Showing posts with label Cuti2 JB. Show all posts
Showing posts with label Cuti2 JB. Show all posts

Thursday, 10 June 2010

Hotel Selesa

ni bukan entry tuk menjatuhkan tapi lebih kepada entry komplen.
bukan pe, sebagai pengguna mama ada hak nak luahkan kekurangan kepuasan hati mama.
mama bayar sesuatu yg tak selayaknya.ececeh!
ekceli, sepanjang 4 hari 3 mlm mama bekerja kat Pasir Gudang tu, mama stay kat Hotel Selesa Pasir Gudang.
ni kali pertama mama stay situ.
biasanya, kalo audit Pasir Gudang, mama akan tetap stay kat area JB, dah tentu Grand Bluewave Hotel jadik pilihan.
tapi, oleh kerana misi kali ni cuma 4h3m.kami decide tuk stay kat hotel yg dekat dari opis.
yelah, salunya, kami terpaksa redah jam dari JB ke PG atau dari PG ke JB.
takmolah buang masa kat jalan sbb kami cuma ada masa 2 hari jek tuk keje, maaf cakaplah.
Hotel selesa ni mmg tak selesa.
mama sgt tak berpuas hati.
mama bayaw RM172.50/night. lebih mahal dari Hotel NAZA.
tapi, Hotel Naza lebih selesa dari Hotel Selesa tu seniri.
ni lah yg dikatakan indah kabar dari nama.hikhik

bilik air yg nampak selesa, tp hakikatnya....Allah jek yg tahu
perabot..OK lah.

[bagi, wanita mengandung, tak digalakkan baca.
ayat seterusnya ini bisa buat korang mual, loya & payau tekak.
hikhik..]

okeh...jom sambung...
tapi, yang buat mama rasa tak selesa adalah toiletnya.
selama 4h3m tuh mama geram jek tgk toilet derang.
dah lah air paip kuar cam air kencing jek, punyalah slow.
nak mandi pon tak syok.kalo nak be*** lagilah tak selesa kan.
pastu, flusk pulak cam mati segan hidup tak mahu.punyalah payah nak flusk.
kena namplohkali tarik baru bersih toilet bowl tuh.teensenn!!kalo t*** takpe lah, ni air kencing pun payah nak bersih.gila hape!!!

bukan mama tak komplen pun kat receptionist dia, tapi dah mmg derang punya hotel low class kan.
nama jek 3 stars, tp cam umah tumpangan ah kaw jek.gerammm ni!!!
derang punya servis pun cam toilet derang gak.

okeh, selain toilet derang bermasalah.derang punya staff kat "straits cafe", tempat bekfes pun cam hampeh.
meja makan lambat berkemas.
pastu, sudu garfu tak reti nak letak semula bile dah kemas.
nak kite panggil dia, mintak itu ini baru nak bagi. lembabs!!
kan mak buyung dah marah.geram tau!!
masuk hari ke-2 tuh, mama ingat taknak bekfes kat hotel, sbb makanan yg derang serve pun cikai semacam jek.dgn waitress yg reti nak melawa tapi tak reti buat kejenye tuh, mmg hilang mood nak makan.
tapi, derang punya bekfes compulsory.so, kalo ko bekfes atau tak, tetap harga tuh dah termasuk harga bilik.budus!!

ni mmg last lah mama stay kat Hotel tak Selesa neh.jangan harap nak tidur sana lagik.
mmg blacklist lah!!!
lebih rela redah jam highway JB_PG tuh dari tidur hotal cikai camneh.

seblom cekot, mama dah tulis dalam comment form tuh.service sgt POOR.
haa!!hambek ko!!



love: mamazahra ^__^

Mee Rebus Muar Lalat

Ahad lepas, mama&kak Siti bertolak ke Pasir Gudang kul 11.30pagi.
Otsetesen kali ni, mama tumpang kete kak siti jek. tak drive.boss tak kasi mama drive jauh, takut kondisi mama yg asek loya 48jam.heee :P
sebelum ke PG, kami singgah jap kat Giant, S.13 Shah Alam.
Kak siti nak jumpa kawan, dan mama gi tapau ice blended kat The Coffee Bean.
dah lama weh, tak pekena.lepas gian, siap beli yg large & tapau RTD(ready to drink) Caffe Latte.pehh!!terangkat.hikhik
otw ke PG tuh, kami singgah sekejap tuk lunch di R&R Machap.
time tuh pewot memasing dah mengaum.hekhek
mama makan kat gerai hujung sekali.
mama makan Mee Rebus Muar yg mabeles.ke mama tgh lapaw tem tuh??hakhak.
tapi, siyes mmg sedap mee rebus tuh.kuah dia pekat.
tapi, sayangnya gerai tuh dipenuhi dgn lalat.
kami makan sambil tangan dok tepis lalat.
lalat derang dah lah banyak, kebal lak tuh.hikhik
superb lah mee rebus neh.tambah pulak minum ice blended durian belanda.mmg terangkat!!!

dah! itu jek nak share.hehehe

p/s: ekceli, tem ni pewot tgh lapaw walopon dah bekfes nasi lemak singgit.hikhik.mana tak gemuks!!!


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 8 June 2010

Malam Akhir

yeyeyy!
esok nak balik Klang dah. tak sabaw nyaaa!!!
dah windu banget kat Zahra dan papa.

skang ni mama tengah kekenyangan tahap gaban.
baru abes dinner kat triple S, Selera Senibong Seafood(SSS).
pehhhh!best gila.sedap hingga menjilat jari.
makan besar kami malam ni tuk meraikan abesnya keje kat Pasir Gudang ni.hehehe
taklah, ekceli dah lama benar mama nak try makan kat SSS neh.
dah 3,4 kali datang JB tapi langsung takde peluang nak makan kat situ.
so, aineh kak Siti bawaklah mak buyung yg kuat makan neh.hehehe
tapi, memang puas hati lah.makanan sedap, layanan tip top.
kami order ketam masak lemak cili api, butter prawn, ikan jenahak bakar sambal dan baby kailan ikan masin.
semuanya mmg sedap!!!
mama order air tembikai gelas besar.punya lah tamak.sudahnya, tapau separuh bawak balik.hikhik
udang pun tapau gak sbb tak abes makan. dia hidang lebih 10 ekor tuk 2 orang makan.mana nak abes kan??
yg bestnya kat SSS ni, sebelum makan derang hidang jelly kelapa dan kacang rebus.sedap sangat.
jelly tu manis buah & kacang rebus tu lembut.pendek kata, semuanya sedap.


[inilah menu dinner kami.yummehh! ]

memang highly recommended lah SSS neh.
ada sesapa penah try tak??setuju tak ngn statement mama?ke mama ni mmg pantang nampak makanan, semua bedal abes.hikhik

p/s: happy sgt sbb nak balik sok smp rasa takmo tido mlm neh.hehehe


love: mamazahra ^__^

Tuesday, 16 February 2010

Johor Bharu City Square dan Danga Bay Festive Street Mall

Jumaat tu, mama keje 1/2 day je.
lepas gi lunch ngan auditees kt Kedai Makan Rahmat tuk pekena siakap goreng,
mama terus drive balik hotel.
singgah jap kat Kedai mamak tepi jalan kt kg bakar batu tu, tuk tapau nasi campur tuk papa.
lepas solat, kami gerak ke Johor Bharu City Square.
ni kali pertama mama singgah JBCS, walaupun dah banyak kali turun JB.heee :D
tujuan utama ke JBCS adalah tuk cari Singapore Map dan usha Kompleks Imigresen Woodlands.
ye lah, ni 1st time kami nak ke S'pore, so cam jakun sikit lah.
takut lah tersesat barat kan..
adalah lebih molek tuk kami usha tempat parking, kat mana nak beli tiket bas dan etc.
sambil jalan-jalan kat JBCS, sempat gak makan J.Co donut. hikhik

mama kan terror bab "sambil menyelam, sambil minum air".hehehe
kul 6 kami gerak keluar dari JBCS.
sebab, lepas maghrib kami plan nak kuar jalan-jalan lagi...

mlm tu papa & zahra ada kt JB, papa request tuk jalan-jalan kt Danga Bay
bile papa ajak, mama lagi lah suka hati kan.heeee :

ini adalah tempat wajib jejak setiap kali turun JB :)


nasiblah budak kecik neh nak duk dalam stroller, takdelah seksa mama & papa nak window shopping.heee :D

Zahra setia melayan kerenah mama & papa berwindow shopping :P

papa yang masih setia temankan mama window shopping.hehe
tenkiu, B...muuahhh



masa jalan-jalan kat festive street mall, kami terserempak kembar Ekin & Ain yang sedang shopping ngan mak derang.
siyes, kiut gila Ekin tuh.
untung Mawi dapat dia.
senyuman manis je.
tapi, mama taklah cekup derang tuk amik gambar, malas nak ganggu ketenteraman dia bershopping.
sempat lemparkan senyum je pada Ekin, dan dia balas dengan senyuman manis.
tak lah sombong cam sesetengah artis tu.
masa ada kakak tu nak amik gambar ngan dia pun, dia ok je.senyum manis je.
walaupun dalam hati mama tak tahu apa yang dia tengah pikir.
tak baik buruk sangka kan??
macam ada setengah artis yang mama jumpa, tapi mama taknak sebut nama lah.
bile ada peminat nak amik gambar dengan dia, dia boleh cakap " ni last ye!!!dah penat lah..."
siapa artis tu? biarlah rahsia....mama tak akan sebut.
mama cuma cakap kt artis yg spesis poyo camtuh, "tanpa peminat, kau tak akan kemana la wehhh!!!"
tapi, tabik spring kat Ekin, dia bagi senyum manis pada siapa pun yang senyum kat dia.
itu yang mama nampaklah..heee :D

okeh, dinner malam tu setelah bergaduh bertekak berbincang ngan papa, kami decide tuk makan kat Rumah Pontian pulak kali ni..
Actually, Rumah Pontian ni salah satu Rumah Limas gak..selain Rumah Pontian, ada Rumah Batu Pahat dan Rumah Muar ..
Rumah Limas is the gem of Danga Bay.
selain restoren/cafe..ada macam-macam lagi..

Rumah Mersing tuk wedding planner, Rumah Kota Tinggi tuk Arts and Craft, Rumah Spa tuk malay massage & fish spa, Rumah Kluang tuk traditional games, Rumah Segamat tuk Hi-Tea Garden, Rumah Johor Bharu tuk gifts dan akhir sekali, Rumah Utama tuk functions, events dan cultural shows.

Last time, dah makan kat Rumah Limas, kali ni Rumah Pontian lak.
Next time, boleh lepak kat Rumah Muar dan Batu Pahat pulak, ye tak??



[papa tengah tunggu waiter tuk order]

suasana agak suram sikit.almaklumlah,guna kamera cikai je.hikhik
Restoren memang penuh malam tu.
semua pondok & ruang dalam Rumah Pontian dan Rumah Limas penuh.
kami dapat kat area beranda.
kira OK lah, nyaman sikit.banyak angin.heee :D



[memaseng tengah pening pilih menu]

[budak tecik neh dah boring menunggu hidangan]


[mama yang makin tembam bile dok kat JB neh, asyik makan sedap je.hehehe]


nampak tak signage tu??tulisan jawi... pa-wau-nun-ta-ya-alif-nun, apa bunyi nya??


si kecik dah mula buat hal..

lime juice tuk mama, dan lychee tuk papa... zahra???botol susu sudahhh!!!ngeh3

muka hepi dapat makan.heee :D


Nasi Goreng Istimewa Limas tuk mama


nasi putih + ayam masak pedas.yummeeehhh!!

kangkung belacan

ikan pari bakar.sedappp!!!
Total = RM36 sahaja

masa tengah syok makan, tetiba tram Danga Bay lalu kat depan Rumah Pontian tu.
elok je, tram lalu, Zahra nangis sekuat hati...
"nak naik..nak naik..nak naik.."
terpekik terlolong...
puas dah mama dan papa pujuk, masih lagi terpekik terlolong..
sudahnya, mama stop makan tuk bawak zahra pusing-pusing Rumah Pontian.
masih jugak tak dapat pujuk dia.
sudahnya...
papa:"okeh2, pasneh papa bawak nek tram ye!!!"
ayat keramat siut, terus senyap budak kecik tu.
dan-dan, papa terus cuci tangan.huhuhu
memang membunuh selera betullah budak kecik ni...

sudahnya, berjalan kaki kami ke station tram tu kat area pusat permainan Danga Bay tuh.kt Danga Bay Convention Centre.


jalan kaki...jauh tu, nak patah kaki la rasanya..budak kecik tu hepi jek.
takde pulak, nak mintak dukung ke ape..bertuah betul lah!!

atas tram... tengok, betapa excited nya budak kecik tu...

nasib baik lah tiket tram tu RM5/adult. budak bawah 3y, FREE..heee :D
tram tu bawak pusing seluruh Danga Bay, sampai kat depan festive street mall..
then, turun kat station.
maka, menapaklah kami ke kereta yg nun jauh kat area Rumah Limas.
sambil jalan kaki, bawa Zahra jalan-jalan kat tepi laut tu tengok cruise.
bila nampak Danga Cruise, dia menangis nak naik cruise tu pulak.
aduii!!!pening kepala melayan...
nasib baik, cruise tu tutup.
selamat duit papa kamu, Zahra oii!!!

mama dengan buah hati pengarang jantung mama yang selalu menguji tahap kesabaran mama :)

papa dengan buah hati nya :)

apa motif ambil gambar pokok neh???
ni keje papa ye, dia kata lawo pulak nengok lampu-lampu kat atas pokok tu..
lawo ke???








love: mamazahra

Monday, 15 February 2010

Dua hari pengsan, gara-gara jalan kaki tanpa henti...

tajuk sangat tak boleh blah.hahahaha
siyes, mama dan papa pengsan 2 hari ni tau.
ni semua gara-gara jalan kaki non stop kat Singapore.
balik dari S'pore, papa drive terus balik Klang.
hanya Zahra yang ada kuasa luar biasa.
masih boleh main, masih boleh makan dan yang penting masih boleh merengek.huhuhu
tuk pengetahuan semua, plan ke Singapore adalah berjalan seperti yang dirancang walaupun tidak terancang rapi.
hati meronta-ronta nak update segala cerita di Singapore, tapi badan sangat tak larat.
nak bukak mata pun setengah pengsan.
dah dua hari makan kat kedai dari pagi sampai ke malam.
celik mata, gi keluar makan.
pastu, terus sambung tidur lagi.
padahal sehari je berjalan, tapi letihnya sampai dua hari tak hilang tau.
gambar kat JB pun masih lum terupdate, di tambah pulak dengan gambar-gambar di S'pore.
tapi, agak malang lah, gambar di S'pore banyak yang blurr dan gelap.
almaklumlah, gambar dari camera cikai, E5800.hikhik
so, paham-paham sudah.
mama akan update sedikit demi sedikit ye!!
mama update gambar kt JB dulu, aci tak???
gambar di S'pore tu, perap dulu.heehee :D
okeh, mama kasi chance tengok dulu sekeping je gambar kami kat Pulau Sentosa :)


ok, sampai jumpa lagi di lain entry.
kalau larat lah ye!!!
ni pun ada lagi rasa nak pengsan.hehehe








love: mamazahra

Friday, 12 February 2010

Jiwaku telah Bersatu..

hahaha, tajuk tak boleh blah.
sebenarnya, papa dan Zahra dah pun sampai JB mlm tadi.
mereka berdua naik bas Selat Keris dari Klang Sentral ke Larkin.
Habis je exit meeting semalam, terus drive laju-laju balik hotel ambil kereta kak Siti.
kami gerak ke Larkin 2 kereta sebab family Kak Siti pun sampai.
Derang pun naik bas yang sama.
mama beriya jadi penunjuk arah, padahal mama pun berani-berani takut je.hehehe
sebab Branch Manager tu lukis peta cam putar-belit sikit, mama kurang faham.
tapi, mama ingat landmark tuk amik simpang yang sepatutnya.
Alhamdulillah, mama sampai kat Larkin masa papa & zahra baru je sampai.
happy sangat bila nampak 2 borang buah hati pengarang jantung mama berjalan ke arah kereta.
kalo ikutkan hati nak berlari ke arah mereka, dan peluk kuat-kuat.
ececeh, dah macam drama swasta la pulakkan.
lagi pun, mama tak dapat parking.
cuma parking kat tepi jalan je.hehe
kami terus gerak ke Stulang Laut tuk makan dan balik Hotel sebab papa pun dah letih.
Zahra sepanjang perjalanan tak nak tidur.
menikmati sungguh-sungguh perjalanan tu.hahaha
paling kelakar, papa masuk toilet masa berhenti kat R&R pun bawak sekali Zahra.hehehe
Jangan zahra nampak "benda" tak sepatutnya sudah lerr.hehehe
happy sangat sebab jiwa mama yang separuh lagi tu, dah bercantum semula.
itulah perkara paling membahagiakan bila insan yang kita sayang, ada depan mata kita.betul tak, kawan-kawan??
siapa yang weekend wife/husband tu, pasti faham perasaan mama ni.hehehe
kalau yang tak pernah tinggal suami&anak-anak, sure cakap mama mengada terlebih.hahaha
okeh, esok pagi Sabtu 13-02-2010 kami plan nak ke Singapore.
nak pusing Pulau Sentosa.
esok petang gerak semula JB dan insyaAllah, terus balik Klang.
itu pun, kalau tak letih lah.
kalau letih, sambung satu malam lagi.heee~
p/s: kalau jadi ke Singapore, mama amik gambar banyak-banyak dengan kamera cikai mama ni dan tunjuk kat korang ye!!!

love: mamazahra

Wednesday, 10 February 2010

Jalan-jalan cari makan di Chamek Kopitiam,Pasir Gudang

"Jalan-jalan cari makan..jaaaa...lan-jalan cari makan"
lama gila seh, tak tengok cerita jjcm neh.best.feberet mama neh.
mama memang suka part jjcm neh.
lagi-lagi kalau gi tempat orang.
haruslah wajib terjah tempat makan paling femes kan.
rugi kalau gi tempat orang, dan tak merasa makanan paling popular kat situ.hee :D
[padahal memang suka sangat melantak.kihkihkih]

kalau kat Pasir Gudang ni, tempat makan wajib kunjung mama adalah Chamek Kopitiam dan Kedai Makan Rahmat.

so, lunch semalam kami terjah chamek kopitiam.
kami keluar lewat sikit, kul 2 lebih semata-mata tak nak bersesak.
kalau kat Chamek ni, time lunch pasti penuh tau.


tempat makan sangat selesa.
ada ruang tuk makan kat luar dan dalam kedai.
dekorasi pun menarik :) dan makanan pun sedap.yummeehh!!

mama order kopi susu & kak siti order bancau a.k.a bandung cincau.jangan salah sebut ye!!!hehe

kopi sangat sedap!!!kaww!!

pipiku yang semakin tembam walaupun baru 3 hari kat JB.hahaha

tuk pembuka selera a.k.a appertizer dalam bahasa omputihnya, kami pilih ubi rebus dengan ikan masin & sambal.sedap hingga menjilat jari tau!!!
dan..
tuk makanan lunch pulak, mama order chamek horfan.
yang ni not recommended ye!!kuah terlalu likat menyebabkan mual dan muak.

kak siti order nasi goreng ayam kunyit.Kak Siti kata, boleh tahan.hehehe

kalo kat sini memang feberet mama ubi rebus dan kopi susu je.
yang lelain, tak pernah cuba pulak.

Hari ni pulak, kami ke Kedai Makan Rahmat(KMR) tuk menikmati ikan sikap goreng, sambal tempe, kacang tanah & kentang yang mabeles.sambal orang jawa.heee :D
tapi, KMR ni penuh sesak dengan orang kalau time lunch. bukan je melayu, jawa tapi ada gak cina, india & omputih tau..
kalau korang tuwun Pasir Gudang, singgah lah kat Chamek Kopitiam dan KMR ni tau!!!pasti puas hati :)

love: mamazahra

Tuesday, 9 February 2010

Test...Test..Test

ini bukan cobaan..ini betul-betul..heee~
saat ini mama tengah buat audit test...bukan test exam tu..ye!!!hikhik
banyak woo...tak larat neh.
dah la accond bilik neh kuat gile.
hampir beku mama dalam ni.
dah macam peti sejuk pun ye jugak!!
jari-jari semua dah kecut.
kalaulah lemak boleh kecut, syok jugak.tak payah excercise.hikhik
bila sejuk, perut lapar.
sangat sinonim antara sejuk dan lapar.
ibarat aur dengan tebing or isi dengan kuku..hahaha
so, mama buat test sambil mengunyah snek jagung berperisa BBQ curry dude twisties.yummeehhh!!! walaupun kurang berkhasiat.hee~
padahal dah breakfast pagi tadi kat hotel.
janganlah berat naik lepas balik JB ni.hehe

ok!nak sambung buat audit test!!!yadddaaa!!!papai..jumpa lagi


love: mamazahra

Monday, 8 February 2010

Bersiaran Langsung dari Grand Bluewave JB


[muka manusia yang kekenyangan.muahaha (gambar sekadar hiasan)]

saat ini mama tengah bermalasan atas katil.
balik dari office tadi, terus singgah Jusco Permas Jaya.
oleh kerana skip lunch tadi, maka melantak sakan lah kat Secret Recipe.hahaha [padahal kalau tak skip lunch pun, tetap melantak.hahaha]
mama belasah tom yam kung,esspresso macchito dan share classic cheese dengan kat siti.hehehe.yummeehh!
sorry, pic langsung tak snap sebab terlalu kebulur.hahaha
masa on the way gi Jusco pun, perut dah berkeroncong sakan.
dan masa kt Jusco tadi, mama terbeli wedges swiss polo.huhu
ni semua gara-gara high heel vincci yang menyakitkan kaki tuh.
tak pasal-pasal terbang RM39.90, tun after 20% discount.hukhuk
tapi, berbaloi-baloi sebab wedges tu sangat-sangat selesa.heeee :D


patern dia sebiji cam wedges yang mama beli dari kin mummysya

simple but sangat selesa :)


walaupun cam kolot je kan???


bila pewot dah kenyang sakan neh, rasa malas nak buat apa-apa..
rasa best je berangan sambil lepak atas katil.
otak melayang ke Klang..teringat yang tersayang...huhuhu
mish them oredi...papa & zahra, mama sangat merinduimu.ting-tong.

gile rindu kat mereka berdua.
ni baru berapa jam je tinggalkan mereka.
dah rasa tak keruan.hukhukhuk

kali neh, seperti biasa setiap kali turun JB, sure Grand Bluewave Hotel jadi pilihan pertama.
sebab sangat selesa dan cozy sekali :)


[sangat luas sebab no more meja makan]

last time stay kat sini, bln July'09 perabut dia lain.
kali neh, hotel dah fully renovate dan refurnish semua perabut.
kali ni mama ambik studio room je sebab mama datang sorang je kan..

mama dapat bilik studio room yang ada 2 single bed, sebab bilik double bed dah full.


meja TV lama gak.hehe

no more sinki tuk coffee corner.
cuma ada kettle dan fridge.
dan no more cabinet tuk dapur

but..
ada yang best.
set bathroom yang baru.sangat selesa :)


cuma dah takde bath tub, digantikan dengan glass door bathroom yang sangat sexy.heee :D



studio room rate RM189.75 nett with breakfast for 2persons tuk corporate rate.
kalau normal rate mama tak sure berapa pulak.hehehe

p/s: tak sabar nak tunggu papa dan zahra datang khamis neh.sementara ni, mama tidur sorang lah.huhuhu.miss u so much pa & zahra :)


love: mamazahra

Sunday, 7 February 2010

Separuh Jiwaku pergi

lama tul mama menyepi.
ada yang kesah ke??hahaha
dua hari ni sibuk pack barang lah.
mama akan gi outstesen ke JB selama seminggu.
so, kena packing elok-elok, takut pulak tertinggal keperluan penting.
lagipun, nak spend betul-betul waktu yang ada tuk papa & zahra.
rasa cam tak sanggup nak tinggalkan mereka berdua.
mereka berdua tu separuh dari jiwa mama.
so, kalau mama pergi tanpa mereka, maknanya separuh jiwa mama pun takde.
makanya mama ke JB dengan separuh jiwa sahaja.
tapi, demi kerja.mama redhakan.
ini kali pertama mama akan drive jauh waktu malam.
selalunya, pagi ahad mama dah bertolak.
tapi, oleh kerana kali ni mama sorang, papa tak benarkan mama drive sorang.bahaya katanya.
selalunya, kalau outstesen either papa join sekali or anak sedara mama temankan mama.
tapi, kali ni papa or anak sedara mama tak dapat ikut.
so, papa suruh mama follow officemate mama, Kak CT.
kak CT akan bertolak malam ni sebab dia balik kampung ada hal keluarga.
oleh sebab ni kali pertama mama drive waktu malam, maka mama nervous sikitlah.
dari petang tadi rasa semacam je.
asyik rasa nak terkucil je.hehehehe
korang doakan mama selamat sampai dengan selamatnya yeh!!!
love: mamazahra

Tuesday, 4 August 2009

~ Johor Bharu - Last Day ~

inilah hasil rembatan terakhir kt Danga Bay....


suar tuk Zahra =P

baju kuwung moden tuk mama...


t-shirt Johor tuk Zahra..

key chain n magnet Danga Bay....


** ** ** ** **
pemandangan dari bilik kami..pas subuh...


sila abaikan Zahra yg separuh bogel tuh.. ni sume keje papa :P

da ready nk check out :P

masa tuk check out

on da way balek klang.....









love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!