Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts

Monday, 1 August 2011

Ramadhan 1

Cemana puasa hari ni?berjaya abeskan puasa?
Alhamdulillah,mama berjaya habiskan gak puasa walopon asthma menyerang lagi gara-gara memanjat tangga 3tingkat sbb attend meeting dgn auditee.
tambah plak mengepam susu tuk Zharif,sudahnya kul 5 terus flat.huhu
Nak guna inhaler sayang plak puasa,tggal bape jam je kan.sudahnya gagahkan gak diri ni menghabiskan puasa yg pertama tahun ni.Alhamdulillah...
Hari ni,mama n papa plan nak ajar Zahra berpuasa.tapi nampaknya tak berjaya sbb zahra langsung taknak bangun sahur.gerak pun tak weh,lena sgt.
Ahad tu bersemangat nak puasa,sudahnya kul 10tadi dah selamat zahra makan biskut dan minum susu sebotol.aduhaiii,dugaan sungguh nak mengajar anak berpuasa.huhu
Hari ni 1 Ramadhan,perut dan badan masih belum biasa berpuasa.semuanya gara-gara tak berlatih puasa masa Syaaban.huhu
Sudahnya,sepanjang hari kat opis mood mau buat kerja merundum.cuma prepare tuk meeting n next audit assignment.selebihnya ngadap blog resepi cari idea nak masak sahur dan berbuka.hehehe.hampeh kan???hari ni pun tak sempat habiskan 1juzuk Quran.baru separuh,takpe pelan-pelan kayuh.hehehe
Okeh,jom citer puasa hari ni...
Mama bangun sahur kul 4.30pg,sempat goreng ayam,tumis air kangkung dan masak nasi.selera tumpul.mujur ada cocoa collagen power plus ngan kurma.ada gak tenaga nak berpuasa kan.heee :D
Kul 5.30am dah setel sahur,Sementara tunggu nak gi kerja,Alhamdulillah sempat baca Quran walopon dpt 10muka jek sbb Zharif dah bangun.huhu
Menu berbuka mama hari ni...
Nasi putih+udang lipan masam manis+sayur campur + homemade tiramisu cake.tiramisu mama buat mlm semalam,sementara tunggu papa balik tarawih.zharif lak da tdo.setel tiramisu kek.
Tak bape best tiramisu mama kali ni sbb guna kek span yg mama beli kt carrefour.ada offer kan,tp kek span tu kering sgt..but,ok la...walopon tak sesedap belui kt SR kan.hikhik :P
Alhamdulillah,hari ni dapat bertukar-tukar juadah berbuka dgn Andak n Endek.dari satu jenis kuih,bertambah jadi 3jenis kan.Andak bagi cempedak goreng n Endek bagi popia goreng.sedappp!!!
Seronok dpt bertukar-tukar juadah,byk pilihan nak berbuka.hehe
Apa menu berbuka korang hari ni??
Selamat menjalani ibadah puasa yg ke-2 korang!!!!
P/s:layan gambar makanan eyh...menu berbuka kami 1Ramadhan :)
P/s:susu tuk zharif hari ni,cuma dpt 9-10oz jek :'( but,tetap bersyukur :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 6 September 2010

Menu Berbuka Ramadhan 23

Khamis lepas, mama dok jerit-jerit kat FB bagitau nak masak ayam merah requested by papa.
so, petang tu pas gigih buat biskut raya, mama rajinkan diri gak masak ayam merah & nasi himpit walopon macam nak pengsan sebab kepenatan buat cookies conrflakes chocolate.
lately, nasi yg masak seniri kat rumah, susah betul nak masuk kat tekak ni.
kalo makan kat luar or kat umah sesapa, sedap pulak nasik tu masuk kat tekak.ngengada tul lah tekak mama ni.tu pasal mama buat nasi himpit.
tp, punyalah malas nak ke kedai beli sayur tuk masak sayur campur.
so, amma masak ape jek yg ada dalam peti ais.
so, mama bedal goreng buncis+cendawan.belasah jek la.
walopon kureng kena lauk aritu.ekeke

pastu, dlm penat2 tu rajin gak mama wat dessert tuk berbuka.
honeydew sago.
ni semua gara-gara ternampak menu berbuka ni kat belog filla mama kasihs.
kebetulan, ada plak honeydew dlm peti.
maka, jadiklah dessert ni.
sedap dan mudah nak sediakan.


love: mamazahra ^__^

Thursday, 2 September 2010

Nasi Pelangi & Ketam masak Kari

Menu berbuka semalam.
nasi beriyani berkaler.
kalerful lagik nasi beriyani neh.ekeke
tapi, nasik ni terlebih air, so nampak cam lembik sket.
takpe, percubaan pertama. boleh cuba lagi lenkali.hehe :)

tapi, lauk cam tak berapa kena.
mama masak kari ketam.
walopon tak berapa sesuai, tapi, masyuk gak. mama teringin nak makan kari ketam, tu yang gigih masak walopon tak berapa sesuai makan ngan nasi beriyani.hehe
sedap oh, cuma ketam tu kecik-kecik sgt, tak puas.hehe

pastu, sayur pun tak kena.
patutnya, mak cakap kalo ada acar buah lagi syok.
tapi, sape pulak nak buat acar buah time bulan pose neh kan.
tempe pun, tempe lah.
kata orang jawa sejati, tempe haruslah jadik kesukaan kan.
tp, serius dah lama sgt tak masak tempe.
bile nampak tempe jek semalam, terus terliur.hahaha
nape mama rajin noh masak macam-macam?selalunya nak masak kemain liat, tunggu mood datang baru masak.
bukan pe, semalam kan mama ada BSP test.
so, mama gi klinik kebetulan dari merdeka day tu nafas mama dah start berbunyi-bunyi.
lepas Dr Shima bagi nebulizer, Dr bagi MC 2 hari.hoyyehhh!punya ar suka. tu yang masak extra sepesel daripada biasa.hehe
ok, orang yang berpuasa tak sabar nak makan nasi pelangi&ketam masak kari.sedap ohh!!

p/s: semalam gak, mama extra rajin.bukan jek masak sepesel, tp mama sempat buat air koktail & buat bikut choc ships rangup.
nanti mama share gambar n resepi ek.
skang masa tuk masak lauk berbuka.papa request nak makan ayam masak merah, so mama nak gi rebus nasi himpit, baru syok.mood raya dah dtg, walopon lom beli baju raya, tp bile tengok kuih raya dah berbalang, mood raya haruslah mari kan.ngeh3

love: mamazahra ^__^

Tuesday, 31 August 2010

Homemade Burger & Roti John

Ekceli, ni menu berbuka semalam.
mama memula malas nak masak, sekali sesampai jek umah mak cakap kak ngah nak berbuka sesama.
mama memang takde mood nak masak, so mama buat burger jek.
kebetulan, semua bahan ada kat peti ais.
so, keluarkan & buatlah burger sepesel ni.hehe

mama bubuh salad, tomato, cheese & daging ayam Ayamas.
dah siap, bubuh extra mayonis & cili sos.yummehh!!!

pastu, bila bagitau papa yang kak ngah nak datang.
papa pulak, gigih nak buat roti john.
ekceli, masa cuti Nuzul Quran tu papa dah buat roti john.
sebab ada balance ayam rempah tuk roti john tu, maka gigihlah papa buat gak.
dan...
inilah hasilnya...air tangan papa

sedap okeh!!!
memang sepesel, takde jual kat memana.
siap ada salad, timun, tomato, ayam yang papa dah marinate dengan rempah rahsia.poyo jek.
tapi, serius sedap.
lagi-lagi, mama yang bubuh sayur, sos & mayonis tu kan.tu yang tambah sedap tu.hehe
kalo kowang nak rasa, lenkali kowang nak datang umah amma, mama suruh papa buat tuk kowang eyh.hehe
kowang sure makan banyak punye.egege
semalam, dari berbuka sampai ke sahur pagi tadi, amma makan burger & roti john jek.
nasi? langsung tak pandang. semalam, tekak omputih. no nasik-nasik eyh..hehe


love: mamazahra ^__^

Restoran Ayam Bakar Wong Solo

Ni cerita nak basi sebenarnya, hehe
cerita Ahad lepas.
Ahad, papa ada kelas.then, mama memang dah plan nak ke pasar stadium shah alam dan nak ke SUnway Pyramid tuk shopping raya sikit.
so, pagi Ahad tu, mama hantar papa gi kelas.
kul 7 lebih dah gerak hantar papa sbb papa nak singgah opis dulu.
then, baru hantar papa ke UiTM, Seksyen 17.
lama giler mama dah tinggalkan kampus S.17 tu.
last masa mama part 3, tahun 2003. lama betul. serius dah lain benar.
makin lawa pulak. dulu, sikit punya hodoh kampus tu.skang dah maju, dah ada pusat islam & library cantik tuk budak-budak INTEC.
so, budak-budak UiTM tumpang sekaki lah.hehe
oleh kerana dah kepenatan berjalan shopping raya dengan cik Zahra.
mama memang sengaja ajak papa buka kat luar.
setelah 19hari berpuasa, baru berpeluang buka kat luar.
balik-balik, kat umah, umah mertua or umah kakak-kakak mama jek.
so, amma decide nak makan kat Wong Solo. so, kul 2ptg camtuh, mama buat reservation.takut full pulak kan.
kul 5.30ptg, mama& zahra gi jemput papa kat kampus then terus singgah solat kat Petronas.
barulah ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo.
lepas pesan makanan, papa gi pusing-pusing area situ, mama & zahra tunggu sampai buka.

tembikai, kurma& air mineral dia bagi free kot.

air tembikai tuk papa, jus alpukat (jus avacado coklat) tuk mama & air sirap limau tuk Zahra.
cik Zahra dah bedal abes tembikai tu sorang-sorang.

puan punya belog harus ada :)

set ayam penyet tuk mama.yummy.sambal yang sangat power!!! sampai panas bibir.
tapi, serius lain sungguh ayam penyet kat wong solo ni dari ayam penyet AP.
selama ni, mama makan ayam penyet kat AP jek.mmg sedap.
tapi, kat wong solo ni pun sedap, cuma ayam tu takde kriuk-kriuk rangup ayam cam kat AP.hehehe

set ayam bakar tuk papa.
bagi amma, mama tak berapa suka ayam bakar ni sbb terasa sangat madu dia.manis.
tapi, rempah dia sampai ke tulang ayam tau.
terasa sangat.
papa memang suka :)

kami ambik side dish : cah kangkung(kangkung belacan)

pendek kata, memang puas hati lah berbuka di Wong Solo ni :)


love: mamazahra ^__^

Wednesday, 25 August 2010

Setengah bulan dah

sekejap jek dah masuk 15 Ramadhan kan?
tapi, kowang lah yg dah puasa 15hari.mama baru nak 14hari.huhuhu
ye lah, last week kan mama ada BSP test.dah kompomlah tak puasa kan.huhuhu
nak buat camne kan..redha jek la.sendiri carik penyakit, makan tak ingat dunia.asal tekak rasa sedap jek, bedal.langsung tak pikir risiko.
takpe, pengajaran tu.lenkali tak buat lagi.huuuu

sepanjang dah setengah bulan puasa ni?
camne?
masih lagi mengantuk sbb bangun sahur? mama masih lagi..asek tidur jek, lagi-lagi time wiken.mak aiih, tidur cam berjaga buat qiamullail.
dah khatam Quran ke? mama lom lagik lah.teringat zaman masa kat matrix dulu, setengah bulan puasa mama dah khatam Quran.bukan nak menunjuk-nunjuk tau.tapi, bile dok hostel, masa byk.mana de pikir nak masak ke hape.so, baca Quran jek la. tp, tu sume alasan jek kan..nak seibu daya, takmo byk ar songeh nya.hehe
takpe, mama cuba habiskan gak.tak dapat 30juzuk, bape pun xkesah lah.skang ni, mama byk baca surah2 yg baik tuk ibu mengandung jek cam surah yusuf, maryam, luqman etc.

selain kumpul pahala ibadat time bulan ramadhan ni, mama telah menajamkan skill memasak mama.ngeh3
time bulan puasa ni la, nak mencuba pelbagai resepi.
antara lauk & kuih-muih yg mama buat sepanjang Ramadhan 9-14 adalah:


ni menu berbuka Ramadhan 9. Daging black pepper.1st time mama masak daging tau.mama takut liat, sbb ada org cakap, kalo kita salah potong daging tu, dia leh jd liat. tatau lah mitos ke mmg sohih.hehe
tapi, percubaan pertama sgt membanggakan.sgt sedap.daging sgt lembut & manis.

Ramadhan 10 lak, mama buat cek mek molek kaler pepel.
bukan sbb mama bubuh pewarna purple tau, tp mama guna keledek ungu.
ekceli, mama salah beli.org tgh puasa kan, kaler oren dgn pepel pun leh kompius.hahaha
takpe, mama buat cek mek molek yg lain dari yg lain.hehe
tapi, cek mek molek mama ni tak bape molek sbb ada keledek yg masih berketul menyebabkan gula dia kt tgh tu terkeluar sikit.huhuhu
almaklumlah, mama kan smp umah pun dah kul 5.30, mana nak kupas keledek, nak rebus lagi.
tu yg kureng menjadi tu.[alasan jek neh.hehehe]. tapi kan, sedap tau.hehee

inilah hasilnya, cek mek molek mama yg tak bape molek tu..hikhik
yg boolat tu, cik zahra yg buat.dia pun sibuk nak tolong mama.hehe
kuih onde-onde ni, ibu zahra yg bagi.endek kan suri rumah tangga, bleh lah dia buat kuih yg remeh2.
yg untung kami lah, dapat tukar-tukar juadah buka puasa.meriah sket meja mkn kami.hehe
tuk lauk lak, mama masak ikan bakar cicah air asam jek.
simple jek.dah tak larat.

Ramadhan 11 pulak, kami gi berbuka kat rumah kak lang kat jalan kebun.
kalo gi berbuka umah kak lang, tak payahlah berangan nak masak apa-apa, sbb kak lang ni mmg super rajin memasak.
so, sebelum gi umah kak lang, kami sempat gi JJBT tuk shopping baju raya zahra.
dan kami tapau big apple donut jek 12pcs.cukup lah tu kan.
muka budak tak puasa yg excited dah beli baju raya :)
muka control ensem :P
muka control ayu, walopon pewot tgh menahan.hikhik
mama, kakak zahra dan adik baby(tu yg zahra panggil tuk bb dlm tummy)
eksaited noh, budak tak 'kuaser' neh..hehe

bile sampai umah k.lang memang betul.dah penuh menu berbuka atas meja.dari air sampai main dish dan sampailah ke dessert.
kak lang masak ikan bakar pecak[sedap gile wehh!!!hingga menjilat jari gitu], sayur campur, kuih badak berendam[permintaan mama neh.ngengada kan ibu mengandung neh.ekeke] & kuih lopes.
selain kami, mak, andak, endek, ateh & along mama pun join sekali.
ateh bawak, nasi goreng tom yam yg mabeles.mama tambah 2 kali tau.sedap kak teh masak sekali-sekala.
mama makan sampai kemlakaren.
bape kali tambah ntah.bape ekor ikan bakar pecak yg mama bedal.
lepas solat maghrib, sambung makan lagi sambil sembang2.
mama benti makan pun lepas kena sound ngn papa.hikhik

balik tuh, tidur kekenyangan.Alhamdulillah...

Ramadhan 12 pulak, mama masak ketam masak lemak cili api.
tu pun, lepas bangun tidur petang tu, terus terliur nak makan ketam.
gigih kejut papa, ajak gi carrefour tuk beli ketam.
Alhamdulillah, sempat gak masak.hehe
siap papa suruh masak nasi lebih, sebab nak makan tambah-tambah.
dah lama weh, mama tak masak ketam.
ketam pulak besar-besar, mmg mantap.


dan..sotong sambal ni menu Ramadhan 13.
mama masak simple jek sbb mama demam selsema isnin tu.
sepanjang hari dok terbaring depan TV jek, smp cik zahra terabai.hehe
endek bagi mama kuih lopes.sedap.
endek buat sbb tak puas mkn kat umah k.lang.hehe
popia goreng/basah ni papa beli kat pasar malam Bt 4.mama punyelah teringin nak makan.hehe
karipap lak andak buat.
dan mama buat hati pari ni tuk dessert.
dan..semalam, tuk Ramadhan 14, mama buat bread pudding with custard sauce.
pastu, mama masak lauk lemak kentang & kobis, sambal belacan & goreng udang salut tepung.
simple & sedap.
lama gile tak pekena sambal belacan.
sambal belacan ni import tau.hehe
bukan import dr luar negara, tapi import dari umah kak lang.
kak lang supply sambal belacan tuk kami.
mama amik 2 bekas.sedap wehh, sambal belacan kak lang.terbaeeekkk wokkk!!!
inilah rupa bread puding mama dgn sos kastad nya.sedap wehh...
eleh, pe salahnya sekali-sekala puji diri seniri..tak salah kan??

apa nak masak aineh eyh??
love: mamazahra ^__^

Monday, 16 August 2010

Ramadhan 5

kalo hari sabtu, mama berbuka kt rumah kak ngah.
hari ahad lak, mama jadi tuan rumah.
sbb ahad, mak dah balik rumah.Alhamdulillah.
ekceli, mak lom sihat sgt.tp, bersungguh nak puasa kt rumah.
at least, dah bertambahlah ahli bersahur dan berbuka kat rumah.hehe.best3
oleh kerana mama jadik tuan rumah semalam, so mama kena lah masak extra meriah.
mama buat bubur jagung tuk dessert, butter prawn & bihun goreng taucu.
air plak, air jus durian belanda.

so, aineh mama nak share resepi & cara-cara nak buat butter prawn ala mama..

bahan2nya
udang besar/sederhana 10-15ekor
3 bj kuning telur
50gm butter
2tbsp minyak masak
setangkai/lebih daun kari
5 tangkai cili kering (potong 2)
garam secukup rasa

cara2 nak masak
pukul kuning telur hgga kembang
panaskan kuali & cairkan butter & minyak
masukkan sedikt demi sedikit telur dlm kuali, jgn berhenti mengacau cara pusingan

[kacau tanpa henti tau!!!nnt xjd plak egg floss neh.hehe]

supaya telur jadi bertali.
ulang sampai telur abes.

[kena tapis tau!sbb minyak byk dlm telur tu.xbaik tuk kesihatan.hehe]

pastu, tapis egg floss td.
amik minyak tapisan td, masukkn semula dlm kuali.
masukkan cili kering & kaun kari.

[make sure,daun kari & cili dah garing!!!]

goreng sampai garing/crispy.
pastu masukkan udang.
jgn lupa bubuh garam secukup rasa.
dah siap.

[hidang dlm pinggan gambar udang.br sodap!!ekeke...xdelah, bantai jek.pinggan plastik pon bleh.hehe]

hidangkan udang &tabur egg floss diatasnya.

dah siap!!!wallaaa!!!

bubur jagung mama tak snap.keterlupaan.
air jus durian belanda pun tak snap.takut korang terliur.ekeke

okeh, tujuan mama share resepi bkn nk tunjuk pandai tau.
sekadar berkongsi.
manatau korang takde idea nak masak pe buka puasa nanti.pastu, ada plak telur, butter & udang dlm peti ais.
so, bleh lah mencuba!!!senang dan cepat..
k, dah.gi sambung buat keje!!!!



love: mamazahra ^__^

Ramadhan 4

Salam isnin semua :)
cane pagi neh?ok x?puasa tak? mama , Alhamdulillah, masih berpuasa.
tp, nampaknya, rabu ni mama TERpaksa off dari berpuasa sbb mama ada BSP test.
terpaksalah mengganti kendian hari.huhuhu.sedih tau!!! 
hari ni, mama pagi-pagi lagi dah ngantuk.
lepas subuh, bantai tidur lagi.
sudahnya, kul 7 baru bangun bersiap gi office.
hari ni, mama keje luar lagi.kat Seri Setia, PJ.
jalan jammed gile dari bkt raja smp lah kat seri setia.
nasiblah cik persona tu auto, kalo tak, mahunya tercabut lutut mama.
okeh, jom cerita pasal puasa time wiken semalam.
mama kan, cam bebudak lah.
kalo time wiken, dah macam kain buruk.
asek baring jek sepanjang hari.
cik Zahra pepandailah bawak diri.
mama cuma buatkan susu dan suap nasi jek.
selebihnya, pandai-pandai zahra lah nak main.hehe
teruk kan?
Sabtu lepas, kami buka puasa lagi kat umah kak ngah.
kali ni, pakat ramai-ramai ngan kakak-kakak.
kami buat potluck.
mama masak carbonara mushroom spagetty jek.
ini kes malas sebenarnya.egege
syok gile bile dpt berbuka ramai-ramai.
andak buat laksa, kak ngah masak ayam kampung masak berlada, anjang masak ayam ungkep, endek buat agar-agar.
sampai papa pun missed tarawih akibat kekenyangan.ekeke
lepas solat maghrib, boleh sambung makan round kedua.mana tak kemlakaren.hehe

gambar menu berbuka mmg mama tak snap.memaseng dah gigih nak makan.ekeke

so, mama tepek gambaw anak dara terlampau..yang tak puasa.hehe
bulan-bulan pose pon, nak seksi kew??hehe

love: mamazahra ^__^

Saturday, 14 August 2010

Ramadhan 2

wah, entry dah jadi pekasam.
takpe, nak share jugak.
ini menu berbuka khamis lepas, iaitu 2 Ramadhan 1431H.
mee palembang resepi turun-temurun mak mama.


mee palembang ni adalah, mee yg diperbuat dari tepung gandum.diuli dan di potong halus-halus.
kalo time mama kecik-kecik dulu, mak akan buat mee palembang ni tuk bukak puasa.
mak uli tepung, dan kami anak2 pompuan dok potong-potong halus-halus.walopon size dia tak sma.wakaka
tapi, skang ni dah moden.mee gandum ni boleh didapati segera kat pasaraya.
apapun, mee gandum mak buat lagi ori.hehe

ni 1st time mama masak sendiri kuahnya.mee gandum tu, mama beli jek.ngeh3.
manalah sempat nak uli & nak buat mee dalam waktu yg singkat.
balik jek keje, dah penat macam nak pengsan.ngeh3

resepi nak buat kuah mee palembang ni, amat mudah sekali.
sama cam nak masak lemak.
cuma, letak cili padi yg dah di blend. dan mama masukkan udang sederhana besar sebagai rencah.kalo nak guna ayam or ikan bilis pun boleh.
senang & cepat.
lagi sedap, kalo masukkan sekali mee tu dalam kuah bile kuah dah didih.
mabeles gitu!!!
kalo xsuka, bleh jek celur mee tu dan tuang kuah bile nak makan.
sbb nanti kuah jadik likat.
macam mama, bila kuah dah masak mama masukkan separuh dalam kuali lain tuk campur sekali dgn mee.
ye lah, papa kan melayu jawa sejati.ofkos lah nak berbuka nasi kan.
so, papa leh makan nasi dgn kuah lemak tu.
dan tuk mama & kakak-kakak mama, dah tentu masak sekali mee & kuah.sedapnyaa!!!

sejak hari pertama puasa, mama tak pernah lagi buat kuih tuk berbuka.
kalo dapat masak nasi & lauk tu, dah kira oraitlah.lepas tu, sure flat.macam nak pitam.
tapi, Alhamdulillah.rezeki ramadhan kan, kakak-kakak mama tak pernah lagi miss bagi kuih tuk berbuka.

puasa ke-2 tu, andak bagi karipap panjang dan endek bagi lengkung/agar2 sirap.sedap.

love: mamazahra ^__^

Wednesday, 11 August 2010

Ramadhan 1

Alhamdulillah, selesai sudah puasa tuk hari ni.
dugaan betul tau hari ni.
lepas sahur pagi tadi, bantai tidur semula.
padahal plan asal takmo tidur, tapi sudahnya 3 beranak tu terbongkang atas katil.hikhik
bagun tuk subuh,pastu sambung tidur lagi. bangun tuk sahurnya cuma sejam, tapi mengantuknya cam berjaga sepanjang malam.
teruk betul.
olehkerana itu, maka terlambatlah mama.huhuhu.dah lah, hari ni audit kat sunway.
minyak kete plak empty, tak pasal-pasal, terjah petronas dulu before gerak masuk highway.huhu
ingatkan, bila bulan puasa ni, orang yg keje kt KL akan bertolak awal, so tak jam area kul 8 tu.
sekali, jammed cam biasa.takde beza pun.hahaha.
padan muka!!
sampai kat opis auditee kul 8 lebih. kepala terus berdenyut-denyut.
sepanjang hari tak concentrate wat keje.
cuma berapa output jek yg OK, yang lain KO.hehe
tapi, yang best nya... hari ni dari sahur sampai berbuka, mama masak sendiri.
harap dapat kekalkan sampai 30 ramadhan.gambatte!!
sahur pagi tadi, mama masak udang&sotong goreng kunyit dan telur dadar mayonis.


[gambar sekadar hiasan.ihsan  en.yahooimage]

as usual, nasi tak bape nak masuk kat tekak ni.
padahal Dr nasihat mkn 1 1/2cawan nasi, yg masuk kt tekak, cuma 5 suap jek kot. sadis sungguh.
so, mama top up tenaga, dgn mkn kurma 2biji, air suam dan air susu HL secawan.
tuk buka lak, balik jek keje [mujurlah tak bape jem] lepas solat asar, terus bersilat kat dapur.
mama buat sup sayur, bubuh carrot, brokoli,kentang, tofu telur& cendawan dan goreng ayam jek.
tu pun, macam nak pitam bersilat sorang2 kt dapur.mana tak nya, tengah syok masak, zahra ber** pulak.

mama xbuat kuih atau dessert pun.sbb dah tak larat.
nasiblah endek bg karipap dan andak bg donat coklat.rezeki ramadhan.

hope dapat berpuasa esok dan hari-hari seterusnya.
at least, bb dlm tummy leh berlatih puasa.hehe

p/s: cik zahra, kul 7 lebih dah kantoi, mintak susu.cuba lagi sok hari :)





love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!