Showing posts with label Hari Malas. Show all posts
Showing posts with label Hari Malas. Show all posts

Friday, 17 December 2010

Siaran Tergendala


lamanya tak bersiaran kan??
dekat seminggu gak lah..
bukan takmo update, tapi semenjak-dua-menjak, cuaca malam yang selalu jek hujan menyebabkan mama aseklah tidur awal.
kul 9mlm mata dah layu, tunggu nak lelap jek.
kadang tu, lepas solat isyak mama dah hanyut. takpun sampai tak sempat nak solat isyak dah lena.
papa akan kejutkan mama solat bile papa nak tidur.
sian kat papa dan zahra..huhu
mama bukan seja-saja nak tidur awal. badan memang letih sangat. lagipun, lately lil DZ aseklah aktif di waktu tengah-tengah malam, sampai mama takleh nak tidur. nak menelentang tak selesa, nak mengiring ke kanan pun tak selesa dan mengiring ke kiri pulak tak boleh nak tidur jugak. sudahnya, mata mama dah macam mata panda. hitam gelap jek bijik mata.hukhuk
lately, ramai sangat yang tegur muka mama dah sembab. mebi sebab kurang tidur kot..
tu yang gigih masuk tidur awal, at least kalo lil DZ kejutkan mama tengah malam mama dah qada' tidur kan. kuranglah sikit lingkaran gelap bawah mata tu kan. terror tak mama?bernas tak idea mama?hehe
pepandai jek kan...

ni pun, mata dah layu semacam jek. dah macam mata garfield dah.sepet jek.
tapi hari ni, papa ngan zahra pulak dah lena dulu.hehe
mama pun dah rasa cam nak join derang tidur jek.
kalo rajin, mama update esok eyh.. ada cerita pasal besday anak-anak sedara dll...tungguuuu!!!!

p/s: gambar kat atas tu senarnya ada sikit kena-mengena ngan entry ni.bile hujan, siaran Astro pun tergendala kan. samalah gak ngan mama, asal hujan jek, mata pun nak lelap awal.ekeke

selamat berhujung minggu semua!!!!

love: mamazahra ^__^

Monday, 18 October 2010

Chicken Lasagna dan potato salad

okeh, inilah menu lunch kami 3 beranak sabtu lepas.
sesekali, orang jawa nak jadik omputih.ekeke
ekceli, sabtu tu cam malas nak masak.kononnya takmo lunch sbb dah bekfes nasi lemak ayam.
sekali, lapar pulak pewot.
pastu dok carik apa bahan ada dalam peti.nampak cam bahan-bahan tuk buat western lunch ada cuma tak bape lengkap.so, belasah jek la..
mama gi dapur terus rebus kentang & lasagna.
maka, jadiklah chicken lasagna & potato salad versi mama.hentam jek la.

menu ni sesuai tuk makan 4org dewasa.
jom kita tengok apa bahan2nya...

bahan-bahan potato salad
2biji kentang saiz besar gabak[rebus tanpa buang kulit]
1bj telur [rebus.kalo ada telur dr rumah org kawen, lg senang citer.ekeke]
serbuk lada hitam,lada putih&garam [secukup rasa]
mayonis [4sudu makan]

cara-cara nak buat
lenyek kentang&telur guna senduk jek.jgn halus sgt, bg ketul2 sikit, baru sedap.hehehe
gaulkan dgn mayonis & rasakan dgn serbuk lada&garam
kalo ada daun sup bleh tabur, kalo xde biarkan jek.tu pun dah sedap.hehe

bahan-bahan lasagna ala mama
4keping lasagna [rebus sampai lembut]
** jgn sampai lembik, nanti koyak.agak2 jek eyh**

sos putih
2kpg cheese [lg byk lg sedap & pekat sos putih tu.yummehh!!]
susu segar/susu cair 1/2cwn [mama guna susu cair.tu jek yg ado]
serbuk lada hitam&putih, garam
** didihkan semua bahan dgn api kecil**

sos lasagna
1/2cwn ayam kisar
1senduk cili blender
1paket bolognaise sos [kalo rajin, buat seniri kuah spagetty.lagi bagus kalo ada balance kuah spageti mlm td.hehe]
** masak cam biasa.kalo guna sos segera. panaskan butter, masukkan cili,bile dah masak cili, masukkan ayam kisar&sos segera.dah siap!!!**

cara-cara nak buat
lapiskan sekeping lasagna, pastu bubuh sos lasagna,pastu sos putih.
ulang sampai abes ekk.
kalo ada balance sos putih tu, tuang jek.
bakar 15minit jek dlm oven

inilah menu orang malas.hikhik (*__*)


love: mamazahra ^__^

Friday, 25 June 2010

Makan Luar

Sejak dua menjak neh, kami manjang makan kat luar jek tuk dinner.
kalo rajin, gi makan kat kedai terus.
kalo angin malas datang, nak tukaw baju tuk kuar pun malas, papa tapau jek then makan sesama kat rumah.
tak kesahlah, kedai tom yam atau fastfood.

lately, mama kurang selera makan malam.
sian kat papa.
kalo mak mama masak, makanlah papa.
kalo tak, berlapar lah memaseng.
skang ni, mama punya habit makin teruk.
pas maghrib, terus badan lemah.
kalo bleh, nak baring atau tidur jek.
papa ngan zahra jek makan.
kang pagi-pagi sok, barulah menggagau carik makan.huhuhu

ni gambaw beberapa malam lepas.
kami dinner kat D'Mesra, Batu Belah batu bertangkup.

budak kecik yang dah lama tak rasa masakan mama dia.huhuhu
makin kuwus buah hati pengarang jantung mama neh...cian!!
menu mama....kueh teow bandung dan air tembikai
tuk papa...nasi goreng ladna dan air kopi O..
zahra?
susu tu dia punya lah...makanan tumpang-tumpang papa & mama jek...
mama memang tak penah order asing tuk Zahra, takut membazir..
sharing is caring kan??


p/s: pasan tak kelainan pada gambar?bukan sbb takde mama lah...tapi, mama ada watermark baru...cun tak??



love: mamazahra ^__^

Tuesday, 11 May 2010

nak update, tapi...


nak sangat update.
tapi...
banyak noh tapi nya..hehe
nak sangat update berita terkini lagi sensasi tentang our lil sweet home neh, tapi...
malas..kalo dah penyakit M ni melanda, mmg payah lah nak cakap kan.heeee :D
bukan malas nak menaip...menaip laju jek...
bile kat umah, malas noh nak ON pc.especially, bila papa dah bukak PS2 dia, abes semua plug dlm bilik tuh dia cucuh dengan menatang plug tuk PS2.melingkar sana-sini.geram jek.ilang mood nak berblogging.haish~
lagipun bila dah ON pc, malas pulak nak amik usb port, nak transfer gambar dari henpon cikai ke PC, nak upload dengan berukben yang amats lah slow tahap gaban nya [jgn salahkan mama!!salahkan berukben neh!!haramjadah sungguh.manjang jek POOR signal dia, ntah bila lah nak VERY GOOD signal tu]
sementelah pulak, kalo kat opis neh.semuanya kena blocked.nak tengok blog tu pon nyampah.
"Website Not Allowed in Northport (Malaysia) Bhd!" manjanglah appear sana-sini.
shoutbox takleh nak tengok.nuff apetah lagi la kan.kompomlah takleh.segala mak nenek gadget semua takmo appear.bossannnn jek!!!
bile dah takleh nak tepek gambar tuan umah yg cun melecun neh, rasa hambar jek nak update kan.hikhik [alasan!!!langsung tak munasabah]
kowang pun rasa malas jek nak baca kan???? baik kowang ngaku cepat!!!!betul tak???heeee :D

skang ni, mama kena wat keje luar, so lagilah takleh nak update kat opis kan.so, kowang paham2 jek la.
kowang tunggulah penyakit rajin mama datang, baru mama update apa berita terkini lagi sensasi tu.tungggguuuuu!!!!!!!!

[ada yang menyampah tengok aksi mesra gedik kami???]
gambar masa gi nonton wayang last week..semerah cinta stiletto
i loiikeee <3 <3 <3
[gambaqq PS masih lom dpt.so, kowang tatap lah gambar ni sampai jemu.hahaha]

budak bucuk lagi comot-momot :P
[aii tengah sebok skang ni, sbb tu tak update.hehe.ni tgh memandu gi buat keje luaq tau!!!sila percaya!!!hahaha]

minggu ni, pasti extra stress sbb perlu bersesak kt federal highway.kena audit subsidiary kt seri setia.ada sesapa yg sama2 bersesak.kalo nampak cik Persona Non Grata.silalah tegur2 mama eyh!!!





p/s: masih lom berjumpa netbook terbaeeeekkk wookkkk terbaik tuk dimiliki.masih mencari yg berkenan dihati.
p/s 1: Alhamdulillah, dapat gak sambut "Selamat Hari Ibu" tuk mak mlm tadi.cuma makn kek SR & satay.mak jgn risau, tetiap hari adalah "hari Ibu" selagi mak ada bersama kami.love u mak!!!!!
p/s 2: masih lagi sakit kat ari-ari gara2 angkat tong berat Ahad lepas. tengah cari masa yg sesuai tuk gi berurut.



love: mamazahra ^__^

Sunday, 6 September 2009

~ Bermalasan kt umah ~

nak sgt hapdet majlis buka puasa ofic mama d Penang Nyonya jumaat lepas n majlis buka puasa my big happy family mlm semlm, tp sgt mals tuk amik cable henpon tuk upload gamba.
so, mama just wat dis n3 yg merapu-rapu,k.heee :D
mama ekceli, bari bgn titun tuk solat zohor setelah memerah tenaga pusing "pasar karat" d Stadium s.alam dr jam 8pg td smp kul 11pg bersama-sama kakak2 mama, andak n endek, SIL, anak sedara,kikin n cucuku, Arissya.
sgt bersemangat waja pusing "pasar karat" line by line.hikhikhik :)
so, kerana kepenatan mama tertitun bersama-sama Zahra n papa.heee :D
baru jek papa kejut tuk solat. kalo x, mahu zohor gajah.heee :) [ada ke peribahasa camneh?lantaklah :P]
so, kalo mama agak rajin mlm neh mama wat n3 tuh.kalo x, esok jek la.ngeh3 [sgt pemalas deh!]
tuk masak buka puasa ptg ni pun tiada idea plus sgt malas.
kalo buka d luar, mana nak gi? any idea kwn2?

love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!