinya mama dapat jumpa kawan blogger, kak daya mami to dania, alisya dan baby barunya, Eryna. ekceli, mama kenal kak daya ni dari zaman FP lagi.dah banyak kali plan nak jumpa.samada mama jemput kak daya dtg or kak daya yg jemput mama dtg umah tuk cukur jambul & etc. tapi ada jek aral yg melintang.hehehe
so, semalam bila kak daya jemput dtg umah makan-makan cam teringin pulak nak gi. kebetulan pulak, kak daya buat makan-makan tu kat umah mertua dia yang mmg dekat dgn umah Ateh mama.so, awal-awal plan ngan papa. suruh papa balik awal dari opis.tapi semalam, papa banyak keje.so sampai lewat sikit kat rumah, kul 6. masa tu mama dah sedih dah, kompom tak dpt gi.so, redha jek la masa kuar umah menghala ke sijangkang pun dah kul 6.15pm.
masa otw, mama sms kak daya bagitau mebi tak dpt attend sbb dah lewat sgt. lebih kurang kul 6.45pm mama sampai kat sijangkang, try called kak daya.no answer.so, teruslah menghala ke umah Ateh. mmg plan nak singgah umah Ateh sbb nak hantar barang yg ateh pesan. bagitau ateh yang mama ekceli nak attend majlis mkn2 kak daya, sekali ateh bagitau yg jiran dia pun ada buat mkn2 +aqiqah. rupanya, mmg kak daya tu lah jiran ateh.hehe.kecik tul dunia.
kul 7, kak daya called.suruh mama dtg jek, so mama bagitau pas maghrib br gi umah kak daya. so, gi lah umah kak daya ngan ateh sekali.hehehe.sungguh tak sangka, hubby kak daya tu rupanya kawan sekolah kakak ipar mama.hikhik

at last, ada gak rezeki nak jumpa kak daya. sweet n softspoken orangnya. naik segan mama.ye lah, mama ni kan mulut boleh tahan sket, slow sikit dr halilintar.ekeke
mama langsung tak snap pic sbb terlalu segan.padahal, awal-awal plan nak amik gambar ngan kak daya. bile tgk, kak daya yg dlm pantang pun slim-melim.terus segan. ye lah, mama ni baru 5mos++ peknen, gemuk cam org yg dah sarat. mahunya tak segan...
so, lupakan jek la acara snap-snap pic neh.tunggu mama kuwus blek la.itu pun, kalo bleh nak kuwuskan badanlah.bak kata Ateh, "bukan ko kalo tak ngandung pun tak kuwus ke???". hampeh kan ateh mama tuh, mulut takde insurance.sekeh baru tau!!!!
apapun, happy sgt dpt jumpa kak daya, dania & eryna yg bambam. alisya tidur time tu.
next time, mmg nak jumpa dan borak byk-byk.hehe

blek dari umah kak daya, terus menghala ke jalan kebun. gi openhouse umah kak lang mama. walopon kak lang masak macam-macam, nasi lemak, kuih-muih, mee kari, tahu sumbat & cucur udang. tapi, mama just makan cucur udang. pewot tengah tak sedap. sbb mama pakai baju kuwung.pewot sendat semacam buat mama n bb dlm tummy tak selesa.mmg pasneh, tak lah mama nak pakai baju kuwung.
kat umah kak lang, jumpa bespren mama Norman & wifey. norman mmg rapat dgn kak lang mama, since mama selalu bawak dia gi umah kak lang masa zmn kami bujang2 dulu. bkn dgn kak lang jek, mmg seluruh family mama rapat dgn dia. tambah pulak, mama&family mama pun selalu bertandang ke rumah family norman. harap, bila norman dah kahwin ni pun hubungan baik kami tak putus. bile kak lang suruh sms norman kelmarin bagitau suruh dtg, mama sms jek la.but no reply. mama ingat, sejak dah kawen ni dia dah delete no. fon mama dlm phonebook dia.hehehe.rupanya tak...wife dia pun ok...n tahniah sbb normal bakal jadi ayah, wife dia dah peknen...
lama lama tak jumpa norman, selalunya(masa zaman dia bujang) norman dah sampai umah mama raya ke-2.tp, tahun ni, langsung tak nampak batang hidung. tu yang menguatkan teori mengong mama yg norman dah lupakan mama.hehehe
"sowi, norman eyh...norly salah sangka kat norman"

sepatutnya, malam tadi papa nk attend openhouse umah opismet dia.tapi, sebab dah melepak kat umah kak lang, langsung cancel jek.

okeh, berbalik pada tajuk entry...
ekceli, mama nak mintak kowang kongsi pengalaman kowang sket. ye lah, mama ni masih lom biasakan diri takde papa di sisi sepanjang wiken.so, bagi kowang yang memang dah selalu hadapi situasi ni harap dpt kongsi tips dgn mama supaya mama cepat biasakan diri.boleh???

lagi satu, pasal pregnancy. mama dah puas carik info. tp masih tak jumpa. macam ni, sejak 2 menjak ni...mama kerap buang air besar, especially bila baby bergerak. ye mama tahu, normal kalo baby bergerak kita rasa nak terkucil atau terkencing sbb baby dlm tummy tolak pundi kencing kita. tp, masalahnya mama akan rasa nak buang air besar tiap kali baby bergerak. yang peliknya, bukan sakit perut cam nak buang air jek, memang betul-betul buang air. kowang bayangkan, berapa kali mama buang air dlm sehari??? lebih dari 5 kali sehari. sampai lembik jek rasa. NORMAL ke benda ni?atau mama ni ada masalah lain???
silalah kongsi pengalaman or info kalo kowang ada. mama risau sgt ni....


love: mamazahra ^__^

Monday, 19 October 2009

~ Openhouse lagi ~

malas nak cerita banyak.

ni sume gambar-gambar taken last week mase kami terjah openhouse ex-opismet mama, Kak Rini di Meru last Monday...
and selasa pulak gi openhouse officemate papa, En. Rozman.










love: mamazahra =)

Saturday, 17 October 2009

~ Laporan Berita ~

ini bukan laporan berita terkini ye.
bukan gak laporan sukan Man U vs Bolton.
kalo nak tahu keputusan, sila tgk seniri kt channel 812.
mama nak wat n3 laporan 'openhouse berantai kami.
#1 Rumah Terbuka Farhana & Rusli di Sri Pristana
makanan memang superb.
macam-macam ada.
Laksam, nasi himpit dan ayam merah, bubur pulut hitam, mini pizza, kuih kelantan yg sedap tapi mama taktau nama, roti jala ngan serawa, dadih & aneka kuih-muih yg mama tak sempat nak rasa semua sebab dah senak pewot.
tenkiu Ana & Rusli :)
#2 Rumah Terbuka Hanim,Azam & Awal
Sowi anem, kami jadi tetamu terawal dan datang sebelum waktunya.
oleh kerana kami dah kat umah ana, so teruslah serbu umah anem walopon lom lagi kul 2.
takkan nak patah balik klang dulu or singgah kt The Store ronda-ronda.hikhik
tapi, makanan yg anem dan azam masak mmg mabeles.
tabik kat anem ngan azam, masak berdua jek segala menu tuh.
nasi dagang ikan tongkol yg sedap, kek coklat, laksa yg kami x dapat nak rasa sebab pewot tangki dah penuh.
tapi, mama tahu, anem masak laksa memang sedap sbb nasi dagang anem setaraf nasi dagang makcik kelate depan umah amm.hikhik
pape pon, sowi and tenkiu to Hanim dan Azam sbb sudi jemput kami.
# Rumah Terbuka Odie
kami singgah solat zohor di Petronas Puncak Alam sbb dah kul 3.15pm.
kami gerak dari umah anem kul 2 lebih.
Sg Buloh ujan pulak tu.
mama dan zahra sempat membuta.
papa sowang-sowang berjaga.
kami sampai umah Odie kul 4 lebih.
masa sampai tuh pewot dah kosong balik.
tapi, tetamu ramai sgt.
so, papa sorang jek makan.
bergilir ngan mama sbb Zahra dah start wat hal.
mebi sebab letih ber'openhouse'.
lagipun budak tecik tu tido on da way dr Sg Buloh.
tu yang mengaruk kt umah Odie.
Macam-macam odie masak.
Spagetti black pepper chicken, nasi himpit dan ayam sambal n rendang, bread pudding, bihun singapore & kuih raya.
semua makanan memang mabeles.
Zahra yang tengah mengaruk pon leh stop bile mama suap spagetty yg sedap tuh.
lepak jap jek kt umah Odie.
kami terus gerak balik umah.
sebab berhasrat tuk singgah di 99 speedmart tuk beli bahan2 tuk buat dadih.
sekian sahaja, laporan tuk hari ini.
tuk berita selanjutnya, sila tunggu n3 akan datang.hikhik
p/s:maaf, n3 agak hambar sebab stori pjg berjela tanpa sekeping pon gambar.Kan mama dah habaq kt hang pa yg mama dah xde henpon berkamera.papa dah tarik balik henpon gara-gara mama yang tak reti sayang harta benda.hukhuk
love: mamazahra =)

~ Pink Cupcakes ~

apa kowang buat malam ni eyh?
gi openhouse ke?
atau kowang sedang layan channel ESPN?
Manchester United vs Bolton.
mama pulak sedang tungkus-lumus menyiapkan pink cupcakes.
tuk dihidangkan pada tetamu yg nak datang sok hari.
papa ajak semua opismet dtg umah tuk makan-makan.
so, mama tumpang sekaki tuk ajak opismet mama gak.hikhik.
so, kowang jangan kecik ati eyh.
mama bukan tak nak jemput tuk makan-makan sok.
tapi, mama nak ajak kowang datang umah next week tuk acara yang lebih best.
iaitu 2nd Birthday Bash Nur Dhia Zahra.
so, kowang nantikan jek la kad undangan yg akan mama tayang dalam belog.
paling awal isnin, paling lewat rabu.
mama sedang gigih design kad undangan tu.
ekceli, majlis tu nanti taklah gempak mana.
hanya suka-suki tuk Zahra.
at least boleh gak Zahra jumpe kawan-kawan.
dan mama gak bolehlah jupe kawan yg mama hanya kenal di belog or FB.
okeh, kang hangus lak kapkek ku yang tak bape nak sedap tuh.hikhik.
p/s:pada yg tak dapat dtg besday bash Zahra on 24th Oct 2009 neh, boleh dtg sok.
majlis sok bermula kul 12pm sampai 4pm.kalo sudi dtg, sila tinggalkan komen.so,mama leh bagi address.



love: mamazahra =)

~ Openhouse Berantai ~

Selamat Pagi kowang.
dah bangun lom neh?
mama awal pagi lagi dah bangun.
pas subuh jek, terus gigih ke dapur.
membersih peti sejuk yang dah berkurun tak dibersihkan disebabkan ke'busy'an yang terlampau.
Hari ni mama dapat 2 jemputan openhouse.
  1. umah Farhana[kawan sekolah menengah] di Sri Pristana, Sg Bulohkul 11pagi
  2. umah cik anem [kwn time di matrik] di Bkt Rahman Putra, Sg buluh kul 2pm

patu papa lak dpt 1 jemputan openhouse, kawan kerja dia.si Odie.

kalo x silap umah Odie kat area Berkeley,Klang.

so, kami akan memulakan misi openhouse berantai kami neh dari Sg buluh.

mebi kul 12 baru gerak dari rumah.

pastu gerak balik kalng tuk gi umah Odie.

kira macam wat pusingan U lah.

Klang-Sg Buloh-Klang

oleh kerana hari ni bz yang amat,

maka pagi-pagi haruslah kerjakan apa yg patut kat umah dulu.

sebelum meneruskan misi kami.hikhik

Hari ni dapur hanya berasap tuk sarapan jek.

mama masak sizzling yee mee.sedap tau u ols.hehehe.

so, bersempena openhouse berantai ni, kami akan makan sampai senak pewot.hikhik :)

kowang ada openhouse gak ke??

love: mamazahra =)

Tuesday, 13 October 2009

~ FREE ~


[gambar ikhsan dari google]

apa yg FREE?
bukanlah mama nak bagi nasi lemak free tuk kowang ye.
cuma kowang free baca belog mama.hahaha.

dah, senarnya benda lain yg mama nak cerita.
mama FREE dari memasak di umah.hikhik *senyum puas*
dari lunch sampai ke dinner.
dapurku dah lama tak berasap.hahaha.
FREE manjang.
sonot sungguh.
oh Syawal, jgn la cepat-cepat pergi.

ni cerita hampir basi ye.

Sabtu-10/10/2009
mama cuma masak bekfes sahaja.
tu pon, goreng nuggets dan fries sahaja.
cukuplah tuk alas pewot.
sebelom memenuhkan tangki pewot ngan pelbagai makanan di openhouse.hikhik.

pas bekfes, melepak layan hindustan @ channel 952.
ntah ape tajuk pon mama tatau.
yg mama tau, pelakonnya Ashkay Kumar dan kareena kapoor yg sgt sexy.
mak aii, tatau sejak bile citer hindustan dah macam citer Hollywood.
siap ada babak-babak 18sx.
dasat sungguh!
malu aii tau tgk cerita itu bersama en.suami. * senyum gedik*

pas zuhur, kami gi openhouse opismet papa @ Ijok.
punya lah jauh.
sampai hampir terlena mama n zahra.
nasib baik lah, papa tak reti jalan.
haruslah mama jadik co-pilot.

kami tetamu yg ke-2 sampai tau :)
nampak sangat kami dah kebulur.hikhik
mase kami smp tuh, doa selamat dah hampir abes.
Doa selamat sempena, isteri Abg. Isa, iaitu kak Ema dah selmat jalani "kimo" terapi tuk breast cancernya.
Alhamdulillah.Itu juge doa mama tuk Kak Ema.

makanan kt umah K.ema & A.Isa sgt mabeles.
nasi lemak,satay, lontong,tahu sumbat, agar2,buah,kuih-muih dan kerepek.
semuanya sedap hingga menjilat jari.
paling besh adalah Nasi Lemak Kak Ema.
Zahra sampai mintak tambah tau :P

balik dari umah A.Isa&K.ema, papa ajak singgah openhouse kawan dia.
tp, setelah diselidik oleh mama yg sangat "cemburu buta" neh,
akhirnya papa cancel tuk pegi ke openhouse itu.
gara-gara mama yg tersentap sbb dpt tahu, tuan rumah yg buat openhouse itu adalah masih single dan tinggal sendiri di apartmentnya.
rasanya, mmg tidak molek tuk papa kesana.
walopon mama ikut sama.
bagi mama yg sgt kolot pemikirannya ini,
tak wajar seorang "anak dara" yg tinggal sendiri buat openhouse
dan menjemput kawan-kawan lelaki.
tidak manis rasanya.hikhikhik.
ke mmg mama terbukti sangat jeleskan papa??? *pikirlah seniri*

oleh kerna, mama dah tersentap, papa terus buat U-turn dan balik umah dgn bawak kereta macam F1 smp nak terlentang zahra.
marah la tuh.

oleh kerana mama yg jiwanya dah diselaputi cemburu buta,
mama:"kalo AWAK nak gi sgt umah pompuan tuh, gi lah.SAYA tak halang." *bile tgh marah tiada panggilan manja ye!!*
papa: diam membisu.tapi terus tekan minyak cam nak tercabut pedal minyak tuh.
mama: terus-terus bercakap bagi api kemarahan papa marak.
papa: terus menekan minyak sekuat tenaga.dan tekan brek mengejut.hikhik *protes la tuh*

akhirnya kami terus balik umah.papa siap-siap gi main futsal dgn hati yg panas menbara.dan sgt kecewa tak pegi openhouse kawannya itu.

mama pulak, membebel macam mak nenek.dan mak mama jadik mangsa mendengar leteran mama.

+++++++

pas maghrib.

mama:"Bie, nak gi tak umah kak lang??" *guna panggilan manja tuk memujuk*
papa:"tak yah.dok umah lagik senang." * marah lg la tuh*
mama:"yelah, umah ntah sapa-sapa sanggup pegi.umah kakak sy sendiri taknak.ikut sukalah." *ugut neh* terus kuar bilik.

then, masuk balik bilik.
papa:"nak gi umah k.lang ke?siaplah..." *pujuk ah konon*
mama:"kalo taknak,tak payah.sy tak paksa" *majuk lah kononya tuh.padahal dlm hati gumbira*

mama terus siapkan diri dan zahra.hikhik.
seronot sebab menang dalam kes ini.

kat umah kak lang, menu agak berat.
tapi, kami bedal makan gak.
kak lang masak nasi lemak sambal sotong, bubur kacang,dan macam-macam lagi.
tapi, mama makan n.lemak saje.
dah tak larat.

balik.terus tido.
kekenyangan sebab makan Nasi lemak dari lunch smp dinner.


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!