Showing posts with label Baskin Robbins. Show all posts
Showing posts with label Baskin Robbins. Show all posts

Friday, 18 June 2010

Mee Maggi, cepat di masak, sedap di makan

ye, ini lah menu mama malam tadi.
petang semalam, mak mama masak pisang goreng. [pisang goreng kire masak ke??ngeh3]
so, memaseng dah bedal pisang gorenglah sampai kenyang.
langsung takde hati nak gi kuar dinner.

sekali, dalam kul 10 camtu, mama da start lapar.
time tu, papa n zahra dah membuta.
sudahnya, mama masak air panas dan rendam maggi kari.
pehh!sedap hingga ketitisan terakhir mama hirup kuah maggi tuh.

dah lama tak makan maggi time malam.
last monday, masak maggi tuk lunch dgn anak-anak sedara.hehe
so, maknanya minggu ni jek, dah 2 kali mama makan maggi.
ye, mama tahu.tak baik tuk kesihatan mama & baby dlm tummy.
tapi, itu jek yg boleh buat tekak tak kembang walopon makan maggi kembang.hikhik

pas makan maggi malam tadi, layan tenet.
sekali, ternampak ice cream fondue neh.
selain dekat haagen dazs, kat baskin robbins ada ke?
kat BR outlet mana?
tingin benar nak makan ni.jakun sungguh kan??hikhik
kowang tak cian kat mak buyung neh ke??
tolonglah usha kan tuk mama...
kalo bleh, nak gi wiken neh...plzz!!

yg ni mama cilok dr flickr ni.
nampak mmg cam kat BR.tp, ntah outlet mana lah.
kalo korang penah try, samada kt haagen dasz atau BR, juz let me know,k...


love: mamazahra ^__^

Wednesday, 24 February 2010

Haagen Dazs dan Baskin Robbins

aduh.apesal tekak mama ni?
tetiba je rasa cam nak sangat makan aiskrim.
kalau boleh nak makan aiskrim Haagen dazs atau Baskin Robbins.
aduh, mengada betullah tekak ni.
selera orang kaya je!!

atau...


mengada sesangat.
kalah perempuan mengandung tau.
tapi, tekak mama ni memang suka mintak yang bukan-bukan.aduh!!
kalau mama berada dalam keadaan tertekan atau stress, mama memang suka makan sesuatu yang sejuk dan manis.
ya, mama tahu benda ni memang tak berkhasiat dan menyumbang kearah pelbagai penyakit berbahaya.
tapi, ia juga adalah terapi terbaik.
kang stress tu makin tinggi camna??
uhhh!!!kan best kalau dapat makan sundae kat Baskin Robbins...

fuhh!!!bahagianya rasa....
sejuk..manis...walllahh!!!berbaloi-baloi.[telan air liur jap!!]

kalau nak makan haagen dazs, kena gi AEON Bkt Tinggi, kalau nak makan Baskin Robbins kena gi JJ, Bkt Raja.
tengah kompius neh..
mana satu nak gi???






love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!