Wednesday, 24 February 2010

Haagen Dazs dan Baskin Robbins

aduh.apesal tekak mama ni?
tetiba je rasa cam nak sangat makan aiskrim.
kalau boleh nak makan aiskrim Haagen dazs atau Baskin Robbins.
aduh, mengada betullah tekak ni.
selera orang kaya je!!

atau...


mengada sesangat.
kalah perempuan mengandung tau.
tapi, tekak mama ni memang suka mintak yang bukan-bukan.aduh!!
kalau mama berada dalam keadaan tertekan atau stress, mama memang suka makan sesuatu yang sejuk dan manis.
ya, mama tahu benda ni memang tak berkhasiat dan menyumbang kearah pelbagai penyakit berbahaya.
tapi, ia juga adalah terapi terbaik.
kang stress tu makin tinggi camna??
uhhh!!!kan best kalau dapat makan sundae kat Baskin Robbins...

fuhh!!!bahagianya rasa....
sejuk..manis...walllahh!!!berbaloi-baloi.[telan air liur jap!!]

kalau nak makan haagen dazs, kena gi AEON Bkt Tinggi, kalau nak makan Baskin Robbins kena gi JJ, Bkt Raja.
tengah kompius neh..
mana satu nak gi???






love: mamazahra

Monday, 22 February 2010

Uniknya Singapura : Part 5

ehem..ehem...ehem [uji kotak suara]

lately, tekak rasa perit je.mungkin sebab cuaca yang agak panas.

aircond cik Persona langsung tak terasa dah.rasa cam bahang je.

tapi, aircond kat office, kemain sejuk lagi. hampir beku.walaupun lemak tepu semakin hebat terkumpul.hikhik

sorry ye kalian. entry uniknya singapura masih belum selesai. ada ke yang tunggu???perasan sungguh lah mamazahra ni.hehehe

ini entry 2nd last, insyaAllah ada 1 lagi entry penutup. lepas ni, kamu semua dah tak nampak lagi dah entry uniknya singapura.[boleh caya ke?kalau boleh nak tunjuk setiap gambar yang ada.hahaha]

mama pasti kalian pasti dah bosan kan.

"eleh, macamlah dia sorang dah pergi singapore.orang lain, dah beratus kali pergi, tak kecoh pun".muahahaha.lantaklah!!

terserahlah kalian nak cakap apa.mama hanya nak berkongsi.kalau suka, baca.kalau tak suka, sendiri mau pikirlah ye.hehehe

{selepas baca ayat-ayat diatas, korang semua ada rasa cam nak termuntah tak?yelah, mama kan guna bahasa skema tahap budak sekolah rendah baru belajar mengarang.huahuahua}


lepas lunch kat sarpino's pizzeria.kami masuk Sentosa Nature Discovery.

apa yang ada kat sana?jom terjah!!



Sentosa Nature Discovery neh Tour Guide.so Free admission.
masa kami masuk tu, baru kul 2pm.
Tour Guide start kul 2.30pm.
oleh kerana papa malas nak menunggu, kami cuma amik gambar je.
tak dapatlah pusing keliling Sentosa Nature Discovery tu.
so, tak tahulah apa ada dalam tu.


[ececeh, papa posing tak ingat.bajet handsome la tu!!]


[mama tak tahu apa motif mama pose macam tu.bajet ayu la kot.hahaha]

[budak kecil ni dah tak tentu arah.naik main stroller pulak.inilah faktor utama papa tak nak tunggu Tour Guide tu]

[sementara tunggu papa dok kat toilet, kita posing dulu!!!]


[bila suruh pose, pose ini je yang zahra buat.tak tahu mana dia belajar pose macam ni]

[self-snap itu perlu :)]

Lepas keluar je dari Sentosa Nature Discovery, kami ke Merlion Walk.
nak jengah apa yang ada kat sana.

...yang ada fountain bentuk naga/ular.mama ni fail bab binatang.
yang mama tahu gajah, harimau dan singa je.weee~

yelah, masa kecik-kecik dulu jarang dapat peluang gi zoo.alasan!!!padahal, memang bebal bab sains.tak nak mengaku pulak!!!


[time ni terik sangat.so, mama bermata belalang lah ye!!!jangan ingat mama ni suka benar bergaya terlebih]

[peace!!!no war]


[dan pintu gerbang ni.kat kubah tu ada lonceng cam kat kuil tu.loceng tu berdetik setiap jam kot.yang mama perasan kul 3pm dia berbunyi.kurang pasti lah.heeee :D]


[ye!!ini aksi mengeringkan ketiak yang basah.takdelah..kononnya, lihatlah dunia...cantiknya pemandangan disini.heee :D]

kami sempat merendamkan kaki kami kat kolam fountain tu sebab tak tahan panas sangat tapak kaki,sebelum beransur ke The Merlion.


[lepak jap kat sini sebelum masuk ke The Merlion]

[inilah The Merlion.Tugu Peringatan simbol utama Singapore.sempat kami abadikan gambar kat sini before meninggalkan Pulau Sentosa]

jom masuk The Merlion!!!


[Merlion Shop.ada jual segala macam cenderahati tuk dibawa pulang.mama beli sikit je sebab harga terlalu mahal.bagi mama lah.bagi orang lain mungkin setiap barang kat situ murah, cam celah gigih je.heee :D]


[kat dalam The Merlion ni, gelap.gambar semua blurrr.almaklumlah kamera 3.2megapixel je]
masuk-masuk je, kami dibawa menonton tayangan video sejarah terbinanya Singapura dan kena singa jadi simbol.
Zahra as usual takut tengok video tu.
kalau gi nonton movie, takde pulak dia takut.musykil betul!!
pastu, kami naik ke mulut dah kepala The Merlion.

[sempat bergambar dengan patung ikan duyung]

[kat mulut The Merlion]
[ye!!aksi romantik ni bukan kami saja-saja nak buat.mamat staff The Merlion yang suruh buat.bajet nak menunjukkan kemesraan la tu.ada satu lagi pose yang amma tak mampu nak tunjuk kat kamu semua.sebab terlalu isitimewa buruk sebab mamat tu suruh kami pose cam harimau mengaum, siap buat aksi mencakar tu.ntahhapehapentah.kami pun satu, ikut je telunjuk budak mengong tu.huahuahua]

[memasing muka dah berkilat.panas weh kat s'pore.tak mampu nak menahan]

[ni kat atas kepala The Merlion.angin bertiup sepoi-sepoi bahasa je.best banget!!]

[nampak tak??sampai senget-senget tau kena tiup dek angin.nampak sangat, mama masih ringan.muahahaha]


[kami bertiga..tenkiu adik kiut yg tlg ambilkan gambar kami neh]


[yang ni kurang menjadi sket,silau]

okeh, lepas turun dari The Merlion, kami singgah kat Merlion shop tuk collect cabutan bertuahnya hadiah.
kami dapat kipas tangan The Merlion.
Sempat beli ole2 tuk bawa pulang.sikit je!!mahal nak mam***.hehehe
lepas tu, terus meninggalkan Pulau Sentosa dan ke Orchard Road.
babai!!!

love: mamazahra

Sunday, 21 February 2010

Uniknya Singapura : Part 4

Di Pulau Sentosa ni, pada mama memang agak sukar nak cari tempat makan yang HALAL.
sebesar-besar PUlau Sentosa ni ada beberapa je kedai makan yg statusnya halal.
Antaranya:
  1. Chinatown Coffee Shop, Costa Sands Resort(Siloso Beach)
  2. Delifrance Cafe, The Merlion(Imbiah & Siloso Beach)
  3. Sarpino's Pizzeria, Butterfly Park&Insect Kingdom(Imbiah)
  4. The Coffee Bean & Tea Leaf (Beach & Imbiah)
  5. Koufu Food Court (Palawan Beach)

Ini bermakna kat Imbiah Station, ada 3 kedai je yg halal.

so, kami decide tuk makan kat Sarpino's Pizzeria.

jadi omputih jap kami anak-beranak.hahaha

hilang sekejap selera jawa kami.muahahah

[dah namanya pizzeria, yang ada pizza la je kan..hikhik]

ada pelbagai jenis pizza...boleh pilih
kami pilih BBQ pizza...$19

pizza ni cam homemade pizza je.
mama rasa pizza air tangan mama lagi sedap kot.hehehe
tapi, oleh kerana memasing dah kebulur, belasah je la labu!!!

tuk dessert, kami beli 2 scoops icecream, berry + choc chip $4

dah namanya ice cream kan, dah tentu lah sedap ditekak mama.heee :D
actually, icecream ni tuk Cik Zahra, tapi dia tak berkenan pulak.
sudahnya, dia menjerit nak icecream cornetto pulak..

Walls Cornetto $4

bersungguh ha cik zahra makan ice cream.
sekejap je ni, pastu, dia pass pada mama dia ni.tuk jadi tukang perabih.
udahnya, icecream kami jugak dia bedal.huhuhu

comot!!!


Selepas lunch, kami ke Sentosa Nature Discovery pulak.
tunggu ye!!!


love: mamazahra

Saturday, 20 February 2010

mycuppies Class

20-02-2010 mama attend mycuppies class.
ini kali pertama mama attend kelas baking.
rasa sangat teruja.
lagipun, class kali ni diadakan supplier cupcakes yang salu mama order.
orgnya muda lagi, tp sangat berbakat.
bila cik nurul bagitahu yang dia nak buat kelas je, mama memang excited nak join.
Alhamdulillah, dapat gak mama attend her class.yippee!!!
mycuppies class, Sabtu 20-02-2010, kul 10.30pg sampai 3.30ptg.
fees hanya RM120(including makan&minum,resepi, 16bj cuppies tuk dibawa pulang)
sangat berbaloi-baloi!!!heee :D
kelas ni, dianjurkan oleh cik nurul dari mycuppies.com

[otw nak gi class kat Setia Impian 3, U13. sedang teruja neh.hikhik]
Kelas ni hands-on dan merangkumi kaedah-kaedah:
1. membuat chocolate cupcake
2. membuat buttercream
3. buttercream decorating
4. membuat chocolate topping
5. menghias choc cupcake dgn choc topping dan fresh strawberry
Jumlah cupcake yg akan dideco sekurang-kurangnya 16pcs (untuk dibawa pulang). Semua resepi, tools dan ingredients Nurul sediakan. So cuma dtg bawa badan je, dan juga apron kalau ada.
cik nurul ni sangat sempoi.
kira santai je la kelas ni.best sangat3!!
selain mama, ada 2 orang lagi rakan sekelas.
Wani, si mak buyung yg comel.sangat rajin okeh budak neh, tengah sarat mengandung pun masih rajin attend kelas cuppies.
minat punya pasal...
Wani dah banyak attend kelas.pernah belajar buat cookies, kuih.
tapi, her 1st time belajar buat cuppies.
dan Kak Zarinah, yang sukakan baking sangat-sangat.
ni kali kedua kak zarinah attend kelas masak.
sebelum ni kelas membuat cake blueberry, black forest & kek fruity.
walaupun mereka dah pernah attend banyak kelas, tapi kami tetap serupa.
pertama kali attend mycuppies class.

[inilah rupa choc cupcakes yang dah siap dibakar]

[ni pulak setelah disapu buttercream base.mama pilih kaler putih yang suci bersih.hikhikhik]

[buttercream yang dah kami bancuh.pelbagai warna :) ]
masa kali pertama belajar mendeko.agak kekok jugak.
walaupun ini bukan pertama kali mama mendeko.
tapi, rasa lain sangat mendeko depan kawan-kawan & sifu.heeee :D
nervous sangat.sampai gigil tangan pegang piping plastic.hahaha

[dan...inilah hasil pertama... kami start belajar deko flowers & tulisan.comot kan??hehehehe]
tapi, setelah mendeko lebih 5biji, rasa teruja sangat.
cik nurul ajar deko rainbow,butterfly,bunga paku-pakis,heart,simple design selain flowers & text.
yang lain-lain neh, mama deko sendiri mengikut creativity memasing.
kretif la sangat, mamazahra oii!!

[dan..inilah hasil dekorasi hari ini.9pcs buttercream & 3biji choc ganache]
[ini pulak, hasil keje Wani, si mak buyung.hehehe]

[inilah si Wani tu...kecik-molek je orangnya]

[ini pulak hasil air tangan Kak Zarinah]

[Kak Zarina dan Cik Nurul]
Yeyy!!! saya dah tamat belajar!!!hikhik

[mama dan Cik Nurul.tenkiu nurul sudi ajar!!!]
walaupun penat, tapi happy sangat.
akhirnya, impian nak gi kelas cuppies tercapai jua.hehehe

[otw balik rumah.penat tapi sangat puas hati :) ]

[singgah kedai bakery jap.teman Wani beli bahan.Wani excited nak practice.hahaha]
hope lepas ni dapat join kelas cheese tart, cake & fondant cuppies pulak.
kalau kalian nak join sekali or ada nak attend class tapi takde geng, inform mama.nanti mama temankan.hikhik
p/s: nak berlatih sungguh-sungguh.babai!!!
love: mamazahra

Friday, 19 February 2010

Uniknya Singapura : Part 3

Lepas turun dari Tiger Sky tower, gi ambil gambar yang tak berapa cun tapi bapak punya mahal,cekik darah.
then, berfotogediks sket kat area tower tu sekejap.

[sebenarnya, cuaca tengah panas terik.tapi dalam pic cam mendung pulak.nape eyh??]

[mama dan Zahra :) ]


[papa dan simanja mucuk.heee :D ]


then, kami terus masuk ke Butterfly Park & Insect Kingdom.
Admission Fee: $16/adult and $10/child

tak berapa syok Butterfly Park ni sebab tak banyak butterfly real.
yang ada cuma yang palsu, ada dalam frame.
rasa seperti tidak berbaloi-baloi.hehehe
apa pun...
"Selamat Datang ke Butterfly Park...


dan..Insect Kingdom"


Model Butterfly Park & Insect Kingdom Sentosa Singapore tak laku


yang ni baru model sebenar.hikhik


[model muncit.hikhik]

masa mama belum masuk kat Butterfly Park ni, mama bayangkan akan berterbanganlah rama-rama yang cantik dan pelbagai warna.
tapi, malangnya, adalah 5,6 ekor terbang tapi mama tak sempat nak snap pun.huhuhu
Zahra sangat suka tengok rama-rama.


tapi, sekali lagi malang...
dalam Butterfly Park tu lebih banyak binatang lain seperti burung, ular sawa dan iguana daripada butterfly tu sendiri.
ada kena-mengena ke?? atau sama spesis ke??tak kan...


burung ape ni eyh??


ular sawa yg sedang tidur lena..
nape lah di bubuh ular dalam Butterfly Park neh, buat Zahra takut je tau!!!

burung kakak tua yg comel :)
kalau nak bagi burung ni makan, kena bayar $3, kalau nak bergambar dengan burung ni.
staff tu akan dudukkan burung tu kat bahu, bayar $15
berbaloi ke?lu pikirlah sendiri!!!


dan iguana yang buat mama geli-geleman.haish!!
jom, duduk atas pisang :)

besar gadang replika pisang ni.kalo la ada pisang besar camneh, cemana la kan???tak dpt bayangkan.hikhik

meh nyanyi.. "Jambatan merah, sudah roboh, sudah roboh.."

[pose jap atas jambatan merah ni.baju pun ikut tema jambatan ni.hehehe]
jom, tengok ikan emas pulak!!! ikan emas ke ikan koi.ntahlah...yang mama tahu, ikan siakap 3 rasa je.muahahaha


apa kes papa ni??dok atas durian belanda, tapi gaya cam nak terbang.hikhik

Jom terjah butterfly park :)
ada macam-macam jenis dari pelbagai negara, tapi semua dalam frame je..hehe

[peta dimana terdapatnya rama-rama kat setiap negara]
kiut kan rama-rama neh??ada macam-macam kaler tau!

dan..pelbagai saiz..

okeh..
jom ikut kami gi tengok insect kingdom pulak ye!!!
Selamat Datang semua :) [ada gaya penyambut tetamu tak???ke pengawal keselamatan.kehkehkeh]


[sayalah king di insect kingdom.hahahaha]

Zahra cukup takut dengan kumbang ni...besar tau

yang lelain, ada dalam frame je :)

lepas keluar dari Butterfly Park & Insect Kingdom, kami terjah kedai makan sebab perut dah berkeroncong.huhuhu
kat mana???
tungguuuuu!!!!

love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!